Anda di halaman 1dari 2

JELASKAN PEMBAHARUAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN UMAIYYAH SEMASA ZAMAN

PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

PENGENALAN

- Khalifah Umar bin Abdul Aziz merupakan khalifah kelapan Bani Umayyah pada tahun 771 Masihi.
Nama penuhnya ialah Abu Hafs, Umar ibn Abd al-Aziz ibn Marwan ibn al-Hakam al-Umawiy al-
Qurashiy, Baginda dilahirkan pada 682 Masihi/ 68 Hijrah di kota Helwan, berhampiran Kaherah,
Mesir dan mempunyai pertalian darah dengan Khalifah Umar al-Khattab serta mempunyai ciri-ciri
kepimpinan yang hampir sama seperti zuhud dan takwa. Khalifah mendapat pendidikan agama dan
sastera yang sempurna daripada ibunya semasa menetap di Madinah. Sebelum menjawat jawatan
sebagai khalifah, baginda pernah dilantik sebagai gabenor di Hijaz yang berpusat di Madinah pada
tahun 87 Hijrah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah melaksanakan pemerintahan secara adil, warak
dan bijak serta melakukan pembaharuan-pembaharuan dalam bidang politik, sosial dan ekonomi
dalam Kerajaan Khalifah Bani Umayyah.

1.HAPUS CACIAN TERHADAP SAIDINA ALI

- Kecaman dan kutukan terhadap Khalifah Ali dan keturunannya dari Bani Hashim telah dilakukan
dalam setiap khutbah Jumaat sejak zaman Muawiyah bin Abi Sufian. Khalifah Umar Abdul Aziz telah
melakukan pembaharuan dgn menghapuskan amalan ini kerana tindakan ini mencemarkan maruah
seseorg dan mendedahkan kelemahan umat Islam. Oleh itu, beliau telah mengarahkan agar
kecaman dan kutukan itu digantikan dengan seruan agar umat Islam berbaik antara satu sama lain
dan ayat-ayat suci al-Quran spt surah al-Nahl, ayat 90, yang bermaksud: “sesungguhnya Allah
menyuruh mengerjakan keadilan, kebajikan serta menolong keluarga yang hampir dan melarang
melakukan perbuatan yang keji, yang mungkar dan aniaya. Moga-moga kamu mengambil
peringatan”.

2.HAPUS PENGAWAL PERIBADI KHALIFAH

- Pada zaman Rasulullah SAW dan Khalifa’ al-Rasyidin, tidak wujud jawatan pegawai peribadi utk
menjaga keselamatan mereka. Keadaan ini telah membuka peluang kepada org ramai utk berjumpa
dgn pemerintah di mana-mana sahaja. Jawatan ini mula diwujudkan ketika pemerintahan Khalifah
Muawiyah bin Abu Sufian demi utk menjaga keselamatan khalifah kerana khalifah mempunyai ramai
musuh spt golongan Syiah dan Khawarij. Di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, penggunaan
perkhidmatan ini telah dihapuskan kerana sukar utk rakyat menemuinya bagi membuat sebarang
aduan serta mengemukakan pendapat mereka. Dengan penghapusan jawatan ini telah
membolehkan rakyat menemui khalifah pada bila-bila masa sahaja
3.HAPUS BAYARAN JIZYAH

– Saidina Umar menghapuskan jizyah walaupun ditentang oleh beberapa gabenornya namun
baginda tetap meneruska usaha tersebut. Baginda bertujuan untuk menegakkan syiar islam dan
mewujudkan sistem sosial yang adil dan saksama. Ditentang oleh beberapa gabenornya. Siasah ini
membuahkan hasil kerana banyak daripada golongan Zimmi yang memeluk islam. Pendapatan
Negara daripada kutipan jizyah didapati semakin menurun tetapi mereka tetap di kenakan zakat.
Teknik ini untuk menarik mereka memeluk islam dan kewangan islam tetap tidak tergugat dengan
penghapusan jizyah ini.

4.TURUNKAN CUKAI KHARAJ

– Untuk memulihkan institusi Baitulmal Khalifah Umar Abdul Aziz telah menurunkan kadar cukai
kharaj.Khalifah Umar berbuat demikian adalah untuk menyesuaikan dengan polisi pemerintahan
Rasulullah saw yang memimpin dan menunjukkan jalan yang benar bukannya untuk memungut
cukai

5. MENAIKKAN GAJI BURUH

- Untuk menjaga kebajikan rakyat, beliau telah berusaha memperbaiki taraf kedudukan dan
meningkatkan pendapatan rakyat dengan cara meningkatkan gaji pegawai, kakitangan kerajaan dan
golongan buruh. Tujuannya utk menghapuskan jurang perbezaan hidup antara rakyat dan
mengelakkan berlakunya perkara yg tdk diingini spt mencuri dan bertentangan dgn konsep
pemerintahan Islam

KESIMPULAN

- Dasar pemerintahan beliau yang adil, tanpa diskriminasi telah mewujudkan suasana yg aman dan
harmoni di kalangan rakyat yg berbilang bangsa dan fahaman. Semua gerakan anti kerajaan Bani
Umayyah terhenti kerana golongan ini berpuashati dgn polisi yg diamalkan oleh Khalifah Umar.
Selepas kewafatan beliau pada tahun 720M keadaan politik kembali spt sebelumnya yg mana wujud
semuala gerakan- gerakan anti Bani Umayyah yg dipelopori oleh golongan Khawarij dan Syiah.

Anda mungkin juga menyukai