Anda di halaman 1dari 6

NAMA : IMAN NURAINA BINTI ZULKAFELI

NOMBOR MATRIK : D20313001

NAMA PENSYARAH : JUNAINAH HANIM BIN MOHAMED NOR

SOALAN : JELASKAN BERMULA TIMBULNYA PUAK KHAWARIJ DAN PUAK SYIAH SERTA DASAR
MEREKA DALAM MASALAH FIQH.

SEJARAH PUAK KHAWARIJ

Khawarij (bahasa Arab Khawārij ), secara harfiah bermaksud "mereka yang keluar".
Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong Saidina Ali ibn Abi Talib
tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali. Golongan ini mula terbentuk pada akhir abad ketujuh
Masehi di selatan Iraq. Mereka berbeza daripada golongan Sunni dan Syiah.

Kumpulan Khawarij yang terselamat sehingga hari ini adalah seperti Ibādi di Oman, dan
kelompok kecil di Zanzibar, Algeria, Tunisia dan Libya. Mereka bagaimana pun merujuk diri
mereka sebagai ahl al-'adl wal istiqama (golongan ahli keadilan dan kejujuran).

Ulama dan kerajaan negara Islam sekarang melabelkan kumpulan pengganas yang
membunuh orang yang tidak berdosa sebagai golongan "Khawarij baru" kerana golongan
pengganas seperti ini menghalalkan darah orang kafir dan orang Islam yang mereka hukum
kafir melalui takfir (diterangkan kemudian).

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum
Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai
kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman
bin Affan. Sesuai dengan tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian
Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali
bin Abi Talib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan
Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang
membunuh Uthman saja mengikut hukum qisas dalam Islam.

Kerana keengganan Muawiyyah mengikut hukum qisas,akhirnya terjadilah perang Siffin.


Untuk berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini,
orang-orang khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh
Mu'awiyyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.

MASALAH DARI DASAR FIQH

1. Halal menghimpunkan seorang perempuan dengan emak saudara (sebelah bapa/ibu)


dalam satu masa.
2. Tidak ada hokum rejam terhadap penzina muhsan ( sudah berkahwin ).
3. Wajib keluar dan memberontak untuk menggugurkan pemimpin/khalifah yang fasik. Jika
ia enggan meletak jawatan maka ia wajib dibunuh.
4. Khalifah tidak boleh dijadikan hak warisan/pemilihan individu tertentu.
5. Melakukan dosa besar adalah kufur dan kekal dalam neraka. Khalifah Uthman adalah
kafir kerana pemerintahannya tidak menurut pemerintahan Khalifah Umar dan Abu
Bakar.
SEJARAH PUAK SYI’AH

Syiah ertinya setia, dimaksudkan kepada para sahabat yang setia kepada imam Ali pasca
pembantaian beliau di Ghadir Kum. "Sesungguhnya telah aku tinggalkan pada kalian dua
perkara yang tidak akan tersesat selagi (kalian) berpegang teguh dengan keduanya iaitu kitab
Allah dan keluargaku". HR al-Hakim 1/284. Dinilai shahih oleh al-Albani dalam shahihul Jami' no:
2937.

Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga Khulafa Ar-Rasyidin. Ahli
Sunnah Waljammah juga menolak kepimpinan Imam Syiah dalam aliran Syiah.[1] Sesetengah
penganut Islam Sunni konservatif mendakwa Syiah sebagai bertentangan dengan Islam kerana
beberapa amalannya yang berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul
Bait.[2] Namun begitu, secara keseluruhannya masyarakat dunia menganggap Syiah sebagai
aliran kedua terbesar dalam agama Islam selepas Ahlus Sunnah (Sunni).

Terdapat dua pendapat jelas tentang terhasilnya aliran Syiah.[3] Pendapat pertama
mengatakan ketika berlakunya Perang Siffin di antara Ali RA dan Muawiyah RA. Pandangan ini
secara tidak langsung mengatakan bahawa pengikut Ali RA beraliran Syiah manakala pengikut
Muawiyah pula Sunnah wal Jamaah. Namun demikian ia bukanlah begitu. Ijtihad yang
dinyatakan oleh Muawiyah didapati tidak benar dan pendapat Ahli Sunnah jelas lebih
cenderung kepada Ali RA.

Pendapat kedua pula mengatakan kemunculan Syiah setelah kematian Husain bin Ali RA.
[3] Ketika beliau keluar daripada pemerintahan Yazid bin Muawiyah atas panggilan penduduk
Iraq yang akan menyokongnya di sana nanti. Namun, mereka mengkhianati beliau dan
menyebabkan beliau terbunuh di Karbala.
Akibat daripada pembunuhan itu, muncul sekolompok muslim menuntut agar
pembunuhan tersebut dituntut bela. Ada pula sekolompok yang lain menghukum kelompok ini
kafir kerana sudah terkeluar dari pemerintahan Bani Umayyah. Lalu berlakulah pergaduhan dan
menyebabkan beberapa orang daripada kalangan penyokong Husain terbunuh dan mereka
digelar sebagai Syiah.

Ini secara tidak langsung menjelaskan hubungan kuat antara Syiah dan Husain RA
berbanding Ali RA sendiri. Ini jelas apabila para pengikut Syiah menyambut 10 Muharram
sebagai mengingati hari kematian Husain disambut dan tidak pula hari kematian Ali.[4]

Akibat dari peristiwa itu, wujud golongan yang menentang pemerintahan Umayyah dari
segi politik sahaja, sedangkan akidah, dan mazhab fiqh mereka masih tidak bertentangan
dengan Ahli Sunnah. Mereka adalah pemimpin awal Syiah yang masih bermazhab Sunni.

MASALAH DARI DASAR FIQH

1. Menolak qias.
2. Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
3. Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
4. Menolak ijma’ sebagai daripada dasar utama perundangan.
5. Mentafsirkan ayat Al-Quran agar selaras dengan dasar mereka.
6. Tidak ada solat Jumaat.

Anda mungkin juga menyukai