Anda di halaman 1dari 15

Ciri-ciri Zaman Jahiliah

Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu


masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan
pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula
menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan
penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian
masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari
segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti
berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang
meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti
lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak
dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang
menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini
dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah
keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan
panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita
sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan
penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan
merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca
mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus
dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya
terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.
Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama
wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan
yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang
mati menjadi burung.)
Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut
agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini
secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran
agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuakpuak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan
mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya
sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masingmasing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang
perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan
syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan
dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan
pandai berpidato.
Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab
Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang

melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat


assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam
sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada
peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan
perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut
bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana
tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu
kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara
bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab
Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di
kalangan masyarakat Arab Jahiliah.
Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas
sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka
berperang sesama sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal
dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai sebuah negara
berbilang kaum,kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di negara kita
demi perpaduan masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan persefahaman ini,maka usahausaha kearah pembangunan negara akan berhasil.

Kesan Kedatangan Islam Terhadap Zaman Jahiliah


Sebelum
Hubungan
Masyarakat

Masyarakat Jahiliah hidup terpisah


dalam kabilah dan bani masing-

Selepas
Masyarakat Islam Madinah berjaya
membentuk sebuah masyarakat ummah

/ Sosial

masing. Setiap individu mempunyai


ketaatan (semangat assabiyyah)
kepada kabilah dan sangat prejudis
kepada kabilah yang lain. Semangat
ini juga menyebabkan mereka
memihak kepada kabilah tanpa
mengira sama ada mereka berada
dalam keadaan benar atau salah. Ini
telah menimbulkan masalah
permusuhan antara kabilah
berleluasa.

Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku.


Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan
digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam.
Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan
orang Ansar dengan Muhajirin.

Permusuhan antara suku atau


kabilah telah membawa peperangan
di kalangan masyarakat Arab
Jahiliah. Peperangan ini dikenali
sebagai Ayyamul Arab. Perang balas
dendam sering berlarutan.
Contohnya Perang Al-Basus
berlarutan selama 40 tahun.

Persaudaraan Islam telah berjaya


menamatkan permusuhan di kalangan
golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj.
Sebelum memeluk Islam mereka terlibat
dalam peperangan Al-Buath kerana merebut
kepimpinan kota Madinah.Peperangan yang
wujud di zaman Islam merupakan satu
langkah mempertahankan agama, masyarakat
dan negara Islam daripada ancaman musuh
terutama serangan orang Quraisy Mekah dan
pengkhianatan orang Yahudi.

Kelas
Masyarakat

Masyarakat Jahiliah mementingkan


kelas dalam masyarakat. Golongan
bangsawan merupakan golongan
tertinggi dan dipandang mulia.
Dalam masyarakat Arab Jahiliah
amalan perhambaan berlaku secara
meluas. Mereka tidak mempunyai
hak ke atas diri sendiri. Mereka
dikehendaki berkhidmat kepada tuan
mereka. Perdagangan hamba berlaku
secara meluas. Kekejaman ke atas
para hamba berlaku sekiranya para
hamba tidak mengikut kehendak
mereka.

Dalam masyarakat Islam menitik beratkan


konsep persamaan taraf.Semua manusia
dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan
manusia berdasarkan kepada ketakwaannya
kepada Allah. Manusia tidak dibezakan
mengikut kekayaan atau pangkat mereka.

Kedudukan
Wanita

Masyarakat Arab Jahiliah


memandang rendah kepada
golongan wanita. Fungsi mereka
hanyalah sebagai alat kepada kaum
lelaki. Mereka dianggap sebagai
barang dagangan dan ada di
kalangan mereka yang kematian
suami, menjadi rebutan anak-anak
lelaki suami mereka. Keadaan ini
menyebabkan suku bani Tamim telah
menanam bayi perempuan bagi
mengelakkan mereka dipandang

Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah


memandang mulia golongan wanita. Mereka
perlu dipelihara maruah dan kebajikan
mereka. Kaum wanita memainkan peranan
yang sama pentingnya dengan goIongan
lelaki.

Peperangan

rendah.

Akhlak

Masyarakat Arab Jahiliah


mengamalkan nilai akhlak yang
buruk seperti berzina, melacur,
membunuh, minum arak dan berjudi.
Nilai ini telah sebati dengan
kehidupan mereka.

Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula


dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat
Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina,
dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala
amalan akhlak yang buruk di kalangan orang
Islam di Madinah.

Nilai-nilai
Positif

Dalam masyarakat jahiliah terdapat


nilai-nilai positif seperti menghormati
tetamu, berpegang teguh kepada
janji, memberi perlindungan kepada
Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang
dilakukan oleh Bani Hashim.

Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini


diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.

Amalan
Ekonomi

Jahiliyah amalkan riba, pencurian


dan penipuan. Jua beli berhala adalah
ekonomi yang penting dan
menguntungkan.

Islam mengharamkan riba dan mewajibkan


urusan jual beli. Ada akad dalam urusan jual
beli. Barangan yang diharamkan tidak boleh
dijual beli seperti arak,patung berhala, dll.

Cara hidup

Majoriti masyarakat Arab Jahiliah


menganut agama menyembah
berhala dengan menganggap berhala
sebagai perantaraan antara manusia
dengan Tuhan. Pada masa ini Mekah
berperanan sebagai pusat
penyembahan berhala. Agama lain
yang dianuti ialah ajaran animisme,
majusi, nasrani dan yahudi.
Masyarakat pada masa ini juga
terikat dengan kepercayaan karut.

Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai


keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela
telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah
melantik guru-guru agama untuk
memperkukuhkan akidah dan amalan mereka.
Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar
kebebasan beragama terutama ke atas
masyarakat Yahudi dan mereka diberi
kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab
Madinah menerima agama Islam.

Contoh Amalan Jahiliah Masa Kini


Akidah.
Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari aspek kepercayaan,
perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan

patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh al
Quran dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan juga tangkal
azimat. 1 Akidah. Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan aqidah Islam, sama ada dari
aspek kepercayaan, perkataan atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak
mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hukum-hukum yang telah
ditetapkan oleh al Quran dan al Sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib, bomoh dan
juga tangkal azimat.
Ibadah.
Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat Islam hari ini adalah dengan mewujudkan pusatpusat hiburan seperti pub, karaoke, cyber caf dan sebagainya. Begitu juga media cetak dan
media elektronik yang turut memaparkan pelbagai jenis hiburan yang ada sesetengahnya
tidak sesuai untuk dibaca atau ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan memberi kesan kepada
umat Islam, terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah. Mereka (umat Islam)
akan sentiasa sibuk dengan hiburan sehinggakan tiada masa untuk mengerjakan ibadah
seperti sembahyang berjamaah, bertadarus dan lain-lain lagi. Masjid dibiarkan kosong tanpa
penghuni dan kalau ada pun hanyalah golongan tua yang tidak berdaya untuk mencari
hiburan. Untuk melawan ancaman ini, umat Islam harus kuat dan bersatu padu sama ada
dengan cara memulaukan pusat-pusat hiburan ataupun pihak yang berwajib tidak
mengeluarkan lesen untuk membina pusat-pusat hiburan secara berleluasa. Hanya amalan
yang diredhai Allah sahaja yang menjadi penolong kita di akhirat.
Sosial.
Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah ialah pilihan antara individu dan
masyarakat. Sekiranya mereka memilih kehidupan individu, hak itu dianggap suci dan tidak
boleh dicerobohi. Mereka memandang tinggi kedudukan individu sehingga mengabaikan hak
masyarakat. Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi, mereka bebas melakukan
apa sahaja tanpa batasan.
Di satu pihak lain, sekiranya sistem sosial mereka ditegakkan di atas kehidupan masyarakat,
mereka akan menganggap masyarakat itu suci dan lebih berhak atas segalanya sehingga
mengabaikan hak individu. Individu tidak berhak memikirkan sesuatu, menentukan fikiran,
kepercayaan dan adat kebiasaannya sendiri. Individu harus tunduk kepada masyarakat.
Ancaman sosial jahiliyah hari ini begitu jelas dan nyata terhadap umat Islam, oleh itu untuk
membanterasnya umat Islam tidak boleh memisahkan antara individu dan masyarakat.
Sebaliknya individu dan masyarakat harus saling bergantungan untuk menegakkan agama
Allah. Apabila masyarakat mengambil tahu hak individu dan individu mengambil tahu hak
masyarakat, maka masalah sosial yang berlaku seperti buang bayi, sumbang mahram,
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dapat dihapuskan.
Akhlak.
Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk di mana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa
batasan. Mereka tidak ada sistem nilai seperti wajib, haram, sunat, harus dan makruh yang
memberi balasan kepada pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun dosa. Oleh sebab itu
mereka boleh bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, melakukan zina, meminum arak,

