Anda di halaman 1dari 8

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR

ABDUL AZIZ
(P.E.S)
Pendahuluan
• KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ adalah khalifah umayyah yang ke-8 dan memerintah DAMSYIK
dari tahun 99 hingga 101 hijrah
• Datuk sebelah ibunya IALAH UMAR AL-KHATTAB.beliau pernah menjadi gabenor Madinah pada
zaman KHALIFAH AL-WALID BIN ABDUL MALIK.pelantikan umar abdul adalah atas wasiat bertulis
KHALIFAH SULAIMAN BIN ABDUL MALIK
• Dasar pemerintahan dan keperibadian KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ berbeza dengan pemerintahan
umayyah sebelumnya sehingga sebahagian sejarawan menganggap beliau adlah KHALIFAH AL
RASYIDIN yang kelima kerana dasar pemerintahanya yang mirip
Sumbangan dalam politik
• MELAKSANAKAN PENTADBIRAN BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS
 melaksanakan dasar al-quran dan hadis dalam pentadbiran bagi memastikan keadilan dan kebenaran
dapat ditegakkan sebaiknya
Dasar ini menjadikan corak pemerintahan beliau mirip dengan khalifah al rasyidin dalam aspek
eksekutif,legaslatif dan kehakiman
Beliau sentiasa mengingatkan para gabenor untuk melantik pegawai-pegawai pentadbiran wilayah yang
pakar tentang alquran dan hadis
Penguatkuasaan dasar ini menjadikah beliau khalifah paling terkemuka dari aspek keadilan,ketegasan
dan lain-lain
Contoh : dalam mengendalikan kes-kes jenayah
Sumbangan dalam politik
• DASAR PELANTIKAN PEGAWAI KERAJAAN BERASASKAN MERIT
Beliau mengemaskini dasar pelantikan para gabenor,kadi,dan para pegawai kerajaan.hanya merka yang
berwibawa dan memenuhi syarat sahaja yang akan dilantik walaupun bukan daripada kaum keluarganya
arab atau bukan arab
Bertindak tegas termasuk memecat mana-mana pegawai kerajaan yang menyeleweng sama ada dilantik
oleh khalifah umayyah sebelumnya atau dilantik olehnya
Mengetatkan peraturan kepada para pegawai supaya lebih bertanggungjawab namun gaji dan sara hidup
dinaikkan bagi mengelakkan penyelewengan
Sumbangan dalam ekonomi
• MEMULIHKAN PERBENDAHARAAN BAITULMAL
 semua harta benda dan barang-barang kemas isterinya,Fatimah yang diwarisi dari ayahnya,khalifah
abdul malik yang kaya raya dipulangkan Kembali kepada baitulmal
Menghapuskan tradisi politik feudal dalam sistem politik khalifah umayyah yang membenarkan
pemerintah memiliki kekayaan secara tidak sah
Harta yang tidak diketahui pemiliknya dijadikan hak milik negara dan dimasukkan k e dalam baitulmal
Perbendaharaan baitulmal ditingkatkan melalui cukai tanah(kharaj)
Sumbangan dalam ekonomi
• MENGHAPUSKAN CUKAI JIZYAH KE ATAS GOLONGAN MAWALI
Sebelum ini jizyah dikenakan ke atas golongan mawali walaupun mereka orang islam yang sepatutnya
hanya membayar zakat
Tindakan ini mendapat tentangan beberapa gabenor kerana mengurangkan pendapatan negara
Cukai-cukai lain dikurangkan terutamanya cukai yang membebankan orang-orang Kristian atau rakyat
seluruhnya
Pelaksanaan jizyah yang adil ini Berjaya menarik semula golongan zimmi dan mawali
Sumbangan dalam sosial
• DASAR KESEDERHANAAN
Beliau mengamalkan konsep kepimpinan melalui teladan melalu dasar kesederhanaan hidup bagi diri
dan anggota keluarganya sebelum dilakasanakan pada rakyat
Melucutkan sebahagian besar barang-barang perhiasan isterisnya yang diwarisi daripada KHALIFAH
ABDUL MALIK dan dikembalikan kepada baitulmal
Sumbangan dalam sosial
• DASAR KEBAJIKAN SOSIAL
Menyeimbangkan taraf sosioekonomi rakyat dengan menambah peruntukan bantuan kepada golongan
lemah dan miskin
Pemerintah khalifah terdahulu hanya tertumpu kepada pembangunan material dan cukai manakala
pembangunan jiwa dan spiritual terpinggir
Kebajikan para banduan juga diberi perhatian

Anda mungkin juga menyukai