Anda di halaman 1dari 32

SME60404:

Isu-Isu Kontemporari dalam Pendidikan Matematik

Tugasan 1:

Kajian Tinjauan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi


subjek Matematik KSSM

Bil. Nama No. Matrik Program

1. Crystal Eve Daniel M20222002179 MT34- Mathematics

2. Kalaimathi A/P Arumugam M20222002180 MT34- Mathematics

Nama pensyarah: Profesor Madya Dr. Mohd Faizal Nizam Lee Bin Abdullah

Kumpulan : A

Tarikh penghantaran: 2 Julai 2023


1.0 Pengenalan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan PBD selaras dengan

perubahan dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) pada tahun 2017

untuk sekolah menengah dan 2018 untuk sekolah rendah (Omar, 2018) . Bagi mengambil

tempat pembelajaran yang berasaskan peperiksaan di sekolah rendah untuk membantu para

pendidik membuat penilaian terhadap tahap penguasaan murid secara keseluruhan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut memperkenalkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

sebagai asas corak penilaian (Hajmi dan Jamaludin, 2022). Justeru itu, Pentaksiran Bilik

Darjah (PBD) mengutamakan pentaksiran formatif berbanding dengan pentaksiran sumatif

yang memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan selaras dengan

pentaksiran.

Selain itu, untuk mendapat data tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan

pencapaian murid, guru akan melaksanakan PBD dan kaedah penilaian ini merupakan

pentaksiran secara berterusan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Dengan itu, guru boleh menentukan langkah seterusnya dalam meningkatkan lagi

perkembangan pembelajaran murid apabila wujudnya PBD sebagai kaedah pentaksiran.

Menurut Arumugham (2020), membuat penilaian dan mengetahui tahap

perkembangan pembelajaran murid secara holistik adalah tujuan utama dalam PBD.

Tambahan pula, perasaan minat dan keseronokkan dapat dipupuk pada murid apabila

sekolah hanya mengadakan PBD sebagai asas penilaian tanpa bergantung sepenuhnya

dengan peperiksaan. Oleh itu, guru dapat memberikan fokus sepenuhnya terhadap

pembinaan keupayaan kognitif murid apabila peperiksaan awal tahun dan akhir tahun tidak

diterapkan.
Pelaksanaan konsep PBD ini berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6

di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah bagi semua

mata pelajaran KSSR dan KSSM. PBD ini dijalankan melalui pelbagai kaedah pentaksiran

seperti pemerhatian, penulisan, lisan, kerja projek, kuiz, pembentangan dan aktiviti

pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Menurut Abdullah et al. 2015, guru memainkan

peranan penting dan bertanggungjawab untuk mentadbir, menilai, membuat penskoran, dan

merekod pencapaian keseluruhan murid di peringkat sekolah bagi PBD. Demikian, PBD yang

berkualiti dapat menentukan kemenjadian murid seperti yang dihasratkan oleh KPM.

2.0 Fokus Kajian

Sebelum PBD diwujudkan oleh KPM, kebanyakkan aktiviti pentaksiran yang

diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih menumpukan kepada

persediaan untuk menduduki peperiksaan. Hal ini menyebabkan murid-murid lebih tertekan

untuk mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan. Walaubagaimanapun,

tempoh masa yang diperuntukkan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

tidak mencukupi bagi menghabiskan silibus, maka kelas tambahan diadakan. Disebabkan

kesuntukan masa, tidak semua kemahiran dapat dilatih kepada murid (Zuhairi, 2004).

Akibatnya, tidak semua objektif kurikulum dicapai. Jelaslah bahawa kebanyakkan murid

mempunyai matlamat untuk belajar dan menghafal pembelajaran hanya untuk lulus

peperiksaan dan ini sebahagian besar wujud akibat sistem pendidikan negara kita yang

berteraskan peperiksaan (Idris, Abdullah, dan Sembak, 2016). Dalam pada itu, kejayaan

dalam peperiksaan tidak akan menunjukkan gambaran sebenar dalam kejayaan penguasaan

sesuatu kurikulum (Idris, Abdullah, dan Sembak, 2016).


Selain itu, kejayaan dan kegagalan seseorang murid bergantung kepada cara

pengajaran guru dan pemberian latihan tubi di sekolah. Pada masa ini, murid sering diberikan

latihan tubi setelah guru mengajar sesuatu topik dalam subjek Matematik dan fenomena ini

boleh dikategorikan sebagai pengajaran konvensional (Zakaria, Rosli, dan Maat, 2015).

Sebagai contoh, guru akan memberikan fokus utama dalam membantu murid menghadapi

peperiksaan bagi meningkat tahap prestasi murid dan akhirnya murid hanya akan menghafal

konsep Matematik yang akan dikeluarkan dalam kertas peperiksaan (Zakaria, Rosli, dan

Maat, 2015). Oleh itu, murid tersebut tidak dapat memahami konsep Matematik secara

mendalam dan ini mengakibatkan mereka sukar untuk menguasai sepenuhnya subjek

Matematik.

Namun, murid berhenti menyukai Matematik apabila mereka masuk ke sekolah

menengah. Keadaan ini disebabkan oleh budaya pendidikan Matematik di sekolah yang tidak

mengambil kira situasi sebenar dalam pembelajaran Matematik. Matematika dianggap

penting karena perannya sebagai prediktor yang kuat bagi anak untuk memasuki sekolah

formal dibanding keterampilan emosi dan sosial (Siregar, 2017). Walau bagaimanapun,

kebanyakan murid tidak menyukai mata pelajaran Matematik. Murid-murid biasanya ingin

menghabiskan bab satu dengan segera sebelum melompat ke bab lain. Ini menyebabkan

mereka panik dan lupa isi dan perkara penting yang telah mereka pelajari. Proses

pembelajaran akan menjadi lebih sukar jika murid-murid tidak memahami konsep dan

kemahiran asas yang sudah dipelajari pada peringkat awal. Hal ini disebabkan oleh fakta

bahawa pembelajaran, terutamanya dalam Matematik, boleh dilihat sebagai berperingkat atau

hierarki. Murid yang tidak mempunyai kemahiran asas adalah faktor yang paling penting.
Menurut Modius, Moi, dan Madjapuni (2023), tahap pencapaian yang rendah dalam

subjek Matematik merupakan isu yang selalu dipertikaikan dalam kalangan para pendidik

terutama selepas mendapati keputusan daripada peperiksaan atau mana-mana keputusan

ujian. Hal ini disebabkan oleh guru kurang memberikan perhatian terhadap murid-murid

semasa sesi pembelajaran berlangsung dan guru juga tidak dapat mengetahui sama ada

murid faham sepenuhnya apa yang telah diajari (Modiu, Moi, dan Madjapuni, 2023). Oleh itu,

apabila guru gagal meningkatkan motivasi murid dalam mempelajari subjek Matematik, murid

juga turut kurang memberikan usaha dalam memahami konsep Matematik dan akhirnya murid

mempunyai persepsi yang negatif terhadap Matematik.

2.1 Kepentingan kajian tinjauan

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk melihat sejauh mana PBD yang diwujudkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjaya. Dalam kajian ini, pengkaji telah

melaksanakan soal selidik bersama 20 orang yang pernah menjalani program guru

pelatih dalam pendidikan Matematik KSSM dan bertempat di seluruh sekolah di negeri

Perak. Hasil dapatan kajian daripada soal selidik tersebut mendapat peratusan

pelaksanaan PBD di dalam bilik darjah adalah tinggi berbanding peratusan yang tidak

berjaya melaksanakan PBD.

Selain itu, dalam bidang pendidikan, kajian tinjauan merupakan kaedah penyelidikan

yang bukan berbentuk eksperimen dan sering digunakan untuk memperoleh maklumat

daripada responden. Kajian tinjauan biasanya akan dijalankan dengan memberikan

borang soal selidik kepada responden. Soal selidik dalam kajian ini telah disediakan

oleh pengkaji terlebih dahulu dengan menggunakan Google Form. Selepas itu, data

yang diperoleh daripada responden akan dianalisis oleh pengkaji dan akhirnya

membuat perbincangan berdasarkan maklumat tersebut.


Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengetahui kaedah pentaksiran yang

digunakan oleh para guru pelatih dan mengetahui sama ada PBD tersebut berjaya

atau tidak. Penggunaan PBD dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah banyak

membantu murid dalam memahami pelajaran yang dipelajarinya. Mereka juga berasa

lebih yakin pada mata pelajaran yang dipelajarinya. Ini membolehkan mereka

menyukai mata pelajaran tersebut dan membolehkan mereka menikmati pengajaran

yang diajar oleh guru mereka. Selain daripada itu, mereka juga akan menumpukan

perhatian yang lebih pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini

membolehkan guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa

gangguan. Guru juga dapat mengawal tingkah laku murid dan mempertingkatkan

prestasi mereka.

2.2 Kebaikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tujuan PBD adalah untuk menilai pencapaian

murid dalam bilik darjah tanpa murid menghiraukan dengan peperiksaan. Oleh itu,

terdapat beberapa kelebihan dalam melaksanakan PBD sebagai teknik penilaian

murid. Yang pertama adalah hasil pencapaian murid daripada peperiksaan tidak akan

dibandingkan dengan murid yang lain. Ini membolehkan murid tidak mempunyai

perasaan yang malu apabila guru membandingkan markah peperiksaan. Seterusnya,

tujuan PBD dijalankan adalah untuk mengesan penguasaan dan progres murid dan

dalam masa yang sama, guru mempunyai peluang untuk memperbaiki segala

kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam kadar yang segera. Tambahan pula, PBD

dapat memperbaiki kualiti pembelajaran dan meramal kemampuan tahap pencapaian

murid dari masa ke semasa. Akhirnya, segala aspek berkenaan murid yang dinilai

membolehkan guru untuk mengenali dan memahami apabila guru mendapat maklum

balas yang lengkap sama ada dalam bentuk data kualitatif atau kuantitatif.
2.3 Keburukan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Walaupun penggunaan PBD dalam sesi pengajaran dan pembelajaran banyak

memberi kesan baik kepada guru-guru dan murid-murid, malah ia juga memberi kesan

buruk. Antaranya ialah murid-murid tidak mengambil serius dan menumpukan

perhatian sepenuhnya dalam PdP. Hal ini disebabkan, murid-murid bertanggapan

tiada peperiksaan untuk menilai mereka. Ia juga menjadi punca murid lemah dalam

pembelajaran. Di samping itu, guru-guru juga tidak mempunyai masa yang mencukupi

untuk mengajar semua topik yang terdapat dalam silibus. Masa yang diperuntukkan

untuk mengendalikan sesuatu mata pelajaran dalam PdP adalah terhad. Guru perlu

mengajar dan menilai murid-murid dalam kelas tersebut dalam masa yang

diperuntukkan. Dimana masa yang diperuntukkan bagi sesuatu mata pelajaran tidak

mencukupi.
3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum

Objektif kajian tinjauan ini secara umumnya adalah untuk mengenal pasti sama

ada Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi subjek Matematik KSSM berjaya

dijalankan atau tidak.

3.2 Objektif Khusus

Objektif khusus bagi kajian tinjauan ini adalah:

3.2.1 Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang telah dijalankan dalam bilik

darjah bagi subjek Matematik

3.2.2 Mengenal pasti sama ada guru pelatih Matematik berjaya melaksanakani

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

4.0 Responden Kajian

Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian tinjauan ini terdiri daripada 20 guru pelatih yang

mempunyai latar belakang pendidikan Matematik dan pernah menjalani program guru pelatih

sekurang-kurangnya 4 minggu. Sampel diambil secara rawak dengan bilangan responden

lelaki sebanyak 6 orang dan bilangan perempuan sebanyak 14 orang.


5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan satu kaedah untuk mengumpul

maklumat awal bagi kajian tinjaun ini. Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan

soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Pengkaji telah membina soal selidik

dengan menggunakan laman web Google Form. Selain itu, soalan yang dipaparkan

dalam borang soal selidik tersebut dihasilkan dengan merujuk sumber daripada artikel

dan juga kajian lain. Tetapi, soal selidik ini diubahsuaikan berdasarkan keperluan

objektif kajian tinjauan.Tujuan pengkaji menjalankan soal selidik dalam talian adalah

kerana had masa yang diperlukan untuk mengumpul data dalam masa yang singkat.

Oleh itu, penggunaan Google Form sangat membantu dalam menjalankan kajian

tinjauan di kalangan responden.

5.1.1 Soal selidik

Berikut merupakan soal selidik yang diberikan kepada responden yang pernah

menjalani program guru pelatih. Soal selidik tersebut bertujuan untuk

mengumpul data berkenaan dengan pentaksiran dalam bilik darjah. Soal

selidik ini mempunyai 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan

Bahagian C. Namun, hanya bahagian B dan bahagian C sahaja akan

dilampirkan dalam laporan ini disebabkan isi kandungan dalam bahagian A

hanya mengandungi soalan berkaitan dengan demografi responden.


Bahagian B : Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Skala Tahap Persetujuan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Setuju

4 Sangat setuju

No Item 1 2 3 4

1 Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

2 Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru dapat mengenal

pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran

3 Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru dapat merancang

dan mengubah suai kaedah pengajaran agar kefahaman murid

dapat dipertingkatkan lagi

4 Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), murid merasa bebas

daripada tekanan menghadapi peperiksaan


Bahagian C : Masalah yang dihadapi dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

No Item Komen

1 Masalah anda dalam menjalankan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

2 Kaedah yang anda gunakan dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

3 Adakah anda rasa yang Pentaksiran Bilik Darjah yang anda telah

jalankan berjaya?

6.0 Analisis dan Dapatan Kajian

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan maklum balas responden

daripada borang soal selidik yang telah dijalankan berkaitan tentang pentaksiran dalam bilik

darjah dan masalah yang dihadapi oleh responden dalam mengendalikan pentaksiran

tersebut.
6.1 Bahagian A: Data Demografi Responden

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan peratus jantina bagi 20 responden yang di soal selidik melalui

Google Form. Berdasarkan rajah 1, bilangan perempuan lebih banyak daripada

bilangan lelaki yang. Bilangan responden perempuan sebanyak 14 orang bersamaan

70 peratus manakala bilangan responden lelaki adalah sebanyak 6 orang bersamaan

30 peratus.
Rajah 2

Rajah 2 menunjukkan bilangan responden yang mempunyai pengetahuan tentang

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Berdasarkan rajah 2, bilangan responden yang

mempunyai pengetahuan asas mengenai PBD adalah sebanyak 20 orang, iaitu

keseluruhan responden bersamaan 100 peratus.


6.2 Bahagian B: Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Rajah 3

Rajah 3 menunjukkan bilangan responden yang menjawab item yang pertama dalam

soal selidik yang menyatakan sama ada responden tersebut setuju dengan

pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Berdasarkan rajah 3, sebanyak 10 orang

yang memilih nombor 4 iaitu “Sangat Setuju”, bersamaan 50 peratus. Seterusnya, 8

orang telah memilih nombor 3 iaitu “Setuju”, bersamaan 40 peratus dan hanya 2 orang

yang memilih nombor 2 iaitu “Tidak Setuju”, bersamaan 10 peratus sahaja. Hal ini

dapat dilihat bahawa responden yang memilih nombor 3 dan 4 setuju dengan

Pelaksanaan Bilik Darjah (PBD) manakala terdapat juga responden yang mempunyai

pengalaman mengaplikasikan PBD tetapi tidak bersetuju dengan kaedah

pentaksiran tersebut.
Rajah 4

Rajah 4 menunjukkan peratus bilangan responden yang menjawab soalan sama ada

melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), kekuatan dan kelemahan murid dalam

pembelajaran dapat dikenal pasti. Berdasarkan rajah 4, sebanyak 9 orang bersamaan

45 peratus yang menjawab nombor 4 iaitu “Sangat Setuju” dan 8 orang bersamaan 40

peratus yang telah memilih nombor 3 iaitu “Setuju”. Selain itu, hanya 3 orang sahaja

yang memilih nombor 2 iaitu “Tidak Setuju” bersamaan dengan 15 peratus. Oleh hal

yang demikian, lebih banyak bilangan responden yang bersetuju dengan pendapat

bahawa PBD dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid berbanding

bilangan responden yang tidak setuju.


Rajah 5

Rajah 5 menunjukkan bilangan peratus responden yang menjawab soalan berkaitan

dengan perancangan dan pengubahsuaian kaedah pengajaran melalui Pentaksiran

Bilik Darjah (PBD) supaya dapat meningkatkan lagi tahap kefahaman murid.

Berdasarkan rajah 5, sebanyak 12 orang bersamaan 60 peratus telah memilih

jawapan nombor 4 iaitu “Sangat Setuju” dan 5 orang telah memilih nombor 3 iaitu

“Setuju” bersamaan dengan 25 peratus. Manakala, terdapat 3 orang bersamaan 15

peratus yang telah menjawab nombor 2 iaitu “Tidak Setuju”. Dengan ini, jelaslah

bahawa bilangan responden yang setuju adalah lebih tinggi berbanding dengan yang

responden yang tidak setuju iaitu dengan pelaksanaan PBD, guru boleh merancang

dan mengubahsuai kaedah pengajaran yang lebih efektif agar tahap kefahaman murid

di dalam kelas dapat dipertingkatkan lagi.


Rajah 6

Rajah 6 menunjukkan bilangan peratus responden yang menjawab soalan yang

menyatakan murid merasa bebas daripada tekanan menghadapi peperiksaan apabila

wujudnya Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Berdasarkan rajah 6, terdapat 5 orang

bersamaan 25 peratus yang memilih nombor 4 iaitu “Sangat Setuju” dan 8 orang telah

memilih jawapan nombor 3 bersamaan 40 peratus iaitu “Setuju”. Golongan responden

ini bersetuju bahawa dengan pentaksiran dalam bilik darjah, murid merasa bebas

daripada tekanan menghadapi peperiksaan. Menurut Suparman, Zuhairi, Zubaidah

(2004), kebanyakan penilaian yang dilakukan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran lebih memberi tumpuan kepada persiapan untuk menduduki

peperiksaan dan pelajar diletakkan di bawah tekanan yang lebih untuk melakukan

dengan baik pada peperiksaan tersebut. Oleh itu, responden yang memilih jawapan

nombor 3 dan 4 berpendapat bahawa murid tidak merasa tertekan untuk menghafal

silibus apabila mereka perlu menghadapi peperiksaan. PBD membolehkan murid

untuk fokus pada pembelajaran dalam kelas dan mempertingkatkan kemahiran dalam

menjawab soalan matematik dan hanya bergantung dengan kaedah pentaksiran yang

dilaksanakan oleh guru.


Namun, terdapat juga responden yang memilih jawapan nombor 2 bersamaan 14

peratus iaitu “ Tidak Setuju” dan 4 orang menjawab nombor 1 iaitu “ Sangat Tidak

Setuju”, bersamaan dengan 20 peratus. Di sini jelaslah bahawa responden tersebut

berpendapat bahawa penilaian berasaskan peperiksaan dan pentaksiran dalam kelas

tidak ada perbezaan. Kedua-dua jenis pentaksiran ini tetap akan memberikan tekanan

kepada murid. Sebahagian besar ini disebabkan oleh tahap kemahiran murid yang

rendah dalam menyelesaikan soalan matematik dan juga sukar memahami konsep

matematik. Oleh itu, tidak kira apa kaedah pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru,

murid tetap akan merasa tekanan dalam menguasai topik matematik tersebut.
6.3 Bahagian C:Masalah yang dihadapi dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Rajah 7

Rajah 7 menunjukkan bilangan peratus responden yang menjawab soalan berkaitan

dengan masalah yang dihadapi semasa menjalani Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Berdasarkan rajah 7, sebanyak 4 orang bersamaan dengan 21.1 peratus telah memilih

masalah seperti kurang latihan dan pengalaman dalam melaksanakan PBD. Ini

bermaksud, pentaksiran dalam kelas memerlukan pelbagai instrumen yang efektif dan

produktif dalam menilai tahap kefahaman murid. Walaupun guru mempunyai

pengetahuan mengenai pelaksanaan PBD tetapi kurang diberikan pendedahan

terhadap mengaplikasikan PBD, sesetangah guru tetap akan menghadapi kesukaran

dalam mengendalikan dan menyediakan instrumen penilaian dan akhirnya sukar

menjalankan pentaksiran dengan lancar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


Seterusnya, terdapat 4 orang bersamaan 21.1 peratus memilih masalah seperti

kurang pengetahuan dan kefahaman dalam melaksanakan PBD. Walaupun guru

mempunyai pengetahuan asas dalam PBD, terdapat juga guru yang tidak mempunyai

pengetahuan yang lebih mendalam apabila perlu menilai murid. Oleh itu, guru tidak

dapat menjalankan PBD dengan baik. Menurut Hajmi dan Jamaludin (2022), jika para

guru mempunyai tahap kefahaman yang tinggi dalam melaksanakan PBD, guru

tersebut juga akan menjadikan proses PBD berjalan dan senang dan dilakukan

dengan teknik yang tepat mengikut kemahiran, keupayaan dan kebolehan murid yang

berasaskan aspek yang perlu dinilai mengikuti DSKP. Namun, jika guru kurang

mendapat ilmu pengetahuan berkenaan pelaksanaan PBD, maka guru tidak

mempunyai hala tuju yang tepat dalam pembinaan instrumen penilaian dan

pengurusan PBD.

Selain daripada itu, 4 orang bersamaan 21.1 peratus telah memilih masalah seperti

sukar menggunakan teknik dan cara penilaian yang betul. Johari dan Mohamad (2023)

mengatakan bahawa terdapat guru yang mempunyai kurang pengetahuan dalam

menentukan tahap pencapaian murid berdasarkan TP yang telah ditetapkan dalam

DSKP. Tambahan pula, bagi melaksanakan pelbagai jenis penilaian dalam kelas, guru

perlu mahir dalam pembinaan instrumen serta pengetahuan kandungan yang

mencukupi berdasarkan DSKP. Oleh itu, apabila guru tersebut tidak berupaya untuk

menambah ilmu dalam pembinaan dan penggunaan instrumen penilaian, maka guru

sukar untuk menetapkan tahap penguasaan murid semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu ada motivasi dalam mempertingkatkan tahap

kefahaman murid bagi topik yang diajar. Dengan itu, pelaksanaan PBD seperti

memberikan projek kepada murid adalah penting dalam proses pembelajaran murid.
Di samping itu, terdapat 6 orang bersamaan 31.6 peratus memilih masalah seperti

merasa beban semasa mengisi PBD kerana terlalu ramai murid yang perlu dinilai. Hal

ini berlaku kerana, proses penilaian mengambil masa yang lama dan guru harus

menentukan tahap pencapaian murid dalam kelas. Pada waktu yang sama, guru di

sekolah mempunyai komitmen yang lain seperti pembinaan “lesson plan” dan juga

mengulang kaji topik yang perlu diajar. Oleh sebab itu, guru yang perlu menilai murid

yang terlalu ramai akan membuat guru rasa tertekan dengan tugas penilaian.

Seterusnya, 13 orang bersamaan 68.4 peratus telah memilih masalah seperti

kesukaran membuat penilaian terhadap murid yang selalu tidak hadir ke sekolah. Hal

ini wujud akibat daripada golongan murid yang tiada motivasi untuk hadir ke sekolah

dan terdapat juga murid perlu membantu ibu bapa mereka untuk bekerja. Maka, murid

yang tidak hadir ini akan memberikan impak yang negatif terhadap prestasi mereka

disebabkan kekurangan ilmu pembelajaran dan akhirnya sukar memberikan hasil kerja

yang berkualiti. Lebih-lebih lagi, guru juga sukar untuk membuat penilaian keseluruhan

terhadap murid yang hampir tidak hadir sepanjang semester persekolahan.

Selain itu, terdapat 12 orang bersamaan 63.2 peratus yang memilih masalah seperti

tidak mempunyai masa yang cukup dalam membina instrumen penilaian seperti

latihan harian, tugasan mingguan, atau projek. Seperti yang dinyatakan sebelum ini,

guru sekolah biasa akan mempunyai komitmen lain yang penting. Sebagai contoh,

guru dilantik dalam pengurusan program sekolah seperti sukan sekolah dan ini juga

mengambil masa yang lama apabila perlu mengurus program besar. Oleh itu,

responden dalam kajian merasa masa tidak cukup dalam proses pembinaan

instrumen penilaian.
Tambahan pula, terdapat 3 orang bersamaan 15.8 peratus yang tidak mempunyai

masalah dalam pelaksanaan PBD. Hal ini disebabkan oleh tahap pengetahuan

kandungan dan juga tahap kemahiran dalam pengurusan PBD adalah tinggi. Oleh itu,

responden tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan PBD dengan baik dan

bijak.

Rajah 8

Rajah 8 menunjukkan bilangan peratus responden yang telah menjawab soalan yang

berkaitan dengan kaedah yang digunakan semasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Berdasarkan rajah 8, terdapat 14 orang bersamaan 70 peratus yang telah memilih

kaedah seperti memerhati dan mentaksir proses kerja murid serta memberi maklum

balas secara lisan atau bertulis. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sedang

berlangsung, guru akan memberikan aktiviti ataupun lembaran kerja kepada murid dan

pada waktu yang sama, guru akan membuat pemerhatian terhadap proses

menyiapkan tugasan murid serta memberikan maklum balas dalam membantu murid

memahami topik dalam tugasan.


Selain itu, terdapat 13 orang bersamaan 65 peratus memilih kaedah seperti memerhati

dan mentaksir tingkah laku murid melalui interaksi murid dengan guru atau interaksi

murid dengan murid. Sebagai contoh, interaksi atau perbincangan mengenai topik

yang dipelajari dalam kelas akan menunjukkan tahap kefahaman murid. Oleh itu,

melalui perbincangan tersebut, guru mampu membuat penilaian dalam kelas.

Seterusnya, 10 orang bersamaan 50 peratus telah memilih kaedah seperti mentaksir

jawapan murid secara lisan melalui aktiviti bercerita dan penyelesaian soalan di papan

putih. Responden yang memilih kaedah ini telah membuat penilaian pencapaian murid

apabila murid berjaya atau tidak dalam menyelesaikan soalan Matematik di papan

putih ataupun guru mengarahkan murid untuk membuat pembentangan tentang topik

yang telah dipelajari.

Tambahan pula, 13 orang bersamaan 65 peratus telah memilih kaedah seperti

memberikan tugasan mingguan sahaja. Sebagai contoh, setelah guru mengajar 1 atau

2 subtopik Matematik dalam 1 minggu, murid akan diberikan tugasan Matematik yang

berkaitan dengan pembelajaran pada minggu tersebut. Maka, guru boleh menilai

pencapaian murid berdasarkan tugasan yang diberikan.

Akhirnya, kaedah seperti memberikan projek dalam kumpulan atau individu telah

dipilih oleh 13 orang bersamaan 65 peratus. Contohnya, dalam 1 semester, guru akan

memberikan projek atau portfolio dan mengarahkan murid untuk membina kumpulan

masing-masing. Projek tersebut juga boleh diberikan secara individu. Oleh itu,

pembinaan dan menyiapkan projek itu akan menunjukkan sama ada murid itu

mempunyai pengetahuan yang tinggi atau tidak dalam subjek Matematik. Penilaian

seperti ini amat digalakkan kepada para guru dalam melaksanakan PBD.
Rajah 9

Rajah 9 menunjukkan bilangan peratus responden yang telah menjawab sama ada

Pentaksiran Bilik Darjah yang dijalankan berjaya atau tidak. Berdasarkan rajah 9, 20

peratus menyatakan bahawa pelaksanaan PBD tidak berjaya manakala 80 peratus

menjawab pelaksanaan PBD berjaya dijalankan.


7.0 Perbincangan

a. Kurang latihan dan pengalaman dalam melaksanakan PBD

Bagi memastikan pentaksiran yang berkualiti di dalam bilik darjah, guru

memerlukan latihan dan pengalaman yang mantap. Namun, responden yang

dikaji dalam kajian ini hanya mempunyai pengalaman mengajar selama 2

bulan sahaja. Latihan dan pengalaman mereka perolehi dalam melaksanakan

PBD adalah sangat terhad. Menurut Yasnizah dan Halim (2011), amalan

pentaksiran yang lemah dalam kalangan guru adalah kerana kurangnya latihan

dan pengalaman yang diterima oleh guru. Hal ini menyebabkan mereka

menghadapi masalah sewaktu melaksanakan PBD dalam pengajaran dan

pembelajaran. Walaubagaimanapun, untuk membantu guru pelatih yang

kurang menerima latihan dan pengalaman dalam melaksanakan PBD,

praktikum guru pelatih boleh diubahsuai dari 3 bulan ke 6 bulan. Hal ini

disebabkan, guru pelatih dapat membantu dalam penambahbaikan latihan dan

pengalaman dalam melaksanakan PBD.

b. Kurang pengetahuan dan kefahaman dalam melaksanakan PBD

Responden yang dikaji didapati kekurangan pengetahuan dan kefahaman

dalam melaksanakan PBD. Hal ini disebabkan responden tersebut tidak

mempunyai ilmu yang mendalam dan mencukupi berkenaan pengendalian

PBD. Ia menjadi rintangan kepada guru untuk mengendalikan PBD di dalam

bilik darjah. Oleh yang demikian, bagi mengatasinya pihak yang berkuasa

haruslah mengadakan kursus dalam pelaksanaan PBD. Oleh itu, responden

boleh menambah ilmu pengetahuan dan kefahaman mereka dalam

melaksanakan PBD dengan menggunakan strategi yang tepat dan efektif

apabila perlu menilai tahap pencapaian murid.


c. Guru tidak tahu menggunakan teknik dan cara penilaian yang betul

Responden yang dikaji tidak mempunyai pengetahuan teknik dan cara

penilaian yang tepat dalam mengendalikan PBD. Pelaksanaan pentaksiran

akan terganggu apabila guru tidak tahu cara penggunaan teknik dan penilaian

yang betul. Sistem PBD ini masih baru di kalangan guru pelatih dan mereka

masih belum dapat menguasai cara pentaksiran ini dengan lebih baik. Perkara

ini menjadi rumit lagi apabila terdapat banyak penambahbaikan yang dilakukan

oleh pihak KPM dalam memperbaiki sistem pentaksiran ini ke arah yang lebih

mudah dan tidak membebankan guru. Oleh yang demikian, guru pelatih

haruslah diberi pendedahan awal dalam penggunaan teknik dan cara penilaian

yang betul sebelum dihantar ke sekolah untuk menjalankan tugas sebagai

pendidik. Hal ini akan membantu mereka mengendalikan teknik dan penilaian

yang betul.

d. Guru merasa beban semasa mengisi PBD dan juga mengambil masa

yang lama kerana terlalu ramai murid yang perlu dinilai

Keberkesanan guru berkurangan kerana dibebani oleh murid-murid yang

terlalu ramai dalam sebuah kelas yang diajarinya. Mungkin, dengan

mengagihkan bilangan murid yang kecil dalam sesebuah kelas dapat

mengurangkan beban kerja dengan betul dan ia boleh mengurangkan dan

mengelakkan guru daripada membuat kerja yang berlebihan. Guru boleh

memberi tumpuan kepada sesi pengajaran, pembelajaran dan penilaian dalam

bilik darjah dengan berpandukan bilangan murid yang kecil.


Hal ini disebabkan, guru dikehendaki membuat latihan bagi setiap topik yang

diajar, merekod setiap markah yang dicapai oleh setiap murid mengikut

subtopik yang diajar dalam borang pelaporan offline yang disediakan oleh

kementerian. Dalam mata pelajaran Matematik, terdapat banyak subtopik dan

bilangan murid dalam setiap kelas iaitu seramai 30 hingga 40 orang. Ini

membebankan dan mengambil masa yang banyak bagi seorang guru untuk

membuat latihan dan rekod pencapaian mereka.

Selepas keputusan direkod, guru dikehendaki juga membuat latihan

pengukuhan berdasarkan keputusan mereka bagi murid tersebut. Aktiviti

seperti ini akan berterusan dan guru dikehendaki mencatat setiap pencapaian

murid sepanjang tahun. Mencatat pencapaian murid bagi bilangan besar

adalah satu kerja yang beban berbanding dengan bilangan yang kecil.

Mengikut kajian kami, bilangan murid di dalam sesuatu kelas adalah seramai

30 hingga 40 orang. Justeru itu, bagi mengurangkan beban guru, sesi penilaian

juga boleh dibuat dalam aktiviti berkumpulan. Dengan itu, guru lebih mudah

untuk menilai pencaipain murid yang ramai..


e. Guru sukar membuat penilaian terhadap murid yang selalu tidak hadir

ke sekolah

Kekerapan murid yang tidak hadir ke sekolah akan menyukarkan guru

membuat penilaian terhadap murid tersebut. Hal ini disebabkan, pentaksiran

bilik darjah dilaksanakan terhadap setiap murid di kelas sewaktu sesi

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika murid kerap tidak hadir, ini akan

menyebabkan murid tidak faham apa yang guru mengajar dan ia akan

menyukarkan guru untuk membuat pentaksiran terhadap murid tersebut.

Didapati sebahagian murid yang kadangkala menghadapi masalah keluarga

atau kesihatan dan akhirnya menghalang mereka daripada menghadiri atau

ponteng sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang dengan sengaja

ponteng sekolah kerana mereka ingin melepak atau melakukan perkara lain

yang sia-sia. Bagi mengatasi masalah murid tidak hadir, guru perlulah

memastikan proses PdP di sekolah menarik. Contohnya, guru menggunakan

permainan dalam pelajaran. Secara tidak langsung, aktiviti yang

menyeronokkan akan menarik minat murid untuk ke sekolah. Selain itu, pihak

sekolah juga boleh berjumpa dan menasihatkan ibubapa atau penjaga murid

yang terlibat supaya lebih bertanggungjawab terhadap tingkah laku yang kerap

tidak hadir ke sekolah.


f. Guru tidak mempunyai masa yang cukup dalam membina instrumen

penilaian seperti tugasan mingguan, latihan harian, atau projek

Bagi memperkasakan pentaksiran bilik darjah, guru perlulah membina

instrumen penilaian yang berkualiti. Walaubagaimanapun, instrumen yang

dibinanya adalah terbatas. Hal ini disebabkan guru tidak mempunyai masa

yang cukup dalam membina instrumen tersebut. Hal ini berlaku disebabkan

guru yang mempunyai komitmen yang lain seperti pengurusan program atau

menyediakan “Lesson plan”.Oleh yang demikian sebagai langkah

mengatasinya pihak KPM haruslah menyediakan dan menghantar instrumen

penilaian yang standard ke semua sekolah di Malaysia. Selain itu, KPM juga

bolehlah mewujudkan jawatan pembantu guru aliran perdana di sekolah.

