Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN TARIKH AL – TASYRI’ ( SYI4053M )

TAJUK : KEADAAN ZAMAN JAHILIYYAH SEBELUM


KEDATANGAN ISLAM

NAMA : IMAN NURAINA BINTI ZULKAFELI


NOMBOR MATRIK : D20313001
PENSYARAH : JUNAINAH HANIM BINTI MOHAMED NOR
Pengenalan

Zaman jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman jahiliah wujud selepas keruntuhan
kerajaan Saba’. Pada masa itu, tiada nabi yang di utus dan tiada kitab suci daripada Allah SWT
untuk dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri ketamadunan atau
pembangunan fizikal yang melambangkan peradapan yang tinggi.

Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang
bermaksud bodoh dan sesat. Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri Jahiliah dapat dirumuskan kepada
empat, iaitu: Zaman yang tidak mempunyai Nabi dan kitab suci sebagai petunjuk,
Masyarakatnya tidak mempunyai peradapan dan tamadun, Masyarakatnya tidak berakhlak,
angkuh dan bongkak serta masyarakatnya jahil kerana tidak boleh membaca dan menulis.

Lebih tepat, zaman jahiliah muncul selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga dan
peringkat terakhir pemerintahan Himyar pada tahun 300 dan berakhir setelah turunnya kitab
suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610. Dalam tempoh 3 abad itu,
masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, agama, politik, ekonomi,
sosial dan ilmu pengetahuan.

Ciri-ciri Masyarakat Zaman Jahiliyyah

Dari aspek sosial masyarakat jahiliah adalah berasaskan sistem kabilah. Masyarakat
jahiliah sangat rendah moralnya. Kaum wanita dipandang rendah sehingga amalan menanam
bayi perempuan hidup-hidup menjadi kebiasaan. Kaum wanita dianggap sebagai pembawa sial
dan hanya dijadikan sebagai pemuas nafsu. Golongan hamba pula dianggap golongan bawahan
dan dijadikan sebagai barang dagangan.
Dari aspek politik pula, masyarakat jahiliah tidak mempunyai struktur politik yang
sistematik. Masyarakat jahiliah hidup berasaskan kabilah. Setiap kabilah diketuai oleh seorang
syeikh iaitu individu yang sangat dihormati. Walaupun mempunyai ketua tetapi setiap
keputusan bergantung kepada ketetapan bersama. Kabilah-kabilah ini kental dengan semangat
asabiyah iaitu sikap kesukuan dan bermegah dengan kabilahnya. Semangat asabiyah ini kerap
menimbulkan persengketaan dan peperangan antara kabilah.

Dalam bidang ekonomi pula, kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan


menjadi sumber utama. Kegiatan pertanian dan penternakan biasanya dijalankan oleh
masyarakat Arab Badwi yang kebanyakannya tinggal di kawasan luar bandar. Walau
bagaimanapun, kegiatan pertanian dan penternakan ini sukar berkembang pesat kerana cara
hidup berpindah-randah yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi. Perdagangan dijalankan
secara sistem barter. Amalan riba dan penipuan berlaku secara meluas.

Dari aspek agama dan kepercayaan, masyarakat jahiliah mengamalkan pelbagai jenis
agama dan kepercayaan. Sebahagian besar daripada masyarakat jahiliah mengamalkan agama
Wathani iaitu menyembah berhala. Antara berhala yang terkenal ialah al-Uzza, al-Lata dan al-
Manat yang dianggap mempunyai kuasa. Masyarakat jahiliah turut menganut agama seperti
Majusi, Hanif sereta mengamalkan kepercayaan karut atau khurafat seperti memuja kubur,
pokok bukit dan sebagainya.

Dari aspek ilmu pengetahuan pula, masyarakat jahiliah dianggap masyarakat yang
tidak memiliki ilmu pengetahuan tinggi.
Kesimpulan

Secara umumnya, zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan dalam masyarakat di


Semenanjung Tanah Arab. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab
sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai