Anda di halaman 1dari 3

TAJUK : PEDOFILIA SALAH SIAPA?

INTRODUCTION :
Attention Grabber : memberi fakta tentang kesalahan penjenayah
pedofilia yang telah melaporkan telah mencabul dan membuat
serangan seksual sehingga 200 kanak-kanak. Bagaimana jika 10
orang pedofilia
Reveal Topic :
Credibility statement :
How topic relate to audiens :
Preview of Main Point : faktor-faktor pedofilia dan langkah
mengatasi jenayah ini
BODY :
FAKTOR
1. KECELARUAN MENTAL
- Kecenderungan kepada kanak-kanak yang menyebabkan
berlakunya seksual terhadap golongan tersebut
- Kajian mengatakan punca-punca tersebut ialah akibat kelebihan
pasteriod pada lelaki
- Menyimpan pornografi kanak-kanak
2. KELEMAHAN UNDANG-UNDANG
- Tiada peruntukan hukuman berat untuk jenayah pedofilia dalam
perundangan di Malaysia
- bahkan undang-undang sedia ada juga tidak bersifat (educate)
dan tidak mampu menerapkan ketakutan (fear) dalam diri
penjenayah menjadikan jenayah ini semakin berleluasa
- cth, Akta Kanak-Kanak 2001 tidak menyatakan secara jelas
sebarang peruntukan untuk melindungi kanak-kanak dari
jenayah pedofilia
3. PENGGUNAAN TEKNOLOGI
- Kes-kes yang mendapat liputan meluas ini menimbulkan
kerisauan kepada ibu bapa tentang keselamatan anak-anak
mereka, terutama dalam akses dunia tanpa sempadan yang

menyebabkan ancaman pedofilia boleh menular melalui Internet


dan pelbagai bentuk teknologi maklumat
- Oleh itu, amat penting usaha untuk melindungi kanak-kanak ini
daripada golongan tidak bertanggungjawab, melalui bimbingan
dan pengawasan oleh semua anggota masyarakat
- Cth aktivis sosial, Syed Azmi membongkar perkara yang sama
di laman Facebooknya yang memberi amaran tentang
kewujudan kumpulan tersebut di negara ini. Dalam
perkongsiannya itu, dia memapar keratan perbualan termasuk
gambar seorang kanak-kanak yang dikaburkan yang diterimanya
daripada seorang rakan menerusi rangkaian Telegram
LANGKAH MENGATASI
1. MEMPERKENALKAN PENDIDIKAN SEKSUAL
- Pendidikan seksualiti ini perlu untuk semua lapisan peringkat
umur bukan sekadar hanya untuk kanak-kanak kerana ia adalah
proses sepanjang hayat
- Pendidikan seksual ini mengambil kira segala aspek berkenaan
ruang privasi, interaksi antara berlainan gender, fungsi alat sulit,
keselamatan diri dan tindakan.
2. MENGUATK KUASAKAN UNDANG-UNDANG
- Meminda dengan segera Akta Kanak-Kanak 2001 dan
mengambil kira peruntukan untuk melindungi kanak-kanak dari
jenayah pedofilia
- Pelaku yang disabitkan dengan jenayah Pedofilia ini perlu
dikekang oleh undang-undang daripada berurusan atau bekerja
di tempat yang melibatkan kanak-kanak seperti pusat penjagaan,
institusi pendidikan dan taman-taman rekreasi
- turut menyarankan kerajaan bertindak dengan lebih tegas dalam
isu pedofilia dengan mewujudkan lesen kebenaran khas kepada
mereka yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak
merangkumi sukarelawan, guru, pembantu rumah, pengusaha
tadika, dan pengamal perubatan.
3. MENINGKATKAN KESEDARAN

- Meningkatkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa, penjaga dan


guru tentang bahaya yang mungkin menimpa kanak-kanak
dibawah pengawasan mereka dengan sentiasa berwaspada dan
prihatin terhadap tingkah laku di luar kebiasaan kanak-kanak
- Cth mengadakan kempen dan mewar- warkan di media massa
KESIMPULAN
- REVIEW faktor pedofilia iaitu kecelaruan mental, kelemahan
undang-undang dan teknologi manakala langkah mengatasi
ialah pendidikan seksual, kuatkuasa undang-undang dan
meningkatkan kesedaran
- Sudah tiba masanya untuk setiap pihak melihat secara serius isu
pedofilia yang sungguh mencemaskan ini. Mengambil langkah
menghentikan jenayah yang menjijikan ini adalah
tanggungjawab dan urusan semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai