Anda di halaman 1dari 5

Definisi Jahiliyah Dan Struktur Ploitik, Ekonomi Dan Sosial

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan
kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini
ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang
mundur dari segi akhlak dan sosial. Menurut ayat al-Quran yang bermaksud:
Masyarakat jahiliyah tidak merujuk pada masyarakat bodoh dalam pengertian tiadanya
pengetahuan dan peradaban, melainkan pada nilai-nilai yang jauh dari kebenaran (fitrah,
Islam).

Masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. sebagaimana zaman


kerajaan Saba sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Masyarakat Arab Jahiliyah
hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau
kejuruteraan yang mereka telah lama maju.
Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang bermaksud
jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah
digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam
corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat
yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan
Maarib di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari
tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa dibawah.Masyarakat
Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut ajaran para
nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi Ibrahim ,Nabi Ismail,Nabi
Musa,Nabi Isa dan lain-lain.
Permulaan
Permulaan zaman Jahiliyah tidak ditentukan permulaannya. Tidak dicatatkan dalam manamana rekod bertulis mahupun bukti artifak yang menunjukkan bila zaman Jahiliyah bermula.
Hanya al-Qur'an menyatakan zaman tersebut adalah sebelum Islam iaitu zaman sebelum
turunnya Al-Quran. Namun, maksud ayat-ayat Al-Quran menunjukkan zaman tersebut adalah
seperti berikut:

Zaman tidak mempunyai nabi dan kitab suci.

Tidak mempunyai peradaban dan ketamadunan.

Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak.

Masyarakatnya jahil dan tidak boleh membaca dan menulis.

Politik
Pada zaman Jahiliyah, tiada satupun kerajaan Arab yang mempunyai sistem pemerintahan
yang teratur. Mereka lebih banyak kepada kelompok kabilah, suku dan puak yang kecil.
Keadaan politik orang Arab Jahiliyah tambah tergugat dengan pengaruh kuasa penjajah di
utara Semenanjung Arab yang dikuasai kerajaan Rom dan Parsi. Di bahagian selatan pula,
oleh kerajaan Habsyah-Rom dan Parsi. Kawasan tengah seperti Makkah, walaupun tidak
dijajah tetapi menerima kesan buruk penjajahan tersebut.
Keadaan ini dapat dilihat melalui peperangan al-Fijar yang berlaku pada bulan yang
diharamkan berperang di antara kaum Quraisy dengan penduduk Hirah yang pada ketika itu
bernaung dibawah kerajaan Parsi. Begitu juga dengan serangan tentera bergajah dari Yaman
yang disokong oleh kerajaan Rom ke atas kota Mekah. Masyarakat Arab Jahiliah
mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan
berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan
mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan
peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik
terhadap kabilah masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh
yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh
dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya
,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas
persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan
pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab
Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang
melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat
assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam
sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada
peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan
perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut
bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Ekonomi
Keadaan ekonomi masyarakat Arab di selatan Semenanjung Arab menjadi tidak stabil selepas
runtuhnya empangan Maarib di Yaman. Kebanyakan mereka yang menetap di sana
berpindah ke utara Semenanjung Arab untuk mencari sumber ekomoni yang baru. Keadaaan
sebelah utara Semenanjung Tanah Arab yang diliputi dengan padang pasir sesuai untuk
berdagang. Walau bagaimanapun, perdagangan yang dijalankan tidak menguntungkan kerana
terdapat banyak pergolakan politik, ancaman dan tekanan pihak Parsi dan Rom serta kabilahkabilah Arab lain. Peperangan al-Fijar adalah antara yang memberi kesan kepada
ketidakstabilan politik, menyebabkan pedagang dari Hirah diserang dan berlakunya
peperangan.
Akibat dari kekurangan sumber pertanian berikutan pecahnya empangan Maarib, Kerajaan
Himyar pada ketika itu cuba mendapatkan sumber ekonomi baru melalui penaklukan. Pada
peringkat awal penaklukan mereka berjaya memperolehi hasil yang banyak. Tetapi pada
tahun 300 Masihi, tekanan dari luar dan penduduk tempatan telah mengurangkannya. Pada
tahun 534 Masihi, kerajaan Himyah telah kalah kepada tentera Habsyah dan tentera Parsi.
Puak Habsyah pada ketika itu pula begitu ghairah meluaskan penaklukan mereka ke bahagian
utara dan melakukan serangan ke atas kota Makkah. Walau bagaimanapun, percubaan ini
gagal. Keadaan ini menyebabkan hubungan perdagangan antara Yaman dan Syam terjejas
dan ini memberi impak kepada kota Makkah yang terletak di tengah-tengah perjalanan antara
kedua-dua negara tersebut. Hubungan antara Yaman dan Hirah juga terputus kerana Hirah
berada dalam kekuasaan kerajaan Parsi manakala Yaman di bawah kekuasaan Habsyah yang
merupakan rakan karib kerajaan Rom, musuh kerajaan Parsi.
Kedudukan kota Makkah yang terletak di tengah kuasa besar ini memberi tekanan kepada
puak Quraisy Makkah dan mereka cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan kaum
Arab Badwi. Ini menyebabkan puak Badwi bertindak balas dengan melakukan rompakan ke
atas kafilah pedagang Quraisy. Keadaan masyarakat di kota Makkah sendiri telah wujud
permusuhan antara golongan kaya dan miskin. Keadaan menjadi huru hara ini sedikit
sebanyak mengganggu proses pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Aktiviti perniagaan
yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para peniaga pula
lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan
daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab

Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu
dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin
merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.
Agama dan Akhlak
Pada zaman Jahiliyah, nilai kepercayaan dan moral orang Arab adalah amat rendah kerana
tiada seorang nabi yang diutuskan untuk memberi petunjuk dan tiada satu kepercayaan agama
yang dapat membawa kepada kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat.
Majoriti masyarakat Arab adalah menyembah berhala atau kekala dengan kepercayaan
animisme. Pada ketika itu orang Arab membina patung-patung berhala dan menyembahnya.
Mereka juga membina patung tersebut untuk dijual untuk ditukar dengan barang dagangan
yang membawa keuntungan. Terdapat juga di kalangan mereka yang percaya kepada
animisme iaitu dengan memuja dan menyembah kejadian alam seperti bulan, matahari,
bintang, binatang, pokok, roh dan lain-lain lagi. Suasana yang berlaku ini menunjukkan
kepercayaan masyarakat Arab penuh dengan unsur-unsur mitos dan tahyul.
Keadaan akhlak dan moral masyaakat Arab jahiliyah juga adalah amat buruk. Mereka
mempunyai sikap yang tidak sopan dan tidak berperikemanusiaan, ada dikalangan mereka
yang sanggup bertukar isteri dan mengahwini ibu dan bapa sendiri. Malah ada yang sanggup
menanam anak perempuan hidup-hidup demi menjaga maruah mereka. Kaum wanita pada
ketika itu dianggap seperti barangan dagangan dan mempunyai taraf yang cukup rendah.
Ilmu Pengetahuan
Masyarakat Arab pada ketika itu mempunyai sedikit pengetahuan dalam bidang perniagaan,
namun kepandaian tersebut tidak cukup untuk meletakkan mereka sebagai satu bangsa yang
bertamadun kerana tamadun sesebuah bangsa mempunyai ciri-ciri yang tersendiri
termasuklah dari aspek moral dan akhlak.
Pada zaman tersebut penyebaran ilmu pengetahuan hampir tiada. Kebanyakan orang Arab
pada ketika itu buta huruf tidak tahu membaca dan menulis, hanya seramai 17 orang sahaja
yang yang menguasai bidang tersebut.
Aktiviti penyebaran ilmu pada ketika itu adalah amat terbatas disebabkan golongan pedagang
dari luar berbangsa Rom dan Parsi lebih menumpukan perhatian kepada mencari keuntungan

dari hasil perdagangan daripada menyebarkan ilmu. Oleh kerana ramai yang tidak tahu
membaca dan menulis mereka

Sosial
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti
berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang
meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.
Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat
mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang
menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini
dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah
keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan
panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita
sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya

Anda mungkin juga menyukai