Anda di halaman 1dari 14

ASASI SASTERA

SEPTEMBER INTAKE 2022/2023

SEMESTER

FIQH ZAMAN TABI’IN

TOPIK 5 : SEJARAH PERKEMBANGAN FIQH ZAMAN TABI’IN

KURSUS:

PENGENALAN KEPADA FIQH ISLAM (ASI1103)

NAMA PENSYARAH:

NUR ZAIUMI YASMIN ZAKARIA

DI SEDIAKAN OLEH:

BIL NAMA AHLI KUMPULAN NO. MATRIK

1. MIOR MUHAMMAD RASYDAN BIN AHMAD ZAHAWIR A22300377

2. DANIAL NIZAM MUAZZAM BIN HISHAMUDDIN A22300378


PEDAHULUAN
Bismillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi kurniaan taufiq dah hidayah bagi
memudahkan segala urusan hamba-Nya, selawat dan salam keatas junjungan kami baginda nabi
Muhammad s.a.w, keluarga-Nya serta para sahabat baginda dan juga memohon kepada Allah
semoga kami termasuk didalam golongon orang-orang yang soleh serta mendapat nikmat di
dunia dan juga akhirat, amin.

Tidak di sangkalkan lagi, perjalanan kehidupan dari sekian lama sejak mula di ciptakan
nabi Adam as hingga ke saat ini,bukan sahaja bumi mengalami perubahan bahkan manusia juga
ikut serta dalam peredaran masa.

Disini kami ingin menekankan mengenai sejarah perkembangan fiqh zaman tabiin, yang
bermula di era generasi yang pernah hidup sezaman dengan sahabat, diikuti perpecahan kaum
muslim ketika bermulanya perlantikkan Muawiyah Ibnu Abu Sufyan sebagai khalifah pada masa
itu.

Semoga dengan nukilan tinta kecil ini mampu membawa anda ke zaman silam bagi
menelusuri perjalanan ilmu fiqh dimana zaman yang ketika itu berlaku perbalahan dan
pertikaian sesama umat islam sendiri. Semoga ia menjadi iktibar bagi generasi berikutnya.
Wallahualam
SUASANA POLITIK DI ZAMAN TABIIN

Perpecahan Kaum Muslimin yang Pertama


ALI DAN ZAMAN FITNAH PERTAMA UMAT ISLAM

Mahu menceritakan mengenai zaman ketika Saidina Ali R.A memimpin empayar Islam
sebenarnya agak sukar kerana saya perlu membezakan sumber daripada syiah dan sunnah
sebelum menulis mengenai sejarah Ali untuk melengkapkan siri Khulafa Ar-Rashidin sebelum
saya sendiri menulis sebuah artikel khas mengenai Khalid Al-Walid.

Bercerita mengenai Ali dalam siri Khulafa Ar-Rashidin agak mencabar kerana sepanjang
pemerintahan beliau, beliau terpaksa berdepan dengan konflik yang maha hebat melibatkan
konflik terbesar dalam sejarah umat Islam sehingga mengakibatkan Perang Siffin.

Kalau dalam siri yang lepas, kita mempelajari sesuatu terjadi pada pemerintahan
Uthman di mana Saidina Uthman telah difitnah dan khabar angin itu mengakibatkan rumah
Uthman telah dikepung oleh mereka yang termakan hasutan seorang yang kemudiannya
diangkat sebagai hero dalam agama Syiah.

Namun, berita pembunuhan Uthman inilah yang menjadi batu loncatan kepada satu
krisis yang kemudian akan diingati oleh kita sebagai perang saudara pertama dalam sejarah
umat Islam.

ALI MENJADI KHALIFAH

Ketika kewatafan Uthman, maka pemilihan untuk menjadi pewaris kepada empayar
Islam mula dilakukan oleh umat Islam ketika itu. Antara nama yang menjadi sebutan adalah Ali
sendiri, diikuti oleh Talhah dan Zubair. Pemberontak yang menyeru Uthman turun draipada
takhta adalah orang pertama yang menghampiri Ali lalu menyuruh beliau menjadi pengganti
khalifah.

Namun, Ali menolak tawaran tersebut kerana ianya datang daripada pemberontak
Uthman sedangkan Ali antara orang yang mempertahankan Uthman. Talhah dan Zubair juga
antara orang yang menolak tawaran pemberontak untuk menjadi khalifah.

Maka, para pemberontak pun memberi amaran kepada penduduk Madinah utnuk
melantik pengganti Uthman ataupun tindakan drastic akan diambil oleh mereka. Maka,
berkumpulah penduduk Islam Madinah di Masjid Nabawi untuk membincangkan mengenai
perlantikan khalifah seterusnya. Nama Ali sekai lagi dibangkitkan namun Ali menolak atas alasan
yang sama namun atas kerana ada antara mereka kaum kerabat terdekat nabi Muhammad
S.A.W yang menyuruh Ali melantik jawatan khalifah, maka Ali akhirnya terpaksa akur.