berjudi, hisap dadah, memakan pil estacy dan sebagainya. Tiada lagi adab sopan dan
tatasusila sebagai seorang yang bergelar Islam. Ancaman ini menyebabkan manusia tunduk
dengan hawa nafsu yang dipimpin oleh syaitan.
Sebagai seorang yang beragama Islam, marilah bersama-sama kita berusaha untuk
mengembalikan semula akhlak Islamiyah ke dalam masyarakat agar mereka tidak terus
terleka dengan keseronokan dunia.
Ekonomi.
Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi Islam. Amalan riba semakin bertambah. Bagi
orang-orang yang mengamalkan ekonomi jahiliyah riba telah menjadi nadi dalam kehidupan
seharian. Untuk mendapat keberkatan dari Allah, maka kita hendaklah menolak ekonomi
jahiliyah dan mengamalkan sistem ekonomi Islam.

RUMUSAN
Setelah dikaji,terdapat banyak persamaan dalam amalan masyarakat
sekarang dengan masyarakat arab jahiliah dahulu.Seolah-olah sejarah
tersebut kembali berulang dan menjadi duri dalam daging.Walaupun
dalam bentuk budaya yang berbeza, yakni zaman sekarang dan zaman
jahiliah,tetapi lingkungan konsep jahiliah masih sama seperti
akidah,ibadah,social,akhlak dan ekonomi.Malahan,sebahagian amalan
yang dilakukan sekarang lebih teruk daripada zaman arab jahiliah dan
sebahagiannya menjadi tanda-tanda kiamat seperti fitnah yang
dasyat,lelaki dan perempuan bertukar jantina dan lain-lagi.
Hadis Nabi s.a.w, Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti keduaduanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama- lamanya. Itulah AlQuran danSunnahku.
Merujuk kepada hadis nabi ini,punca utama kepada amalan jahiliah ini
disebabkan kita meninggalkan 2 perkara berat tersebut iaitu AlQuran dan Sunnah Nabi s.a.w.Selain itu,amalan jahiliah berterusan
berlaku kerana masyarakat kita tidak melakukan amar makruf nahi
munkar seperti ayat Al-quran; ayat 111 Surah Al Imran,















yang terjemahannya sebagai berikut,Kamu adalah umat terbaik, yang
dibangkitkan demi kebaikan umat manusia, kamu menyuruh berbuat
kebaikan dan melarang berbuat keburukan, dan beriman kepada Allah.
Dan, sekiranya Ahli kitab beriman, niscaya akan lebih baik bagi mereka. Di
antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang
fasik. (3:111).
Oleh itu,kita sebagai khalifah di muka bumi perlu berpaksikan ajaran yang
benar iaitu ajaran Allah s.w.t dan tidak menyimpang jauh daripada segala

yang telah disuruh.Sesungguhnya al-quran dan sunnah adalah panduan


hidup yang paling benar dan nyata.

