Anda di halaman 1dari 9

FACULTY OF SCIENCE AND MATHEMATICS

MASTERS OF EDUCATION

SME60404:

CONTEMPORARY ISSUES IS MATHEMATICS EDUCATION

NAME CRYSTAL EVE DANIEL

MATRIC NO. M20222002179

LECTURER PROFESOR MADYA DR. MOHD FAIZAL NIZAM LEE BIN


ABDULLAH
DUE DATE 14 MAY 2023
Tugasan Individu: Pilih lima (5) isu dalam pendidikan Matematik masa kini. Analisis
secara kritis.

Menurut Mamat dan Wahab (2022), pembelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran
asas dan utama yang sering menjadi cabaran bagi pelajar. Keupayaan yang tinggi dalam
memahami suatu konsep ,teorem, serta menyelesaikan masalah dengan menggunakan
strategi-strategi yang tertentu akan dikategorikan sebagai pelajar yang berkemahiran dalam
pendidikan Matematik. Tambahan pula, Matematik merupakan satu bidang yang sentiasa
berubah dari segi kandungan, kegunaan, dan cara mempelajarinya. Pada masa yang sama,
peranan guru adalah sangat penting dalam membantu pelajar menyesuaikan pelajar dengan
persekitaran pembelajaran semasa. Namun, terdapat beberapa faktor yang boleh
menyebabkan pelajar tidak mahir dalam mempelajari pendidikan Matematik pada masa kini.

1) PENGGUNAAN KALKULATOR

Kalkulator yang berasal dari negara perancis, dicipta oleh Colmur pada tahun 1820
dan telah dipertingkatkan oleh Boldwin yang berasal dari Amerika Syarikat pada tahun
1875 dengan membolehkan kalkulator menyelesaikan masalah yang melibatkan
empat operasi matematik iaitu tambah, tolak, darab, dan bahagi. Sejak itu, beberapa
model kalkulator yang baru telah diwujudkan dari masa ke semasa dan sehingga hari
ini. Sebagai contoh, kalkulator pada masa kini, tidak terhad untuk mengira
permasalahan dalam empat operasi matematik sahaja, tetapi juga dapat mendapat
mengira hasil punca, kuasa, permasalahan statistik, dan juga nilai mendapat nilai
daripada pelbagai fungsi trigonometri dan logaritma.

Di samping itu, masalah penggunaan kalkulator sering ditemui di kalangan pelajar


yang masih berada di sekolah rendah. Hal ini wujud akibat daripada pelajar
mempunyai masalah dengan menghafal sifir dan mengakibatkan mereka sering
menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan soalan dan memerlukan jawapan
dengan cepat dan tepat. Tambahan pula, tahap motivasi pelajar sekolah rendah
terhadap pendidikan Matematik semakin berkurang apabila ditemui dengan soalan
yang memerlukan pengiraan yang melibatkan empat operasi Matematik dan perlu
diselesaikan secara manual. Dengan adanya kalkulator tersebut, para pelajar tidak
kreatif dalam menyelesaikan masalah Matematik dan proses pengiraan menjadi tidak
menyeronokkan bagi pelajar. Hal ini membolehkan pelajar bergantung sepenuhnya
dengan kalkulator grafik walaupun untuk pengiraan yang mudah. Oleh itu,
penggunaan kalkulator tidak memberi manfaat khususnya kepada pelajar sekolah
rendah sahaja disebabkan kekerapan yang tinggi dalam penggunaan kalkulator tidak
dapat membantu membina minda para pelajar semasa kecil.

Seterusnya, guru harus membantu pelajar membina keyakinan membuat pengiraan


secara manual dan tidak membenarkan pelajar bergantung sepenuhnya kepada
kalkulator dalam menyelesaikan soalan Matematik. Sebagai contoh, guru boleh
melaksanakan aktiviti dalam kumpulan dan memberikan kerja kumpulan soalan yang
melibatkan operasi, tolak, darab, dan bahagi tanpa menggunakan kalkulator. Selain
itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti menghafal sifir dengan menggunakan lagu
agar pelajar mudah ingat dan dapat meningkatkan semangat untuk belajar Matematik.
Dengan itu, pelajar lebih yakin dalam menyelesaikan soalan Matematik yang
melibatkan pengiraan dan tidak bergantung pada kalkulator.

