Anda di halaman 1dari 107

TEMA 1

1. Jelaskan Kepercayaan Tradisi Masyarakat Arab Jahiliah.

2. Perbandingan Sosiopolitik Masyarakat Jahiliah Dengan Masyarakat Islam.

3. Bincangkan Kepentingan Semangat Assabiyah Dalam Peradaban Arab Jahiliah Sebelum


Kedatangan Islam

4. Sejauhmanakah Faktor Ekonomi Menyebabkan Penentangan Kaum Quraisy Terhadap Dakwah


Nabi Muhammad S.A.W.

5. Huraikan Konsep Ummah Dan Usaha Yang Dilakukan Oleh Nabi Muhammmad S.A.W Untuk
Membentuk Masyarakat Islam Di Madinah.

6. Sejauhmanakah Faktor Ekonomi Menyebabkan Penentangan Kaum Quraisy Terhadap Dakwah


Nabi Muhammad S.A.W.

7. Bincangkan Struktur Pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W Di Madinah

8. Bincangkan Aspek Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam Bidang Ketenteraan Semasa
Baginda Mengetuai Kerajaan Islam Madinah.

9. Nabi Muhammad S.A.W Bukan Sahaja Seorang Nabi Dan Rasul Tetapi Juga Seorang
Negarawan.” Bincangkan Pernyataan Ini.

10. Huraikan Konsep Dan Ciri-Ciri Khalifah Pada Zaman Khulafa Al-Rasyidin

11. Nilaikan Dasar-Dasar Maharaja Aurangzeb Bagi Memartabatkan Agama Dan Umat Islam Di India
Pada Abad Ke-17 Masihi.

12. Bincangkan Konsep Jihad Dan Jenis-Jenis Jihad Menurut Pandangan Islam.

13. Bincangkankan Etika Peperangan Yang Dianjurkan Oleh Islam.

14. Bincangkan Kepentingan Perjanjian Yang Ditandatangani Pada Zaman Kerajaan Uthmaniyah
Pada Abad Ke-17 Hingga Ke-19

Jahiliah

Jelaskan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.

Pendahuluan
Jahiliyah berasal daripada akar kata jahala yang bermaksud bodoh atau sesat. Berdasarkan Al-Quran
bermaksud zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci, tidak berakhlak, angkuh dan sombong.
Masyarakat jahiliyah terbahagi kepada dua iaitu Hadari dan Badwi.

Isi-isi Penting
Sistem Politik
Tiada kerajaan yang mempunyai sistem pemerintahan dan pemerintahan yang teratur. Hidup
berpuak-puak dan mengamalkan sistem kabilah. Penyatuan masyarakat berasaskan semangat
assabiyah menyebabkan berlaku keadaan huru-hara kerana sering berperang

Sistem Ekonomi
Keadaan ekonomi meruncing selepas kejatuhan empangan Maarib. Ramai penduduk dari Arab
Selatan berhijrah ke Utara kerana kemerosotan aktiviti pertanian. Aktiviti perdagangan kafilah
dijalankan yang mendorong penipuan dan riba’. Perdagangan tidak menguntungkan kerana pelbagai
halangan dan pergaduhan antara kabilah

Sistem Sosial
Berasaskan sistem kabilah yang dipimpin oleh Syeikh. Sentimen perkauman atau assabiyah
menyebabkan pergaduhan antara kabilah. Kaum wanita tidak mempunyai status dan dipandang
hina. Bayi-bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana menganggap anak perempuan akan
menjatuhkan maruah keluarga. Masyarakat Jahiliah tidak berakhlak baik dan berkahwin tanpa had
dan batas. Ini menyebabkan kegiatan pelacuran dan berzina

Sistem Agama Dan Kepercayaan


Berlaku kesesatan agama kerana tidak mempunyai Nabi dan petunjuk. Agama yang dominan ialah
agama Wathani (menyembah berhala). Agama Samawi seperti agama yahudi, Nasrani dan Hanif juga
diamalkan. Mengamalkan kepercayaan animisme yang berkait rapat dengan konsep pagan, syirik
dan kekufuran seperti menilik nasib dan memuja roh

Ilmu Pengetahuan
Juga dianggap zaman kegelapan kerana mundur dari segi ilmu pengetahuan. Penyebaran ilmu sangat
terbatas dan tidak ada pewarisan ilmu. Di Tanah Arab hanya terdapat 17 orang Quraisy yang boleh
membaca dan menulis. Karya-karya kesusasteraan tidak berbentuk ilmiah dan hanya untuk
keseronokan contohnya cerita tentang kecantikan wanita dan kelazatan minuman arak

Kesimpulan
Jelas menunjukkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Jahiliyah yang tiada pedoman. Allah mengutuskan
Nabi Muhammad S.A.W dan menurunkan Al-Quran sebagai rujukan dan panduan hidup masyarakat
Arab. Akidah dan ilmu pengetahuan yang dibawa oleh Nabi Muhammad membentuk Tamadun Islam

Bincangkan agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab pada zaman jahiliah.

Pendahuluan
Konsep jahiliah – jahiliah boleh didefinisikan sebagai satu zaman keruntuhan kerajaan Saba’ yang
berlaku pada abad sekitar 300 Masehi sehingga turunnya wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Pada zaman ini, tiada nabi dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Manusia
hidup dalam kejahilan. Agama dan kepercayaan pada zaman jahiliah ialah agama wathani, agama
yahudi, agama nasrani, agama majusi, agama hunafa, mempercayai roh orang mati mempunyai
hubungan tuhan, kepercayaan animisme dan percaya pada menilik nasib.

Isi – isi Penting


Agama Wathani (menyembah berhala)
Merupakan agama paling dominan dalam masyarakat Arab. Berhala diperbuat daripada batu, kayu,
logam dan sebagainya. Pusat agama menyembah berhala terletak di Makkah. Terdapat 360 buah
berhala disekeliling kaabah. Setiap kaum akan meletakkan satu berhala di keliling kaabah bagi
mewakili kaumnya. Berhala mempunyai pelbagai bentuk dan nama seperti al-wad patung yang
menyerupai lelaki, al-suwa berhala yang menyerupai wanita dan sebagainya. Terdapat berhala yang
besar yang dianggap ketua bagi berhala yang lain, iaitu al-Uzza, al-Manat dan al-Latta

Agama Yahudi
Penganut agama yahudi adalah bani Israel yang tinggal di Utara Semenanjung Tanah Arab. Mereka
datang dari Palestin akibat penindasan Rom. Mereka terdiri daripada suku Bani al-Nadir, Bani
Qainuqa’ dan Bani Quraizah. Mereka telah mengubah kandungan Kitab Taurat yang diturunkan
kepada Nabi Musa a.s. Agama Yahudi kurang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Arab
kerana berlainan dengan agama wathani yang dianuti oleh kebanyakan mereka.

Agama Nasrani (Kristian)


Pada mulanya agama nasrani adalah agama yang suci yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s dengan
Kitab Injil. Bani Israel telah memesongkan beberapa perkara seperti Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan
dan Mariam sebagai isteri Tuhan. Ini menyebabkan ia terpesong daripada ajaran asal dan salah disisi
Allah SWT. Agama ini mula bertapak di Makkah pada abad ke-4 Masehi apabila Rom meluaskan
kuasanya di Yaman. Agama Kristian mula dianuti oleh suku Taghlih, Ghassan dan Quddhah.

Agama Majusi
Agama ini berasal dari Parsi. Kebanyakan penganut agama ini tinggal di Yaman, Oman dan Bahrin
iaitu negeri yang di bawah kekuasaan Parsi. Agama ini tidak mempunyai kitab suci dan tidak
mempercayai nabi yang diutus oleh Allah SWT. Agama ini terbahagi kepada tiga mazhab iaitu
zarwaniyah, kayumarthiyah dan zara – dustiyah.

Agama Hunafa
Diwahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s oleh Allah SWT. Penganut agama ini tidak menyembah berhala,
tidak berjudi, tidak minumarak dan perbuatan yangdikutuk oleh Allah SWT. Penganut agama ini
menentang amalan dan kepercayaan masyarakat jahiliah.

Agama Dan Kepercayaan Lain


Masyarakat Arab Badwi mempercayai roh orang yang sudah mati mempunyai hubungan dengan
tuhan. Oleh itu, mereka memuja kubur terutama kubur orang yang mempunyai darjat yang tinggi
seperti raja dan pahlawan. Mereka juga menyediakan korban untuk upacara penyembahan.
Masyarakat Arab jahiliah juga mengamalkan kepercayaan animism seperti menyembah pokok, bukit,
bintang dan sebagainya. Mereka menganggap benda yang pelik itu dapat memberi sesuatu kepada
mereka. Masyarakat Arab juga mempercayai menilik nasib untuk menentukan masa depan dan
percaya kepada kuasa sihir dan azimat

Kesimpulan
Masyarakat Arab jahiliah memang mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan yang
kebanyakannya adalah karut. Kedatangan agama Islam mendapat tentangan yang hebat daripada
mereka disebabkan perbezaan yang besar dengan agama nenek moyang mereka.

Jelaskan struktur masyarakat jahiliah.

Pendahuluan
Maksud jahiliah merupakan bodoh dan sesat daripada perkataan Arab. Merujuk sebagai masyarakat
yang wujud pada zaman sebelum nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi Rasulullah oleh Allah
SWT. Zaman yang tiada undang-undang, tidak mempunyai agama yang sebenar disisi Allah dan tidak
mengesakan Allah. Berlaku dalam tempoh masa 3 abad

Isi-isi Penting
Sistem Sosial
Terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat Badwi dan Hadari. Masyarakat Badwi ialah
masyarakat yang menetap di pedalaman, berpindah randah, tidak bercampur gaul dengan
masyarakat lain. Mereka menternak binatang dan bersifat tahan lasak, berani, pemurah dan
amanah. Masyarakat Hadari ialah masyarakat yang menetap di bandar, golongan cerdik pandai,
menjalankan perdagangan, pertanian dan pertukangan. Mereka hidup mewah. Mereka ditunjangi
sistem berkabilah yang membahagikan mereka kepada beberapa unit tertentu. Mereka
mengamalkan semangat assabiah dan sanggup berperang untuk mempertahankan kabilah masing-
masing. Mereka mempunyai moral dan akhlak yang sangat rendah contohnya menanam bayi
perempuan hidup-hidup, meminum arak, mencuri, merompak, perdagangan manusia dan bertukar-
tukar wanita

Agama Dan Kepercayaan


Mereka berpegang kepada ajaran agama dan kepercayaan nenek moyang. Ajaran ini berkait rapat
dengan konsep paganisme, syirik dan kufur kerana amalan ini tidak berlandaskan kepada ajaran yang
disampaikan nabi-nabi terdahulu. Mereka juga menyelewengkan ajaran yang dibawa oleh para rasul
dan nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W. Ada yang mengamalkan agama Wathani yang
menganggap berhala ialah tuhan. Agama Zarosta yang menyembah cahaya dengan meletakkan api
sebagai simbol Tuhan mereka. Agama Hunafa yang terdiri daripada golongan yang tidak
mengamalkan apa-apa kepercayaan. Amalan-amalan khurafat dan karut turut diamalkan seperti
mereka percaya roh orang yang mati mempunyai perhubungan dengan tuhan dan menjalanka
aktiviti pemujaan kubur

Sistem Politik
Tidak terdapat pemerintahan yang sistematik dan mampu memimpin masyarakat. Mereka
berpegang pada prinsip kabilah yang diketuai oleh syeikh yang mengetuai pentadbiran dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak buah. Tiada sistem undang-undang namun
berasaskan semangat asabiah Ketidakstabilan politik dan pentadbiran menyebabkan mereka dijajah
oleh kuasa besar seperti Rom dan Parsi. Oleh itu, wujud kerajaan Main, Sabak Nabatean dan
Ghassan

Sistem Ekonomi
Masyarakat Badwi menjalankan kegiatan ekonomi berteraskan pertanian dan penternakan.
Masyarakat Hadari terlibat dalam sektor perdagangan dan pertukangan. Kota Makkah telah muncul
sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di Tanah Arab. Perdagangan dalam bentuk kabilah
atau kumpulan bagi mengelakkan ancaman musuh atau rompakan ketika berdagang. Kegiatan
perdagangan berasaskan riba disamping melakukan penipuan dan penindasan dalam perdagangan

Sistem Ilmu Masyarakat Jahiliah


Mereka ini mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang pertanian, perdagangan, pertukangan dan
penternakan. Namun demikian, penyebaran ilmu terbatas kerana kurangnya minat dan individu
yang bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu tersebut. Secara tidak langsung, ia menyebabkan
mereka dalam keadaan buta huruf kerana penyebaran ilmu dalam bentuk lisan. Mereka juga pandai
bersyair, bersajak dan ghazal. Contoh tokoh sastera iaitu Imru al-Qais dan Tahafa

Kesimpulan
Zaman jahiliah boleh dikatakan sebagai satu zaman yang masyarakatnya hidup dalam kegelapan
namun demikian kehidupan mereka jauh terpesong daripada norma kehidupan yang sebenar.
Kerasulan nabi Muhammad S.A.W. dan kedatangan Islam ke Tanah Arab dilihat sebagai titik
perubahan yang membawa fasa baru dalam perkembangan tamadun dan agama.

SOALAN 1 : JELASKAN KEPERCAYAAN TRADISI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH.

Pengenalan
Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari tempoh
keruntuhan empangan M‟aarib sehingga zaman kedatangan Islam (610M). Antara ciri-ciri
masyarakat Jahiliah, tidak mempunyai Nabi dan Rasul serta kitab suci sebagai panduan. Perkataan
Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua
aspek kehidupan.
Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan
adat atau tradisi. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab,
sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul, karut dan tradisi lama yang
diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk
sebahagian daripada budaya hidup mereka.

Isi 1 : Kepercayaan Animisme


Bentuk kepercayaan masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua, iaitu kepercayaan beragama dan
kepercayaan animisme. Sebahagian masyarakat jahiliah yang tidak beragama mengamalkan
kepercayaan animisme. Antara amalan animism masyarakat jahiliah ialah memuja roh, penunggu
atau kuasa ghaib, menyembah objek-objek alam sekeliling seperti batu-batu besar, pokok-pokok
yang besar, api, wadi dan sebagainya. Mereka juga percaya padang pasir yang kering sebagai tempat
kediaman tuhan yang jahat.
Contohnya mempercayai apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok,
gua,batu dan sebagainya. Secara umumnya jelaslah bahawa unsur-unsur alam sekitar telah
mempengaruhi kepercayaan animism dalam kalangan masyarakat jahiliah pada masa itu.

Isi 2 : Kepercayaan adat yang berunsurkan karut dan tahyul


Antara Kepercayaan tahyul yang menjadi amalan masyarakat jahiliah ialah kepercayaan kepada
tangkal azimat, roh orang mati menjadi burung, percaya kepada ahli nujum, percaya kepada ahli
sihir, percaya kepada binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan. Jika ke kiri membawa
kepada keburukan, manakala ke kanan akan membawa kebaikan. Mereka juga percaya
mengorbankan anak perempuan merupakan perbuatan yang mulia.
Contohnya suami mengikat tali pada mana-mana pokok sebelum keluar rumah, jika ikatan terlerai
sekembalinya suami dari perantauan, ini bermakna isterinya telah berlaku curang. Selain itu,
membuat keputusan melalui anak panah dan mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung
sebelum keluar dari rumah. Daripada amalan tradisi yang dilakukan oleh masyarakat jahiliah ini
membuktikan mereka melaksanakan amalan karut dan tahyul.

Isi 3 : Kepercayaan memuja pelbagai unsur ghaib


Mereka juga memuja pelbagai unsur ghaib. Antaranya memuja malaikat, jin, roh nenek moyang dan
sebagainya. Makhluk-makhluk ini dianggap mempunyai kuasa ghaib dan boleh menjadi perantaraan
dengan Tuhan, dan menjamin keselamatan mereka. Di samping itu mereka juga menyembah
matahari, bulan dan bintang serta beranggapan semua cakerawala merupakan sumber tenaga dan
kekuatan kepada mereka. Matahari dipuja ketika siang manakala bulan disembah pada waktu
malam.
Matahari dipercayai boleh membantu tumbesaran tumbuh-tumbuhan agar dapat menjadi sumber
makanan binatang ternakan. Di samping percaya unsur ghaib juga boleh memudaratkan hidup
mereka. Contohnya mereka yang hidup di padang pasir, apabila ada kematian mereka akan
berpindah ke tempat lain. Masyarakat jahiliah akan percaya dan menyembah sebarang perkara atau
bentuk yang boleh membawa keuntungan. Oleh yang demikian, mereka sanggup memuja pelbagai
bentuk unsur ghaib.

Isi 4 : Masyarakat jahiliah turut mengamalkan ajaran sihir.


Ekoran ini mereka percaya kewujudan jin dan dewa. Selain itu, terdapat segelintir masyarakat ini
mengamalkan sihir dan tradisi memuja Tuhan Padang Pasir. Penganutnya digelar Ahl-al-Saf (ahlil-
saf”). Mereka percaya bahawa padang pasir wujud tetapi tidak pernah ditemui. Amalan mereka
membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi.
Masyarakat jahiliah sangat mempercayai ilmu sihir dan menjalankan pelbagai bentuk ritual dalam
kalangan mereka

Isi 5 : Percaya kepada ramalan nujum, tilik nasib dan pemakaian azimat.
Ia merupakan warisan tradisi masyarakat Arab Jahiliyah yang kekal dalam sistem sosiobudaya
masyarakat jahiliah. Meyakini pemakaian azimat boleh menguatkan pemakainya. Malahan mereka
sangat percaya kepada nujum dan menilik nasib mereka. Contoh menghalang perbuatan membunuh
ular kerana kebimbangan ular membalas dendam. Sehubungan itu, mereka perlu kepada pemakaian
azimat. Roh si mati boleh menjadi seekor burung Hammah. Perbuatan seperti membuat ramalan,
menilik nasib dan pemakaian azimat telah menjadi berakar umbi dalam masyarakat jahiliah.

Kesimpulan
sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab mengamalkan pelbagai kepercayaan tradisi. Namun,
selepas kedatangan Islam khususnya zaman Rasulullah, ajaran Islam berjaya menghapuskan
kejahilan tersebut dan mengarahkan masyarakat Arab kepada meyakini akidah Tauhid iaitu
mengesakan Allah dan penekanan dalam aspek Akidah, Akhlak, Ibadah Syariah.

PERBANDINGAN SOSIOPOLITIK MASYARAKAT JAHILIAH DENGAN MASYARAKAT ISLAM

Pengenalan
Zaman Jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab. Mereka hidup dalam
zaman kegelapan tanpa berpandukan ajaran wahyu dan mengamalkan nilai akhlak yang buruk.
Zaman ini berlaku 300 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. iaitu bermula daripada
kejatuhan empangan Maarib sehingga kedatangan Islam. Nabi Muhammad dan orang Islam telah
berhijrah ke Madinah pada 622M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua Negara
dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama. Kedatangan agama Islam telah
membawa perubahan yang besar ke atas masyarakat Arab terutama masyarakat di Madinah.

1. Kepercayaan / Agama :
Terdapat beberapa perbezaan yang jelas dapat dilihat dari aspek sosial dalam kalangan masyarakat
Jahiliah jika dibandingkan dengan masyarakat Islam. Antaranya ialah dari sudut kepercayaan /
agama :
Masyarakat Jahiliah
a. Majoiti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap
berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan.
b. Pada masa ini Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala.
c. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa
ini juga terikat dengan kepercayaan karut.
Masyarakat Islam
a. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah
memeluk ajaran Islam.
b. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka.
c. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat
Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama
Islam.

2. Hubungan / Masyarakat / Sosial


Seterusnya perbezaan dari segi hubungan masyarakat / sosial ialah:
Masyarakat Jahiliah
a. Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.
b. Setiap individu mempunyai ketaatan (semangat assabiyyah) kepada kabilah dan sangat prejudis
kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa
mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah.
c. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa.
Masyarakat Islam
a. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyyah tanpa
mengira kaum dan suku.
b. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam.
c. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.

3. Peperangan Perbezaan juga jelas diperlihatkan dalam hal peperangan iaitu:


Masyarakat Jahiliah
a. Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan dalam kalangan masyarakat
Arab Jahiliah.
b. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan.
c. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.
Masyarakat Islam
a. Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku
Aus dan Khazraj.
b. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan
kota Madinah. Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan
agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy
Mekah dan pengkhianatan orang Yahudi.

4. Kelas Masyarakat
Seterusnya perbezaan turut diperlihatkan dalam struktur kelas masyarakat
Masyarakat Jahiliah
a. Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas dalam masyarakat.
b. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat
Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas.
c. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan
mereka.
d. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya
para hamba tidak mengikut kehendak mereka.
Masyarakat Islam
a. Dalam masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf.
b. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah.
c. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah.
d. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.

5. Kedudukan Wanita
Perbezaan juga dapat dilihat dari segi kedudukan wanita dalam kalangan:
Masyarakat Jahiliah
a. Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita.
b. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat kepada kaum lelaki. Mereka dianggap sebagai barang
dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami, menjadi rebutan anak-anak lelaki suami
mereka.
c. Keadaan ini menyebabkan suku Bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan
mereka dipandang rendah.
Masyarakat Islam
a. Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita.
b. Mereka perlu dipelihara maruah dan kebajikan mereka.
c. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.

6. Akhlak : Dari segi akhlak juga menunjukkan perbezaan di antara masyarakat Jahiliah dan
masyarakat Islam iaitu :
Masyarakat Jahiliah
a. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk
b. seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi.
c. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.
Masyarakat Islam
a. Islam menekankan akhlak yang mulia.
b. Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina,
dan membunuh.
c. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.

7. Nilai-nilai Positif
Masyarakat Jahiliah juga berbeza dengan masyarakat Islam dari sudut sikap:
Masyarakat Jahiliah
a. Dalam masyarakat Jahiliah terdapat nilai-nilai positif
b. seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. seperti yang dilakukan oleh Bani Hashim.
Masyarakat Islam
a. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.

8. Politik Seterusnya perbezaan dalam aspek politik antara masyarakat Jahiliah dengan
masyarakat Islam:
Masyarakat Jahiliah
a. Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam.
b. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan
Rom.
c. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu
masyarakat kota Mekah menjalankan sistem politik kabilah.
Masyarakat Islam
a. Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan perlembagaan Madinah.
b. Undang-undang utama yang digunakan ialah Al-Quran.
c. Segala keputusan Negara dilakukan melalui konsep syura.
d. Masjid menjadi institusi yang penting dalam kerajaan Madinah

Kesimpulan :
Perbezaan yang ketara, zaman jahiliyah adalah berlandaskan nafsu semata-mata manakala dalam
zaman Islam adalah berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t

BINCANGKAN KEPENTINGAN SEMANGAT ASSABIYAH DALAM PERADABAN ARAB JAHILIAH


SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Pendahuluan
Asabiyah merujuk kepada sikap fanatik kepada sesuatu puak atau bangsa secara melampau sehingga
menjangkau batasan pemikiran yang waras dan batasan agama. Sikap fanatik kepada bangsa atau
puak merupakan fitrah semula jadi dan telah wujud bersama kewujudan manusia di bumi ini.
Sebelum kedatangan Islam, umat manusia berada di dalam keadaan berpecah belah dan hanya
terikat di antara mereka dengan semangat kesukuan, kepuakan dan Asabiyah.

Isi 1 : Asabiyah sebagai perasaan setiakawan


Semangat asabiyah ini terjalin rapi dalam kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Hal ini kerana
masyarakat Arab mengamalkan sistem Khabilah. Sistem Kabilah merupakan unit sosial yang
mengawal sistem pentadbiran pada zaman jahiliah. Penyatuan masyarakat berkabilah adalah
berdasarkan pertalian darah dan keturunan. Sebagai contoh, setiap Kabilah mempunyai nama dan
kemegahan. Nama dan kemegahan ini dipertahankan menerusi semangat asabiyah.
Jelaslah bahawa mereka mengamalkan kehidupan masyarakat yang tertutup, mempunyai perasaan
setia kawan yang tinggi dan tidak menerima suku-suku Arab yang lain. Mereka juga memandang hina
kabilah yang lain.

Isi 2 : Asabiyah melahirkan semangat sedia berkorban


Seseorang individu dalam kabilah mestilah sanggup menolong dan menuntut bela jika berlaku
sesuatu kepada anggota dalam kabilahnya. Mereka sanggup berperang untuk mempertahankan
kabilahnya dan sentiasa mempunyai tanggapan bahawa setiap individu mempunyai pertalian darah
dan wajib mempertahankan kabilah mereka.
Contohnya jika terdapat anggota kabilah yang dibunuh oleh anggota kabilah lain, mereka mesti
segera menuntut bela tanpa perlu menyelidik terlebih dahulu sebab musabab pembunuhan
tersebut. Mereka mesti menuntut bela tanpa mengira salah atau benarnya anggota kabilah yang
dibunuh itu. Terbuktilah bahawa, semangat sedia berkorban yang tinggi dalam kalangan anggota
kabilah menyebabkan mereka tidak mengira kebenaran sesuatu perkara. Apa yang lebih penting
adalah, mereka dapat mempertahankan setiap anggota dalam kabilah mereka. Mereka juga sanggup
menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Isi 3 : Penghormatan yang tinggi kepada Syeikh


Unit paling asas dalam sistem kabilah adalah seseorang individu. Seterusnya diikuti oleh unit
keluarga (a‟ilah)yang terdiri daripada ibu bapa dan anak-anak yang tinggal dalam satu khemah.
Beberapa buah khemah akan membentuk kumpulan atau hay dan beberapa hay akan membentuk
satu kaum, setiap kaum inilah akan membentuk kabilah. Wakil daripada kaum-kaum yang
membentuk kabilah ini akan melantik seorang ketua atau syeikh untuk mengetuai kabilah mereka.
Syeikh haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pintar mempengaruhi anggota-anggota
kabilahnya. Oleh itu, Syeikh sangat dihormati dan ditaati. Seseorang individu atau anggota kabilah
hendaklah patuh kepada Syeikh kerana beliau mempunyai kedudukan yang tinggi.
Contohnya Syeikh akan mempengerusikan Majlis Kabilah. Syeikh turut bertanggungjawab
menyelesaikan masalah dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah-kabilah lain, melayan
tetamu dan memberi perlindungan. Jelaslah bahawa, Syeikh begitu penting dalam struktur
organisasi kabilah dan diletakkan di tahap yang tinggi dan sangat dihormati oleh kabilahnya.

Isi 4 : Semangat asabiyah mementingkan kemenangan dalam peperangan.


Dalam zaman masyarakat asabiyah, sering kali berlaku peperangan antara kabilah. Peperangan yang
berlaku bertujuan untuk meningkatkan pengaruh, kekuasaan dan kekayaan sesuatu kabilah. Setiap
peperangan biasanya bermula secara kecil-kecilan kerana sebab bertelagah mengenai sempadan,
perebutan sumber air dan padang rumput, mempertahankan anggota suku atau kabilah atau kerana
menuntut bela kematian ahli suku yang dibunuh oleh suku lain.
Contohnya, Perang Harb al-Basus antara Bani Bakar dan Bani Taghlib. Apabila selesai peperangan,
timbul pula perasaan saling berdendam sehingga tercetusnya peperangan demi peperangan yang
tiada kesudahan. Malah rasa jika ada kaum lain yang datang dan berlindung, maka kaum pendatang
itu akan dianggap sebagai hamba atau orang bawahan mereka. Sikap inilah yang terus-menerus
membawa kepada pertelingkahan dalam kalangan mereka. Jelas bahawa, semangat asabiyah yang
tinggi telah berjaya membina tembok dalam kalangan masyarakatnya. Sikap sombong dan saling
ingin menguasai akhirnya membawa kepada situasi yang tidak aman dalam kalangan masyarakat
Jahiliah.

Kesimpulannya, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah yang berdasarkan semangat asabiyah menjadi
punca perbalahan dan peperangan berlaku sesama mereka sehingga membawa kepada perpecahan
dan kemunduran.

SEJAUHMANAKAH FAKTOR EKONOMI MENYEBABKAN PENENTANGAN KAUM QURAISY TERHADAP


DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W.

Pendahuluan
Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan di Kota Mekah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah.
Baginda berketurunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy Mekah. Baginda menerima wahyu pertama
pada 17 Ramadhan 610 Masihi di Gua Hira” melalui perantaraan malaikat. Aktiviti dakwah Nabi
Muhammad S.A.W berlaku melalui 2 cara iaitu secara sulit dan secara terang-terangan semasa
baginda di Mekah.

Isi 1 : Faktor pertama, ialah untuk mempertahankan pusaka nenek moyang mereka.
Tidak dinafikan bahawa faktor eonomi menyebabkan penentangan orang Quraisy terhadap Nabi
Muhammad S.A.W. Orang-orang Quraisy mengamalkan penjualan berhala atau menyembahnya.
Seandainya mereka memeluk Islam, maka sudah tentu punca rezeki mereka akan hilang kerana
Islam tidak membenarkan pembuatan patung berhala.

Amalan membuat dan menjual patung pula merupakan warisan nenek moyang mereka.
Kemorosotan penjualan berhala menyebabkan punca keuntungan merosot secara mendadak dan
menjejaskan golongan bangsawan Makkah. Oleh itu mereka begitu sensitif apabila Nabi Muhammad
S.A.W mencela agama penyembahan berhala warisan datuk nenek moyang mereka.

Isi 2 : Faktor kedua ialah faktor agama


Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan penentangan kaum Quraisy terhadap dakwah
Nabi Muhammad S.A.W. Ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W itu
bertentangan dengan agama penyembahan berhala yang telah sebati menjadi darah daging orang-
orang Mekah. Dari sudut akidah Islam menekankan Tauhid, percaya kepada Allah yang Maha Esa dan
menentang amalan syirik. Sementara agama penyembahan berhala sebagai agama tradisi nenek
moyang mereka yang mesti dipertahankan. Oleh itu, menentang Nabi Muhammad S.A.W yang
dianggap sebagai orang yang mahu meruntuhkan tradisi itu.

Isi 3 : Kaum Quraisy ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh.


Sebelum ini kepimpinan kota Mekah ditangan Bani Hasyim, moyang Nabi Muhammad S.A.W dan
Abd Mutalib. Setelah kuasa kepimpinan telah berpindah kepada Abu Talib, bapa saudara baginda.
Besar kemungkinan tampuk kepimpinan akan diwarisi oleh Nabi Muhammad S.A.W kerana
keupayaan baginda yang luar biasa. Oleh itu, jika mereka memeluk Islam dan mengikut baginda
bermakna kepimpinan itu akan terus berada dalam tangan Bani Hasyim. Maka menentang nabi
merupakan satu tindakan yang boleh mengugatkan proses tersebut.

Isi 4 : Faktor yang keempat ialah persamaan taraf sesama manusia.


Agama Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W ialah agama tauhid yang menyeru
kepada keadilan sosial dan persamaan taraf manusia. Hal ini bertentangan dengan sistem sosial
Jahiliah yang dikuasai oleh kaum Bangsawan Quraisy. Mereka masih berpegang dengan taraf dan
kedudukan sosial yang berbeza. Status quo dalam masyarakat jahiliah membezakan aras kedudukan
di mana mereka mengagungkan konsep asabiyah terhadap kabilah masing-masing.
Maka dengan terlaksananya ajaran Islam, bermakna tidak ada lagi perbezaan antara ketua dan
pengikut, antara yang kaya dan miskin dan tuan dengan hambanya. Pada pandangan Islam, semua
manusia adalah sama sahaja kecuali bagi orang-orang bertakwa mendapat kedudukan istimewa di
sisi Allah.

Isi 5 : Seterusnya, golongan Quraisy Makkah takut akan Hari Pembalasan.


Islam mengajar manusia tentang adanya Hari Pembalasan atau Hari Kiamat. Orang Islam wajib
percaya kepadanya dan merupakan salah satu Rukun Iman. Segala amalan di dunia sama ada baik
atau jahat akan dikira di hari pembalasan dengan saksama.
Berita hari Kiamat telah menakutkan kaum Quraisy Makkah kerana mereka sedar bahawa mereka
telah banyak melakukan perkara keji yang ditegah oleh Islam seperti mencuri, merompak, berzina,
minum arak dan mengamalkan riba. Perbuatan-perbuatan itu akan dibalas dengan seksaan api
neraka. Tetapi mengikut agama berhala segala dosa itu dapat dihapuskan di dunia juga tanpa
menerima apa-apa balasan di Hari Kiamat.

Isi 6 : Faktor berikut ialah perasaan iri hati masyarakat Quraisy terhadap Nabi Muhammad S.A.W.
Kuam Quraisy menentang Nabi Muhammad S.A.W dan agaaaaama Islam kerana perasaan iri hati
kedudukan istimewa Rasulullah sebagai Nabi dan Rasul. Kedudukan baginda sebagai pemimpin dan
ketua masyarakat yang mampu memimpin keseluruhan manusia tanpa wujud perbezaan dan
mendapat pengiktirafan.
Perebutan untuk menjadi pemimpin seperti Umayyah bin Abi al-Salt dan Al-Walid bin al-Mughirah.
Mereka bercita-cita untuk menjadi pemimpin berasa kecewa apabila mendengar nabi Muhammad
S.A.W telah menerima wahyu. Oleh itu, mereka menentang Nabi Muhammad S.A.W untuk mencapai
cita-cita mereka.

Kesimpulannya
Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam di Makkah tabah dan sabra menghadapi tentangan daripada
orang-orang Quraisy. Pelbagai bentuk tindakan penentangan dari masyarakat Quraisy seperti
penghinaan, penyiksaan, pemulauan, pemujukan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan bapa
saudaranya Abu Talib sehingga rancangan untuk membunuh baginda.

SOALAN 5 : HURAIKAN KONSEP UMMAH DAN USAHA YANG DILAKUKAN OLEH NABI
MUHAMMMAD S.A.W UNTUK MEMBENTUK MASYARAKAT ISLAM DI MADINAH .

Pendahuluan
Penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah telah meninggalkan impak yang besar
kepada perjuangan Islam kerana ia bukan sahaja menyebabkan terbentuknya Negara Islam, bahkan
telah mengubah konsep sistem politik, ekonomi dan sosial di Madinah.
Sebelum penghijrahan Nabi Muhammad SAW, struktur masyarakat dibelenggu dengan fahaman
perkauman yang melampau dan bersifat individualistik. Namun, senario ini berubah apabila Baginda
berjaya mengubah masyarakat dengan memperkenalkan konsep ummah yang saling menghormati
antara satu sama lain. Baginda telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan negara
Islam di Madinah.

Isi 1 : Konsep Ummah


Ummah bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi
Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam & bukan
Islam kaum Yahudi di Madinah. Perkataan ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali
yang bererti masyarakat, kumpulan @ manusia.
Namun berikutan penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas pada
umat Islam yang tinggal di kota Madinah. Penyingkiran kaum Yahudi disebabkan mereka tidak
mematuhi Piagam, dan sekaligus terkeluar daripada lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w.
Tamadun Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Konsep ummah ialah konsep
yang unik kerana ummah yang terbina tidak berasaskan kepada bangsa, warna kulit mahupun
sempadan Geografi.
Isi 2 : Antara usaha-usaha Nabi Muhammad S.A.W dalam pembentukan ummah di Madinah ialah
menyatu dan mempersaudarakan suku Aus dan Khazraj.
Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Islam dan Nabi
Muhammand SAW, kedua-duanya golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu dengan yang lain
dan banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti Perang Sumair dan Perang Bu‟ats
sehingga mengorbankan banyak nyawa dan berlarutan sekian lama. Permusuhan ini berpunca
daripada masalah kepimpinan kerana mereka ingin menerajui pentadbiran Kota Madinah.
Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua pihak
tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Rasulullah SAW menerapkan akidah Islamiah
kepada mereka sehingga sanggup melupakan permusuhan yang berlaku antara mereka yang sekian
lama. Persaudaraan Islam menggantikan semangat Asabiyah. Menjadi titik tolak pembentukan
masyarakat Madinah yang bersatu padu dan bekerjasama.

Isi 3 : Seterusnya Baginda Mempersaudarakan dan Menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar
Setelah Nabi Muhammad SAW berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Rasulullah SAW berusaha pula
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Rasulullah berbuat demikian adalah untuk
membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi, sosial dan politik Islam di Madinah. Sekiranya
masalah ekonomi tidak dapat diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah sukar bagi baginda untuk
membangunkan sebuah negara yang benar-benar kukuh.
Mereka bergaul dan bermesra seperti saudara kandung sendiri sesuai dengan sabda nabi
Muhammad saw yang bermaksud “Bersaudaralah kamu dengan persaudaraan Allah berdua-duaan”
contohnya Saidina Umar al-Khattab dengan Utbah b Malik. Dengan persaudaraan ini, orang
Muhajirin mempunyai kekuatan untuk berada di tempat baharu selepas meninggalkan kampung
halaman mereka sehelai sepinggang.

Isi 4 : Usaha seterusnya ialah mendirikan dan memakmurkan Masjid.


Masjid menjadi lambang kesatuan ummah dan umat Islam. Sebelum Nabi Muhammad SAW tiba di
Madinah, baginda tiba di sebuah perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang 3 kilometer dari
Madinah. Di sini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu masjid pertama yang dibina dalam
sejarah umat. Pembinaan masjid ini menunjukkan bahawa ibadat menjadi tempat kesatuan ummah
untuk berkumpul. Masjid juga menjadi institusi keilmuan bagi Rasulallah SAW mengembangkan
dakwah Islamiah. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta
berbincang (bermesyuarat) bagi menyelesaikan sebarang masalah.
Pada peringat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga. Masjid pertama yang
dibina di Madinah ialah Masjid Nabi (Nabawi). Masjid ini dibina di atas tanah milik 2 orang yatim,
iaitu Sahl dan Suhail yang diberi hanya 10 Dinar sahaja. Pembinaan masjid bukan sahaja
mengukuhkan pembentukan ummah malah telah melipat gandakan usaha-usaha dakwah.

Isi 5 : Selain itu, Nabi turut menggubal perlembagaan negara-Sahifah Madinah


Perlembagaan untuk Negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk
menjamin perpaduan dalam kalangan penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti atau ummah dan
menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam. Perlembagaan ini diwujudkan hasil daripada persetujuan
bersama antara orang Islam dengan orang Yahudi. Pada dasarnya, ke semua penduduk Madinah
menerima perlembagaan ini secara terbuka.
Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan seperti tanggungjawab
bersama untuk mempertahankan Madinah, kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas peraturan,
perlembagaan dan kedudukan Rasulullah SAW sebagai ketua negara. Tindakan tersebut
menyebabkan kedudukan Islam di Madinah semakin kukuh dan membuka jalan kepada
pembentukan ummah pelbagai kaum di bawah pemerintahan kerajaan Islam Madinah.

Isi 6 : Di samping itu, pembentukan ummah pada zaman Nabi berkaitan dengan kejayaan
Penyusunan Pentadbiran.
Nabi Muhammad SAW menyusun dan membentuk dasar pemerintahan kerajaan Islam dengan
menubuhkan struktur pemerintahan, iaitu membentuk organisasi kerajaan yang merangkumi
pelbagai jawatan, melantik pegawai, dan kakitangan di peringkat pusat dan wilayah.
Selain itu, baginda turut menubuhkan dan membentuk sistem kewangan yang merangkumi sumber
kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanimah, dan lain-lain. Selain bidang kewangan, Nabi
Muhammad SAW turut menubuhkan pasukan tentera. Tujuannya adalah untuk mempertahankan
kesucian serta kedaulatan agama dan negara.
Rasulallah SAW telah berjaya menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat
jihad yang tinggi. Tentera Islam telah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang
Khandak, Mu‟tah, dan sebagainya. Dengan menubuhkan dan menyusun pentadbiran yang telah
sistematik dapat menggerakkan negara Islam dengan lebih tersusun, semua pihak akan
bertanggungjawab terhadapnya, maka perpaduan ummah dapat dibentuk dengan jayanya.

Isi 7 : Akhir sekali ialah kejayaan dakwah dan diplomatik.


Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Beberapa utusan telah di hantar untuk menjalin hubungan
diplomatik di samping berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah,
Yamamah, Mesir dan lain-lain. Ada antara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.
Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan banyaknya.
Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada 100,000
orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang
telah mendengar khutbah baginda yang terakhir.

Kesimpulan
Usaha penyebaran Islam menerusi misi dakwah dan diplomatik dapat dilihat sebagai usaha
membentuk ummah yang lebih luas yang tidak terhad di Madinah tetapi di luar wilayah dan
sempadan negara Islam. Sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan yang
besar terhadap usaha-usaha penyebaran Islam. Ia juga sekaligus menunjukkan bahawa Nabi
Muhammad adalah seorang pemimpin yang unggul. Oleh itu, tidaklah menghairankan jika baginda
juga digelar sebagai seorang negarawan.

SOALAN 6 : HURAIKAN KEPENTINGAN PIAGAM MADINAH KEPADA PEMBANGUNAN MASYARAKAT


MADINAH.

Pendahuluan
Selari dengan terbentuknya Negara Islam, Nabi Muhammad SAW telah bertindak menggubal sebuah
perlembagaan atau piagam berdasarkan al-Quran untuk diterima pakai serta dijadikan panduan
kepada setiap warga Madinah dalam bidang politik, pentadbiran, hubungan sosial, dan ekonomi.
Piagam Madinah mengandungi 47 fasal. Sebanyak 23 fasal diperuntukkan untuk orang Islam dan
selebihnya diperuntukkan kepada orang bukan Islam

Isi 1 : Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai pemimpin negara Islam Madinah
Penerimaan Rasulullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda
sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa.
Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-apa dasar negara dan untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa.

Isi 2 : Orang Islam diwajibkan hidup dalam keadaan bersaudara


Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka
hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh
Islam. Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di
Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
Contohnya, ekonomi golongan Muhajirin dapat dipulihkan dengan bantuan golongan Ansar. Begitu
juga dengan kaum Aus dan Khazraj yang kini dapat melepaskan diri daripada eksploitasi kaum
Yahudi. Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsaArab di
Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.

Isi 3 : Setiap warga Madinah dipertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan negara
Islam Madinah.
Orang Islam dan bukan Islam, khasnya kaum Yahudi tidak boleh membuat sebarang pakatan dengan
musuh-musuh Negara Islam. Ringkasnya, sebarang bentuk pengkhianatan dan perjanjian dengan
musuh-musuh negara hendaklah dihindari. Ketegasan Baginda terbukti apabila mengusir kaum
Yahudi dari Madinah kerana tindakan kaum tersebut yang bersekongkol dengan Musyrikin Makkah
dalam Perang Uhud dan Perang Ahzab.

Isi 4 : Peruntukkan mengenai kebebasan beragama kepada warga Madinah.


Orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberikan peluang kepada orang bukan Islam
bergaul dengan orang Islam. Melalui pergaulan ini, orang bukan Islam dapat memerhati akhlak dan
personaliti orang Islam serta cara ibadat yang dilaksanakan dengan disiplin tertentu. Ini telah
menarik minat orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Contohnya Khalid bin al-Walid.

Isi 5 : Tegas terhadap golongan yang melanggar Piagam Madinah


Golongan Yahudi telah dihalau dari Madinah akibat tindakan mereka yang tidak menghormati dan
melanggar kandungan Piagam Madinah. Bani Qainuqa” dihalau kerana tindakan mereka yang
menghina kemenangan orang Islam dalam Perang Badar serta mencemarkan maruah wanita Islam.
Kaum lelaki Bani Quzairah pula dibunuh, manakala harta benda mereka dirampas kerana membantu
musuh kerajaan Islam ketika Perang Ahzab.

Isi 6 : Piagam Madinah juga menjadi asas penyelesaian terhadap pelbagai masalah.
Golongan Muhajirin, Ansar dan kaum Yahudi. Golongan Muhajirin yang berhijrah dalam keadaan
sehelai sepinggang dapat dibantu melalui konsep persaudaraan yang diperkenalkan oleh Baginda.
Perselisihan antara kaum Aus dengan Khazraj (Ansar) yang berlaku untuk sekian lama akhirnya dapat
didamaikan melalui penghayatan ajaran Islam. Kaum Yahudi pula terpaksa patuh dengan segala
peraturan dan tidak boleh melaga-lagakan sesama golongan Arab.

Isi 7 : Terbentuklah sebuah Negara yang aman, utuh dan berdaulat


Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan
pentadbiran negara. Dengan terbentuknya Piagam Madinah, sebuah Negara Islam telah berjaya
dibentuk dan mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu
serta Madinah adalah milik bersama.
Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang bukan Islam
untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan perundangan. Mereka
mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan perbelanjaan bagi
mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.

Kesimpulan
Dengan tergubalnya Piagam Madinah,lahirnya sebuah Negara Islam pertama di dunia di Madinah,
yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.
Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-mana piagam Islam yang baru, terutama sekali
kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.

SOALAN 7 : BINCANGKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W DI MADINAH

Pendahuluan
Berpandukan piagam Madinah, Rasulullah SAW mengemudi negara dan meletakkan asas-asas
sebuah ummah yang berdaulat. Pemerintahan di Madinah boleh di bahagiakan kepada dua
peringkat iaitu zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa ar-Rasyidin. Sepanjang tempoh tersebut,
struktur pentadbiran Islam yang mantap telah berjaya di bentuk dan menjadi panduan kepada
zaman-zaman selepasnya.
Selepas peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW telah mengambil langkah awal dengan
menyatupadukan umat Islam dan bukan Islam melalui konsep pembentukan ummah. Semasa
ketibaan Baginda di kota Madinah ini terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab
dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj, dan orang Muhajirin.
Manakala orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya Bani
Qainuqa; Bani Quraizah; dan Bani Nadir.

Isi 1 : Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di Madinah
dan telah menulis satu piagam iaitu Piagam Madinah.
Nabi Muhammad S.A.W telah membuat perjanjian dengan seluruh penduduk Madinah untuk
mententeramkan keadaan gawat di Madinah dengan memperkenalkan Piagam madinah. Sahifah al-
Madinah atau piagam Madinah menjadi sistem perundangan dan teras pentadbiran baginda.
Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal ini menyentuh tentang tanggungjawab orang Islam dan
bukan Islam yang mendiamikota Madinah. Sistem ini menjadi sistem pemerintahan yang
bersistematik dan berkesan dengan mengamalkan sistemberbentuk teokrasi dan demokrasi Islam.
Sebagai contoh 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam
sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin. 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang
hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi. Kesimpulannya, Piagam Madinah telah
berjaya membawa keamanan dan kemakmuran kepada Negara Islam yang berpusat di Madinah.

Isi 2 : Nabi Muhammad S.A.W menjadi pemimpin tertinggi negara.


Sebagai ketua negara atau ketua pemerintah, Rasulullah SAW juga bertindak sebagai ketua agama,
ketua hakim, ketua tentera, dan pemimpin masyarakat. Baginda akan merujuk kepada majlis Syura
apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan Negara. Rasulullah SAW mengetuai sendiri kuasa
eksekutif (perlaksanaan), kehakiman, dan legislative (tasyri”i-penggubalan undang-undang).
Kesimpulannya, semua tugas berkaitan Negara menjadi tanggungjawab baginda dan tugas tersebut
dilaksanakan dengan telus.

Isi 3 : Beberapa jawatan diwujudkan untuk membantu ketua negara.


Nabi Muhammad SAW telah melantik pembantu untuk membantu baginda dalam hal ehwal
pemerintahan. Pada zaman Nabi, mereka ini dikenali sebagai wazir. Rasulullah SAW telah meminta
pandangan mereka dan menyerahkan hal ehwal pemerintahan, mahkamah, peperangan dan urusan
umum yang lain kepada mereka. Selain wazir terdapat juga jawatan-jawatan lain yang diwujudkan
untuk membantu Rasullullah S.A.W seperti pemegang amanah, wali, kadi dan lain-lain. Tegasnya,
pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W di Madinah dapat diuruskan dengan baik dan lancar dengan
bantuan yang ada.

Isi 4 : Bagi memantapkan pemerintahan di kota Madinah, satu institusi pemerintahan telah
ditubuhkan, iaitu Majlis Syura.
Majlis Syura ini terdiri daripada ketua golongan Muhajirin, Ansar, para sahabat yang terdekat,
panglima tentera dan mereka yang arif dalam sesuatu bidang terutamanya dalam bidang politik dan
ekonomi. Melalui majlis ini, sistem perbincangan dan rundingan (musyawarah) diadakan dalam
menentukan sesuatu keputusan dan tindakan. Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan atau
pentadbiran dibuat melalui persetujuan bersama hasil daripada perbincangan tersebut. Sebagai
contoh, Nabi Muhammad SAW mengamalkan prinsip musyawarah dan menjalankan semasa
mewujudkan persaudaraan antara golongan Ansar dan Muhajirin dan juga mendamaikan
permusuhan antara suku Aus dan Khazraj iaitu penduduk asal Madinah. Demikian juga semasa
baginda mengadakan musyawarah dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin
Makkah tentang cara-cara umat Islam menghadapi dan berhadapan dengan serangan orang Quraisy.
Kesimpulannya, Majlis Syura telah berjaya menyelesaikan banyak masalah yang timbul sewaktu
pemerintahan Negara Islam Madinah.

Isi 5 : Dalam mempertahan kota Madinah, Nabi Muhammad SAW telah membina angkatan
tentera Islam.
Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa baginda memerintah Madinah. Pembentukan
angkatan tentera Islam adalah untuk mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman
musuh Islam terutamanya daripada kaum musyrikin. Pembentukan angkatan tentera ini
membolehkan umat Islam Madinah menghadapi beberapa siri serangan orang musyrikin Makkah.
Antara peperangan yang berlaku adalah seperti perang Badar, perang Uhud, dan perang Khandak.
Ekspedisi ketenteraan pada zaman nabi Muhammad SAW terbahagi kepada dua, iaitu; Ekspedisi
yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW yang dipanggil “ghazwah”; Ekspedisi ketenteraan yang
tidak disertai oleh Nabi Muhammad yang dikenali sebagai “sariyah”;. Angkatan tentera Islam telah
berjaya menjulang nama kerajaan Islam Madinah dengan kemenangan-kemenangan yang
diperolehi.

Isi 6 : Meningkatkan fungsi institusi masjid.


Masjid telah dibina dan menjadi institusi terpenting bukan sahaja. Sebagai pusat ibadat malah
menjadi pusat pemerintahan serta penyebaran ilmu, kebudayaan, dan pertemuan umat Islam dalam
menyelesaikan sebarang masalah rakyat. Sebagai contoh, masjid Nabawi yang menjadi tempat
ibadat dan tempat pentadbiran Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan bahawa dalam pentadbiran di
kota Madinah, agama dan politik tidak dipisahkan.
Isi 7 : Pengasas dasar ekonomi Islam
Dasar ekonomi Islam menggantikan ekonomi jahiliyah. Larangan riba, menipu timbangan,
mewajibkan zakat dan menggalakkan umat Islam mencari rezeki yang halal dan menjauhi yang
haram. Dalam bidang pertanian orang Islam digalakkan mengusahakan tanah terbiar, menebus
tanah yang tergadai daripada orang Yahudi. Dalam bidang perdagangan mereka digalakkan
memecah monopoli perdagangan orang Yahudi. Tegasnya, Nabi Muhammad SAW akhirnya berjaya
menukar sistem ekonomi jahiliyah kepada sistem ekonomi Islam sewaktu pemerintahannya di
Madinah.

Kesimpulan
Kebijaksanaan pemerintahan Nabi Muhammad SAW telah berjaya membina masyarakat yang
bersatu padu di samping dapat mewujudkan kestabilan politik dan pembinaan Negara Islam yang
kukuh, makmur dan berdaulat.

SOALAN 8 : BINCANGKAN ASPEK KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W. DALAM BIDANG


KETENTERAAN SEMASA BAGINDA MENGETUAI KERAJAAN ISLAM MADINAH.

Pendahuluan
Nabi Muhammad SAW telah melaksanakan tugas baginda sebagai Nabi dan Rasul yang mendidik
manusia ke arah beriman kepada Allah S.W.T. Di samping tanggungjawab tersebut, baginda turut
menjadi pemimpin tentera bagi setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya iaitu sebanyak 27 kali.
Di antara peperangan yang terawal dalam sejarah Islam ialah perang Badar, perang Uhud, perang
Khandak dan beberapa perang yang lain. Kepimpinan baginda terserlah dalam pengurusan perang
melalui setiap perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan pengawalan peperangan. Aspek
kepimpinan Nabi Muhammad SAW berdasarkan kepada tiga perkara asas iaitu akidah, akhlak yang
mulia dan syariat.

Isi 1 Aspek akidah


Dalam bidang ketenteraan, antara aspek kepimpinan Nabi Muhammad SAW ialah akidah. Tentera
Islam mestilah mematuhi perintah Allah serta menuntut keredhaanNya. Berdasarkan akidah,
baginda dan para sahabatnya tidak gentar menghadapi musuh. Baginda menyemai keyakinan
tentera Islam dengan semangat jihad dan menanam semangat juang yang kental ketika menghadapi
musuh walaupun jumlah tentera Islam lebih kecil.
Contohnya semasa Perang Badar, tentera Islam berjumlah 313 orang manakala tentera Musyrikin
Makkah berjumlah lebih 1000 orang tetapi umat Islam telah mencapai kemenangan kerana akidah
yang teguh. Seperti kisah Saidina Abu Bakar as-Siddiq, ketika dalam peperangan, beliau ingin
menikam seorang kafir dan sebelum ditikamnya, orang kafir itu sempat meludah ke muka Abu Bakar
lalu beliau menjadi marah dan tidak jadi membunuh orang tersebut. Ini kerana Abu Bakar tidak
mahu membunuh kerana marah tetapi membunuh hanya kerana Allah semata-mata. Sifat Abu Bakar
yang dididik Nabi Muhammad SAW. Ini di kagumi oleh orang kafir tersebut. Lalu diriwayatkan orang
kafir itu masuk Islam setelah peristiwa itu. Kesannya bilangan umat Islam semakin bertambah.
Kepimpinan Nabi dalam ketenteraan semakin terserlah.

Isi 2 Akhlak yang mulia


Kepimpinan Nabi juga terserlah apabila menunjukkan akhlak yang mulia di dalam peperangan.
Baginda bertindak memulangkan semula harta musuh yang sudah ditawan. Baginda mengamalkan
konsep keadilan dan sentiasa bersikap adil sama ada kepada kawan mahupun musuh. Contohnya
semasa Perang Hunain dan Taif, harta benda dipulangkan semula kepada musuh. Semasa baginda
membahagikan harta rampasan perang, harta dibahagikan secara adil kepada semua sahabat yang
menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari
medan perang atau kaum-kaum yang lemah. Tindakan baginda telah memikat hati pihak musuh
untuk memeluk agama Islam.

Isi 3 Memperkenalkan Etika perang


Baginda bertindak mengikut syariat dengan memperkenalkan etika perang dalam Islam. Walaupun
orang Islam telah diizinkan oleh Allah untuk berperang, mereka tidak boleh bertindak sesuka hati.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Dan perangilah di atas jalan Allah orang yang memerangi
kamu (tetapi janganlah melampau batas), sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang
melampaui batas”. Oleh kerana kegiatan ketenteraan bertujuan menjaga kesucian agama, menjamin
kesejahteraan umat dan kebahagiaan manusia sejagat, etika peperangan sangat penting. Antara
etika perang tersebut ialah :

• Memberi pilihan sebelum berperang iaitu masuk Islam, bayar jizyah dan berperang
• Tentera Islam dilarang bertindak kejam terhadap tawanan perang, dan musuh yang telah mati.
• Tentera Islam dilarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua.
• Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang beribadat dan orang awam.
• Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang telah lari.
• Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan tanaman awam.
• Berhenti berperang sekiranya musuh minta berdamai.
• Patuh kepada ketua.
• Tidak boleh lari dari medan peperangan.
• Dibolehkan melakukan tipu muslihat dalam peperangan.
Ciri-ciri kepimpinan Nabi yang berasaskan syariat menjadikan baginda disegani tentera Islam dan
pihak lawan.

Isi 4 : Strategi dan taktik peperangan


Aspek kepimpinan yang ditunjukkan Nabi Muhammad SAW yang seterusnya ialah akal dan ilmu
pengetahuan. Baginda ialah seorang pemikir ketenteraan yang bijak dengan mengatur strategi dan
taktik peperangan yang berkesan. Antara peperangan yang mengandungi strategi yang diatur oleh
baginda ialah perang Badar, perang Uhud dan perang Khandak. Dalam perang Badar, strategi yang
digunakan ialah sistem saf dan menguasai tempat strategi. Strategi pertahanan parit telah digunakan
dalam perang Khandak seperti yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi. Taktik mengepung dan
menyerang secara bertubi-tubi telah digunakan dalam perang Taif.
Manakala dalam perang Tabuk, taktik tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan telah digunakan.
Strategi dan taktik peperangan yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW telah membantu
kejayaan tentera Islam di medan perang seterusnya mengukuhkan kedudukan agama Islam dan
kerajaan Islam Madinah.

Kesimpulan
Berdasarkan aspek-aspek kepimpinan yang telah dibincangkan, baginda telah menunjukkan ciri-ciri
kepahlawanan yang tidak ada taranya. Aspek kepimpinan tersebut telah dicontohi oleh pemimpin-
pemimpin Islam yang seterusnya seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin
Affan, Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.
SOALAN 9 : NABI MUHAMMAD S.A.W BUKAN SAHAJA SEORANG NABI DAN RASUL TETAPI JUGA
SEORANG NEGARAWAN.” BINCANGKAN PERNYATAAN INI.

Pendahuluan
Latar belakang Nabi Muhammad S.A.W
Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah. Daripada keturunan Bani
Hasyim; dari puak Quraisy. Baginda disusui oleh Halimatun Saadiah. Ketika berusia 6 tahun
bondanya Siti Aminah meninggal dunia di al-Abwa”. Ayahandanya meninggal dunia ketika baginda
masih dalam kandungan ibunya. Baginda diserahkan kepada datuknya Abdul Mutalib. Kemudian
baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib. Baginda pernah menjadi penggembala kambing.
Mulai usia 12 tahun baginda sering mengikuti rombongan perdagangan Makkah ke Syam.
Baginda bergelar al-Amin kerana kejujurannya. Ketika berusia 25 tahun, baginda berkahwin dengan
Siti Khadijah binti Khuwailid yang berusia 40 tahun. Setiap tahun baginda akan mengasingkan diri di
Gua Hira‟ selama sebulan. Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril
pada 17 Ramadhan 610 M di Gua Hira‟.

Definisi Nabi
Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril
untuk kegunaan dirinya sahaja.

Definisi Rasul
Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melalui malaikat Jibril
dan ia diperintahkan untuk menyampaikannya kepada orang lain baik orang yang tidak ia kenal
mahupun yang memusuhinya

Definisi Negarawan
Seorang ketua, ahli politik, pentadbir, membuat pembaharuan, pembangunan dan memakmurkan
rakyat.

Isi 1 : Nabi Muhammad SAW seorang Nabi dan Rasul


Baginda diakui sebagai Nabi dan Rasul melalui 3 cara iaitu :
i. Menerusi kitab-kitab suci iaitu al-Quran, Taurat, Injil & Zabur.
ii. Melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu, memiliki sifat-sifat mulia seperti siddiq,
amanah, tabligh dan fatanah. Tanda-tanda kenabian sewaktu Nabi Muhammad SAW masih
kanak-kanak lagi sewaktu dada Baginda di bedah oleh Malaikat Jibril untuk dibersihkan,
sewaktu Baginda menemui Bahirah (seorang paderi) di Syam.
iii. Melalui bukti-bukti sejarah. Selama 13 tahun di Makkah iaitu sejak turunnya wahyu pada 610M
hingga berlakunya hijrah ke Madinah pada tahun 622M. Ada yang menyokong dan ada yang
menentang (kaum musyrikin Quraisy) Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al-
Quran.
Baginda menjalankan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba menunjukkan
kuasa-kuasa luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allah s.w.t. Sebagai
pendakwah, Nabi menunjukkan sifat-sifat sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang
teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama tentang aspek akidah. Al-Quran sebagai bukti
kerasulan merupakan mukjizat terbesar yang pernah dianugerahkan oleh Allah kepada Nabi
Muhammad s.a.w.
Isi 2 : Seterusnya, Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin masyarakat berjaya menyatukan
semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
Menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Berjaya
mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah (Ansar, Muhajirin dan Yahudi) seperti yang
terkandung dalam Piagam Madinah. Baginda menyeru supaya mereka bekerjasama dan bantu
membantu serta memikul tanggungjawab mempertahankan kota Madinah. Berjaya mengekalkan
perpaduan masyarakat Madinah (Ansar, Muhajirin dan Yahudi) Baginda berjaya menghapuskan
batas-batas perbezaan kaum melalui konsep ummah

Isi 3 : Selain itu, Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin politik


Baginda mendirikan Negara Islam Madinah. Nabi Muhammad s.a.w menjadi ketua negara Islam
Madinah. Berjaya mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin Yathrib melalui Perjanjian
Aqabah. Baginda memperkenalkan sistem syura / musyawarah untuk dilaksanakan dalam semua
bidang politik dan ekonomi. Baginda boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana
inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan Mesir.

Isi 4 : Nabi Muhammad S.A.W sebagai perancang ekonomi


Baginda memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi menggantikan dasar ekonomi Zaman Jahiliyah.
Baginda berusaha membangunkan ekonomi orang Islam yang tergadai kepada kaum Yahudi. Baginda
menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian.
Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan dunia diharuskan asalkan tidak melibatkan riba,
penipuan serta menunaikan zakat.

Isi 5 : Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin tentera


Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan. Baginda menjadi
pemimpin dalam ekspedisi ketenteraan yang disertainya. Dalam bidang ketenteraan, asas
kepimpinan Baginda ialah akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Baginda bertindak mengikut
peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah swt. Baginda mengamalkan sikap amanah dan tidak
mudah lemah semangat dalam menghadapi musuh.
Baginda sentiasa bersikap adil kepada semua orang tidak kira kawan atau musuh. Contoh Baginda
membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan-kawan yang menyertai
peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang
atau kaum-kaum yang lemah.
Baginda berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan kepada pasukan
tentera Islam dalam Perang Badar (taktik tunggu dan lihat) dan Perang Khandak (taktik bertahan
dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah) Jelaslah Rasulullah SAW terserlah sebagai
pemimpin tentera yang hebat dan digeruni oleh pihak lawan.

Kesimpulannya
Nabi Muhammad SAW bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul yang disegani tetapi merupakan
seorang pemimpin yang berjaya dalam pelbagai bidang. Baginda telah berjaya membina Tamadun
Islam yang diwarisi oleh khalifah-khalifah selepasnya yakni pada zaman Khulafa al-Rasyidin. Ciri
kepimpinan Rasulullah SAW telah menjadi contoh dan diikuti oleh para sahabat yang menjadi
khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

SOALAN 10 : HURAIKAN KONSEP DAN CIRI-CIRI KHALIFAH PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN
Pendahuluan
1. Institusi khalifah amat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia merupakan lambang
pembinaan negara Islam sebenar yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
2. Ia adalah contoh pemerintahan terbaik sebagai panduan kepada pemimpin untuk membentuk
negara yang bertamadun.
3. Institusi khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW sehingga zaman kerajaan
Abbasiyah

Isi 1 : Khalifah membawa maksud pengganti Nabi Muhammad SAW


Konsep khalifah merujuk kepada jawatan sebagai ketua Negara yang menggantikan Nabi
Muhammad SAW selepas kewafatannya untuk memerintah dan mentadbir negara dan umat Islam.
Tugas dan tanggungjawab khalifah sama seperti Rasul tetapi mereka tidak menerima wahyu. Tugas
khalifah ialah memelihara dan menegakkan syiar Islam serta mentadbir dunia selaras dengan hukum
syarak yang berlandaskan Al Quran dan Hadis. Contoh khalifah selepas kewafatan Nabi ialah Saidina
Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab. Tegasnya, institusi khalifah ini sangat penting bagi memastikan
pemerintahan berlandaskan Al Quran dan Sunnah

Isi 2 : Sebagai pemimpin tertinggi Negara


Seorang khalifah mestilah seorang yang berilmu Ilmu yang dimiliki oleh seorang khalifah
membolehkan seorang khalifah membuat keputusan yang tepat terhadap permasalahan agama dan
duniawi. Seorang khalifah bukan sahaja perlu ilmu agama tetapi juga perlu memiliki ilmu keduniaan
seperti perundangan dan kewangan. Ilmu yang dimiliki juga akan dapat membantu melicinkan
urusan pemerintahan dan pentadbiran. Misalnya, khalifah Saidina Abu Bakar merupakan seorang
khalifah yang bijak dan berilmu hingga mampu menyelesaikan masalah negara seperti masalah
orang murtad. Jadi, ilmu amat penting dalam menyelesaikan masalah negara

Isi 3 Seorang khalifah juga mesti bersifat adil


Pemimpin yang bersifat adil adalah khalifah yang bercakap benar, amanah, sabar, menjaga batas
pergaulan dan menjauhi dosa. Sifat keadilan yang dimiliki juga hendaklah berpaksikan kepada al-
Quran dan sunnah. Misalnya, semua khalifah ar-Rasyidin yang dilantik telah menunjukkan
keadilannya dalam pemerintahan mereka. Tegasnya di sini, keadilan akan dapat mewujudkan
kemajuan, kesejahteraan, dan keharmonian kepada rakyat dan negara.

Isi 4 : Seorang khalifah juga mesti mempunyai kreadibiliti dan keupayaan pentadbiran negara
Seorang yang dilantik menjadi khalifah hendaklah mencukupi syarat-syarat taklif ia itu kesempurnaan
diri seperti Islam, lelaki, baliqh, berakal dan merdeka. Selain itu khalifah juga tidak buta, bisu dan
sempurna anggota badan. Ini bagi memudahkan khalifah menguruskan kepimpinan. Kesannya,
khalifah dapat menguruskan pentadbiran dalam dan luar Negara dengan lebih mudah dan lancar.

Isi 5 : Seorang khalifah juga perlu memiliki tubuh badan yang sihat dan tidak berpenyakit.
Semua khalifah ar-Rasyidin yang dilantik merupakan seorang yang sempurna fizikal dan mental Ciri
ini penting kerana khalifah adalah pemimpin negara yang memerlukan kecerdasan dan kewarasan
untuk menyelesaikan sesuatu masalah negara. Sekiranya khalifah tidak waras dan berpenyakit ini
akan menyukarkan khalifah untuk mentadbir negara. Contohnya, khalifah Umar al-Khattab yang
dilantik menjadi khalifah merupakan seorang yang sihat dan kuat dan pernah menjadi penglima
perang. Tegasnya, tubuh badan yang sihat dan berfikiran cerdas adalah perlu bagi seorang khalifah
untuk memastikan pemerintahannya berjalan dengan lancer demi kemajuan negara dan syiar Islam
itu sendiri

Isi 6 : Khalifah yang dilantik juga mempunyai personaliti tokoh dan status dalam sesebuah
masyarakat.
Dalam pemilihan seseorang khalifah, status dan personaliti juga diambil kira. Biasanya khalifah yang
dilantik berasal daripada keturunan mulia, ramai pengikut dan pengaruh, berusia matang dan
berani. Selain itu khalifah juga pandai berpidato dan berhujah, bijak bermain senjata, peramah dan
sebagainya. Saidina Abu Bakar contohnya, merupakan seorang pemimpin terkenal dan dihormati
dalam kalangan bangsa Arab juga dari keturunan Bani Tamim. Status dan personaliti khalifah juga
amat penting sebelum seseorang itu dilantik menjadi khalifah bagi menjamin pentadbiran yang lebih
mantap.

Kesimpulan
Khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat terhadapnya. Oleh
itu, khalifah yang dipilih sepatutnya memiliki keupayaan dan kemampuan dalam pelbagai aspek
terutamanya keagamaan dan kemahiran dalam mentadbir. Perlantikan tanpa kelayakan
menyebabkan sesebuah kerajaan itu musnah

SOALAN 11 : NILAIKAN DASAR-DASAR MAHARAJA AURANGZEB BAGI MEMARTABATKAN AGAMA


DAN UMAT ISLAM DI INDIA PADA ABAD KE-17 MASIHI.

Pengenalan
Muhiuddin Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir 1 atau lebih dikenali sebagai Maharaja
Aurangzeb merupakan sultan keenam Kerajaan Moghul di India. Baginda dilahirkan pada 4
November 1618 dan menaiki takhta pada tahun 1659 selepas berjaya menyingkirkan bapanya, Shah
Jehan. Baginda turut dikenali sebagai Alamgir 1 yang bermaksud “pemegang alam”. Baginda
memerintah empayar Moghul selama 49 tahun dan berakhir dengan kematiannya pada tahun 1707
ketika berumur 89 tahun. Sepanjang pemerintahannya, baginda telah melaksanakan beberapa dasar
yang telah berjaya memartabatkan semula agama dan umat Islam di India berbanding semasa era
pemerintahan datuknya Maharaja Akbar.

Isi 1 : Dari segi pentadbiran dan pemerintahan


Aurangzeb melaksanakan dasar Islam yang jelas dalam pentadbirannya. Baginda melaksanakan
perundangan Islam berpandukan buku perundangan yang terkenal iaitu Fatwa Alamgir. Para ulama
dilantik sebagai penasihat dalam pentadbirannya. Lembaga penapis ditubuhkan untuk melahirkan
masyarakat yang berakhlak dan tidak melanggar peraturan Islam. Aurangzeb turut menggubal satu
dasar pemerintahan baharu iaitu menyekat pengaruh Hindu dengan menghadkan orang Hindu
daripada memegang jawatan penting dalam negara tetapi membenarkan mereka memegang
jawatan di peringkat rendah. Tegasnya, dasar ini dilaksanakan sebagai salah satu strategi dalam
mengukuhkan pengaruh umat Islam dalam pentadbiran empayar Moghul di India

Isi 2 : Dari segi ekonomi


Aurangzeb telah memperkenalkan semula bayaran jizyah kepada orang bukan Islam dengan kadar
yang rendah. Sebelum ini jizyah telah dihapuskan oleh Maharaja Akbar. Beliau turut menghapuskan
80 jenis cukai yang membebankan rakyat dan tidak dibenarkan dalam Islam kerana wujud unsur
kezaliman. Kesannya, dasar ekonomi Aurangzeb telah berjaya meningkatkan pendapatan negara
sekali ganda. Perkembangan ekonomi ini telah meningkatkan taraf hidup rakyat terutama
masyarakat Islam dan secara tidak langsung mengukuhkan kerajaan Moghul.

Isi 3 : Dalam hubungan luar


Maharaja Aurangzeb turut mengadakan hubungan diplomatik dengan beberapa wilayah di India
yang belum berada di bawah penguasaan kerajaan Islam dan juga negara-negara luar yang lain.
Sebagai contoh, sekitar tahun 1661 hingga 1667, Aurangzeb banyak menerima kunjungan wakil-
wakil dari negara Islam seperti Makkah, Parsi, Balkan dan Bukhara. Melalui hubungan diplomatik ini,
Aurangzeb telah berjaya menjalin hubungan persahabatan antara umat Islam di India dengan
kerajaan–kerajaan Islam lain di dunia.

Isi 4 : Dari segi keagamaan


Aurangzeb bercita-cita menjadikan India sebuah Negara Islam yang mengamalkan mazhab Ahl al-
Sunnah wal-Jamaah. Baginda merupakan seorang pemerintah yang mementingkan peranan agama
Islam di dalam pentadbirannya. Baginda bersikap keras terhadap rakyat yang mengabaikan hal-hal
keagamaan dan bertindak tegas terhadap golongan yang tidak beragama. Baginda amat
menggalakkan orang bukan Islam memeluk Islam. Sebagai seorang pemerintah yang taat kepada
agama, Maharaja Aurangzeb turut menghapuskan amalan-amalan yang menyeleweng daripada
ajaran Islam yang sebenar. Umpamanya ajaran Din ilahi yang diasaskan oleh Maharaja Akbar. Begitu
juga dengan adat resam yang diamalkan pemerintah sebelumnya yang dianggap karut seperti Adat
Darshan (amalan di mana seorang raja akan menunjukkan mukanya kepada rakyat di waktu pagi).
Selain itu, Aurangzeb juga bertindak tegas dengan membasmi segala bentuk kemungkaran yang
bertentangan dengan ajaran Islam.
Contohnya mengharamkan arak, hiburan dan juga perjudian. Aurangzeb juga telah melancarkan
kempen menyekat pengaruh agama Hindu, melarang orang Islam mempelajari agama Hindu dan
memasuki sekolah Hindu. Sebagai contoh, baginda telah melarang pembinaan kuil baru dan
meruntuhkan beberapa kuil Hindu di daerah Banaras, Gujarat dan Orisa atas alasan kuil ini
digunakan sebagai tempat membangkitkan semangat rakyat untuk menentangnya. Baginda juga
turut melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya dalam pentadbirannya dengan tegas.
Kesannya, dasar keagamaan yang diamalkan oleh Aurangzeb telah berjaya mengukuhkan semula
pengaruh Islam dalam kerajaan Moghul di India.

Isi 5 : Menyentuh dasar sosialnya


Maharaja Aurangzeb merupakan pemerintah yang menolak kemewahan hidup dalam
pemerintahannya. Baginda juga telah menghapuskan semua bentuk hiburan dan perkara yang tidak
berfaedah kepada masyarakat dan agama. Misalnya, baginda telah menghapuskan persembahan
emas dan tembaga oleh para pembesar kepada raja-raja pada hari ulang tahun raja. Wanita yang
menjadi penari di istana sebelumnya digalakkan berkahwin, dikembalikan ke tempat asal mereka
atau meninggalkan wilayah di bawah kekuasaan kerajaan Moghul.
Bagi memastikan rakyat mematuhi ajaran Islam, Aurangzeb telah menubuhkan sebuah Lembaga
Penapis yang bertugas sepanjang masa mengawasi tingkah laku rakyatnya. Gejala-gejala keruntuhan
moral seperti perjudian dan pelacuran turut diharamkan. Aurangzeb juga telah memperkenalkan
takwim tahun hijrah bagi menggantikan takwim al-IIahi yang tidak Islamik yang digunakan pada
zaman Akbar. Tegasnya, dasar sosial yang dilaksanakan dalam pemerintahan Aurangzeb telah
berjaya mempertahankan maruah agama dan umat Islam di India.
Kesimpulannya
Maharaja Aurangzeb telah berjaya meletakkan suatu zaman keagungan dalam sejarah peradaban
Islam di India. Dasar-dasar yang dilaksanakan dalam pentadbiran baginda telah berjaya
memartabatkan semula kedudukan agama dan umat Islam di India. Meskipun terdapat beberapa
kelemahan pada zaman pemerintahannya, namun kejayaan baginda mendepani pelbagai ancaman
dalaman dan luaran menggambarkan beliau seorang pemerintah yang berjaya pada zamannya.

SOALAN 12 : BINCANGKAN KONSEP JIHAD DAN JENIS-JENIS JIHAD MENURUT PANDANGAN ISLAM.

Pendahuluan
Jihad dilaksanakan untuk menjalankan misi utama manusia iaitu menegakkan ad-Din Allah atau
menjaga ad-Din agar tetap tegak, dengan cara-cara sesuai dengan garis perjuangan para Rasul dan
al-Quran. Jihad yang dilaksanakan Rasul adalah berdakwah agar manusia meninggalkan kemusyrikan
dan kembali kepada aturan Allah, menyucikan hati, memberikan pengajaran kepada umat dan
mendidik manusia agar sesuai dengan tujuan penciptaan mereka yaitu menjadi khalifah Allah di
bumi.

Konsep Jihad
Jihad menurut Kamus Dewan adalah suatu peperangan yang suci melawan orang-orang kafir kerana
mempertahankan agama Islam atau perang sabil dan penentangan atau perlawanan terhadap
anasir-anasir yang hendak merosakkan agama Islam.
Dari segi bahasa jihad bererti kesulitan atau beban atau kesungguhan dan keupayaan terakhir.
Perkataan al-Jahdu dan al-Jihad menurut pengertian bahasa Arab adalah pengerahan segenap
tenaga manusia untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau menolak sesuatu yang dibenci.
Menurut istilah syarak pula, makna jihad ialah perang dan membantu semua persiapan perang
semua persiapan perang. Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad.
Misalnya, Mazhab Hanafi mentakrifkan jihad sebagai mengajak orang kafir ke dalam pelukan Din al-
Haq dan memerangi mereka jika mereka menolak. Menurut pandangan Mazhab Hanafi pula, jihad
adalah mengerahkan segala kemampuan dan tenaga dengan melakukan perang fi sabilillah baik
dengan diri, harta mahupun lidah. Sementara Mazhab Syafie pula menjelaskan jihad sebagai
berperang pada jalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang-
orang kafir. Oleh itu, dengan erti kata yang luas, jihad bolehlah dimaksudkan sebagai berjuang
menegakkan kebenaran melalui cara yang diredaiNya, diistilahkan juga sebagai fi sabilillah.

Isi 1 : Jihad nyawa dan tenaga


Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yang tinggi kedudukannya kerana melibatkan
pengorbanan jiwa dan raga. Jihad seperti ini akan terjadi apabila seseorang itu terlibat dalam medan
peperangan. Kematian mereka dinobatkan sebagai mati syahid. Semua sahabat nabi bercita-cita
untuk mati syahid. Mereka dengan rela hati berjuang dan berazam tidak akan pulang melainkan
syahid di jalan Allah. Contohnya Saidina Hamzah yang telah gugur syahid dalam peperangan Uhud
menentang kafir Quraisy. Jihad ini merupakan salah satu jihad yang paling mulia di sisi Allah SWT.

Isi 2 : Jihad harta benda


Bagi golongan yang berkemampuan dan menganggap harta adalah bukan milik peribadi akan
mengorbankan wang dan harta dalam jihad fi sabilillah. Sumbangan mereka dapat menyokong usaha
ketika berperang di medan perang. Contohnya Saidina Abu Bakar al-Sisddiq yang telah
menyerahkana semua hartanya deni menegakkan syiar Islam Harta kekayaan yang disedekahkan ke
jalan Allah adalah sebagai tanda terima kasih kepada Allah dan dianggap milik bersama

Isi 3 : Jihad pemikiran, lisan dan penulisan


Idea yang bernas dan positif yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan Negara tergolong
dalam ciri-ciri jihad pada jalan Allah SWT. Contohnya Salman al-Farisi yang telah menyumbangkan
idea bagi pembinaan parit dalam Perang Khandak Islam tidak memandang darjat dan kedudukan
dalam memberikan pandangan kerana konsep syura yang diamalkan.

Isi 4 : Jihad mempertahankan kebenaran


Keamanan dan kesejahteraan yang sinonim dengan nama Islam telah menggalakkan umatnya untuk
menentang semua kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan. Segala kebatilan
yang terdapat dalam masyarakat Islam perlu ditentang melalui perbuatan, perkataan atau hati.
Contoh surah al-Baqarah ayat 12 yang menggesa umat manusia melakukan kebaikan. “Tidak, sesiapa
yang menyerah diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik, akan mendapat pahala di
sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”. Islam
menggalakkan umatnya berpesan dengan kebenaran dan kesabaran dan tidak mementingkan diri
sendiri.

Isi 5 : Jihad melawan hawa nafsu / syaitan (zahir dan batin)


Antara jihad yang paling tinggi darjatnya di sisi Islam ialah jihad melawan nafsu. Melaluinya seluruh
tenaga disalurkan supaya menuruti jalan yang digariskan oleh Allah SWT. Perjuangan melawan hawa
nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain. Mencari petunjuk agama yang benar atau
mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan nafsu. Daripada Jabir r.a. bahawasanya beliau berkata:
"Telah datang kaum contoh kepada Rasulullah s.a.w. lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua
telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju
jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab:
"Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya". Jihad ini merupakan jalan yang akan
membawa seluruh diri tertumpu kepada cintakan kepada Allah dan kerana jihad ini mereka sanggup
berkorban apa sahaja.

Isi 6 : Jihad melawan musuh kafir harbi dan golongan riddah


Kafir harbi ialah kafir yang perlu orang Islam perangi (dengan mengikut ketentuan syarak). Kafir yang
menjadi musuh Allah, musuh Rasulullah, dan musuh kaum Muslimin. Kafir ini selalu membenci Islam,
dan senantiasa menumpahkan darah kaum Muslimin. Mereka tidak henti-hentinya memerangi umat
Islam, menyiksa, membunuh, membantai, dsb. Begitu juga dengan golongan al-Riddah iaitu
golongan yang terlibat dengan gerakan anti-kerajaan Islam. Mereka terdiri daripada golongan yang
mengaku nabi, murtad dan tidak mahu membayar zakat.
Contohnya kaum Yahudi yang telah melanggar perjanjian yang termeterai antara mereka dengan
kaum Muslimin di Madinah. Abu Bakar mengambil keputusan memerangai golongan murtad selepas
beliau diangkat menjadi khalifah. Sikap berlembut dengan golongan ini akan meningkatkan lagi
bilangan mereka dan akan menggugat kerajaan Islam.

Isi 7 : Jihad menentang golongan munafik


Jihad ini bermaksud jihad menentang golongan yang berselindung di sebalik nama Islam. Banyak
ayat al-Quran membicarakan golongan ini seperti surah al-Munafiqun dan at-Taubah. Nabi menyeru
supaya orang Islam berjihad menentang orang-orang kafir dan munafik dan bertindak keras
terhadap mereka. Golongan munafik ini diketuai dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubai bin Salul yang
menjadi ketua Kabilah Khazraj. Beliau pernah dinobatkan oleh orang-orang Yahudi sebagai raja di
Yathrib (Madinah) tetapi terhalang dan tidak berjaya setelah kedatangan Nabi Muhammad s.a.w
sehingga menggagalkan rancangannya untuk menguasai Madinah. Seandainya virus munafik ini tidak
dihalang, maka aia akan terus merebak kepada umat Islam yang lain.

Isi 8 : Jihad menuntut ilmu dan menghapuskan kejahilan


Selain jihad perperang, umat manusia juga disyariatkan supaya berjuang untuk mendapatkan ilmu.
Ini penting untuk memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Umat Islam
digalakkan mempelajari segala ilmu sama ada duniawi atau ukhrawi dan tidak bergantung kepada
orang lain. Bahkan fardu kifayah juga menjadi wajib sekiranya tidak ada orang mempelajarinya.
Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz pernah ditanya, “Apakah afdhal saat ini untuk berjihad pada
jalan Allah ataukah menuntut ilmu (agama) sehingga dapat bermanfaat pada orang banyak dan
dapat menghilangkan kebodohan mereka? Apa hukum jihad bagi orang yang tidak diizinkan oleh
kedua orang tuanya, namun ia masih tetap pergi berjihad?” Jawab beliau, “Perlu diketahui bahwa
menuntut ilmu adalah bahagian dari jihad. Menuntut ilmu dan mempelajari Islam dihukumi wajib.
Jika ada perintah untuk berjihad di jalan Allah dan jihad tersebut merupakan semulia-mulianya
amalan, namun tetap menuntut ilmu harus ada jihad ternyata bukan hanya dengan berperang
mengangkat senjata. Menuntut ilmu agama bias pula disebut jihad. Bahkan sebagian ulama berkata
bahwa jihad dengan ilmu ini lebih utama daripada dengan senjata. Kerana setiap jihad mesti pula
didahului dengan ilmu.

Kesimpulan, perintah jihad dalam Islam, bukanlah perintah membunuh, tapi perintah berperang.
Yakni, upaya mempertahankan diri dari serangan musuh, untuk menahan dan menghentikan
serangannya. Jihad juga melibatkan pembersihan dan pembaikan diri seseorang individu Islam.

SOALAN 13 : BINCANGKANKAN ETIKA PEPERANGAN YANG DIANJURKAN OLEH ISLAM

Pendahuluan
Islam tidak menggalakkan peperangan. Namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat
Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad SAW telah membentuk angkatan tentera. Matlamat
penubuhan angkatan tentera adalah untuk mempertahankan negara, kesucian agama Islam, dan
menegakkan hukum Allah. Pada zaman Rasullullah SAW peperangan dibahagikan kepada ghazwah
dan sariyah. Terdapat pelbagai etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam.

Isi 1 : Etika yang paling penting ialah mematuhi arahan pemimpin atau ketua
Tujuan etika ini diterapkan ialah untuk memastikan segala perancangan yang dilakukan berkesan
dan mencapai kejayaan. Etika ini mempunyai hubungkait dengan disiplin yang telah diterapkan
kepada anggota tentera yang mendapat latihan terlebih dahulu. Ketidakpatuhan kepada ketua akan
membawa kekalahan dalam peperangan.
Contohnya yang berlaku dalam Perang Uhud pada tahun 3H/625M antara umat Islam dan Musyrikin
Quraisy. Pada peringkat awal umat Islam berjaya namun tidak bertahan lama apabila pasukan
pemanah melanggar arahan nabi Muhammad SAW untuk terus bertahan. Sebaliknya seramai 40 ahli
daripada pasukan pemanah meninggalkan kedudukan mereka untuk mengejar harta rampasan
perang. Ini menunjukkan jika tentera tidak akur kepada pemimpin, kemenangan akan berpihak
kepada pihak musuh.
Isi 2 : Etika yang kedua ialah umat Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki
kekuatan atau daya upaya.
Golongan ini juga tidak dikenakan jizyah kerana mereka dianggap tidak membahayakan Negara
Islam. Oleh itu dalam ekspedisi ketenteraan golongan ini akan diberi keutamaan agar tidak
dicederakan oleh tentera semasa berlakunya peperangan. Contohnya seperti kanak-kanak, kaum
wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Etika ini menunjukkan Islam amat mementingkan
kebajikan orang lain walaupun orang itu ialah musuh. Ini juga membuktikan bahawa agama Islam
mempunyai nilai moral yang tinggi.

Isi 3 : Etika seterusnya ialah dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau
memusnahkan tanaman dan membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat.
Hal ini kerana Islam amat mementingkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat. Tentera Islam
dianjurkan supaya menjaga keadaan alam sekeliling supaya berada dalam keadaan sedia kala.
Buktinya semasa peristiwa Rasulullah SAW mengepung Kota Ta‟if pada bulan Syawal tahun ke 8
Hijrah, harta benda musuh-musuh Islam tidak diusik sedikit pun. Ini selaras dengan anjuran Islam
yang tidak suka kemusnahan dan kehancuran tetapi lebih kepada mempertahankan maruah agama
dan negara.

Isi 4 : Tawanan perang juga akan dilayan dengan baik juga merupakan etika yang dianjurkan oleh
Islam.
Etika seumpama ini merupakan salah satu cara berdakwah yang dilakukan dalam Islam. Walaupun
terdapat cadangan yang drastik iaitu membunuh tawanan perang, namun Nabi Muhammad SAW
tidak menerima cadangan tersebut. Sebaliknya baginda menggunakan cara diplomasi dalam
menyelesaikan masalah tawanan perang. Contohnya, tawanan perang harus menebus diri mereka
dengan ilmu pengetahuan iaitu mengajar ilmu kepada penduduk Madinah sehingga pandai
membaca dan menulis atau dengan sejumlah wang tertentu. Kesannya, ramai musuh Islam tertarik
dengan agama Islam lalu memeluk agama tersebut.

Isi 5 : Islam juga mementingkan sebarang perjanjian yang dimeterai wajib dipatuhi.
Fasal-fasal yang terkandung dalam perjanjian Hudaibiyah misalnya lebih memihak kepada pihak
musuh. Walaupun demikian Nabi Muhammad SAW bersetuju dengan syarat-syarat yang terkandung
didalamnya. Persetujuan dicapai kerana baginda mempunyai misi tersendiri dan percaya
kemenangan akan berpihak kepada umat Islam. Misalnya gencatan senjata selama 10 tahun yang
berlaku antara umat Islam dan orang-orang Quraisy. Kesan dari jangka masa panjang, musuh telah
melanggar syarat gencatan senjata. Ini membolehkan Rasulullah SAW membuka Kota Makkah pada
tahun 8H.

Isi 6 : Di samping itu terdapat juga etika di mana tentera Islam dilarang mengaibkan musuh.
Jelas menunjukkan etika ini menunjukkan bahawa agama Islam adalah agama murni. Islam dapat
menyangkal pendapat yang mengatakan bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang. Islam
melarang keras tindakan mengaibkan musuh seperti mana yang dilakukan Hindun (sebelum
memeluk Islam) terhadap mayat Sayiddina Hamzah yang terkorban syahid dalam peperangan Uhud.
Implikasinya menunjukkan Islam amat menghargai sesiapa sahaja sama ada kawan atau lawan,masih
hidup atau sudah tidak benyawa lagi.
Kesimpulannya, etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam membawa kejayaan yang besar kepada
umat Islam. Etika ini jelas dipraktikkan zaman pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Implikasinya
Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan dianuti oleh sebahagian besar penduduk dunia.

SOALAN 14 : BINCANGKAN KEPENTINGAN PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI PADA ZAMAN


KERAJAAN UTHMANIYAH PADA ABAD KE-17 HINGGA KE-19.

Pendahuluan
Pada zaman kegemilangan Kerajaan Uthmaniyah, khalifahnya telah menandatangani beberapa
perjanjian, iaitu antara abad ke-17 hingga ke-19. Hubungan kerajaan Islam melalui perjanjian bukan
sahaja terhad untuk membentuk perdamaian tetapi juga menghentikan konflik daripada berlarutan.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa kepentingan dalam perjanjian tersebut dengan kerajaan
Barat atas matlamat tertentu.

Isi 1 : Perjanjian Uthmaniyah-Poland (1676)


Perjanjian ini adalah bertujuan menamatkan peperangan antara kedua-dua pihak. Pada tahun 1672,
Sultan Muhammad IV(1648-1687) telah menerajui ekpedisi menentang Poland yang berakhir dengan
perjanjian damai (1796). Dalam perjanjian ini, Poland bersetuju menyerahkan Ukraine kepada
kerajaan Uthmaniyah untuk menamatkan peperangan antara kedua-dua pihak.
Namun begitu, perjanjian ini telah membawa konflik dengan Rusia dan berlaku peperangan. Namun
begitu akhirnya kedua-dua negara memeterai perjanjian damai untuk mengelakkannya berlarutan
yang akan membawa kerugian bagi kedua-dua negara. Akhirnya, kedua-dua negara berdamai demi
kepentingan mengelak daripada mengalami kerugian teruk pada tahun 1681.

Isi 2 : Perjanjian Karlowitz (1710) dan Perjanjian Passarowit (1716)


Semasa pemerintahan Sultan Ahmad III (1603), kerajaan Uthmaniyah terdedah kepada serangan
tentera kristian di bawah pimpinan Tsar Peter. Kerajaan Uthmaniyah terpaksa menyerahkan
wilayahnya di Hungary dan kawasan Laut Hitam dengan termetrinya Perjanjian Karlowitz (1710).
Kerajaan Uthmaniyah juga telah menandatangani Perjanjian Passarowit (1716) dengan beberapa
buah kerajaan kecil Eropah seperti Venice dan Austria.
Perjanjian ini telah menamatkan Perang Petewarden walaupun kerajaan Uthmaniyah kehilangan
sebahagian besar Serbia dan Romania Kerajaan Uthmaniyah telah kehilangan banyak wilayah
jajahannya dengan termetrinya kedua-dua perjanjian tersebut tetapi yang penting peperangan
ditamatkan seperti Perang Petewarden.

Isi 3 : Perjanjian Belgrade (1739)


Konflik antara kerajaan Uthmaniyah dengan kuasa-kuasa Barat menyebabkan termetri pula
Perjanjian Belgrade. Perjanjian ini telah memberi kejayaan kepada Kerajaan Uthmaniyah
memperoleh semula wilayah Serbia Utara dan Belgrade. Kepentingan perjanjian ini pula, membawa
kejayaan kerajaan Uthmaniyah dalam mendapatkan wilayah Serbia.

Isi 4 : Perjanjian Kainarji / Kucuk Kaynarca / Catharina (1774)


Perjanjian ini mengakhiri peperangan antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia antara tahun 1768-
1774. Rusia telah diberi hak menguasai perniagaan Laut Hitam. Dalam perjanjian ini Kerajaan
Uthmaniyah terpaksa menanggung kos peperangan yang dianggarkan bernilai 4.5 juta rubble.
Perjanjian ini telah menamatkan peperangan antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia.
Kesimpulannya, termetrinya perjanjian-perjanjian Kerajaan Uthmaniyah dengan kerajaan-kerajaan
Barat mempunyai kepentingan tertentu antara satu sama lain. Setiap perjanjian mempunyai
kepentingannya, seperti memeterai perjanjian damai dan menamatkan peperangan. Jelaslah
bahawa perjanjian-perjanjian tersebut memainkan peranan penting bagisesebuah kerajaan
meluaskan jajahannya.

Soalan 1 : Sejauhmanakah Agama Wathani mendominasi agama dan kepercayaan masyarakat


Arab Jahiliah.

Pendahuluan
Agama dan kepercayaan merupakan pegangan ke arah penbentukan sahsiah individu dalam
masyarakat. Agama terbahagi kepada dua, iaitu agama Samawi yang diturunkan oleh Allah SWT
melalui nabi-nabi dan kitab-kitab. Manakala agama Ardhi adalah agama yang direka sendiri oleh
manusia. Namun begitu, agama Wathani mendominasi pegangan agama masyarakat Jahiliah di
Tanah Arab.

Isi 1 : Agama yang mendominasi pegangan agama masyarakat Arab ialah agama Wathani.
Jelas bahawa, majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Wathani. Agama ini dibawa masuk
ke Tanah Arab oleh Amru bin Luhay ketika berniaga ke Syam. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan orang Arab menyembah berhala iaitu sebagai penghormatan kepada Kaabah dan
berhala menjadi sebagai perantara antara mereka dengan Allah SWT. Sesetengah orang Arab
percaya bahawa berhala dapat memberi manfaat dan mudarat, mempunyai keberkatan, keajaiban
dan sebagainya. Berhala-berhala mereka diperbuat daripada batu, kayu dan emas. Terdapat lebih
360 berhala disekeliling Kaabah.
Sebagai contohnya, antara berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Uzza dan al-Manar. Terdapat juga
patung yang menyerupai seorang lelaki yang melambangkan kekuatan seorang lelaki iaitu al-Wad
dan al-Suwa yang menyerupai wanita yang melambangkan kecantikan wanita. Tegasnya, berhala
bukan sahaja menjadi agama sembahan nenek moyang masyarakat Arab Jahiliah tetapi menjadi aset
penting dalam menjana ekonomi mengukir patung.

Isi 2 : Walau bagaimanapun terdapat agama-agama lain yang menjadi anutan masyarakat Arab
Jahiliah. Agama seterusnya ialah agama Nasrani.
Hal ini kerana, agama Kristian mula bertapak di Kota Makkah apabila Kerajaan Rom meluaskan kuasa
dan pengaruhnya ke Yaman. Agama Kristian masih mempercayai kebesaran dan kewujudan Allah
SWT. Buktinya, mereka mendakwa bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan dan Mariam, isteri Tuhan
serta tidak mengakui kedatangan nabi akhir zaman. Kesannya,agama ini telah dikembangkan utara
Semenanjung Tanah Arab menerusi penduduk Ghassan dan Hirah.

Isi 3 : Agama Majusi turut dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliah.


Hal ini kerana, agama Majusi yang berasal dari Parsi tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui
nabi yang diutuskan oleh Allah SWT. Penganut agama ini menyembah api dan mempercayai dua
tuhan iaitu tuhan yang baik dan jahat. Sebagai contoh, mereka percaya kepada dua konsep api iaitu
api sebagai penerang dan api sebagai pemusnah. Tegasnya,agama Majusi juga menjadi anutan
masyarakat Arab Jahiliah walaupun tidak mempunyai nabi dan kitab.

Isi 4 : Agama yang dianuti masyarakat Jahiliah ialah agama Yahudi.


Hal ini dilihat apabila agama Yahudi yang berasal dari Palestin bertapak di Kota Madinah semasa
masyarakat Palestin memasuki dan mendiami Hijaz dan Yaman. Agama Yahudi dibawa oleh Nabi
Musa as serta kitab Taurat dengan beberapa pembaharuan oleh penganutnya. Misalnya, penganut
Bani Israel telah mengubah isi kandungan kitab tersebut. Kesannya, Allah SWT telah melaknat
mereka. Namun agama Yahudi masih mendapat tempat di hati masyarakat Jahiliah terutama di
Madinah.

Isi 5 : Agama yang menjadi anutan masyarakat Jahiliah ialah agama Hanif.
Agama Hanif adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim as yang
mentauhidkan Allah SWT. Penganut agama ini tidak menyembah berhala, tidak berjudi, tidak minum
arak dan tidak melakukan perkara keji yang dikutuk oleh Allah SWT. Sebagai contohnya,antara
penganut agama Hanif yang terkenal ialah Zaid bin Amru bin Naufal. Tegasnya dapat dikatakan
bahawa agama Hanif dianuti oleh individu yang benar-benar menolak segala bentuk kekufuran
dalam masyarakat dan bilangannya tidak ramai.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa agama Wathani dianuti majoriti masyarakat Arab
Jahiliah. Namun begitu agama-agama lain masih mendapat tempat dalam masyarakat. Selepas
kedatangan Islam, Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat Jahiliah dari segala aspek
termasuk rohani dan jasmani.

Soalan 2 : Huraikan peranan Muhajirin dan Ansar dalam dalam perkembangan Islam pada zaman
Nabi Muhammad S.A.W.

Pendahuluan
Umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad S.A.W di Madinah terdiri daripada dua golongan
iaitu Muhajirin dan Ansar. Muhajirin ialah penduduk asal Mekah yang dikenali sebagai masyarakat
Quraisy, manakala Ansar meruapakan penduduk asal Madinah dari suku kaun Aus dan Khazraj yang
telah memeluk Islam selepas perjanjian Aqabah 1 dan 2. Kedua-dua golongan ini memainkan
peranan yang cukup besar dalam perkembangan Islam pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Isi 1 : Peranan Muhajirin di Mekah


Antara peranan Muhajirin di Mekah ialah menerima dan mempertahankan Islam walaupun
menerima tentangan yang hebat daripada kaum musyrikin Mekah. Mereka adalah kelompok
pertama menerima Islam dan mempertahankan keutuhan Islam yang disampaikan olen Nabi
Muhammad S.A.W.
Mereka juga adalah golongan pertama yang melafazkan kesetiaan terhadap Islam dan berjuang
bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka sanggup menerima tentangan sama ada
dalam bentuk fizikal dan mental. Mereka menerima pelbagai ejekan, penghinaan, kata nista,
penyeksaan dan pembunuhan
Sebagai contohnya, tokoh-tokoh seperti Abu Bakar al-Siddiq, Zubair bin Awwam, Uthman bin Affan,
Ali bin Abi Talib dan lain-lain adalah pendukung Islam semasa dakwah secara sulit di Mekah.
Tegasnya, mereka sanggup menghadapi segala rintangan dan penentangan daripada kaum musrikin
Quraisy bagi memastikan Islam terus tertegak dan berkembang.

Isi 2 : Peranan Ansar di Mekah


Selain itu, peranan golongan Ansar di Mekah ialah menerima dan menyokong ajaran Nabi
Muhammad S.A.W. yang merintis penghijrahan ke Madinah. Mereka menyatakan kesanggupan
menerima Islam dalam Perjanjian Aqabah 1 dan 2, dalam keadaan golongan musyrikin Mekah
melancarkan penentangan yang keras.
Mereka berikrar untuk berjuang bersama-sama Nabi Muhammad S.A.W. Buktinya, mereka
bertanggungjawab membawa dan menyebarkan Islam di Madinah. Kesannya, agama ini telah
berkembang di Madinah dan golongan Ansar saling berganding bahu dengan golongan Muhajirin
dalam mepertahankan Islam.

Isi 3 : Peranan Muhajirin di Madinah


Disamping itu, peranan golongan Muhajirin di Madinah ialah membantu Nabi Muhammad S.A.W.
dalam urusan keagamaan dan dakwah. Golongan Muhajirin merupakan pembantu utama Nabi
Muhammad S.A.W. di Madinah khususnya dalam urusan keagamaan dan pentadbiran. Muhajirin
berperanan dalam mengembangkan dakwah Islam. Mereka bersama Nabi Muhammad S.A.W.
menjalankan dakwah secara terbuka di Madinah. Hasilnya umat Islam berjaya membina Masjid di
tengah-tengah Kota Madinah dan dapat melakukan ibadat secara terbuka. Tegasnya, peranan
golongan Muhajirin semasa dakwah Nabi Muhammad S.A.W. di Madinah dapat membantu
penduduk Madinah mendalami ajaran Islam.

Isi 4 : Peranan Ansar di Madinah


Akhirnya, peranan golongan Ansar di Madinah ialah menyumbang harta benda dan buah fikiran.
Sebagai penduduk tempatan,mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah fikiran dalam
menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai perjuangan jihad.
Golongan Ansar juga menyumbangkan harta benda dalam menghadapi serangan musuh Islam.
Sebagai contoh, Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang Khandak. Tegasnya,
mereka telah memainkan peranan penting dalam merperjuangkan dan membangunkan negara Islam
Madinah

Sebagai kesimpulan, golongan Muhajrin dan Ansar mempunyai peranan tersendiri dalam membantu
Nabi Muhammad S.A.W. mempertahanjan dan mengembangkan risalah Islam. Masing-masing
berperanan besar yang menjadi tulang belakang dan gandingan mantap bagi memastikan kejayaan
perjuangan Nabi Muhammad S.A.W di Mekah dan Madinah.

Soalan 3 : Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang
pemerintahannya.

Pendahuluan
Latarbelakang
Kerajaan Abbasiyah ditubuhkan melalui revolusi yang dilancarkan terhadap pemerintahan Kerajaan
Umayyah pada tahun 750M dan bertahan sehingga tahun 1258M. Sepanjang pemerintahan kerajaan
ini, terdapat beberapa orang pemerintah yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid. Baginda
merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi. Sebelum menaiki takhta, baginda
memegang jawatan Gabenor sehinggalah dilantik sebagai Putera Mahkota pada tahun 782M. Beliau
seorang yang bijaksana, berilmu dan cekap dalam siasah telah membolehkan kerajaan Abbasiyah
semasa pemerintahan baginda menuju era kegemilangan

Isi 1 : Antara kejayaan yang dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid sepanjang pemerintahannya
ialah mengadakan Hubungan diplomatik dengan negara luar.
Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalin hubungan dengan negara-negara lain Byzantine, Perancis
dan Andalusia bagi meluaskan syiar Islam dan mengukuhkan kerajaan Abbasiyah. Melalui hubungan
diplomatik ini telah banyak memberi faedah kepada kerajaan Abbasiyah. Langkah ini juga dapat
memelihara kedaulatan kerajaan Abbasiyah daripada di serang musuh.
Hubungan Khalifah Harun al-Rasyid dengan Charlemenge, perjanjian perdamaian dengan Byzantine
yang menyerang wilayah Islam di Asia Minor. Hubungan antara kerajaan dengan Perancis dijalin
kerana Perancis juga bermusuhan dengan kerajaan Umayyah di Andalus. Strategi ini amat berkesan
sehingga kerajaan Umayyah tidak berani mengganggu gugat kerajaan Abbasiyah.

Isi 2 : Khalifah Harun al-Rasyid juga berjaya menghadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga
Barmaki
Khalifah Harun al-Rasyid telah menghadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga Barmaki yang
semakin kukuh. Beliau bimbang pengaruh yang terlalu kuat akan menjadi ancaman kepada kerajaan
Abbasiyah di masa depan. Mengahwini Puteri Jaafar bin Yahya al-Barmaki, diikuti membunuh tokoh-
tokoh yang berbahaya seperti Yahya al-Barmaki. Tindakan tersebut berjaya menghilangkan pengaruh
keluarga Barmaki dalam kerajaan baginda.
Pengaruh keluarga Barmaki yang semakin meningkat tidak mustahil akan menjadi satu ancaman
kepada Khalifah Harun al-Rasyid. Pengawalan pengaruh tersebut bertujuan untuk mengelakkan
kemungkinan buruk dari berlaku seperti rampasan kuasa dan sebagainya.

Isi 3 : Menyusun semula angkatan tentera dan membuat kawalan rapi di lautan.
Khalifah Harun al-Rasyid juga menyusun semula angkatan tentera dan membuat kawalan rapi di
lautan dan di pelabuhan bagi menjamin keselamatan kapal-kapal asing yang berlabuh di Basrah,
sekaligus dapat memastikan kestabilan politik dalam negeri. Ini membolehkan kapal-kapal dagang
berduyun-duyun datang ke Baghdad dan melakukan aktiviti perniagaan di sana. Kota Baghdad telah
berjaya menjalankan perdagangan dalam bentuk tiga dimensi iaitu antara Baghdad-Eropah,
Baghdad-India dan Baghdad-China. Langkah yang diambil oleh Khalifah Harun al-Rasyid ini telah
berjaya memajukan kegiatan perdagangan sehingga Kota Baghdad menjadi kota yang terkenal di
seluruh dunia.

Isi 4 : Khalifah Harun al-Rasyid menekankan soal kemajuan dalam bidang pertanian dan
perdagangan.
Dalam bidang ekonomi, Khalifah Harun al-Rasyid menekankan soal kemajuan dalam bidang
pertanian dan perdagangan. Ini kerana kedua-dua bidang tersebut telah menyumbangkan banyak
faedah dan menjadi sumber ekonomi kepada penduduk dan negara. Pelbagai usaha telah dijalankan
bagi memastikan kedua-dua bidang ini dapat beroperasi dengan jayanya dan seterusnya menjana
ekonomi Baghdad.
Khalifah menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru serta memberikan bekalan bijih benih secara
percuma kepada petani. Baginda juga membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampasan perang
kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan. Aktiviti pertanian dan perdagangan telah
berjaya meningkatkan ekonomi Baghdad sehingga menjadi kegiatan yang amat penting dalam usaha
menjadikan Baghdad sebuah kota tersohor di mata dunia.

Isi 5 : Memajukan bidang keilmuan.


Khalifah Harun al-rasyid amat mencintai ilmu pengetahuan sebagai bukti, baginda menggalakkan
kedatangan para sarjana ke Baghdad bagi mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu yang
berkaitan. Pusat-pusat pengajian telah didirikan seperti sekolah, masjid dan maktab. Buku-buku
asing juga turut diterjemah ke dalam bahasa Arab. Pada zaman ini muncul beberapa cendekiawan
terkenal seperti Imam Muhammad, Al-Hajjaj bin Matar, Yuhanna bin Musawaih dan Suffian al-
Thauri. Perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid amnya dapat dibahagikan
kepada tiga Tahap iaitu kegiatan pembukuan penyusunan ilmu pengetahuan agar tidak menyimpang
daripada syariat Islam dan kegiatan penterjemahan.
Baginda telah membina Baitul Hikmah untuk menempatkan buku-buku berkaitan ilmu astronomi,
perubatan, falsafah, sejarah dan geografi. Bandar-bandar Islam seperti Madinah, Kufah dan Kaherah
telah dijadikan pusat keilmuan.

Kesimpulan
Ilmu pengetahuan merupakan aset penting bagi menilai kemajuan sesebuah negara. Tindakan
khalifah memberi penekanan maksimum dalam bidang ini telah menjadikan Baghdad pusat tumpuan
bagi sesiapa yang ingin mendalami ilmu pengetahuan. Zaman Pemerintahan khalifah Harun Al-
Rasyid dianggap sebagai zaman kegemilangan kerajaan Abbasiyah kerana baginda bukan sahaja
berjaya menghapuskan atau memadamkan apa jua bentuk penentangan tetapi yang paling penting
mampu mewujudkan sebuah negara yang makmur dengan ekonomi yang teguh.

Soalan 1 : Bincangkan aspek kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dalam bidang ketenteraan
semasa baginda mengetuai pemerintahan Negara Islam di Madinah.

PENDAHULUAN
1. Kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W merupakan contoh utama kepada kepimpinan tentera Islam.
2. Ahli-ahli sejarah telah membahagikan peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad
SAW kepada dua iaitu Ghazwah dan Sariyyah. Ghazwah ialah peperangan yang disertai oleh nabi
manakala Sariyyah pula ialah peperangan yang tidak disertai oleh nabi.
3. Terdapat 28 Ghazwah dan 47 Sariyyah sepanjang Nabi Muhammad SAW mengetuai Negara Islam
Madinah.

Isi 1 : Baginda menunjukkan contoh kepimpinan terpuji


Baginda memimpin sendiri peperangan yang penting. Baginda berjuang kerana Allah SWT dan tidak
takut berhadapan dengan tentera musuh yang lebih ramai. Contohnya, dalam Perang Badar tentera
Islam 310 orag sahaja berjaya mengalahkan tentera musuh yang berjumlah 1000 orang. Tegasnya,
baginda berjaya memimpin satu organisasi ketenteraan yang mantap.

Isi 2 : Baginda mengamalkan etika peperangan yang berperikemanusiaan


Tentera Islam berperang berpandukan syariat yang ditetapkan. Antaranya, tidak memerangi
golongan yang lemah, orang tua, wanita dan kanak-kanak, orang yang tidak bersenjata, tidak
memusnahkan harta benda seperti bangunan dan tanaman. Rasulullah juga meneruskan tradisi tidak
berperang pada musim haji. Contohnya, dalam Perang Taif tentera Islam membiarkan musuh lari
meninggalkan medan perang. Tegasnya, tentera Islam dapat mengamalkan nilai-nilai baik semasa
berperang dengan musuh Islam.

Isi 3 : Baginda mengamalkan prinsip musyawwarah dalam menentukan sesuatu perkara


Nabi Muhammad s.a.w akan berbincang dengan para sahabat dalam memutuskan strategi terbaik
menghadapi tentera musuh. Dalam peperangan Khandak, baginda menerima cadangan Salman al-
Farisi untuk menggali parit disekeliling Kota Madinah Tegasnya, segala arahan dan strategi dapat
difahami dan dilaksanakan secara berkesan dalam setiap peperangan.

Isi 4 : Baginda bijak merancang taktik dan strategi.


Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w merancang taktik dan strategi dalam menghadapi tentera
musuh menyebabkan kebanyakan peperangan dimenangi oleh tentera Islam. Dalam Perang Badar,
tentera Islam menggunakan taktik menunggu musuh menyerang terlebih dahulu dan menguasai
sumber air sehingga tentera musyrik tidak mempunyaikekuatan kerana terlalu dahaga. Tegasnya,
perancangan taktik yang bijak dan strategi yang mantap dalam setiap peperangan dapat menjamin
kemenangan tentera Islam.

Isi 5 : Baginda menanam konsep jihad dalam kalangan tentera Islam.


Konsep Jihad digunakan untuk mempertahankan agama Islam, maruah diri dan negara sekaligus
membawa kepada perkembangan pesat agama Islam. Semangat ini menjadi daya pendorong dan
iltizam kepada tentera Islam dalam menghadapi musuh. Semangat ini menuntut supaya tentera
Islam melawan musuh yang bilangannya lebih besar tanpa rasa takut dan gentar. Melalui konsep
jihad ini, anasir yang mengancam keselamatan negara dapat dihindarkan. Contohnya, golongan
Yahudi yang mencabuli Perlembagaan Madinah telah diusir keluar dari Madinah. Tegasnya, konsep
Jihad ini dapat mendorong semangat tentera Islam supaya lebih beriltizam dan semangat tinggi
dalam menentang musuh

KESIMPULAN
Kehebatan Nabi Muhammad s.a.w yang ditonjolkan di medan perang berjaya mengalahkan tentera
musuh dan mencapai kemenangan yang besar. Seterusnya menjadi asas kepada kejayaan tentera
Islam dalam mengalahkan Rom dan Parsi pada zaman berikutnya.

Soalan 5 : Bincangkan kepentingan perjanjian yang telah ditandatangani pada zaman Kerajaan
Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 13 masihi.

PENDAHULUAN
1. Konsep hubungan luar
2. Latar belakang Kerajaan Abbasiyah dengan dimulai dari dan Khalifah Al-Mahdi serta Khalifah
Harun Al-Rasyid.
3. Menyenaraikan perjanjian-perjanjian dan kepentingan.

