Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Pentaksiran adalah satu proses yang sistematik dan berterusan untuk mendapatkan
maklumat tentang perkembangan dan pembelajaran murid-murid. Pentaksiran dijalankan oleh
pendidik secara profesional dengan kerjasama ibu bapa menggunakan kaedah pemerhatian
dan beberapa ujian standard yang lain. Pentaksiran sangat penting untuk mengenal pasti
kekuatan, kelemahan serta sokongan atau intervensi yang diperlukan oleh seseorang bagi
mengoptimumkan lagi perkembangan mereka.

Pada Januari 2022, saya telah menjalankan sesi temu bual bersama dengan dua
orang guru Matematik sekolah rendah di Daerah Keningau , Sabah. Tujuan saya melakukan
sesi temu bual tersebut adalah untuk mengetahui berkenaan dengan penilaian proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru berkenaan . Perkara tersebut bertepatan
dengan keperluan tugasan kursus KMP61704 Penilaian Dalam Pembelajaran Matematik.
Segala maklumat yangdiberikan adalah SULIT dan digunakan atas persetujuan respondan
dan untuk kegunaan tugasan ini semata-mata.

Semasa melaksanakan temu bual, saya telah mengajukan beberapa soalan yang
merangkumi kefahaman responden terhadap konsep penilaian pembelajaran dalam
Matematik.

PROSES PENGUMPULAN MAKLUMAT

Sebelum temubual ini dijalankan, saya telah menyenaraikan beberapa orang calon
guru Matematik yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan pengalaman yang berlainan.
Oleh kerana saya bertugas di Negeri Sabah dan semasa temubual ini dijalankan merupakan
cuti persekolahan, temubual dijalankan hanya menggunakan aplikasi telefon dan Whatsapp.
Juga disebabkan dengan keadaan pandemic Covid-19 temubual secara bersemuka tidak dapat
dijalankan bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Selepas memilih calon guru Matematik untuk di temubual, calon di hubungi untuk
meminta persetujuan untuk ditemubual serta membuat temujanji dengan menetapkan masa
untuk dihubungi. Setelah itu saya telah merangka soalan yang akan dikemukakan kepada
responden. Setelah selesai temubual, hasil temubual akan di bincangkan dalam laporan.
Berikut adalah soalan yang dikemukakan semasa sesi temubual dijalankan.
SOALAN TEMUBUAL

A. SOALAN LATAR BELAKANG

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana cikgu sudi di temubual
pada hari ini. Sebelum kita berbual lebih lanjut boleh cikgu perkenalkan diri? Cikgu boleh
ceritakan mengenai perkara seperti berikut:

• Umur

• Asal

• Pengalaman mengajar

• Kelayakan akademik tertinggi

• Kelayakan ikhtisas

• Lokasi Sekolah

• Tempoh menjadi Guru Matematik

B. SOALAN PENGENALAN

2. Terima kasih cikgu. Seperti yang kita semua sedia maklum, pandemik Covid-19 telah
menyebabkan sekolah ditutup dan kita semua terpaksa menjalani PdPr bersama
murid-murid. Jadi,pada ketika itu, apa perasaan cikgu dan apa persediaan awal cikgu
semasa menghadapi situasi tersebut?

3. Bagaimanakah pelaksanaan PDP semasa situasi pandemik Covid-19 yang disarankan


oleh pihak sekolah pada ketika itu?

4. .Apakah medium yang cikgu gunakan dalam melaksanakan PDP semasa


pandemikCovid-19

5. Jika cikgu diberikan pilihan, kaedah pengajaran yang mana lebih berkesan, secara
bersemuka atau secara maya (PdpR? Mengapa ?
C. SOALAN KUNCI

6. Temubual pada hari ini berfokuskan tentang penilaian proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai seorang guru matematik yang telah mempunyai pengalaman ,
apa yang cikgu faham tentang penilaian dalam matematik?

7. Boleh tak cikgu kongsikan bagaimana cikgu merancang proses pengajaran dalam
matapelajaran Matematik?

8. Seperti yang kita sedia maklum Matematik merupakan salah satu subjek yang
digeruni oleh kebanyakkan murid. Bagaimana cikgu menarik minat murid dan
mengubah persepsi murid ?

9. Apakah instrument yang biasa digunakan semasa membuat pentaksiran Matematik?

10. Apakah persediaan yang dibuat sebelum cikgu menjalankan proses pentaksiran?

11. Apakah cabaran yang dihadapi semasa membuat pentaksiran

12. Apakah cadangan mengatasi cabaran tersebut?

D. SOALAN PENUTUP

13. Sebelum kita mengakhiri sesi temubual kita pada hari ni boleh cikgu kongsikan tips
atau sedikit nasihat bagaimana untuk menjadi seorang Guru Matematik yang baik dan
berkarisma?

14. Apa harapan cikgu untuk Sesi persekolahan 2022 akan datang?
RESPONDEN 1

Responden yang pertama adalah seorang guru Matematik di SK Banjar, Keningau dan
merupakan seorang guru perempuan berusia 42 tahun berasal daripada Sarawak dan
berbangsa Bidayuh. Beliau telah mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Sains
Dan Teknologi di Universiti Malaysia Sabah. Kemudian beliau telah mendapat kelayakan
ikhtisas Diploma Lepasan Ijazah (KPLI) dalam bidang Sains dan Bahasa Inggeris di Institut
Perguruan Ipoh, Perak. Beliau telah mengajar matapelajaran Matematik semenjak
penempatan pertama beliau adalah di SK Banjar Keningau , Sabah. Kini beliau telah
mempunyai 12 tahun pengalaman mengajar matapelajaran Matematik dan telah bertukar
kepada option Matematik sepenuhnya.

Sebagaimana yang kita ketahui, dunia telah diancam dengan wabak COVID-19 dan
menyebabkan pembejaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan. Responden melahirkan
perasaan sedih, takut dan bimbang dengan pencapaian anak anak murid beliau. Sesi
pembelajaran pada tahun 2021 hanya dapat dijalankan secara bersemuka untuk beberapa
bulan sebelum PDPR sepenuhnya dilaksanakan. Antara persediaan yang telah dilakukan oleh
beliau adalah dengan menyediakan modul untuk persediaan mengajar PDPR. Beliau juga
memikirkan beberapa kaedah yang berkesan untuk menyampaikan pengajaran kepada murid
secara maya.

Medium pengajaran yang digunakan adalah secara online menggunakan whatsapp,


telegram dan aplikasi google classroom. Disebabkan sekolah beliau merupakan sekolah Gred
A, setiap kelas mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang murid. Masalah yang dihadapi
sudah tentu tidak semua murid dapat mengikuti pembelajaran PDPR kerana latar belakang
murid beliau kebanyakkan nya bukan daripada keluarga yang berpendapatan besar. Masalah
yang dihadapi dengan liputan internet yang tidak kuat dan juga kekurangan telefon bimbit
atau computer riba untuk mengikuti pembelajaran secara PDPR.

Jika diberikan pilihan, diantara pdp secara bersemuka atau PDPR sudah tentu saja
beliau memilih untuk menjalankan PDP secara bersemuka kerana untuk matapelajaran
Matematik ia lebih sesuai guru mengajar secara terus dengan murid kerana MAtematik
memerlukan tunjuk cara secara terus dan bimbingan yang berterusan. Memandangkan juga
latar belakang murid beliau bukan berasal daripada bandar yang mempunyai ibubapa yang
mempunyai pendidikan tinggi.
Sebagai seorang guru Matematik beliau menyatakan pentaksiran merupakan satu
proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penilaiana terhadap pencapain
murid. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang
pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses
untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu
subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, rancangan pengajaran perlu


dirancang terlebih dahulu. Ia sangat penting bagi menentukan keberkesanan penyampaian
PdP kepada murid. Pengajaran yang dirancang mestilah menarik dan bukan sekadar bercakap
dan menulis. Beliau akan memastikan pengajaran yang dirancang boleh melibatkan semua
murid semasa Pdp.Untuk menarik minat murid dalam matapelajaran Matematik beliau akan
mencari kaedah kaedah alternative bagi setiap topik yang diajar dan kebanyakkan nya dalam
bentuk permainan yang boleh mencetuskan persaingan antara murid.

Sebelum pentaksiran dijalankan, beliau akan membuat persedian bergantung kepada


instrumen yang akan digunakan. Bagi pentaksiran PDP bersemuka, pentaksiran secara
formatif seperti tugasan harian, tugasan mingguan dan soal jawab dalam kelas direkodkan.
Bagi pentaksiran secara sumatif pula, beliau akan menyediakan soalan soalan ujian untuk
dijawab oleh murid atau merancang pertandingan kuiz antara murid di dalam kelas.

Bagi membuat pentaksiran secara dalam talian , beliau menyediakan modul untuk
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pentaksiran secara pemerhatian semasa Pdpr
dijalankan dengan melihat kehadiran dan respon murid semasa kelas dijalankan. Soal jawab
secara lisan didalam kumpulan Whapsapp dan daripada latihan secara online yang diberikan
beliau menyemak dan membuat pentaksiran.

Walaubagaimana terdapat kelemahan dan cabaran semasa menjalankan pentaksiran


dengan kaedah diatas. Kadangkala semasa pentaksiran yang dijalankan murid tidak hadir dan
belum mengusai topik berkenaan. Begitu juga dengan masalah PdPr apabila bukan semua
murid dapat mengikuti pembelajaran disebabkan factor factor kemudahan gajet dan liputan
internet.

Cara untuk mengatasi masalah diatas adalah dengan memberi ganjaran kepada
murid yang rajin mengikuti pembelajran dalam bentuk isian semula kredit telefon. Selain
daripada itu guru akan menhubungi murid secara individu atau menghantar sendiri modul
atau soalan ujian kepada murid berkenaan.

Pentaksiran bilik darjah memerlukan peranan guru sepenuhnya dalam melaksanakan


pentaksiran terhadap murid. Murid yang dinilai secara berterusan dalam pelbagai bentuk
pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan
iaitu dari aspek penilaian. Daripada pengalaman beliau, untuk menjadikan proses PDP
berjaya, guru mestilah lebih rapat dengan murid tetapi tegas dari segi tugasan. Biarpun
matapelajaran Matematik adalah satu matapelajaran yang digeruni, kita mesti menjadi guru
yang disegani dan ditunggu murid. Kejayaan terbesar beliau adalah berjaya memberikan
100% lulus matapelajaran Matematik dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2015 yang
merupakan kenangan manis beliau sepanjang bergelar guru Matematik.

Harapan beliau semoga pada tahun 2022 pembelajaran secara bersemuka dapat
dijalankan secara berterusan dan kita dihindari dari wabak COVID -19.
RESPONDEN 2

Responden yang kedua adalah seorang guru Matematik di SK Gemising, Tenom dan
merupakan seorang guru perempuan berusia 38 tahun berasal daripada Kelantan dan
berbangsa Melayu. Beliau telah mendapat pendidikan tertinggi Ijazah Sarjana Muda Sains
Pertanian di Universiti Putra Malaysia. Kemudian beliau telah mendapat kelayakan ikhtisas
Diploma Lepasan Ijazah (KPLI) dalam bidang Matematik di Institut Perguruan Kampus
Pulau Pinang. Beliau telah mengajar matapelajaran Matematik semenjak penempatan
pertama. Kini beliau telah mempunyai 15 tahun pengalaman mengajar matapelajaran
Matematik. Beliau mengajar di sekolah SKM iaitu sekolah kurang murid. Dalam setiap kelas
hanya mempunyai seramai 4 hingga 6 orang murid.

Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan


pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugasan
guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan
dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)
dilaksanakan secara dalam talian. Menurut responden walaupun jumlah murid beliau tidak
begitu ramai namun begitu beliau tetap terkesan dengan keadaan tersebut. Beliau juga risau
dengan keciciran murid dalam matapelajaran Matematik.

Kerana tidak semua pelajar boleh menerima cara pembelajaran dalam talian, masih
ada lagi pelajar yang perlu bimbingan secara konvensional untuk mereka lebih mudah
memahami. Yang penting menurut beliau guru hendaklah memastikan pelajar itu tidak
hilang semangat untuk menimba ilmu, begitu juga guru tidak hilang semangat untuk
menyampaikan ilmu," katanya. Beliau memberitahu suasana pengajaran dan pembelajaran
jelas berbeza dalam tempoh PKP berbanding sebelumnya memandangkan hampir semua
kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dijalankan secara dalam talian seperti Google
Classroom, Google Meet, Youtube, Zoom Cloud Meeting, dan pelbagai kuiz.

Jika diberikan pilihan, diantara pdp secara bersemuka atau PDPR sudah tentu saja
beliau memilih untuk menjalankan PDP secara bersemuka kerana untuk matapelajaran
Matematik ia lebih sesuai guru mengajar secara terus dengan murid kerana MAtematik
memerlukan tunjuk cara secara terus dan bimbingan yang berterusan. Memandangkan juga
latar belakang murid beliau bukan berasal daripada bandar yang mempunyai ibubapa yang
mempunyai pendidikan tinggi.
Disebabkan sekolah beliau merupakan sekolah di kawasan pedalaman, kebanyakan
pengajaran dan pembelajaran dalam talian adalah terbatas kerana berdepan dengan kekangan
capaian Internet serta ketiadaan alat peranti pintar.

Menurutnya, sepanjang tempoh PKP ini, beliau yang berada di sekolah yang
dikategorikan sebagai Pedalaman satu itu akan menghantar tugasan melalui aplikasi
WhatsApp dalam kumpulan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), manakala bagi yang tiada
akses, beliau sendiri akan menghantar tugasan kepada mereka secara bersemuka.

Untuk menjalankan pentaksiran beliau akan menggunakan instrument instrument


yang sesuai. Beliau menganalisis murid sebelum atau sepanjang proses pembelajaran dan
pemudahcaraan dijalankan di dalam bilik darjah. Beliau menyenaraikan proses “merancang”
dan “merangka” dalam melaksanakan pentaksiran sebelum menjalankan pdp. Proses
‘merancang” melibatkan analisis sukatan kurikulum. Proses“merangka” pula menyiasat
tentang adakah murid mengetahui bahawa aktiviti yang diberikan adalah pentaksiran. Pada
kebiasaannya beliau akan memberitahu murid bahawa setiap topik pengajaran akan dikaitkan
dengan aktiviti pentaksiran. Hal ini penting untuk membolehkan murid sentiasa bersedia
dengan pentaksiran dan penilaian yang akan dijalankan.

Instrumen yang selalu digunakan adalah secara pemerhatian, lisan dan


bertulis. Walaupun bilangan murid sangat sedikit, masih lagi mempunyai masalah kehadiran
murid disebabkan ada murid yang tinggal jauh dari kawasan sekolah. Bagi pentaksiran PDP
bersemuka, pentaksiran secara formatif seperti tugasan harian, tugasan mingguan dan soal
jawab dalam kelas direkodkan. Bagi pentaksiran secara sumatif pula, beliau akan
menyediakan soalan soalan ujian untuk dijawab oleh murid atau merancang pertandingan
kuiz antara murid di dalam kelas. Di sebabkan jumlah murid yang sedukit, beliau juga selalu
membuat pentaksiran menggunakan instrument simulasi dimana murid akan melakonkan
sesuatu keadaan.

Bagi membuat pentaksiran secara dalam talian , beliau menyediakan modul untuk
disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Pentaksiran secara pemerhatian semasa Pdpr
dijalankan dengan melihat kehadiran dan respon murid semasa kelas dijalankan. Soal jawab
secara lisan didalam kumpulan Whatsapp dan daripada latihan secara online yang diberikan
beliau menyemak dan membuat pentaksiran. Selain daripada itu cara lain ialah dengan
memberikan murid tugasan portfolio untuk disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Bagi memberi galakkan kepada murid, responden berkata beliau selalunya akan
memberikan penghargaan dengan menulis teruskan usaha, baik, sangat baik atau dengan
memeberikan symbol A yang banyak dan bintang yang banyak. Bagi murid tahap 1 mereka
sangat teruja dengan penghargaan itu. Bagi murid tahap dua, beliau juga memberikan
penghargaan dalam bentuk wang tunai atau isian semula telefon bagi memberikan
penghargaan dan meanarik minat murid untuk terus mengikuti PdP.

Keberkesanan aktiviti pentaksiran banyak bergantung kepada guru memandangkan


guru ialah pihak yang bertanggungjawab melaksanakannya. Guru hendaklah lebih
bersemangat dan lebih kreatif dalam menyediakan pelbagai instrumen dan kaedah
pentaksiran bagi menguji keupayaan dan kebolehan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Usaha ini perlu dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan kemahiran guru untuk
melaksanakan pentaksiran di dalam bilik darjah. Pesan beliau lagi, sebagai guru kita mesti
menilai murid secara adil agar penilaian yang telus dan tepat dapat diberikan. Jadilah seorang
guru yang disayangi oleh murid bukan digeruni oleh murid.

RUMUSAN

Menjadi seorang guru yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran


bukanlah suatu perkara yang mudah. Semuanya adalah bergantung kepada gaya
pengajaran guru itu sendiri.Adakalanya pengalaman mempengaruhi gaya pengajaran dan
pembelajaran guru selain daripada penerapan ilmu pengetahuan yang dimiliki. Adapun ciri
guru yang berkesan itu bergantung kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang
diamalkan melalui pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki. Maka kekerapan dalam
menerapkan gaya pengajaran banyak mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru.

Daripada temubual yang dijalankan diakui wujud kekangan dalam pendidikan dalam
talian seperti masalah capaian Internet, ketiadaan peranti digital pintar serta sikap murid dan
pelajar sendiri, Sebagai guru sebaliknya perlu memikirkan cara untuk memastikan
penyampaian ilmu itu tetap diteruskan dengan apa cara sekalipun begitu juga dengan
pentaksiran dan penilaian. Mengakui dunia pendidikan di luar bandar berhadapan cabaran
lebih getir, cabaran lebih besar adalah kepada ibu bapa murid dan pelajar sendiri sama ada
mereka benar-benar prihatin dengan kepentingan pendidikan anak mereka atau sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai