Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan Struktur Masyarakat Arab Jahiliah

Zaman masyarakat jahiliah bermula sejak runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga
turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW. Jahiliah memberi maksud sesat dan kufur serta
bodoh dari segi ilmu pengetahuan. Mereka berada dalam kekufuran, kemaksiatan, keangkuhan dan
kejahilan serta tidak teratur dalam semua bidang kerana tiada nabi dan kitab suci sebagai
pembimbing mereka. Struktur sosial masyarakat jahiliah berasaskan system kabilah. Kabilah
terbentuk daripada beberapa buah keluarga yang membentuk ihai, beberapa ihai membentuk kaum
dan beberapa kaum membentuk kabilah. Oleh hal yang demikian, terdapat struktur masyarakat yang
diamalkan oleh masyarakat jahiliah.

Antara struktur masyarakat jahiliah ialah dari segi akhlak. Masyarakat jahiliah memandang kaum
Wanita rendah dan golongan hamba dipergunakan. Keadaan ini menunjukkan masyarakat jahiliah
amat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sebagai contoh, kaum Wanita dipandang rendah
sehingga amalan menanam bayi perempuan hidup-hidup telah menjadi kebiasaan kerana kaum
Wanita dianggap sebagai pembawa sial dan hanya dijadikan pemuas nafsu. Golongan hamba pula
dijadikan sebagai barang dagangan kerana dianggap sebagai golongan bawahan. Hal ini
menyebabkan dua golongan tersebut tersiksa akibat perbuatan masyarakat jahiliah. Oleh itu jelaslah
bahawa masyarakat arab jahiliah mempunyai akhlak yang buruk kerana selalu menaniaya golongan
Wanita dan hamba.

Selain itu, terdapat juga struktur masyarakat arab jahiliah dari segi politik. Masyarakat jahiliah
tidak mempunyai struktur politik yang stabil kerana mereka tidak mempunyai pembimbing untuk
membimbing mereka. Masyarakat jahiliah hidup berasaskan system kabilah dan setiap kabilah
diketuai oleh seorang sheikh iaitu individu yang sangat dihormati. Walaupun mereka mempunyai
ketua, mereka tetap membuat keputusan bersama. Hal ini menyebabkan mempunyai sikap
bertoleransi apabila membuat keputusan yang memerlukan persetujuan bersama. Terdapat
semangat yang diamalkan oleh mereka iaitu semangat assabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah
dengan kabilahnya. Keadaan ini menyebabkan mereka saling berperang antara satu sama lain. Oleh
itu, tegaslah bahawa keadaan politik semasa zaman masyarakat arab jahiliah adalah tidak teratur
kerana tiada panduan.

Seterusnya, bukan sahaja dari segi akhlak malah terdapat juga struktur masyarakat jahiliah dalam
bidang ekonomi. Ekonomi utama masyarakat jahiliah ialah kegiatan pertanian, penternakan dan
perdagangan. Mereka menjana pendapatan melalui kegiatan tersebut untuk menjamin ekonomi
mereka. Kegiatan pertanian dan pernternakan kebanyakan dijalankan oleh masyarakat arab badwi
yang tinggal di Kawasan luar bandar. Antara Binatang ternakan mereka ialah biri-biri, unta dan
kambing untuk mendapat bekalan makanan seperti keju dan susu. Masyarakat hadari yang tinggal di
Kawasan bandar menjalankan kegiatan perdagangan. Mereka menjalankan perdagangan secara
system barter. Hal ini menyebabkan mereka mengamalkan riba semasa menjalankan kegiatan
tersebut. Oleh itu, jelaslah bahawa mereka mempunyai ekonomi yang stabil kerana mempunyai
pelbagai sumber pendapatan.

Di samping itu, terdapat juga struktur masyarakat jahiliah dari aspek agama dan kepercayaan.
Masyarakat arab jahiliah menganut pelbagai jenis agama dan kepercayaan. Terdapat pelbagai agama
yang dianuti oleh mereka antaranya ialah agama wathani, majusi, hanif dan yahudi. Sebahagian
besar masyarakat arab jahiliah menganut agama wathani iaitu agama yang menyembah
berhala.antara berhala yang terkenal ialah berhala al uzza, al manat dan al lata. Hal ini menyebabkan
masyarakat jahiliah mempunyai pelbagai agama yang boleh dianut pada Ketika itu. Oleh itu, tegaslah
bahawa masyarakat arab jahiliah lebih menganut kepada kepercayaan kurafat dan agama yang tidak
benar.

Kesimpulannya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di semenanjung


tanah arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat arab sama ada dari segi
politik, ekonomi, agama dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai