Anda di halaman 1dari 4

KESIMPULAN

Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas, dapat disimpulkan bahawa terdapat
banyak implikasi budaya asing dalam perkahwinan yang secara amnya berlaku disebabkan sikap
masyarakat pada zaman kini. Hal ini demikian kerana, masyarakat pada zaman kini mereka
terlalu ingin mengikut trend semasa. Umum mengetahui bahawa, perkahwinan ialah akad yang
menghalalkan di antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama. Selain itu, tujuan utama
perkahwinan dalam Islam ialah menjauhkan diri dari perbuatan maksiat. Alangkah baiknya jika
kita mengikuti apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu menjalankan perkahwinan
dengan niat yang baik. Perkara ini telah disebutkan dalam hadis:

‫ و َتَز َّو ُجوا ؛ فإين ُم َكاثٌِر بِ ُك ُم األ َُم َم‬، ‫ليس ِميِّن‬ ‫ِ يِت‬ َ ‫اح من ُسنَّيِت‬
َ َ‫فم ْن ملْ َي ْع َم ْل ب ُسنَّ ف‬ ُ ‫النِّ َك‬
Maksudnya: "Menikah adalah sunnahku, barangsiapa yang tidak mengamalkan sunnahku, bukan
bagian dariku. Maka menikahlah kalian, kerana aku bangga dengan banyaknya umatku (di hari
kiamat)." (HR. Ibnu Majah no. 1846, disahihkan Al Albani dalam Silsilah Ash Sahihah no.
2383).

Kita dapat lihat disini, perkahwinan merupakan amalan yang mulia oleh itu janganlah kita
mengambil mudah sehingga menyebabkan berlakunya kesan-kesan seperti yang telah disebutkan
diatas. Perkahwinan juga bukanlah satu perkara yang membebankan malah menjadi perkara yang
dituntut dalam agama Islam. Oleh hal yang demikian, masyarakat Islam perlulah mengikuti
panduan-panduan yang diberikan. Sebagai umat Islam, kita tidak perlu mengikuti budaya barat
yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Hal ini bertujuan agar perkahwinan itu diberkati
dan diredhai Allah SWT. Bukan itu sahaja, perkahwinan ini juga adalah satu berita gembira
untuk dikongsi kepada semua orang. Kita juga dituntut supaya bersederhana dalam semua
perkara. Lantaran itu, tidak perlulah membazir dengan membuat majlis secara besar-besaran
sehinggakan kita sanggup untuk mengikat perut semata-mata ingin mendapatkan pujian orang
ramai tentang mewahnya majlis tersebut. Hal ini akan menyebabkan, kita berasa riak dan ini
adalah perkara yang dibenci oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Perkara ini juga telah
disebutkan dalam hadis Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Mahmud bin Labid:
‫ول‬
ُ ‫الريَاءُ َي ُق‬
ِّ ‫ال‬ َ َ‫ول اللَّ ِه ق‬
َ ‫َصغَُر يَا َر ُس‬
ْ ‫َصغَُر قَالُوا َو َما الش ِّْر ُك اأْل‬
ْ ‫اف َعلَْي ُك ْم الش ِّْر ُك اأْل‬
ُ ‫َخ‬
َ ‫ف َما أ‬ ْ ‫إِ َّن أ‬
َ ‫َخ َو‬
ُّ ‫ين ُكْنتُ ْم ُتَراءُو َن يِف‬
‫الد ْنيَا فَانْظُُروا‬ ِ َّ ِ ِ‫اللَّه عَّز وج َّل هَل م يوم الْ ِقيام ِة إِ َذا ج ِزي الن ِ هِل‬
َ ‫َّاس بأ َْع َما ْم ا ْذ َهبُوا إىَل الذ‬ُ َ ُ َ َ َ ْ َ ُْ َ َ َ ُ
ِ ِ
ً‫َه ْل جَت ُدو َن عْن َد ُه ْم َجَزاء‬
Maksudnya: "Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah syirik yang kecil. Para
Sahabat bertanya, apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi saw bersabda : Itulah Riya’.
Allah SWT akan berfirman pada hari kiamat kelak. pergilah kepada orang yang kamu hendak
tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran
(dengan sebab amalan kamu)."

Oleh itu, kita hanyalah perlu untuk menjemput orang ramai supaya mendoakan kesejahteraan
dan keharmonian rumah tangga yang dibina serta menjamu jemputan dengan makanan yang
halal. Seterusnya, kita digalakkan dan diajar untuk menjaga batas-batas antara lelaki dan
perempuan walaupun dimana kita berada. Dalam al-Quran, Surah An-Nur ayat 30 dan 31 Allah
berfirman:

ۡ َ‫ك أَ ۡزَك ٰى هَلُ إِمۡۚ َّن ٱللَّهَ َخبِری ۢ ُرمِب َا ی‬ ِ ۟ ِ ‫قُل لِّ ۡلم ۡؤِمنِنی یغُضُّو ۟ا ِم ۡنأَ ۡب‬
‫صَنعُو َن‬ َ ‫صـٰ ِره مۡ َوحَی ۡحَفظُو ا ُفُر‬
َ ‫وج ُه مۡۚ َذٰ ل‬ َ ََ ُ
٣٠ ﴿ ﴾

‫ین ِزینََت ُه َّن إِاَّل َما ظَ َهَر ِم ۡن َه ۖا‬ ِ ۡ ِ ‫ضن ِم ۡنأَ ۡب‬ ِ ٰ‫وقُل لِّ ۡمل ِۡؤمنَـ‬
َ ‫وج ُه َّن َواَل یُ ۡبد‬ َ ‫صـٰ ِره َّن َوحَی ۡحَف ظَن ُف ُر‬ َ َۡ ‫ض‬ ُ ‫ت یَ ۡغ‬ ُ َ
‫ین ِزینََت ُه َّن إِاَّل لُِبعُولَتِ ِه َّن أَ ۡوءَابَاۤ ِٕى ِه َّن أَ ۡوءَابَاِۤء بُعُولَتِ ِه َّن أَ ۡو‬ ِ ۖ ِ‫هِب‬ ِ ‫و ۡلی ۡ خِب‬
َ ‫ضِر ۡبَن ُ ُم ِره َّن َعلَ ٰى ُجیُو َّنَواَل یُ ۡبد‬ ََ
‫َخ َوٰ هِتِ َّن أَ ۡونِ َساۤ ِٕى ِه َّن أَ ۡو َما َملَ َك ۡت‬ ِ ِ‫ِ ۡ هِن‬ ِ‫ۡ هِن‬ ِ ِ
َ ‫أَ ۡبنَاۤ ِٕى ِه َّن أَ ۡوأَ ۡبنَاۤء بُعُولَت ِه َّن أَ ۡوإِ خَوٰ  َّن أَ ۡوبَن ۤی إِ خَوٰ  َّن أَ ۡو بَن ۤی أ‬
ِ  ٰ‫ٱلرج ِال أَ ِو ٱلطِّ ۡف ِل ٱلَّ ِذین مَل مۡ ی ۡظهرو ۟ا علَى ع ۡور‬ ِ ِ ِۡ ِ ِ
‫ِّساۤ ۖ ِء‬
َ ‫ن‬‫ٱل‬ ‫ت‬ َ َ ٰ َ َُ َ َ َ ‫أَ َ ۡمـٰیُن ُه َّن أَ ِو ٱلتَّـٰبِع‬
َ ِّ ‫نی َغ ۡیِر أُ ۟لوی ٱ لإ ۡبَرة م َن‬
ۡ‫نی ِمن ِزینَتِ ِه ۚ َّن َوتُوبُۤو ۟ا إِىَل ٱللَّ ِه مَجِ ًیعا أَیُّهَ ٱ ۡل ُم ۡؤِمنُو َن لَ َعلَّ ُك م‬ ِ ِ ِ
َ ‫ض ِۡربَن بِأَ ۡرُجل ِه َّن لیُ ۡعلَ َم َما خُی ۡخف‬
ۡ َ‫َواَل ی‬

٣١ ﴿ ‫﴾ تُ ۡفلِ ُحو َن‬


Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya
mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat
Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. ﴿ 30 ﴾ Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka
atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-
saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-
saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,
atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu
berjaya. ﴿ 31 ﴾

Kedua-dua ayat al-Quran tersebut menyatakan bahawa kita perlu menjaga batas antara lelaki dan
perempuan seperti memandang seseorang yang berlainan jantina sekadar yang perlu sahaja. Ini
boleh diterapkan dalam majlis perkahwinan yang kita hendak lakukan iaitu dengan
mengasingkan tempat makan lelaki serta tempat makan wanita. Dengan itu, perbatasan dapat
dijalankan. Bukan itu sahaja, kita juga dituntut untuk menjaga pemakaian kita terutamanya bagi
pasangan pengantin. Ini bagi memastikan maruah keluarga terjaga serta dipandang sopan oleh
orang lain. Belum berkilat sudah berkilau bulan sangkap tiga puluh, izharlah, jika kita mengikut
tuntutan agama Islam yang telah ditetapkan kita dapat menjadikan majlis perkahwinan itu lebih
barakah dan diredhai Allah SWT serta tidak bercanggah dari akidah Islam.
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai