Anda di halaman 1dari 33

PENGENALAN JPAM

&
PERANAN DALAM
PENGURUSAN BENCANA NEGARA

OLEH :
LT.KOL.(PA) SHARUDIN BIN MD ZAIN
PENOLONG PENGARAH
BAHAGIAN PERANCANGAN DASAR & PENYELARASAN
LATARBELAKANG
Sejarah Pertahanan Awam di Malaysia bermula pada
tahun 1938 semasa zaman penjajahan British bagi menyiapkan
penduduk awam menghadapi Perang Dunia Kedua (1941) melalui
Passive Defence Services melibatkan kerahan tenaga.

JPAM ditubuhkan pada 24 Mac 1952 bagi melaksanakan


peruntukan yang terkandung dalam The Civil Defence Act 1951 -
Akta 221 - yang menjelaskan peranan JPAM dalam masa
peperangan dan masa aman dengan matlamat menyediakan
rakyat dengan ilmu dan pengetahuan bagi membolehkan mereka
bertindakbalas dalam menghadapi sesuatu situasi kecemasan,
bencana dan peperangan.
Pejabat pertama dibuka adalah Ibu
Pejabat JPAM di Kuala Lumpur pada
tahun 1950 diikuti pejabat wilayah di
Klang dan Georgetown pada tahun 1950
serta Johor Bahru pada tahun 1951.

Sehingga tahun 1964, semua negeri telah


membuka pejabat termasuk di Sabah dan Perasmian Ibu Pejabat JPAM di Jalan Padang Tembak,
Sarawak. KL pada 6 September 1952 oleh Pesuruhjaya Tinggi
British, Jeneral Sir Gerald Templer

Lawatan kerja YAB Tun Abdul Razak , Timbalan


Latihan pertahanan awam kepada penduduk Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan
awam pada tahun 1965 pada 19 Mac 1963
LOGISTIK AWAL
1950-AN

Ambulans medan Pertahanan Awam

Ruang dalam ambulans medan Pertahanan


Awam
Jentera Penyelamat Pertahanan Awam
Bil Tahun Kementerian Yang Mengawal JPAM
1. 1952 Setiausaha Pertahanan
2. 1955 Kementerian Dalam Negeri
3. 1959 Kementerian Pertahanan
4. 1964 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
5. 1965 Kementerian Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam
6. 1967 Kementerian Pertahanan
7. 1968 Kementerian Keadilan
8. 1970 Kementerian Dalam Negeri
9. 1971 Kementerian Teknologi, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan
10. 1975 Kementerian Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan
11. 1978 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
12. 1982 Kementerian Dalam Negeri
13. 2004 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
14 2008 Kementerian Dalam Negeri
15. 2015 Jabatan Perdana Menteri
VISI

MENJADI ANGKATAN
PERTAHANAN AWAM YANG
KOMPETEN DALAM
KESIAPSIAGAAN AWAM,
PERLINDUNGAN RAKYAT
DAN PENGURUSAN
BENCANA
MISI

MEMPERKASA
KESIAPSIAGAAN AWAM
UNTUK KESELAMATAN
DAN KESEJAHTERAAN
NEGARA
MOTTO

SEDIA, PANTAS
DAN
BERINTEGRITI
PUNCA KUASA
1. JADUAL KESEMBILAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
2. AKTA PERTAHANAN AWAM 1951(DISEMAK 1979) -
AKTA 221

3. AKTA PERKHIDMATAN NEGARA 1952 – AKTA 425

4. ARAHAN NO. 18, NO. 20 & NO. 21 MAJLIS KESELAMATAN


NEGARA (MKN)

5. DASAR PERTAHANAN MENYELURUH (HANRUH)

6. PERLEMBAGAAN INTERNATIONAL CIVIL DEFENCE


ORGANISATION (ICDO)

7. INTERNATIONAL HUMANITARIAN LAW (IHL) UN


FUNGSI DAN PERANAN
Secara umumya peranan pertahanan awam dilaksanakan dalam dua
keadaan iaitu :-

PEPERANGAN DAN ANCAMAN MUSUH


Sebarang langkah dan tindakan yang tidak melibatkan penggunaan
senjata (untuk tujuan berperang) bagi menghadapi serangan dan ancaman
musuh sama ada tindakan tersebut diambil sebelum, semasa atau selepas
insiden tersebut.

KECEMASAN, BENCANA DAN DARURAT


Sebarang langkah dan tindakan yang diambil bagi melindungi nyawa dan
harta benda samada ada sebelum, semasa atau selepas sesuatu
kecemasan, bencana dan darurat termasuk memastikan rakyat
bersiapsiaga dalam menghadapi situasi tersebut.
FUNGSI JPAM
1. Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam
berpandukan punca kuasa yang ditetapkan.

2. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui


perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.

3. Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke


arah kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan
bencana

4. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan


komprehensif bagi Angkatan Pertahanan Awam.
FUNGSI JPAM…samb.
5. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan
kemanusiaan di seluruh negara.

6. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat


kemanusiaan dari sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.

7. Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

8. Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang


boleh memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.

9. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran


kepada orang awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan
bencana.
PENGURUSAN BENCANA
1. Pengumumum YAB TPM mengenai peralihan JPAM dari KDN ke JPM
sebagai agensi tonggak pengurusan bencana mulai 29 Julai 2015.

2. Keputusan Kabinet bagi penubuhan Agensi Pengurusan Bencana


Negara (APBN) pada 12 Ogos 2015.

3. Arahan YAB TPM supaya JPAM menjadi Sekretariat APBN pada 8


September 2015.

4. Mengekalkan Arahan No. 20 MKN (Semakan Semula) sehingga struktur


lengkap APBN dimuktamadkan sebelum 8 November 2015 dan seterusnya
pindaan dibuat kepada Arahan No. 20 MKN tersebut.
PERINGKAT BENCANA
BENCANA

KRISIS

KECEMASAN

INSIDEN
ARAHAN EKSEKUTIF
1. Pengumumum YAB TPM mengenai peralihan JPAM dari KDN ke JPM
sebagai agensi tonggak pengurusan bencana mulai 29 Julai 2015.

2. Keputusan Kabinet bagi penubuhan Agensi Pengurusan Bencana


Negara (APBN) pada 12 Ogos 2015.

3. Arahan YAB TPM supaya JPAM menjadi Sekretariat APBN pada 8


September 2015.

4. Mengekalkan Arahan No. 20 MKN (Semakan Semula) sehingga struktur


lengkap APBN dimuktamadkan sebelum 8 November 2015 dan seterusnya
pindaan dibuat kepada Arahan No. 20 MKN tersebut.
ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)

“Bencana” ertinya suatu kejadian yang menyebabkan gangguan kepada


aktiviti masyarakat dan urusan Negara, melibatkan kehilangan nyawa,
kerosakan harta benda, kerugian ekonomi dan kemusnahan alam sekitar
yang melangkaui kemampuan masyarakat untuk mengatasinya dan
memerlukan tindakan pengemblengan sumber yang ekstensif.

“Darurat Bencana” ditakrifkan sebagai satu keadaan bencana besar yang


melibatkan banyak nyawa terkorban, kemusnahan harta benda yang
ekstensif, menggugat keadaan sosial, ekonomi dan politik serta
keselamatan dan ketenteraman awam.
ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)

“Kejadian Bukan Bencana” ertinya kejadian atau kemalangan yang


bersifat kecemasan yang melibatkan sejumlah kecil mangsa dan
kesannya hanya kepada mangsa terlibat. Kejadian atau kemalangan
yang bercorak ini tidak mempunyai kemungkinan untuk merebak.
Kejadian atau kemalangan ini kebiasaannya dapat dikendalikan
dalam tempoh masa yang singkat oleh agensi-agensi yang
berkenaan dengan menggunakan sumber atau kemudahan yang
minima di peringkat tempatan.
ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)
Kejadian bencana di bawah Arahan ini adalah:

1. Bencana alam seperti kejadian banjir, ribut/taufan, gempa bumi,


tsunami, ombak besar, kemarau dan tanah runtuh;

2. Bencana industri termasuklah kejadian letupan, kebakaran,


pencemaran dan kebocoran bahan-bahan berbahaya (hazardous
materials) di kilang, loji dan depot yang memproses, mengeluar dan
menyimpan bahan-bahan berkenaan;

3. Kemalangan melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan


bahan-bahan berbahaya;

4. Keruntuhan bangunan dan struktur khas;


ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)
5. Kemalangan udara yang berlaku di kawasan yang berkependudukan
tinggi;

6. Pelanggaran atau kegelinciran keretapi dan lain-lain sistem


pengangkutan rel yang melibatkan jumlah mangsa dan kemusnahan harta
benda yang besar;

7. Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas termasuklah kebakaran


bangunan tinggi dan struktur khas yang mempunyai ramai orang;

8. Kejadian empangan/takungan air pecah;


ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)
9. Kemalangan kimia, biologi, radiologi dan nuklear melibatkan
pepasangan atau yang berkaitan dengannya yang mana kemalangan ini
berkemungkinan boleh merebak dan mengakibatkan kehilangan nyawa,
kemusnahan harta benda atau pencemaran alam sekitar serta
menjejaskan aktiviti setempat;

10. Kejadian jerebu yang boleh menimbulkan keadaan kecemasan alam


sekitar yang menggugat keselamatan, kesihatan dan ketenteraman awam,
perjalanan pentadbiran Kerajaan dan aktiviti ekonomi negara;

11. Kejadian penularan wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal /


pandemik; dan

12. Lain-lain kejadian bencana yang akan diisytiharkan dan ditetapkan oleh
Kerajaan.
ARAHAN NO. 20 MKN (SEMAKAN SEMULA)
AGENSI PENERAJU BENCANA LAIN

1. Bencana Maritim – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

2. Bencana Udara – Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

3. Bencana Kimia, Radiologi & Nuklear – Lembaga Pelesenan Tenaga


Atom (LPTA)

4. Bencana Jerebu – Jabatan Alam Sekitar (JAS)

5. Bencana Wabak Penyakit/Pandemik/Biologi – Kementerian Kesihatan


Malaysia (KKM)
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA
Pengurusan Bencana hendaklah dikendalikan berasaskan
tiga (3) peringkat pengurusan seperti berikut:

i) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP);


ii) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN); dan
iii) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

JPAM menjadi Sekretariat kepada semua Jawatankuasa


mengambil alih peranan MKN terdahulu.
TAHAP PENGURUSAN BENCANA
Pengurusan Bencana dikendalikan mengikut tahap seperti berikut:

1) “Pengurusan Bencana Tahap I” ialah pengurusan dan pengendalian


kejadian bencana yang berlaku di sesuatu kawasan dan ianya dapat
ditangani dengan berkesan oleh agensi-agensi yang terlibat di dalam
pengurusan Bencana di Peringkat Daerah sama ada tanpa bantuan luar
atau dengan bantuan luar yang terhad.

2) “Pengurusan Bencana Tahap II” ialah pengurusan dan pengendalian


kejadian bencana yang berlaku melebihi daripada satu daerah di negeri
yang sama yang memerlukan pengemblengan sumber di Peringkat Negeri
dengan bantuan daripada Peringkat Pusat yang terhad.
TAHAP PENGURUSAN BENCANA
3) “Pengurusan Bencana Tahap III” ialah pengurusan dan pengendalian
kejadian bencana yang berlaku melebihi daripada satu negeri atau bersifat
kompleks yang memerlukan penyelarasan dan pengemblengan sumber di
Peringkat Pusat atau dengan bantuan luar negara.

Tahap Pengurusan Bencana bergantung kepada penilaian


Jawatankuasa Pengurusan Bencana berdasarkan elemen seperti berikut:

i) kompleksiti dan magnitud;


ii) kemusnahan dan kerosakan;
iii) kemampuan sumber kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan;
iv) kepakaran;
v) bantuan; dan
vi) tempoh masa tindak balas.
MEKANISME TINDAKBALAS
1. Agensi Penyelamat yang pertama tiba di lokasi bertindak segera
menyelamat nyawa dan harta benda.

2. OCPD dan Pegawai Bomba Daerah mengambil alih selepas tiba di lokasi
kejadian sebagai Komander dan Timbalan Komander Operasi.

3. Pengerusi JPBD (Pegawai Daerah) bersama Komander dan Timbalan


Komander membuat penilaian tahap pengurusan bencana dan keupayaan
agensi sedia ada.

4. Pengerusi melaporkan kepada JPBN (Setiausaha Kerajaan Negeri)


sekiranya bencana tidak dapat ditangani di peringkat daerah.
MEKANISME TINDAKBALAS
Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) - PKTK hendaklah dibuka sebaik
sahaja berlakunya sesuatu kejadian bencana yang memerlukan tindakan
secara bersepadu pelbagai agensi. Ketua Polis Daerah (OCPD) adalah
bertanggungjawab untuk membuka PKTK.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) – PKOB hendaklah dibuka oleh


Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat yang berkaitan
di Bilik Gerakan Pejabat Daerah, Bilik Gerakan MKN Negeri atau Pusat
Pengurusan Operasi Negara atau di mana-mana tempat yang bersesuaian
mengikut tahap pengurusan Bencana. PKOB hendaklah mempunyai suatu
sistem rangkaian komunikasi yang lengkap bagi menghubungkannya
dengan PKTK.
ZON OPERASI BENCANA
ZON MERAH meliputi suatu kawasan operasi khas tempat kejadian yang
ditetapkan oleh Komander Operasi Bencana untuk Agensi Penyelamat
dengan kepakaran tertentu seperti SMART, JBPM, PDRM, ATM, KKM, JPAM
dan mana-mana pasukan khas yang ditubuhkan oleh Agensi Kerajaan.

ZON KUNING meliputi suatu kawasan di luar Zon Merah yang ditetapkan
oleh Komander Operasi Bencana bagi menempatkan PKTK dan pos-pos
Agensi Penyelamat serta perlu mendapat kebenaran daripada Komander
Operasi Bencana.

ZON HIJAU meliputi kawasan yang mengelilingi Zon Kuning bagi


menempatkan petugas agensi bantuan dan pemulihan , NGO, media,
keluarga mangsa, pusat kaunseling, stor bekalan makanan dan pusat
pengumpulan mayat, pusat rawatn serta lain-lain fungsi yang diputuskan
oleh Komander Operasi Bencana.
TEMPAT
BEKALAN
MAKANAN TEMPAT
PUSAT MAYAT
MEDIA LAIN-LAIN AGENSI
PENYELAMAT BOMBA
PDRM
KAWASAN KEJADIAN
KKM
JALAN MASUK KAWASAN OPERASI
UNIT-UNIT KHAS
POS MENCARI & MENYELAMAT ATM
KAWALAN PUSAT
TEMPAT KELUARGA
TEMPAT KEJADIAN SMART MANGSA
JPAM
REHAT

AGENSI BANTUAN PUSAT


DAN PEMULIHAN KAUNSELING
BADAN SUKARELA
JPBP

JPBN

JPBD
PERANAN JPAM
1. Melaksana dan menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa
Bencana dan harta benda yang terancam atau akan terancam.
2. Menyedia kenderaan pengangkutan darat dan air untuk tugas-tugas
pengungsian (evacuation), pemindahan mangsa-mangsa Bencana dan
penghantaran bahan-bahan makanan dan keperluan ke tempat
kejadian Bencana.
3. Membantu KKM di tempat kejadian dalam memberikan bantuan
kepada mangsa-mangsa Bencana.
4. Memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa di tempat kejadian
Bencana.
5. Menyediakan perkhidmatan ambulans dan memindahkan mangsa-
mangsa bencana ke hospital/ klinik kesihatan.
PERANAN JPAM
6. Melaksanakan kerja-kerja menyelam untuk operasi mencari dan
menyelamat mangsa hilang/ lemas/ terperangkap.
7. Menjalankan tugas-tugas pembersihan dan pemulihan kawasan
selepas bencana.
8. Menguruskan mayat-mayat akibat bencana (mass casualties).
9. Memastikan keselamatan kesemua petugas dan orang-orang awam di
dalam kawasan menyelamat.
10. Membantu menyelenggara pusat-pusat pemindahan dan
mengagihkan makanan kepada mangsa-mangsa bencana.
11. Membantu pihak PDRM dalam mengawal harta benda dan
keselamatan mangsa-mangsa bencana.
ISU OPERASIONAL
1. Penyaluran bantuan bencana yang tidak mengikut saluran.

2. Pengagihan bantuan yang tidak seimbang.

3. Bantuan pemulihan/pembersihan berpilih.

4. Isu tempatan yang tidak dapat diselesaikan.

5. Garis panduan yang tidak ditetapkan dan menyeluruh.

6. Kelemahan pengumpulan data dan maklumat.

7. Maklumat tidak tepat, palsu dan tidak dapat disahkan.

Anda mungkin juga menyukai