PERANG JAMAL

Pada 657, setahun selepas perlantikan Ali sebagai khalifah, bait-bait ketidakpuasan hati
mula lahir di kalangan umat Islam apabila Ali dilihat tidak mengambil tindakan ke atas
pembunuh Uthman menyebabkan ramai umat Islam ketika itu yang mula merasakan ada
ketidakadilan yang berlaku pada pemerintahan Ali.

Maka, diceritakan dalam sejarah di mana ketidakpuasan hati terutama Bani Umaiyyah
dan juga beberapa orang tokoh besar seperti, Talhah, Zubair dan Aisyah R.A terhadapa apa yang
dilakukan Ali. Maka dikumpulkan pasukan askar untuk yang sangat besar di Basrah untuk
bertempur dengan Khalifah Ali.

Maka akibat daripada hsutan daripada pihak ketiga, maka timbulah salah faham dari
kedua-dua belah pihak di mana barisan askar dikumpulkan oleh pihak masing-masing. Pihak
Talhah, Zubair dan Aisyah mempunyai 20, 000 orang askar manakala di pihak Ali pula
mempunyai 30, 000 orang.

Apabila berada di medan tempur, Ali merasakan bahawa apa yang berlaku sudah
melebihi sempadan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah maka Ali yang mahu menghentikan
apa yang berlaku lantas berteriak kepada lawannya.

“Tidakkah kalian ingat waktu kita bersama dahulu dengan Rasulullah melawan tentera kafir?”

Diceritakan bahawa Zubair dan Talhah menarik diri daripada medan perang tersebut
sebaik sahaja mendengarkan ingatana Ali itu namun perang dikatakan tetap berlaku kerana
masih ada beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Ali. Diceritakan bahawa perang itu tamat
hanya apabila unta yang dinaiki oleh Saiditina Aishah terkena tusukan lembing.

PERANG SIFIIN

Perang Sifiin dikatakan berlaku apabila Muawiyah , gabenor Syria ketika itu tidak mahu
berbaiah kepada Ali atas beberapa sebab antaranya ialah lambat tindakan dari Ali ke atas
pembunuhan Uthman.

Namun, hakikatnya bukan begitu. Saidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi
beliau membuat keputusan dengan fikiran bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh
dilakukan dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW
yang berbunyi :

“Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah”.
Dalam situasi yang sama, terdapat pihak yang berjumpa dengan Muawyiah di Syiria.
Mereka bertanyakan kenapa Muawiyah tidka mahu berbaiah kepada Ali. Maka jawabnya
Muawiyah di mana dia berpegang kepada ihtijad di mana apa yang berlaku kepada Uthman
haruslah diselesaikan melalui Qisas.

Kemudian, khabar angin Muawiyah tidka mahu berbaiah kepada Ali pun tersebar ke
pengetahuan Ali membuatkan Ali membawa 150 000 orang askar untuk memerangi Muwaiyah.
Mendengarkan bala askar daripada Ali, maka Muawiyah pun mengerahkan askarnya.

Perang pun meletuslah sehinggalah pihak Muawiyah mengangkat Al-Quran sebagai


lambang kepada agar kedua-dua pihak menarik tentera mereka kerana perang sudha meletus
namun pengakhirannya tidak langsung kelihatan.

"Undang-undang Tuhan! Ini akan memutuskan di antara kita!" Dengan ini ia bermaksud
kedua-dua pihak hendaklah berhenti bertempur dan menyelesaikan pertelingkahan dengan
perundingan aman di bawah tatatertib Islam.

MAJLIS TAHKIM

Diceritakan apabila masing-masing sudah mengangkat senjata, maka peperangan pun


berhenti di situ dan pihak masing-masing mengutuskan wakil mereka untuk proses rundingan
dan daripada pihak Ali, diutuskannya Abu Musa Al-Ansyari dan daripada pihak Muawiyah pula
dihantarnya Amru bin Ash.

Proses rundingamn Majlid Tahkim ini dijelaskan dengan ringkas dan terperinci dalam
sahih Bukhari di mana dicatatkan seperti berikut:

“Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru
bin al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah
tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya
itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata:

‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang
aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul
dengan Abu Musa al-Asy’ari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’

Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya
yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’

Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka
ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan
Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini?
Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah
diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku
dan Muawiyah?

Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua
perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah
pada kamu berdua”.

KESIMPULAN

Prsoes rundingan itu walaupun berjalan seperti tidak diharapkan, tetapi ianya jelas
membuktikan di sini perbalahan yang berlaku bukanlah kerana Muawiyah mahukan kuasa tetapi
sesungguhnya ianya berlaku kerana perbalahan ke atas ihtijad yang digunakan oleh kedua-dua
orang sahabat nabi ITU.

Muawiyah mahukan keadilan ke atas kewafatan Uthman manakala Ali pula mengatakan
bahawa proses pengadilan harus diadili secermat mungkin agar tidak timbul kesilapan dalam
pengadilan.

Hasil daripada perundingan ini juga, Muawiyah kekal dengan memerintah Syria dan
Mesir manakala Ali memerintah empayar Islam yang selebihnya. Walaupun pemerintahaan Ali
tidak lama kemudiannya akibat di bunuh oleh pihak khawarij, namun persengkataan itu tamat
apabila bangkitnya dinasti Umayyah.

Kuasa Pemerintahan Bani Umayyah


Daulah Bani Umayyah berdiri pada tahun 41 H/661 M. Didirikan oleh Mu’awiyyah bin
Abi Sufyan. Ia adalah gubernur Syam pada masa pemerintahan Umar bin Khattab dan Utsman
bin Affan. Selama ia menjabat gubernur, ia telah membentuk kekuatan militer yang dapat
memperkuat posisinya di masa-masa mendatang. Ia tidak segan-segan menghamburkan harta
kekayaan untuk merekrut tentara bayaran yang mayoritas adalah keluarganya sendiri. Bahkan
pada masa Umar bin Khattab, ia mengusulkan untuk mendirikan angkatan laut, tetapi Umar
menolaknya. Dan angkatan lautnya berhasil didirikan ketika masa pemerintahan Utsman bin
Affan.

Bani Umayah adalah sebuah nama yang diadopsi dari nama salah seorang tokoh kabilah
Quraisy pada masa jahiliyyah, yaitu Umayyah ibn Abd Al-Syam ibn Abd Manaf ibn Qusay Al-
Quraisyi Al-Amawiy.1 Dinasti Umayyah dinisbatkan kepadaMu’awiyah ibn Abi Sofyan ibn Harb
ibn Umayyah ibn Abd Al-Syams yang merupakan pembangun dinasti Umayyah dan juga khalifah
pertama yang memindahkan ibu kota kekuasaan Islam dari Kufah ke Damaskus.
Dinasti Umayyah merupakan sebuah rezim pemerintahan Islam yang berada di bawah
kekuasaan keluargaUmayyah yang berlangsung dari tahun 661 M-750 M. Sepeninggal Ali ibn Abi
Thalib, sebagian umat Islam membai’at Hasan salah seorang anak Ali untuk menjadi Khalifah,
namun jabatan tersebut tidak berlangsung lama, karena Hasan tidak mau melanjutkan konflik
dengan Bani Umayyah (Mu’awiyah). Ia melakukan perdamaian dengan Mu’awiyah dan
menyerahkan kepemimpinan kepadanya. Dengan demikian, Mu’awiyah menjadi penguasa
tunggal masyarakat muslim ketika itu. Sedangkan keluarga Hasan hidup mengasingkan diri
sebagai orang biasa. Namun Umayyah terus memburunya hingga akhirnya Hasan meninggal
karena diracun.

Suksesi kepemimpinan secara turun menurun dimulai sejak Mu’awiyah mewajibkan


seluruh rakyatnya untuk menyatakan setia terhadap anak Yazid. Mu’awiyyah bermaksud
mencotoh sistem monarki yang terdapat di Persia dan Byzantium. Dia tetap menggunakan
istilah khalifah pada kepemimpinannya, namun ia memberikan interpretasi baru untuk
mengagungkan jabatan tersebut, ia menyebutnya khalifatullah dalam pengertian penguasa yang
diangkatoleh Allah.

Latar berlakang Berdirinya Dinasti Umayyah

Pada masa pemerintahan Khalifah Ali Bin Abi Thalib, terjadi pertempuran Ali dengan
Muawiyah di Shifin. Perang ini diakhiri dengan tahkim, tapi ternyata tidak menyelesaikan
masalah bahkan menimbulkan adanya golongan tiga yaitu Khawarij yang keluar dari barisan Ali
Umat Islam menjadi terpecah menjadi tiga golongan politik yaitu Muawiyah, Syiah dan Khawarij.

Pada tahun 660 M Ali terbunuh oleh salah seorang anggota Khawarij. Dengan demikian
berakhirlah masa Khulafaur Rasyidin dan mulai kekuasaan Bani Umayah dalam semangat politik
Islam. Kekuasaan Bani Umayah berbentuk pemerintahan yang bersifat demokratis berubah
menjadi monarchiheridetis (kerajaan turun temurun). Hal ini dimulai ketika Muawiyah
mewajibkan seluruh rakyatnya untuk menyatakan setia terhadap anaknya Yazid.

Peristiwa takhim berdasarkan sejarah yang kita pelajari ialah berlaku perebutan
kekuasaan antara Ali dan Mu’awiyah yang membawa mereka ke meja perundingan.
Perundingan antara mereka berdua telah diwakili oleh Abu Musa al-‘Asyari bagi pihak Ali dan
‘Amr bin al-‘Ash bagi pihak Mua’wiyah. Keduadua perunding telah setuju untuk memecat Ali dan
Mua’wiyah. Menurut sejarah lagi, ‘Amr bin al-‘Ash dengan kelicikannya mampu
memperdayakam Abu Musa yang digambarkan sebagai seorang yang lalai dan mudah tertipu.
Akibatnya, Ali terlepas dari jawatan khalifah.

Oleh karena peristiwa takhim sangat penting dalam sejarah politik negara Islam, adalah
perlu untuk kita menyingkap hakikat sebenarnaya pada babakbabaknya di mana peristiwa ini
telah disalahtanggapi dan telah disalahtafsirkan. Akibatnya timbul kesan buruk yaitu
menjatuhkan kedudukan dan martabat para sahabat. Peristiwa tahkim yang tersebar itu telah
menjadikan sebahagian sahabat sebagai penipu dan orang yang mudah terpedaya dan
sebahagian yang lain dituduh sebagai perakus kuasa.
Dengan meletakkan riwayat tahkim di atas neraca kajian dan penilaian, dua perkara
dapat diamati, yaitu pertama, kelemahan pada sanad dan kedua, kegoncangan pada matan atau
teks. Dari sudut sanad terdapat dua perawi yang diakui keadilannya yaitu Abu Mikhnaf Lut bin
Yahya dan Abu Janab al-Kalbi. Abu Mikhnaf seorang yang dha’if. Al-Bukhari dan Abu Hatim
berkata: Yahya bin al-Qattan mendha’ifkannya. Uthman al-Darimi dan al-Nasa’i mengatakan dia
dha’if. Ada tiga perkara yang dikesani pada matannya. Pertama, berkaitan dengan perselisihan
antara Ali dan Mu’awiyah yang menjadi puncak kepada peperangan antara mereka berdua.
Kedua, persoalan jawatan Ali dan Mu’awiyah. Ketiga, kepribadian Abu Musa al-Asy’ari dan Amr
bin al-‘Ash.

Latar belakang lahirnya Dinasti Umayyah ialah dalam kondisi dan situasi di tengah-
tengah terjadinya pertentangan politik antara golongan, yaitu: golongan Syi’ah, golongan
Khawarij, golongan Jami’iyah, dan golongan Zubaer. Dari pertentangan polotik antar golongan
itu, kelompok Bani Umayyah yang dipelopori Mu’awiyyah muncul sebagai pemenangnya yang
selanjutnya berdirilah pemerintah Daulat Bani Umayyah.

Corak politik suatu negara umumnya akan dipengaruhi oleh latar belakang berdirinya
negara yang bersangkutan dan dipengaruhi oleh situasi saat berdirinya negara tersebut. Daulat
Bani Umayyah yang lahir dikelilingi oleh musuh-musuhnya dari berbagai golongan, maka
kebijaksanaan politiknya menggunakan pendekatan keamanan (militer) agar kekuasaannya
menjadi korban dan berwibawa.

Muawiyah bin Abi Sufyan sudah terkenal sifat dan tipu muslihatnya yang licik. Dia adalah
kepala angkatan perang yang mula-mula mengatur angkatan laut, dan ia pernah dijadikan
sebagai amir “Al-Bahar”. Ia mempunyai sifat panjang akal, cerdik cendikia lagi bijaksana, luas
ilmu dan siasatnya terutama dalam urusan dunia, ia juga pandai mengatur pekerjaan dan ahli
hikmah.

Muawiyah bin Abi Sufyan dalam membengun Daulah Bani Umayyah mengunakan politik
tipu daya, meskipun pekerjaan itu bertentangan dengan ajaran Islam. Ia tidak gentar melakukan
kejahatan. Pembunuhan adalah cara biasa, asal maksud dan tujuannya tercapai Abu Sufyan ini
baru memeluk Islam dan tunduk kepada Nabi Muhammad saat Fathu Makkah. Meskipun begitu
Nabi Muhammad saw., tetap memerankan Abu Sufyan sebagai pemimpin Makkah. Pada saat itu
ketika seluruh penduduk Makkah merasa ketakutan, Nabi Muhammad berkata, bahwa barang
siapa yang memasuki rumah Abu Sufyan, maka ian akan selamat. Artinya bahwa keberadaan
Abu Sufyan adalah tetap pemimpin Makkah, meskipun ia tunduk kepada kepemimpinan Nabi
Muhammad saw. Pada masa kepemimpinan Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin, Bani Umayah
tidak lagi sebagai pempimpin bangsa Arab. Pada saat itu kepemimpinan Islam dan bangsa Arab,
tidak memperhatikan asal-usul kabilah dan kesukuan. Proses rekrutmen pempimpin didasarkan
pada kemampuan dan kecakapan.

Meskipun Usman bin Affan adalah dari keluarga Bani Umayyah, tetapi ia tidak pernah
mengatasnamakan diri sebagai Bani Umayyah. Begitu juga Mu’awiyah bin Abi Sufyan diangkat
oleh Umar bin Khattab sebagai gubernur Syiria adalah karena kecakapannya. Ambisi Bani
Umayyah untuk memimpin kembali muncul ketika mereka sudah mempunyai kekuatan besar.
Dengan berbagai upaya, mereka menyusun kekuatan dan merebut kekhalifahan umat Islam.
Usaha ini akhirnya berhasil setelah Hasan bin Ali mengundurkan diri dari jabatannya sebagai
khalifah dan menyerahkannya kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan, yang dikenal dengan istilah
Amul Jama’ah.

Tokoh – Tokoh Penggagas Terbentuknya Dinasti Umayyah

Adalah diakui desepakati oleh semua ahli sejarah bahwa sebab perselisihan antara Alih
dan Mu’awiyah ialah tentang tindakan Qisas terrhadap pembunuh pembunuh Usman. Menurut
anggapan Mu’awiyah, Ali telah mengabaikan tanggungjawabnya melaksanakan hukuman qisas
kepada pembunuh- pembunuh Usman. Dengan itu ia enggan untuk membai’at Ali dan taat
kepadanya karena ia berpendapat hukum qisas perlu ditegakkan sebelum Khalifah dibai’atkan.

Sikap keengganan Mu’awiyah untuk membai’at Ali karena menunggu qisas dijalankan
dan kegagalan beliau melaksanakan kedudukannya di Syam telah menjadikan Mu’awiyah dan
para pengikutnya dari kalangan penduduk Syam pada pandangannAli seperti sikap-sikap orang
yang menentang khalifah Ali berpendapat bahwa bai’atnya telah sah dengan persetujuan para
sahabat Mujahirin dan Anshar yang telah menghadiri ucapan bai’at. Dengan itu bai’at tersebut
mengikat orang-orang Islam yang berada di tempat yang lain. Oleh karena itu, Ali menganggap
Mu’awiyah dan penduduk Syam bersama beliau sebagi pembangkang yang mau memberontak
sedangkan imam sejak dibai’atkan sebagi khalifah dan beliau memutuskan untuk menundukan
dan mengembalikan mereka ke dalam jamaah walaupun dengan cara kekerasan.

Memahami perselisian seperti yang telah diuraikan di atas, akan menjelaskan sejauh
mana kesilapan riwayat yang tersebar tentang peristiwa tahkim yang menggambarkana dua
orang perunding. Kedua-dua perunding itu dilantik untuk menyelesaikan perselisian antara Ali
dan Mu’awiyah bukan untuk menentukan sipakah yang lebih layak untuk jabatan khalifah.
Sebenarnya pembicaraan itu berkenan dengan menjatuhkan hukuman kepada
pembunuhpembunuh Usman, sedikitpun tidak berkaitan dengan urusan khilafah. Apabila dua
orang perunding itu mengabaikan dan mennggalkan persoalan asas ini yaitu maksud diadakan
takhim dan mereka memutuskan persoalan khalifah sebagimana yang didakwa oleh riwayat
tersebut, berarti mereka tidak memahami substansi perselisihan dan tidak mengetahui
persoalan dakwaan dan ini suatu perkara yang hampir mustahil.

Mua’wiyah telah ditugaskan untuk men-tadbir Syam sebagai wakil bagi pihak Umar bin
Khattab dan Syam terus berada di bawah pen- tadbir-annya sehingga Umar meninggal dunia.
Kemudian Usman menjadi khalifah dan beliau melanjutkan jabatan Mu’awiyah. Apabilah Usman
dibunuh dan Ali menjadi khalifah, beliau tidak melanjutkan jabatan Mu’awiyah di mana jabatan
tersebut terlepas dengan sebab berakhirnya pemerintahan khalifah yang telah melantiknya.

