Anda di halaman 1dari 15

kandungan buku log?

 1-biodata diri
 2-misi & visi sekolah
 3-organisasi sekolah
 4-falsafah kadet
 5-matlamat & objektif kadet
 6-misi & visi kadet
 7-logo kadet & maksud logo
 8-motto & cogan kata kadet
 9-lagu kadet
 10-ikrar syabab
 11-carta organisasi syabab (guru)
 12-carta organisasi masyab
 13-carta kadet

lagu KAPA

>> Monday, November 23, 2009


SENTIASA SIAP SEDIA

marilah kita semua


berganding bahu menggembleng tenaga
berbakti dalam pertahanan awam
untuk bangsa kita

padukan jiwa dan raga


sedia berkorban apa saja
memberi dengan ikhlas khidmat mulia
negara tercinta

Malaysia bumi yang bertuah


kami sungguh bangga menjadi warga setia
penuh hasrat dan tekad bersama
sedia berkorban untuk keselamatan rakyatnya

kita sentiasa bersedia


menjunjung wawasan semua
ke arah hidup aman dan sentosa
Malaysia Jaya

Posted by sevenNeedLes at 10:54 PM 0 comments

maksud logo KAPA


konsep reka bentuk
gabungan lambang Pertahanan Awam antarabangsa dan tempatan

segitiga sama jingga, corak warna dan lambang malaysia


-lambang warna dan keselamatan
-waspada dan bersedia menghadapi kemungkinan
-negara yang dipertahankan

sentiasa siap sedia sekeliling segitiga


moto angkatan pertahanan awam yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan

bunga padi hijau muda


kesuburan & kemakmuran negara yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan
yang kukuh sebagaimana ikatan bunga padi yang kemas

skrol pertahanan awam malaysia


berwarna oren yang mengandungi perkataan Pertahanan Awam Malaysia melambangkan
keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi JPA3 mendukung wawasan yang
diharapkan.

*logo ini digunakan sebagai 'crest' pada pakaian seragam, kenderaan, perjabat, tempat latihan
dan sebagainya.
Posted by sevenNeedLes at 10:42 PM 0 comments

slogan KAPA

:: dari rakyat untuk rakyat


:: 991 khidmat kami untuk anda
:: kami sentiasa siap sedia
:: kami adalah kawan untuk semua

Posted by sevenNeedLes at 10:39 PM 0 comments


motto & nilai teras KAPA

MOTTO
SENTIASA SIAP SEDIA

NILAI TERAS
:: Cekap dan Tepat
:: Berdisiplin dan Bertanggungjawab
:: Kerja Berpasukan
:: Berkhidmat Dengan Ikhlas

Posted by sevenNeedLes at 10:30 PM 0 comments

fungsi KAPA

Menubuh, mengurus dan menyenggara Angkatan Pertahanan Awam.

Merangka dan melaksanakan program-program Latihan Pengurusan Bencana dan Kecemasan


kepada orang awam.

Melaksanakan perkhidmatan bantuan bencana dan kecemasan.

Menyedia, mengurus dan menyenggara Pusat-pusat Pemindahan dan Sistem Amaran Bencana
dan Keselamatan.

Merancang dan melaksanakan aktiviti menyelamat mangsa dan harta benda sebelum, semasa dan
selepas bencana.

Posted by sevenNeedLes at 10:29 PM 0 comments

objektif KAPA

untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan khidmat bantuan


kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang
disebabkan oleh tindakan musuh atau bencana demi mewujudkan keselamatan yang
menjaminkan kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan.

Posted by sevenNeedLes at 10:22 PM 0 comments

misi & visi KAPA

VISI
Menjadi agensi Pertahanan Awam yang unggul dalam pengurusan bencana.

MISI
Memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan
selepas sesuatu bencana.
Posted by sevenNeedLes at 10:19 PM 0 comments

maksud KAPA

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

SEMASA PEPERANGAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi
serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan
musuh.

SEMASA AMAN
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada
langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam
masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi
menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta
benda penduduk awam.
Posted by sevenNeedLes at 10:15 PM 0 comments

sejarah KAPA

SEJARAH Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) melangkau tempoh 70 tahun apabila dimulakan
Kerajaan British pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua sebelum
Ordinan Pertahanan Awam digubal menjadi undang-undang dalam sistem keselamatan Tanah
Melayu pada 1951.

Pada hari ini 06.09.1952, Bangunan Jabatan Pertahanan Awam di Jalan Padang Tembak, Kuala
Lumpur telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Jeneral Sir Gerald Templer. Bangunan
itu dirasmikan berikutan penubuhan Jabatan Pertahanan Awam pada 24 Mac 1952 di bawah
Ordinan Pertahanan Awam No. 28 tahun 1952.
Setahun kemudian, Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan secara rasmi bagi melaksanakan
peruntukan ordinan, manakala pada 1957, Ordinan Pertahanan Awam 1951 ditukar menjadi Akta
Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan negara.

Fungsi Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem pertahanan negara
mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan sehingga diperluaskan ke Sabah,
Sarawak dan Singapura berikutan konfrontasi Malaysia - Indonesia pada 1964.

Tahun berikutnya, jumlah keanggotaan ditambah menjadi 36,000 orang dengan 37 cawangan,
selain kelengkapan logistik terbaru dan pada 1970 pula, satu kerahan tenaga anggota seluruh
negara dibuat berikutan bencana banjir besar yang melanda.

Bagi membolehkan anggotanya berfungsi dengan lebih meluas, Akta Pertahanan Awam 1951
dipinda pada 1972 yang membolehkan jabatan itu melaksanakan tugas dan peranan semasa aman
dengan menjalankan perkhidmatan bantuan bencana selain tugas hakiki menghadapi peperangan.

Antara peristiwa penting membabitkan penggunaan tenaga anggota jabatan terbabit ialah tragedi
Highlands Towers runtuh pada 1993 yang membawa kepada pengenalan nama ringkasnya
sebagai JPA3 pada 1994 untuk membezakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan
Penerbangan Awam.

Tahun lalu, JPA3 memperkenalkan slogan `Sedia, Pantas dan Berintegriti' - sebagai pemangkin
yang menjadikan JPA3 ditadbir di bawah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN)
sejak 2004 sebagai sebuah jabatan yang unggul.

Selaras fungsinya membantu menjaga negara dalam masa aman, peperangan dan mangsa
bencana dengan mengambil langkah menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan
nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam, JPA3 sememangnya amat penting
kepada negara.

Dengan uniform yang segak, pasukan itu semakin mendapat perhatian masyarakat, terutama
golongan muda yang mula menyertainya, sama ada secara sepenuh masa atau sebagai
sukarelawan.
Selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, khidmat JPA3 bukan saja masih diperlukan,
malah semakin penting.
Pada masa ini, katanya, jumlah keanggotaan tetap dan sukarelawan JPA3 mencecah kira-kira
58,000 orang, tetapi masih tidak mencukupi untuk digerakkan sepenuhnya bagi membantu
negara berdepan ancaman seperti banjir.

PENUBUHAN 

Peperangan dunia telah memberi kesan kepada rakyat negara yang terlibat termasuklah negara
kita, Malaysia. Di atas kesedaran itu maka dalam tahun 1951 "Civil Defence Ordinance" telah
diluluskan dan dalam tahun 1952 sebuah Jabatan telah ditubuhkan bagi melaksanakan maksud
ordinan tersebut. Jabatan tersebut telah diberi nama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia. Apabila
negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, tanggungjawab Pertahanan Awam terletak di
bawah bidangkuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Jadual ke
sembilan (9) Perlembagaan Malaysia. Berikutan daripada  itu maka dalam tahun 1958 Pertahanan
Awam menjadi sebagai salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara. Dalam tahun 1979,
Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi
Khidmat Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini.

Kembali di atas M A K S U D  

Seksyen II, Akta Pertahanan Awam 1979 (Pindaan kepada Ordinan Pertahanan Awam 1951) 
menjelaskan maksud Pertahanan Awam sebagai "Apa-apa langkah yang tidak terjumlah kombat
sebenar bagi mengadakan pertahanan terhadap apa-apa bentuk serangan permusuhan daripada
keseluruhan atau sebahagian daripada akibatnya samada langkah itu diambil sebelum, semasa
atau selepas masa serangan itu."

Semasa aman, seksyen 8(i) dan (ii) memberi kuasa kepada Menteri untuk mengarahkan Angkatan
Pertahanan Awam melaksanakan kerja-kerja bantuan, memberi perlindungan atau mengambil
langkah-langkah menjamin keselamatan nyawa orang awam atau hartabenda mereka sekiranya
berlaku apa-apa bencana atau bencana yang mungkin timbul serta memudahkan pemulihan
mangsa selepas nya.

Bagi kedua-dua maksud seksyen yang tersebut di atas itu maka Pertahanan Awam ditafsirkan
sebagai;

"Pertahanan Awam merupakan program melindungi orang-orang awam daripada sebarang


bencana samada bencana alam atau bencana buatan manusia melalui usaha-usaha serta
langkah-langkah yang diambil di antaranya ialah latihan menghadapi bencana, kecemasan atau
kemalangan dari masa kesemasa dengan tujuan apabila berlakunya bencana itu orang-orang
awam bersedia menghadapinya dengan teratur."

Adalah menjadi tanggungjawab dan amanah bagi Angkatan Pertahanan Awam dan jugaPegawai-
pegawai Perkhidmatan Pertahanan Awam mengambil segala daya usaha melindungi orang awam
dari sebarang bencana dengan berbagai kaedah dan strategi dari masa ke semasa.

Kembali di atas M I S I  

Untuk menjadikan program Pertahanan Awam suatu agenda negara bagi keselamatan dan
kesejahteraan  rakyat dari rakyat untuk rakyat. 

  Kembali di atas V I S I  

Menyebar dan mendidik rakyat mengenai langkah-langkah keselamatan dan kesejahteraan diri
sepanjang masa bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.

Kembali di atas O B J E K T I F  

Untuk mengadakan langkah-langkah pertahanan awam dan khidmat bantuan kecemasan bagi
mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan hartabenda yang disebabkan oleh tindakan musuh
atau bencana demi mewujudkan keselamatan yang menjaminkan kesejahteraan untuk
pembangunan negara yang berterusan.

Kembali di atas S T R A T E G I  

Menubuhkan Angkatan Pertahanan Awam yang mahir, cekap dan berdisplin serta
dilengkapi dengan peralatan moden sesuai untuk menghadapi sebarang kemungkinan
berlakunya bencana;

Melatih dan mendidik orang ramai (rakyat) mengenai program Pertahanan Awam itu
sendiri dan tanggungjawab mereka terhadap program tersebut;


Menubuhkan pasukan penyelamat yang berkemahiran serta responsif dalam tugas-tugas
khidmat kecemasan diseluruh negara;

Memilih dan menentukan mana-mana ruang yang sesuai untuk dijadikan tempat
perlindungan awam sekiranya berlakunya peperangan atau bencana yang berkaitan.

Kembali di atas F U N G S I

Menggubal dasar-dasar yang sesuai mengenai Pertahanan Awam;

Mengelola dan  menyelenggara Angkatan Pertahanna Awam melalui perkhidmatan


sokongan dan logistik yang memadai;

Melatih dan mendidik orang ramai mengenai Pertahanan awam supaya mereka dapat
menerimanya dan memberikan tindakbalas yang sewajarnya kepada penting kepada
keselamatan mereka sendiri;

Menggubal dan menyusun jenis-jenis latihan yang sesuai bagi Angkatan Pertahanan
Awam sesuai mengikut masa dan ketika;

Menyediakan khidmat bantuan kecemasan seperti Pertolongan Cemas dan Ambulan


sewaktu berlakunya kemalangan diseluruh negara;

Melakukan tugas-tugas menyelamat, menyelia dan menguruskan mangsa-mangsa


bencana diseluruh negara.
 

 Moto

 Sentiasa Siap Sedia

Kembali di atas

 Nilai-Nilai Teras

 Cekap dan tepat


 Berdisplin dan bertanggungjawab
 Kerja berpasukan
 Berkhidmat dengan ikhlas

Kembali di atas
 Slogan

 Dari Rakyat Untuk Rakyat


 991 Khidmat Kami Untuk Anda
 Kami Sentiasa Siap Sedia
 Kami Adalah Kawan Untuk Semua

Kembali di atas

 Lambang
 Konsep Rekabentuk
o Gabungan lambang Pertahanan Awam antarabangsa dan tempatan.
 Segitiga Sama Jingga dan Corak Warnadan Lambang Malaysia
o Lambang dan warna keselamatan;
o Waspada dan bersedia menghadapi kemungkinan;
o Negara yang dipertahankan.
 Sentiasa Siap Sedia sekeliling segitiga
o Moto Angkatan Pertahanan Awam yang bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
 Bunga Padi Hijau Muda
o Kesuburan dan kemakmuran negara yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan
perpaduan yang kukuh sebagaimana  ikatan bunga padi yang kemas.
 Skrol Pertahanan Awam Malaysia
o Berwarna oren yang mengandungi perkataan Pertahanan Awam Malaysia melambangkan
keteguhan, kesediaan dan sokongan padu organisasi JPA3 memdukung wawasan yang di
harapkan.
 Logo ini digunakan sebagai 'Crest' pada pakaian seragam, kenderaan, pejabat, tempat latihan dan
sebagainya.

Kembali di atas

 Logo
 Huruf PA membawa makna Pertahanan Awam diletakkan bersama dengan bentuk segitiga yang
merupakan lambang Pertahanan Awam Antarabangsa.
 Warna Korporat dimasukkan kedalam segitiga iaitu oren, kuning dan hijau.
 Ianya digunakan dalam semua penerbitan, peralatan, papan tanda dan sebagainya yang berkaitan
dengan aktiviti Pertahanan Awam.

Kembali di atas

 Warna Korporat

     
     
   

 Oren
o Membawa maksud siap sedia dan waspada
 Kuning
o Membawa erti kesejahteraan rakyat
 Hijau
o Memberi erti kemakmuran sejagat yang terpelihara

Kembali di atas
 Lagu

 Sentiasa Siap Sedia

 Marilah kita semua

Berganding bahu mengembeling tenaga


Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk Bangsa Kita

Padukan jiwa dan raga


Sedia berkorban apa saja
Memberi dengan ikhlas khidmat mulia
Negara tercinta

Malaysia negara tercinta


Kami sungguh bangga menjadi warga setia

Kita sentiasa bersedia


Menjunjung wawasan semua
Kearah hidup aman dan sentosa
Negara tercinta

Anda mungkin juga menyukai