Anda di halaman 1dari 7

NO.

ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKES 3072


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS GAYA

BUKU JAWAPAN
UJIAN TERBUKA (OPEN BOOK TEST - OBT) : MEI 2021

PROGRAM PISMP
(Programme)
AMBILAN JUN 2019
(Intake)
SEMESTER 4
(Sem)
ANGKA GILIRAN 2019072340069
(Index Number )
NO.K/PENGENALAN 990128126741
(Identity Card No.)
KOD KURSUS PKES 3072
(Course Code)
TAJUK KURSUS PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH
(Course Title)
TARIKH 27 MEI 2021 SESI PAGI (Morning)
PEPERIKSAAN (Session)
(Examination Date) Tandakan ( / ) PETANG (Afternoon)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris. Setiap helaian jawapan
hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri header dan kod
kertas peperiksaan di sebelah kanan header.

2. Calon diingatkan untuk tidak melakukan plagiarisme dan hendaklah mematuhi


peraturan penulisan akademik yang ditetapkan oleh IPG.

3. Calon hendaklah menjawab soalan secara individu dan diingatkan agar tidak
berbincang dan meniru jawapan calon-calon lain.

4. Calon yang GAGAL menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan adalah
dikira telah gagal peperiksaan berkenaan.

Untuk kegunaan pemeriksa sahaja

Bahagian / No Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 Jumlah


Soalan

Jumlah
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKES 3072

Bahagian A (Soalan 1)
Pada tahun 2020, Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah
diselenggara serta ditambahbaik. Antara objektifnya ialah membantu murid memberi
fokus dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, berikut merupakan huraian
sejauhmanakah objektif ini dapat dicapai melalui mangkin pelaksanaan Program
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah.
Pertama, keperluan nutrien pemakanan yang mencukupi melalui RMT
mampu mendorong murid untuk fokus dan bersemangat dalam menelaah
pembelajaran di dalam bilik darjah. Asasnya, pemakanan merangkumi hubungan
makanan dengan kesejahteraan (kesihatan) metabolisme tubuh manusia, ini
termasuklah kadar makanan, nilai sesuatu jenis makanan, keperluan makanan dari
sudut kualitatif dan kuantitatif pada peringkat umur dan tahap perkembangan yang
berbeza. Oleh itu, melalui pengimplementasian RMT di sekolah, perkara ini dapat
memenuhi keperluan perubahan fisiologi dan aktiviti murid, perubahan dalam
keperluan nutrien atau mencegah penyakit tidak berjangkit hasil daripada bawaan
makanan serta mampu mendorong fokus bagi kemaslahatan pembelajaran murid di
sekolah sekiranya keperluan nutrien murid mampu dicukupi melalui pengambilan
makanan RMT. Sebagai contoh, Kementerian telah menetapkan 20 menu makanan
untuk RMT yang mana semua menu ini adalah menu berkhasiat dan sesuai untuk
perkembangan kanak-kanak serta memenuhi keperluan nutrien mereka bagi
mendorong serta meningkatkan tahap fokus murid dalam sesi Pengajaran dan
Pembelajaran.
Selain itu, Program RMT mampu memenuhi matlamat dalam memastikan
semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk
mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Dalam hal
ini, pihak sekolah memainkan peranan yang sangat signfikan ketika melaksanakan
program RMT ini bagi memupuk amalan pemakanan yang sihat dalam kalangan
pelajarnya dengan mengintegrasikannya di dalam kurikulum pengajaran. Rentetan itu,
sokongan pengajaran berkaitan amalan pemakanan boleh dilakukan dari sudut
berbeza dan kreatif agar dapat merangsang minat pelajar dalam memberikan fokus
yang utama melalui iklim pembelajaran yang kondusif dengan adanya
pengimplementasian RMT di sekolah. Sebagai contoh, setakat Mac 2018, seramai
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKES 3072

2,607,617 murid sekolah rendah seluruh negara mendapat manfaat daripada RMT
sejak 2014 hingga kini, dan daripada pecahan angka itu menyaksikan 458,483 murid
terbabit pada tahun ini dengan peruntukkan sebanyak RM250 juta di semua sekolah
bantuan kerajaan yang jelas menunjukkan bahawa kecemerlangan akademik mampu
dicapai dengan signifikan melalui platform Program RMT di sekolah.
Disamping itu, Program RMT telah memberi pengetahuan kepada murid
perihal pemakanan yang sihat sekaligus mencetuskan kesedaran yang optimum
kepada pemilihan makanan yang seimbang dalam membantu daya tumpuan murid
di sekolah. Dalam hal ini, apabila murid-murid telah mempunyai pengetahuan dan
kesedaran yang menyeluruh mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mereka,
secara tidak langsung murid turut dapat menjalani pembelajaran sama seperti murid-
murid yang lain. Oleh itu, sokongan Program RMT di sekolah terhadap pemakanan
dan nutrisi murid telah memberi satu impak yang positif terhadap perkembangan
pembelajaran murid sekaligus suasana pembelajaran yang kondusif mampu dicapai
dengan adanya pengambilan makanan yang seimbang serta masalah murid yang
berlapar ketika belajar dapat diatasi melalui wadah Program RMT di sekolah. Sebagai
asas analognya, dalam satu kajian seramai 15 orang pelajar daripada jumlah
keseluruhan pelajar yang terpilih dalam Program Rancangan Tambahan di SK Pekan
Ranau, diambil sebagai sampel kajian yang analisis yang dibuat berdasarkan kepada
pencapaian prestasi pelajar tersebut dalam ujian 1 sebagai andaian prestasi sebelum
pengambilan makanan dalam program RMT telah menunjukkan hasil kajian yang
positif pada Ujian 2 kesan daripada pengambilan makanan RMT.
Seterusnya melalui program RMT, tahap kesihatan dan nutrisi yang baik serta
diperlukan membolehkan seseorang pelajar mencapai potensi pembelajaran
sepenuhnya. Hal ini dikatakan demikian kerana nutrisi mempengaruhi perkembangan
intelektual dan kebolehan pelajar (UNESCO,2004), menyatakan asas daripada
penyediaan makanan bagi Program RMT ialah sumber nutrien yang optimum serta
holistik bagi keperluan zat murid-murid di sekolah yang tidak berkemampuan. Sebagai
contoh, menurut laporan kajian oleh UNESCO (2004), terdapat penemuan yang
signifikan di antara status nutrisi dengan skor ujian kognitif atau pencapaian sekolah.
Rentetan itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa secara konsisten, pelajar
dengan diet yang lebih lengkap mendapat skor yang lebih tinggi di dalam ujian
pengetahuan fakta berbanding dengan pelajar yang kurang nutrisinya.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKES 3072

Akhir sekali, melalui program RMT murid mampu belajar serta menjalani
aktiviti pembelajaran dengan lebih seronok dan fokus. Perkara ini dapat dilihat
apabila setelah penat menelaah pelajaran, semestinya murid memerlukan sedikit
ruang untuk merehatkan minda mereka dari tekanan. Oleh hal yang demikian, mereka
akan memilih untuk bersukan serta beraktivti. Dalam hal ini, apabila taraf kesihatan
dan pemakanan telah bertambah baik ditambah pula dengan aktif dalam bidang sukan
dan ko-kurikulum, nescaya ledakan generasi cemerlang yang diharapkan oleh pihak
kementerian akan berjaya diwujudkan. Hal ini merupakan suatu kesinambungan
tersembunyi yang terhasil daripada hanya daripada penjagaan kesihatan yang efektif
melalui pengimplementasian program Rancangan Makanan Tambahan yang
diekolola rapi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan holistik.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKES 3072

Bahagian (Soalan 1)
Asasnya, meneliti senario semasa di mana jumlah kes HIV/AIDS yang sedang
melanda negara majoritinya melibatkan kaum remaja yang telah mendorong
penubuhan PROSTAR atau dikenali sebagai Program Sihat Tanpa AIDS Untuk
Remaja. Oleh itu, berikut merupakan sebab dan huraian mengapa golongan remaja
diutamakan bagi program seperti ini.
Pertama, tujuan program ini menjadikan remaja sebagai golongan sasaran
adalah bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan kepada para remaja
akan bahaya jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya. Dalam hal ini, satu
indikator atau prakarsa perlu dilaksanakan dalam memberi kesedaran perihal perih
pentingnya pencegahan jangkitan HIV di awal usia remaja. Rentetan itu, melalui
platform PROSTAR yang telah menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13
hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat
Tanpa AIDS jelas memberikan satu hebahan kesedaran yang signifikan terhadap
pencegahan penyakit ini kepada remaja. Sebagai contoh, melalui program ini remaja
mendapat pengetahuan asas akan cara penularan HIV-AIDS dan sekaligus sedar
akan kepentingan kesihatan diri dan menghindarkan diri dari gejala sosial yang tidak
baik.
Selain itu, program ini menyasarkan para remaja adalah untuk menyemai
sikap positif dalam kalangan remaja agar prihatin perihal masalah penyakit AIDS
yang dikaitkan dengan gejala sosial yang melanda para pelajar pada dasawarsa ini.
Oleh itu, melalui wadah pengimplementasian PROSTAR mampu melahirkan remaja
yang mengamalkan cara hidup yang sihat dan menghindari tingkah laku berisiko tinggi
kepada jangkitan HIV. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan program anjuran
PROSTAR yang kompleks seperti Kempen Kesedaran AIDS, Program Penggunaan
Kondom Kepada Hubungan Seks Berisiko, Program Pengurangan Risiko Melalui
Jarum Suntikan, Program Penyediaan Darah dan Pemindahan Darah Yang Selamat
serta pelbagai lagi aktiviti dan program melalui PROSTAR yang mampu menyemai
sikap positif dan keprihatinan remaja terhadap perkara ini.
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKES 3072

Disamping itu, program ini juga menggalakkan para remaja mengamalkan


cara hidup yang sihat, serta menghindari tingkah laku berisiko tinggi terhadap
jangkitan HIV. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan komited dalam melaksanakan
usaha lebih proaktif untuk menghindari jangkitan penyakit ini dalam kalangan
golongan belia dan remaja, sekaligus mencapai sasaran mengakhiri AIDS menjelang
2030. Oleh itu, program PROSTAR merupakan mangkin utama dalam mendukung
hasrat kerajaan yang ingin melahirkan generasi bermoral dengan kaedah mendoktrin
para remaja agar mengamalkan cara hidup yang sihat serta menghindari tingkah laku
berisiko tinggi terhadap jangkitan HIV. Sebagai contoh, Timbalan Menteri Kesihatan
pada ketika itu, Dr Lee Boon Chye berkata, “sebelum ini kementerian telah berjaya
mengurangkan peratus jangkitan baru HIV/AIDS yang berpunca perkongsian jarum
daripada 70 peratus tahun 2002 kepada 48 peratus pada 2010, seterusnya kepada
hanya 3 peratus pada 2018” yang mana golongan yang terlibat terdiri daripada
golongan remaja telah mula dihapuskan serta dibanteras sedikit demi sedikit dengan
adanya penganjuran Program PROSTAR ini.
Seterusnya, Program PROSTAR ini bertujuan mendedahkan maklumat dan
hebahan penting kepada para remaja mengenai cara pencegahan dan pengawalan
penyakit AIDS. Rentetan itu, bagi menyebar luaskan pengetahuan serta hebahan
perihal bahaya penyakit AIDS ini, program PROSTAR menjadi mekanisme yang
ampuh dalam memberikan maklumat serta kesedaran kepada para remaja agar
menghindari serta mencegah perkara ini dengan relevan sebelum perkara ini menjadi
semakin teruk dan membimbangkan kepada para remaja kontemporari ini. Sebagai
contoh, Dalam usaha memberi kesedaran dan informasi kepada golongan muda,
Program PROSTAR telah melancarkan projek pencegahan, pendidikan dan
kesedaran yang menggunakan seni dan ekspresi kreatif dalam mendekati golongan
sasaran ini yang bertujuan untuk membolehkan remaja meneroka serta memahami
mitos serta pandangan salah tentang HIV/AIDS serta menyalurkan maklumat sebenar
mengenainya.
Akhir sekali, program ini menyasarkan para remaja adalah disebabkan punca
utama penularan penyakit ini datangnya daripada golongan muda. Dalam hal ini,
tidak dapat dinafikan keligatan arus kemodenan telah membawa satu tamparan yang
hebat kepada kita melalui senario hari ini yang menampakkan kehancuran generasi
muda dasawarsa ini disebabkan kegagalan sistem kehidupan dalam menangani
NO. ANGKA GILIRAN : 2019072340069 KOD KERTAS PEPERIKSAAN: PKES 3072

masalah ini dengan signifikan dan relevan. Kita sedia maklum bahawa daripada tahun
2011 hingga 2016, lebih satu pertiga (35.7 peratus) jangkitan HIV adalah dalam
kalangan remaja yang sangat membimbangkan. Perkara ini didorong dengan
Ketakutan terhadap undang-undang serta stigma masyarakat telah membuatkan
ramai enggan tampil atau mengakui tentang status HIV mereka dan itu tidak termasuk
mengambil ujian dan rawatan HIV serta memanfaatkan rangkaian sokongan sosial
yang disediakan. Oleh itu, meneliti kebejatan ini Program PROSTAR mengambil
langkah yang proaktif dalam menyantuni golongan remaja agar mereka yang telah
terlibat dapat direhabilitasi serta mereka yang belum terlibat dan berisiko terlibat dalam
kancah ini mampu untuk dibimbing sertah dicegah dengan langkah yang efektif agar
kemaslahatan generasi muda pada hari ini sentiasa terjamin sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai