Anda di halaman 1dari 2

POLISI SEKOLAH SELAMAT Definisi Merupakan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menghadapi kejadian-kejadian sehingga melibatkan

kerosakan harta benda atau / dan kehilangan nyawa apabila berlaku kebakaran. Objektif 1. 2. 3. 4. Mengenalpasti punca-punca berlakunya kebakaran. Membenteras kejadian kebakaran di sekolah. Mewujudkan suasana selamat di sekolah. Melahirkan warga sekolah yang sentiasa peka terhadap bahayanya kebakaran.

Punca-Punca Kebakaran. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Litar Pintas Sabotaj Wayar dan suis terdedah Penggunaan alat eletrik yang rosak Menyambung wayar eletrik secara haram oleh murid Pengunaan lilin dan pelita di sekolah. Membakar sampah didalam / dekat bangunan sekolah.

PERATURAN SEMASA BERLAKU KEBAKARAN 1. Apabila berlaku kebakaran, loceng kecemasan hendaklah dibunyikan. L o c e n g keselamatan akan berbunyi terus panjang tanpa henti. 2. Pelajar pertama yang menyedari kebakaran hendaklah memaklumkan kepada guru atau pihak pengurusan dengan serta merta. 3. Apabila loceng isyarat dibunyikan, pelajar-pelajar mesti berbaris di luar kelas dan turun melalui tangga yang ditetapkan (tangga yang paling dekat) 4. Pelajar mestilah meninggalkan kelas atau bangunan dengan serta merta. 5. Semua suis lampu dan kipas mestilah dimatikan sebelum meninggalkan kelas. 6. Pelajar-pelajar mestilah bergerak secara senyap, tidak terburu-buru atau berlari dan tanpa cuba berlumba-lumba antara satu sama lain 7. Pelajar hendaklah bergerak ke padang mengikut pelan kecemasan yang ditetapkan. 8. Di tempat berhimpun, pelajar hendaklah berbaris mengikut kelas masing-masing dan ketua kelas memastikan bilangan pelajar kelasnya mencukupi. 9. Di tempat berkumpul itu, guru-guru hendaklah berada bersama barisan pelajarpelajarnya. Dengan menggunakan daftar kedatangan pastikan setiap pelajar di dalam kelasnya berada di situ.

10. Guru kelas hendaklah melaporkan dengan serta-merta kepada Guru besar jika ada sesiapa yang diketahui tidak ada di situ dan hendaklah mencari pelajar itu dengan segera. 11. Tidak seorang pun dibenarkan memasuki bangunan itu semula untuk mengambil barang-barang seperti buku, baju dan lain-lain. 12. Sekiranya ada sesiapa yang tidak berada di bilik darjah semasa loceng isyarat berbunyi hendaklah mereka pergi terus ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Mereka dikehendaki melaporkan diri kepada guru kelas dan berada bersama-sama rakan-rakan sekelasnya. 13. Pelajar hanya dibenarkan bersurai apabila diarahkan. TINDAKAN GURU /PIHAK PENTADBIR SEMASA KEBAKARAN 1. 2. 3. 4. 5. Memberi arahan kepada pelajar untuk keluar mengikut tangga yang selamat. Mengawal keselamatan dan disiplin pelajar. Tidak membenarkan pelajar masuk semula ke kawasan kebakaran Mengambil kehadiran pelajar mengikut kelas / kumpulan masing-masing. Melaporkan kepada Guru besar/ pihak pentadbir tentang kehadiran pelajar dan kejadian. 6. Mengesan pelajar yang tidak dalam kumpulan. 7. Menghubungi pihak bomba dan memberi laporan tentang kejadian supaya lebih mudah bagi mereka bertindak. PANDUAN KESELAMATAN SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN. Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran ( Langkah awal ) Tatacara Murid. 1. Laporkan kepada guru sekiranya ada terjumpa wayar terdedah, suis rosak dan lain-lain, segera. 2. Laporkan juga sekira terjumpa pelajar lain yang menggunakan alat elektrik . Begitu juga buat laporan kepada guru tentang penggunaan pelita dan lilin. Tatacara Guru 1. Sebarang laporan kerosakan eletrik yang diterima daripada pelajar mesti dicatat dan dimaklumkan kepada pihak pentadbir . 2. Menyediakan alat-alat pemadam api di setiap bangunan sekolah atau di bilik-bilik khas. 3. Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali setahun.

Anda mungkin juga menyukai