Anda di halaman 1dari 8

Konsep Logo

Untuk menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan Pertahanan Awam peringkat antarabangsa dan juga tempatan.

Segitiga Sama Dan Warna Oren


Adalah lambang dan warna keselamatan iaitu waspada dan sedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segitiga adalah gabungan warna dan corak bendera serta perlembagaan negara Malaysiaya yang sentiasa dipertahankan.

Sentiasa Siap Sedia


Di sekeliling tiga segi adalah moto pasukan Pertahanan Awam Malaysia yang sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.

Bunga Padi
Berwarna biru melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.

Tapak Logo
Berwarna oren dengan perkataan Pertahanan Awam Malaysia adalah melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi Pertahanan Awam Malaysia untuk mendokong wawasan yang diharapkan.

FUNGSI, MISI, VISI, MOTO DAN OBJEKTIF



SATURDAY, 13 APRIL 2013 21:43 HITS: 2856

Takrif Pertahanan Awam


Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA SEMASA

PEPERANGAN AMAN

Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh. Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

Visi, Misi Dan Moto


VISI Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas sesuatu bencana. MOTO

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"


Objektif
Mengurangkan risiko akibat bencana dengan cara: 1. 2. Menyediakan latihan menyelamat kepada orang awam. Mewujudkan serta mengendalikan sistem amaran bencana.

3. Menyediakan pusat-pusat perlindungan semasa berlakunya bencana. Memberi respond kepada bencana dengan cara: 1. Menubuhkan pasukan (First Responder). 2. Menyediakan perkhidmatan kecemasan. Memberikan perkhidmatan pemulihan dengan cara: 1. 2. 3. Membantu dalam aktiviti pembersihan kawasan yang di landa bencana. Membantu aktiviti pembangunan semula kawasan yang di landa bencana. Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa bencana.

Fungsi
1. 2. 3. 4. 5. Menubuh, mengurus dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam. Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan kepada orang awam. Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan. Menyedia, mengurus dan menyelenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana dan Keselamatan. Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan selepas bencana.

Fokus Strategik
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Meningkat dan memperluas perkhidmatan kecemasan yang cekap, berkesan dan profesional. Meningkat dan memperluas kerjasama dengan Agensi-agensi Kerajaan, Swasta, NGO, Kepimpinan Peringkat Negeri, Daerah dan Institusi-institusi Latihan dalam program-program Pertahanan Awam. Mewujudkan program-program latihan yang seragam dan diiktiraf. Mengadakan program-program latihan Pertahanan Awam yang berterusan kepada Anggota Angkatan Pertahanan Awam. Mewujudkan sekumpulan jurulatih profesional yang mempunyai kemahiran-kemahiran khusus dalam pengurusan bencana (Menyelamat, Paramedik, Kebombaan dan Akuatik). Merancang dan membina pejabat-pejabat baru di tempat yang strategik supaya perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan. Meningkatkan penggunaan ICT dalam Pengurusan Angkatan dan Bencana. Mempromosikan Pertahanan Awam melalui media elektronik, media cetak dan aktiviti-aktiviti pertahanan awam bersama masyarakat. Memperluas Perkhidmatan Pertahanan Awam daripada semasa kepada sebelum dan selepas bencana. 10. Melibatkan pegawai tetap dan anggota sukarela di dalam setiap aktiviti Pertahanan Awam.

Nilai & Teras


1. 2. 3. 4. Mengendalikan tugas dengan cekap dan tepat. Berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap tugas yang di berikan. Mengamalkan konsep kerja berpasukan. Berkhidmat dengan Ikhlas.

SEJARAH JPAM

SATURDAY, 13 APRIL 2013 21:45 HITS: 3240

Pra-Merdeka
Tahun 1939 1951 1952 Keterangan

Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak British Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency Regulation E langkah langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua. The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi sebagai satu undang undang dalam sistem keselamatan Tanah Melayu. Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.

Pasca-Merdeka
Tahun 1957 1958 1964 1965 1970 1972 1993 Keterangan The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta Pertahanan Awam1951 ( Akta 221 ) berikutan kemerdekaan Negara.

Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan Negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia Indonesia ( Kertas Kabinet No. 302/314

Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000 anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik terbaru pada masa itu diper

Kerahan tenaga anggota seluruh Negara dibuat mengikut peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 berikutan bencana banjir besar yang m

Akta Pertahanan Awam 1951 dipinda bagi melaksanakan tugas dan peranan semasa aman dengan menjalankan perkhidmatan bantuan benca peperangan. Tragedi Highland Tower tumbang di Hulu Kelang mula merubah organisasi Pertahanan Awam di Malaysia.

Era Pembangunan
Tahun 1994 1995 1996 2000 2000 2001 2004 2006 2008 2008 Keterangan

Pengenalan nama ringkas JPA 3 mula digunakan dan diterima pakai di seluruh negara untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Aw

Talian Kecemasan 991 dilancarkan pada 20 Mei sebagai tanda komitmen Jabatan Pertahanan Awam memberikan khidmat bantuan kecemasa Rancangan Pembangunan Jabatan Pertahanan Awam dirangka bagi memperlengkapkan sepenuhnya segala keperluan logistik dan prasarana Semua Ibu negeri di seluruh negara dan enam pejabat cawangan telah melaksanakan perkhidmatan talian 991.

Rancangan Pembangunan Projek Fizikal dilaksanakan dengan tujuh projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah di bawah RMK 7 ter

Sebanyak tujuh lagi projek Pusat Pertahanan Awam Negeri dan Daerah diluluskan untuk dilaksanakan didalam tempoh RMK 8 menjadi sem bakal memiliki kompleks pentadbiran, operasi dan latihannya sendiri.

Motto ' Selangkah Ke Hadapan ' diperkenalkan sebagai komitmen warga Jabatan Pertahanan Awam memberikan ' Delivery Service ' yang te pertambahan perjawatan dalam Jabatan.

Memperkenalkan slogan "Sedia, Pantas dan Berintegriti" sebagai pemangkin menjadikan Jabatan Pertahanan Awam sebuah jabatan yang ung

Petukaran pengenalan nama ringkas JPA 3 kepada JPAM telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pertahanan Awam sendiri pada bulan Mac s yang diadakan di Ipoh Perak.

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan ' Satu Negara Satu Nombor ' sebagai talian panggilan pusat iaitu 999 bagi menyatukan talian kece Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Kementerian Yang Mengawal

Tahun 1952 1955 1959 1964 1965 1967 1968 1970 1971 1975 1978 1982 2004 2008 Setiausaha Pertahanan Kementerian Dalam Negeri Kementerian Pertahanan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam Kementerian Pertahanan Kementerian Keadilan Kementerian Dalam Negeri Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Dalam Negeri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Kementerian Dalam Negeri

Keterangan

FUNGSI DAN PERANAN JPAM



SATURDAY, 13 APRIL 2013 21:43 HITS: 3071

Fungsi Pertahanan Awam


Berikut adalah fungsi pertahanan di dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia :

Menggubal dasar dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam. Mengelola dan menyelenggara Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan sokongan dan logistik yang memadai. Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan Awam supaya mereka dapat menerima dan memberi tindak balas yang sewajarnya kepada program yang penting bagi Keselamatan diri mereka. Mengubah dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan Awam mengikut keadaan semasa. Menyediakan khidmat bantuan kecemasan dan talian 999 di seluruh Negara. Melakukan tugastugas menyelamat dan menyelia mangsa bencana dan kemalangan di seluruh Negara.

Peranan Pertahanan Awam



Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan Pertahanan Awam Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951 (Akta 221). Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan dan Perkhidmatan Pertahanan Awam Seksyen 3(2)a Akta 221. Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

SERANTA AWAM DALAM TALIAN BAGI CADANGAN PINDAAN AKTA PERTAHANAN AWAM 1951 (AKTA 221)
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang meminda Akta Pertahanan Awam 1951 atau Akta 221 bagi diberi penambahbaikan selaras dengan situasi dan perkembangan semasa. Pindaan yang dicadangkan memerlukan maklumbalas daripada mana-mana pihak yang boleh menyumbang idea, cadangan dan menambahbaik peruntukan akta sedia ada meliputi seksyen-seksyen seperti berikut :Antara yang dicadangkan seperti berikut :1. 2. Memperjelas dan menambah tafsiran dalam seksyen 2 meliputi beberapa perkara seperti tafsiran 'pertahanan awam', 'bencana', 'pasukan pertahanan awam', 'perkhidmatan pertahanan awam', 'menteri' dan 'majikan'. Memasukkan fungsi berikut :a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q. r. s. t. 3. 4. melaksana tugas-tugas pertahanan awam ; melaksana kerja-kerja bantuan dan melindungi nyawa, orang atau harta benda penduduk awam semasa bencana ; menjalankan khidmat kemanusiaan ; mengajar orang awam dan melengkapkan mereka bagi maksud pertahanan awam ; menasihat Menteri mengenai perkara pertahanan awam ; kenalpasti bahaya dan risiko yang mempunyai kepentingan negara ; membantu pihak berkuasa tempatan bagi mengalih dan mencegah bahaya struktur di jalan-jalan atau tempat awam ; menyelamat mangsa dalam bahaya dan mengalih mereka ke tempat selamat; mendirikan pos perubatan kecemasan dan memberikan rawatan awal kepada mangsa serta menghantar ke hospital ; membantu agensi awam menyediakan tempat pemindahan mangsa bencana; membantu agensi awam dalam pengurusan dan pengkebumian mangsa yang mati ; menyebar maklumat dan khidmat nasihat kepada orang awam mengenai pertahanan awam ; menyedia, mengurus dan kendali sistem amaran yang khusus ; mengurus pusat-pusat pemindahan ; membantu agensi awam dalam membaiki kemudahan awam ; mengawal dan menyelaras pencahayaan, agihan air dan perbekalan lain ; ambil tindakan melindungi nyawa dan harta benda semasa kebakaran ; menyedia dan mengurus perkhidmatan ambulans ; memastikan penyelarasan antara Angkatan dengan perkhidmatan lain ; dan melaksana lain-lain tugas yang diarahkan.

Mengekalkan peruntukan seksyen 3 sedia ada mengenai kuasa Menteri dengan penambahbaikan dari segi nilai penalti dan denda hukuman penjara. Mengekal kuasa perlantikan Yang Dipertuan Agong seperti seksyen 4.

5. 6. 7. 8. 9.

Menambahbaik kuasa Ketua Pesuruhjaya. Memperjelas kuasa anggota Angkatan. Melaksana perkhidmatan di luar negara. Pakaian seragam dan aksesori berkaitan. Keanggotaan Angkatan Pertahanan Awam.

10. Anggota Bantuan Pertahanan Awam. 11. Penubuhan dan pengurusan Kadet Pertahanan Awam. 12. Mengekalkan kuasa Ketua Pesuruhjaya seperti seksyen 5. 13. Mengekalkan Anggota Angkatan yang disifatkan sebagai penjawat awam seperti seksyen 6. 14. Mengekalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong bagi pengisytiharan darurat seperti seksyen 7. 15. Memasukkan tambahan peruntukan mengenai perkara berikut :a. b. c. d. e. f. perletakan jawatan atau persaraan semasa pengisytiharan darurat ; perletakan jawatan semasa dalam tindakan tatatertib ; perlindungan hak-hak pekerjaan ; perlindungan dari sebarang tindakan undang-undang ; kuasa Menteri bagi melatih orang awam ; dan perlantikan Pegawai Kehormat Dan Bersekutu.

Akta 221 Akta Pertahanan Awam 1951.

Rujukan,,
www.civildefence.gov.my/

www.civildefence.gov.my/v3/...jpam/.../sejarah-jpam

Anda mungkin juga menyukai