RUJUKAN

Buku sejarah tingkatan 4 ( bab 4)


Artikel - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP
Sejarah STPM 940/1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jahiliah

Dr Mustaffa Sibaie menyebut beberapa kisah kehidupan Nabi saw ketika kanak-kanak dan
remaja. Kisah yang menunjukkan ketinggian akhlak seorang yang bakal membawa risalah
Islam akhir zaman. Kisah Nabi saw yang mesti menmjadi teladan kepada kita sebagai
pendakwah di zaman ini.
1. Keturunan Yang Mulia Nabi saw berketurunan dari Bani Hasyim. Bani Hasyim
merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah
Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang
paling tinggi di kalangan bangsa Arab.
Diriwayatkan
daripada
al-Abbas
r.a.,
daripada
Rasulullah
s.a.w.,
Baginda
bersabda:
Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik
makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku
daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian
Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada
sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara
rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara
aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan
sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang
Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah).
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih).
Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui
isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan
keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan
banyak
isu
yang
direka-reka
tetapi
bukan
dalam
isu
keturunan.
(PENGAJARAN Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan
yang mulia di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar
seruannya. Menjadi kebiasaan, masyarakat akan memperlekehkan para pengislah dan
pendakwah sekiranya mereka berasal daripada latar belakang yang tidak dikenali atau
keturunan yang hina.)
2. Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia
ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6
tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w.
telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu,
Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk
Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara
Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut
oleh
al-Quran
al-Karim
dengan
firman
Allah
Taala:
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan? (AdDhuha: 6)
(PENGAJARAN : Ketabahan pendakwah menanggung keperitan sebagai anak yatim atau
kesusahan hidup semasa kecil, menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai
kemanusiaan yang mulia. Dia menjadi lebih belas simpati kepada anak yatira, orang miskin

dan mereka yang diseksa. la juga menjadikan beliau berusaha untuk berlaku adil, melakukan
kebajikan dan mengasihi golongan ini. Setiap pendakwah perlu kepada aset peri kemanusiaan
yang mulia untuk membolehkan beliau merasai kesengsaraan orangyang lemah dan susah.
Tiada yang boleh membekalkan perasaan kemanusiaan ini kepadanya kecuali beliau sendiri
mengalami kesulitan yang dirasai oleh golongan yang lemah seperti anak-anak yatim, para
fakir dan miskin.)
3. Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir,
di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani
yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik
sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan
keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih.
4. Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tandatanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda.
Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, Baginda duduk
di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun
anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara
Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: Biarkan
cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan.
5. Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan
bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., bahawa
Baginda bersabda:

:

:

Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Aku juga begitu.
Dalam riwayat lain, Baginda bersabda:



:

:




Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat Baginda
bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda tnenjawab: Aku juga
begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa
qirat.
Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti
Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah.

(PENGAJARAN : Dalam urusan sara hidup, seseorang pendakwah perlu bergantung kepada
usaha peribadinya dan sumber pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga
diri atau hina. Pendakwah yang benar dan mulia tidak rela hidup dengan hasil sedekah dan
pemberian orang).
6. Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam
bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala
tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya,
Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis
perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur.
Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama
kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain
judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat.
(PENGAJARAN : Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup
yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak
dan memerangi mungkar. Ini kerana, dia tidak akan berhadapan dengan orang yang
mencemuh keperibadiannya ketika dia masih belum berkecimpung dalam dakwah. Ramai
yang kita temui melakukan dakwah islah, khususnya pengislahan akhlak; faktor terbesar
orang ramai menolak mereka ialah komen terhadap latar belakang hidup mereka yang
tercemar dan akhlak mereka yang menyeleweng).
Marilah kita berusaha memiliki keperibadian dan akhlak yang baik sebagaimana RasuluLlah
saw. Semoga ALlah sentiasa memberi kekuatan dan pertolongan untuk terus memperbaiki
akhlak dan keperibadian kita.

Ringkasan Kisah Muhammad SAW Sejak Kelahiran Hingga Dilantik Nabi


By Shahmuzir
Alhamdulillah, solawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad
sallAllahu alaihi wasallam yang dengan nikmat utusan ALLAH melalui
Baginda, dapat kita nikmati nikmat Iman dan Islam pada hari ini.
InsyaALLAH, di sini saya cuba ringkaskan beberapa maklumat berkenaan
kelahiran dan kehidupan insan mulia yang kita semua sama-sama sayangi
dan kasihi sepenuh hati kita. Saya petik dari kitab al-Rahiq al-Makhtum,
tulisan Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri.
Mudah-mudah2an bermanfaat buat kita semua, insyaALLAH.
Abdullah dan Aminah
Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin Abd manaf bin
Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, Abdullah.

Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan
dan kedudukan. Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.
Abd al-Muttalib telah mengutus Abdullah ke Yathrib untuk mengambil
bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.
Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar alNabighah al-Jadi. Ketika itu, Abdullah berusia 25 tahun.
Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu alaihi wasallam
Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.
Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabiul Awwal tahun pertama peristiwa gajah,
bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.
Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan:
14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur
Api sembahan orang Majusi terpadam
Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh
Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia
terus ke Kabah lalu berdoa dan bersyukur.
Lantas diberi
namaMUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika
itu.
Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah,
iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.
Hidup Dalam Keluarga Bani Saad (sehingga umur 4-5 tahun)
Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan
disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat,
supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan
fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak
terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.
Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk
dipelihara oleh Bani Saad dan disusukan oleh Halimah al-Sadiyyah.
Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan
dada Baginda sallAllahu alaihi wasallam oleh Jibril.
Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)
Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan
Muhammad sallAllahu alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda
kepada ibunya, Aminah.
Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk
menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd alMuttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita).

Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan.


Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal
dunia di Abwa, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).
Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu alaihi wasallam itu terpaksa
menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.
Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)
Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Peristiwa
lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam
memorinya.
Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya
dengan penuh kasih sayang.
Apabila umur Muhammad sallAllahu alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2
bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di
Makkah.
Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu alaihi
wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung
bapanya.
Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)
Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu
alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.
Muhammad sallAllahu alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan
penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.
Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah:
Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad
sallAllahu alaihi wasallam. Yang mana ketika itu Makkah dilanda
kemarau.
Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda
berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau
lebih dikenali sebagai Bahira. Seetlah melihat ciri-ciri yang ada pada
Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, Inilah ketua
seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk
sekalian alam. Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa
ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya.
Lalu Muhammad sallAllahu alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah
semula.
Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan
yang dipanggil Peperangan Fijar. Peperangan tersebut adalah di antara
orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin
Aylan.

Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.


Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing. Pada usia
25 tahun, Muhammad sallAllahu alaihi wasallam telah dikenali sebagai
seorang yang amanah. Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti
Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk
membawa dagangannya ke Syam. Baginda dibantu oleh hamba Khadijah
yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.
Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan
Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan
tersebut. Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang
berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat
amanah. Maklumat ini diperolehi dari Maysarah. Khadijah yang sebelum
ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan
Muhammad sallAllahu alaihi wasallam. Khadijah ketika itu berumur 40
telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju.
Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.
Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam
pembinaan semula Kabah dan Isu Tahkim.
Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH. Pada
saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu alaihi wasallam mula menerima
pelbagai tentangan dan halangan yang besar. Dan Abu Talib telah banyak
bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia

Kelebihan atau keistimewaan keturunan Rasulullah.


Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal
contoh Qusai bin Kilab dan Abd.Mutalib menjadi peneraju
kepimpinan Makkah sejak zaman jahiliah
Keturunan nabi sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang nabi
Qusai ialah pemimpin Arab Quraish yang mentadbir Makkah 100 ahun
sebelum kelahiran Nabi
Keluarga Nabi Menguasai Makkah , Kaabah dan telaga zamzam
Keluarga nabi bijak dalam pentadbiran Makkah dan mahir dalam
perniagaan.
Datuk nabi iaitu Abdul Muttalib pernah menerajui kepimpinan Makkah.
Pada zaman jahiliah
Keturunan nabi dihormati oleh kabilah Arab lain
Keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Nama penuh Muhammad bin Abdullah (bermaksud terpuji)
Bapa baginda Abdullah bin Abd. Muttalib
Ibunya Aminah binti Wahab
Baginda dilahirkan pada 20 April tahun 570 M bersamaan 12 Rabiulawal

tahun Gajah.
Bapa baginda meninggal dunia sewaktu dalam kandungan ibunya.
Diserahkan di bawah jagaan dan susuan Halimatus Saadiyah.
Sewaktu berusia 6 tahun ibunya meninggal dunia.
Baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib
Setelah datuknya meninggal dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
Baginda pernah mengembala kambing bapa saudara
Usia 12 tahun mengikuti rombongan perniagaan ke Syam.
Kerasulan baginda diramalkan oleh pendeta nasrani Buhaira.
Menjalani perniagaan Khadijah binti Khuwalid
Sifat-sifat luhur dan terpuji Rasulullah:
Baginda Memiliki empat sifat terpuji yang utama iaitu siddiq (berkata
benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan) dan fatanah
(bijaksana)
Baginda digelar al amin iaitu orang yang boleh dipercayai dan tidak
pernah berbohong.
Terkenal sebagai seorang yang amanah - mendapat kepercayaan
Khadijah bt Khualid serahkan modal besar untuk diperniagakan.
Seorang tokoh pemimpin unggul dan berwibawa contohnya dalam usia
35 tahun menyelesaikan sengketa antara kabilah Quraisy.
Sebagai ketua keluarga yang menjadi idola manusia ctnya sering
membantu isteri memasak dan menampal pakaian dan bersihkan rumah
Mengamalkan cara hidup sederhana
Sentiasa merendah diri ctnya dalam pergaualan tidak pandang
kedudukan
Penyayang sayangkan orang tua dan kanak-kanak.
Bersifat pemaaf cthnya waktu pembukaan kota Mekah 630m- orang
arab yang serah diri diampun dan dibebaskan.
Seorang yang bijaksana dan mampu menyelesai masalah-cthnya dalam
perjanjian Hudaibiyah 628m.Kandungan perjanjian berpihak kepada
Quraisy tetapi baginda terima sebagai hikmah untuk sebarkan Islam.
Kuat beribadat dan sentiasa abdi diri kepada Allah - contohnya
mengasingkan diri di gua Hirak.
Kerasulan dan penerimaan wahyu
Menerima wahyu sebagai nabi akhir zaman dalam usia 40 tahun. Tarikh
menerima wahyu pada 6 ogos 610m bersamaan 17 ramadan.
Menerima wahyu melalui malaikat Jibril.
Wahyu pertama ialah surah al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah orang
Islam membaca
Isi kandung wahyu pertama menggalakkan umat Islam menuntut ilmu
Wahyu kedua al-Muddasir , ayat 1-7 menandakan pengistiharan Nabi
Muhammad saw- sebagai pesuruh Allah.
Perlantikan Nabi sebagai rasul adalah pembawa rahmat kepada seluruh

alam sejagat.
Baginda menyampaikan wahyu Allah kepada umatnya secara bijaksana
dan terancang.
Baginda berusaha membetulkan akidah masyarakat jahiliah .
Ajarannya menggesa umat meninggalkan amalan keji seperti
membunuh, menindas dan mencuri.

Anda mungkin juga menyukai