Anda di halaman 1dari 4

Tahun ini merupakan tahun kedua guru menggunakan pendekatan

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan sudah tentunya


pengalaman mengharungi situasi sama pada 2020 banyak menguji
semangat warga pendidik untuk terus memberikan ilmu kepada anak
bangsa.

Malahan, pendekatan PdPR ini juga agak mencabar untuk murid


memberi perhatian penuh walaupun guru berada di depan secara maya.
Ini kerana masing-masing berada di rumah dan ada dalam kalangan
pelajar yang masih kekok dengan proses pembelajaran di hadapan skrin
monitor.

Selepas cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, semua murid akan
kembali melalui PdPR bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 di
sekolah.

Bukan mudah untuk guru-guru mengajar ketika dalam keadaan


pandemik begini. Jadi, perlu ada taktik untuk menjadikan sesi
pembelajaran ini lebih menarik dan efektif.

GPS Bestari kongsikan beberapa tip yang boleh digunakan oleh guru-
guru di luar sana untuk menarik minat murid belajar secara dalam talian
ketika waktu pandemik ini.

1) Tingkatkan interaksi dengan murid

Sebuah kajian menunjukkan bahawa hasrat hati manusia ingin menjadi


sebahagian daripada sesebuah kumpulan. Memandangkan murid dan
guru dipisahkan oleh jarak, jadi interaksi antara kedua-dua pihak
menjadi sangat penting. Sebagai contoh, gunakan kaedah memulakan
kelas dengan bertanyakan khabar mereka. Ini akan membuat mereka
merasa lebih selesa dan kurang kekok dalam kelas online.

Dalam masa yang sama, guru boleh memupuk rasa tanggungjawab


dalam kalangan murid dengan mengingatkan mereka untuk menyalakan
kamera agar kekal fokus dan terhindar dari godaan atau gangguan yang
kerap muncul apabila belajar dari rumah.

2) Kawal Emosi

Sebagai guru, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk sentiasa


berusaha mewujudkan situasi yang ceria ketika melaksanakan proses
pembelajaran. Secara tidak langsung, situasi yang ceria akan
mempengaruhi minat murid dalam aktiviti pembelajaran dan
mengelakkan perasaan tertekan.

Namun, tidak dinafikan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP)


atas talian membuatkan guru dan murid berasa tertekan lebih-lebih lagi
apabila berlakunya gangguan teknikal dan sebagainya. Oleh itu, guru
harus kreatif dalam mencari kaedah pembelajaran yang menarik.

3) Memberi masa untuk murid yang tertinggal

Umum mengetahui tidak semua murid memiliki kemampuan yang sama


dalam menyerap ilmu. Di samping itu, ada juga murid daripada keluarga
yang tidak berkemampuan perlu berkongsi gajet untuk menjalani kelas
atas talian dan ada juga yang mempunyai akses internet yang terhad.
Guru haruslah memainkan peranan dan memahami situasi semua
murid. Banyak kaedah yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk
memastikan penglibatan semua murid dalam pembelajaran, antaranya :

a) Murid boleh menghantar gambar kerja sekolah melalui aplikasi telefon


b) Membuat dan memuatnaik kerja sekolah melalui Google Classroom

c) Memberi latihan dalam buku teks

d) Menyerahkan bahan PdP untuk ibu bapa ambil di sekolah

4) Beri pujian kepada murid

Pujian didapati boleh memberikan kesan positif kepada akademik dan


tingkah laku sosial kanak-kanak. Pujian boleh diberikan kepada seorang
mahupun seluruh kelas. Gunakan ayat seperti :

Bagus!

Walaupun tak dapat belajar bersemuka, awak semua cekap dan


cepat faham.

Hebatnya! Inilah kelebihan bila kita fokus dalam pelajaran.

Cikgu bangga dengan kelas ini, semoga boleh teruskan lagi


pencapaian.

Bayangkan perasaan murid-murid apabila mereka mendengar kata-kata


pujian seperti diatas. Kaedah ini akan meningkatkan motivasi pelajar
untuk cemerlang dan seterusnya melahirkan perilaku yang positif.
Walaubagaimanapun, pujian yang diberi haruslah pujian yang berkualiti
dan tidak melebih-lebih.

5) Mengadakan kuiz interaktif

Kuiz interaktif secara 'real-time' didapati berkesan dalam merperkasakan


pembelajaran atas talian serta dapat memberi petunjuk kepada guru
untuk mentaksir sama ada murid-murid memahami apa yang dipelajari.
Ramai guru meluahkan masalah yang dihadapi ketika kelas dalam talian
di mana murid tidak memberikan respon yang baik walaupun soalan
yang ditanya adalah mudah. Apatah lagi menunggu murid untuk
bertanya. Oleh itu, guru boleh mendorong mereka untuk terlibat dalam
kelas yang sedang berlangsung melalui kuiz 'real-time'.

Kesimpulan

Berdasarkan tip diatas, boleh disimpulkan bahawa kejayaan guru


menembusi dunia murid dapat menghasilkan pengalaman pembelajaran
yang berkesan dan mencipta hubungan baik antara guru dan pelajar.
Namun, setiap pihak perlu akur bahawa impak PdPR tidak akan sama
dengan PdP di dalam bilik darjah memandangkan PdPR adalah
sokongan kepada proses pembelajaran bersemuka yang tidak dapat
dilaksanakan kerana sekolah ditutup akibat Covid-19.

Jadi, tenaga pengajar haruslah sentiasa mencari kaedah pengajaran


dan pembelajaran yang bersesuaian untuk menarik minat pelajar di kala
pandemik ini. Untuk ibu bapa yang mendapati anaknya lemah dalam
pelajaran dan tidak dapat mengikuti kelas dalam talian dengan baik,
boleh mendapatkan bantuan tuisyen di rumah supaya anak anda tidak
terus ketinggalan.

Anda mungkin juga menyukai