Isi 1 : Kepentingan yang pertama ialah menjamin hubungan Negara Islam dengan negara bukan
Islam berada dalam keadaan baik.
Pada tahun 780H, Khalifah Al Mahdi menjalinkan hubungan dengan Rom iaitu Rajanya Ratu Irene
Leo IV meneruskan bayaran ufti sebanyak 90 ribu dirham setahun kepada Kerajaan Abbasiyah tetapi
apabila Rom diperintah oleh Niceporus, Beliau telah membatalkan ufti tersebut. Ini menyebabkan
putera Harun al Rasyid anak Khalifah Al-Mahdi mengetuai expdc memerangi golongan yang enggan
membayar ufti dan menghantar tentera menyerang Byzantine.
Khalifah al-Mahdi telah memimpin tentera menawan Heraclea, Tyans, Iconium, Emphesus dan Pulau
Cyprus dan akhirnya Raja Niceporus bersedia menyambung semula perdamaian. Raja Nicephorus 1
telah setuju membayar ufti dan membenarkan penyebaran Islam di Byezentine Perjanjian Damai
Kerajaan Abbasiyah dan Byzentine Tegasnya, penyebaran dakwah ke bumi Byzentine berjalan
dengan lancar dan diplomasi seperti mana yang telah dilaksanakan semasa zaman Nabi Muhammad
SAW

Isi 2 : Seterusnya, meningkatkan hubungan diplomatik Hubungan Kerajaan Abbasiyah semasa


zaman Khalifah Harun Al Rasyid dengan Eropah iaitu Raja Charlemenge dari Perancis.
Kedua-dua Negara ini mengwujudkan perjanjian kerjasama menadangkan kedua-dua menghadapi
musuh yang sama iaitu Kerajaan Umayyah di Andalus. Kedua-dua pihak bertukar bingkisan dan
Khalifah telah menghadiahkan Raja Charlemerge sebuah jam. Raja Charlermerge pernah membantu
Khalifah menghadapi Kerajaan Byzantine. Hubungan yang baik ini telah membolehkan Raja
Charlemerge dari segi undang-undang dan politik mengikut cara khalifah Harun al-Rasyid. Perjanjian
Kerajaan Abbasiyah dengan Perancis akhirnya. Hubungan yang terjalin di antara Kerajaan Abbasiyah
dengan Perancis terus kukuh sehingga Kerajaan Turki Uthmaniyah.

KESIMPULAN
Zaman Kerajaan Abbasiyah menjalinkan hubungan yang baik dengan Negara Eropah seperti Perancis.
Kebijaksanaan diplomasi khalifah berjaya menjalinkan hubungan menerusi perjanjian dan perluasan
wilayah.

Soalan 6 : Bincangkan kepentingan perjanjian yang telah ditandatangani pada zaman Kerajaan
Uthmaniyah pada abad ke 17 hingga 19 masihi.

PENDAHULUAN
1. Konsep hubungan luar
2. Latar belakang Kerajaan Umayyah.
3. Menyenaraikan perjanjian-perjanjian dan kepentingan

Isi 1 : Kepentingan yang pertama ialah memastikan Kerajaan Uthmaniyah berada dalam keadaan
aman.
Semasa pemerintahan Sultan Ahmad III telah menghadapi masalah dari luar dan dalam negeri.
Beliau menghadapi serangan dari tentera Kristian di bawah pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini
berperang dengan tentera Uthmaniyah pada zaman Sultan Mustafa II.Kerajaan Uthmaniyah
dikehendaki menyerahkan Hungary, Slovenia,Ukraine, Crosia kepada Habsburg dan sebahagian
daerah Dalmatia kepada Venesia. Perjanjian Carlowitz tahun 1699 Masihi. Tegasnya, kerajaan
Uthmaniyah sanggup berkorban untuk memastikan Negara berada dalam keadaan terkawal dan
rakyat sejahtera.

Isi 2 Seterusnya, Uthmaniyah mementingkan keharmonian kenegaraan


Perjanjian Catharina / Kaainarji berlaku antara kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia. Ia ditandatangani
antara Ratu Catherine II dan Sultan Abdul Hamid I. Dalam perjanjian ini Rusia mengembalikan daerah
Wallacia dan Moldova kepada Uthmaniyah dan Uthmaniyah menanggung sebahagian besar
perbelanjaan perang Rusia. Perjanjian ini mengakhiri Perang Rusia Turki pada tahunn 1768 Masihi.
Perang Catharina 1774 Masihi. Turki Uthmaniyah telah banyak kehilangan pengaruh di wilayah
Eropah Tengah dan Timur yang akhirnya dikuasai oleh Rusia. Turki Uthmaniyah semakin kehilangan
wilayah sedikit demi sedikit tetapi masih mampu bertahan dalam lingkungan kuasa-kuasa Eropah.

Isi 3 : Selain itu, ia adalah bagi menjamin keselamatan laut Turki dan hubungan baik dengan British
Perjanjian antara Turki Uthmaniyah dengan British. British berjanji meninggalkan semua wilayah
kekuasaan Turki Uthmaniyah dan menghentikan pendudukan wilayah di Mesir. Turki Uthmaniyah
berjanji akan mengakui hak hak consular British di Turki. British mahukan eset ekonominya dalam
maritime terkawal dari ancaman Rusia dan tiada sebarang kapal perang melintasi Selat Bosforus dan
Dardanela yang dikuasai oleh Turki. Perjanjian Dardanela tahun1809 masihi Hubungan Turki
Uthmaniyah dengan British baik

Isi 4 : Akhirnya ialah kemunculan Negara Merdeka


Perjanjian antara Turki dengan Rusia. Perjanjian ini mengakhiri perang antara Rusia dengan Turki
yang telah berlangsung sejak 1877. Tentera Rusia telah serang Turki melalui Bulgaria dan menawan
Kota Adrianople. Akhirnya Mac 1878 Turki dan Rusia tanda tangani perjanjian ini dan beberapa
wilayah telah bebas seperti Romania, Serbia dan Montenenegro serta member kuasa autonomi
kepada Bosnia dan Herzegovina. Perjanjian San Stefeno pada tahun 1878 masihi Turki Uthmaniyah
menjalinkan hubungan baik dengan negara Rusia dan munculnya beberapa Negara bebas merdeka.

KESIMPULAN
Perjanjian yang termaterai antara Turki dengan British dan Rusia memberi keseimbangan
keselamatan kepada Turki. Walaupun sebahagian perjanjian lebih banyak menyebelahi Negara luar
tetapi kelihatan Turki sebagai Negara yang mementingkan perdamaian.

Tema 2
1. Bincangkan sumber pendapatan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W ke
arah kepentingan masyarakat.

2. Bincangkan aktiviti ekonomi kerajaan Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 11 Masihi.

3. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Melaka pada abad ke-15. Bincangkan.

4. Bagaimanakah pengurusan kharaj dilaksanakan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-
Khattab.

5. “Kerajaan Abbasyiah meneruskan pelaksanaan pengurusan zakat yang diambil daripada zaman
Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Umaiyah.” Bincangkan.

6. Huraikan Institusi Pendidikan Yang Terdapat Pada Zaman Bani Abbasiyah. Jelaskan
perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah

7. Bincangkan peranan Baitul Hikmah dalam memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan


pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. Sejauhmanakah Khalifah Abbasiyah memainkan
peranan dalam memantapkan Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu pada zaman Khalifah
Abbasiyah

8. Masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah tetapi juga merupakan sebagai pusat perkembangan
ilmu di Mesir pada abad ke -8. Bincangkan.

9. Bincangkan sistem pendidikan Islam di Mesir pada abad ke-8 Masihi


10. Perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman Khalifah Abbasiyah dan Khalifah Umayyah di
Andalusia pada abad ke 11 hingga 13M telah menyemarakkan perkembangan bidang
intelektual. Bincangkan.

11. Jelaskan Idea-Idea al Khawarizmi dalam bidang Matematik. Sejauhmanakah Sumbangan Al-
Khawarizmi Dalam Bidang Matematik Menjadikan Beliau Seorang Tokoh Ilmuan Islam yang
sangat terkenal .

atau

Bincangkan sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang Matematik, Astronomi dan Geometri

12. Nilaikan Sumbangan Ibnu Sina Kepada Kemajuan Tamadun Manusia

13. Sejauhmana sumbangan Iman al-Ghazali dalam bidang falsafah telah memberi kesan yang besar
kepada umat Islam sehingga ke hari ini.

14. Seni bina di India pada abad ke-16 dan abad ke-17 bercirikan seni bina Islam. Bincangkan

Soalan 1 : Bincangkan sumber pendapatan negara Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad
S.A.W ke arah kepentingan masyarakat.

Pengenalan
Sistem ekonomi yang diamalkan di Kota Madinah telah berubah selepas penghijrahan Nabi
Muhammad SAW. Nabi Muhammad telah memberi perhatian kepada peningkatan ekonomi di
Madinah selaras dengan tuntutan Islam. Terdapat pelbagai sumber pendapatan negara dan
kepentingannya yang diperolehi semasa pentadbiran baginda.

Isi 1 : Antara sumber pendapatan pada zaman Rasullullah ialah sedekah atau derma
Derma atau sedekah yang disumbangkan oleh masyarakat Islam adalah secara rela. Masyarakat
Islam berlumba-lumba memberi sumbangan berbentuk sedekah atau derma. Sumbangan derma ini
dalam bentuk pakaian, makanan, wang dan hartatanah. Contohnya Harithah bin Numaan dari
golongan ansar menyumbangkan rumah dan ladangnya kepada Rasullullah SAW. Saad bin Ubadah
mendermakan makanan dan kurma kepada tentera Islam semasa perang khandak. Mukhairiq dari
golongan yahudi turut mendermakan tujuh buah dusun kurma kepada rasullullah. Sumber derma
atau sedekah yang diperolehi ini dapat mengurangkan beban kewangan kepada golongan muhajirin
yang baru berpindah serta dapat mengukuhkan tentera Islam.

Isi 2 : Selain itu adalah sumber dari harta rampasan perang (ghanimah)
Sumber rampasan perang ini terdiri daripada wang,unta ,kuda dan pakaian. Peperangan dalam umat
Islam merupakan satu jihad dan pada tahun 623 masihi tentera Islam telah berjaya memenangi
perang badar dengan mengalahkan tentera Quraisy. Harta rampasan ini diagihkan kepada tentera
Islam dan untuk tabung negara. Contohnya harta rampasan adalah seperti 150 ekor unta, 10 ekor
kuda dan wang tebusan sebanyak 75000 dirham daripada 20 tawanan perang yang ingin bebas
semasa perang badar. Sumber rampasan perang telah menjadi sebahagian daripada pendapatan
negara dan dapat mengurangkan beban ekonomi masyarakat Islam.

Isi 3 : Sumber pendapatan seterusnya adalah rampasan hartanah


Hartanah yang dirampas ini adalah milik golongan yahudi yang telah melanggar Piagam Madinah dan
dihukum atas kesalahan tidak melindungi negara Islam Madinah. Pihak yahudi yang ingkar terhadap
piagam ini telah di usir keluar dari madinah dan segala harta mereka telah dirampas. Contohnya
tanah pertama yang dirampas ialah dari bani Fityun. Harta milik Bani Qunaiqa iaitu kubu dan pasar
telah diambil alih oleh orang Islam. Harta Bani Nadhir meliputi kebun kurma dan ladang telah
diambil alih oleh Abu Rafil. Tanah Khaibar turut dibahagikan kepada orang Islam. Sumber
pendapatan daripada rampasan tanah ini telah menjamin kebajikan umat Islam dan dalam masa
yang sama memberi penekanan kepada tanggungjawab bersama dalam mempertahankan negara.

Isi 4 :Sumber pendapatan negara seterusnya adalah sadaqat (cukai agama)


Sadaqat merupakan cukai agama yang dikenakan ke atas umat islam seperti zakat, usyur dan
seebagainya. Zakat dikenakan keatas umat islam yang memenuhi syarat. Antaranya zakat tanaman,
zakat perniagaan, binatang ternakan serta barang kemas. Contohya, Rasullullah telah melantik Bilal
sebagai pegawai sadaqat buah-buahan. Baginda juga telah melantik Attab bin Asid sebagai wakil
untuk mentaksir hasil anggur dan kurma yang dihasilkan oleh penduduk Taif. Rasullullah telah
mengutus surat kepada penduduk Oman dan Bahrain bagi membayar usyur bagi hasil kurma dan
gandum mereka. Jelas sumber sadaqat ini dapat mengurangkan jurang kekayaan serta membantu
golongan yang memerlukan. Selain itu dapat memastikan pengagihan ekonomi dalam kalangan
masyarakat.

Isi 5 : Akhirnya, sumber jizyah juga merupakan sumber pendapatan negara


Jizyah adalah cukai politik yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang digelar Zimmi yang
mendapat perlindungan jiwa dan harta mereka. Jizyah dikutip dalam bentuk tunai, barangan atau
kedua-duanya sekali. Kadar jizyah adalah sebanyak 1 dinar atau senilai dengannya. Contohnya jizyah
dikutip daripada puak kristian Najran dengan bayaran 2000 pakaian. Mereka diberi perlindungan
oleh kerajaan Islam untuk diri, masyarakat,tanah serta harta benda. Sumber pendapatan jizyah ini
menyumbang kepada perbendaharaan Negara seterusnya membangunkan masyarakat Islam
Madinah.

Kesimpulan
Kesimpulannya sumber-sumber pendapatan pada zaman Nabi Muhammad saw telah diperolehi
daripada pelbagai sumber dan dapat membantu pembangunan negara Madinah.

Soalan 2 : Bincangkan aktiviti ekonomi kerajaan Abbasiyah pada abad ke 9 hingga 11 Masihi.

Pendahuluan
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750M selepas Revolusi Abbasiyah berjaya menggulingkan
Kerajaan Bani Umaiyah. Zaman Abbasiyah dianggap zaman keemasan pencapaian ekonomi Islam
khasnya pada zaman pemerintahan Khaliah Harun al-Rashid dan Khalifah al-Makmum. Kecekapan
pentadbiran, keberkesanan undang-undang dan ketinggian akhlak masyarakat telah menyumbang
kepada pembangunan ekonomi kerajaan Abbasiyah. Terdapat pelbagai aktiviti ekonomi yang
dijalankan oleh kerajaan Abbasiyah.

Isi 1 : Antara aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh Kerajaan Abbasiyah adalah perdagangan.
Kerajaan Abbasiyah menjalankan aktiviti import dan eksport di antara pedagang Islam dan China
yang membawa kepada wujudnya jalan sutera. Perkembangan jalan perdagangan baharu melalui
daratan telah membantu mengembangkan aktiviti perdagangan Kerajaan Abbasiyah dengan
wujudnya zon-zon perdagangan baharu dan terjalinnya hubungan diplomatik antara Baghdad dan
China. Kerajaan Abbasiyah berjaya membuka beberapa buah pelabuhan dan perbandaran baharu
seperti Baghdad, Siraf dan Samara bagi meningkatkan aktiviti import dan eksport dalam sektor
perdagangan. Khalifah Harun al-Rashid juga telah membuka pelabuhan-pelabuhan baharu di sekitar
Laut Mediterranean, Laut Hitam dan Laut Caspian seperti Terusan Suez, Baukhara dan Samarqand.
Kerajaan Abbasiyah juga menyediakan kemudahan kepada pedagang di samping memberi jaminan
keselamatan ke atas harta pedagang dengan mengetatkan kawalan keselamatan bagi mengawal
kegiatan rompakan dan pelanunan. Antara barang-barang yang dieksport ke Asia, Timur Jauh dan
Afrika ialah tamar, gula, kapas dan bahan-bahan mentah (fabrik). Sementara barang-barang yang
diimport pula adalah rempah ratus dari India, kapur barus, sutera dari China, gading, batu permata
dari Turki dan kayu arang. Aktiviti perdagangan telah berkembang pesat ke seluruh negara dan
menjadi sumber pendapatan utama kerajaan Abbasiyah. Perkembangan perdagangan telah
menjadikan Bahgdad, Basrah, Kaherah dan Iskandariah sebagai pusat tumpuan ekonomi dunia.

Isi 2 : Kerajaan Abbasiyah juga turut menjalankan aktiviti petanian.

• Aktiviti pertanian berkembang dengan pesat kerana Kerajaan Abbasiyah mempunyai kawasan
tanah pamah yang subur khususnya berhampiran Sungai Furat dan Dajlah.

• Pemerintah juga memainkan peranan yang penting memajukan sektor pertanian dengan
menyediakan sebanyak mungkin tali air baharu, melebarkan sungai seperti Sungai Isa, Sungai Sasar
dan Sungai al-Malik yang digali bagi menyalurkan air ke kawasan pertanian.

•Kerajaan Abbasiyah juga membina terusan dan empangan untuk mengairi kawasan pertanian.
Banyak kawasan baru diterokai untuk aktiviti pertanian dan usaha-usaha penyelidikan dijalankan
untuk meningkatkan hasil pertanian.

• Antara tanaman yang diusahakan ialah gandum, barli, padi, tamar, bijam dan kapas di Iraq dan
Khurasan. Di kawasan wadi al-Sughd pula pelbagai jenis pokok buah-buahan ditanam seperti oren,
epal, aprikot, limau, anggur, zaitun, delima dan sayuran seperti kubis, sawi dan mentimun.

• Di wilayah Parsi terdapat ladang tebu yang luas dan lengkap dengan kilang memproses gula untuk
dieksport ke Eropah.

• Penanaman bunga secara komersial juga dijalankan seperti mawar, trai air dan violets untuk tujuan
hiasan dan membuat minyak wangi.

• Kegiatan penternakan kambing, lembu dan unta dijalankan di kawasan-kawasan pertanian utama
seperti Mesir, Barqah dan Najd.

• Wujudnya ladang-ladangpertanian dan ternakan dan sebuah pasar yang dikenali sebagai “Suq al-
Baqar” menunjukkan Kerajaan Abbasiyah menjalankan aktiviti pertanian sebagai salah satu sumber
ekonominya. Perkembangan dalam aktiviti pertanian juga dapat dibuktikan dengan peningkatan
kutipan zakat hasilpertanian dan ternakan pada zaman ini.

Isi 3 : Kerajaan Abbasiyah juga turut membangunkan sektor perindustrian sebagai salah satu
aktiviti utamanya.
Pemerintah Abbasiyah telah memberi pelbagai insentif serta galakan kepada golongan usahawan
tempatan agar melibatkan diri dalam bidang perindustrian. Industri tekstil, tenunan, hamparan dan
permaidani merupakan industri yang berkembang pesat. Banyak kilang-kilang didirikan di Baghdad,
Syiraz dan Isfahan di Parsi yang menghasilkan produk tenunan dan permaidani dalam pelbagai kualiti
dan dieksport ke seluruh dunia terutama di Eropah.

Kerajaan Abbasiyah juga berjaya menghasilkan pengeluaran lain yang amat bermutu untuk
dipasarkan ke luar negara. Buktinya, terdapat pengeluaran pinggan mangkuk ,barangan besi dan
tembaga seperti tombak, pedang dan barang-barang pewter. Syria dan Mesir terkenal dengan
pengeluaran barangan kaca, mozek dan cermin dalam pelbagai warna untuk dekorasi masjid, gereja
dan istana.

Barangan kulit dan senjata turut dihasilkan di Andalus, Mesir dan Maghribi manakala barangan
perhiasan dan batu permata dihasilkan oleh kilang-kilang di Yaman, Bahrain dan Lubnan.

Industri baharu yang turut diusahakan adalah industri pembuatan kertas yang teknologinya dibawa
masuk dari China. Khalifah Harun al-Rashid telah membina kilang kertas pertama di Mesir dalam
sejarah tamadun Islam.

Industri perlombongan juga berkembang terutamanya perlombongan emas, perak, batu marmar
dan batu merkuri yang diusahakan di Khurasan. Perlombongan batu delima, lazawarda dan batu
azura terdapat di wilayah Transoxiana. Perusahaan minyak tar banyak dilakukan di wilayah Georgia
dan Farghana.

Tegasnya, perindustrian bukan sahaja menyumbangkan pendapatan yang besar terhadap Kerajaan
Abbasiah tetapi juga telah dapat menjadikan umat Islam mempunyai taraf hidup yang tinggi. Gaya
hidup yang mempamerkan kekayaan melalui pakaian dan perhiasan merupakan fenomena baharu
dan membuktikan kemakmuran negara hasil daripada perkembangan ekonomi.

Kesimpulan
Kesimpulannya, kepelbagaian aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan Abbasiyah telah dapat
menambahkan pendapatan negara melalui kutipan cukai terhadap hasil-hasil ekonomi. Kemakmuran
dan kemewahan Baghdad terbukti dengan penggunaan dan pengedaran mata wang emas dalam
taksiran cukai. Semua pendapatan ini digunakan oleh kerajaan untuk membangunkan negara dan
menyediakan pelbagai kemudahan prasarana kepada rakyat.

Soalan 3 : Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi terpenting di Melaka pada abad ke-15.
Bincangkan.

Pendahuluan
Aktiviti perdagangan bukanlah satu aktiviti ekonomi baharu bagi masyarakat Melayu Melaka. Aktiviti
perdagangan telah menajadi warisan dan merupakan penerusan tradisi kegiatan ekonomi peribumi
yang telah berlangsung sejak zaman awal kerajaaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya, iaitu dari abad
ke-7 hingga awal abad ke-13.

Pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang membolehkan Melaka menjadi pusat perdagangan
yang terkenal. Keistimewaan tersebut ialah kedudukan geografi dan perairan memudahkan para
pedagang asing dari Timur dan Barat ke Melaka. Selain itu, Melaka muncul sebagai pelabuhan
entrepot iaitu sebagai pusat pengumpulan, penyaluran, dan pertukaran barang dagangan. Panduan
dan arah pergerakan kapal dagang kerana terdapat dua angin monsoon. Kerajaan Melayu Melaka
juga menyediakan banyak kemudahan fizikal dan material di pelabuhan entrepot.

Isi 1 : Kegiatan ekonomi perdagangan di Melaka


a. Negara dan barangan dagangan
i. Kepulauan Melayu

• Membekalkan keperluan makanan dan rempah

• seperti Pasai membekalkan lada hitam, beras dan emas. Jawa membekalkan beras, makanan dan
rempah. Siak dan Kampar membekalkan emas.

• jelaslah bahawa hubungan Melaka dengan kepulauan Melayu berasaskan hubungan naungan yang
membawa kepada hubungan perdagangan yang menguntungkan Melaka.

ii. Siam

• hubungan perdagangan antara Melaka dengan Siam tetap terjalin walaupun bermusuhan.

• Membekalkan beras, makanan dan kayu jati, ikan kering, garam dan sayur-sayuran.

• Siam membeli barangan dari China dan Nusantara.

• Hubungan perdagangan Melaka dengan Siam yang memberi manafaat kepada Melaka.

iii. China.

Dianggarkan setiap tahun, antara 8 hingga 10 buah jong dari China datang ke Melaka. Permintaan
yang tinggi terhadap lada dari Negara China menguntungkan Melaka kerana Melaka. Tome Pires
melaporkan, satu quintal (bersamaan 100 paun) lada yang dibeli dengan 4 cruzados, di Melaka dijual
dengan harga 15 atau 16 cruzados di Negara China.

• Membawa barang-barang seperti minyak wangi, permata, sutera, satin, belerang, besi , alat-alat
memasak, tembikar mewah, dan peluru.

• barangan mewah yang dibawa balik ke China ialah lada, gaharu, candu, rempah dan hasil hutan
dari Nusantara.

• jelaslah, Melaka bertindak sebagai orang tengah yang mengimport bahan dari Pattani, Pasai dan
Pedir kepada China yang dapat menguntungkan Melaka.

iv. Jepun atau kepulauan Ryukyu

• Membawa makanan dan membeli rempah ratus untuk dibawa balik.

• Barangan yang dibawa ialah kain, sutera, tembikar, pedang, habuk emas, dan perak, kipas, kertas
dan sedikit makanan seperti bawang, ikan kering dan beras.

• Bahan-bahan ini ditukar di Melaka dengan rempah, arak dan kain yang didapati dari Benggala.

• Hubungan perdagangan yang menguntungkan kedua-dua pihak.


iv. Koromandel.

• sebanyak 4 hingga 5 buah kapal besar setiap tahun dengan nilai dagangan antara 12 ribu hingga 15
ribu cruzados. Para pedagang ini bertumpu di Melaka pada bulan Oktober hingga bulan Januari.

• membawa balik barangan seperti gaharu, permata, lada, cengkeh, kayu manis dan buah pala.

• Perdagangan menguntungkan kedua-dua pihak.

v. Pelabuhan Benggala yang terdiri daripada pedagang Arab dan Parsi, Turki dan Absinia telah
membentuk syarikat dan datang ke Melaka.

• Mereka datang dengan 4 hingga 5 buah kapal besar dengan nilai dagangan antara 80 hingga 90
ribu cruzados.

• barangan dibawa seperti bahan makanan beras, gula, dagingin kering, pebagai jenis buah-buahan,
kain India dan sayur-sayuran kering.

• membeli lada, jagung, cengkeh. Sutera dari China, tembikar dari Jepun senjata dari Jawa tembaga,
bijih, kapur barus, gaharu dan pelbagai bahan mentah dari Nusantara.

• Memajukan lagi pelabuhan Melaka.

vi. Gujerat.

• Saudagar yang paling penting dan menjadi perantaraan antara Timur jauh dan Eropah dengan
timur.

• memperdagangkan bahan-bahan dari Eropah ke Melaka.

• memperdagangkan bahan-bahan dari Eropah ke Melaka seperti logam, senjata, cermin, manik,
paku, kain berbulu dan arak.

• membeli barangan seperti jagung, rempah dan emas dari Nusantara yang terdapat di Melaka.

• membawa balik barangan dari timur jauh seperti tembikar, wangi-wangian, sutera dan belerang
untuk diperdagangkan di India, dan pelabuhan Arab serta Eropah.

• memajukan lagi pelabuhan Melaka

vii. Burma .

• Burma membekalkan barangan mewah.

• seperti nilam dan berlian, perak, wangi-wangian, makanan mentah seperti beras, gula, garam,
minyak, bawang dan halia.

• Burma membawa balik barangan daripada China seperti permata,tembaga, pelbagai jenis rempah,
emas dan bijih.

• Menguntungkan kedua-dua pihak


b. Terdapat dua jenis bayaran bagi urusan import barangan dagangan iaitu bayaran rasmi dan
bayaran tidak rasmi

• bayaran tidak rasmi diberikan kepada raja, Bendahara, Temenggung dan Syahbandar.

• Manakala nilai bayaran rasmi ditetapkan.

• pedagang dari India, Ceylon, tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan bercukai import sebanyak 6%
daripada jumlah barang dagangan yang dibawa.

• Pedagang dari China dan Jepun pula dikenakan cukai Import sebanyak 5%.

• Bayaran ini menjadi sumber pendapatan Melaka dan pembesar Melaka.

c. Urusan perdagangan.

• mempunyai dua bentuk iaitu tukar barang dan menerusi proses penjualan dan pembelian
menggunakan matawang logam yang diperbuat daripada calains dalam bentuk timah.

• matawang emas dan perak

• memajukan dan memperkembangkan lagi perdagangan di Melaka

d. Unit timbangan pula diukur dengan unit tahil dan kati.

• setahil bersamaan dengan 16 mas, satu mas bersamaan dengan 20 cumduryns atau 4 cuposes.

• Emas, perak, bahan wangian, kapur dan permata ditimbang dengan menggunakan ukuran kati.

• Rempah, lada, cengkih, kagung, buah pala dan belerang menggunakan timbangan dikenali
saebagai dacing.

• Contoh timbangan ialah kati, tahil dan bahara.

• Memudahkan lagi urusan perdagangan.

Isi 2 : Aktiviti ekonomi lain selain perdagangan/ sara diri


i. Kegiatan pertanian.
Merupakan aktiviti utama apabila wujudnya tanah bendang, sawah, dan ladang. Mereka juga
berdusun seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Dusun buah-buahan berhampiran dengan tempat
tinggal mereka. Tom Pires mencatat bahawa Raja Iskandar Syah bersama 1000 orang pengikutnya
telah menebas hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun. Kegiatan pertanian merupakan
ekonomi bercorak sara diri

ii. Kegiatan menangkap ikan.


Ikan menjadi sumber proten utama bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, Raja Iskandar Syah dan para
pengikutnya menjadi nelayan semasa berada di Muar. Aktiviti perikanan telah dijalankan oleh orang
selat di Melaka sebelum ketibaan Parameswara. Catatan Ma Huan turut menyokong aktiviti
menangkap ikan di Melaka dengan menyatakan bahawa pada tahun 1433, ramai penduduk Melaka
bergantung hidup dengan menangkap ikan. Mereka ke laut menggunakan sampan yang diperbuat
daripada sebatang kayu bulat bertebuk. Contoh ikan siakap, keli (ikan sungai) ikan gelama dan
kembung (ikan laut). Kegiatan menangkap ikan merupakan ekonomi bercorak sara diri.

iii. Aktiviti berburu


Aktiviti berburu menjadi kegiatan tradisi raja-raja Melayu. Malahan nama Melaka juga dikaitkan
dengan anjing perburuan. Raja Iskandar Syah yang telah dikalahkan oleh pelanduk putih. Aktiviti ini
menjadi salah satu aktiviti masyarakat Melayu mencari hasil hutan seperti rotan, damar dan getah
jelutung disamping perburuan binatang. Misalnya, Raja Iskandar Syah yang tiba di Bertam telah pergi
berburu. Aktiviti berburu merupakan aktiviti bercorak sara diri.

iv. : Menternak binatang merupakan ekonomi bercorak sara diri


Dikatakan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud, Bendahara Seri Maharaja menternak
berkandang-kandang kerbau dan satu daripadanya terdapat di Kayu Ara. Malahan, pasal 11.4 Hukum
Kanun Melaka menyatakan hukuman ke atas orang yang mencuri binatang ternakan binatang
ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing.

Kesimpulan
Golongan atasan mendominasi sistem ekonomi di Melaka. Perdagangan merupakan aktiviti ekonomi
terpenting di Melaka namun kebanyakkan yang terlibat adalah golongan bangsawan. Rakyat biasa
kebanyakannya terlibat dengan ekonomi sara diri.

Soalan 4 : Bagaimanakah pengurusan kharaj dilaksanakan pada zaman pemerintahan Khalifah


Umar al-Khattab.

Pendahuluan
Kharaj ialah perkataan pinjaman daripada bahasa Byzantine yang bermaksud ufti. Dalam konteks
sejarawan Islam, kharaj bermaksud cukai tanah. Sistem cukai ini diperkenalkan oleh Khalifah Umar
al-Khattab. Cukai ini merupakan salah satu sumber baitulmal. Pengurusan cukai kharaj mula
dilaksanakan secara sistematik selepas Khalifah Umar meluaskan kuasa di luar Semenanjung Tanah
Arab dengan menguasai Mesir, Syria dan Iraq.

Isi 1 : Khalifah Umar menetapkan kadar dan syarat-syarat kharaj yang dikenakan.
Kharaj merupakan cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah yang ditakluki oleh tentera
Islam melalui peperangan atau secara aman. Kadar kharaj yang dikenakan berbeza mengikut
keadaan. Khalifah Umar juga mengenakan beberapa syarat semasa membayar kharaj. Contohnya,
kharaj dikenakan ke atas kawasan pertanian sahaja dan bukan kawasan kediaman dan kharaj dikutip
daripada pemilik tanah dan bukan daripada penyewa tanah. Tegasnya, kadar yang dikenakan
mengikut jumlah yang mampu dibayar dan tidak membebankan rakyat.

Isi 2 : Khalifah Umar membahagikan tanah-tanah tersebut kepada tanah-tanah bertuan dan tanah
tidak bertuan.
Pada masa Khalifah Umar membuka kawasan baharu, tanah dibahagikan kepada dua, iaitu tanah
bertuan dan tanah tidak bertuan. Tanah yang tidak bertuan ialah tanah sawafi. Tanah bertuan terus
diusahakan oleh pemiliknya. Jika tuan tanah ini memeluk Islam, maka tanahnya menjadi tanah zakat.
Jika tidak, tanah ini akan menjadi tanah golongan zimmi dan wajib dikenakan kharaj. yang
terbengkalai dijadikan hak milik bersama dan diletakkan di bawah pentadbiran Pemegang Amanah
yang dikenali sebagai golongan Ahl al-Ayyam. Tanah Sawafi diusahakan oleh petani tempatan dan
diawasi atau ditadbir oleh Pemegang Amanah. Kumpulan golongan Ahl al-Ayyam ialah orang Arab
beragama Islam yang terlibat dalam ekspedisi penaklukan awal kawasan Iraq.
Sebagai contoh, golongan Ahl al-Ayyam mengutip cukai kharaj dan satu perlima daripada hasilnya
dihantar kepada kerajaan pusat Madinah dan bakinya dibahagikan kepada yang terlibat dalam
gerakan ketenteraan. Kesannya, tindakan Khalifah Umar ini membuktikan pelaksanaan kharaj diurus
dengan baik, adil dan sistematik.

Isi 3 : Pengurusan kharaj di Iraq.


Cukai kharaj yang dipungut di Iraq dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kharaj wazifah dan kharaj
muqasamah. Kharaj wazifah ialah cukai tanah berdasarkan keluasan tanah dan jenis tanaman. Cukai
ini dibayar sekali setahun. Sementara kharaj muqasamah pula dibayar berdasarkan hasil yang
diperolehi. Contoh kadar kharaj muqasamah yang dikenakan ialah satu per dua, satu per tiga, satu
per empat, satu per lima atau satu per enam daripada jumlah hasil. Kadar kharaj yang dikenakan
adalah tidak membebankan rakyat bawahan. Kesannya, sistem cukai kharaj yang adil ini telah dapat
meningkatkan pendapatan dan hasil tanaman di Iraq.

Isi 4 : Pengurusan kharaj di Mesir


Di Mesir, Firaun telah mengukur kawasan tanah dan mengenakan cukai ke atasnya. Pada zaman
Rom, sistem yang sama dipraktikkan tetapi cukainya sangat membebankan rakyat. Khalifah Umar
telah mengubah sistem yang tidak adil ini. Sistem pungutan kharaj di Mesir mula dikemas kini.
Contohnya, pakar-pakar dimimta menganggarkan jumlah hasil tanaman dan kadar cukai yang harus
dikutip. Kesannya, jumlah kharaj yang dikutip dari Mesir dianggarkan berjumlah lebih kurang 1 juta
dinar. Meskipun tugas ini berat, tetapi ia bertujuan meringankan beban rakyat di Mesir.

Isi 5 : Pengurusan kharaj di Syria


Di Syria, Khalifah Umar mengekalkan sistem kutipan cukai tanah yang diperkenalkan oleh Raja
Yunani. Tanah-tanah di Syria dikelaskan berdasarkan kualiti dan kesuburannya. Contoh, pendapatan
kharaj di Syria berjumlah 14 juta dinar setahun. Kesannya, hasil kharaj telah dapat membangunkan
kebajikan rakyat di Syria.

Kesimpulan
Kesimpulannya, Khalifah Umar berjaya meningkatkan pendapatan negara dengan memperkenalkan
cukai kharaj. Kharaj yang dikenakan tidak membebankan rakyat dan tidak berlaku penindasan
kerana beliau menetapkan syarat-syarat kelulusan bagi pegawai yang mengutip cukai. Kaedah
pengurusan kharaj oleh Khalifah Umar bukan sahaja membawa keuntungan kepada para pemilik
tanah tetapi juga meningkatkan pendapatan negara.

Soalan 5 : “Kerajaan Abbasyiah meneruskan pelaksanaan pengurusan zakat yang diambil daripada
zaman Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Umaiyah.” Bincangkan.

Pendahuluan
Zakat merujuk kepada bayaran wajib yang dikenakan ke atas semua umat Islam bagi mereka yang
memenuhi syarat-syaratnya. Antara syaratnya ialah cukup nisab dan genap haul. Zakat terbahagi
kepada dua iaitu, zakat fitrah dan zakat harta benda. Zakat mula difardhukan pada tahun ke-2 hijrah
setelah nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Setelah kerajaan Bani Abbasiyah mengambil
alih pemerintahan Islam daripada kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132H, khalifahnya masih
meneruskan malah mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat.
Isi 1 : Pelaksanaan zakat pada zaman kerajaan Abbasyiah
Pelaksanaan zakat pada zaman ini terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat
fitrah wajib ditunaikan setelah selesai mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Zakat harta
ialah zakat harta benda seperti binatang ternakan, emas dan perak, barang perdagangan dan bijirin.
Kadar zakat (2.5%), jenis zakat (zakat fitrah dan harta). Menurut mazhab Syafie zakat fitrah harus
ditunaikan sebelum solat aidilfitri kerana jika diberikan selepasnya ia dianggap sedekah biasa. Zakat
ini harus diberi kepada hamba atau orang merdeka tidak dikira jantina yang memerlukan
berdasarkan hadis nabi Muhammad s.a.w. Jelas menunjukkan pelaksaanaan zakat fitra dan harta
merupakan pengenalan zakat yang sistematik .

Isi 2 : Zakat emas dan perak


Zakat emas dan perak wajib ditunaikan sekiranya mencapai syarat-syarat yang ditetapkan iaitu
cukup nisab. 5 dirham daripada 200 dirham bagi perak yang telah disepuh. Manakala bagi emas pula,
nisabnya 20 dinar (96 gram emas). Cukup haul–cukup setahun. Milik sempurna – barang yang
diamanahkan, dipinjam, perhiasan wanita dan harta rampasan tidak wajib dizakatkan. Irininya,
terdapatnya keadilan dalam pelaksaan zakat.

Isi 3 : Zakat perdagangan


Zakat perdagangan yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. telah diteruskan hingga
zaman Abbasyiah. Cara pengeluaran zakat perniagaan ialah apabila sudah cukup haul, seorang
peniaga hendaklah menggabungkan semua hartanya iaitu modal, keuntungan, simpanan, serta
hutang yang dijangka dapat dipungut. Seterusnya, dia memeriksa barang perniagaan dan menilai
barang-barang tersebut, lalu dicampurkan dengan wang dan hutang dan kemudian mengeluarkan
zakat sebanyak 2.5%. Zakat perdangan ini menyebabkan umat islam dapat terhindar daripada
masalah sosial.

Isi 4 : Zakat Pertanian


Biji-bijian seperti padi, gandum dan lain-lain wajib dikeluarkan zakat. Antara syarat wajib zakat
pertanian ialah Islam, mengetahui hukum wajib mengeluarkan zakat, tanah pertanian yang
diusahakan itu hendaklah daripada jenis tanah yang dikenakan cukai usyur iaitu tanah milik sendiri.
Jika tanah itu tanah kharaj, iaitu tanah rampasan perang, maka tidak wajib dikeluarkan zakat. Kadar
zakatnya ialah 1/10 jika disirami air hujan dan 1/20 jika diusahakan sendiri dengan alat penyiram.
Akibatnya terdapat keadilan dalam pelaksanaan zakat dalam pertanian

Kesimpulan
Kesimpulannya, kewajipan mengeluarkan zakat mencerminkan sistem ekonomi Islam yang
mementingkan aspek keadilan dan menolak sebarang usaha untuk memonopoli kekayaaan sehingga
menindas golongan yang lemah. Sistem ekonomi ini berfokuskan pengagihan kekayaan secara sama
rata dalam kalangan umat Islam melalui amalan kewajipan berzakat dan galakan bersedekah. Zakat
juga merupakan sumber pendapatan yang amat penting kepada negara dan masyarakat Islam
kerana zakat bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang muhibah tetapi meningkatkan
ketakwaan seseorang terhadap Allah.

SOALAN6 : Huraikan Institusi Pendidikan Yang Terdapat Pada Zaman Bani Abbasiyah.

PENDAHULUAN
Kerajaan Bani Abbasiyah berkuasa selama 5 kurun ( 132 – 565 Hijrah / 750 – 1258 Masihi) diperintah
oleh 37 orang Khalifah. Zaman kekuasaanya mencakupi hampir seluruh zaman keemasan islam
kerana zaman kemasan Islan bermula pada abad ke–7 masihi hingga abad ke–13 masihi. Pada zaman
Abbasiyyah ini tamadun Islam telah mencapai kemajuan yang amat gemilang sekali. Sumbangannya
yang terpenting ialah dibidang pendidikan. Pada zaman kekuasaannya telah wujud satu sistem
pelajaran dan pendidikan Islam yang teratur meliputi peringkat rendah, menengah dan tinggi.

Isi 1 : Salah satu institusi pendidikan yang penting ialah masjid

Masjid menjadi pusat pendidikan utama bagi pelajaran rendah, menengah dan tinggi. Masjid
menjadi tempat utama mempelajari Al–Quran, hadis dan Fiqh. Sementara itu pelajar yang
menghadiri kelas berkenaan terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan negara. Di samping itu,
Masjid juga menjadi tempat majlis muhazarah – majlis perbincangan dan perbahasan tentang isu
semasa. Ahli panelnya pula terdiri daripada para ulama, sarjan, ahli fikir dan para pujangga dan lain–
lain. Contohnya di Basra. Masjid digunakan sebagai kelas pengajian tafsir, hadis dan fiqh dan lain–
lain. Oleh itu, institusi masjid telah menyediakan satu sistem pendidikan yang lengkap untuk
masyarakat Islam

Isi 2 : Seterusnya institusi Kuttab atau pondok juga penting pada zaman Abbasiyah.

Institusi Kuttab atau pondok merupakan institusi pengajian di peringkat permulaan kurikulum.
Institusi ini mempunyai kurikulum yang lebih sistematik. Di antara yang dipelajari di institusi ini ialah
pengajian Al–Quran, hadis, seni khat, nahu, arab, kesusasteraan, sirah rasulallah, membaca, menulis
puisi dan imu nisab. Dengan adanya institusi Kuttab dapat meningkatkan pengetahuan masyarakat
Islam secara menyeluruh

Isi 3 : Selain daripada itu institusi sekolah–sekolah tinggi turut disediakan oleh Kerajaan
Abbasiyah.

Sekolah-sekolah tinggi telah dibina pada zaman pemerintahan Nizam al–Mulk (456–485H). Sekolah
ini dikenali dengan nama Madrasah. Kedudukan madrasah lazimnya bersebelahan dengan masjid.
Peringakat menengah dan tinggi, kurikulum yang diperkenalkan adalah merupakan lanjutan daripada
kurikulum peringkat rendah iaitu ilmu tafsir, hadis, kalam, tasawuf, bahasa, usul fiqh dan sebagainya.
Madrasah telah didirikan di beberapa bandar seperti Baghdad, Tabaaristan, haran, Naishabur,
Isfahan, Basrah. Institusi pendidikan tinggi telah dapat melahirkan golongan cerdik pandai

Isi 4 : Satu lagi institusi pendidikan yang penting ialah Istana Khalifah.

Para cendikiawan telah memenuhi istana Khalifah sehinggakan khalifah sendiri menjadi orang yang
berpengetahuan dan mencintai ilmu. Semasa Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya Khalifah al-
Makmum golongan intelektual telah tertumpu di Istana Khalifah. Sememangnya golongan
pemerintah turut memainkan peranan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan

Isi 5 : Tambahan pula, institusi maktab telah ditubuhkan untuk memantapkan lagi sistem
pendidikan.
Institusi maktab yang dimajukan ialah al–Mustansiriah. Maktab ini telah dibina di Baghdad. Tenaga
pengajarnya diberi gaji dari Perbendaharaan Negara. Manakala pelajarnya pula tidak dikenakan
sebarang bayaran, sebaliknya mereka diberikan biasiswa untuk meneruskan pengajiannya.

Di antara perkara yang diajar di sini ialah empat mazhab Fiqah, iaitu Shafiee, Maliki, Hanafi dan
Hambali. Maktab ini juga mengajar ilmu mantiq, falsafah, kesusasteraan, sejarah, seni muzik dan
seni bina. Pada zaman ini institusi pendidikan lebih mendahului institusi pendidikan barat.

Isi 6 : Akhir sekali, institusi pendidikan tinggi telah dimajukan.

Pada tahun 1065, Khalifah al–Makmum telah menubuhkan Universiti Nizamiyah di Baghdad,
Universiti ini menjadi pusat pengajian formal yang mengajar mata pelajaran seperti sains, matematk.
Astronomi, geografi dan perubatan. Imam al-Ghazali pernah berkhidmat di universiti ini. Beliau
adalah antara intelektual Islam yang terkenal. Dengan penubuhan universiti telah melahirkan
intelektual Islam dalam pelbagai bidang pengetahuan.

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, institusi pendidikan zaman Kerajaan Abbasiyah telah berkembang dengan
pesat dan melahirkan ramai cerdik pandai Islam. Golongan cerdik pandai telah meningkatkan lagi
peradaban manusia.

SOALAN 6 : Jelaskan perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah

PENDAHULUAN

Perkembangan Pendidikan pada zaman Bani Umaiyah, ditunjangi oleh dua keperluan iaitu keperluan
keagamaan dengan lahirnya dua mazhab dan aliran pemikiran iaitu ahli hadis dan ahli ar-ra'yi
(mengutama akal). Keperluan yang kedua ialah keperluan semasa.

Isi 1 : Perkembangan institusi pendidikan

Terdapat tiga buah institusi pendidikan yang menyebarkan ilmu pengetahuan, institusi-institusi
tersebut ialah masjid, istana khalifah, dan kuttab (sekolah). Masjid merupakan salah satu daripada
institusi pendidikan yang dibuka oleh sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Antara pelajaran yang diajar
di sini merangkumi ilmu Tafsir, Hadis, fiqh, Kesusasteraan Arab, dan lain-lain. Sehubungan dengan ini
masjid di kota Mekah juga turut berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu
agama. Dari masjid inilah Imam Malik, pengasas Mazhab Maliki dilahirkan.

Istana khalifah juga tidak ketinggalan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Istana-istana ini
berfungsi sebagai tempat belajar dan perpustakaan. Proses pembelajaran di istana hanya
dikhususkan kepada putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar negara sahaja. Guru-gurunya
pula dibawa khas ke istana untuk mengajar mereka. Kuttab atau sekolah puia merupakan institusi
pendidikan permulaan. Terdapat dua jenis kuttab iaitu Kuttab untuk orang awam yang dikenakan
bayaran Kuttab untuk kanak-kanak miskin–percuma. Dari institusi masjid lahirnya Imam Malik,
pengasas Mazhab Maliki. Institusi pendidikan ini telah member peluang pendidikan kepada pelbagai
lapisan masyarakat

Isi 2 : Perkembangan kurikulum


Masjid-masjid di kota Mekah, Madinah turut menyediakan pengajaran Sementara itu, masjid-masjid
di Basrah dan Kufah di Iraq berperanan sebagai pusat pengajian bahasa yang aktif ekoran daripada
ramainya bangsa lain yang memeluk Islam. Mata pelajaran yang diajar pula seperti kesusasteraan,
ilmu pidato, dan akhlak. Di samping itu, mereka juga diajar tentang cara-cara pergaulan dalam
masyarakat sebagai persiapan bagi mereka untuk memerintah negara pada masa hadapan.
Sementara di kuttab pula, pengajaran al-Quran dan asas-asas ilmu agama diberi penekanan.
Pengajaran di sini merupakan pra pengajian sebelum seseorang itu berdepan dengan sistem halaqah
di masjid-masjid. Perkembangan kurikulum yang adalah menyeluruh dan dapat melahirkan golongan
intelektual

Isi 3 Perkembangan tenaga pengajar

Guru-guru ini mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai disiplin ilmu. Mereka
juga merupakan ulama yang terkenal. Pengajaran mereka adalah ikhlas tanpa mengharapkan
ganjaran atau gaji. Terdapat juga guru-guru mengajar di istana dikenali sebagai muaddib. Muaddib
ini ditugaskan untuk mengajar putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar Negara dengan ilmu
pengetahuan, di samping mendidik mereka dengan akhlak-akhlak Islam.

Antara ulama yang terkenal ketika itu ialah Abdullah b. Abbas pakar dalam bidang tafsir, hadis, fiqh
(menerangkan hukum syara”), dan sastera. Hassan al-Basri, seorang ulama fiqh dan usuluddin (sifat)
yang wajib bagi ALLAH, apa (sifat) yang mustahil dan apa (sifat) yang harus bagi ALLAH, dan
apa(sifat) yang wajib bagi Rasul-rasul, apa (sifat) yang mustahil dan apa (sifat) yang harus bagi
mereka, dan tentang perihal benda-benda yang ghaib) Dengan adanya tenaga pengajar dapat
menghasilkan pengajaran yang berkualiti

Isi 4 : Perkembangan kaedah pengajaran dan pembelajaran

Cara mengajarnya pula berbentuk halaqah, iaitu murid-murid akan mengelilingi guru, mendengar
syarahan yang disampaikan oleh guru-guru berkenaan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini
telah dapat meningkatkan pengetahuan dikalangan pelajar-pelajar

Isi 5 : Perkembangan dasar pendidikan

Menggalakkan penyebaran ilmu pengetahuan ke pelbagai wilayah Islam. Contoh zaman Khalifah
Umar bin Abd Aziz yang melakukan usaha pengumpulan hadis. Pendidikan percuma juga diberikan.
Di samping itu, kerajaan mengamalkan dasar terbuka terhadap ilmu-ilmu yang baru seperti ilmu
falsafah.

Kesimpulan

Usaha-usaha kerajaan Umaiyyah telah mendorong kepada perkembangan ilmu pengetahuan Islam.
Kerajaan Bani Umaiyyah telah berjaya memajukan pendidikan di seluruh empayar Islam

Soalan 7 : Bincangkan peranan Baitul Hikmah dalam memantapkan perkembangan ilmu


pengetahuan pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah.

Pendahuluan
Baitul Hikmah atau dalam bahasa Arabnya Bait al-Hikmah adalah Bincangkan peranan Baitul Hikmah
dalam memantapkan perkembangan ilmu Rasyid menjadi khalifah, dan dianggap sebagai pusat
intelektual serta keilmuan pada masa Zaman Kegemilangan Islam (The golden age of Islam).

Institusi ini juga dinamakan khazanah al-Hikmah (Khazanah Kebijaksanaan) yang berfungsi sebagai
perpustakaan dan pusat penelitian. Pada zaman Al Makmun fungsi institusi ini dikembangkan lagi
menjadi institusi perguruan tinggi, perpustakaan dan badan penyelidikan.

Isi 1 : Peranan terbesarnya Baitul Hikmah adalah ianya merupakan pusat penterjemahan Negara
yang menjalankan aktiviti mengumpul dan menyalin ilmu-ilmu pengetahuan asing ke bahasa Arab.

Kemuncak kegiatan penterjemahan berlaku pada zaman Khalifah Al Makmum. Baginda telah
menghantar kumpulan sarjana ke seluruh dunia bagi mencari kitab-kitab untuk diterjemahkan.
Orang Islam bukan sahaja menterjemah tetapi malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam
karya yang diterjemah ke bahasa Arab. Mereka menghuraikan dan membuat penambahbaikan
terhadap karya tersebut dengan memuatkan keterangan dan ulasan yang sangat bernilai dan besar
ertinya.

Penubuhan dan peranan pusat pengajian tinggi ini telah mempertingkatkan lagi kegiatan
penyelidikan hingga kedapatan hasil kajian sarjana Islam yang telah sampai ke Eropah. Sejumlah
kajian itu juga telah diterjemahkan ke bahasa asing dan di sinilah sebenarnya bermula arus yang
membawa kebangkitan Eropah

Sebagai contoh Hunain b. Ishaq yang menguasai bahasa Arab, Yunani, Suryani dan Parsi merupakan
pakar ilmu perubatan, falsafah dan sejarah. Beliau dilantik oleh Khalifah Harun Al Rasyid untuk
menterjemah buku-buku Yunani dan Suryani ke Bahasa Arab. Yuhannad (Yahya) bin al Bitriq yang
digelar Abu Zakaria, pakar bahasa Latin telah menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani dan
Suryani ke dalam bahasa Arab. Ishaq bin Hunain (Abu Ya’kub), seorang doktor dan hakim banyak
menterjemah karya Yunani. Karyanya yang termashyur ialah Kitab Kunnash al Khiff

Yuhanna b. Musawih telah dilantik sebagai ketua penterjemahan karya perubatan oleh Khalifah
Harun Al Rasyid Kegiatan penterjemahan ini telah memantapkan perkembangan ilmu pengetahuan
pada zaman Khalifah Abbasiyah. Baitul Hikmah juga berperanan sebagai perpustakaan dan pusat
pendidikan. Tempat penyimpanan buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik
dan balai penterjemahan.

Isi 2 : Penciptaan kaedah pembuatan kertas yang berasal dari Cina juga telah merancakkan lagi
hasil karya dan pengumpulan kitab-kitab ilmiah

Baitul Hikmah merupakan perpustakaan yang telah memperkenalkan cara penyusunan kitab yang
sistematik berdasarkan jilid, tajuk dan pengkhususan sesuatu ilmu. Dilaporkan terdapat lebih
setengah juta buku berjilid dan ia juga merupakan pusat latihan para sarjana. Antara tokoh saintis
yang pernah berkhidmat di perpustakaan ini ialah al-Khawarizmi dan Hunyan bin Ishaq. Baitul
Hikmah telah menjadi tumpuan para ilmuan daripada pelbagai bidang dan ini telah merancakkan
perkembangan ilmu pada zaman Abbasiyah. Ia juga dapat menandingi kemasyhuran Perpustakaan
Iskandariah.
Isi 3 : Baitul Hikmah juga merupakan pusat perkembangan ilmu pengetahuan agama dan bidang
sains dan falsafah serta muzik.

Ilmu pengetahuan dalam bidang agama, seperti Al Qur‟an, qiraat, Hadith, Fekah, bahasa dan
sastera. Disamping itu juga berkembang empat mazhab fekah yang terkenal, diantaranya Abu
Hanifah pendirian mazhab Hanafi, Imam Maliki ibn Anas pendiri mazhab Maliki, Muhammad ibn Idris
Asy-Syafi‟i pendiri madzhab syafi‟i dan Muhammad ibn Hanbal, pendiri madzhab Hanbali. Bidang
sains dan teknologi meliputi ilmu falsafah, logik, metafizik, matematik, geometri, astronomi, muzik,
perubatan dan kimia. Baitul Hikmah telah dijadikan pusat kajian keilmuan dan pengetahuan. Pada
masa ini muncul cendikiawan muslim dan juga karya besar mereka yang kemudiannya
mempengaruhi peradaban Islam bahkan seluruh dunia.

Isi 4 : Di Baitul Hikmah bermulanya kaedah penulisan yang sistematik

Terdapat penglibatan golongan ulama dalam penulisan dalam bidang fikah, tafsir dan sejarah dan
sebagainya. Pada zaman ini juga, berlaku pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup
Nabi Muhamad) dan ilmu hadis. Antara ulama yang terkenal ialah Imam Malik (penyusunan buku Al
Muwatta”), Ibn Ishaq (penyusunan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w), Abu Hanifah (penyusunan
kitab fikah dan pendapat Ijtihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafie

Penutup

Sebagai kesimpulan, Peranan Baitul Hikmah memang sangat besar dalam kemajuan peradaban
Islam, terutama dalam ilmu pengetahuanya pada masa itu. Malah Baitul Hikmah ini telah melahirkan
ramai ilmuan-ilmuan Islam dan para sarjana yang agung dalam bidang masing-masing.

Sejauhmanakah Khalifah Abbasiyah memainkan peranan dalam memantapkan Baitul Hikmah


sebagai gedung ilmu pada zaman Khalifah Abbasiyah.

Pendahuluan

Baitul Hikmah merupakan gedung ilmu pengetahuan yang diasaskan oleh Khalifah Harun Al Rasyid
pada 815M dan mencapai kegemilangannya pada zaman Khalifah Al Makmun. Baitul Hikmah juga
dikenali sebagai Khazanatul Hikmah atau Darul Hikmah. Pada zaman kegemilangannya, Baitul
Hikmah berfungsi sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi yang
menawarkan pelbagai kursus profesional dalam bidang falsafah dan sains.

Isi 1 : Khalifah Abbasiyah telah memainkan peranan penting dalam memantapkan pengurusan dan
aktiviti keilmuan Baitul Hikmah.

Khalifah Abbasiyah mempunyai pandangan terbuka terhadap bidang intelektual. Para penterjemah
yang dilantik berkhidmat di Baitul Hikmah tidak terikat dengan faktor agama dan bangsa. Keutamaan
diberi berdasarkan kepakaran, kegigihan dan kejujuran ilmiah mereka. Contoh Yuhanna bin
Musaimah adalah beragama Kristian dan berbangsa Suryani manakala Abu Sahl al Fadl berbangsa
Parsi. Dasar terbuka ini berkait rapat dengan pandangan para khalifah bahawa kegiatan terjemahan
merupakan nadi kepada perkembangan intelektual di Baitul Hikmah.

Isi 2 : Khalifah Abbasyiah amat meminati seni dan ilmu pengetahuan


Khalifah Al Makmun merupakan pencinta seni dan ilmu pengetahuan terutama bidang falsafah. Al
Makmun telah menghantar utusan ke luar negara termasuk Rom, Kepulauan Sicily dan Qubrus untuk
mencari dan mendapatkan karya-karya ilmiah Yunani. Al Makmun juga menghantar Hunain b. Ishak
ke Konstantinople untuk mendapat dan menterjemah karya-karya hebat yang terdapat di sebuah
perpustakaan di sana. Ini menyebabkan beliau menumpukan segala tenaga untuk
mempertingkatakan lagi kegiatan intelektual di Baitul Hikmah

Isi 3 : Khalifah Abbasiyah juga memberi galakan terhadap segala kegiatan intelektual di Baitul
Hikmah.

Ganjaran lumayan termasuk wang emas kepada para penterjemah penulis dan pengarang telah
melahirkan ramai tokoh-tokoh sarjana dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Mereka telah
disediakan kediaman yang selesa dan indah. Kebanyakan mereka terdiri daripada ahli fikah, ahli
hadis, sasterawan, penyair dan ilmu perubatan. Galakan tersebut telah menyemarakkan
perkembangan kegiatan penulisan dan penterjemahan.

Isi 4 : Khalifah Abbasiyah juga teleh memperuntukan dana yang besar untuk perkembangan
kegiatan intelektual di Baitul Hikmah.

Harun Al Rasyid telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar daripada perbendaharaan negara
untuk pembayaran gaji kakitangan dan kelengkapan prasarana Baitul Hikmah serta ganjaran
terhadap para penterjemah,penulis serta penemuan baharu dalam bidang ilmu pengetahuan. Selain
daripada peranan yang dimainkan Khalifah Abbasiyah, terdapat faktor-faktor lain iaitu peranan
wazir, para hartawan kecekapan pengurusan dan pentadbiran Baitul Hikmah dan pembuatan
industri kertas yang menggalakkan kegiatan intelektual di Baitul Hikmah

Isi 5 : Peranan para wazir

Wazir-wazir telah mengeluarkan banyak dana untuk membiayai kegiatan terjemahan dan penulisan.
Contoh wazir Muhamad b. Musa bin Yahaya dari keluarga Barmaki yang berasal dari Parsi yang
terkenal dengan kebijaksanaannya dan keluasan ilmu pengetahuan kerana Parsi adalah pusat
tamadun manusia. Wazir Muhamad b. Abdul Malik bin al Zayyad di zaman Khalifah Al Muktassim
telah memberi ganjaran 2000 dinar sebulan kepada seorang penterjemah. Peranan para wazir
zaman Khalifah Harun Al Rasyid dan Al Makmun yang begitu gigih dan aktif menjalankan kegiatan
intelektual.

Isi 6 : Peranan para hartawan Islam yang membelanjakan sebahagian harta bagi membiayai
kegiatan terjemahan dan penulisan.

Para hartawan telah membayar sebahagian kos menterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa
Arab disamping memberi ganjaran kepada para penterjemah dan pengarang. Antara hartawan
terkenal adalah Muhamad Ahmad dan al Hassan dari keturunan Bani Musa bin Syikin al Munajjim.
Secara tidak langsung, peranan golongan hartawan ini telah membantu merancakkan lagi kegiatan
intelaktual di Baitul Hikmah.

Isi 7 : Kecekapan pentadbiran dan pengurusan Baitul Hikmah


Kakitangan yang bertugas di Baitul Hikmah secara automatik berperanan sebagai penterjemah,
penulis, penyalin pengarang, penjilid dan pengedar. Pegawai Baitul Hikmah dan para pembantunya
di samping bertugas sebagai ahli penterjemah dan pengarang, mereka juga bertanggungjawab
dalam menguruskan penyusunan katalog buku-buku. Antaranya Sahl bin Harun, Said bin Harun dan
Hunain bin Ishaq. Kerjasama dan persefahaman antara kakitangan, penterjemah dan pengarang
menyebabkan institusi Baitul Hikmah dapat berfungsi dengan baik.

Isi 8 : Perkembangan industri kertas.

Teknologi pembuatan kertas dari China telah diperolehi oleh umat Islam berikutan penaklukan
wilayah Samarkand pada 704M. Teknologi ini kemudian dibawa ke Baghdad dan Khalifah Harun Al
Rasyid telah berjaya mendirikan kilang kertas yang pertama dalam sejarah Islam. Dengan
penggunaan kertas, kegiatan intelektual dan penulisan di Baitul Hikmah berkembang.

Isi 9 : Peranan penterjemah dan pengarang yang begitu aktif menghasilkan penulisan dan
penterjemahan.

Kegiatan penterjemahan dapat dilihat melalui tiga peringkat. Pertama sejak zaman abu Jaafar Al
Mansur hingga zaman pemerintahan Khalifah Harun Al Rasyid. Kedua, zaman Khalifah Al Makmun,
Ketiga mulai tahun 300H hingga orang Tartar menyerang Baghdad pada tahun 656H . Zaman ini
kegiatan penterjemahan dan penulisan mula memasuki fasa kemerosotan . Kegiatan penterjemahan
adalah seiring dengan kegiatan penulisan. Pada zaman Kahalifah Abbasiyah lahir ramai tokoh
intelektual yang memberi sumbangan dalam bidang penterjemahan.

Sebagai contoh Hunain b. Ishaq yang menguasai bahasa Arab, Yunani, Suryani dan Parsi merupakan
pakar ilmu perubatan ,falsafah dan sejarah. Beliau dilantik oleh Khalifah Harun Al Rasyid untuk
menterjemah buku-buku Yunani dan Suryani ke Bahasa Arab. Yuhannad (Yahya) bin al Bitriq yang
digelar Abu Zakaria,pakar bahasa Latin telah menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani dan
Suryani ke dalam bahasa Arab. Ishaq bin Hunain (Abu Ya‟kub), seorang doktor dan hakim banyak
menterjemah karya Yunani. Karyanya yang termashyur ialah Kitab Kunnash al Khiff

Penutup

Sebagai kesimpulan, keagungan Baitul Hikmah mengalami kemerosotan selepas Zaman Al Muktasim
bin Harun Al-Rasyid ekoran kelemahan sikap khalifah Abbasiyah. Baitul Hikmah terus terkubur akibat
serangan orang-orang Tartar ke atas Baghdad pada tahun 1258

Soalan 8 : Masjid bukan sahaja sebagai pusat ibadah tetapi juga merupakan sebagai pusat
perkembangan ilmu di Mesir pada abad ke-8. Bincangkan.

Pendahuluan

Institusi pendidikan pada zaman awal di Mesir pada abad ke-8 berlangsung di masjid. Masjid
dijadikan tempat atau sekolah terutama bagi mempelajari Al-Quran, hadis dan Fiqah. Selain itu,
diadakan juga majlis muzakarah iaitu majlis perbincangan dan perbahasan antara para ulama,
sarjana dan ahli fikir.

Hal ini berlaku ketika pertapakan Islam di Mesir bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Umar
bin al-Khattab. Khalifah Umar bin al-Khattab telah mengarahkan Amru bin al-As supaya mendirikan
masjid dan berhasrat menjadikan masjid sebagai pusat ibadat dan pusat kemasyarakatan bahkan
institusi pendidikan. Jelaslah bahawa masjid bukan hanya sekadar tempat beribadah tetapi
berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu di Mesir pada ketika itu.

Isi 1 Pusat kegiatan ilmu keagamaan

Salah satu peranan masjid ialah menjadi pusat kegiatan ilmu keagamaan yang utama di Mesir.
Aktiviti pendidikan di masjid menjadi proses awal yang membawa kepada terbentuknya kuttab dan
halaqah di Mesir. Peranan masjid di Mesir telah diperkasakan sebagai pusat ibadat, pusat
kemasyarakatan, pusat kebudayaan, mahkamah keadilan dan institusi pendidikan. Jelaslah bahawa,
masjid mempunyai pelbagai peranan dan kegiatan dijalankan dalam usaha memperkembangkan
ilmu di Mesir.

Isi 2 Institusi pendidikan

Masjid Amru al-As yang merupakan masjid terawal di Mesir telah memainkan peranan penting
sebagai institusi pendidikan. Buktinya terdapat lebih 40 buah halaqah ilmu yang sentiasa dipenuhi
pelajar bagi menimba ilmu pengetahuan dan membuat kajian. Imam as-Syafie pernah mengajar di
masjid ini. Ramai ulama dan ilmuwan dari seluruh pelosok dunia Islam datang ke Mesir untuk
menimba ilmu dan membuat kajian. Tegasnya, masjid sebagai pusat perkumpulan pelajar untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan.

Isi 3 Pelajaran ilmu fardu ain

Selain itu juga, kurikulum pengajian bukan sahaja tertumpu kepada ilmu-ilmu keagamaan malah
merangkumi pelajaran ilmu fardu ain termasuk tafsir al-Quran, hadis, tauhid dan fiqah manakala
ilmu kifayah merangkumi ilmu hisab, ilmu astronomi dan perubatan. Sebagai contohnya, Masjid
Amru al-As telah menjadi tempat pengajian fardu ain dan ilmu kifayah pada ketika itu. Terbuktilah
bahawa masjid berperanan menyampaikan kurikulum yang penting kepada pelajar-pelajarnya.

Isi 4 : Pengumpulan Ulama

Seterusnya, masjid juga merupakan institusi pendidikan yang penting iaitu ramai ulama dan ahli
fiqah berkhidmat sebagai guru. Sebagai contohnya, Masjid Ahmad Ibn Thulun menjadi tempat
pertemuan ulama-ulama di Kaherah.Kurikulum merangkumi ilmu tafsir, hadis, fikah, membaca, ilmu
hisab dan perubatan. Jelaslah bahawa masjid bukan sahaja memperkembangkan ilmu keagamaan
tetapi juga merangkumi ilmu pengetahuan

Isi 5 Mengajar al Quran

Manakala masjid juga mempunyai ruang khas untuk mengajar al-Quran kepada anak-anak yatim dan
kemudahan penginapan turut disediakan. Contohnya, Masjid al-Azhar ialah masjid yang tersohor
dan terawal dibina oleh Jauhar al-Siqili yang menyediakan ruang untuk mengajar al-Quran. Oleh itu,
masjid ini menjadi tumpuan kerana mempunyai ruang yang luas untuk pendidikan al-Quran khusus
untuk anak-anak yatim di Mesir.

Isi 6 Halaqah
Pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di masjid disampaikan dalam bentuk halaqah serta
dalam bentuk kuliah di mana para guru membaca, menghurai dan menjelaskan isi kandungan
sesuatu kitab Mana-mana permasalahan yang timbul diajukan kepada guru yang bertindak sebagai
naqib dalam majlis halaqah berkenaan. Terbuktilah bahawa perkembangan ilmu secara halaqah
dilakukan di dalam masjid.

Isi 7 Menghafal

Para pelajar juga digalakkan menghafal sesuatu pembelajaran kerana melalui hafalan, pengukuhan
ilmu pengetahuan dapat dimiliki dengan mudah. Selain itu, para pelajar diberikan kebebasan
memilih mana-mana kelompok atau halaqah yang bersesuaian dengannya; setiap pelajar perlu
membuat persediaan sebelum memasuki majlis halaqah. Masjid juga menjalankan aktiviti
penghafalan kepada pelajar-pelajarnya dalam usaha memperkembangakan ilmu di Mesir.

Kesimpulan

Kesimpulannya, tidak dinafikan masjid merupakan institusi pendidikan Islam terpenting bagi umat
Islam di Mesir dan memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu. Kepesatan bidang ilmu
pengetahuan di Mesir berlaku seiring dengan pertumbuhan institusi–institusi pendidikan Islam
khasnya masjid dan halaqah. Contohnya, kewujudan Masjid al-Azhar yang kemudiannya telah
berkembang menjadi Universiti al-Azhar.

Soalan 9 : Bincangkan sistem pendidikan Islam di Mesir pada abad ke-8 Masihi.

Pendahuluan

Pertapakan Islam di Mesir bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab. Atas
permintaan penduduk Qibti Mesir sendiri, tentera Islam di bawah pimpinan panglima Amru Bin Al-As
telah dihantar bagi menamatkan kekejaman pemerintahan Rom. Kejayaan Amru Al-As telah
memulakan era perkembangan agama Islam di Mesir. Sejarah awal perkembangan pendidikan Islam
di Mesir bermula di kota Fustat sebagai pusat pentadbiran dan pusat pendidikan Islam, khasnya
selepas pembinaan Masjid Amru Bin Al-As. Kemudian, pusat keilmuan telah berpindah ke Kaherah
dengan terbinanya Masjid Al-Azhar pada zaman Dinasti Fatimiyyah.

Seterusnya, Majid Al-Azhar menjadi pusat pengkajian Islam khasnya semasa zaman pemerintahan
Khalifah Salehuddin Al-Ayyubi sehingga melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmuan Islam yang terkenal.
Kewujudan pelbagai institusi pendidikan merupakan sesuatu yang lumrah di sesebuah negara, begitu
juga di Mesir. Terdapat 4 institusi pendidikan terpenting iaitu masjid, kuttab, halaqah, dan
madrasah.

Isi 1 : Dasar Pendidikan

Dasar pendidikan diberi secara percuma. Tumpuan kurikulum diberikan kepada ilmu fardu ain dan
fardu kifayah. Pendidikan formal berlaku di istana. Kebanyakan umat Islam berlumba-lumba
menuntut ilmu manakala anak-anak golongan pemerintah dan bangsawan di Mesir diberi
pendidikan wajib sama ada didatangkan guru-guru khas ke istana atau dihantar ke pusat pengajian
bagi mempersiapkan mereka untuk memegang jawatan penting kelak. Bentuk pendidikan juga turut
berubah mengikut keadaan semasa ekoran pengaruh falsafah Yunani. Sebagai contoh, ilmu
pengetahuan di Kuttab diberi secara percuma dan secara berasingan antara kanak-kanak lelaki dan
perempuan. Tenaga pengajar di masjid di Mesir juga berkhidmat secara sukarela (tanpa upah). Dasar
dan panduan pendidikan yang ditekankan menunjukkan bahawa ilmu pendidikan semasa amat
dititikberatkan bagi mengelakkan daripada ketinggalan.

Isi 2 : Seterusnya, sistem pendidikan di Mesir dilihat dari segi Kurikulum pengajian.

Kurikulum pengajian di Mesir tertumpu kepada dua sistem pendidikan iaitu fardu ain dan fardu
kifayah. Pendidikan fardu ain tertumpu pada ilmu asas ajaran Islam seperti akidah, syariat dan
akhlak. Ilmu ini wajib dipelajari dan diamalkan oleh setiap umat Islam yang mukallaf. Sumber utama
ialah Al-Quran dan sunnah manakala sumber kedua ialah ijmak dan qias.

Pendidikan ilmu kifayah pula ialah ilmu pengetahuan yang wajib dituntut oleh sebahagian umat
Islam. Pendidikan ilmu ini adalah semua disiplin ilmu yang diperlukan bagi menyempurnakan
keperluan hidup manusia sama ada berbentuk keagamaan atau keduniaan seperti perubatan,
ekonomi, pendidikan dan lain-lain. Ilmu-ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang bersandarkan akal
dan berteraskan al-Quran dan as-sunnah. Di Mesir, ilmu fardu ain dan kifayah amat ditekankan dan
dipelajari di institusi pendidikan meskipun pada peringkat awal penekanan berkisar tentang akidah
dan keimanan.

Perkembangan pendidikan, interaksi dengan luar, pertembungan budaya dan sebagainya


menyebabkan sistem kurikulum asal Mesir dicampuri dengan ilmu fardu kifayah seperti falsafah,
perubatan, astronomi dan sebagainya. Di masjid, kurikulum pengajian tertumpu kepada pelajaran
ilmu fardu ain termasuk tafsir al-Quran, hadis, tauhid, dan fiqah manakala fardu kifayah merangkumi
ilmu hisab, ilmu bintang dan perubatan.

Di Kuttab, Kurikulum pendidikan berorientasikan al-Quran sebagai buku teks yang merangkumi ilmu
al-Quran, hadis, menulis ayat serta mempelajari tatabahasa Arab, Kesusasteraan serta Sejarah Nabi.
Hal ini telah membolehkan masyarakat pada zaman ini menerima ilmu pengetahuan secara
sistematik dan menyeluruh.

Isi 3 : Seterusnya, sistem pendidikan di Mesir dilihat dari aspek kaedah pengajaran dan
pembelajaran.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran di Mesir dilaksanakan dengan menggunakan kaedah lisan iaitu
secara kaedah imlak, ceramah, qira‟ah, asi‟lah (mengajukan pertanyaan), munazharah (berdebat)
dan sebagainya. Kaedah yang kedua ialah dengan menggunakan kaedah menghafal. Kaedah ini
merupakan kaedah yang penting dalam pembelajaran di Mesir khasnya untuk menghafaz al-Quran,
hadis dan syair.

Kaedah yang ketiga ialah dengan cara mencatat dan menulis. Kaedah yang seterusnya ialah kaedah
rihlah iaitu kaedah yang digunakan oleh ahli hadis dan Bahasa. Pembelajaran dan pengajaran yang
berlangsung di masjid disampaikan dalam bentuk halaqah serta dalam bentuk kuliah di mana para
guru membaca, menghurai dan menjelaskan isi kandungan sesuatu kitab. Mana-mana permasalahan
yang timbul diajukan kepada guru yang bertindak sebagai naqib dalam majlis halaqah tersebut.

Kepelbagaian kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran ini telah menarik minat pelajar untuk
mempelajari dan mendalami ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam dan dapat memanfaatkan
ilmu tersebut pada masa hadapan. Selain itu, pengukuhan ilmu pengetahuan juga dapat dimiliki
dengan mudah contohnya melalui hafalan.

Isi 4 : Selain dari itu, sistem pendidikan di Mesir jika dilihat dari aspek tenaga pengajar.

Peranan kerajaan melantik guru-guru dan diberikan gaji merupakan usaha murni untuk
membuktikan kepentingan ilmu pengetahuan. Tenaga pengajar terdiri daripada para ulama yang
berpengetahuan luas dan mampu menyelesaikan pelbagai isu yang diutarakan oleh pelajar. Tenaga
pengajar terdiri daripada mazhab yang berbeza dan pengetahuan serta kemahiran yang berbeza
mengikut tahap pendidikan. Kebanyakan tenaga pengajar terdiri daripada para ahli fiqah dan ulama-
ulama yang terkenal dan silih berganti. Mereka ini telah menarik perhatian ramai pelajar untuk
belajar yang dikatakan mencecah hampir ribuan orang pelajar.

Di masjid, kelompok Imam Syafie yang juga dikenali sebagai zawiyah, merupakan kumpulan tenaga
pengajar yang terdiri daripada para ahli fiqah dan ulama-ulama terkenal. Terdapat juga kelompok
yang dikenali sebagai al-Majdiah yang dibentuk oleh seorang Wazir bernama Majduddin Abu al-
Asybal. Wazir ini menempatkan Abdul Wahab Bin Bahnasi, sebagai Kadi Besar di Mesir sebagai
tenaga pengajar. Kemunculan tenaga pengajar terkenal iaitu ulama telah menarik minat ramai
pelajar dari seluruh pelosok Negara Islam bagi menuntut ilmu pengetahuan di Mesir pada abad ke-8
Masihi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, perkembangan ilmu pengetahuan di Mesir adalah dalam bentuk keagamaan dan
fardu ain. Namun, ilmu fardu kifayah seperti prosa dan puisi, falsafah, ketuhanan dan perubatan
turut berkembang.

Soalan 10 : Perkembangan ilmu naqli dan aqli pada zaman Khalifah Abbasiyah dan Khalifah
Umayyah di Andalusia pada abad ke 11 hingga 13M telah menyemarakkan perkembangan bidang
intelektual. Bincangkan.

Pendahuluan umum

Definisi Ilmu menurut Imam al-Ghazali, ilmu terbahagi kepada dua iaitu Ilmu Kasyaf / Naqli iaitu ilmu
yang bersumberkan wahyu Allah SWT melalui al-Quran dan hadis.yang diterima secara langsung
daripada Allah. Ilmu Naqli ini bertaraf fardu ain iaitu wajib dipelajari oleh semua umat Islam kerana
ilmu ini mengandungi ajaran akidah, syariah dan akhlak yang tidak dicapai melainkan dengan
perantaraan wahyu. Manakala Ilmu kasbi / Aqli pula ialah ilmu yang bersumberkan akal dan perlu
diusahakan untuk dicapai. Ilmu ini dibahagikan kepada ilmu sains tabii, sains sosial dan sains
kemanusiaan. Ilmu Aqli menduduki taraf kedua selepas ilmu naqli kerana sumbernya akal pemikiran
yang ada kalanya betul dan ada kalanya salah.

Ilmu ini merangkumi pelbagai bidang ilmu termasuk ilmu keagamaan dan keduniaan yang boleh
diperoleh melalui pengajaran, pembelajaran, akal pemikiran dan pancaindera. Antaranya ialah ilmu
matematik, perubatan, sejarah, geografi dan lain-lain.

Pada zaman Khalifah Abbasiyah (abad ke 11-13M) seperti Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Harun al-
Rasyid dan al-Ma‟mum adalah di antara pemimpin agung Islam zaman pertengahan yang banyak
menyumbangkan tenaga dalam memajukan bidang intelektual khasnya perkembangan kedua-dua
ilmu Islam ini. Pada masa itu, wujudnya kegiatan penulisan ilmiah dalam kalangan sarjana Islam
dalam semua bidang ilmu pengetahuan termasuk kegiatan penterjemahan falsafah dan sains dari
Greek ke dalam bahasa Arab.

Pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke 11-13M, pemerintahnya amat berminat dan
memberi galakan kuat terhadap bidang intelektual menyebabkan berlakunya perkembangan yang
pesat dalam kedua-dua ilmu ini terutama ketika berada di bawah pemerintahan Muluk al-Tawa‟if
khususnya kerajaan Murabitun dan Muwahiddun iaitu zaman keemasan keilmuan Andalus.

Perkembangan ilmu Naqli (keagamaan) pada zaman Khalifah Abbasiyah pada abad ke 11-13M.
Perkembangan ilmu Aqli pada zaman Khalifah Abbasiyah pada abad ke 11-13M

Isi 1 Hadis dan Falsafah

Antara ilmu Naqli yang berkembang pesat pada masa itu ialah bidang ilmu penulisan hadith (sunnah)
Penulisan ilmiah yang dimulakan oleh Imam Malik bin Anas, seorang ulama terkenal di Madinah
yang dianggap berpengetahuan luas dalam bidang hadis dan Sunnah Rasulullah SAW. Kitab beliau
Kitab al-Mutawwa” yang membicarakan tentang peraturan dan hukum-hukum ritual dalam agama
Islam berdasarkan kepada kenyataan, pengakuan serta perilaku Rasulullah yang diperolehi Imam
Malik daripada guru-gurunya yang mengambil khazanah tersebut secara langsung daripada sahabat-
sahabat Rasulullah SAW. Kitab ini dianggap sebagai pengerak utama ke arah pengumpulan hadith
secara besar-besaran yang dilakukan oleh tokoh ulama hadith seperti Imam Bukhari, Imam Muslim,
Ibn Majah, Al-Termizi. Tegasnya, penulisan kitab-kitab ini diterima sepenuhnya sebagai asas
perundangan Islam yang terpenting selepas al-Quran seterusnya memajukan dan menyemarakkan
bidang intelektual pada zaman khalifah Abbasiyah abad ke 11–13M

Antara ilmu Aqli yang berkembang pesat pada masa itu ialah bidang ilmu falsafah Falsafah
merupakan induk kepada ilmu aqli kerana daripada ilmu inilah berkembang ilmu-ilmu yang lain.
Perkembangan pesat ilmu ini akibat daripada pengaruh Parsi dan Yunani. Melalui tokoh-tokoh
ilmuan ini dapat mengharmonikan ilmu falsafah Yunani dengan pemikiran Islam bagi mengelakkan
penyelewangan akidah. Contoh tokoh ilmu falsafah dan teologi yang banyak menyumbang kepada
ilmu aqli ialah Imam al-Ghazali melalui karyanya Tahafut al-Falasifah. Kebijaksanaanya dalam
berhujah dan memberikan pandangan yang bernas menyebabkan beliau disanjung dan digelar
Hijjatul Islam. Tegasnya, perkembangan ilmu falsafah ini memberikan peningkatan kematangan
berfikir umat Islam dan menyemarakkan bidang intelektual pada zaman khalifah Abbasiyah abad ke
11-13M

Isi 2 : Sejarah Islam dan Perubatan

Perkembangan ilmu naqli yang kedua pada zaman khalifah Abbasiyah ialah penulisan Sirah atau
Sejarah Islam. Kajian yang mendalam ke atas al-Quran dan al-Sunnah telah mengilhamkan beberapa
orang ulama untuk menerokai bidang ilmu pengetahuan baharu yang tidak tergolong di dalam Ulum
al-Syarie seperti sejarah, ilmu alam dan ilmu sains yang banyak digambarkan di dalam kedua-dua
sumber di atas. Contohnya inisiatif yang dilakukan oleh Abu Abdullah Muhammah Ibn Ishaq yang
mengumpul cerita-cerita mengenai Nabi Muhamad SAW dan nabi-nabi sebelumnya berdasarkan
hadith dan sunnah Rasulullah SAW. Tegasnya, golongan ilmuan yang amat berminat dalam bidang
ilmu Naqli ini menyemarakkan lagi perkembangan intelektual pada zaman khalifah Abbasiyah abad
ke 11-13M

Perkembangan ilmu aqli pada zaman khalifah Abbasiyah yang kedua ialah ilmu perubatan.
Perkembangan ilmu perubatan zaman ini mempunyai tiga peringkat iaitu zaman permulaan, zaman
kemajuan dan kemunduran. Pada zaman kemajuan lahirnya tokoh-tokoh perubatan Islam yang
terkenal dan hebat. Penghasilan kitab Qanun ti al-Tibb oleh Ibn Sina yang menjadi rujukan utama
dan diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. Beliau juga menghasilkan ensklopedia perubatan al-
Manju di samping mengemukakan teori anatomi dan fisiologi. Beliau juga memperkembangkan ilmu
berkaitan psikologi sehingga mendapat pengiktirafan dan penghargaan pemerintah Abbasiyah.
Tegasnya,lahirnya golongan ilmuan yang amat berminat dalam bidang ilmu aqli ini menyemarakkan
lagi perkembangan intelektual pada zaman khalifah Abbasiyah abad ke 11-13M.

Isi 3 Ilmu Fiqah dan Astronomi

Seterusnya, perkembangan ilmu naqli pada masa ini ialah melalui penulisan ilmu Fiqah. Dalam Islam,
bidang perundangan dan hukum-hakam merupakan bidang yang paling utama. Keperluan kepada
undang-undang dan peraturan bukan sekadar untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas ritual seperti
sembahyang, puasa, nikah kahwin dan lain-lain yang berbentuk ibadah tetapi jauh dari itu iaitu
untuk membekalkan sistem undang-undang yang lengkap dan terkini mencakupi semua sektor
kehidupan manusia. Walaupun terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang jelas dalam al-
Qurah dan as-Sunnah seperti hokum qisas, hudud, pewarisan tetapi masih banyak yang memerlukan
interprestasi. Contohnya Kitab al-Kharaj yang ditulis oleh Imam Abu Yusuf iaitu kadi besar Baghdad
yang membicarakan mengenai sistem percukaian dan berkaitan perlembagaan. Kitab ini dianggap
kitab pertama menerajui bidang penulisan ilmu fiqh Islam. Kesimpulannya, tumpuan dan penulisan
ilmu Fiqah oleh golongan intelektual menyemarakkan lagi perkembangan ilmu naqli zaman khalifah
Abbasiyah abad ke 11-13M

Seterusnya, perkembangn ilmu aqli pada zaman ini ialah perkembangan dalam ilmu astronomi.
Bidang astronomi berkembang pesat apabila ahli astronomi Islam berjaya mencipta pelbagai
peralatan astrolob yang digunakan dalam bidang astronomi pada zaman ini. Penciptaan ini
membawa pelbagai kemajuan ilmuan yang pesat di negara mereka Contoh tokoh yang terdapat ialah
Nasiruddin Ath Thusi dalam karyanya bertajuk Mutawassithat Bain Al-Handosa wal Hui”a dan Abu
Wafa” seorang pakar trogonometri. Kesimpulannya, dengan adanya tokoh-tokoh astronomi ini
menyemarakan lagi perkembangan ilmu aqli pada zaman khalifah Abbasiyah abad ke 11-13M

Kesimpulannya, fenomena yang dapat di kesan daripada perkembangan intelektual dalam kedua-
dua bidang ilmu penulisan dan pengkajian ilmu naqli dan aqli pada zaman khalifah Abbasiyah ini
merupakan pencernaan ilmu kepada bidang-bidang tertentu seperti tafsir, hadith, fiqah, sejarah dan
sebagainya. Perkembangan intelektual ini secara tidak langsung membuktikan bahawa Islam
merupakan agama yang progresif dan dinamik.

Perkembangan Ilmu Naqli (Keagamaan) pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusi abad ke 11–
13M. Perkembangan Ilmu Aqli pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia abad ke 11-13M

Isi 1 : Tafsir Al-Quran dan Falsafah


Antara ilmu naqli yang utama pada zaman khalifah Umayyah di Andalusia ialah ilmu tafsir al-Quran.
Ilmu tafsir ini berkaitan tafsir ayat-ayat al-Quran dan Qiraat. Kajian terhadap al-Quran dilakukan
berkaitan isi kandungan ilmu al-Quran yang mengupas tentang ilmu akidah, akhlak dan syariat iaitu
yang berkaitan ibadat dan muamalat. Antara tokoh ilmu ulama yang terkemuka ialah Ibn‟Atiyyah
iaitu seorang mufassir terkenal pada zaman ini. Kitab beliau bertajuk Kitab al-Muharrar al-Wajiz.
Beliau menggunakan pendekatan Tafsir bi al-Ma‟athur dalam penulisannya. Jelaslah bahawa sikap
keperihatinan golongan ilmuan ini terhadap ilmu al-Quran ini menyemarakkan lagi perkembangan
intelektual pada zaman Umayyah di Andalusia.

Antara ilmu aqli yang utama pada zaman khalifah Umayyah di Andalus ialah ilmu falsafah. Golongan
intelektual Islam di Andalus berjaya menggabungkan ilmu falsafah Yunani dengan ilmu falsafah
Islam. Ilmu berkembang pesat di Andalus ketika masyarakat Eropah berada dalam Zaman Gelap.
Abad ke-12M menyaksikan zaman keagungan ilmu falsafah di Andalusia. Antara tokoh falsafah
Andalus yang terkenal ialah Said Ibn Fattuh dengan karyanya Shajarat al-Hikmah yang bermaksud
pohon ilmu yang berkisar tentang pengenalan ilmu falsafah. Tokoh lain ialah Ibn Hazim yang
menghasilkan kitab al-Taqrib Li Hadd al-Mantiq wa al-Madkhal ilayh. Tegasnya, minat dan
kesungguhan tokoh-tokoh falsafah ini memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan
intelektual pada zaman Umayyah di Andalusia pada abad ke 11-13M

Isi 2 : Hadis dan Perubatan

Ilmu naqli yang turut berkembang pesat pada zaman ini ialah ilmu hadis. Penulisan yang dihasilkan
oleh ulama-ulama ini tidak hanya tertumpu kepada bidang hadith dan sunnah semata-mata tetapi
telah berkembang kepada bidang-bidang lain seperti tafsir, fiqah, faraid, tarikh, tasawuf, akhlak,
qira‟at dan sebagainya yang bersumberkan al-Quran dan hadith. Antara tokoh ilmu hadith yang
terkenal ialah Ibn Hazim yang dikaitan dengan penghasilan kitab-kitab fekah dan ilmu hadis. Tokoh
lain ialah Qadi Iyad yang menghasilkan 20 buah kitab yang berkaitan ilmu fekah, hadith dan sejarah.
Karya beliau yang terkenal ialah al-Shifa bi Ta‟rif Huquq al-Mustafa yang mengandungi puji-pujian
terhadap Nabi Muhammad SAW berkaitan akhlak dan mukjizat baginda. Tegasnya, perkembangan
ilmu hadith ini menyemarakkan lagi perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Umayyah di
Andalusia.

Ilmu aqli yang turut berkembang pesat pada zaman ini juga ialah ilmu perubatan. Hasil penulisan
tokoh-tokoh ilmu perubatan pada zaman ini menjadi sumber rujukan untuk berabad-abad lamanya
di Eropah. Antara tokoh yang terkenal ialah Ibn Rushd yang terkenal dalam bidang falsafah turut juga
menghasilkan karya perubatan. Karya yang bertajuk al-Kuliyyat fi al-Tibb yang membicarakan
tentang anatomi, fisiologi, penyakit-penyakit, simton-simton serta rawatannya, ubat-ubatan dan
pemerilharaan kesihatan masih menjadi rujukan sehingga kini. Tegasnya, perkembangan ilmu
perubatan yang pesat melalui tokoh perubatan yang hebat membawa kepada perkembangan
intelektual pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia.

Isi : 3 Tasawuf dan Geografi

Ilmu naqli yang penting dan berkembang pada zaman pemerintahan khalifah Umayyah di Andalus
ialah ilmu tasawuf atau ilmu sufi. Ilmu ini merupakan pemikiran ketuhanan atau teologi ekoran
berkembangnya kecenderungan berfikir secara rasional sehingga kajian ketuhanan tidak lagi
berdasarkan pada dalil agama semata-mata tetapi mengarah kepada kedalaman pemikiran terhadap
agama itu sendiri. Abad ke-11-13M ini menyaksikan kegemilangan ulama-ulama sufi yang terkenal
antaranya Muhyidin atau lebih dikenali sebagai Ibn‟Arabi. Beliau merupakan seorang ulama sufi
yang banyak menghasilkan tulisan seperti Futuhat al-Makkiyah yang terkenal terkenal dengan
fahaman Wahdat al-Wujud. Tegasnya, perkembangan ilmu Tasawuf ini menyemarakkan lagi
perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Umayyah di Andalusia pada abad ke11–13M.

Ilmu geografi juga merupakan ilmu aqli yang amat penting dan berkembang pada zaman khalifah
Umayyah di Andalusia. Ilmu ini amat penting atas sebab-sebab dan keperluan keagamaan,
ketenteraan dan pemerintahan di samping semangat intelektual serta sifat ingin tahu tentang dunia.
Bidang Geografi dan Sejarah paling berkaitan. Meskipun bidang Geografi sangat dipengaruhi oleh
pandangan Ptolemy, namun ahli geografi muslim sendiri telah memberi sumbangan tidak terhingga
melalui pemerhatian dan pengkajian lanjutan mereka. Abad ke-11M merupakan zaman
kegemilangan Andalusia dalam bidang Geografi. Antara tokoh yang terkenal ialah Al-Bakri yang telah
menghasilkan karya bertajuk Kitab al-Masalik wa al-Mamalik yang berkenaan jalan-jalan yang
ditempuhinya di setiap negeri dan maklumat tentang kerajaan-kerajaan yang memerintah. Karya ini
membantu memudahkan pengurusan penghantaran surat dan urusan rasmi. Jelaslah, sumbangan
ahli-ahli geografi ini memyemarakkan lagi perkembangan intelektual pada zaman pemerintahan
Khalifah Umayyah di Andalusia pada abad ke11-13M

Kesimpulan keseluruhan

Kesimpulannya, perkembangan intelektual di Andalus merupakan pintu utama untuk menyerap


peradapan Islam bagi bangsa Eropah. Pengaruh peradapan Islam ini dapat dilihat di universiti-
universiti Eropah dan tradisi keilmuan yang terkandung di dalamnya serta melalui buku-buku atau
karya ilmiah yang telah diterjemahkan mereka. Pengaruh ilmu Islam ini akhirnya mempengaruhi
gerakan kebangkitan atau renaissance pada abad ke-14M

Soalan 12 : Jelaskan Idea-Idea al Khawarizmi dalam bidang Matematik.

Pendahuluan

Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-Khwarizmi. Beliau
merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Sumbangan al-Khwazrizmi mula terserlah
ketika pemerintahan Khalifah al-Ma‟mun (813-833H) di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai
Ahli Falak Diraja atas sumbangan kajian beliau. Beliau lebih dikenali sebagai al-Khwarizmi dalam
kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.

Pengiktirafan Pemerintah

Antara sumbangan awal al-Khawarizmi dalam bidang matematik adalah beliau telah mendapat
pengiktirafan daripada pemerintah Kerajaan Abbasiyah. Jelaslah bahawa kepakaran beliau dalam
bidang matematik diiktiraf oleh pemerintah Abbasiyah, iaitu Khalifah Harun ar-Rasyid yang telah
melantik beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademi matematik di Baitul Hikmah. Beliau turut
mengemaskini sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan tersebut.

Misalnya, di Baitul Hikmah, al-Khawarizmi turut bertugas mengetuai dan mengawasi kerja-kerja
penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani yang diperoleh daripada kerajaan
Byzantine. Dengan itu, beliau telah dilantik sebagai pengarah arkib buku di perpustakaan istana
khalifah pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma‟ mun.

Memperkenalkan sistem bernombor

Selain itu, sumbangan lain al-Khawarizmi dalam bidang matematik adalah memperkenalkan sistem
bernombor. Jelas menujukkan al-Khawarizmi merupakan individu pertama yang memperkenalkan
angka “sifar” (kosong) dalam ilmu matematik. Melalui angka sifar muncul nombor yang mempunyai
“infiniti”. Malah “sifar” yang diperkenalkan oleh beliau dipinjam oleh bahasa Eropah dengan sebutan
cifre, chiffre dan zero. Contohnya, beliau telah memperkenalkan sistem bernombor yang telah
digunakan sehingga kini iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Angka-angka tersebut menggunakan
simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu. Tegasnya, pengenalan sistem angka yang
sistematik oleh al-Khawarizmi bukan sahaja membolehkan operasi pengiraan matematik
diperluaskan kepada operasi kuasa, log dan konsinus malah membolehkan ilmu sains dan teknologi
berkembang dengan lebih pesat dan digunapakai sehingga ke hari ini. Sumbangan tokoh ini juga
secara tidak langsung telah mengangkat martabat beliau sebagai seorang tokoh matematik yang
hebat hingga sekarang.

Mempelopori ilmu algebra

Di samping itu, al-Khawarizmi juga telah mempelopori ilmu algebra dalam bidang matematik. Hal ini
disebabkan beliau telah dikenali sebagai Bapa al-Jabar (algebra) berikutan sumbangan beliau dalam
urusan aritmetik iaitu al-Jabar (satu bidang matematik yang dipanggil ilmu persamaan) Sebagai
contoh, karya teragungnya, al-Jabar wa-al-Muqabilah juga telah diterjemahkan dalam bahasa latin
pada kurun ke-12 dan menjadi rujukan universiti di Eropah. Kesannya, melalui kaedah penggunaan
simbol yang mewakili nombor, nilai atau pemboleh ubah, banyak masalah pengiraan dapat
diselesaikan.

Penyelesaian permasalahan harta pusaka

Seterusnya, penyelesaian permasalahan harta pusaka juga diperkenalkan oleh al-Khawarizmi.


Jelaslah bahawa menerusi karyanya berkaitan al-Jabar, beliau dapat menyelesaikan masalah
praktikal yang dihadapi oleh umat Islam khususnya melibatkan pengiraan. Buktinya, pembahagian
harta pusaka dan perniagaan. Penggunaan konsep pemboleh ubah juga membantu dalam
pembahagian zakat yang dapat dikeluarkan dengan mudah. Akhirnya, ilmu yang diperkenalkan oleh
beliau dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan kompleks serta member
sumbangan besar kepada kemajuan tamadun manusia hari ini.

Kesimpulan
Kesimpulannya, sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang matematik mencerminkan kehebatan dan
keunggulan tamadun Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini. Malah, sumbangan beliau juga
sebagai pemangkin kepada kemajuan orang Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan
oleh beliau.

Soalan 11 : Sejauhmanakah Sumbangan Al-Khawarizmi Dalam Bidang Matematik Menjadikan


Beliau Seorang Tokoh Ilmuan Islam yang sangat terkenal.

atau ;
Soalan : Bincangkan sumbangan al-Khawarizmi dalam bidang Matematik, Astronomi dan Geometri

Pendahuluan
Nama sebenar al-Khwarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-Khwarizmi. Beliau
merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam falsafah, logik, aritmetik,
geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Sumbangan al-Khawarizmi mula terserlah
ketika pemerintahan Khalifah al-Ma‟mun (813-833H) di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai
Ahli Falak Diraja atas sumbangan kajian beliau. Beliau lebih dikenali sebagai al-Khwarizmi dalam
kalangan ahli sains dan merupakan seorang ahli sains Islam yang terulung dalam ilmu matematik.
Antara sumbangan awal al-Khawarizmi dalam bidang matematik adalah beliau telah mendapat
pengiktirafan daripada pemerintah Kerajaan Abbasiyah Khalifah seperti al-Ma‟mum dan Khalifah
Harun al-Rashid.

Sumbangan Dalam Bidang Matematik


Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh
Khalifah Harun al-Rashid. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana
oleh Khalifah al-Ma‟mum. Bertindak mengemaskinikan sistem perpustakaan dengan menambah
indeks buku-buku di perpustakaan, mengetuai serta mengawasi kerja penterjemahan buku-buku
matematik dalam bahasa Yunani. Beliau turut dilantik sebagai astronomi dan bertugas di balai cerap
di Baghdad oleh Khalifah al-Ma‟mum.
Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini
iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan
mewakili nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur Arab. Al-Khwarizmi
merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik.
Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu matematik
semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya.
Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah memperkenalkan jurusan aritmetik dengan
penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai (pembolehubah). Hasilnya banyak masalah
pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini
telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada
abad ke-12M - ke-13M.
Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik
sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh
ubah kuasa dua (x²), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini. Sumbangan
besar al-Khawarizmi dalam bidang matematik mencerminkan kehebatan dan keunggulan tamadun
Islam yang berkekalan sehingga ke hari ini. Malah, sumbangan beliau juga sebagai pemangkin
kepada kemajuan orang Barat yang mendalami teori-teori yang dikemukakan oleh beliau.

Sumbangan Dalam Bidang Astronomi


Selain terkenal sebagai seorang pakar matematik, beliau juga dikagumi sebagai seorang Ahli Falak
Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak (astronomi) pada zaman Khalifah al-Ma‟mun di
Baghdad. Al Khawarizmi juga adalah tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam yang bertajuk
Zij al-Sindhind yang berdasarkan astronomi India dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan,
bintang dan planet-planet. Beliau juga telah mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga ke
fasa-fasa bulan. Antara hasil (sumbangan) ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan
semula ilmu astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.
Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang diterokai pada masa itu. Selain itu, beliau
juga telah menghitung isi padu dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang,
sukatan masa dan jam matahari. Beliau juga telah menulis sekurang-kurang dua Zij (buku / makalah)
berkaitan dengan astronomi ketika bertugas di perpustakaan istana.
Makalah pertama mengenai alat yang dapat menunjukkan waktu dengan bayangan matahari (jam
matahari). Alat ini diperbuat drp batu marmar (ruhkamat) yang digunakan utk mengenal pasti waktu
solat. Makalah kedua mengenai sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab.
Bidang astronomi sangat berkaitan dengan pengiraan, oleh itu ilmu al-Jabar yang diperkenalkan oleh
al-Khwarizmi sangat berguna. Sebagai contoh alat pelayaran iaitu kuadran dan astrolab. Kuadran
digunakan untuk menyukat sudut dan altitud ketika belayar. Manakala astrolab pula digunakan
untuk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.Termyata sumbangan besar dalam
bidang astrinomi telah menjadikan beliau seorang pakar rujuk dan perkembangan dalam bidang
astronomi dalam tamadun manusia moden

Sumbangan Dalam Bidang Geografi


Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai tokoh dalam bidang Geografi. Malah beliau adalah saintis
pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830M iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.
Menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk
Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) iaitu buku tentang rupa muka bumi. Kitab ini adalah rujukan
dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Geografi. Kitab ini dihasilkan semasa
menjalankan tugas utk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur garis latitud dan
longitud secara lebih tepat semasa bertugas di balai cerap di Baghdad.
Beliau telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut Mediterranean, Asia dan Afrika
berdasarkan buku yang ditulis oleh Ptolemy. Kitab ini lengkap dengan carta-carta astronomi yang
melakarkan pergerakan bintang di langit. Kitab ini juga menerangkan dan membuktikan pandangan
sarjana Yunani (Ptolemy) tentang jarak antara negara-negara. Kesannya, ilmu Geografi yang
dipelopori beliau telah memudahkan ahli Geografi masa kini untuk menjalankan kajian selanjutnya.

Kesimpulan
Jelaslah kewibawaan al-Khwarizmi dalam bidang ilmu tidak terbatas dalam bidang matematik sahaja
malah turut membuat sumbangan besar dalam ilmu astronomi dan geografi. Beliau bukan sahaja
beliau disanjung oleh umat Islam, bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjana-sarjana Barat
sehingga kini.

Soalan 12 : Nilaikan Sumbangan Ibnu Sina Kepada Kemajuan Tamadun Manusia.

Pendahuluan
Nama sebenar beliau ialah Abu Ali al-Hussayn bin Abd Allah bin al-Hasan bin Ali bin Sina, dan
berketurunan Turki. Beliau dikenali sebagai Ibnu Sina di Timur dan Avicenna di Barat. Beliau
dilahirkan pada tahun 980M di Bukhara, Turkestan. Ibnu Sina merupakan seorang yang tekun dalam
mempelajari ilmu umpamanya, beliau pernah membaca buku metafizik karangan Aristotle sebanyak
40 kali. Beliau berjaya menguasai pelbagai cabang ilmu Naqli (agama) ketika berusia 18 tahun dan
seorang yang berinovatif. Beliau juga seorang penganut agama yang taat dan beliau sering kali
berdoa kepada Allah SWT ketika menghadapi kebuntuan untuk menyelesaikan sesuatu
permasalahan.
Beliau banyak melakukan penyelidikan dan menghasilkan karya dalam pelbagai ilmu terutama dalam
bidang perubatan. Semasa berusia 16 tahun, beliau telah menguasai ilmu perubatan. Berkat
daripada usaha dan kesungguhan, beliau telah muncul sebagai pakar perubatan yang terkemuka. Di
samping itu, beliau juga Berjaya menguasai bidang falsafah, geometri, astronomi, muzik, matematik
dan sebagainya.

Isi 1 : Antara sumbangan Ibnu Sina yang terkenal ialah dalam bidang perubatan dengan
menghasilkan pelbagai karya dalam bidang tersebut.
Ibnu Sina merupakan seorang tokoh perubatan yang terkemuka pada abad ke 11M. Pada usia 21
tahun, ketika berada di Kawarazm, beliau mula menulis karya yang pertama, iaitu Al-Majmu yang
mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang lengkap diikuti dengan buku-buku lain. Buku-buku
yang dihasilkan termasuklah risalah yang berukuran kecil, telah dihimpunkan dan dimuatkan dalam
satu buku besar yang berjudul Essai de Bibliogaraphie Avicenna yang dihasilkan oleh Pater
Dominican di Cairo. Antara buku yang amat terkenal berjudul al-Qanun fi al-Tibb.
Penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Doktor Perubatan” kerana
menyatupadukan teori Perubatan Yunani seperti Hippocrates dan Galen serta pengalaman daripada
ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi, di samping pengalaman beliau sendiri. Ibnu Sina pernah
diberi gelaran sebagai “Medicorum Principal” atau Raja Doktor Diraja oleh kaum Latin Skolastik.
Antara gelaran lain ialah “Raja Ubat”. Malahan dalam dunia Islam ia dianggap telah mencapai tahap
kemuncak kecemerlangan (zenith). Ia puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran.
Karya teragungnya, al-Qanun fial-Tibb merupakan khazanah perubatan yang amat bernilai. Gerard
Cremona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke dalam bahasa Latin. Buku ini menjadi rujukan
utama dalam kalangan universiti Eropah pada tahun 1500M. Buku tersebut telah dicetak sebanyak
16 kali. Sebanyak 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).
Selain itu, buku tersebut juga turut diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali.
Beliau juga merupakan individu terawal yang mengemukakan teori Anatomi dan Fisiologi yang
menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikro kosmos (dunia kecil) terhadap alam
semesta sebagai makro kosmos (dunia besar). Misalnya, syurga digambarkan bulat dan bumi adalah
persegi. Dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12
bulan dalam setahun dengan manusia memiliki empat tangkai lengan (anggota badan) dan
mempunyai 12 tulang sendi. Hati ialah raja tubuh manusia dan paru-paru ialah menterinya. Leher
pula merupakan jendela badan, hempedu ialah markas pusat, limpa dan perut sebagai bumbung,
sementara usus merupakan sistem komunikasi sistem pembuangan. Pengetahuan anatomi yang
dimilikinya telah mendapati jantung manusia mengandungi tiga injap yang terbuka dan tertutup
dengan sendirinya semasa ia mengepam darah.
Ibnu Sina pernah menjadi Doktor Diraja kepada Sultan Nuh II bin Mansur di Bukhara pada tahun
997M ketika beliau berusia 17 tahun. Tidak ada seorang doktor pun yang berjaya mengubati Sultan,
akan tetapi dengan berkat pertolongan Ibnu Sina, baginda dapat kembali sihat. Kehebatan dan
kepakaran yang tiada tolok bandingnya, menyebabkan beliau diberi gelaran al-Syeikh al-Rais
(Mahaguru Pertama)
Al-Qanun fi al-Tibb telah membincangkan serta mengetengahkan mengenai penyakit saraf. Buku
tersebut juga telah mengajar tentang cara-cara pembedahan serta menekankan terhadap keperluan
pembersihan luka. Malahan buku itu dinyatakan juga tentang keterangan-keterangan dengan lebih
jelas, di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekali gus menunjukkan
pengetahuan Ibnu Sina yang luas.
Beliau sering melakukan penyelidikan. Impaknya, beliau menemui penyakit baharu serta puncanya.
Pengaruh kuman dalam penyakit, jangkitan virus seperti tibi, rubella, alahan (allergy), cacar
(smallpox) dan penyakit jiwa. Beliau mendedahkan bahawa penyakit batuk kering merupakan sejenis
penyakit berjangkit. Beliau juga mengenal pasti bahawa air merupakan pembawa segala kuman yang
berbahaya dan menganggap ia salah satu punca penularan kepada kebanyakan penyakit.
Penyelidikan dan penemuan dalam bidang farmasi telah menghasilkan ubat dan preskripsi yang
mujarab untuk pelbagai jenis penyakit. Sebagai individu yang giat melakukan penyelidikan, beliau
telah menemui dan menjelaskan kepentingan ubat bius. Selain itu, beliau juga telah mencipta
benang khusus untuk menjahit luka pembedahan, picagari dan lain-lain. Beliau juga telah
menjelaskan simptom-simptom penyakit kencing manis dan masalah yang akan timbul daripadanya.
Tegasnya, sumbangan yang diberikan oleh Ibnu Sina terutama dalam menghasilkan karya yang
terkenal seperti al-Qanun fial-Tibb telah menjadi sumber rujukan utama di universiti-universiti di
Eropah. Segala rumusan yang terdapat dalam buku itu masih diterima dalam dunia perubatan
moden masa kini.

Isi 2 : Selain itu, Ibu Sina juga banyak memberi sumbangan dalam bidang falsafah.
Bidang falsafah Ibnu Sina yang terpenting dapat dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu logik,
psikologi dan metafizik. Beliau telah menghasilkan karya falsafahnya dengan memuatkan bersama-
sama persoalan lain dalam karya yang bercorak ensiklopedia, iaitu Kitab al-Shifa’. Pandangannya itu
mewakili tradisi Aristotle yang diperkemas oleh idea neo-Plato dan pada masa yang sama dikawal
oleh ilmu kalam. Beliau cuba mengharmonikan antara falsafah dengan agama. Beliau menjelaskan
dogma-dogma agama dengan menggunakan akal dan yakin bahawa roh tidak pernah musnah.
Tegasnya, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan.
Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan
sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi
kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi.

Isi 3 : Di samping bidang falsafah, Ibnu Sina juga terkenal dalam bidang geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai
berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Beliau juga mampu
mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu yang gagal dilakukan oleh ahli Geografi
Yunani dan Romani sejak daripada Herodotus, Aristotle sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu
Sina, kesan daripada aliran sungai terhadap kawasan bergunung-ganang telah menyebabkan
terbentuknya kawasan lembah sungai yang amat produktif. Di sini jelaslah bahawa Ibnu Sina berjaya
merungkaikan persoalan-persoalan yang sebelum ini tidak mampu dikemukakan oleh ahli-ahli
geografi sebelumnya.

Isi 4 : Bidang lain yang dikuasai oleh beliau ialah bidang geologi dan kimia
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi, kimia serta kosmologi memang tidak dapat disangsikan
lagi. Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu mineral menjadi sumber geologi
di Eropah. Dalam bidang kimia, ia meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat. Menurut
Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara
satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri daripada pelbagai jenis. Penerangan tersebut telah
memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabir bin Hayyan, iaitu “Bapa
Kimia Muslim”. Tegasnya, penemuan serta kajian-kajian yang dilakukan oleh Ibnu Sina telah
membuka mata dan memberi banyak faedah kepada pelbagai pihak.
Isi 5 : Akhir sekali, Ibnu Sina juga banyak menyumbang dalam perkembangan bidang psikologi
pada hari ini.
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa
penemuan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatik atau
“psychosomatics”. Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse
diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja akan ketidakseimbangan
hormon. Dengan perkataan lain, Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Beliau
sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis
berkenaan gangguan psikologi. Kesannya dapat dilihat bahawa diagnosis melalui jantung ini masih
dipraktikkan oleh para doktor di Pakistan, Afganistan, dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan
Yunani.

Kesimpulan
Ibnu Sina meninggal dunia di Hamdan, dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428H/1037M.
Beliau dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tahun hari kelahirannya (Fair
Millenium) di Tehran pada tahun 1955M, beliau telah dinobatkan sebagai “Father of Doctor" untuk
selamanya-selamanya, dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monumen sejarah untuk itu.
Makam beliau di Hamdan telah dikelilingi oleh makam-makam doktor Islam yang lain. Hal ini
menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah
perkuburan di mana "zenith" itu dimakamkan.
Sesungguhnya kewibawaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan adalah terbukti. Beliau bukan sahaja
disanjung oleh umat Islam, bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjana-sarjana Barat. Lebih
menarik lagi ialah kepakaran dan kehebatannya bukan sahaja terhad dalam bidang perubatan malah
merangkumi bidang-bidang lain seperti falsafah dan geografi .

Soalan 13 : Sejauhmana sumbangan Iman al-Ghazali dalam bidang falsafah telah memberi kesan
yang besar kepada umat Islam sehingga ke hari ini.

Pendahuluan
Nama sebenar Imam al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin
Ahmad al-Ghazali. Dilahirkan di desa Ghazalah, pinggir Kota Thus, timur laut Iran. Gelaran al-Ghazali
bersempena kerjaya bapanya sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Pendapat lain
mengatakan gelaran itu diambil sempena nama kampung kelahirannya, Ghazalah. Imam al-Ghazali
pernah memegang jawatan pengetua di Madrasah Nizamiyah, Baghdad selama 5 tahun (1091-
1095M). Di universiti tersebut, beliau memberi kuliah dalam bidang hukum dan teologi. Dalam dunia
Islam, al-Ghazali mendapat gelaran Hujjatul Islam (Pembela Islam) kerana kepetahan beliau berhujah
membela Islam dan umatnya. Imam al-Ghazali menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan
termasuk falsafah, keagamaan, kenegaraan, pendidikan dan sebagainya.

Isi 1 : Hasil karya falsafah


Imam al-Ghazali telah mengarang lebih daripada 300 buku. Namun, sebahagian besar hasil
tulisannya hangus dibakar oleh tentera Mongul yang menyerang kota Baghdad. Penulisan al-Ghazali
meliputi skop ilmu yang sangat luas, merangkumi bidang falsafah, keagamaan, kenegaraan dan
tanggungjawab seorang ketua negara. Sumbangan al-Ghazali dalam bidang falsafah bermula dengan
penulisan kitab Maqasid-Falasifah (Tujuan Ilmu Falsafah) yang membincangkan teori falsafah. Kitab
Tahafut al-Falasifah (Kekacauan Para Filosofi) yang Membincangkan penyelewengan falsafah Barat
tentang fizik dan metafizik daripada sudut pandangan Islam.
Kitab berkenaan juga mengkritik dan mengecam ilmu falsafah Barat yang tidak berpaksi kepada
kebenaran. Kitab al-Ma'riful' Aqaliyah (Ilmu Pengetahuan Yang Rasional) memaparkan tentang
hakikat kewujudan ilmu-ilmu yang rasional serta tujuan penghasilannya.

Isi 2 : Menyelamatkan umat Islam daripada pengaruh falsafah Yunani


Kemunculan al-Ghazali bertepatan dengan suasana ketika terhadap falsafah Yunani telah mencapai
kemuncaknya hingga menggoncang akidah umat Islam. Meskipun fahaman rasional dalam
Muktazilah tidak lagi menggugat Ahl as-Sunnah wa al-Jamaah, namun umat Islam serta sebahagian
ulama masih tercabar dengan pengaruh falsafah Yunani. Tambahan pula para ulama tradisional
ketika itu tidak begitu mahir dengan aliran Neo-Platonisme lalu tidak berupaya untuk mematahkan
kemaraan falsafah Yunani yang dianuti oleh para ahli falsafah Islam.
Di sinilah sumbangan Imam al-Ghazali kerana berupaya membersihkan akidah Islam dari diwarnai
oleh pemikiran falsafah Yunani. Pemikiran falsafah Yunani dalam bab ketuhanan dan akidah
mendedahkan umat Islam kepada bahaya yang lebih serius berbanding dengan muktazilah kerana
golongan Muktazilah masih menerima wahyu dan akal dalam menjelaskan sesuatu. Sedangkan ahli
falsafah Islam mula meletakkan martabat falsafah menyamai atau lebih tinggi dari wahyu.
Kewibawaan al-Ghazali membezakan kebenaran dan kepalsuan dalam ilmu falsafah seperti yang
dipaparkan dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah memberi tamparan hebat kepada
para cendiakawan Islam yang terpengaruh dengan falsafah Yunani. Al-Ghazali juga lantang menegur
falsafah Aristotle berkenaan kewujudan dunia ini sejak azali dan tiada permulaan manakala al-
Ghazali menyatakan dunia berasal daripada tidak ada dan diciptakan oleh tuhan. Kesan kritikan al-
Ghazali tersebut, ilmu falsafah tidak berkembang di kalangan umat Islam ekoran tidak muncul
seorang pun ahli falsafah berpengaruh selama seabad selepas beliau.

Isi 3 : Memurnikan fahaman umat Islam terhadap ilmu falsafah


Sejak abad ke-3H lagi pemikiran dan falsafah Yunani (Greek) telah meresap masuk ke dalam
pemikiran masyarakat Islam secara meluas setelah berlakunya kegiatan terjemahan karya tamadun
Yunani. Adalah suatu kebenaran bahawa tamadun asing samada Yunani, Mesir, India atau China
banyak mempengaruhi perkembangan tamadun Islam terutamanya dalam bidang sains tabie. Pada
hakikatnya Islam menggalakkan perkembangan ini. Tetapi apabila ilmu metafizik dan ketuhanan
asing turut diterjemah, maka ia mula mempengaruhi dan mengancam kemurnian ajaran Islam
khususnya akidah umat Islam.
Pada tahap pertama, masyarakat Islam hanya terpesona dengan kaedah rasional akal yang mereka
temui dalam falsafah dan pemikiran Yunani. Hasilnya, maka muncullah golongan Muktazilah yang
meletakkan kelebihan akal dan rasionalnya dalam memahami ajaran Islam termasuk hal-hal
ketuhanan. Menurut golongan al-Asyariah, akal membolehkan seseorang mengenali Allah SWT
tetapi akal semata-mata tidak boleh menentukan baik buruk sesuatu dan tidak sebebas seperti mana
yang dianggap oleh golongan Muktazilah apabila mereka membicarakan ilmu tauhid (ilmu kalam).
Imam al-Ghazali menolak cara golongan al-Asyariah dalam membicarakan ilmu tauhid menerusi
pendekatan falsafah yang menyebabkan munculnya ilmu kalam. Beliau mengecam golongan ini
melalui karyanya al-Tahaful al-Falasifah. Kritikan al-Ghazali terhadap ahli falsafah berkaitan 20
perkara yang terkandung dalam karyanya itu yang mana tiga daripadanya didakwa boleh membawa
kepada kekufuran. Oleh sebab falsafah banyak tidak bertunjangkan tauhid dan akhlak Islam, maka
pengetahuan seringkali membawa bahaya dan ancaman kepada umat Islam, malah boleh membawa
kepada kesesatan.
Ada empat kelompok aliran dalam Islam yang menjadi sasaran kritikan al-Ghazali dalam usahanya
mencari kebenaran. Pertama, ahli teologi Islam (kelompok intelektual dan pemikir), kedua kelompok
Bathiniyyah atau Ta'alimiyyah (sebuah aliran dalam Syiah Ismailiyyah), ketiga kelompok ahli falsafah
(ahli logika dan mengutamakan akal) dan keempat kalangan elitis Tuhan (Khawwash al-Hadrah).
Imam al-Ghazali menyelidiki secara mendalam keempat aliran tersebut secara induktif hingga dapat
menyimpulkan kebenaran hakiki.
Menurut al-Ghazali, menerusi akal membolehkan manusia mengetahui wujudnya Allah SWT tetapi
sebaliknya akal tidak boleh menentukan baik buruknya sesuatu dan tidak sebebas seperti mana yang
dipegang oleh golongan Muktazilah apabila mereka membicarakan ilmu tauhid. Akal hanyalah alat
bantu untuk mencari hakikat kebenaran. Dalam penulisan, Imam al- Ghazali banyak mematahkan
hujah pihak yang keterlaluan ketika membahaskan isu-isu yang timbul, khasnya dalam perbincangan
ilmu kalam.
Al-Ghazali membahaskan ilmu kalam menurut methodolgi Rasulullah SAW dan para sahabat serta
menguatkan hujah berteraskan al-Quran, as-Sunnah dan perbahasan para sahabat. Menurut al-
Ghazali, perdebatan berdasarkan hujah akal tanpa berpaksikan sumber primer hanya akan
menambahkan lagi kerisauan dan kecelaruan dalam masyarakat Islam. Perbahasan al-Ghazali
mengenai masalah-masalah falsafah jauh lebih baik daripada perbahasan ahli-ahli falsafah sendiri.

Isi 4 : Mengklasifikasi kelompok umat Islam yang membahaskan ilmu falsafah


Teologi (llahiyyun) iaitu golongan yang membincangkan soal-soal ketuhanan seperti Plato, Aristotle
dan Socretus. Mereka membahaskan perkara-perkara berkaitan ketuhanan dengan bersumberkan
akal semata-mata. Atheis (Dahriyyun) iaitu golongan yang mengingkari wujudnya pencipta yang
mentadbir seluruh alam.
Natural (Tabi'iyyun) iaitu golongan ilmuan yang banyak mengkaji berkaitan dengan tabiat, kejadian
dan anatomi manusia, tumbuhan dan haiwan. Mereka percaya kepada kewujudan Tuhan kesan
pemerhatian mereka terhadap penciptaan makhluk yang sempurna. Namun golongan ini mendakwa
apabila mati mereka tidak akan hidup semula, justeru mereka menafikan adanya hari akhirat.
Mereka turut menafikan adanya dosa dan pahala.

Isi 5 : Mengklasikasi ilmu falsafah


Imam al-Ghazali mengklasifikasikan semula ilmu falsafah kepada enam bahagian ilmu iaitu
matematik, mantiq, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Matematik menurut al-Ghazali adalah
berkaitan dengan ilmu hisab dan kejuruteraan. la tidak berkaitan dengan perbahasan dari sudut
agama.
Mantiq pula ialah ilmu yang berkaitan dengan logik akal dan bagaimana akal sebagai agen penyusun
hujah-hujah yang dikemukakan. Ilmu fizik pula berkaitan dengan kajian alam seluruhnya. Ilmu
ketuhanan dalam falsafah mengkaji aspek ketuhanan daripada perspektif akal dan didasari
perbincangan mantiq dan logik. Ilmu ini menurut Imam al-Ghazali tersimpang daripada falsafah
ketuhanan yang sebenar; Siasah menurut Imam al-Ghazali adalah perkara yang berkaitan dengan
unsur-unsur keduniaan yang membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.
Ilmu yang terakhir dalam falsafah menurut beliau ialah akhlak. Akhlak merupakan ilmu yang
berkaitan cara seseorang menjalani kehidupan seharian dengan sikap dan peribadi yang mulia.
Menurut Imam al-Ghazali, bidang-bidang ini kadang kala selari dengan agama dan kadang kala
sebaliknya. Islam tidak menghalang umatnya mempelajari ilmu-ilmu berkenaan sekiranya
mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudharatan.
Umpamanya, Islam tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasilpembuktian
fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami. Cuma ilmu tersebut boleh menimbulkan
beberapa persoalan kritikal, antaranya ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh
menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan ketuhanan, khususnya mengenai perkara
yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran.

Isi 6 : Memperkenalkan metodologi kajian ilmu falsafah


Al-Ghazali mengemukakan metodologi ilmu falsafah yang lebih jelas dan terperinci. Perbahasan
beliau mengenai masalah-masalah falsafah adalah jauh lebih baik daripada perbahasan ahli-ahli
falsafah sendiri. Imam al-Ghazali telah mengembara ke beberapa tempat seperti Makkah, Madinah,
Mesir dan Jerusalem untuk mendalami falsafah yang dipelajarinya. Kaedah dan metodologi kajian
ilmiah beliau bukan sahaja tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ajaran tauhid, tetapi juga boleh
dimanfaatkan dengan cara yang sebaiknya dalam perbahasan ilmu-ilmu Islam.

Isi 7 : Bidang Keagamaan


Sumbangan beliau seterusnya ialah dalam bidang keagamaan. Karya beliau iaitu kitab
Ihya‟Ulumuddin (Menghidupkan Ilmu-ilmu agama) telah dihuraikan oleh ramai ulama selepasnya.
Oleh kerana keraguannya yang tinggi terhadap aspek ketauhidan yang diperolehnya, al-Ghazali
pernah melibatkan diri dalam pelbagai aliran pemikiran semata-mata untuk memahami dengan
terperinci tentang ajaran Islam serta membangunkan kembali ajaran Islam. Kitab ini menjadi
pegangan umat Islam masa kini dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, Turki, Jerman dan Urdu

Isi 8 : Bidang Sains Politik


Beliau turut dikaitkan dengan bidang sains politik. Terdapat bukti yang nyata bahawa al-Ghazali
pernah belajar ilmu sains politik daripada gurunya, Imam Juwaini yang pernah bertugas sebagai
imam Masjidil Haram, Makkah, Masjid Nabawi dan Madinah. Buku penulisan beliau dibahagikan
kepada teori kenegaraan dan teori pemerintahan. Antara buku-buku yang dihasilkan ialah Mustazh-
hiri dan al-Munqiz. Karyanya berjudul al-iqtiad fil-Itiqad membincangkan tentang soal kepimpinan
bagi sesebuah negara Islam. Beliau juga menyatakan cara memperbaiki urusan politik seseorang
pemimpin seperti mana terkandung dalam karyanya al-Tik al-Masbuk Fi nasihat al-Muluk.

Isi 9 : Bidang pendidikan


Berdasarkan pengalaman al-Ghazali sebagai pelajar, guru dan ketua di Universiti Nizamiyah, beliau
banyak memberikan pandangan dalam bidang pendidikan. Kitab beliau yang berjudul Ayyuha al-
Walad (Aduhai Anakku) menjelaskan tentang kewajiban ibu bapa terhadap anak-anak dan kewajiban
seorang murid dan guru. Kitab ini dianggap penting kerana mengandungi nasihat beliau kepada
muridnya tentang ilmu terbaik yang terdiri daripada 8 perkara dan telah diterjemahkan ke dalam
banyak bahasa.

Kesimpulan
Kemampuan Imam al-Ghazali memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada tokoh-tokoh ulama serta
kebijaksanaan beliau berhujah dengan mengemukakan pandangan-pandangan yang bernas
menyebabkan beliau dikagumi di seluruh dunia. Gelaran Hujjatul Islam yang diberikan kepada Imam
al-Ghazali sememangnya amat tepat berdasarkan keberanian ilmiahnya untuk mengingkari
kemaksuman falsafah di samping memiliki ketinggian akal fikiran. Imam al-Ghazali berjaya
mempertahankan kemurniaan Islam sekaligus mengelakkan amalan mengagung-agungkan falsafah
Yunani tanpa menyedari ia bertentangan dengan akidah Islam.

Soalan 14 : Seni bina di India pada abad ke-16 dan abad ke-17 bercirikan seni bina Islam.
Bincangkan

Pengenalan
Seni bina bermaksud seni mendirikan bangunan, reka bentuk dan reka letak yang dibina oleh
manusia. Seni bina Islam merupakan salah satu cabang budayaan dan kesenian Islam. Abad ke-16
India diperintah oleh kerajaan Islam Mughal yang diasaskan oleh Babur pada tahun 1526. Zaman
kekuasaan kerajaan Mughal di India memperlihatkan perkembangan seni bina yang amat
mengagumkan hasil gabungan seni bina Islam dengan seni bina tempatan. Oleh itu, terdapat
beberapa seni bina di India bercirikan seni bina Islam yang menggambarkan kehebatan seni bina
pada era tersebut

Isi 1 : Masjid
Masjid di India bercirikan seni bina Islam. Hal ini jelas dapat dilihat pada bangunan masjid yang
didirikan pada zaman ini dilengkapi dengan menara yang dihias indah dengan mihrab dan menara
yang dibina dihiasi indah dengan kaligrafi Arab (seni khat). Binaan kubah menggabungkan gaya Parsi
dan tempatan. Malahan, seni bina masjid juga digabungkan dengan unsur-unsur lain iaitu
terdapatnya kubah-kubah bentuk baharu berupa bunga teratai yang mempunyai puncak yang
runcing. Contohnya, Masjid Lapan Mutiara di Agra yang didirikan di dalam kompleks. Selain itu,
Masjid Lama di Delhi yang mempunyai ruang solat yang luas, dinding dan mihrabnya dihiasi dengan
ayat-ayat al-Quran. Seni bina masjid ini bukan sahaja menggambarkan ciri-ciri yang mempersonakan
malah mampu memuatkan jemaah yang ramai.

Isi 2 : Makam
Seterusnya, makam diraja turut bercirikan seni bina Islam. Makam diraja menjadi lambang
kemegahan seni bina diturap dengan menggunakan bahan-bahan merah yang kekal lama dilengkapi
dengan menara yang didirikan secara khusus yang terpisah daripada bangunan induknya. Misalnya
struktur Makam Humayun dibina hasil sumber rampasan perang telah menjadi sebahagian daripada
pendapatan negara dan dapat mengurangkan beban ekonomi masyarakat Islam.

Isi 3 : Istana
Bercirikan Islam dapat dilihat dalam pembinaan istana. Dalam proses pembinaan istana oleh
kerajaan Islam di India pada abad ke 16M yang mementingkan kemudahan bercirikan Islam dalam
kompleks istana yang mengandungi istana, pusat pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan
sekolah, kawasan permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah
pekerja, hospital dan bilik rekod. Kesenian Islam dalam istana lebih bercirikan kemudahan untuk
umat Islam dalam mengerjakan ibadat dan keilmuan di samping kemudahan kepada para pekerja
dan penghuninya.
Contohnya, kompleks Fatehpur Sikri, iaitu sebuah bandar yang didirikan oleh Akbar pada
pertengahan abad ke-16M dan Kubu Kota Agra yang mengandungi pelbagai kemudahan termasuk
masjid dan istana. Sememangnya seni bina istana mempunyai keunikan yang istimewa dan terdapat
makna tersendiri yang diketahui oleh perekanya sahaja

Isi 4 : Taman
Pembinan taman di India pada abad ke-16 masihi bercirikan Islam. Dalam pembinan taman di India
pada abad ke-16 masihi bercirikan Islam apabila dibina sebuah kolam air marmar dengan diberi
nama al-khawd al-khawthar yang merujuk kepada “Telaga Al-Khausar” di syurga yang dikhabarkan
oleh nabi Muhammad. Selain itu, taman bunga juga merupakan satu keperluan bagi menghiasi
bangunan yang didirikan.
Contohya, Taj Mahal sebuah bangunan yang dibina oleh Syah Jehan didirikan sebuah taman yang
luas dengan pintu masuk berbentuk lengkuk awan yang menawan. Di sekeliling taman dihiasi dengan
pokok-pokok dan juga pancuran air. Taman Parsi ini adalah simbolik kepada empat sungai yang
mengalir di syurga (Jannah) dan mengilustrasikan taman-taman syurga. Taman ini dapat di lihat di
sekitar Taj Mahal. Kesannya, hiasan taman ini menjadi tarikan pengunjung untuk melawati India dan
sebagai satu daripada destinasi pelancongan yang menarik.

Isi 5 : Corak hiasan


Akhir sekali, Pengaruh Islam dalam corak hiasan yang Islamik. Seni bina India menerima pengaruh
Islam apabila para arkitek mengukir kaligrafi ayat-ayat suci Al-Quran di dalam kesenian seni bina
terutamanya di istana dan masjid. Disamping itu, motif hiasan dalaman berasaskan unsur geometri
dengan unsur alam seperti bunga dan tumbuh-tumbuhan.
Contohnya Al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal dengan contoh huruf khat thuluth yang
merupakan ukiran utama yang terdapat pada dinding-dinding Taj Mahal. Jurukhat bernama Amanat
Khan telah dibawa dari Parsi. Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91, Surah 112, Surah 89,
Surah 93, Surah 95, Surah 94, Surah 36, Surah 81, Surah 82, Surah 84, Surah 98, Surah 67, Surah 48,
Surah 77 dan Surah 39. Ini membuktikan pengaruh Islam terhadap seni bina di India amat ketara
dalam menghias bangunan.

Kesimpulan
Seni bina yang terdapat pada zaman kerajaan Mughal pada abad ke 16 dan ke-17 Masihi banyak
mengadunkan seni bina tempatan dan Parsi yang mementingkan keindahan. Kewujudan seni bina
tersebut membuktikan bahawa agama Islam tidak menolak bidang kesenian. Malah ia merupakan
keagungan sesebuah kerajaan Islam. Hal ini demikian kerana melalui seni bina dapatlah dilihat
betapa halusnya seni dan pandangan pemerintah dalam mengadaptasi corak keislaman dalam
pembinaan bangunan dan sebagainya.

Soalan 4 : Bincangkan sistem percukaian pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah pada abad ke 9
hingga 11 Masihi.

Pendahuluan
Pada zaman Khalifah Abbasiyah, wujud dua buah diwan terpenting iaitu Diwan al-Jund dan Diwan al
Kharaj. Selain itu, wujud juga pelbagai diwan lain seperti Diwan al-Rasai’l al-Khatam, al-Barid, al-
AZimmah as-Sawafi, al-Sirr dan lain-lain. Setiap dewan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang
bertanggungjawab menjalankan urusan mengikut keperluan negara. Sistem percukaian pada zaman
kerajaan ini meliputi tiga sumber utama iaitu Kharaj, jizyah dan usyur.

Isi 1 : Diwan al-Kharaj


Diwan al-Kharaj merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan pentadbiran cukai
tanah yang mengeluarkan hasil pertanian. Diketuai oleh pegawai yang berkuasa melantik wakil-wakil
pemungut cukai mengikut kawasan. Pegawai tersebut bertanggungjawab memastikan semua pihak
mematuhi peraturan dan pelaksanaan kutipan cukai tersebut.
Khalifah al-Mahdi menubuhkan Jabatan Akauntan Negara mengawal-selia setiap akaun setiap
jabatan khasnya mengenai hasil pungutan dan perbelanjaan. Penubuhan jabatan ini memang
bersesuaian dengan situasi semasa memandangkan sektor pertanian merupakan bidang yang
diceburi majoriti penduduk. Sektor pertanian menjadi nadi kepada jentera pentadbiran kerajaan
bani Abbasiyah

Isi 2 : Seterusnya, pelaksanaan Kharaj


Kadar Kharaj tidak sama antara kawasan. Kadarnya mengikut lokasi kawasan, kualiti tanah,
penggunaan alat siraman dan kualiti benih. Setiap unit tanah pertanian biasanya dikenakan kharaj
minima sebanyak 10 dirham. Bayaran Kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta benda
seperti haiwan ternakan dan hasil tanaman.
Syarat-syarat tanah dikenakan kharaj antara pemilik tanah golongan zimmi, tanah kharaj yang
disewa atau dipajak dan pengecualian kharaj jika tanaman musnah akibat bencana alam. Sistem
percukaian Muqasamah iaitu cukai sebahagian hasil pertanian diperkenalkan oleh Khalifah al-Mahdi.
Kharaj satu sumber terpenting Baitumal ekoran kemajuan pesat ekonomi dalam pertanian

Isi 3 : Selain itu, pelaksanaan Jizyah


Pungutan cukai jizyah dipraktikkan semula oleh Kerajaan Bani Abbasiyah daripada zaman Khulafah
Rasyidin. Kadar jizyah tahunan ialah 48 dirham untuk golongan kaya, 24 dirham golongan
pertengahan dan 12 dirham untuk miskin. Gabenor memantau pelaksanaan punguntan cukai jizyah
mengikut wilayah masing-masing. Golongan dikecuali daripada cukai jizyah ialah perempuan, kanak-
kanak, orang tua, hamba dan sakit berpanjangan. Pelaksanaan cukai jizyah ini meliputi kawasan
taklukan bekas wilayah Parsi dan Turki. Hasil pungutan disimpan di Baitulmal. Pada zaman Kerajaan
Abbasiyah, tiada diskriminasi dalam pelaksanaan jizyah

Isi 4 : Akhir sekali, pelaksanaan Usyur


Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan bukan Islam
apabila menjalankan perniagaan dalam Negara Islam. Kadar usyur berbeza mengikut jenis pedagang
dan nilai dagangan. Cukai 2.5% dikenakan ke atas peniaga Islam, 5% peniaga kafir zimmi dan 10% ke
atas peniaga kafir harbi. Jumlah usyur yang dikenakan adalah 200 dirham apabila cukup kadar
nisabnya. Kerajaan Bani Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi pesat dalam sektor perdagangan,
perindustrian dan pertanian. Baghdad muncul pusat perdagangan tersibuk ketika itu. Bermula
zaman pemerintahan khalifah al-Mahdi, kerajaan Abbasiyah mengenakan cukai perniagaan di pasar
dan kedai-kedai sekitar kota Baghdad dan wilayah kekuasaan Islam. Usyur adalah cukai penting
keatas peniaga atau pedagang. Hasil pungutan usyur amat bermanfaat untuk pembangunan Negara
seperti menyediakan kemudahan tempat-tempat perniagaan dan sebagainya.

Kesimpulan
Sistem percukaian sistematik dan terancang menyumbang pembangunan dan kegemilangan
kerajaan Bani Abbasiyah. Sumber cukai yang stabil dan banyak membolehkan banyak prasarana
dapat dibina bagi kepentingan rakyat

Soalan 5 : Huraikan sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada abad ke 7 hingga
8 Masihi

Pendahuluan
Perkembangan pesat pendidikan berlaku dalam Zaman Bani Umaiyah didorong oleh perkembangan
kerajaan itu sendiri, perkembangan ilmu pengetahuan dan masyarakat, gerakan agama, falsafah dan
sejarah. Galakan dan kecintaan para khalifah bani Umaiyah terhadap pemdidikan merupakan asas
utama berlakunya perkembangan ilmu keagamaan dan keduniaan. Usaha memperkasa bidang
pendidikan dilihat melalui peranan khalifah yang menjadikan kota-kota utama seperti Damsyik,
Kufah dan Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu

Isi 1 : Dasar Pendidikan


Dasar pendidikan percuma dipraktikan ke atas golongan miskin di khuttab dan pengajian terbuka di
masjid-masjid. Tumpuan kurikulum diberikan kepada ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Pendidikan
formal berlangsung di istana dan kuttab manakala tidak formal di masjid. Kebanyakan umat Islam
ghairah / berlumba-lumba menuntut ilmu manakala putera-putera khalifah diberi pelajaran wajib
sama ada didatangkan guru-guru khas ke istana atau dihantar ke halaqah pengajian.
Bentuk pendidikan berubah mengikut keadaan semasa ekoran pengaruh falsafah Yunani dan
Nasrani. Khalifah Abdul Malik Marwan memberi garis panduan kepada guru yang mengajar
puteranya dalam bidang rohani dan jasmani. Khalifah Hisyam Abdul Malik menyuruh Sulaiman al-
Kalibi mengajar puteranya al-Quran, fiqh, syair dan sejarah. Dasar dan panduan pendidikan yang
ditekankan menunjukan bahawa ilmu pendidikan semasa amat dititikberatkan bagi mengelakan
daripada ketinggalan.

Isi 2 : Seterusnya, sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah dilihat dari segi institusi
pendidikan dan bentuk pengajaran
Pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah terdapat tiga institusi pendidikan terpenting iaitu masjid, istana
khalifah dan sekolah iaitu kuttab. Kurikulum yang diajar dimasjid adalah ilmu-ilmu naqli iaitu tafsir
dan hadis. Kaedah pengajaran di masjid adalah dalam bentuk syarahan bebas. Masjid-masjid di
Makkah, Madinah dan Damsyik adalah pusat perkembangan dan penyebaran ilmu agama. Masjid
Kufah dan Basra pusat bahasa dan nahu. Tanda-tanda bunyi dalam tulisan Arab seperti dhammah,
fathah dan kasrah diperkenalkan.
Istana khalifah dijaikan pusat pendidikan – tempat belajar putera khalifah dan anak pembesar. Mata
pelajaran utama adalah sejarah, kesusteraan, ilmu pidato dan akhlak. Kuttab merupakan sekolah
permulaan yang menekankan pengajian al-Quraan dan asas ilmu agama sebagai persedian kepada
pengajian lebih tinggi
Khalifah Abu Sufyan mengundang para cendekiawan ke istananya di Damsyik untuk membincangkan
disiplin ilmu sejarah. Pada Zaman Bani Ummyah terdapat dua jenis kuttab iaitu kuttab untuk awam
(dikenakan yuran) dan kuttab al-Sabil untuk kanak-kanak miskin. Peranan institusi pendidikan
tersebut telah membolehkan masyarakat zaman ini menerima ilmu pengetahuan secara sistematik
dan menyeluruh

Isi 3 : Selain itu, kemunculan bandar-bandar utama yang menjadi pusat perkembangan
pendidikan.
Pada zaman Khalifah Bani Ummyah, terdapat banyak Bandar yang menjadi pusat perkembangan
pendidikan, intelektual dan tamadun Islam. Damsyik adalah ibu kota pentadbiran Kerajaan Ummyah
turut menjadi tumpuan aktiviti pendidikan dan intelektual. Pelbagai kemudahan pendidikan
disediakan iaitu sekolah dan masjid.
Bandar Madinah, Basrah dan Kufah menjadi tumpuan seluruh penduduk Negara Islam mempelajari
bahasa Arab seperti memperbaiki sebutan dan deklamasi sajak. Basrah tempat lahirnya Abdul Aswad
Du’ali, Khalid bin Ahmad iaitu tokoh nahu Arab. Khalid al-Walid menjadikan Kufah sebagai pusat ilmu
pengetahuan. Kemunculan bandar-bandar intelektual di atas menyebabkan tempat tersebut
menajdi tumpuan tokoh-tokoh ilmuan bukan sahaja dikalangan ilmuan Islam bahkan bukan Islam

Isi 4 : Sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah juga dilihat dari sudut tenaga
pengajar.
Peranan kerajaan melantik guru-guru dan diberikan gaji merupakan usaha murni untuk
membuktikan kepentingan ilmu pengetahuan. Guru-guru di institusi pendidikan terdiri daripada
mahzab berbeza dan pengetahuan serta kemahiran berbeza mengikut tahap pendidikan. Ulama
terkenal mendapat menarik perhatian ramai pelajar yang dikatakan mencecah ribuan orang.
Guru-guru di masjid terdiri dari golongan ulama yang mengajar secara ikhlas tanpa mengharapkan
ganjaran. Guru-guru yang mengajar di istana khalifah dikenali muaddih bertanggungjawab mengajar
kerabat diraja dan pembesar berkenaan dengan aspek sahsiah. Tokoh-tokoh ulama terkenal di
Masjidil Haram ialah Abdullah bin Abbas mahir ilmu tafsir, hadis dan fiqh. Ulama terkenal lain ialah
seperti Abu Musa al-Asya’ari, Hasan al-Basri, Ubaidillah bin Zubayr. Kemunculan tenaga pengajar
terkenal iaitu ulama telah menarik minat ramai pelajar dari seluruh pelusuk negara Islam bagi
menuntut ilmu pengetahuan dalam zaman Bani Ummyah

Isi 5 : Disamping itu, sistem pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umaiyah berkaitan bidang-
bidang pengajian yang ditawarkan.
Bidang-bidang pendidikan yang berkembang pesat adalah pengajian ilmu keagamaan seperti tafsir
al-Quran, hadis, fiqah dan sebagainya. Pengajian seni muzik dan puisi berpusat di kota Makkah,
Madinah dan Damsyik menjadikan istana sebagai tempat mendapatkan ganjaran. Puisi berperanan
menyampaikan sesuatu penerangan dan propaganda bagi kerajaan.
Para penyair diberi layanan istimewa kerana dapat membangkitkan semangat jihad dan
meningkatkan kotokohan khalifah serta keagungan Kerajaan Bani Umaiyah. Pengajian kesusasteraan
dan ilmiah berkembang di masjid-masjid kota Basrah dan Kufah. Pendidikan seni ukir dan pahat
mendapat tempat terutama ukiran ayat al-Quran pada istana, masjid, mimbar dan mihrab. Penyair
terkenal Qays bin Mulawa pencipta puisi cinta Laila dan Majnun. Pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah
berlaku pertambahan aktiviti ko-kurikulum.
Penglibatan ulama dan khalifah membantu kepesatan pendidikan yang menjadi asas tamadun dalam
aspek politik, ekonomi dan sosial umat Islam. Perkembangan ini dilihat sebagai asas legasi kukuh
bagi pendidikan pada zaman-zaman kerajaan Islam seterusnya.

Kesimpulan
Pemerintahan Bani Umayyah yang mementingkan pendidikan telah mempelbagaikan mata pelajaran
yang diajar di institusi pendidikan. Selain daripada ilmu agama sepertit Fiqah, Tauhid, Tafsir Al-Quran
dan Hadis, mata pelajaran lain yang diajar ialah Ilmu Hisab, Sejarah, Sastera, Ilmu Perubatan,
Kesenian dan Falsafah. Walaupun kerajaan bani umayyah telah ditumbangkan dalam revolusi
Abbasiyah, namun sistem pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk perkembangan
seterusnya

Soalan 6 : Bincangkan faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek pada
zaman kerajaan Bani Abbasiyah.

Pendahuluan
Baitul Hikmah aadalah gedung ilmu pengetahuan diasaskan pada 815 M oleh Khalifah Harun al-
Rashid. Menjadi tumpuan para sarjana menjalankan kegiatan akademik, mencapai kegemilangan
pada zaman khalifah al-Makmum. Baitul Hikmah juga dikenali Khazanatul Hikmah dan Darul Hikmah.
Peranan utama ialah sebagai pusat penterjemahan, perpustakaan dan institusi pengajian tinggi yang
menawarkan pelbagai kursus professional dalam bidang sains dan falsafah

Isi 1 : Antara faktor kejayaan Baitul Hikmah sebagai pusat perkembangan intelek ialah peranan
Khalifah Abbasiyah
Para Khalifah Bani Abbasiyah berpandangan terbuka dalam bidang intelektual. Penterjemah dilantik
untuk Baitul Hikmah tidak terikat dengan faktor agama dan bangsa. Khalifah al-Makmum pencipta
seni dan falsafah mempertingkatkan kegiatan intelektual dalam Baitul Hikmah. Ganjaran wang emas
kepada penterjemah merancakan lagi kegiatan keilmuan tersebut sehinggakan Zaman Bani
Abbasiyah memperuntukan dana yang besar bagi Baitul Hikmah khusus perbelanjaan bayaran gaji
dan sebagainya.
Yuhanna Musawaih beragama Kristian dan Abu Sahl al-Fadl berbangsa Parsi pernah dilantik sebagai
penterjemah. Utusan-utusan dihantar ke Rom, Kepulauan Sicily dan Qugrus bagi mendapatkan
karya-karya Yunani. Al-Makmum juga menghantar Hunain Ishak ke Konstantinopole mendapatkan
karya hebat di sana. Dasar terbuka dan usaha Khalifah dalam Kerajaan Bani Abbasiyah ini
menunjukkan betapa seriusnya mereka dalam memajukan bidang intelektual.

Isi 2 : Seterusnya, peranan para Wazir (Menteri) juga menjadi faktor kejayaan Baitul Hikmah
sebagai pusat perkembangan
Para wazir khasnya dalam zaman Harun al-Rashid dan al-Makmum gigih dan aktif menjalankan usaha
membangunkan bidang ilmu. Peruntukan dana yang banyak oleh wazir-wazir bagi membiayai
kegiatan penterjemahan dan penulisan. Mereka sering bekerjasama dengan khalifah menjalankan
kegiatan penterjemahan. Wazir Muhammad bin Abdul Malik memberi 2000 dinar seorang sebagai
ganjaran. Peranan wazir tersebut membolehkan Baitul Hikmah muncul sebagai pusat intelektual
terkemuka didunia

Isi 3 : Selain itu, peranan para hartawan Islam turut menjadi faktor kejayaan Baitul Hikmah.
Para hartawan turut membantu perkembangan Baitul Hikmah. Mereka terlibat secara aktif
membelanjakan sebahagian harta bagi membiayai kegiatan penterjemahan dan penulisan
Muhammad, Ahmad dan al-Hassan dari keturunan Bani Musa al Munajjim antara tokoh yang
membayar sebahagian kos penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab. Mereka juga
member ganjaran dan kepada para penterjemah dan pengarang. Peranan golongan hartawan secara
tidak langsung membantu merancakan lagi usaha kegiatan intelektual di Baitul Hikmah

Isi 4 : Faktor seterusnya ialah peranan penterjemah dan pengarang


Ramai tokoh intelektual member sumbangan cemerlang dalam kegiatan penulisan dan
penterjemahan di Baitul Hikmah. Fasa-fasa perkembangan kegiatan penterjemahan boleh dalam
zaman pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, Khalifah Harun al-Rashid. Hunain bin Ishak
menguasai bahasa Arab, Suryani dan Parsi adalah pakar ilmu perubatan, falsafah dan Sejarah.
Khalifah al-Makmum melantik beliau sebagai ketua Baitul Hikmah. Yuhannad bin al-Bitriq (Abu
Zakaria) pakar bahasa Latin menterjemah karya falsafah dan perubatan Yunani. Tokoh-tokoh lain
Sahl al-Harun, Yahya abi Mansur, Umar al-Farrukhan, Muhamad bin Musa al Khwarizmi. Zaman
kegemilangan Baitul Hikmah mencapai ke kemuncak sehingga 1258M ini melahirkan ramai tokoh
ilmuan Islam

Isi 5 : Akhir sekali, faktor kecekapan pengurusan dan pentadbiran Baitul Hikmah
Kerjasama dan persefahaman jitu antara kakitangan Baitul Hikmah, penterjemah dan pengarang
membolehkan institusi ini berfungsi dengan baik dan berkesan. Ketiga-tiga kumpulan ini bertugas
secara automatik dan berperanan sebagai penterjemah, penulis, penyalin, pengarang, penjilid dan
pengedar. Beban tugas diagihkan berdasar kepakaran dan minat masing-masing.
Pegawai Baitul Hikmah dan para pembantunya bertanggungjawab dalam menguruskan penyusunan
dan katalog buku-buku. Sahl bin Harun, Said bin Harun, Hunain bin Ishak merupakan pegawai-
pegawai terkenal dalam Baitul Hikmah ketika zaman Bani Abbasiyah. Mereka menghabiskan
sepanjang hayat untuk berkhidmat kepada ilmu pengetahuan demi kepentingan ilmu sejagat.
Peranan para pegawai dan kakitanga yang cekap menjadikan Baitul Hikmah sebagai gedung ilmu
pengetahuan terbesar dan teragung di dunia

Kesimpulan
Pada masa pemerintahan Khalifah Al-Ma’mun Baitul Hikmah mengalami kemajuan yang luar biasa.
Pada semasa itu itu Baitul Hikmah menjadi pusat kajian yang memunculkan banyak ilmuan, baik
ilmuan agama atau ilmu umum. Maka di sinilah Baitul Hikmah mempunyai peranan yang cukup
besar dalam memajukan peradaban Islam, bahkan pada masa itu Islam mengalami masa keemasnya
”The Golden Age Of Islam”.

Soalan 7 : Nilaikan jasa dan sumbangan imam al-Ghazali dalam tamadun Islam

PENDAHULUAN
Nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin at-Thusi. Dilahirkan pada tahun 450
hijrah bersamaan 1058 masihi dan dikenali sebagai ‘al-ghazali’ bersempena dengan nama kampung
kelahirannya Ghazala. Al-Ghazali seorang yang bijaksana, kuat ingatan, berpegang teguh kepada
syariat Islam, tekun belajar, dan bijak berhujah. Imam al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir dan
ahli falsafah Islam yang terkemuka. Pengetahuannya yang sangat mendalam dalam pelbagai bidang
ilmu telah membolehkannya menghasilkan banyak karya bermutu tinggi yang masih menjadi rujukan
hingga kini. Oleh itu, jasa dan sumbangan beliau dapat dilihat dalam bidang falsafah, ilmu kalam dan
Tasawuf.

