Anda di halaman 1dari 10

5.

3 DARJAH
PERBANDINGAN
KATA ADJEKTIF
BAB 5 : KATA ADJEKTIF

SALAH SATU CARA UNTUK MENENTUKAN SESUATU PERKATAAN ITU


TERGOLONG DALAM KATA ADJEKTIF ATAU TIDAK
Darjah biasa
DARJAH
PERBANDIN
Darjah bandingan
GAN KATA
ADJEKTIF
Darjah penghabisan

2
DARJAH BIASA

Kata adjektif tidak melibatkan perbandingan untuk menyatakan sesuatu perkara.

CONTOH:- (i) Haiwan itu ganas.

(ii) Udara di tempat rekreasi itu nyaman.

(iii) Jalan ke sana tidak lurus.

3
DARJAH BANDINGAN

Digunakan untuk membandingkan sesuatu dengan yang lain.

Darjah bandingan dapat dinyatakan dengan dua cara :-

(i) Bandingan yang sama


(ii)Bandingan yang berbeza

4
BANDINGAN YANG SAMA
Bandingan yang sama dapat dinyatakan dengan 3 cara :-

(i) Awalan se- dengan kata adjektif


 Air sungai itu sedalam dua kaki.
 Saiznya sebesar telur ayam

(ii) Perkataan sama + kata adjektif + dengan


 Razak sama pandai dengan abangnya.
 Kos pembaikiannya sama mahal dengan harga mesin itu.

(iii) Kata bandingan


- Menggunakan kata bandingan, antaranya, bagai, umpama, seperti, bak
dan lain-lain untuk membawa maksud menyamai atau menyerupai.
 Persembahan Anita bagai penyanyi profesional.
 Pasangan pengantin itu umpama pinang dibelah dua.
5
BANDINGAN YANG
BERBEZA
Kata penguat lebih atau kurang digunakan.

CONTOH :-
Harga makanan di kampung lebih murah daripada di
bandar.
Buah-buahan tempatan lebih bermutu daripada
buah-buahan import.
Masyarakat kita kurang membaca berbanding
dengan masyarakat barat.
DARJAH PENGHABISAN

Merujuk kepada pernyataan perbandingan yang paling tinggi.

Terdapat 8 tingkat darjah penghabisan yang paling tinggi:-


(i) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga.
 Semanis-manis gula, manis lagi senyumanmu itu.
 Setebal-tebal buku itu, habis juga dibaca adik.

7
(ii) ter- + kata adjektif
 Pekan yang termundur itu akan dimajukan nanti.
 Pemain bola sepak yang termahal itu tercedera.
 Pak Salleh orang yang terawal menetap di desa ini.
(iii) Paling + kata adjektif
 Penyanyi itu memenangi anugerah suara paling merdu.
 Atlet negara ini paling banyak mengumpul pingat.
 Udara di pulau itu dikatakan paling nyaman.
(iv) Kata adjektif + sekali
 Model kereta yang cantik sekali sukar ditentukan.
 Gembira sekali dia setelah menerima keputusan itu.
 Pulau itu strategik sekali untuk berlindung daripada taufan.

(v) ter- + amat/sangat + kata adjektif


 Harga rumah itu teramat mahal bagi kami.
 Isu yang tersangat sensitif itu usahlah ditimbulkan.
 Pemimpin yang teramat zalim itu telah jatuh.
 Salmi tersangat rindu akan keluarganya di kampung.
8
(vi) amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali
 Tindakan terhadap perasuah itu amat tepat sekali.
 Budaya kaum peribumi itu sungguh unik sekali.
 Buah yang amat popular sekali di sini ialah durian.

(vii) terlalu/terlampau
 Tempat itu terlalu jauh dari sini.
 Salleh terlampau taksub terhadap individu itu.
 Banyak tanaman mati kerana cuaca terlampau panas.

(viii) Maha
- Maha bermaksud yang teramat dan merujuk kepada Allah.
- Maha juga digunakan sebagai panggilan hormat kepada Yang di-Pertuan Agong dan sultan.
 Kita harus tunduk kepada Allah Yang Maha Esa.
 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

9
Sekian,
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai