Anda di halaman 1dari 25

PERUNCINGAN KARANGAN STPM BERDASARKAN SOALAN PERCUBAAN BM SEMESTER 1 NEGERI

TERENGGANU (2015 – 2022)


(Disusun oleh: Cikgu Shahidah binti Hashim)

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 600 hingga 650 patah perkataan berdasarkan satu daripada
tajuk-tajuk di bawah.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2022

25 Kini, permainan video menjadi kegilaan ramai yang menyebabkan pemain leka bermain tanpa
batasan menerusi alam maya. Jelaskan kesan bermain permainan video kepada pengguna dan huraikan
peranan yang boleh dimainkan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk menangani masalah ketagihan
bermain permainan video.

Pendahuluan:

 Permainan video mula menjadi kegilaan ramai apabila cara permainannya diubah suai daripada kaca
televisyen kepada skrin telefon pintar.
 Terdapat beberapa faktor berlakunya ketagihan terhadap permainan ini.
 Walau bagaimanapun penggunaan permainan video ada baik dan buruknya
 Peranan pelbagai pihak diperlukan untuk menangani masalah ketagihan bermain permainan video

Isi 1: (Kesan buruk) Pemain leka bermain tanpa batasan


Huraian (Sebabnya?) Tiada had masa untuk bermain, banyak masa dihabiskan tanpa faedah
Contoh: Bermain dari pagi sampai malam; sehingga mengabaikan tugas rutin (solat, makan minum dll)
Impaknya: Keasyikan bermain mengakibatkan anak-anak menjadi seorang yang antisosial, tidak suka berjumpa
orang ramai; hanyut dalam dunianya sendiri sahaja
Penegasan: Ternyatalah bahawa kesan bermain permainan video itu boleh melekakan seseorang sehingga
mengabaikan banyak perkara rutin.

Isi 2: (Kesan buruk) Terdapat segelintir murid yang hilang minat dalam pelajaran
Huraian (Sebabnya?) Banyak masa dihabiskan dengan mengunjungi kafe siber untuk bermain permainan video
berjam-jam lamanya
Contoh: Bermain dari pagi sampai malam; sehingga sanggup ponteng sekolah
Impaknya: Keasyikan bermain mengakibatkan anak-anak menjadi seorang pemalas; malas untuk belajar
Penegasan: Ternyatalah bahawa kesan bermain permainan video itu boleh melekakan seseorang sehingga
hilang minat mereka untuk belajar

Isi 3: (Kesan baik) Terdapat negara yang memasukkan sistem permainan komputer ke dalam kurikulum sekolah
bagi membentuk insan yang kreatif dan berdaya saing
Huraian (Sebabnya?) Sebahagian besar murid dapat menguasai kurikulum ini dengan baik
Contoh: Negara Singapura telah mengatur strategi dengan memuatkan sistem permainan video melalui
komputer dalam kurikulum pendidikan mereka
Impaknya: Dapat melahirkan murid-murid yang kreatif dan inovatif dalam penghasilan permainan video
Penegasan: Ternyatalah bahawa kesan baik permainan video ini dapat meningkatkan daya kreativiti seseorang

Isi 4: (Kesan baik) Permainan video merangsang daya kreativiti individu untuk menghasilkan animasi
berkomputer, terutamanya dalam perfileman
Huraian (Sebabnya?) Banyak syarikat perfileman yang memerlukan individu yang mahir dalam bidang animasi
Contoh: Pakar animasi dan perancang digital yang cekap sangat diperlukan dalam syarikat perfileman

shahidahhashim@mantanss2022 1
Impaknya: Seseorang yang berkemahiran tinggi ini sangat diperlukan dalam dunia pekerjaan, terutama dalam
syarikat perfileman animasi; contoh filem Upin Ipin, Boi Boi Boi dll
Penegasan: Ternyatalah bahawa kecanggihan penghasilan animasi digital menuntut kemahiran yang tinggi
daripada penciptanya

Isi: (Peranan pelbagai pihak dalam usaha menangani masalah ketagihan bermain permainan video)
Isi 5: Individu perlu mengawal keinginan untuk bermain permainan video.
Huraian (Sebabnya?) Agar mereka tidak leka
Contoh: Bermain permainan video pada waktu lapang sahaja
Impaknya: Supaya tidak mengabaikan tugas lain
Penegasan: Ternyatalah bahawa individu yang pandai mengawal keinginan mereka akan berjaya mengawal
ketagihan tersebut.

Isi 6: Ibu bapa perlulah memantau aktiviti anak-anak/ keluarga


Huraian (Bagaimana?) Mereka boleh mengehadkan masa anak-anak bermain permainan tersebut
Contoh: Menetapkan jadual dan anak hanya dibenarkan bermain permainan video mengikut masa yang
ditetapkan itu; misalnya sejam sehari.
Impaknya: Bagi memastikan anak-anak bijak menggunakan masa
Penegasan: Ternyatalah bahawa hasil pemantauan yang dilakukan oleh ibu bapa, anak-anak tidak akan mensia-
siakan masa.

Isi 7: Masyarakat harus memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah yang berkenaan
Huraian: Dengan menunjukkan keprihatinan terhadap tingkah laku anak-anak di persekitaran
Contoh: Menegur/melaporkan kegiatan anak-anak di kafe siber kepada pihak yang berkenaan
Impaknya: Agar masalah ini tidak berlarutan
Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui peranan yang dimainkan oleh masyarakat akan dapat mengurangkan
masalah ketagihan permainan video dalam kalangan anak-anak

Isi 8: Guru / pihak sekolah harus memupuk kesedaran dalam diri murid
Huraian: Mendedahkan kesan buruk ketagihan bermain permainan video kepada pelajar.
Contoh: Melalui mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan atau mengadakan program khas.
Impaknya: Agar murid sedar akan keburukan bermain permainan video.
Penegasan: Tegaslah bahawa melalui peranan yang dimainkan oleh para guru akan dapat mengatasi masalah
ketagihan permainan video dalam kalangan pelajar-pelajar.

Isi 9: Pihak berkuasa perlu menjalankan kempen kesedaran berkaitan dengan kesan negatif ketagihan bermain
permainan video.
Huraian: Kempen tesebut dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesan ketagihan bermain
permainan video.
Contoh: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia boleh menyiarkan rencana/rancangan/iklan khas
tentang keburukan bermain permainan video
Impaknya: Kempen tersebut dapat mempengaruhi masyarakat agar tidak ketagih terhadap permainan video.
Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui kempen seperti ini, kita dapat menyedarkan masyarakat berkenaan
masalah ini.

shahidahhashim@mantanss2022 2
Isi 10: Kerajaan perlu mengawal kemasukan peralatan permainan video/ menguatkuasakan undang-undang
kemasukan alat permainan video
Huraian: Agar dapat menapis jenis permainan video
Contoh: Mobile Legend dan PUBG dikawal/disekat.
Impaknya: Supaya anak-anak beralih kepada permainan video yang tidak membawa ketagihan.
Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui kawalan seperti ini, kita dapat mengawal ketagihan anak-anak melalui
tapisan seperti ini.

Isi 11: Kerajaan perlu mengawal kemasukan peralatan permainan video/ menguatkuasakan undang-undang
kemasukan alat permainan video
Huraian: Agar dapat menapis jenis permainan video
Contoh: Mobile Legend dan PUBG perlu dikawal/disekat.
Impaknya: Supaya anak-anak beralih kepada permainan video yang tidak membawa ketagihan.
Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui kawalan seperti ini, kita dapat mengawal ketagihan anak-anak melalui
tapisan seperti ini.

Isi 12: Kerajaan perlu mewujudkan Khidmat Pusat Terapi Ketagihan Permainan Video
Huraian: Menyediakan publisiti yang meluas tentang khidmat mereka (pusat terapi) terutama bagi kes-kes yang
serius
Contoh: Masalah pergerakan fizikal iaitu kekejangan otot, tangan menggeletar dll
Impaknya: Agar mangsa akan pulih
Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui kewujudan pusat terapi seperti ini kita dapat memulihkan ketagihan
anak-anak terhadap permainan video.
Kesimpulan:
 Permainan video dicipta untuk keseronokan pengguna tetapi ia boleh membawa keburukan jika
disalahgunakan
 Bermain permainan video perlu dikawal dan dipantau supaya ia tidak membawa kemudaratan kepada
anak-anak kita
 Kerjasama semua pihak akan dapat mengawal ketagihan bermain permainan video kepada anak-anak

26 Ada pendapat yang mengatakan bahawa masalah kegemukan atau obesiti yang dialami oleh
sebahagian besar anggota masyarakat kita pada masa ini dipengaruhi oleh gaya hidup moden yang
diamalkan oleh mereka. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat itu?

Pendahuluan:
 Kesihatan penting dalam kehidupan seseorang
 Kini tidak ramai rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang penjagaan kesihatan sehingga ada yang
mengalami masalah kesihatan termasuklah masalah obesiti atau kegemukan
 Memang benar masalah kegemukan yang dialami oleh sebahagian besar anggota masyarakat kita pada
masa ini dipengaruhi oleh gaya hidup moden yang diamalkan oleh mereka, tetapi ada juga faktor-faktor
yang lain

Isi: Bersetuju (Tahap kesihatan seseorang dipengaruhi oleh gaya hidup moden)
Isi 1: Tabiat makan ikut selera tanpa memikirkan kesannya, termasuklah makan pada waktu malam menjadi
punca obesiti
Huraian (sebabnya?): Berpegang pada prinsip hidup hanya sekali dan makan selagi ada selera; makan banyak
dan kerap; mampu membeli kerana ada wang;
Contoh: Makanan segera banyak pilihan; snek, coklat, aiskrim
Impaknya: Badan mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi; kadar obesiti meningkat
Penegasan: Ternyatalah bahawa masalah kegemukan semakin menjadi-jadi dalam masyarakat

shahidahhashim@mantanss2022 3
Isi 2: Hidup masyarakat kini yang selesa dengan adanya pelbagai alatan moden menjadi punca obesiti
meningkat
Huraian (sebabnya?): Alatan moden yang dicipta memudahkan hidup masyarakat; alatan moden mengambil
alih tugas manusia; pergerakan fizikal manusia terbatas
Contoh: Guna dapur gas atau elektrik untuk memasak, tidak perlu lagi memotong kayu untuk dijadikan kayu api;
kerja cuci pakaian dilakukan oleh mesin basuh
Impaknya: Pengguna akan mengalami obesiti akibat hidup yang selesa
Penegasan: Ternyatalah bahawa gaya hidup yang moden membataskan penggunaan tenaga fizikal yang
menyebabkan seseorang mengalami masalah kegemukan

Isi: Tidak bersetuju (Tahap kesihatan seseorang dipengaruhi oleh faktor lain)
Isi 3: Faktor keturunan turut menjadi punca obesiti; anak turut mengalami obesiti seperti ibu bapa
Huraian (sebabnya?): Semasa ibu (obes) hamil, makanan berlemak yang diambil diturunkan kepada bayi; Jika
gen ibu bapa mencatatkan kadar metabolisme yang rendah, anak akan mewarisi gen itu
Contoh: Daripada kajian, gen laptogenik yang diwarisi amat mempengaruhi berat badan, distribusi lemak dan
selera makan seseorang
Impaknya: Anak-anak berisiko tinggi mengalami obesiti daripada ibu bapa yang juga obes
Penegasan: Ternyatalah bahawa faktor keturunan juga boleh menjadi penyebab obesiti

Isi 4: Kurang kesedaran tentang kepentingan amalan pemakanan seimbang turut menjadi penyebab masalah
obesiti
Huraian (sebabnya?): Nilai budaya hidup masyarakat kita yang tidak mengamalkan makanan seimbang; Piramid
makanan oleh Kementerian Kesihatan jarang dijadikan panduan
Contoh: Kita akan makan apa sahaja yang disukai, bukannya mengikut keperluan biologi tubuh badan kita;
Anak-anak diberikan pelbagai makanan tanpa mengira zatnya agar anak-anak cepat membesar
Impaknya: Makan yang banyak menjadi kebiasaan kerana kanak-kanak yang gemuk dianggap lambang
kemewahan ibu bapanya
Penegasan: Ternyatalah bahawa kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang boleh
menjadi penyebab anak-anak berisiko tinggi mengalami obesiti

Isi 5: Sikap individu yang kurang gemar bersenam juga menjadi penyebab masalah obesiti
Huraian (sebabnya?): Pelbagai alasan diberikan untuk mengelakkan mereka bersenam, antaranya sibuk
dengan aktiviti harian
Contoh: Amalan bersenam selama 30 minit sehari penting untuk mengawal berat badan dan seterusnya dapat
mengelakkan obesiti
Impaknya: Tanpa bersenam, pembakaran lemak dan kalori dalam badan tidak berlaku; Lemak yang berkumpul
di dalam badan semakin bertambah apabila seseorang mengambil makanan
Penegasan: Ternyatalah bahawa kurang bersenam boleh menjadi penyebab seseorang mengalami obesiti

Kesimpulan:
 Gaya hidup moden kini merupakan antara faktor kebanyakan rakyat Malaysia mengalami obesiti
 Namun begitu gaya hidup moden bukan penyebab yang mutlak masalah ini, terdapat faktor yang lain,
antaranya keturunan dan kurang bersenam
 Kegagalan rakyat Malaysia mendisiplinkan diri dalam soal pengambilan makanan menyebabkan
bilangan rakyat Malaysia yang obes semakin meningkat
 Usaha yang padu perlu untuk mengatasi masalah kegemukan dalam kalangan rakyat Malaysia

shahidahhashim@mantanss2022 4
27 Pertambahan bilangan kemasukan pelancong asing ke negara ini pada setiap tahun
membuktikan bahawa negara kita sudah menjadi destinasi pelancongan yang tersohor di dunia. Huraikan
kepentingan perkembangan industri itu kepada masyarakat dan negara ini. Cadangkan usaha-usaha yang
dapat dilakukan untuk menambahmajukan industri pelancongan di negara kita.

Pengenalan:
 Sektor pelancongan memberikan sumbangan yang besar kepada negara
 Industri pelancongan kian berkembang pesat di Malaysia dengan pertambahan bilangan pelancong
yang datang
 Perkembangan sektor pelancongan memberikan kepentingan tertentu kepada negara dan mampu
membawa kemakmuran negara
 Semua pihak perlu memikirkan langkah yang efektif bagi memastikan industri pelancongan terus subur
dan berkembang maju di negara kita

Isi: (Kepentingan)
Isi 1: Menjadi sumber pendapatan negara; berapa %
Huraian (sebabnya?): Pelancong berbelanja di Malaysia, membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan di
sini
Contoh: Kemasukan wang asing bertambah.
Impaknya: Negara memperoleh pendapatan; membantu perkembangan ekonomi negara
Penegasan: Terbuktilah bahawa melalui industri pelancongan boleh membantu negara meningkatkan
pendapatan negara.

Isi 2: Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.


Huraian (sebabnya?): Bidang tersebut (Perhotelan, pengangkutan dll) memerlukan banyak tenaga kerja untuk
melaksanakan pelbagai tugas.
Contoh: Pekerjaan dalam bidang perhotelan, pengangkutan, & penghasilan kraf tangan
Impaknya: Penduduk tempatan memperoleh pekerjaan; kadar pengangguran berkurangan; dan taraf hidup
masyarakat meningkat.
Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui industri pelancongan boleh mewujudkan pekerjaan kepada penduduk
tempatan.

Isi: (Langkah untuk menambahmajukan industri pelancongan di negara kita)


Isi 3: Mempopularkan seni warisan dan tradisi yang terdapat di Malaysia
Huraian (bagaimana caranya?): Memperkenalkan dondang sayang, dikir barat, kuda kepang dll kepada
masyarakat luar negara/ orang asing
Contoh: Mendedahkan makanan & permainan tradisional, busana, kraf tangan kepada pelancong asing
Impaknya: Pelancong mudah tertarik dengan keunikan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia;
membuka minat mereka untuk mengetahui keunikan kita
Penegasan: Terbuktilah bahawa melalui usaha mempopularkan seni warisan dan tradisi di negara kita dapat
memastikan industri pelancongan terus subur

Isi 4: Memelihara dan memulihara tempat dan bangunan bersejarah yang terdapat di Malaysia
Huraian (sebabnya?): Tidak merosakkan kesan peninggalan sejarah; dapat dilihat oleh generasi baharu
Contoh: Menjaga dan memelihara warisan sejarah dengan sebaik-baiknya
Impaknya: Bangunan yang memiliki nilai sejarah akan menarik minat pelancong tempatan dan asing untuk
mengunjunginya
Penegasan: Terbuktilah bahawa melalui usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah di negara kita
dapat memastikan tempat itu akan selalu dilawati oleh pelancong asing

Isi 5: Sentiasa bersikap ramah dan berbudi bahasa kepada pelancong


Huraian (sebabnya?): Mereka akan tertarik oleh sikap kita yang mudah mesra dan peramah
Contoh: Memberikan senyuman, menyapa pelancong dengan ramah dan memberikan layanan yang istimewa
Impaknya: Pelancong asing akan tinggal lebih lama di sini dan akan datang lagi ke Malaysia; sikap mesra kita
akan sentiasa diingat dan mereka berasa seperti berada di tempat sendiri; mereka akan bercerita kepada rakan
dan keluarga
Penegasan: Terbuktilah bahawa melalui usaha masyarakat kita yang sentiasa bersikap ramah dan berbudi
bahasa akan menarik minat pelancong asing datang ke sini

shahidahhashim@mantanss2022 5
Isi 6: Menjaga kebersihan persekitaran kawasan tumpuan pelancong
Huraian (sebabnya?): Menjaga kebersihan lambang jati diri yang tinggi dan dikagumi oleh pelancong asing
Contoh: Tidak membuang sampah di merata-rata tempat; menjaga kebersihan pengangkutan awam, tandas
awam dll
Impaknya: Imej negara yang bersih sentiasa menjadi kelebihan kepada Malaysia untuk menjadi pilihan kepada
pelancong asing
Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui usaha masyarakat kita yang sentiasa menjaga kebersihan persekitaran
akan menarik minat pelancong asing datang ke sini

Isi 7: Menyediakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi, selesa, murah, dan moden
Huraian (sebabnya?): Memudahkan pelancong untuk pergi ke mana-mana destinasi
Contoh: Menyediakan kemudahan inap desa yang bertaraf dunia; menyediakan kemudahan pengangkutan yang
cekap
Impaknya: Merancakkan pertumbuhan ekonomi negara
Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui usaha penyediaan kemudahan infrastruktur yang mencukupi, selesa
dan murah akan menarik minat pelancong asing datang ke negara kita

Isi 8: Mengadakan promosi secara meluas dan berterusan.


Huraian (tujuannya?): Memudahkan pelancong asing mengenali negara kita
Contoh: Menyediakan iklan dan promosi secara besar-besaran melalui media elektronik, media sosial dll
Impaknya: Merancakkan kemasukan pelancong asing ke negara kita
Penegasan: Terbuktilah bahawa melalui usaha meluaskan iklan dan promosi negara kita akan menarik minat
pelancong asing datang ke Malaysia

Kesimpulan:
 Sektor pelancongan amat penting kepada sesebuah negara
 Rakyat harus ada kesedaran untuk memberikan layanan yang istimewa kepada pelancong
 Layanan istimewa boleh menarik hati mereka untuk datang semula ke Malaysia
 Jadilah rakyat yang bertanggungjawab dan patriotik demi memajukan industri pelancongan negara

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2021

26 “Keganasan dalam rumah tangga berpunca daripada kegagalan untuk mengawal kemarahan atau
sikap panas baran sesetengah pasangan.” Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

Pendahuluan
 Keganasan dalam rumah tangga yang melibatkan penderaan fizikal dan mental, pencabulan,
penganiayaan, dan pembunuhan semakin membimbangkan.
 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, keganasan rumah tangga bermaksud tindakan yang
menyebabkan kecederaan, penderaan seksual, kerosakan harta, dan meletakkan mangsa dalam
kedaan ketakutan.
 Perbuatan ini meninggalkan trauma yang mendalam terhadap mangsa. Sesetengah mangsa mengalami
kecacatan yang kekal. Lebih buruk lagi, ada mangsa yang meninggal dunia kerana kecederaan yang
parah.
 Kebanyakan keganasan rumah tangga ini dilakukan oleh sesetengah pasangan yang gagal mengawal
kemarahan. Namun begitu, terdapat punca lain yang menyebabkan hal itu berlaku.

Punca (Gagal mengawal kemarahan atau panas baran sesetengah pasangan)


IS 1 Pasangan gagal mengawal kemarahan atau panas baran. Suami cepat naik tangan apabila berlaku
pertelingkahan kecil. Isteri cepat memukul anak-anak apabila tertekan.

Punca lain
IS2 Kurangnya rasa tanggungjawab ibu bapa dan tiada ilmu keibubapaan. Pasangan berkahwin dalam usia
yang muda. Mereka masih ingin berseronok dan tidak sabar dengan karenah serta sikap pasangan
masing-masing
IS3 Pegangan agama yang longgar dan salah fahaman mengenai bentuk didikan yang dianjurkan oleh
agama.
IS4 Masalah kewangan yang dihadapi oleh ketua isi rumah.

shahidahhashim@mantanss2022 6
IS5 Pendera mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Suami suka berjudi, pemabuk, penagih
dadah,pelacuran, kekasih gelap dan sebagainya
IS6 Masalah kenakalan anak-anak. Ada anak-anak yang degil dan hiperaktif
IS7 Kepincangan keluarga. Konflik rumah tangga yang berpanjangan. Pasangan dalam proses penceraian.
IS8 Sikap mertua yang suka campur tangan dalam urusan rumah tangga pasangan berkenaan.
IS9 Pengalaman masa lampau. Pernah didera oleh ahli keluarga semasa kecil atau melihat ibu bapa mereka
bergaduh dan melakukan penderaan
IS10 Sikap masyarakat yang mementingkan diri sindiri dan tidak mahu mencampuri urusan orang lain. Ada
yang bimbang sekiranya dipanggil menjadi saksi apabila kes keganasan rumah tangga itu menjadi kes
di mahkamah.
IS11 Akta yang sedia ada tidak menakutkan pelaku yang melakukan keganasan rumah tangga. Sesetengah
kes mengambil masa yang lama.
IS12 Tekanan di tempat kerja
IS13 Kehadiran orang ketiga. Isteri curang. Suami berkahwin lain
IS14 Suami yang terlalu cemburu. Bimbang isteri beralih arah atau cemburu dengan kejayaan isteri
IS15 Mangsa enggan membuat laporan polis. Mereka takut rumah tangga menjadi hancur dan anak-anak
menjadi terbiar.

Catatan: Setiap isi perlu dimulai dengan A1) pernyataan isi, A2) huraian, A3) contoh, A4) impaknya dan
A5) simpul isi (dalam bentuk penegasan)

Kesimpulan
 Gejala keganasan rumah tangga perlu dihentikan dengan segera.
 Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan akan menjejaskan nama baik semua pihak.
 Langkah yang konkrit perlu diambil untuk membendung hal ini.

27 Kebelakangan ini, kejadian buli siber semakin kerap dilaporkan. Jelaskan kesan negatif gejala ini
dan kemukakan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pendahuluan
 Buli siber ialah perbuatan yang mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium
elektronik seperti mesej teks, chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit, permainan internet dan
sebagainya.
 Pembuli siber sukar untuk dikena lpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar. Aktiviti ini
berlaku dalam dunia siber yang tiada sempadan. Hal ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri
mereka.
 Kejadian buli siber menimbulkan banyak keburukan. Oleh itu, langkah yang berkesan perlu dicari untuk
mengatasinya.

Isi (Kesan negatif buli siber)


IS1: Menjatuhkan maruah seseorang dan anggota keluarga mangsa
IS2: Menyebabkan kemurungan. Mangsa mengasingkan diri. Lebih buruk lagi, mangsa cenderung untuk
membunuh diri
IS3: Mewujudkan permusuhan dan menimbulkan unsur kebencian serta merenggangkan silaturahim
IS4 : Menyebabkan seseorang hilang punca pendapatan dan menjatuhkan karier seseorang. Sekiranya
mangsa buli siber terdiri daripada ikon dan orang terkenal, siber buli yang keterlaluan akan
menyebabkan kerugian dalam perniagaan.

Isi (Langkah menangani buli siber)


IS5: Tindakan berhemah oleh pihak sekolah. Mengenakan tindakan tegas terhadap pembuli siber di sekolah.
Menubuhkan Kelab Antibuli Siber di sekolah
IS6: Guru mendidik mengenai keburukan perbuatan buli siber. Guru menyelitkan hal itu dalam mata pelajaran
Agama Islam dan Pendidikan Moral. Guru kauseling memberikan nasihat.
IS7: Kempen Antibuli Siber. Menjemput ikon remaja untuk menjelaskan keburukan buli siber. Mengadakan
pameran bergerak. Mengadakan ceramah. Mengedar risalah keburukan buli siber.
IS8 : Keluarga dan rakan perlu memainkan peranan penting. Beri sokongan kepada mangsa buli supaya
mereka terus positif. Bercakaplah dengan mereka dan tanya keadaan diri mangsa.
IS 9: Individu bersikap proaktif. Tidak mendedahkan maklumat peribadi. Berfikir dua kali sebelum menghantar
komen.

shahidahhashim@mantanss2022 7
IS 10: Melaporkan hal itu kepada pihak pengendali agar disekat daripada terus menular atau dikemas kini
supaya akaun internet tidak diceroboh pada masa depan.
IS 11: Ibu bapa mendampingi anak-anak dan memantau aktiviti mereka. Jelaskan kepada anak tentang risiko
berkomunikasi melalui media sosial. Ingatkan anak-anak supaya tidak meninggalkan komen yang boleh
mengguris perasaan orang lain
IS 12: Ibu bapa perlu menguasai bidang teknologi maklumat. Sentiasa mengambil tahu tentang platform atau
rangkaian sosial yang kerap dilayari oleh anak-anak. Kongsikan panduan penggunaan internet dan
tetapkan peraturan asas untuk melindungi mereka daripada sebarang risiko.
IS13: Pihak berkuasa SKMM perlu bertindak menyekat penyalahgunaan media sosial oleh orang awam.
Mendakwa pembuli siber di mahkamah
IS14: Pihak PDRM menubuhkan Pasukan Jenayah Siber untuk menangani buli siber
IS15: Mewujudkan kumpulan media sosial dalam komuniti untuk menyalurkan nasihat, peringatan, dan
berkongsi aktiviti yang sihat.

Kesimpulan
 Kejadian buli siber semakin membimbangkan.
 Perbuatan ini akan menjatuhkan maruah seseorang.
 Kemelut ini boleh diatasi apabila setiap anggota masyarakat sedar mengenai keburukan buli siber,
manakala setiap individu pula mempunyai benteng untuk mengawal diri daripada melakukan perbuatan
itu.

28 Pencemaran alam sekitar di negara ini semakin membimbangkan dan pihak kerajaan telah
berusaha untuk membendung masalah tersebut melalui amalan kitar semula. Jelaskan kepentingan
amalan kitar semula tersebut.

Pendahuluan
 Alam sekitar yang tidak tercemar menjadi impian semua pihak.
 Kegiatan manusia yang mengeksploitasi alam sekitar dikenal pasti menjadi punca pencemaran alam
sekitar. Pembuangan sisa toksik oleh pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab telah
mencemarkan sungai.
 Pembuangan bekas-bekas makanan di tempat awam telah menyebabkan pencemaran bau.
 Keadaan ini perlu dibendung. Amalan kitar semula didapati berkesan untuk mengurangkan pencemaran
alam sekitar

Isi (Kepentingan amalan kitar semula)


IS 1: Mewujudkan persekitaran yang lebih sihat
IS 2: Mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.
IS 3: Mengurangkan pencemaran bau dan pencemaran air di bawah tanah. Longgokan bahan buangan di
dalam tong sampah dan sampah di tapak pelupusan sampah akan mengurangkan ancaman alam
sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan pencemaran udara.
IS 4: Menjimatkan kos. Dalam jangka panjang, amalan mengitar semula lebih menjimatkan berbanding
dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain.
IS5 : Menjimatkan sumber dan menyelamatkan sumber hutan. Mengitar semula kertas akan mengurangkan
bilangan pokok yang perlu ditebang. Mengitar semula barangan yang diperbuat daripada besi dan
aluminium boleh menyelamatkan sumber yang tidak boleh diperbaharui
IS6 : Menjana sumber pendapatan. Barang-barang yang boleh dikitar semula seperti kertas, besi, tin
minuman, botol plastik, dan lain-lain boleh dijual. Sesetengah barang buangan boleh dijadikan kraf
tangan dan dijual untuk memperoleh pendapatan sampingan
IS7: Mengitar semula sisa buangan makanan dan tumbuh-tumbuhan menjadi baja nutrien, baja kompos,
makanan haiwan, dan sebagainya
IS8: Menjana tenaga alternatif. Tenaga biomas terhasil daripada pembakaran sisa buangan makanan.
Tenaga biojisim dihasilkan daripada sisa buangan hasil pertanian

Kesimpulan
 Pencemaran alam sekitar pada hari ini umpama “bom jangka” yang boleh meranapkan kehidupan
manusia.
 Amalan kitar semula boleh mendatangkan faedah yang banyak kepada manusia dan makhluk lain yang
ada di bumi ini.

shahidahhashim@mantanss2022 8
 Sambutan Hari Bumi setiap tahun adalah suara kebimbangan masyarakat dunia tenntang pencemaran
yang berlaku.
 Seruan 5R (guna semula, kurangkan, kitar semula, fikir semula, baiki semula) perlu dijadikan kebiasaan
dalam amalan kitar semula

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2020

25 Terdapat berbagai-bagai jenis permainan tradisional yang diwarisi sejak turun-temurun di negara ini.
Namun demikian permainan tradisional ini semakin dilupakan, terutamanya dalam kalangan generasi
muda. Pada pendapat anda, apakah langkah yang wajar diambil untuk mempopularkan permainan
tradisional di negara ini? [Keluar dalam STPM 2021]

Pendahuluan
 Antara contoh permainan tradisional ialah congkak, batu serembam, wau, guli, gasing, sepak raga,
galah panjang dan sebagainya.
 Sebahagian besar generasi muda pada hari ini terutamanya golongan muda sudah tidak mengenali
permainan tradisional.
 Permainan video, permainan interaktif, gajet moden, telefon pintar yang menggunakan aplikasi media
sosial seperti Facebook, WhatsApp, Wechat, Instagram, Telegram, dan lain-lain lebih digemari dan
mendapat sambutan golongan remaja.
Usaha yang tersusun dan berhati-hati perlu dilakukan untuk mempopularkan permainan tradisional di
negara ini.

Isi 1: Peranan ibu bapa


 Mendedahkan dan menggalakkan permainan tradisional kepada anak-anak.
 Ibu bapa yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang permainan tradisional boleh mengajar
anak-anak bermain atau membuat peralatan permainan tradisional.
 Ibu bapa yang berada boleh membeli permainan tradisional seperti wau, congkak, gasing dan
sebagainya.
 Membawa anak-anak melihat permainan tradisional seperti Festival Layang-layang Antarabangsa di
Johor.
 Menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan permainan tradisional.

Isi 2: Usaha oleh pihak sekolah


 Menubuhkan Kelab Permainan Tradisional dalam kalangan murid-murid
 Menyelitkan dalam pengajaran guru seperti membuat wau yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual.
 Menjadikan sebagai kegiatan yang dipertandingkan pada peringkat sekolah.
 Pihak sekolah membina gelanggang permainan tradisional seperti gelanggang Gasing Pangkah.
 Mengadakan pameran peralatan permainan tradisional di sekolah
 Menjemput pakar permainan tradisional untuk melakukan demontarsi permainan tradisional di sekolah.

Isi 3: Langkah yang proaktif oleh pihak kerajaan


 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan mengadakan kajian & membukukan
jenis-jenis permainan tradisional dalam kalangan rakyat di Malaysia
 Mengadakan persembahan permainan tradisional di luar negara melalui program pertukaran
kebudayaan
 Mengangkat tokoh permainan tradisional sebagai tokoh budaya
 Melatih golongan remaja & melantik merek menjadi duta permainan tradisional di dalan negeri dan di
luar negara

Isi 4: Mengadakan kempen


 Mengadakan kempen “Bulan Permainan Tradisional” atau “Jom Main Permainan Tradisional”
 Melibatkan golongan artis untuk menjayakan kempen supaya dapat menarik minat golongan remaja
 Mengadakan pertunjukan permainan tradisional di kompleks beli-belah terkemuka di bandar
 Menayangkan cara bermain permainan tradisional melalui media elektronik

Isi 5: Menubuhkan pusat latihan permainan tradisional


 Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri ditubuhkan untuk memupuk bakat dengan melatih golongan
muda tentang permainan tradisional
 Mengajar cara membuat peralatan permainan tradisional dan sebagainya

Isi 6: Menjadikan permainan tradisional sebagai acara sukan

shahidahhashim@mantanss2022 9
 Mengadakan pertandingan di peringkat sekolah dan komuniti
 Dipertandingkan dalam acara sukan sama ada pada peringkat kebangsaan (SUKMA) atau ASEAN

Isi 7: Melibatkan pihak swasta


 Mengadakan usaha sama dengan penggiat seni tradisional untuk mendemontrasikan permainan
tradisional dalam kalangan generasi muda
 Pihak swasta boleh menaja persembahan untuk memperkenalkan permainan tradisional di luar negara,
contohnya Air Asia mempromosi dan membuat demontrasi permainan tradisional di luar negara

Is 8: Membuat inovasi dalam permainan tradisional


 Menjadikan permainan tadisional sebagai permainan interaktif yang menggunakan komputer
 Mengkomersialkan permainan tradisional dengan mewujudkan permainan dalam talian yang
menyediakan ganjaran yang menarik
 Menggunakan paparan animasi dengan menambahkan kesan warna dan bunyi dalam permainan
tradisional
 Mencipta gelanggang permainan tradisional mudah alih atau pasang siap

Penutup
 Permainan tradisional akan terkubur sekiranya generasi muda tidak didedahkan dengan keunikan dan
kepelbagaian dalam permainan tradisional
 Permainan tradisional perlu dipertahan untuk mengekalkan warisan budaya rakyat pelbagai kaum di
negara ini
 Langkah ini memerlukan perancangan yang tersusun supaya ia terus kekal sebagai satu warisan
bangsa

26 Amalan rasuah negara ini, khususnya dalam kalangan kakitangan awam semakin membimbangkan.
Jelaskan langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan amalan rasuah dalam kalangan penjawat
awam di negara ini.

Pendahuluan
 Amalan rasuah semakin kerap dilaporkan di negara ini, terutamanya yang melibatkan kakitangan awam
 Hal ini amat menyedihkan kerana individu yang diberikan amanah untuk menjalankan tugas
memecahkan amanah itu
 Rasuah ialah perbuatan sogokan dengan wang atau apa-apa hadiah sebagai ganjaran balas terhadap
sesuatu yang sudah ditunaikan secara salah atau tidak sah
 Amalan rasuah akan menyebabkan integriti sesebuah organisasi akan diragui. Lebih malang lagi,
negara kita akan dilabelkan sebagai negara yang korup dan pelabur akan takut untuk melabur di negara
ini
 Sebelum amalan ini menjadi barah, langkah yang berkesan perlu dicari

Langkah:

Isi 1: Pendekatan yang proaktif oleh pihak kerajaan


 Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 1 Januari 2009 untuk mendidik
pihak berkuasa awam dan orang awam tentang rasuah
 Menambahkan keanggotaan SPRM untuk mempercepat proses penyiasatan & penguatkuasaan
 Penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk meningkatkan tahap integriti dan mengukuhkan
ketelusan & akuantabiliti
 Menyediakan satu garis panduan bagi pempertingkat tadbir uris dalam perkhidmatan awam melalui
empat [rinsip iaitu integriri, akauntabiliti, pengamanahan dan pengawasan serta ketelusan

Isi 2: Penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas


 Mengenakan hukuman yang tegas seperti kompaun yang tinggi & hukuman penjara untuk tempoh yang
panjang
 Membekukan aset dan wang perasuah
 Menambah anggota penguatkuasaan & meningkat bilangan anggota yang akan mengintip jabatan @
kementerian yang berpotensi untuk melakukan rasuah
 Menubuhkan unit forensik kewangan yang boleh mengesan pengeluaran dan pengaliran wang
 Mengadakan progran perlindungan saksi kepada pemberi maklumat

shahidahhashim@mantanss2022 10
Isi 3: Mengadakan kempen kesedaran
 Kempen “Tidak untuk Rasuah”, “Rasuah Amalan Keji”, dan sebagainya melalui media massa yang
menyasarkan kakitangan awam
 Memasang papan iklan gergasi di lebuh raya utama yang membawa mesej „jauhi rasuah‟
 Meningkatkan program yang berbentuk forum dan bual bicara mengenai keburukan rasuah melalui
televisyen
 Mengedarkan risalah mengenai pencegahan rasuah ditempat-tempat tumpuan ramai

Isi 4: Penerapan ddikan agama dan nilai murni dalam kalangan kakitangan awam dan swasta
 Ketua Jabatan atau majikan sering memberikan ingatan & amaran kepada kakitangan mereka agar tidak
melalukkn rasuah
 Ketua Jabatan menyelitkan peringatan menjauhi rasuah dalam surat pekeliling dan mempamerkan
slogan keburukan rasuah dipejabat
 Menjemput penceramah agama untuk menyampaikan mesej mengenai dosa pemberi dan penerima
rasuah

Isi 5: Inovasi Integriti dalam perkhidmatan awam


 Penggunaan borang, proses saringan, dan sebut harga perlu dipermudah dan diringkaskan
 Menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT) untuk mengurus tender supaya lebih mudah &
telus
 Transaksi pembayaran sebut harga dan tender dilakukan secara elektonik
 Mengaudit penyata kewangan secara teratur mengikut piawaian perakuan yang disyorkan oleh Laporan
Ketua Audit Negara
 Menetapkan kakitangan awam supaya mengisytiharkan harta masing-masing
 Menyediakan kotak aduan untuk kakitangan melaporkan aktiviti rasuah dalam sesbuah organisasi
Isi 6: Pemberian ganjaran kepada orang ramai yang melaporkan rasuah
 Memberikan ganjaran kepada kakitangan yang tinggi integriti
 Memberikan ganjaran kepada orang awam yang memberikan maklumat
 Mewujudkan talian bebas tol untuk orang ramai melaporkan kejadian rasuah

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2018

24 Kebelakangan ini, produk tiruan semakin banyak dijual di negara kita dan hal ini
membimbangkan semua pihak. Apakah punca keadaan tersebut berlaku dan jelaskan kesan yang akan
dialami oleh orang ramai dan negara kita?

Pendahuluan
 Produk tiruan dalam pasaran banyak dijual pada hari ini.
 Barangan berjenama sering ditiru & produk ini mendapat sambutan yg menggalakkan.
 Produk ini terdiri drp pelbagai barangan pengguna spr pakaian, alat ganti kenderaan, makanan, ubat-
ubatan dll
 Terdapat banyak faktor barangan tiruan terus dijual di negara ini.
 Penjualan produk tiruan meninggalkan kesan yg buruk kpd org ramai dan negara.

Isi: Punca produk tiruan banyak dijual di negara ini.

Isi 1: Sikap buruk orang ramai terhadap barangan berjenama


 Ingin bergaya walaupun tidak berkemampuan
 Mempercayai bhw penggunaan barangan berjenama menaikkan prestij mereka
 Mementingkan kuantiti drp kualiti sesuatu barangan
 Org ramai jahil tentang produk asli iaitu mereka tidak dapat membezakan barangan tulen dgn barangan
palsu

Isi 2: Penguatkuasaan undang2 yang longgar


 Hukuman yg ringan; tidak menakutkan penjual produk tiruanv & pembeli/org ramai.
 Kakitangan tidak mencukupi (Jabatan Kastam Diraja Malaysia, KPDNHEP, PDRM dll)

shahidahhashim@mantanss2022 11
 Sesetengah kakitangan penguatkuasaan di sempadan @ di pintu masuk di negara ini mengambil
rasuah.
 Sesetengah pegawai penguatkuasaan bertugas sambil lewa & bertindak berdasarkan laporan sahaja.

Isi 3: Sikap sesetengah peniaga yang tamak


 Ingin mengaut keuntungan yg banyak
 Meletakkan label palsu pada produk tiruan
 Mencampur-aduk barangan tulen dengan barangan asli
 Membuat iklan palsu dan promosi tidak benar.

Isi 4: Keadaan geografi negara kita yang luas & bersempadan dengan negara2 lain
 Negara kita boleh dimasuki melalui jalan darat, jalan udara, & jalan air.
 Sistem pengangkutan pada masa ini semakin canggih & pantas
 Wujud banyak jalan tikus
 Rondaan adalah sukar & kurang dijalankan

Isi 5: Barangan tiruan murah & mudah diperoleh


 Harga yg ditawarkan adalah separuh drp harga barangan tulen.
 Boleh dibeli melalui perniagaan dalam talian.
 Banyak pilihan & banyak dijual di pasar malam.
 Banyak diiklankan dalam media sosial & banyak tawaran menarik.

Isi: Kesan kepada masyarakat & negara

Isi 6: Menjejaskan kesihatan


 Produk makanan tiruan boleh menyebabkan penyakit kronik (tinggi kandungan gula, garam, bahan
pewarna, pengawet dll)
 Produk tiruan spt ubat2 boleh menyebabkan organ manusia rosak & kematian.
 Alat ganti tiruan spt alat ganti kenderaan boleh menyebabkan kemalangan & kecederaan

Isi 7: Merugikan pengguna/ orang ramai


 Pengguna tidak mendapat jaminan sesuatu produk dari segi kualiti.
 Pengguna tidak boleh membuat tuntutan apabila berlaku kerosakan.
 Pengguna akan menanggung sendiri kos pembaikian.

Isi 8: Peniaga barangan tulen akan mengalami kerugian


 Barangan tulen tiada sambutan.
 Peniaga menanggung kos yg tinggi spt pengiklanan, penyimpanan, penghantaran dsb.
 Menanggung kerugian yg besar akhirnya kedai terpaksa ditutup.

Isi 9: Menjejaskan pendapatan Negara


 Kutipan cukai jualan barangan asli akan berkurangan.
 Penyeludupan meningkat menyebabkan barangan asli tidak mendapat sambutan.
 Pihak kerajaan menanggung kos operasi penguatkuasaan undang2.

Kesimpulan
 Kemasukan produk tiruan disebabkan oleh beberapa faktor, namun penguatkuasaan yg longgar
dianggap sebagai punca utama.
 Sebenarnya, penggunaan produk tiruan boleh mengamcam nyawa orang ramai dan menjejaskan
reputasi negara.
 Langkah pengawalan perlu dilakukan dengan segera.
 Semua pihak perlu berkerjasama untuk menyelesaikan kemelut ini.

shahidahhashim@mantanss2022 12
25 Gejala buli dalam kalangan pelajar pada hari ini semakin meningkat dan hal ini dikatakan
berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pandangan
tersebut? [Boleh juga digunakan untuk isu remaja terlibat dengan gangster]

Pendahuluan
 Aktiviti buli yg dilakukan oleh golongan pelajar kerap dilaporkan melalui media massa.
 Antara aktiviti buli yg dilakukan oleh pelajar spt buli fizikal, contohnya memukul, menendang, menampar
dsb, manakala buli mental pula spt memanggil seseorang dgn gelaran yg buruk, lucah, memulau dll
 Sesetengah kegiatan dilakukan secara berkumpulan.
 Gejala ini dikatakan berlaku disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.
 Namun begitu, terdapat juga punca2 yang lain remaja terlibat dalam aktiviti buli.

Isi: pengaruh rakan sebaya


 Mengikut ajakan rakan sebaya supaya diterima menyertai dalam sesuatu kumpulan
 Dipaksa sebagai syarat untuk menjadi ahli kumpulan samseng
 Mulanya sekadar untuk mencuba kemudian aktiviti buli menimbulkan keseronokan

Isi: Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak2


 Ibu bapa yg sibuk dgn kerjaya masing2 menyebabkan anak2 menjadi liar; serah tanggungjawab kpd
pembantu rumah
 Ibu bapa tidak memberikan didikan agama
 Ibu bapa yg berpisah

Isi: Pengaruh media massa


 Mempromosikan byk cerita yg berunsurkan keganasan & samseng jalanan; contoh
 Menjadi ikutan golongan remaja
 Menganggap aktiviti buli sebagai amalan biasa pelajar pada masa ini

Isi 4: Persekitaran tempat tinggal remaja yang tidak kondusif


 Rumah yg kecil menyebabkan mereka berasa tidak selesa berada di rumah.
 Kawasan setinggan yg banyak amalan negatif; mempengaruhi pergaulan anak2.
 Banyak aktiviti negatif spt pergaduhan, pelacuran, perjudian dadah dll

Isi 5: Kelemahan pihak sekolah dalam mengawal gejala buli


 Peraturan sekolah yg longgar
 Guru-guru terikat dgn pelbagai peraturan
 Guru2 takut sekiranya harta benda & nayawa mereka diancam jika mereka mengambil tindakan.
 Murid2 takut untuk melaporkan kegiatan buli kpd guru kerana mereka takut akan dipulau dan dipukul.

Kesimpulan
 Gejala buli dlm kalangan pelajar semakin berleluasa & hal ini perlu dibendung
 Jika pelajar disabitkan dgn kesalahan membuli pelajar yg lain, masa depan mereka akan musnah.
 Sesetengah aktiviti buli boleh menyebabkan kecederaan kekal atau nyawa pelajar itu melayang.
 Pelajar perlu bijak memilih kawan; kawan yg baik akan membimbing mereka ke arah hidup yg lebih baik,
begitulah sebaliknya.
 Ibu bapa & anggota masyarakat perlulah mendidik & membimbing anak remaja supaya mereka menjadi
orang yg berguna kpd bangsa & negara.

26 Perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) banyak memberikan kesan positif terhadap
kehidupan masyarakat yang tinggal di bandar dan di luar bandar. Huraikan kesan-kesan positif yang
dimaksudkan.

Pendahuluan
 Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bermaksud perusahaan perkilangan @ syarikat yg menyediakan
perkhidmatan yg berkaitan dgn perkilangan
 Modal pusingan tidak melebihi RM25 juta ringgit & menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi
150 org.

shahidahhashim@mantanss2022 13
 Antara contoh kegiatan IKS ialah perusahaan yg berasaskan sumber logam, plastik, komponen
automatif, elektrik & elektronik, serta industri yg berkaitan pemprosesan makanan (keropok contohnya)
 Perkembangan IKS byk memberikan kesan positif terhadapkehidupan masyarakat yg tinggal di bandar &
diluar bandar.

Isi: Kesan Positif

IS 1: Menyediakan peluang pekerjaan


 Kaum wanita/ ibu tunggal di desa bekerja untuk menyediakan bagi perusahaan menghasilkan produk
makanan, kraf tangan dll.
 Belia di kampung yg menganggur boleh bekerja di kilang IKS
 Golongan siswazah yg menganggur boleh memulakan perusahaan secara kecil-kecilan.

IS 2: Meningkatkan sector hiliran spt pertanianb dan perikanan


 Memamjukan aktiviti pertanian makanan sebagai sumber untuk menghasilkan produk makanan
 Menggalakkan kegiatan perikanan untuk produk makanan laut.
 Memajukan penerokaan hasil perhutanan untuk industri kraf tangan.

IS 3: Memaksimumkan penggunaan bahan mentah tempatan


 Indsutri kraf tangan drp sumber hutan spt kayu, rotan, buluh, mengkuang dsb.
 Industri pemerosesan makanan laut spt ikan, sotong, udang, siput dll
 Industri automatif & industri elektonik menggunakan bahan mineral spt bijih timah, bijih besi, bauksit,
silika dsb

IS4: Mengurangkan import Negara


 Mengurangkan pergantungan kpd barangan import tertentu.
 Menghaslkan barangan tempatan yg bermutu.
 Mengurangkan pengaliran wang keluar negara.
IS 5: Meningkat sektor pelancongan
 Meningkatkan sektor pelancongan domestik spt industri batik & songket di Terengganu, industri
makanan laut di Sabah, industri kraf tangan diPerak dll
 Meningkatkan kehadiran pelancong asing untuk membeli barangan IKS

IS 6: Memenuhi pasaran tempatan


 Produk makanan spt sos, budu, belacan, keropok, kerepek dll
 Industri automatif spt pemhasilan alat ganti kenderaan & eksesori kenderaan
 Barangan kraf tangan spt bakul, perabot, ukiran dsb

IS 7: Menggalakkan penyelidikan & pembangunan (R & D), kreativiti / penghasilan produk baharu
 Produk makanan yg tahan lama disimpan (untuk tujuan eksport)
 Inovasi dlm cara pembungkusan, pelabelan & hiasan.
 Strategi pemasaran spt menggunakan aplikasi media sosial / pemasaran dalam talian.

IS 8: Menaikkan imej negara


 Mengharumkan nama negara spt penghasilan produk kraf tangan iaitu batik, & songket telah digunakan
dalam fesyen antarabangsa.
 Menaikkan nama IKS automatif tempatan spt penghasilan eksesori kenderaan buatan luar negara.

Kesimpulan
 IKS di negara Malaysia semakin maju & berkembang
 Banyak inovasi baharu direka untuk produk IKS.
 Faedah yg paling besar kewujudan IKS ialah peluang pekerjaan kepada penduduk di bandar & di luar
bandar.
 Agensi kerajaan spt Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) dan MOSTI perlu lebih
agresif dalam usaha untuk melahirkan usahawan IKS yg berjaya.
 Semoga usaha yg dibuat akan mendatangkan kejayaan dalam kemajuan IKS.

shahidahhashim@mantanss2022 14
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2017

26 Peningkatan kes jenayah di negara ini turut dikaitkan dengan pertambahan kemasukan tenaga
kerja asing. Jelaskan faktor-faktor penglibatan pekerja asing dalam kegiatan jenayah di negara
ini.

 Kekurangan tenaga tenaga kerja tempatan mengakibatkan kemasukan tenaga kerja asing ke
negara ini.
 Kemasukan mereka dikaitkan dengan peningkatan kadar jenayah.

Isi: Faktor penglibatan pekerja asing dalam kegiatan jenayah di negara ini

1. Tidak mendapat pekerjaan seperti yang diharapkan/dijanjikan


2. Pernah terlibat dengan kegiatan jenayah di negara asal dan meneruskannya di sini
3. Persekitaran di negara ini yang memungkinkan mereka melakukan jenayah
4. Sikap sesetengah rakyat negara ini yang mudah tertipu; menjadi keldai dadah
5. Penguatkuasaan undang-undang yang kurang berkesan
6. Sikap individualistik sesetengah masyarakat tempatan (tidak mengambil tahu keadaan di sekeliling)
7. Bilangan tenaga kerja yang banyak meningkatkan keyakinan mereka untuk melakukan jenayah
8. Pekerja asing tertindas oleh pihak majikan

Kesimpulan

 Penglibatan tenaga kerja asing dalam kegiatan jenayah berpunca daripada faktor desakan dan
persekitaran.
 Semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani masalah ini daripada terus berlaku.

27 Kini, isu kenaikan harga rumah sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. Huraikan punca-punca
permasalahan tersebut berlaku di negara ini?

Pendahuluan

 Rumah merupakan keperluan hidup yang penting kepada seseorang.


 Di Malaysia terdapat pelbagai jenis rumah, antaranya rumah pangsa, rumah teres, banglo dan lain-
lain
 Terdapat pelbagai punca meningkatnya harga rumah di negara ini

Isi

1. Tanah untuk pembinaan rumah terhad


2. Permintaan untuk memiliki rumah bertambah akibat pertambahan penduduk
3. Kos buruh meningkat
4. Harga barangan untuk pembinaan rumah meningkat
5. Sesetengah pemaju terlalu mengejar keuntungan
6. Lokasi yang strategik secara tidak langsung meningkatkan harga rumah
7. Kawalan harga rumah oleh pihak yang berkenaan kurang berkesan
8. Keperluan tambahan di kawasan perumahan, antaranya kawalan
keselamatan, padang permainan, dan lain-lain meningkatkan harga rumah

Kesimpulan

 Peningkatan harga rumah merupakan suatu masalah yang besar kepada kesejahteraan hidup
rakyat.
 Langkah yang berkesan wajar diambil untuk membendung perkara ini daripada berterusan.

shahidahhashim@mantanss2022 15
28 Pihak kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan kejayaan seseorang atlet
dalam bidang sukan yang diceburinya, khususnya pada peringkat antarabangsa. Huraikan kesan
kejayaan tersebut kepada atlet, masyarakat, dan negara.

Pendahuluan

 Selain untuk mengisi masa lapang dan sebagai aktiviti riadah, sukan dan permainan tertentu
dipertandingkan.
 Kejayaan dalam sukan tertentu ternyata mendatangkan kesan kepada atlet yang berkenaan,
masyarakat, dan negara.
Isi

1. Menjadi sumber pendapatan kepada atlet yang berkenaan


2. Menjadi duta untuk melariskan sesuatu produk
3. Meningkatkan imej atlet yang berkenaan
4. Mempunyai peluang yang terbuka untuk melanjutkan pelajaran
5. Menjadi jurulatih kepada atlet, ahli sukan pada masa akan datang
6. Menjadi sumber inspirasi kepada atlet muda
7. Meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat
8. Meningkatkan imej negara dalam bidang sukan; badan sukan dunia
memberikan kepercayaan kepada negara untuk menjadi tuan rumah sukan peringkat dunia

Kesimpulan

 Kejayaan atlet dalam sukan, khususnya sukan peringkat antarabangsa mendatangkan pelbagai
kebaikan kepada atlet, masyarakat, dan negara, khususnya dalam jangka panjang.
 Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk meningkatkan pencapaian atlet dalam pelbagai bidang
sukan.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2016

26 Kemasukan pelabur asing boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara.
Jelaskan kesan yang dimaksudkan itu.

Pelaburan asing – kesan positif

1. Mewujudkan peluang pekerjaan


1 Pemindahan teknologi dan kepakaran
2 Nadi penggerak pembangunan infrastruktur
3 Menambahkan pendapatan negara
4 Mengeratkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar
5 Membolehkan barangan Malaysia menembusi pasaran antarabangsa

Kesan negatif pelaburan asing

6 Pengaliran wang ke luar negara


7 Eksploitasi buruh tempatan oleh pihak majikan
8 Penularan budaya asing dalam kalangan masyarakat
9 Pergantungan kepada pelaburan asing pada jangka panjang boleh menggugat kestabilan
negara

27 Sebagai generasi yang bakal mencorakkan negara pada masa akan datang, golongan belia
hendaklah berusaha untuk menjadi individu yang berkualiti. Huraikan ciri-ciri belia yang
berkualiti.

Ciri-ciri belia yang berkualiti:


1. Belia yang berkualiti perlu mempunyai semangat yang tinggi untuk bersaing
- mampu bersaing untuk menghadapi cabaran hidup
- sebagai contoh belia yang bersaing dalam menghadapi era teknologi maklumat kini
- dapat meningkatkan kemahiran diri untuk menghadapi cabaran hidup mendatang

shahidahhashim@mantanss2022 16
2. Belia perlu memiliki disiplin diri yang tinggi
- penting untuk pembentukan jati diri yang mapan
- sebagai contoh belia mematuhi semua peraturan yang ditetapkan
- kriteria ini dapat mendorong belia menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang ditetapkan

3. Belia perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan


- belia perlu menyedari kepentingan menuntut ilmu
- pengetahuan penting untuk menghadapi kehidupan yang mencabar
- sebagai contoh – menimba ilmu agama, ilmu teknologi maklumat dan ilmu perniagaan
- belia tidak akan ketinggalan dalam era globalisasi ini

4. Belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran tertentu


- belia perlu mahir menggunakan kemahiran TMK
- kemahiran sebegini penting untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan
- sebagai contoh – menimba ilmu teknologi maklumat yang terkini
- belia akan dipandang tinggi atas kemahiran yang dimiliki

5. Belia perlu melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan


- belia perlu menyedari kepentingan menuntut ilmu keagamaan
- pengetahuan ilmu fardhu ain penting untuk menghadapi kehidupan yang mencabar
- sebagai contoh - dengan memiliki ilmu agama yang kukuh, belia tidak akan terjerumus ke
- belia tidak akan ketinggalan dalam era globalisasi ini

6. Belia perlu memiliki nilai murni dalam diri mereka


- belia perlu menyedari pentingnya nilai-nilai murni diamalkan dalam kehidupan
- sebagai contoh – nilai bertanggungjawab, amanah dan jujur
- nilai-nilai murni ini penting untuk meneruskan kehidupan yang kompleks ini
- belia akan dihormati dan disegani

28 Penguasaan lebih daripada satu bahasa amat digalakkan kerana kemahiran ini mendatangkan pelbagai
faedah kepada pelajar. Huraikan faedah tersebut dan bagaimanakah hasrat itu dapat dicapai?

Isi: Kepentingan/Faedah:
1. Dapat menimba ilmu dalam bidang lain
2. Meluaskan komunikasi
3. Peluang kerjaya yang lebih cerah
4. Peningkatan status diri

Isi: Langkah
1. Peranan ibu bapa – galakan dan semangat
2. Pihak sekolah – galakan dan usaha dibuat
3. Pihak kerajaan- kemudahan pembelajaran / bantuan kewangan
4. Sektor swasta menubuhkan pusat pengajian bahasa

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2015

25 Pelbagai kempen dijalankan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang sesuatu
perkara. Namun begitu, ada antara kempen yang dijalankan itu kurang berjaya mencapai
matlamatnya.
Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
keberkesanan kempen yang dijalankan itu.

Pendahuluan

 Kempen adalah antara usaha pihak tertentu, khususnya pihak kerajaan untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai terhadap sesuatu perkara atau isu.
 Di Malaysia banyak kempen dijalankan, antaranya termasuklah Kempen Antidadah, Kempen
Rumahku Syurgaku, Kempen Tak Nak Merokok, dan Kempen Gaya Hidup Sihat tetapi dikatakan
kurang berkesan.

shahidahhashim@mantanss2022 17
 Pelbagai langkah dapat dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan kempen.

Isi
1. Kempen hendaklah dijalankan secara yang berterusan; tidak bermusim.

2. Aktiviti kempen hendaklah melibatkan pelbagai lapisan masyarakat; tidak terhad kepada murid
sekolah.

3. Kajian tentang keberkesanan aktiviti kempen perlu dijalankan untuk mengenal pasti kelemahan dan
cuba mengatasi kelemahan tersebut.

4. Pelancaran sesuatu kempen hendaklah bersesuaian dengan situasi semasa; Kempen Tahun
Melawat Malaysia tidak sesuai dilancarkan menjelang hari raya.

5. Pihak penganjur perlu menyediakan pelbagai inisiatif untuk menarik orang ramai agar menyertai
kempen yang dilancarkan.

6. Media massa perlu memaparkan iklan tentang kempen dengan cara yang kreatif, menarik, dan
santun.

Kesimpulan

 Kempen penting dalam membantu sesuatu menyampaikan mesej tertentu kepada anggota
masyarakat.
 Kempen yang dijalankan tanpa perancangan tidak mendatangkan kesan yang positif kepada orang
ramai.
 Sekiranya cadangan di atas dilaksanakan, matlamat sesuatu kempen lebih mudah tercapai.

26 Pertumbuhan institusi pendidikan swasta di negara ini sejak belakangan ini dikatakan
menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Berikan penjelasan anda tentang kesan pertumbuhan pendidikan swasta di negara ini.

Pendahuluan

 Perubahan dalam sistem pendidikan negara berlaku dari semasa ke semasa. Pertumbuhan institusi
pendidikan swasta adalah antara perubahan tersebut.
 Pertumbuhannya ternyata mendatangkan kesan baik dan kesan buruk kepada masyarakat dan
negara.

Isi

1. Membolehkan lebih ramai individu, khususnya golongan muda yang tidak berpeluang ke institusi
pengajian tinggi awam melanjutkan pelajaran.

2. Memberikan peluang kepada anggota masyarakat membuat pilihan kursus yang diminati.

3. Menambahkan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang kepada masyarakat tempatan.

4. Merealisasikan matlamat untuk menjadi Malaysia sebagai salah satu pusat ilmu (pendidikan) di
rantau ini dan di dunia.

5. Yuran yang dikenakan oleh pusat pendidikan swasta, mahal kerana mereka mementingkan
keuntungan; membebankan pelajar dan ibu bapa.

6. Lokasi sesetengah institusi pendidikan swasta tidak sesuai dan sesetengahnya pula tidak
menyediakan kemudahan yang sewajarnya;

Kesimpulan

 Walaupun pertumbuhan institusi pendidikan swasta mendatangkan kebaikan tetapi


pertumbuhannya perlu dikawal agar kesan buruknya tidak menimbulkan masalah yang besar
kepada masyarakat dan negara.
 Masyarakat harus bijak menilai institusi pendidikan swasta yang dapat memberikan faedah kepada
orang ramai.

shahidahhashim@mantanss2022 18
27 Ada pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan teknologi moden dalam bidang pertanian
mendatangkan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara.
Sejauh manakah anda dengan pendapat tersebut.

Pendahuluan

 Sejak dahulu lagi, Malaysia lebih terkenal sebagai negara pertanian; Malaysia merupakan negara
pengeluar getah yang utama di dunia.
 Pertanian di negara ini bertambah maju dari semasa ke semasa dan kini penggunaan teknologi
moden dalam bidang tersebut sudah menjadi kemestian.
 Penggunaan teknologi moden dalam pertanian banyak mendatangkan kebaikan, walau
bagaimanapun terdapat juga keburukannya.

Isi (Penggunaan teknologi moden dalam pertanian mendatangkan kebaikan)

1. Penggunaan teknologi moden membolehkan pertanian dijalankan dalam skala yang besar; dapat
meningkatkan kuantiti hasil pertanian.

2. Menambahkan pendapatan negara melalui eksport hasil pertanian.

3. Teknologi moden membolehkan aktiviti penyelidikan dijalankan; dapat menghasilkan benih, baja,
dan kaedah rawatan penyakit yang lebih baik.

4. Mengembangkan industri yang berasaskan pertanian, dan seterusnya menambah peluang


pekerjaan.

Isi (Keburukan guna teknologi moden dalam pertanian)

5. Penggunaan teknologi moden ada keburukannya; penggunaan bahan kimia yang berlebihan
menjejaskan kesihatan pekerja dan pengguna hasil pertanian.

6. Kualiti alam sekitar turut terjejas apabila banyak kawasan hutan ditebang dan tanah tinggi
digondolkan untuk pertanian komersial.

Kesimpulan

 Penggunaan teknologi moden dapat menambahkan pendapatan rakyat dan negara.


 Namun begitu, pada masa yang sama penggunaannya juga menimbulkan kesan negatif kepada
alam sekitar dan manusia.

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2014

25 Kerja-kerja sukarela mendatangkan pelbagai manfaat kepada masyarakat. Walaupun begitu,


sesetengah anggota masyarakat kita kurang berminat untuk menyertainya. Pada pendapat anda,
mengapakah mereka bersikap demikian?

Pendahuluan

• Definisi kerja sukarela


• Contohnya; gotong-royong membina surau, membantu mangsa banjir, melancarkan majlis kenduri, dll
• Kini, sesetengah ahli masyarakat kurang berminat untuk menyertainya. Hal ini tentu ada sebabnya.

Isi (Sebab anggota masyarakat kurang berminat untuk menyertai kerja-kerja sukarela)

IS1 : Sibuk dengan kerjaya disebabkan kos sara hidup meningkat.

IS2 : Sikap materialistik (kerja sukarela tiada bayaran)

IS3 : Sikap tidak suka bergaul (individualistik)

IS4 : Kurang kesedaran tentang kepentingan kerja-kerja sukarela / kurang sokongan daripada pihak majikan /
keluarga

IS5 : Kurang penghayatan agama / nilai-nilai murni

IS6 : Tarikan yang kuat daripada program dalam bidang hiburan.

shahidahhashim@mantanss2022 19
IS7 : Kurang pendedahan kepada aktiviti sukarela oleh pihak kerajaan / ibu bapa / NGO / media

IS8 : Tanggapan sesetengah pihak bahawa wang boleh menyelesaikan segala-galanya.

IS9 : Penglibatan aktiviti sukarela berisiko tinggi.

IS10: Kekurangan dana

Kesimpulan

• Kerja-kerja sukarela sangat penting.


• Usaha untuk menggalakkan anggota masyarakat menyertainya perlu dilakukan.

26 Kejadian jenayah di negara ini, khususnya di kawasan yang berisiko tinggi dari segi kekerapan
berlakunya jenayah masih membimbangkan. Jelaskan langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan
tahap keselamatan awam di negara ini.

Pendahuluan:

• Kejadian jenayah di negara kita masih membimbangkan.


• Untuk menjamin keselamatan awam, kejadian itu perlu ditangani dengan berkesan.

Isi: Langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan awam di negara ini

IS1 : Pihak berkuasa, seperti polis, tentera, pertahanan awam, anggota RELA, dan Rukun Tetangga perlu
mengadakan rondaan dengan kerap di kawasan berisiko. Memperkasakan pasukan keselamatan ; menambah
anggota polis.

IS2 : Menubuhkan Jawantankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) / Rukun Tetangga di setiap
kampung atau di setiap kawasan perumahan.

IS3 : Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tempat awam / tempat yang berisiko.

IS4 : Membina pondok polis / menambah bilangan pondok polis / membina pos kawalan keselamatan di laluan
masuk ke kawasan perumahan.

IS5 : Menggalakkan orang ramai mempelajari seni pertahanan diri; silat, tae kwan do, wusyu dll

IS6 : Penghuni sendiri meningkatkan tahap keselamatan di rumah masing-masing dengan memasang alat
penggera, CCTV, jeriji, pagar, kunci berkualiti, pengawal keselamatan, anjing, dsb.

IS7 : Mengadakan kempen antijenayah / cegah jenayah / ceramah kesedaran tentang ancaman jenayah /
demontrasi cegah jenayah.

IS8 : Memberatkan hukuman terhadap penjenayah / meningkatkan penguatkuasaan undang-undang.

IS9 : Mengawal kemasukan pendatang asing.

IS10: Orang ramai sendiri mengelakkan diri daripada menjadi sasaran penjenayah.

IS11 : Memanfaatkan media sosial untuk menyebarkan maklumat tentang jenayah.

IS12 : Anggota masyarakat harus berperanan sebagai penyampai maklumat / mata dan telinga.

Kesimpulan

• Segala langkah yang disarankan harus dilaksanakan dengan sungguh-sungguh / terancang / berterusan
oleh semua pihak.
• Kerjasama semua pihak akan menjamin tahap keselamatan awam di negara ini dapat dikekalkan.

shahidahhashim@mantanss2022 20
27 Sikap suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat oleh sesetengah anggota masyarakat yang
tidak bertanggungjawab tentang kebersihan alam sekitar boleh mendatangkan kesan buruk. Pada
pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan alam sekitar?

Pendahuluan

• Isu pembuangan sampah sarap di merata-rata tempat bukanlah isu baharu.


• Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan anggota masyarakat kita menjaga kebersihan alam
sekitar.

Isi: Cara penjagaan kebersihan alam sekitar demi kepentingan masyarakat dan negara

IS1 : Menggalakkan rakyat untuk mengamalkan konsep 5R dalam kehidupan seharian iaitu reuse (mengguna
semula), repair (membaiki), recycle (mengitar semula), rethink (memikir semula), dan reduce (mengurangkan).

IS2 : Menggunakan teknologi pelupusan sampah yang mesra alam / menjalankan program R & D dalam hal
pelupusan sampah.

IS3 : Menukarkan sisa buangan menjadi sumber alternatif.

IS4 : Menyediakan kawasan khusus untuk pembuangan sampah sarap di kawasan perindustrian dan di kawasan
perumahan.

IS5 : Menanam sampah secara sistematik.

IS6 : Menempatkan kakitangan / pejabat pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dengan penjagaan kebersihan
alam sekitar untuk melakukan pemantauan yang tekal di kawasan tumpuan orang ramai.

Isi tidak langsung.

IS1 : Menerapkan pendidikan formal tentang kebersihan secara sungguh-sungguh dalam kalangan generasi
muda.

IS2 : Mengadakan pertandingan “Kampung Terbersih / Kampung Idola” mengikut mukim / daerah / bandar /
negeri / kebangsaan pada setiap tahun dengan menawarkan hadiah yang lumayansebagai inisiatif dan yang
berjaya / yang menang akan diberikan liputan meluas oleh media massa.

IS3 : Mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan penjagaan kebersihan alam sekitar secara tekal.

IS4 :Menguatkuasakan akta dengan lebih tegas terhadap anggota masyarakat yang membuang sampah sesuka
hati di tempat awam.

IS5 : Ibu bapa memupuk sikap untuk menjaga kebersihan alam sekitar dalam kalangan anak-anak.

IS6 : Peranan media massa.

Kesimpulan

• Setiap anggota masyarakat tidak harus meletakkan tanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam
sekitar ini pada pihak berkuasa sahaja.
• Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengekalkan kebersihan negara ini.

shahidahhashim@mantanss2022 21
SOALAN BAHARU TAJUK TAMBAHAN UNTUK TAHUN 2023

1 Kebelakangan ini, penerokaan pesat yang dijalankan di kawasan hutan di negara kita telah
menyebabkan kemusnahan habitat flora dan fauna. Huraikan usaha yang dapat diambil oleh pihak
tertentu untuk menangani kepupusan spesies haiwan akibat pembangunan yang dijalankan.

Pendahuluan:

 Kawasan hutan di negara kita kian pesat mengalami pembangunan


 Keadaan ini menyebabkan banyak habitat flora dan fauna mengalami kemusnahan
 Usaha-usaha yang berkesan perlu diambil untuk menangani masalah kepupusan spesies haiwan
tersebut.

Isi: Usaha menangani kepupusan spesies haiwan akibat pembangunan

Isi 1: Pihak berkuasa perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas tentang perlindungan hidupan liar

Huraian (sebabnya?): Pelaksanaan hukuman yang lebih tegas dan tekal terhadap orang yang tidak
bertanggungjawab akan menakutkan mereka / boleh menjadi pengajaran kepada pihak yang tidak
bertanggungjawab

Contoh: Pembalak haram perlu dijatuhkan hukuman penjara mandatori/ denda dll

Impaknya: Lama-kelamaan aktiviti pembalakan / pertanian secara haram dapat dikurangkan

Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui undang-undang yang tegas kita dapat mengatasi masalah kepupusan
haiwan ini.

Isi 2: Pihak berkuasa hendaklah mewujudkan tempat perlindungan khas untuk hidupan liar.

Huraian (sebabnya?): Melalui cara ini, haiwan yang terancam boleh ditempatkan di kawasan perlindungan
tersebut yang merupakan tempat yang lebih selamat

Contoh: Pemindahan gajah ke Pusat Rehabilitasi Gajah di Kuala Gandah, Pahang dapat menyelamatkan gajah
tersebut

Impaknya: Oleh itu, kepupusan spesies gajah dapat dielakkan dan spesiesnya terus terpelihara

Penegasan: Tegaslah bahawa melalui pusat perlindungan khas untuk hidupan liar yang diwujudkan, kita dapat
mengatasi masalah kepupusan haiwan ini.

Isi 3: Pihak berkuasa juga perlu menambah bilangan hutan simpan yang diwartakan sebagai tempat
perlindungan hidupan liar.

Huraian (caranya?): Pihak berkuasa memaklumkan pewartaan hutan simpan ini dan kawasan itu tidak akan
diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Contoh: Sebagai contoh, pewartaan hutan bakau di Kuala Gula, Perak dan kawasan kelip-kelip di Kuala
Selangor sebagai hutan simpan.

Impaknya: Oleh itu, hutan simpan itu akan menjadi habitat spesies hidupan liar di samping menjadi tarikan untuk
aktiviti pelancongan.

Penegasan: Ternyatalah bahawa melalui usaha menambahkan bilangan hutan simpan, kita dapat mengatasi
masalah kepupusan haiwan ini.

shahidahhashim@mantanss2022 22
Isi 4: Pihak berkuasa hendaklah mengawal aktiviti penerokaan hutan

Huraian (sebabnya?): Untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna / memelihara flora dan fauna

Contoh: Pengawalan aktiviti pembalakan / projek pembangunan / pembakaran hutan utnuk pertanian

Impaknya: Habitat flora dan fauna tidak terancam

Penegasan: Tegaslah bahawa melalui usaha pengawalan aktiviti penerokaan hutan kita dapat mengatasi
masalah kepupusan haiwan ini.

Isi 5: Pihak berkenaan bolehlah mewujudkan habitat buatan untuk haiwan-haiwan ini

Huraian (sebabnya?): Haiwan dapat hidup dalam suasana seakan-akan semula jadi

Contoh: Sebagai contoh, panda di negeri China dipelihara dalam habitat buatan

Impaknya: Haiwan ini dapat membiak kerana keadaan yang sesuai

Penegasan: Terbuktilah bahawa melalui usaha pewujudan habitat buatan dapat mengatasi masalah kepupusan
haiwan yang terancam ini.

Kesimpulan:

 Pembangunan yang pesat ke atas hutan di negara ini menyebabkan banyak flora dan fauna
dimusnahkan
 Kemusnahan habitat flora dan fauna mengancam spesies hidupan liar
 Usaha-usaha yang berkesan perlu diambil untuk menangani masalah kepupusan spesies haiwan
tersebut.
 Semoga usaha tersebut membuahkan hasil

2 Pada masa ini terdapat pelajar kita yang telah menamatkan pengajian di luar negara dan berhasrat
untuk bekerja di sana. Berikan pendapat anda tentang kebaikan yang diperoleh mereka apabila
bekerja di luar negara dan cadangkan cara untuk menggalakkan mereka kembali bekerja di tanah
air. [Percubaan Kelantan 2022]

Pendahuluan

 Ramai bekas pelajar Malaysia yang belajar di luar negara mengambil keputusan untuk terus bekerja di
sana setelah tamat pengajian.
 pakar dari negara kita juga bekerja di luar negara dalam bidang kepakaran tertentu.
 Terdapat beberapa kebaikan mereka berbuat demikian.
 Namun begitu, kepulangan mereka amatlah diharapkan bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga
pakar.
 Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk tujuan tersebut.

Isi – Kebaikan

 Individu yang bekerja di luar negara pada umumnya memperoleh pendapatan yang lumayan
 Imej negara akan meningkat jika mereka berjaya dalam kerjaya mereka.
 Mereka dapat menimba pengalaman bekerja di luar negara yang lazimnya lebih maju daripada negara
kita.

Isi – Langkah

 Mereka wajar ditawarkan gaji yang lebih lumayan berdasarkan kepakaran masing-masing
 Kerajaan menyediakan kemudahan yang mencukupi dalam skim perkhidmatan mereka jika mereka
pulang.
 Pihak yang diberikan tanggungjawab perlu mengesan dan menyedarkan mereka bahawa tenaga dan
kepakaran mereka amat diperlukan oleh negara.
 Mereka juga boleh diberikan peluang untuk berkhidmat dalam negara beberapa tahun dan jika mereka
ingin kembali bekerja di luar negara semula atas sebab-sebab tertentu, mereka wajar diberi
kelonggaran.

shahidahhashim@mantanss2022 23
Kesimpulan

 Seseorang itu perlu diberikan peluang bekerja di luar negara untuk mencari pengalaman yang
berfaedah.
 Walau bagaimanapun, berkhidmat untuk kepentingan negara sendiri juga adalah perlu terutama bagi
mereka yang menuntut di luar negara atas biaya kerajaan, maka mereka wajar kembali ke tanah air
sebagai tanda mengenang budi

26 Kebelakangan ini lambakan produk tiruan di negara kita membimbangkan semua pihak. Apakah
punca keadaan tersebut berlaku dan jelaskan kesannya kepada negara kita.
Pendahuluan
 Produk tiruan dalam pasaran semakin banyak dijual pada hari ini.
 Barangan berjenama sering ditiru dan produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan
 Produk itu terdiri daripada pelbagai barangan pengguna seperti pakaian, alat ganti kenderaan, makanan,
ubat-ubatan, aksesori lelaki dan wanita, dan sebagainya.
 Terdapat banyak faktor barangan tiruan ini terus dijual di negara ini.
 Penjualan produk tiruan meninggalkan kesan yang buruk kepada orang ramai dan kepada negara.

Isi : Punca produk tiruan banyak dijual di negara ini .

IS 1 : Sikap buruk orang ramai terhadap barangan berjenama.

 Ingin bergaya walaupun tidak berkemampuan


 Mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama menaikkan prestij mereka
 Mementingkan kuantiti daripada kualiti sesuatu barangan
 Orang ramai jahil tentang produk asli iaitu mereka tidak dapat membezakan barangan tulen dengan
barangan palsu.

IS 2 : Penguatkuasaan undang-undang yang longgar

 Hukuman yang ringan, tidak menakutkan penjual produk tiruan dan pembeli /orang ramai
 Kakitangan tidak mencukupi (JKDM (Jabatan Kastam Diraja Malaysia), KPDNHEP, PDRM, dan
lain-lain).
 Sesetengah kakitangan penguatkuasaan di sempadan atau di pintu masuk negara ini mengambil rasuah
 Sesetengan pegawai penguatkuasaan bertugas sambil lewa dan bertindak berdasarkan laporan

IS 3 : Sikap sesetengah peniaga yang tamak.

 Ingin mengaut keuntungan yang banyak


 Meletakkan label palsu pada produk tiruan.
 Mencampur-aduk barangan tulen bersama dengan barangan asli
 Membuat iklan palsu dan promosi tidak benar

IS 4 : Keadaan geografi negara kita yang luas dan bersempadan dengan negara-negara lain

 Negara kita boleh dimasuki melalui jalan darat, jalan udara, dan jalan air.
 Sistem pengangkutan pada masa ini semakin canggih dan pantas
 Wujud banyak jalan tikus
 Rondaan adalah sukar dan kurang dijalankan

IS 5 : Barangan tiruan murah dan mudah diperoleh

 Harga yang ditawarkan adalah separuh daripada harga barangan tulen


 Boleh dibeli melalui perniagaan dalam talian
 Banyak pilihan dan banyak dijual di pasar-pasar malam
 Banyak diklankan dalam media sosial dan banyak tawaran menarik

IS 6 : Kesedaran orang ramai yang rendah terhadap ilmu kepenggunaan dan harta intelek

 Menganggap bahawa membeli dan menjual barangan tiruan bukanlah satu kesalahan yang besar
 Menganggap hak cipta sesuatu produk tidak penting
 Mementingkan kuantiti daripada kualiti

shahidahhashim@mantanss2022 24
Kesan kepada masyarakat dan negara.

IS 7 : Menjejaskan kesihatan / mengancam keselamatan rakyat


 Produk makanan tiruan boleh menyebabkan penyakit kronik (tinggi kandungan gula, garam, bahan
pewarna, pengawet, dan lain-lain)
 Produk tiruan seperti ubat-ubat boleh menyebabkan organ manusia rosak dan kematian
 Alat ganti tiruan terutamanya alat ganti kenderaan boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan

IS 8 : Merugikan pengguna / orang ramai


 Pengguna tidak mendapat jaminan sesuatu produk dari segi kualaiti
 Pengguna tidak boleh membuat tuntutan apabila berlaku kerosakan
 Pengguna akan menanggung sendiri kos pembaikian

IS 9 : Peniaga barangan tulen akan mengalami kerugian


 Barangan tulen tiada sambutan
 Peniaga menanggung kos yang tinggi seperti pengiklanan, penyimpanan, penghantaran, dan
sebagainya
 Menanggung kerugian yang besar akhirnya kedai terpaksa ditutup

IS 10 : Mencemarkan imej negara


 Kerajaan dianggap lemah kerana gagal membendung produk tiruan
 Pegawai penguat kuasa dituduh mengamalkan rasuah
 Pelabur asing enggan melabur di negara ini kerana takut mengalami kerugian
 Negara dianggap lubuk barangan tiruan
 Barangan buatan Malaysia yang asli terpalit sama dan akan dianggap tidak berkualiti

IS 11 : Menjejaskan pendapatan negara


 Kutipan cukai jualan barangan asli akan berkurangan
 Penyeludupan meningkat menyebabkan barangan asli tidak mendapat sambutan
 Pihak kerajaan menanggung kos operasi penguatkuasaan undang-undang

Penutup
 Kemasukan produk tiruan disebabkan oleh beberapa faktor, namun penguatkuasaan yang longgar
dianggap sebagai punca utama.
 Sebenarnya, penggunaan produk tiruan boleh mengancam nyawa orang ramai dan menjejaskan
reputasi negara.
 Langkah pengawalannya perlu dilakukan dengan segera.
 Semua pihak perlu berkerjasama untuk menyelesaikan kemelut ini

INGAT!

Cara menghuraikan isi itu SANGAT PENTING!

ISI FAKTOR/MASALAH/KESAN/KEPENTINGAN ISI LANGKAH


Ayat 1: Beritahulah punca apa? Ayat 1: Beritahu langkah apa yg hendak dibuat?
Ayat 2: Hurai isi dengan memberikan sebab anda Ayat 2: Hurai isi dengan menjelaskan cara langkah
berpendapat sebegitu. (Hal ini dikatakan demikian itu hendak dibuat (Sehubungan dengan itu ...)
kerana ...) Ayat 3: Beri contoh – Sebagai contohnya…
Ayat 3: Berilah contoh – Sebagai contohnya… Ayat 4: Bagitahu impaknya (Oleh itu,...)
Ayat 4: Bagitahu impaknya..(Oleh itu,...)
Ayat 5: Beri penegasan.. (Jelaslah bahawa ...
Ayat 5: Beri penegasan (Ternyatalah bahawa ...)

Sekiranya anda dapat menguasai teknik menghuraikan isi ini dengan baik, tidak mustahil gred A
menjadi penyudahnya keputusan kamu nanti, insyaa-Allah.

Alhamdulillah, moga dapat dimanfaatkan bahan ini dengan sebaik-baiknya, insya-Allah A untuk BM.

shahidahhashim@mantanss2022 25

Anda mungkin juga menyukai