Anda di halaman 1dari 6

ericletto96@gmail.

com

4.0 ZAMAN DAULAH ABBASIYYAH

Khalifa Ali Bin Abi Talib


Konflik pelantikan Ali bin Abi Talib dan perpecahan perpaduan umat Islam

Tugas pertama yang dilakukan oleh khalifah Ali adalah menghidupkan cita-cita Abu Bakar dan
Umar, yakni menarik kembali semua tanah dan hibah yang telah di bagikan oleh Uthman
kepada kaum kerabatnya ke dalam kepemilikan negara. Ali juga segera menurunkan semua
gabenor yang tidak di senangi oleh rakyat. Uthman bin Hanif diangkat menjadi penguasa
Basrah menggantikan Ibnu Amir, dan Qais bin Sa’ad dikirim ke Mesir untuk menggantikan
gabenor Mesir yang dijabat oleh Abdullah. Gabenor Suriah dan Muawiyah juga di minta untuk
meletakkan jabatannya, tetapi ia menolak perintah Ali bahkan tidak mengakui
kekhalifahannya.

Penentangan terhadap Khalifah secara terang-terangan dilakukan oleh Aisyah, Thalhah, dan
Zubair. Meskipun masing-masing mempunyai alasan peribadi sehubungan dengan
penentangan terhadap Ali. Mereka sepakat menuntut khalifah segera menghukum para
pembunuh Uthman. Tuntutan yang sama juga diajukan oleh Muawiyah, bahkan ia
memanfaatkan peristiwa berdarah untuk menjatuhkan legasi kekuasaan Ali, dengan
membangkitkan kemarahan rakyat dan menuduh Ali sebagai dalang terbunuhnya Uthman,
jika Ali tidak dapat menemukan dan menghukum pembunuh yang sesungguhnya.
Akan tetapi tuntutan mereka tidak mungkin dikabulkan Ali. Pertama, kerana tugas pertama
yang mendesak dalam situasi kritis yang penuh intimidasi seperti saat itu ialah memulihkan
keamanan dan memperkuatkan kependudukkan kekhalifahan. Kedua, menghukum para
pembunuh bukanlah perkara yang mudah, khalifah Uthman tidak dibunuh hanya satu orang,
melainkan banyak orang dari mesir, irak, dan arab secara langsung terlibat dalam perbuatan
tersebut.

Perang Jamal dan implikasinya

Pada 657, setahun selepas perlantikan Ali sebagai khalifah, bait-bait ketidakpuasan hati mula
lahir di kalangan umat Islam apabila Ali dilihat tidak mengambil tindakan ke atas pembunuh
Uthman menyebabkan ramai umat Islam ketika itu yang mula merasakan ada ketidakadilan
yang berlaku pada pemerintahan Ali.

Maka, diceritakan dalam sejarah di mana ketidakpuasan hati terutama Bani Umaiyyah dan
juga beberapa orang tokoh besar seperti, Talhah, Zubair dan Aisyah R.A terhadap apa yang
dilakukan Ali. Maka dikumpulkan pasukan askar untuk yang sangat besar di Basrah untuk
bertempur dengan Khalifah Ali.

Maka akibat daripada hsutan daripada pihak ketiga, maka timbulah salah faham dari kedua-
dua belah pihak di mana barisan askar dikumpulkan oleh pihak masing-masing. Pihak Talhah,
Zubair dan Aisyah mempunyai 20, 000 orang askar manakala di pihak Ali pula mempunyai
30, 000 orang.

Apabila berada di medan tempur, Ali merasakan bahawa apa yang berlaku sudah melebihi
sempadan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah maka Ali yang mahu menghentikan apa
yang berlaku lantas berteriak kepada lawannya.

“Tidakkah kalian ingat waktu kita bersama dahulu dengan Rasulullah melawan tentera kafir?”

Diceritakan bahawa Zubair dan Talhah menarik diri daripada medan perang tersebut sebaik
sahaja mendengarkan ingatana Ali itu namun perang dikatakan tetap berlaku kerana masih
ada beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Ali. Diceritakan bahawa perang itu tamat
hanya apabila unta yang dinaiki oleh Saiditina Aishah terkena tusukan lembing.
Perang Siffin dan implikasinya

Perang Sifiin dikatakan berlaku apabila Muawiyah , gabenor Syria ketika itu tidak mahu
berbaiah kepada Ali atas beberapa sebab antaranya ialah lambat tindakan dari Ali ke atas
pembunuhan Uthman.

Namun, hakikatnya bukan begitu. Saidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi beliau
membuat keputusan dengan fikiran bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan
dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang
berbunyi :

“Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah”.

Dalam situasi yang sama, terdapat pihak yang berjumpa dengan Muawyiah di Syiria. Mereka
bertanyakan kenapa Muawiyah tidka mahu berbaiah kepada Ali. Maka jawabnya Muawiyah
di mana dia berpegang kepada ihtijad di mana apa yang berlaku kepada Uthman haruslah
diselesaikan melalui Qisas.

Kemudian, khabar angin Muawiyah tidka mahu berbaiah kepada Ali pun tersebar ke
pengetahuan Ali membuatkan Ali membawa 150 000 orang askar untuk memerangi
Muwaiyah. Mendengarkan bala askar darip ada Ali, maka Muawiyah pun mengerahkan
askarnya.

Perang pun meletuslah sehinggalah pihak Muawiyah mengangkat Al-Quran sebagai lambang
kepada agar kedua-dua pihak menarik tentera mereka kerana perang sudha meletus namun
pengakhirannya tidak langsung kelihatan.

"Undang-undang Tuhan! Ini akan memutuskan di antara kita!" Dengan ini ia bermaksud
kedua-dua pihak hendaklah berhenti bertempur dan menyelesaikan pertelingkahan dengan
perundingan aman di bawah tatatertib Islam.

MAJLIS TAHKIM

Diceritakan apabila masing-masing sudah mengangkat senjata, maka peperangan pun


berhenti di situ dan pihak masing-masing mengutuskan wakil mereka untuk proses rundingan
dan daripada pihak Ali, diutuskannya Abu Musa Al-Ansyari dan daripada pihak Muawiyah pula
dihantarnya Amru bin Ash.

Proses rundingan Majlid Tahkim ini dijelaskan dengan ringkas dan terperinci dalam sahih
Bukhari di mana dicatatkan seperti berikut:
“Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin al-
As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah
tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya
itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata:

‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku
tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan
Abu Musa al-Asy’ari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’

Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya
yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’

Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan
itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa
aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini?

Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai
Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan
Muawiyah?

Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu
menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah
pada kamu berdua”.

Kewafatan Ali Bin Abi Talib

Penyelesaian kompromi Ali dengan Muawiyah tidak disukai oleh kaum perusuh. Kaum
khawarij merancang untuk membunuh Ali. Muawiyah dan Amar memilih seorang khalifah
yang sehaluan dengan mereka, yang bebas dipilih dari seluruh umat Islam. Kerana itu
Adurrahman pengikut setia kaum khawarij, memberikan pukulan yang hebat kepada Ali
sewaktu dia akan azan di masjid. Khalifah wafat pada tanggal 17 ramadhan 40 H. Dalam kisah
yang lain, bahawa kematian khalifah Ali diakibatkan oleh pukulan pedang beracun yang di
lakukan oleh Abdurahman bin Muljam, sebagaimana dijelaskan Philip k. hatty bahwa: Pada
24 januari 661, ketika Ali sedang dalam perjalanan menuju masjid Kufah, ia terkena hantaman
pedang beracum di dahinya. Pedang yang mengenai otaknya tersebut diayunkan oleh
pengikut khawarij, Abd Ar-Rahman bin Muljam, yang ingin membalas dendam atas kematian
keluarga seorang wanita, temannya, yang terbunuh di Nahrawan. Tempat terkecil di kufah
menjadi makam Ali.
Perpecahan perpaduan Umat Islam

Setelah Ali menerima tahkim dari pihak Muawiyah, namun tahkim ini tidak menyelesaikan
masalah, bahkan menyebakan umat islam terpecah menjadi 3 golongan iaitu: Syi’ah (pengikut
Ali), Khawarij (orang-orang yang keluar dari barisan Ali), dan Muawiyah. Orang Khawarij
dulunya adalah pasukan yang berada pada pihak Ali. Mereka malah melakukan
pemberontakan kepada Ali dengan alasan bahawa ia menerima tahkim.

Sebagai penentangan kekuasaan yang ada, khawarij mengeluarkan beberapa kenyataan


yang menuduh orang-orang yang terlibat tahkim sebagai orang-orang kafir. Khawarij
berpendapat bahawa Uthman bin Affan telah menyeleweng dari agama islam. Demikian pula
dengan Ali bin Abi Thalib juga telah menyeleweng dari agama islam kerana melakukan
tahkim. Utsman bin Affan Ali bin Abi Thalib dalam pandangan khawarij, iaitu murtad dan telah
kafir. Individu yang lain yang di anggap kafir oleh khawari adalah Muawiyah, Amr bin Ash,
Abu Musa Al-Asy’ari, dan semua orang yang menerima tahkim. Khawarij tampak tidak berada
dalam jalur politik, tetapi berada dalam jalur atau wilayah teologi atau kalam yang merupakan
fondasi bagi keberagamaan umat Islam. Khawarij di anggap keluar dari jalur politik karena
menilai kafir terhadap orang-orang yang ikut dan menerima tahkim. Menurut Harun Nasution,
bukan wilayah politik tetapi wilayah kalam atau teologi.

Ali memiliki pendukung yang sangat fanatik dan setia kepadanya. Dengan adanya
penentangan terhadap pemerintahan Ali, kesetiaan mereka malah semakin bertambah,
apalagi setelah Ali bin Abi Thalib wafat. Mereka yang fanatik terhadap Ali bin Abi Thalib
dikenal dalam sejarah sebagai kelompok Syi’ah.

Kelompok khawarij yang bermarkas di Nahrawan benar-benar menyusahkan khalifah Ali,


sehingga memberi kesempatan kepada pihak Muawiyah untuk memperkuat dan
memperluaskan kekuasaannya sampai mampu merebut mesir. Akibatnya tentera semakin
lemah, sementara Muawiyah semakin kuat dan bertambah besar. Keberhasilan Muawiyah
mengambil provinsi mesir, bererti merampas sumber-sumber kemakmuran dan suplai
ekonomi dari pihak Ali. Kerana kekuatan Ali telah banyak menurun, terpaksalah Ali menyetujui
perjanjian damai dengan muawiyah, khalifah mengakui pengesahan pemilikan Muawiyah ke
atas Syiria dan Mesir.
KESIMPULAN

Prsoes rundingan itu walaupun berjalan seperti tidak diharapkan, tetapi ianya jelas
membuktikan di sini perbalahan yang berlaku bukanlah kerana Muawiyah mahukan kuasa
tetapi sesungguhnya ianya berlaku kerana perbalahan ke atas ihtijad yang digunakan oleh
kedua-dua orang sahabat nabi itu.

Muawiyah mahukan keadilan ke atas kewafatan Uthman manakala Ali pula


mengatakan bahawa proses pengadilan harus diadili secermat mungkin agar tidak timbul
kesilapan dalam pengadilan.

Hasil daripada perundingan ini juga, Muawiyah kekal dengan memerintah Syria dan
Mesir manakala Ali memerintah empayar Islam yang selebihnya. Walaupun pemerintahaan
Ali tidak lama kemudiannya akibat di bunuh oleh pihak khawarij, namun persengkataan itu
tamat apabila bangkitnya dinasti Umayyah.

Anda mungkin juga menyukai