Anda di halaman 1dari 21

Sejauh manakah

masyarakat Arab Jahiliah


dianggap sebagai
masyarakat yang tidak
bertamadun. / Ciri-ciri
masyarakat Jahiliah
By: Agnes
Pengenalan
1. Maksud jahiliah ialah bodoh, sesat dan kufur kerana
masyarakat jahiliah tidak boleh menulis dan membaca
(buta huruf) serta sesat dan kafur (agama Allah SWT)
kerana tiada kitab suci untuk dijadikan petunjuk.
2. Zaman jahiliah berada dalam era di mana zaman ini
tidak ada Rasul dan kitab suci sebagai petunjuk, tidak
bertamadun dan tidak berakhlak serta angkuh dan
bongkak.
3. Zaman ini bermula selepas berakhirnya era Saba
peringkat ke-3 pada tahun 300 masihi dan berakhir
selepas turunnya al-Quran pada tahun 610 Masihi. (310
tahun)
01
Ciri-ciri masyarakat
Jahiliah
Ciri-ciri masyarakat Jahiliah
01 02 03
Ekonomi Politik Sosial

04 05
Agama dan Ilmu
akhlak pengetahuan
Ekonomi
1.Menternak binatang
• Unta, kambing dan biri-biri
• Mendapat bekalan makanan dan kulit binatang
2. Bercucuk tanam
• Kurma, gandum, jagung, anggur dan sayur-sayuran
3. Urusniaga dan pertukangan
• Berniaga menerusi jalan darat secara qafilah. (kumpulan pedagang)
• Minyak wangi, rempah, kulit binatang
• Pemungutan hasil cukai (penduduk Makkah dan Yamamah)
• Halangan politik dan ketenteraan telah menyebabkan perdagangan
tidak menguntungkan
4. Amalan riba dan judi juga wujud dalam masyarakat Jahiliah.
5. Kedudukan ekonomi runtuh disebabkan keruntuhan empangan
Ma’arib menyebabkan pertanian terjejas.
Politik
1.Tidak mempunyai kerajaan yang mempunyai struktur
pemerintahan yang teratur dan berdaulat.
2. Terdapat campur tangan kuasa asing / kuasa penjajah
3. Kedudukan politik masyarakat Arab Jahiliah
• Utara dan selatan semenanjung Tanah Arab ( kerajaan Rom)
• Selatan (kerajaan Parsi dan Habsyah)
Keadaan politik adalah tidak stabil kerana masyarakat Arab
berpecah dan berperang sesama sendiri khususnya Arab Utara
dengan Arab Selatan.
5. Mereka tidak berupaya bangun dan membela diri kerana
tertekan dengan penjajahan asing.
6. Perasaan rendah diri dan patah semangat untuk berjuang
wujud.
Sosial
1. Mengamalkan sistem berkabilah (masyarakat yang menjalani
kehidupan secara berkelompok)
2. Setiap kabilah mempunyai ketua yang dikenali sebagai
syeikh dan terikat dengan semangat assabiah.
3. Terdapat puak-puak lain seperti kaum Quraisy yang terdiri
daripada Bani Hasyim dan Bani Umayyah di Makkah, kaum
Aus dan kaum Khazraj di Madinah.
4. Puak-puak dan suku-suku Arab ini sering mencari pengaruh
untuk berkuasa.
5. Wanita pada kedudukan yang amat rendah kerana wanita
dianggap sebagai bahan untuk berseronok atau diperlakukan
seperti barangan yang boleh dijual beli.
6. Terdapat anggapan dimana kaum wanita membawa nasib
tidak baik dan tidak mendatangkan keuntungan malah boleh
merosakkan nama baik keluarga disebabkan berlaku fitnah.
7. Oleh itu, wujud kejadian seperti menanam bayi perempuan
yang baru lahir hidup-hidup.
Agama dan Ilmu
akhlak pengetahuan
1. Tidak mempunyai ilmu
1. Masyarakat jahiliah adalah tidak pengetahuan yang tinggi dalam
beragama atau mengamalkan semua bidang seperti agama, politik
kepercayaan animisme seperti dan pentadbiran, ekonomi serta sains
mempercayai roh, penunggu atau dan teknologi.
kuasa ghaib. 2. Ketiadaan para imluwan yang mahir
2. Namun demikian, golongan dalam bidang sains dan teknologi
beragama dapat dibahagikan menyebabkan keruntuhan empangan
kepada Wathani, Majusi, Kristian, Ma’ arib.
Yahudi serta pengikut agama Hanif. 3. Kebanyakan adalah buta huruf
3. Wathani (penyembah berhala) kerana mereka tidak tahu menulis
agama nenek moyang mereka dan dan membaca.
menjadi dominan dalam kalangan
orang Arab. Berhala-hala diperbuat 4. Bangsa-bangsa Arab suka menghafal
daripada batu, kayu dan logam. dan menyampaikan syair dan sajak
mereka untuk keseronokan dan
bukan tujuan ilmiah.
02
Ciri-ciri positif dan negatif
masyarakat Arab Jahiliah
Ekonomi
1. Masyarakat Arab jahiliah juga telah mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi.
2. Misalnya, di selatan Semenanjung Tanah Arab telah mencapai taral kemajuan pada tahap yang
tinggi dalam bidang pertanian.
3. Di sini terdapat banyak empangan dan terusan.
4.Daerah ini banyak menghasilkan rempah, buah-buahan, dan bahan makanan yang bermutu
tinggi.
5. Rempah keluaran daerah ini amat terkenal dan diperlukan di Eropah.
6. Sistem ekonomi orang Arab Hadari kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam bentuk
kafilah yang mempunyai 500 - 1 000 ekor unta.
7. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem musim panas dan musim sejuk.
8. Pada musim panas, mereka bergerak ke Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Yaman.
9. Mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada musim haji kerana
terdapat tiga buah pasar, iaitu Pasar Ukaz, Zulmajaz, dan Zulmajinman.
10. Orang-orang Arab jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa.
11. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China, dan Nusantara.
12. Mereka mengambil barang dagangan dari pelabuhan di Yaman dan membawa ke Syam (Damsyik)
untuk dijual kepada pedagang Eropah.
Politik
1. Sebelum kelahiran Islam telah lahir beberapa buah kerajaan pada zaman jahiliah yang kuat
dan berpengaruh antaranya ialah Kerajaan Ma'in, Kerajaan Saba', Kerajaan Nabatean, dan
Kerajaan Ghassan.
2. Kerajaan-kerajaan ini telah mencapai beberapa kemajuan penting di dalam pelbagai bidang.
3. Kerajaan Saba' misalnya mempunyai sistem pemerintahan yang diketuai oleh 17 orang raja
dengan menggunakan gelaran al-Makrab pada peringkat pertama yang bermula pada tahun
950 - 650 S.M. dan pada peringkat kedua berlaku pada tahun 650 - 115 S.M. dengan rajarajanya
menggunakan gelaran Malik al-Saba'.
4. Kerajaan ini telah mencapai kegemilangan dalam seni bina kerana muncul golongan yang
berkemahiran membina empangan, terusan, dan bangunan indah.
5. Begitu juga kejayaan-kejayaan dicapai di bawah pentadbiran Kerajaan Himyar, Ghassan
dan lain-lain lagi.
6. Di Semenanjung Arab sendiri lahir kerajaan kota Makkah dan Madinah yang kuat dan
berpengaruh.
7. Di bawah pemerintahan puak Quraisy, kota Makkah terus aman dan maju. Malahan,
Makkah menjadi tumpuan golongan pedagang dan penyair.
Sosial Mahir dalam bidang kesusasteraan
1. Orang Arab pandai bersyair, bersajak, dan berkhutbah.
1. Antara nilai-nilai 2. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair, dan Tarafah. Mereka
murni yang mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya yang dianggap bermutu yang
miliki ialah disebut “al Mu'alljaqat-al- Sab" yang pernah digantung di Kaabah.
menghormati 3. Syair akan dibacakan di Pasar Ukaz pada setiap tahun semasa
tetamu, pemurah, temasya tahunan.
setia pada 4. Namun, karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta,
janji , berani , serta ratapan, pujaan, dan sindiran yang bertujuan berseronok.
memberi 5. Kebanyakan karya ini dihasilkan secara kreatif, pengalaman atau
penghargaan khayalan dan tidak menunjukkan daya intelektual yang tinggi.
terutamanya 6. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.
kepada golongan 7. Selain itu, wujud juga ilmu pengetahuan tentang sejarah, geografi,
penyair. dan astronomi serta perubatan dalam kalangan masyarakat jahiliah.
8. Dari sini lahirlah tokoh- tokoh perubatan dalam kalangan orang Arab
antaranya al-Harith bin Kaldal al-Thaqafi dan al-Nadar bin al- Harith.
CIRI NEGATIF Akidah dan kepercayaan yang sesat
1. Zaman jahiliali dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari
segi agama.
2. Masyarakat Arab pada era zaman jahiliah dikatakan hilang pedoman
dan jahil dalam ilmu agama.
3. Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungan
masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan.
4. Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala
orang Rom berusaha menyebarkan agama Nasrani yang diselewengkan
dalam kalangan masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab.
5. Terdapat juga masyarakat Arab menganut agama Yahudi yang juga
telah diselewengkan oleh pendeta ayama mereka.
6. Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Tanah Ara
berpegang teguh dengan agama nenek moyang mereka, iaitu agama
menyembah berhala (agama Wathani).
7. Terdapat juga beberapa agama dan kepercayaan lain yang dianuti
oleh masyarakat jahiliah, iaitu karut dan khurafat.
Kedudukan wanita
Keruntuhan 1. Kedudukan wanita sangat rendah dan hina.
2. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan.
akhlak 3. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, Surah al-
1. Mereka mengamalkan nilai- Nahl. Kedudukan wanita yang dipandang rendah
nilai buruk dalam kehidupan menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak
seharian. Nilai-nilai buruk yang perempuan sebaik sahaja dilahirkan.
agak ketara ialah seperti suka 4. Sesetengah bayi perempuan ditanam hidup-hidup.
berperang, mencuri, 5. Kaum wanita biasanya dijadikan sebagai alat untuk
merompak, pendendam, memuaskan nafsu lelaki.
minum arak, berjudi, berzina, 6. Penipuan dalam ekonomi menjadi kebiasaan.
mengamalkan semangat Orang Arab jahiliah melakukan penipuan timbangan
assabiah, dan membunuh dan sukatan serta mengamalkan riba dalam
anak perempuan. perniagaan.
7. Mereka akan mengenakan kadar bayaran balik
yang tinggi kepada peminjam.
Keangkuhan dan sombong
1. Masyarakat Arab jahiliah hidup secara berkabilah
menyebabkan mereka mempunyai semangat assabiah
yang sangat kuat.
2. Semangat ini menyebabkan sering berlakunya
peperangan yang berpanjangan antara satu
kabilah dengan kebilah yang lain.
3. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat
anggota kabilah yang dizalimi.
4. Kehidupan secara berpuak-puak menyediakan
mereka sering berperang sesama sendiri
sama ada secara individu atau kelompok.
5. Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa pencari
nama, dan memiliki hara sebagai lambang
kemegahan setiap kabilah.
03
Sistem agama dan kepercayaan yang
diamalkan oleh masyarakat Arab
Agama Hanif
1. Agama peninggalan nabi Allah Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.
Ia diturunkan di kota Makkah dan penganutnya di gelar Hunafa.
Tidak disertakan kitab tetapi Suhuf.
2. Penekanan agama ini kepada mengesakan Tuhan01 yang satu.
3. Agama ini mengambil kaedah aT-Thahannuth iaitu amalan-
amalan kegamaan menurut peraturannya.
4. Antara amalannya bersembayang, berpuasa
02 dan tawaf
04
mengelilingi kaabah.
5. Agama ini mengalami proses penyelewengan dari sumber asalnya
setelah sekian lama kewafatan nabi Ibrahim a.s03
dan nabi Ismail a.s.
6. Zaman ini dicampur adukkan dengan penyembahan berhala
Agama Nasrani
1. Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul
Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui kitab Injil.
2. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan
kabilah Arab Bani Taghlib, Bani Qadaah dan Bani
Rabiah.
3. Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan
Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan Malkani di
Maghribi dan Andalusia.
4. Tidak popular di kalangan masyarakat arab kerana
persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual
sehingga sukar difahami.
Agama Yahudi
1. Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa
berserta kitab Taurat. Diamalkan di
Madinah,Taima, Khaibar dan Yaman.
2. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi
Kinanah, Bani Namir, Bani al-Harith dan Bani
Kandah.
3. Berbaur sentimen perkauman.
4. Anti kepada penganut agama lain.
5. Terseleweng kerana beranggapan diri mereka
sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia
di dunia.
Agama Penyembahan
Agama Majusi Cakerawala
1. Agama penyembahan alam 1. Mereka percaya bahawa cakerawala di
persekitaraan khususnya matahari dan langit adalah sumber segala tenaga dan
api. Agama ini agak lama dan kabur. kekuatan.
2. Para pendetanya wajib menyembah 2. Penganutnya terdapat di Utara dan
matahari sebanyak 4 kali sehari Selatan Tanah Arab.
termasuk menyembah bulan, air dan api. 3. Mereka beranggapan bahawa matahari
3. Tuhan mereka dua iaitu Tuhan baik sebangsa dengan malaikat, bulan dan
(Cahaya) dan Tuhan jahat (gelita). bintang bergantung kepada belas kasihan
4. Agama ini mengizinkan perkahwinan matahari sebagai Tuhan lelaki dan bulan
antara ibu dengan anak atau adik dengan sebagai Tuhan perempuan.
kakak sendiri.
Thank you very
much for watching

Anda mungkin juga menyukai