8.0 Rumusan

Melalui kajian tinjauan ini, sistem Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran berlangsung akan memberi kesan yang positif sekiranya semua pihak

bergabung untuk melaksanakannya. Jika semua guru mendapat kursus dan latihan

pentaksiran yang mencukupi, PBD boleh dilaksanakan dengan lebih berjaya. Kaedah yang

digunakan dalam PBD akan lebih mudah dilaksanakan di sekolah jika guru lebih bersedia

dalam aspek pembinaan instrumen penilaian yang efektif dan juga mempunyai pengetahuan

yang mendalam tentang pelaksanaan PBD. Pihak berkuasa seharusnya perlu mengambil

langkah untuk memastikan keberkesanan PBD dijamin. Sebagai contoh, mengadakan kursus

kepada para pendidik dalam mempelbagaikan kaedah PBD agar dapat menilai tahap

pencapaian murid menggunakan strategi yang tepat dan betul.


Rujukan

Abdullah, N., Noh, N. M., Mansor, R., Hashim, A. T. M., & Teck, W. K. (2015).

Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan Guru

Sains: Evaluation of School Based Assessment (PBS) Among Science Teachers.

Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 5(1), 89-102.

https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2145/1764

Abdullah, W. M. (2004). Pentaksiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab komunikasi di sebuah sekolah menengah. Malaysia Academic Library

Institutional Respository, 1-21. http://studentsrepo.um.edu.my/1242/4/BAB_1.pdf

Arumugham, K. S. (2020). Kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dari perspektif

pelaksanaan pentaksiran bilik darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1), 152-161. DOi:

https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/175

Hajmi, H., & Jamaludin, K. (2022). Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Pentaksiran

Bilik Darjah Di Sekolah Rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(4), 119-

125. DOI: http://dx.doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.10

Idris, N.B.I., Abdullah, N.B., Sembak, S.B., (2016). Isu dan Cabaran Pentaksiran

Berasaskan Sekolah Dalam Kalangan Guru. Proceding International Conference On

Teachers Education (ICOTE). Retrieved from https://www.academia.edu/9642256/

Johari, D., & Mohamad W.M.R.W. (2023). Pelaksanaan Penskoran Pentaksiran Bilik Darjah

(PBD) bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Jurnal Dunia Pendidikan. 5(1). 467-481. DOI:

https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.37

Kamaruddin, M.I & Mohamad, A. (2011). Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan

Pelajar UTM. Journal of Educational Psychology and Counseling, 2, 51-77. DOI:

https://core.ac.uk/download/pdf/11788634.pdf
Modius, M., Moi, S.N., & Madjapuni, M.N. (2023). Pendekatan Guru MUda Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Di Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes.

International Journal of Education, Psychology and Counseling, 8(49), 37-56.

DOI: 10.35631/IJEPC.849004

Nor, S. M., & Haron, Z. (2023). Instrumen Literasi Pentaksiran Bilik Darjah Guru

Sekolah Berdasarkan Konteks Pendidikan di Malaysia: Sorotan Literatur

Bersistematik (SLR). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH),

8(4), DOI: DOI: https://msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/2261

Omar, S.H.W. (2019). Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Masalah Guru dalam

Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu. 9(1). 56-67.

DOI:http://journalarticle.ukm.my/14524/1/195-374-1-SM.pdf

Salleh, M., Sarkowi, A., Jafar, M. F., Arif, Z. M., & Abd Hamid, H. (2019). Tahap literasi

guru terhadap pendekatan dalam Pentaksiran Bilik Darjah. Journal of Chemical

Information and Modeling, 9, 12-24. DOI:http://conference.kuis.edu.my/ispen/wp-

content/uploads/2019/05/ISPEN19_02.pdf

Siregar, N. R. (2017). Persepsi siswa pada pelajaran matematika: studi pendahuluan

pada siswa yang menyenangi game. Peran Psikologi Perkembangan dalam

Penumbuhan Humanitas pada Era Digital, 224-232.

DOI:https://core.ac.uk/download/pdf/236378368.pdf

Suparman, A., Zuhairi, A., & Zubaidah, I. (2004). Distance education for

sustainable development: Lessons learned from Indonesia. In UT-SEAMOLEC

International Seminar “Open and Distance Learning for Sustainable Development,”

Jakarta. DOI:https://core.ac.uk/download/pdf/198235081.pdf
Yasnizah, Y., & Halim, A. (2011). Kesediaan Guru Melaksanakan Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (Doctoral dissertation, universiti pendidikan sultan idris).

Anda mungkin juga menyukai