Dengan itu Mu’awiyah telah kehilangan pusat kekuasaannya dan jabatannya sebagai
gubernur Syam walaupun sebenarnya beliau masih berkuasa dengan sebab penduduk Syam
mendukung beliau dan mereka puas dan setuju dengan alasan Mu’awiyah yang tidak mau
memberi bai’at kepada Ali. Sebabnya ialah tuntutan pelaksanaan hukum qisas terhadap
pembunuh-pembunuh Usman berdasarkan haknya sebagai penuntut bela kematian Usman.
Apabila keadaan sebenarnya begitu, keputusan berunding itu menurut riwayat tersebut
memberi maksud memecat Ali dan Mu’awiyah. Pemecatan Mu’awiyah itu berlaku buan pada
tempatnya karena jika kita mengandaikan dua orang perunding itu mengendalikan perselisihan
Ali dan Mu’awiyah kemudian memecat Ali dari jabatan khalifah. Persoalannya dari dari jabatan
apa, mereka berdua memecat Mu’awiyah? Adakah mereka berdua boleh memecat Mu’awiyah
dari hubungan kekeluargaan dengan Usman atau menghalangnya dari menuntut bela kematian
Usman? Adakah pernah terjadi di dalam sejarah seorang pemberontak dilepaskan dari
kepemimpinannya dengan sebab resolusi yang diputuskan oleh kedua orang hakim? Tidak
diragukan lagi ini merupakan satu faktor yang mendukung tentang carut marutnya riwayat
tahkim yang tersebar umum itu.

Daulah Bani Umaiyyah yang berpusat di Damaskus, telah diperintahkan oleh 14 orang
khalifah. Namun di antara khalifah-khalifah tersebut yang paling menonjol adalah khalifah
Mu’awiyah bin Abi Sufyan. Abdul Malik bin Marwan, Walid bin Abdul Malik, Umar bin Abdul Aziz
dan Hisyam bin Abdul Malik.

Kemajuan Yang Dicapai Dinasti Umayyah

Masa pemerintahan dinassti Umayyah berlangsung selama 91 tahun dengan 14 orang


khalifah. Berbagai kemajuan telah diperoleh pada masa dinasti ini dalam bidang administrasi
misalnya, telah terbentuk berbagai lembaga administrasi pemerintahan yang mendukung
tambuk pimpinan dinasti Umayyah.

Banyak terjadi kebijaksanaan yang dilakukan pada masa ini, di antaranya; 1) Pemisahan
kekuasaan; 2) Pembagian wilayah; 3) Bidang administrasi pemerintahan; 4) Organisasi
keuangan; 5) Organisasi keteraturan; 6) Organisasi kehakiman; 7) Sosial dan budaya; 8) Bidang
seni dan sastra; 9) Bidang seni Rupa; 10) Bidang Arsitektur.

Di samping melakukan ekspansi territorial, pemerintah dinasti Umayyah juga menaruh


perhatian dalam bidang pendidikan. Memberikan dorongan yang kuat terhadap dunia
pendidikan dengan menyediakan sarana dan prasarana. Hal ini dilakukan agar para ilmuan, para
seniman, dan para ulama mau melakukan pengembangan bidang ilmu yang dikuasainya serta
mampu melakukan kaderisasi ilmu. Di antara ilmu pengetahuan yang berkembang pada masa
ini; 1) Ilmu agama; 2) Ilmu sejarah dan geografi; 3) Ilmu pengetahuan bidang bahasa; dan 4)
Bidang Filsafat.

Khalifah Al-Walid mendirikan sekolah kedokteran, ia melarang para penderita kusta


meminta-minta di jalan bahkan khalifah menyediakan dana khusus bagi para penderita kusta.
Pada masa ini sudah ada jaminan untuk sosial bagi anak- anak yatim dan anak terlantar. Dengan
demikian, ilmu pengetahuan merupakan suatu keahlian yang masuk pada bidang pemahaman
dan pemikiran yang memerlukan sistematika dalam penyusunannya. Golongan non-Arab sudah
terbiasa dengan keahlian ini. Golongan ini disebut Mawali, yaitu golongan yang berasal dari
bangsa asing atau keturunannya.

Mawali berasal dari maula, budak tawanan perang yang sudah dimerdekakan. Dalam
perkembangan selanjutnya, Mawali diperuntukan bagi bangsa non-Arab.
Demikian berbagai perkembangan ilmu pengetahuan yang terjadi pada pemerintahan
dinasti Bani Umayyah. Kekuasaan dinasti Umayyah mengalami kehancuran pada masa
kepemimpinan khalifah Walid bin Yazid karena terjadi peperangan yang dilakukan oleh bani
Abbas yang terjadi pada tahun 132 H atau 750 M.

Kesan Politik Terhadap Fiqh


Perselisihan pendapat mengenai perlantikkan khalifah, sesetengah puak dan kelompok
telah mengafirkan sebahagian pihak yang lain, dan disini lah permulaanya perpecahan fiqh dan
masalah perselisihan dalam perkara usul dan furuk.

Puak Khawarij

Khawarij adalah mazhab pertama dalam sejarah Islam, Khawarij secara harfiah
bermaksud "mereka yang keluar". Khawarij adalah kelompok Muslim yang pada mulanya
menyokong Saidina Ali ibn Abi Talib tetapi kemudian menolak kepimpinan Ali. Golongan ini mula
terbentuk pada akhir abad ketujuh Masehi di selatan Iraq. Mereka berbeza daripada
golongan Sunni dan Syiah.

Setelah kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang dibunuh oleh orang Khawarij, kaum
Muslimin mengangkat Ali bin abi Talib sebagai khalifah. Berita kewafatan Uthman sampai
kepada Muawiyah ibn Abu Sufyan, yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Uthman
bin Affan. Sesuai dengan tradisi Islam, Mu'awiyyah berhak menuntut balas atas kematian
Uthman. Mendengar berita ini, orang-orang Khawarij ketakutan, lalu menyusup ke pasukan Ali
bin Abi Talib. Mu'awiyyah berpendapat bahawa semua orang yang terlibat dalam pembunuhan
Uthman harus dibunuh, sedangkan Ali berpendapat yang harus dihukum hanya mereka yang
membunuh Uthman saja mengikut hukum qisas dalam Islam.

Kerana keengganan Muawiyyah mengikut hukum qisas,akhirnya terjadilah perang Siffin.


Untuk berdamai, masing-masing pihak mengirim utusan untuk berunding. Melihat hal ini, orang-
orang khawarij keluar dari pasukan Ali bin abi Talib dan merancang untuk membunuh
Mu'awiyyah dan Ali, tapi yang berjaya mereka bunuh hanya Ali bin Abi Talib.

Ajaran Utama Khawarij

Secara umum, ajaran utama golongan Khawarij adalah:

1. Kaum muslimin yang melakukan dosa besar adalah kafir (bertentangan dengan
pendapat Imam Hasan al-Basri dan golongan Muktazilah).
2. Kaum muslimin yang terlibat dalam perang Jamal, yakni perang antara Aisyah, Thalhah,
dan Zubair melawan Ali ibn Abi Thalib dan orang perantara (termasuk yang menerima
dan membenarkannya) adalah kafir.
3. Khalifah harus dipilih rakyat serta tidak harus dari keturunan Nabi Muhammad SAW dan
tidak mesti keturunan Quraisy. Jadi, seorang muslim dari golongan manapun boleh
menjadi khalifah jika mampu memimpin dengan baik.

Amalan mengkafirkan orang Islam lain ini dipanggil takfir. Mengikut tafsiran
konvensional, hukum bagi mereka yang menjadi kafir (murtad) adalah bunuh. Melalui
tafsiran inilah golongan Khawarij menghalalkan darah Ali dan Muawiyah untuk dibunuh.
Pada zaman moden ini, terdapat kumpulan ekstrimis Islam yang mengguna pakai hukum
takfir untuk membunuh mereka yang tidak berdosa termasuk orang Islam.

Dasar Khawarij Masalah Fiqh

Bil Dasar Fiqh Penjelasan


1 Mengufurkan Ali bin Abi Tholib, Muawiyyah Ibnu Abu Melakukan dosa besar kerana
Sufiyyan, Amru Ibnu Al-as, dan Abu Musa Al-syari. mengadakan majlis Tahkim.
2 Melakukan dosa besar adalah kufur kekal didalam neraka. Pemerintahan Khalifah
Uthman adalah kafir kerana
tidak mengikut pemerintahan
Umar dan Abu Bakar.
3 Khalifah hendaklah dipilih daripada kalangan kaum Atas dasar bebas dan terbuka,
muslimin. kaum muslimin bebas
memilih dan memecat
seseorang khalifah.
4 Khalifah tidak boleh menjadi hak warisan atau pilihan Ia bukan khusus untuk Ali dan
individu tertentu. Quraisy sahaja, Dipilih di
kalangan ummat islam yang
layak.
5 Khalifah yang telah sepakati melantiknya tidak boleh Wajib memikul amanah dan
menarik diri. tidak boleh menyerah jawatan
tersebut kepada orang lain.
6 Wajib keluar dan memberontak untuk menggugurkan Jika enggan meletakan
pemerintah atau khalifah yang fasik jawatan, maka wajib
membunuh.

Puak Syiah

Fahaman atau kumpulan syiah ini bukannya wujud pada atau sebelum zaman Rasulullah,
malah zaman Khalifah Ali pun, kumpulan syiah ini belum wujud lagi.  Golongan Ansar, Muhajirin,
Aus, Khazraj dan Khawarij adalah sebahagian nama-nama golongan yang pernah tercatat dalam
sejarah Rasulullah. Tiada bukti yang tertulis menunjukkan wujudnya satu fahaman atau
kumpulan yang dinamakan syiah ketika itu. Istilah "syiah" ini mula digunakan selepas kesyahidan
cucu Rasulullah s.a.w, Saidina Husain bin Ali.

Syiah dari pandangan golongan syiah itu sendiri bererti pengikut, penyokong dan
pencinta yang merujuk kepada Saidina Ali r.a dan ahlul baitnya. 
Menerusi ulama syiah, Fairuz Abadi di dalam Qamus al-Lughat pada kalimat “َ‫”شَاع‬
menyatakan: Syiah umumnya bererti setiap orang yang mengakui kepimpinan Ali dan Ahlul
Baitnya.

Yang biasa menjadi pendapat umum, Syiah dikatakan puak yang menyokong Saidina Ali
bin Abi Talib r.a. dalam pertelingkahannya dengan Muawiah bin Abi Sufyan r.a. Namun tidak
bermakna pengikut Ali itu syiah dan pengikut Muawiah itu Sunni. Malah, ramai tokoh ahli sunni
berkeyakinan bahawa dalam perselisihan yang berlaku di antara dua sahabat Rasulullah s.a.w
ini, kebenaran lebih berpihak kepada pihak Ali berbanding dengan Muawiyah.

Sebenarnya, puak Syiah ini muncul selepas pertelingkahan Saidina Husain yang tidak
mengiktiraf kekhalifahan Yazid bin Muawiah.

Kisahnya bermula apabila Saidina Husain berangkat dari Madinah menuju ke Kufah, Iraq
setelah penduduknya berjanji untuk menyokong, melindungi serta membantunya sekiranya
diserang mana-mana pihak. Namun janji-janji tersebut tidak dilaksanakan dan seterusnya
menjadi punca syahidnya Husain di pertempuran Karbala.

Setelah Saidina Husain syahid, sebahagian mereka telah menyesali dosa mereka dan
memberontak kepada pemerintahan Bani Umayyah. Mereka inilah dikenali sebagai Syiah. Ketika
itu tidak ada perbezaan akidah melainkan perbezaan gerakan politik yang menentang
pemerintahan Bani Umayyah. Ini bermakna Syiah adalah satu gerakan politik semata-mata di
awal kemunculannya.

Dasar Syiah Masalah Fiqh

Bil Dasar Fiqh (Usul) Penjelasan


1 Mentafsir Al-Quran selaras dengan keinginan mereka Menolak penafsiran yang
dilakukan bukan golongan
mereka yang bercanggah
dengan dasar mereka
2 Menola Usul/Furuk/Hadis yang dibawa oleh Ahli Sunnah,
biarpun ianya sahih
3 Menolak ijma sebagai dasar utama perundangan Kecuali dari ijma dari kalangan
mereka sahaja
4 Menolak Qiyas sebagai perundangan Berpendapat qiyas adalah
mengikut akal semata-mata

BIL Dasar Fiqh (furuk) Penjelasan


1 Tidak mengharuskan perkawinan lelaki muslim dengan
wanita ahli kitab
2 Wanita tidak boleh menerima harta pusaka kekal/tetap Hanya boleh menerima harta
pusaka yang boleh
diubah/tidak tetap.
3 Mendakwa para nabi dan rasul boleh diwarisi harta-harta Justeru itu khalifah juga boleh
mereka. diwarisi oleh Ali dan Fatimah.
4 Hak khalifah hanya boleh di tentukan oleh Ahlul Bait
5 Mengharuskan perkahwinan Mutah sehingga ke hari
jumaat.

Sumber Perundangan Zaman Tabiin


Alquran

 Istimbat hukum
 Berpandu segala nas di dalamnya.
 Nas Qat’ei
 Dilalah Zanni

Hadis

 Beralih kepada hadis apabila tidak dapat sumber hokum didalam Al-Quran

Itimak Sahabat Ulama Mujtahid

Apabila tiada hukum didalam :

 Al-Quran
 Hadis
 Fatwa & Athar sahabat utama

Ijtihad/Al-Rakyi

 Dilaksanakan dengan melihat dari sudut persamaan sebab/illah hukum.

Anda mungkin juga menyukai