2) KBAT

Andin dan M.Z (2023) menyatakan Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
merentas kurikulum memerlukan semua guru melaksanakan perubahan pendekatan
pengajaran daripada berpusat guru kepada berpusatkan pelajar. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan sebuah dasar perubahan
pendidikan yang dikenali sebagai Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pada tahun
2013 yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPM) 2013-2025 iaitu bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi
dan juga berdaya saing di peringkat global. Selain itu, dengan penguasaan kemahiran
seperti kemahiran menilai, mengaplikasikan, menganalisis dan mencipta dalam
memahami suatu topik, pendekatan KBAT amat digalakkan dalam sesi pembelajaran.
Walau bagaimanapun, pelajar perlu mempunyai daya pemikiran pada tahap aras yang
tinggi apabila ditemui dengan soalan yang memerlukan kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis. Seterusnya, Shahirah dan Mahamod (2021) telah menjalankan kajian
yang mendapati sesi pembelajaran tidak berjalan dengan baik apabila pelajar tidak
memberi kerjasama dalam memahami suatu topik yang diajar apabila guru
melaksanakan pengajaran melibatkan KBAT.

Di samping itu, kajian yang telah dijalankan oleh Rajoo (2018) menyatakan
pengetahuan asas pelajar di sekolah menjadi salah satu faktor dalam pelaksanaan
KBAT dalam bilik darjah. Hasil daripada kajian tersebut, mengaplikasikan KBAT di
dalam bilik darjah merupakan cabaran bagi para guru kerana pelajar tersebut
mempunyai pencapaian yang rendah. Hal ini terjadi kerana pelajar sekolah kerap
bergantung kepada nota dan menyelesaikan soalan dengan menghafal proses
penyelesaiannya. Jelaslah bahawa pelajar yang hanya mempunyai pengetahuan asas
yang rendah dalam pendidikan Matematik mempunyai kesukaran untuk memahami
dan menyelesaikan soalan beraras tinggi.

Selain itu, Rajoo (2018) juga menyatakan guru-guru lebih gemar memberi pengajaran
yang melibatkan kandungan sahaja dan kurang mengaitkan KBAT dalam sesi
pengajaran Matematik. Hal ini berpunca daripada guru ingin menghabiskan sukatan
dengan cepat kerana patuh kepada takwim peperiksaan yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Seterusnya, guru akan memberi pengajaran yang
berdasarkan fakta sahaja berbanding pengajaran yang melibatkan KBAT disebabkan
para guru tersebut ingin menghasilkan bilangan pelajar mendapat keputusan yang
cemerlang bagi membolehkan guru dilihat sebagai guru yang berkesan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Abdullah dan Mohamed (2007) berpendapat bahawa guru sistem yang


berorientasikan kepada peperiksaan mengakibatkan guru untuk mempercepatkan
sukatan pelajaran. Hal ini berlaku supaya guru boleh memberikan masa kepada
pelajar untuk melaksanakan latih tubi sebelum menghadapi peperiksaan. Sebagai
contoh, guru memberikan pengajaran mengenai Pythagoras' Theorem dan hanya
mengajar rumus serta cara penyelesaiannya tanpa menghubungkan theorem tersebut
dengan masalah dalam kehidupan sebenar. Oleh sebab itu, proses perkembangan
KBAT dalam pendidikan Matematik tidak berjaya diterapkan apabila guru hanya
memfokuskan kecemerlangan dan bilangan A dengan cara menghafal fakta dan
rumus.

Kesimpulannya, guru perlu membina “ Lesson Plan “ yang lebih berkesan dengan
mengaplikasikan pembelajaran KBAT dalam sesi kelas. Sebagai contoh, guru boleh
menjalankan aktiviti di mana pelajar perlu menyelesaikan soalan beraras tinggi dan
akhirnya membentangkan hasil kerja tersebut. Ini membolehkan pelajar bekerja keras
dalam memahami dan menyelesaikan soalan tersebut agar dapat membentangkan
proses penyelesaian soalan dengan lancar. Akhirnya, pelajar perlu membiasakan diri
dalam menjawab soalan berkemahiran aras tinggi kerana soalan seperti ini dapat
mengukur sejauh mana tahap pemikiran pelajar. Apabila pelajar sudah membiasakan
diri dengan menjawab soalan aras tinggi, maka mereka akan mudah menjawab soalan
tersebut.

3) MOTIVASI

Tahap minat dan motivasi pelajar dalam mempelajari Matematik adalah rendah
disebabkan Matematik merupakan mata pelajaran yang kompleks. Analisis data
daripada dapatan penilaian antarabangsa TIMSS dan PISA membentangkan tahap
pencapaian Matematik pelajar adalah dipengaruhi oleh motivasi. Kemampuan pelajar
menggunakan tenaga dan usaha bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh
guru melibatkan tahap motivasi mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Seperti
yang dinyatakan oleh Teori Determinasi Diri, motivasi intrinsik murid lebih dominan dan
efektif dalam mempengaruhi pencapaian matematik murid. Murid dengan motivasi
ekstrinsik yang tinggi lebih cenderung untuk memberi fokus semata-mata kepada hasil
akhir seperti markah peperiksaan dan bukannya proses pembelajaran (Jaafar dan
Maat, 2020).

Selain itu, menghasilkan pelajar yang mampu menyelesaikan sesuatu perkara dengan
bersemangat dan juga kesediaan pelajar untuk menerima ilmu pengetahuan berkait
rapat dengan tahap motivasi pelajar tersebut. Tambahan pula, motivasi juga boleh
dinyatakan sebagai tahap minat atau kecenderungan
seseorang untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara. Persepsi
pelajar terhadap Matematik sebagai mata pelajaran yang sukar atau “Killer Subject “
telah menyebabkan pelajar kurang berminat untuk memberikan perhatian
sepenuhnya semasa sesi pembelajaran dan akhirnya tidak memberi peluang kepada
diri mereka untuk menerima ilmu sebagai ilmu yang mudah difahami. Pada waktu yang
sama, kurang pengertian atau pengetahuan tentang fungsi Matematik dalam
kehidupan sebenar juga menyebabkan pelajar tidak bermotivasi untuk memahami
pembelajaran tersebut. Namun demikian, pelajar sedar bahawa setiap bidang
pekerjaan di dunia ini memerlukan konsep asas Matematik tetapi kesedaran mereka
terhadap kepentingan Matematik masih berada di tahap yang rendah. Justeru itu, guru
memainkan peranan yang tinggi bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam
mempelajari mata pelajaran Matematik dan menggunakan pendekatan yang sesuai
bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar pelajar mudah memahami dan
menerima ilmu yang diberikan (Tarmizi, Abu, Othman, Abdullah, Ibrahim, Surif, dan
Osman, 2019).

4) MATH TRAUMA

Trauma dalam mempelajari Matematik merupakan fenomena yang terkenal di


kalangan para pelajar terutamanya pelajar yang berada di kelas belakang. Trauma
Matematik diterjemahkan sebagai perasaan takut untuk menyelesaikan soalan yang
melibatkan nombor atau pengiraan dan ini telah mengakibatkan pelajar takut untuk
mendapat jawapan yang salah dan tidak memahami sepenuhnya konsep Matematik.
Hal ini juga disebabkan pelajar mempunyai histori dalam mendapat keputusan yang
rendah dalam mata pelajaran Matematik sehingga mereka yakin bahawa mereka tidak
mempunyai ‘Otak Matematik’. Dengan keadaan sedemikian, pelajar membataskan
keupayaan diri mereka untuk mempelajari Matematik.

Seterusnya, guru biasanya akan memberikan masa yang terhad kepada pelajar bagi
menyelesaikan suatu soalan semasa sesi pembelajaran berlangsung. Ini
menyebabkan pelajar yang kurang berkemahiran dalam mengira akan menjadi cemas
dan takut malah mematikan daya ingatan otak yang membawa kepada trauma
Matematik. Sebagai contoh, guru mengajar suatu konsep Matematik yang baru
kepada pelajar dan meminta pelajar untuk menyelesaikan soalan dalam masa yang
ditetapkan akan menyebabkan pelajar yang lemah merasa kurang yakin dan takut
terhadap soalan tersebut. Lebih-lebih lagi apabila pelajar hanya percaya bahawa
kemahiran dalam Matematik ini adalah dengan cepat dan tepat dalam pengiraan.

Dengan itu, bagi mengatasi masalah seperti ini, ibubapa perlu mendedahkan
penggunaan matematik terhadap anak mereka sejak umur yang kecil. Sebagai contoh,
permainan seperti Sudoku, permainan kad, ataupun mengaplikasikan matematik
dengan situasi sebenar seperti menjual dan membeli barang di kedai. Ini
membolehkan kanak-kanak membina keyakinan terhadap proses pengiraan dan tidak
takut untuk menghadapi soalan yang melibatkan pengiraan. Seterusnya, guru juga
perlu mengubah pandangan pelajar bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang
susah difahami. Guru perlu memahami setiap kebolehan pelajar dalam kelas dan
mengaplikasi pendekatan yang berbeza bagi memudahkan setiap pelajar memahami
konsep yang dipelajari.

5) KESUKARAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT

Keupayaan pelajar yang rendah apabila menghadapi masalah Matematik yang


melibatkan simbol dan angka merupakan salah satu faktor pelajar kurang berjaya
dalam matematik. Terdapat dua punca utama yang menyebabkan pelajar kurang
berkemahiran dalam soalan Matematik berbentuk ayat:

• Menterjemahkan soalan berbentuk ayat kepada persamaan Matematik.

• Tidak memahami kehendak soalan.


Faktor yang pertama merupakan pelajar yang tidak mampu menterjemahkan
soalan yang berbentuk ayat atau maklumat kepada persamaan atau
ketaksamaan Matematik yang betul untuk membuat pengiraan yang
seterusnya. Bahasa Matematik mempunyai makna yang tersendiri dan
digunakan dalam konteks Matematik yang tertentu dan ini membuktikan
bahawa Bahasa Matematik adalah berbeza dengan Bahasa biasa. Di samping
itu, Matematik mempunyai istilah yang digunakan dalam kurikulum yang sukar
difahami oleh pelajar dan akhirnya menyebabkan kekeliruan. Oleh itu, guru
Matematik di sekolah sering mengatakan bahawa pelajar menghadapi
kesulitan apabila mereka perlu menyelesaikan masalah Matematik yang
berbentuk ayat berbanding dengan soalan Matematik berbentuk mekanikal.

Faktor yang kedua pula menjelaskan bahawa pelajar mempunyai kesukaran


dalam memahami soalan Matematik. Sebagai contoh, pelajar mempunyai
pengetahuan asas mengenai konsep pengamiran dan mampu menyelesaikan
soalan yang beraras rendah tetapi dalam masa yang sama, pelajar
menghadapi masalah apabila konsep yang sama dinyatakan dalam soalan
yang melibatkan pemikiran aras tinggi ataupun soalan yang dikaitkan dengan
situasi sebenar. Ini menyebabkan pelajar menggunakan strategi penyelesaian
yang tidak berkaitan dengan kehendak soalan tersebut akibat tidak memahami
sepenuhnya soalan diberikan. Seterusnya, pelajar kerap diberikan soalan
Matematik dalam bentuk yang mudah difahami dan tiada istilah yang
mengelirukan. Ini membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu yang dipelajari
untuk menjawab soalan. Namun, guru kurang mendedahkan pelajar dengan
soalan yang melibatkan bahasa Matematik yang kompleks.

Oleh itu, guru perlu melaksanakan pembelajaran koperatif semasa sesi


pengajaran dan pembelajaran belangsung. Kerja dalam kumpulan adalah
sesuai bagi pelajar yang mempunyai masalah seperti yang dinyatakan
sebelum ini. Pembelajaran koperatif melibatkan ahli dalam kumpulan
berkongsi maklumat dan saling membantu satu sama lain dalam
menyelesaikan soalan ataupun memahami suatu konsep Matematik.
Pembelajaran koperatif membolehkan pelajar dalam kumpulan berkongsi idea
dan pendapat mengenai masalah Matematik dan ini secara tidak langsung
meningkatkan tahap pemikiran pelajar dalam kumpulan tersebut.
Walaubagaimanapun, guru juga harus membantu dan memastikan pelajar
berjaya dalam memahami konsep yang diajar dan membolehkan mereka
menyelesaikan soalan dalam bahasa Matematik.

Secara keseluruhan, guru seharusnya membantu pelajar dalam menghapuskan perasaan


takut kepada subjek Matematik walaupun subjek ini dikatakan salah satu subjek yang sukar
difahami dan kompleks. Hal ini disebabkan Matematik adalah sumber kehidupan yang penting
dan mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan masa kini. Oleh itu, Matematik boleh
dilihat sebagai suatu mata pelajaran yang mudah dan seronok dipelajari jika semua para guru
dapat mengamalkan teori-teori pembelajaran yang sesuai dalam sesi pengajaran mereka.
Dengan itu, tahap pencapaian pelajar dalam Pendidikan Matematik dapat dipertingkatkan.

Anda mungkin juga menyukai