Isi 1 : Sumbangan utama Imam al-Ghazali adalah bidang falsafah


Jelas bahawa Imam al-Ghazali membahagikan golongan yang membahaskan ilmu falsafah kepada
tiga golongan, iaitu atheis, natural dan teologi. Golongan atheis adalah golongan yang mengingkari
wujudnya pencipta yang mentadbir seluruh alam ini. Golongan natural adalah golongan ilmuan yang
banyak membuat kajian berkaitan dengan tabiat, kejadian dan anatomi manusia, tumbuhan serta
haiwan. Manakala golongan teologi merupakan ahli yang membincangkan soal ketuhanan
bersumberkan akal iaitu Plato, Socrates dan Aristotle.
Imam al-Ghazali juga merupakan induvidu pertama yang mengklasifikasikan semula falsafah kepada
enam bahagian. Sebagai contoh, matematik, mantik, fizik, ketuhanan, siasah dan akhlak. Kesannya,
beliau dapat menyelamatkan akidah umat Islam daripada terus direntap oleh fahaman falsafah
Yunani yang tidak bertauhidkan agama yang suci iaitu agama Islam.

Isi 2 : Seterusnya, imam al-Ghazali memberikan sumbangan yang amat besar dalam ilmu kalam.
Hal ini kerana beliau telah mengarang begitu banyak penulisan dalam ilmu kalam. Beliau banyak
mematahkan hujah-hujah daripada pihak lawan yang dilihat agak keterlaluan semasa membahaskan
isu yang timbul dalam perbincangan ilmu kalam. Contohnya, menerusi kitabnya Ihya’ Ulumuddin,
Imam al-Ghazali tidak meletakkan ilmu kalam sebagai satu ilmu yang bermanfaat kepada
masyarakat. Akibatnya, perbincangan ahli ilmu kalam dilihat terlalu jauh sehingga menyimpang
daripada apa yang dibincangkan oleh para ulama.

Isi 3 : Selain itu, bidang tasawuf juga amat bermakna dalam sumbangan beliau menerusi hujah-
hujah yang bernas.
Jelas menunjukkan beliau berusaha membersihkan ilmu tasawuf daripada perkara-perkara khurafat.
Apabila beliau mengetahui masyarakat melakukan kesalahan dalam bidang tasawuf, beliau
melemparkan kritikan yang bertujuan memperbetulkan kesilapan dan menghalang penyelewengan
berlaku sehingga mencemarkan kemurnian Islam. Umpamanya, menerusi karya termahsyur beliau
iaitu Ihya’ Ulumuddin telah menjadi sumber rujukan para ulama di Alam Melayu. Karya ini juga telah
diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, Parsi, Urdu, Inggeris dan Perancis. Oleh itu, Imam al-Ghazali
telah memurnikan semula ilmu tasawuf daripada kesesatan dan bidaah.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, sumbangan dan jasa Imam al-Ghazali dalam ketiga-tiga bidang amat besar dalam
usaha memperbetulkan tanggapan yang kurang tepat bagi setiap bidang ilmu. Beliau juga telah
menuntut ilmu daripada ramai guru iaitu Imam al-Abi Nash al-Ismaili dan Imam al-Radzakani
sehingga mampu untuk menulis pelbagai hasil karya.

Soalan 8 : Perkembangan Baitulmal pada zaman khalifah ar-Rasyidin meningkatkan pendapatan


negara. Bincangkan.

PENDAHULUAN
Baitulmal institusi yang berperanan menyelenggara harta-harta negara. Tujuan penubuhan baitulmal
adalah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi, membasmi kemiskinan dan menyediakan
keperluan asas rakyat. Sejarah penubuhan baitulmal dikatakan bermula sejak zaman Nabi
Muhammad SAW tetapi pada masa itu, sumber hasil negara tidak banyak iaitu hanya diperoleh
melalui zakat dan harta yang diperoleh melalui peperangan seperti jizyah, ghanimah dan fai'. Nabi
Muhammad SAW segera mengagihkannya kepada sesiapa yang layak menerimanya tanpa ada
lebihan. Justeru, peranan baitulmal ketika itu tidak begitu menonjol. Sumber baitulmal pada zaman
Khulafa al-Rasyidin boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu harta masyarakat, harta negara dan
harta umum.

Isi 1 : Perkembangan Baitulmalzamankhalifah Abu Bakar al-Siddiq


Wujud baitulmal secara tidak rasmi. Buktinya bahawa Umar mencadangkan agar khalifah Abu Bakar
berjumpa Abu Ubaidah, pemegang kunci baitulmal untuk mendapatkan wang bagi keperluan
keluarganya. Pelaksanaan baitulmal pada zaman khalifah Abu Bakar dapat dilihat apabila beliau
menyerahkan sebidang tanah Nabi Muhammad SAW iaitu tanah Fadak dan Khaibar kepada
baitulmal kerana Nabi Muhammad SAW tidak memindah milik tanah berkenaan kepada Fatimah,
puteri baginda.
Kutipan jizyah dan zakat diperolehi dari ekspedisi ketenteraan pimpinan Khalid al-Walid keatas
empayar Parsi Ketika Khalifah Abu Bakar al-Siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada
penggantinya Umar al-Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 8,000 dirham untuk
dikembalikan kepada baitulmal. Pelaksanaan fungsi baitulmal ketika itu agak terhad dan tidak
menyeluruh memandangkan sumbernya yang terbatas ekoran gerakan peluasan wilayah Islam agak
perlahan namun mampu meningkatkan ekonomi Negara.

Isi 2 : Seterusnya, perkembangan institusi baitulmal zaman khalifah Umar bin al-Khattab.
Institusi baitulmal yang dahulunya dikenali sebagai Diwan atau Khazanah ditubuhkan secara rasmi
pada zaman Umar al-Khattab kerana berlaku pembukaan wilayah Islam ekoran kejayaan dalam
ekspedisi ketenteraan. Sumber baitulmal yang banyak seperti zakat, al-fai, jizyah, kharaj, usyur dan
ghanimah tidak dapat diagih dengan serta-merta. Diwan berfungsi sebagai jabatan perbendaharaan
yang akan mengawal urusan pentadbiran harta.
Umar al-Khattab telah melakukan pembaharuan dalam pentadbiran kharaj di mana para tentera
tidak dibenarkan memiliki tanah dan rumah sebagai ghanimah sebaliknya membiarkan tanah-tanah
di wilayah yang ditakluki diusahakan oleh pemilikasalnya. Sebagai ganti, tentera Islam mendapat
elaun atau gaji daripada dana baitulmal. Contohnya, Kharaj (cukai ke atas tanah yang ditakluki
terutama di Iraq) dan Jizyah banyak diperolehi dari Iraq, Syam, Mesir dan sebagainya. Pengurusan
Baitulmal zaman Umar al-Khattab dilaksanakan secara sistematik dan mampu memakmurkan negara
Islam Madinah

Isi 3 : Seterusnya, perkembangan institusi Baitulmal zaman Khalifah Uthman Affan


Pada zaman Uthman bin Affan, timbul kontroversi mengenai pelaksanaan baitulmal. Kemerosotan
ekonomi umat Islam pada zamannya akibat aktiviti peluasan kuasa dan pembukaan wilayah agak
perlahan. Uthman tidak mengagihkan harta rampasan perang kerana harta ghanimah tersebut
diperuntukan untuk keperluan negara yang lebih mendesak. Uthman mengerahkan rakyatnya
membayar lebih cukai daripada biasa bagi membiayai usaha menyekat serangan musuh keatas
wilayah Islam seperti Mesir yang sedang menghadapi ancaman tentera laut Byzantine.
Uthman al-Affan sememangnya terkenal dengan kekayaan dan sifat dermawan. Malahan bagi
menambah harta baitulmal, beliau sebenarnya telah menyerahkan urusan perdagangan milik
peribadi yang besar kepada kaum keluarganya dan menjadikan rumahnya sebagai baitulmal sebelum
kerajaan Islam menubuhkan bangunan baitulmal secara rasmi. Walaupun, berlaku pergolakan
namun Baitulmal tetap menjadi satu institusi yang menjadi nadi untuk memajukan dan menjana
pendapatan Negara

Isi 4 : Seterusnya, perkembangan institusi Baitulmal zaman Khalifah Ali AbiTalib


Ali bin Abi Talib meneruskan sistem baitulmal sebagai perbendaharaan negara mengikut syariat
Allah SWT. Beliau meneruskan kehidupannya yang sederhana dan dibayar gaji yang sama seperti
yang diterima oleh khalifah Abu Bakar dan khalifah Umar. Pada zaman pemerintahannya, berlaku
pertukaran ketua baitulmal. Beliau telah melantik Abdullah bin Arqam bagi menggantikan Uqbah bin
Amru yang mengetuai baitulmal sejak zaman Umar. Abdullah bin Arqam memang terkenal di
kalangan sahabat sebagai seorang yang jujur dan tegas dalam menjalankan tugasnya.
Ketika peperangan, pengikutnya menggesa agar mengambil sebahagian daripada harta baitulmal
untuk menguatkan tenteranya bagi menghadapi tentera Mu'awiyah, gabenor Damsyik. Namun
beliau menolak dengan keras atas alas an harta berkenaan adalah amanah Allah SWT. Ali bin Abi
Talib juga menunjukkan kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan saudaranya, iaitu Aqil
bin Abi Talib supaya meminta sedikit sumber daripada baitulmal kerana kesederhanan hidupnya.
Walaupun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan
Kesimpulan
Penubuhan baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan ekonomi
negara dan wilayah Islam serta membantu golongan yang kurang bernasib baik di samping
memastikan harta yang dimiliki diurus sebaik mungkin berdasarkan syariat yang ditetapkan. Peranan
dan pelaksanaan baitulmal oleh Khulafa al-Rasyidin menjadi asas kepada perkembangan ekonomi
Islam pada zaman Umayyah dan Abbasiyah.

Soalan 9 : Bincangkan ciri-ciri pendidikan pada zaman Bani Umayyah.

PENDAHULUAN
Pendidikan zaman Bani Umayyah merupakan kesinambungan yang berlaku pada zaman Khulafa al-
Rasyidin, penekanan bukan sahaja ditumpukan kepada perkembangan ilmu keagamaan bahkan
merangkumi ilmu bukan agama. Kemuncak kepada perkembangan pendidikan pada zaman ini jelas
sewaktu pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, terdapat pelbagai institusi pendidikan untuk
membolehkan perkembangan pendidikan dilaksanakan, antaranya institusi pendidikan tersebut ialah
masjid, istana, dan kuttab. Faktor peningkatan kemajuan pendidikan pada zaman ini berpunca
daripada perkembangan kerajaan Islam sendiri terutama dasar khalifah, perkembangan pelbagai
ilmu (fardhu ain dan kifayah) dan perkembangan masyarakat itu sendiri.

Isi 1 : Institusi pendidikan zaman Bani Umayyah terbahagi kepada beberapa institusi berikut.
Masjid merupakan institusi pendidikan utama yang bermula sejak permulaan Islam. Pemerintah Bani
Umaiyah telah mendirikan banyak masjid seprti Masjid Amawiyin (Umawi) di Damsyik, masjid di
Kufah, Basrah, dan Fustat yang menjadi pusat pendidikan.Pada zaman pemerintahan Khalifah al-
Walid bin Abdul Malik (705-715M), beliau berusaha mengembangkan ilmu pengetahuan dan
menghapuskan buta huruf dalam kalangan umat Islam dengan mendirikan masjid dan kuttab sebagai
pusat pendidikan dan pusat ibadat di seluruh wilayah Islam. Khalifah al-Walid telah membina Masjid
Umawi di Damsyik yang mengambil masa selama lapan tahun. Masjid ini telah dijadikan tempat
ibadat dan tempat belajar kaum muslimin. Di dalam masjid ini terdapat halaqah atau kelompok-
kelompok yang dipenuhi dengan pelajar-pelajar dari pelbagai negara dan mazhab.
Menurut Ibn Jabir, terdapat pengajian dalam pelbagai mazhab seperti Mazhab Maliki yang banyak
dikunjungi oleh pelajar-pelajar dari Maghribi dan halaqah Mazhab Syafi’e. Terdapat beberapa bilik
yang dijadikan oleh pelajar-pelajar sebagai tempat menyalin pelajaran dan perbincangan bagi
mengelak diri daripada kesesakan orang ramai. Istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan
pendidikan. Istana khalifah yang menjadi pusat pembelajaran ialah di Damsyik, Syria. Istana khalifah
yang menjadi pusat pembelajaran dan tempat penyimpanan bahan-bahan bacaan ini kemudiannya
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan sering mengundang para
ulama dan cendekiawan ke istananya bagi membicarakan ilmu sejarah bangsa Arab, sejarah
peperangan dan sejarah raja-raja Parsi, sistem pemerintahan, dan pentadbiran.
Pendidikan di istana memberi tumpuan kepada putera-putera khalifah dan anak-anak pembesar.
Mereka diajar oleh guru-guru yang berpengalaman yang dijemput khas ke istana. Putera-putera
khalifah dan anak-anak pembesar diajar mata pelajaran sejarah, kesusasteraan, ilmu pidato, tata
susila dan moral, cara-cara bergaul dengan masyarakat dan rakyat jelata. Kesemua mata pelajaran
yang diajar ini adalah sebagai pengetahuan dan pengalaman serta persediaan untuk menghadapi
kehidupan bermasyarakat serta menjadi pemimpin.
Terdapat dua jenis kuttab, iaitu untuk orang awam yang dikenakan yuran pengajian dan Kuttab al-
Sabil untuk kanak-kanak miskin dan tidak dikenakan bayaran yuran pengajian. Pembelanjaran di
kuttab berkisar asas-asas keagamaan seperti membaca al-Quran, fekah, sirah, asas ketuhanan dan
turut memberikan penekanan tentang hafalan dan penulisan serta mengira. Tenaga pengajar di
kuttab bergaji dan dari segi pengalaman dan pengetahuan kurang berbanding dengan tenaga
pengajar di masjid dan istana.
Pengajian di kuttab memfokuskan kepada pengajian al-Quran dan asas-asas ilmu agama bagi
persediaan untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi iaitu halaqah yang diadakan di masjid-
masjid kerana pelajar-pelajar di peringkat kuttab telah memiliki asas-asas ilmu yang kukuh.
Khalifah Abdul Malik bin Marwan (65-86H / 685-705M) memberi garis panduan kepada guru yang
akan mengajar puteranya sama ada dalam pendidikan rohani mahupun jasmani. Khalifah Hisyam bin
Abdul Malik (105-125H / 724-743M) menyuruh Sulaiman al-Kalibi mengajar puteranya mata
pelajaran al-Quran, fekah, syair dan sejarah. Tegasnya, masjid, istana khalifah dan Kuttab merupakan
intitusi yang menyadiakan ruang untuk menimba ilmu pada masyarakat pada zaman kerajaan Bani
Umayyah.

Isi 2 : Ciri seterusnya di lihat dari tenaga pengajar.


Taraf tenaga pengajar atau guru berbeza mengikut institusi tempat mereka menyampaikan ilmu,
kebiasaannya guru yang mengajar di masjid dikatakan memiliki ilmu yang tinggi dan paling dihormati
berbanding guru-guru yang berkhidmat di institusi-institusi yang lain. Guru-guru diberi gaji dan ada
yang berkhidmat secara sukarela khususnya di masjid. Guru-guru yang mengajar di istana dikenali
sebagai muaddih yang mengajar kerabat diraja dan pembesar dalam ilmu sahsiah, sejarah,
kesusasteraan, dan ilmu pidato.
Guru-guru di masjid terdiri dari golongan ulama, antara yang terkenal ialah Abdullah b. Abbas yang
mengajar di Masjidil Haram di Makkah. Beliau terkenal dengan kepakaran dalam bidang ilmu tafsir,
hadis dan fekah. Khalifah Umar bin Abdul Aziz sendiri sebagai ulama memanfaatkan ilmu yang ada
bukan sahaja untuk dirinnya tetapi turut mengajar ilmu-ilmu agama kepada rakyat.

Isi 3 : Selain itu, ciri-ciri pendidikan zaman Bani Umayyah dilihat dari aspek mata pelajaran
Kurikulum yang diperkenalkan ialah ilmu fardhu ain dan ilmu fardu kifayah seperti bahasa,
kesusasteraan, ilmu hisab, ilmu falak. Antara ilmu yang berkembang pada masa itu ialah ilmu Qiraat
al-Quran, iaitu kaedah membaca al-Quran dengan tujuh jenis bacaan. Bagi membolehkan orang
bukan Arab membaca al-Quran dengan betul, tanda-tanda bunyi seperti fathah, dammah, dan
kasrah mula diperkenalkan. Bidang perubatan, muzik dan seni ukir juga turut berkembang pada
masa itu.
Kegiatan penterjemahan mula dijalankan memandangkan kota Damsyik merupakan bekas kota
jajahan Rom yang mempunyai banyak buku-buku dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.
Pelajaran dijalankan dalam bentuk syarahan dan halaqah. Tegasnya, dengan kurikulum mata
pelajaran yang meliputi pelbagai bidang mampu melonjakkan pendidikan pada zaman kerajaan Bani
Umayyah.

Isi 4 : Seterusnya, sistem pengajian Halaqah.


Pengajian halaqah diadakan di masjid, istana dan kuttab. Halaqah ialah satu sistem pengajian
tradisional iaitu murid-murid berkumpul dalam bentuk bulatan mengelilingi guru dengan menadah
kitab yang diajar. Jangka waktu pengajian tidak ditentukan tetapi semakin lama belajar, semakin
tinggi ilmu seseorang itu.
Pada kebiasaannya, pengajian halaqah dilaksanakan di peringkat tinggi iaitu murid-muridnya sudah
mempunyai asas-asas ilmu yang kukuh. Halaqah boleh berlaku dalam dua situasi sama ada para
pelajar mendengar apa yang disampaikan oleh guru dan satu lagi bentuk ialah berlakunya
pembelajaran dua hala guru mengajar serta memberi peluang kepada para pelajar mengemukakan
persoalan-persoalan yang menimbulkan keraguan bagi meningkatkan kefahaman. Pendidikan
halaqah telah berkembang bukan sahaja berkembang dalam kerajaan Bani Umayyah, malah di
negara-negara Islam yang lain termasuk Nusantara.

KESIMPULAN
Walaupun kerajaan Bani Umaiyah telah ditumbangkan dalam Revolusi Abbasiyah, namun sistem
pendidikan terus kekal dan dijadikan contoh untuk perkembangan seterusnya. Perkembangan sistem
pendidikan harus dilihat sebagai satu kelangsungan dan kesinambungan daripada sistem yang lalu.

Tema 3

1. Jelaskan dasar Tanzimat (gerakan pembaharuan) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Turki
Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876.

2. Bincangkan kebangkitan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad ke-19
hingga abad ke-20.

3. Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Barat di Mesir pada abad ke-19 M
hingga awal abad ke-20 M.

4. Bincangkan peranan bahasa dan kesusasteraan dengan mengemukakan sumbangan tokoh-


tokoh yang berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Mesir pada akhir abad ke-19 Masihi dan
awal abad ke-20 Masihi.

5. Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh memainkan peranan Penting
dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir dan Syria. Berikan ulasan anda.

6. Konflik di Balkan yang berlaku antara tahun 1912 hingga 1913 telah membuka ruang kepada
tercetusnya Perang Dunia Pertama. Bincangkan.

7. Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20M.

8. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan


Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20.

TEMA 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

Soalan 1 : Jelaskan dasar Tanzimat (gerakan pembaharuan) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Turki
Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876.

Pendahuluan
Tanzimat dari segi sejarah bermaksud pembaharuan atau reformasi yang berlaku dalam kerajaan
Turki Utmaniyah secara evolusi dari tahun 1839 hingga 1876. Tujuan Tanzimat diperkenalkan adalah
untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Turki Uthmaniyah dengan mengatasi kelemahan
sistem pemerintahan dan pentadbiran. Tanzimat memberi fokus kepada masalah rakyat yang
beragama Kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada negara atau
kuasa luar. Tekanan daripada kuasa luar yang berterusan, terutama dari Britain, merupakan antara
faktor utama pelaksanaan Tanzimat. Terdapat pelbagai dasar Tanzimat yang telah dilaksanakan oleh
kerajaan Turki Uthmaniyah dari tahun 1839 hingga 1876

ISI 1 : Jenis Dasar


Dasar Tanzimat dalam kerajaan Utmaniyah bermula dengan penggubalan piagam Hatt-i Syarif
Gulhane pada tahun 1839 dan diteruskan dengan Piagam Hatt-i Humayun pada tahun 1856. Piagam
Hatt-I Syarif Gulhane bersifat sekular, iaitu menyeru kepada reformasi yang melibatkan perubahan
terhadap institusi masyarakat, namun syariat Islam masih menjadi undang-undang kerajaan
tersebut. Piagam Hatt-I Syarif Gulhane menjanjikan keselamatan nyawa, maruah, dan harta benda
kepada semua rakyat tanpa mengira agama, di samping menjamin persamaan hak dan perbicaraan
yang adil, telus dan terbuka. Piagam Hatt-I Humayun mengesahkan semua janji yang termaktub
dalam piagam Hatt-I Syarif Gulhane sebaliknya semua aspek yang berkaitan dengan syariat Islam
digugurkan sama sekali. Hal ini menggambarkan pengaruh sekular kian menular dalam kerajaan
Turki Uthmaniyah.

ISI 2 : Dalam Bidang Pentadbiran


Melalui dasar ini pembaharuan telah dilakukan dalam pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Pentadbiran yang dirangka bermodelkan pentadbiran Barat (Perancis) bertunjangkan sistem
demokrasi. Pentadbiran pusat dikemaskini dengan membentuk beberapa kementerian . Antaranya
ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelajaran (1857) dan Kementerian Polis (1870). Majlis
Diraja diberi jenama baru, iaitu Majlis Tanzimat yang berperanan merangka segala pembaharuan
serta mengelakkan amalan rasuah dalam kalangan pentadbir kerajaan. Ahli-ahli yang dipilih
mempunyai pendidikan Barat dan perbincangan kerap diadakan untuk mewujudkan amalan
demokrasi. Majlis Tanzimat ini juga berperanan menasihati sultan dalam pentadbiran. Pada
hakikatnya, didapati sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tidak mempunyai kuasa
untuk menentukan dasar negara. Malahan, kuasa-kuasa gabenor wilayah juga turut dikurangkan.

ISI 3 : Bidang Pendidikan.


Seterusnya dalam proses tanzimat dalam kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-19, turut
melibatkan bidang pendidikan. Sistem pendidikan yang dirangka mengikut aliran akademik yang
terpisah dengan keagamaan. Institusi pendidikan yang ditubuhkan bermula dari sekolah rendah
sehingga ke peringkat universiti. Kurikulum ala Barat yang diperkenalkan merangkumi mata
pelajaran berasakan ilmu aqliah yang diletakkan di bawah selenggaraan Akademi Pelajaran.
Pendidikan sekular hanya memberi tumpuan kepada karya sastera dan membawa kepada
perkembangan dalam arena persuratan dan terjemahan daripada fiksyen Barat. Sekolah professional
dan tentera diberikan keutamaan menyebabkan sistem madrasah semakin ketinggalan. Akibat
daripada penekanan terhadap mata pelajaran sekular, pengetahuan para pelajar Muslim tentang
agama Islam kian berkurangan hingga menyebabkan kehilangan identiti dalam kalangan mereka.
Kesannya, negara Barat telah mengambil peluang untuk menyerapkan pendidikan mereka, maka
hasilnya telah menggalakkkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme dan imperialisme terhadap
masyarakat Turki sehingga lahirnya sentimen perkauman dan telah menjatuhkan kerajaan Islam
tersebut.

ISI 4 : Perundangan dan Kehakiman


Di samping itu, tanzimat turut melibatkan bidang perundangan dan kehakiman dalam kerajaan Turki
Uthmaniyah. Beberapa peraturan digubal tanpa penglibatan para ulama. Sedikit demi sedikit
peranan mereka mula diketepikan dalam bidang perundangan dan kehakiman. Peraturan berhubung
jenayah, tanah, perniagaan dan pelayaran diubah suai berdasarkan undang-undang Perancis.
Institusi mahkamah turut mengalami perubahan. Mahkamah sekular didirikan bagi mengendalikan
undang-undang baharu. Pada tahun 1847, mahkamah campuran didirikan bagi mengendalikan kes
jenayah dan sivil dengan dihakimi sama ada oleh hakim berbangsa Eropah atau yang beragama
Islam. Hal ini merupakan petanda masyarakat Turki lebih memandang dunia dan mengetepikan
undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan kerajaan Islam tersebut.

ISI 5 : Bidang Ketenteraan


Bidang ketenteraan turut terlibat dalam pelaksanaan tanzimat oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah pada
abad ke-19 Latihan dikendalikan mengikut model Barat. Sultan Mahmud II memodenkan
ketenteraan kerajaan Uthmaniyah dengan menghapuskan tentera janissari dan digantikan dengan
tentera nizam-I Cedid Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dan memberi kesetiaan
kepada sultan tetapi memupuk minat dan tanggungjawab luaran mereka. Malah individu yang
mempunyai hubungan keluarga serta rapat dengan istana dan penghuni bandar diberikan peluang
berkhidmat dalam tentera darat dan laut. Maka tidak hairanlah tanzimat dalam bidang ketenteraan
ini telah mengakibatkan muncul pegawai-pegawai muda yang memainkan peranan penting
melancarkan gerakan merampas kuasa dengan menggulingkan institusi kesultanan.

ISI 6 : Bidang Komunikasi


Dasar tanzimat ini juga melibatkan bidang komunikasi dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Media
massa dimanfaatkan untuk mempopularkan idea-idea baharu dari Barat karya–karya berbentuk
puisi, novel dan cerpen berorientasikan Barat diutamakan sebaliknya nilai-nilai keislaman
diketapikan. Karya-karya yang dipopularkan menyentuh isu raja berperlembagaan sedangkan
ketaatan beragama tidak pernah disentuh. Kemudahan infrastrutur juga disediakan tetapi
kemajuannya tidak seimbang. Jadi hal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat Turki dan
telah mengakibatkan berlakunya tentangan rakyat terhadap pemerintahan sultan.

ISI 7 : Bidang Ekonomi


Tanzimat juga melibatkan pemulihan semula ekonomi di Turki tetapi lebih kepada kebaratan. Hal ini
telah memberi tekanan kepada kerajaan Turki Uthmaniyah untuk melakukan pelbagai perubahan.
Kuasa barat merancang agar kerajaan Turki Uthmaniyah meminjam wang atau modal yang
menyebabkan kerajaan ini terpaksa berhutang dengan pemodal-pemodal asing. Malah kerajaan
Turki terpaksa bergantung kepada Barat bagi mendapatkan bekalan makanan, peralatan dan modal
bagi perbelanjaan pembangunannya.
Misalnya, Sultan Mahmud (1808-1839) mengagumi kemajuan Eropah. Baginda telah melaksanakan
projek jaringan kereta api Oreint Railway dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah
menggantikan istana Topkapi. Dalam pembangunan ekonomi sultan (Sultan Abd.Aziz - 1875) juga
telah membuat pinjaman yang banyak dengan bank Eropah sehingga muflis. Akibat daripada
pembaharuan ekonomi yang tidak terancang dan hanya mengikut telunjuk kuasa Barat maka
kewangan Uthmaniyah telah dikawal oleh pemilik bank Eropah.

KESIMPULAN
Tanzimat yang berlaku pada tahun 1839 hingga 1876 dalam kerajaan Turki Uthmaniyah walaupun
dirancang untuk memodenkan kerajaan tersebut namun menimbulkan impak negatif disebabkan
pembaharuan yang dilaksanakan lebih condong ke arah pemupukan sekularisme, sedangkan Islam
mula diketepikan sedikit demi sedikit. Situasi ini akhirnya membawa kegoyahan dan kejatuhan
kerajaan ini ke tangan individu yang berfikiran sekular. Pembaharuan ini meninggalkan kesan
mendalam kepada masyarakat Turki dan umat Islam khasnya kerana perkembangan sekularisme
telah mengambil alih pemerintahan Islam di dunia hingga ke hari ini. Futuristik atau sosial.

Soalan 2 : Bincangkan kebangkitan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad
ke-19 hingga abad ke-20.

PENDAHULUAN
Pada abad ke-16 hingga abad ke-19, Algeria merupakan sebahagian wilayah Turki Uthmaniyah yang
berpusat di Istanbul. Kekayaan sumber alam di Algeria terutama minyak dan gas telah menyebabkan
kuasa-kuasa imperialis berusaha menguasai kawasan tersebut. Penjajahan Perancis terhadap Algeria
pada tahun 1830 telah membangkitkan penentangan rakyat atas faktor Perancis tidak membenarkan
masyarakat muslim Algeria mengundi, aspek pendidikan diabaikan dan kadar buta huruf meningkat.
Perancis juga telah campur tangan dalam ekonomi, politik, dan sosial yang telah menyebabkan
penentangan masyarakat Algeria, Penjajahan Perancis ke atas Algeria atas faktor politik, ekonomi
dan sosial.

Isi : 1 Perancis melaksanakan proses asimilasi budaya dan menjadikan bahasa Perancis sebagai
bahasa rasmi dan Bahasa Arab diharamkan penggunaannya.
Polisi ini menghapuskan identitinasional dan warisan budaya. Dasar pendidikan menyebabkan kadar
pandai membaca, menulis, dan mengira rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah. Hal ini
menyebabkan rakyat Algeria berasa tidak puas hati dan telah melahirkan pejuang nasionalis bagi
menghidupkan semula bahasa sendiri, memperkasa identiti kebangsaan berdasarkan syariat Islam
dan mendaulatkan Bahasa Arab.

Isi 2 : Selain itu, gerakan penentangan oleh Ahmed Bey, pemimpin kawasan Constantine
Ahmed Bey telah Berjaya menguasai Constantine dan Perancis telah kehilangan seribu angkatan
tenteranya. Walau bagaimanapun Perancis Berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah yang cuba
membantu Ahmed Bey. Ahmed Bey telah melancarkan gerakan penentangan di timur Constantine
Sehubungan dengan itu, Ahmed Bey enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis di Constantine. Menjadi
agen penjajah Perancis

Isi 3 : Begitu juga, gerakan Penentangan Syeikh Abdul Qader Al-Jazair, Gabenor Mascara 1830-an
hingga 1840-an
Syeikh Abdul Qader telah dilantik sebagai ketua mujahidin yang telah mengeluarkan fatwa
kewajipan berjihad bagi mempertahankan negara dan mengisytiharkan Algeria sebagai negara Islam.
Masyarakat Islam berhimpun di masjid Maskar (Mascara) bagi melancarkan jihad terhadap Perancis
Kesan dari penentangan tersebut Syeikh Abdul Qader telah tewas, walau bagaimanapun ketokohan
beliau sukar ditandingi kerana tiada pemimpin lain yang muncul selepas itu

Isi 4 : Di samping itu, berlaku pemberontakan penduduk Kabylia


Pemberontakan besar-besaran telah dilancarkan yang disertai oleh satu pertiga penduduk Algeria
akibat daripada tindakan Perancis yang merampas tanah penduduk yang subur. Umat Islam di
Kabylia telah ditindas dari segi ekonomi dan diancam oleh peneroka Eropah. Pemberontakan ini
mengakibatkan penduduk tempatan jatuh miskin tetapi masyarakat Kabylia tidak berputus asa.

Isi 5 : Akhirnya, Kebangkitan angkatan Persatuan Ulama Algeria


Persatuan Ulama Algeria telah ditubuhkan di bawah pimpinan Syeikh Abdul Hamid ben Badis yang
bertujuan menyatukan umat Islam bagi menentang cengkaman Perancis. Gerakan ini menyelar
pegawai-pegawai pentadbiran agama Algeria yang kesannya, banyak sekolah agama muncul di
seluruh Algeria dan sekolah-sekolah ini telah dijadikan markas bagi gerakan kesedaran rakyat.

KESIMPULAN
Jihad yang berterusan menentang penjajahan Perancis telah berlaku di seluruh Algeria sehingga
mengorbankan lebih sejuta syuhada yang digelar sebagai “Negara Sejuta Syuhda”. Gerakan demi
gerakan yang dilancarkan oleh rakyat Algeria telah mengakibatkan Perancis terpaksa akur dan
memberikan kemerdekaan kepada Algeria pada 5 Julai 1962.

Soalan 3 : Jelaskan reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan Barat di Mesir pada abad ke-
19 M hingga awal abad ke-20 M.

Pendahuluan
Sejak abad ke-16, Mesir merupakan sebahagian daripada kerajaan Uthmaniyah. Namun, Perancis
telah berjaya menawan Mesir pada 1798M yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan
tercetusnya Revolusi Perancis. Kemudian pihak Perancis dapat diusir keluar dari Mesir oleh tentera
Uthmaniyah dengan bantuan British pada tahun 1801M. Penjajahan British merujuk kepada
kekalahan tentera Mesir di tangan British 1882M. Bermula pada tahun 1914 hingga 1918M, British
mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.

Isi 1 : Reaksi terhadap penjajahan Perancis di Mesir


Sejak abad ke-16M, Mesir merupakan sebahagian daripada kerajaan kerajaan Uthmaniyah. Namun,
pada akhir abad ke-18, Perancis telah menawan Mesir. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1798M.
Ekspedisi ketenteraan ini diketuai oleh Napoleon Bonaparte berikutan tercetusnya Revolusi Perancis.
Selama tiga tahun Perancis di Mesir, beberapa perubahan telah dilakukan. Antaranya adalah seperti
berikut :
a) Membuka kilang senjata
b) Mengadakan perkhidmatan peretakan
c) Menggalakkan pengkajian sains, termasuk menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat.
Sejak tahun 1879M, British dan Perancis semakin giat mencampuri hal ehwal Mesir, terutama yang
berkaitan dengan soal kewangan. Isu hutang yang dihadapi oleh Mesir dijadikan alasan untuk
campur tangan. Namun sebenarnya perhatian kuasa Eropah adalah tertumpu pada Terusan Suez.
Penentangan terhadap pemerintahan Mesir yang dikuasai oleh British dipimpin oleh Kolonel Urabi
Pasha. Penentangan ini benar-benar bersifat Mesir kerana dipimpin oleh rakyat Mesir sendiri
(fellahin) yang berjuang bagi mempertahankan Mesir supaya berada di bawah pengaruh kuasa
tempatan. Kolonel Urabi Pasha bersama pasukannya bertahan di Tel al-Kabir. Namun begitu,
disebabkan faktor kelemahan dari aspek pertahanan, mereka akhirnya berjaya dikalahkan oleh
British.
Berikutan daripada itu, British berjaya menakluki Mesir dan Taufiq kembali bersemayam sebagai
Khedif Mesir. Pemimpin nasionalis termasuk Kolonel Urabi Pasha dibuang negeri ke Sri Lanka
manakala tokoh ulama, iaitu Shaykh Muhammad Abduh turut diusir kerana penglibatannya dalam
membantu penentangan Kolonel Urabi Pasha. Shaykh Muhammad Abduh bekerjasama dengan
Jamal al-Din al-Afghani di Paris menerbitkan sebuah jurnal iaitu al-Urwat al-Wuthqa yang menyeru
kepada kesatuan umat Islam dalam menghadapi setiap rancangan penjajahan Barat.
Walau bagaimanapun, penguasaan Perancis ke atas Mesir tidak lama, iaitu hanya sekitar tiga tahun
sahaja. Reaksi masyarakat tempatan paling ketara terhadap Perancis datangnya dari tentera
Uthmaniyah. Tentera Uthamniyah telah berjaya mengusir keluar Perancis dari Mesir dengan
bantuan British pada tahun 1801M. Pendudukan Perancis di Mesir membuka senario baharu kerana
ia merupakan kuasa Barat pertama yang menceroboh Mesir.
Walaupun penguasaan Perancis hanya sekitar tiga tahun sahaja namun kesan jangka panjangnya
telah berjaya mengubah demografi politik Mesir. Hal ini telah membawa kepada kejayaan
penjajahan British ke atas Mesir pada tahun 1882M. Sebelum ini, British pernah mencuba menjajah
Mesir pada tahun 1807M, namun usaha tersebut tidak berjaya.

Isi 2 : Reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan British di Mesir


Penjajahan British merujuk kepada kekalahan tentera Mesir di tangan British pada bulan September
1882M. Bermula pada tahun 1914 hingga 1918 M, British mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir.
Pentadbiran British di Mesir pada peringkat awal ini dipelopor oleh Lord Cromer yang dilantik
sebagai Consul General antara tahun 1883 hingga 1907M.
Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh British membawa jurang yang besar dalam
masyarakat Mesir. Mereka yang mendapat pendidikan Barat menjadi terpisah dari segi sikap dan
pemikiran yang berteraskan kebudayaan tempatan yang didukung oleh ulama dan juga rakyat biasa.
Golongan ini juga turut diserapkan dalam pentadbiran Mesir, tetapi jawatan yang tinggi hanya
dibolot oleh pegawai British. Dasar British yang jelas mendiskriminasi golongan peribumi
menghidupkan kembali semangat nasionalisme. Keadaan ini berlaku pada akhir pemerintahan Lord
Cromer. Selain itu, penentangan juga ditujukan kepada Khedif Mesir dan pihak berkuasa Mesir.
Pengisian nasionalisme Mesir ini terbahagi kepada dua aspek yang berbeza, iaitu negara sekular dan
Islam. Perbezaan ini berlaku berikutan daripada kemunculan golongan intelektual yang menerima
pendidikan Barat yang tidak lagi melihat Islam sebagai al-Din dan memisahkan peranan politik
daripada agama. Antara pemimpin nasionalis yang terkemuka ketika itu, termasuk Mustafa Kamil
Pasha dan Muhammad Farid. Mustafa Kamil Pasha yang terlatih dalam bidang undang-undang.
Perancis dan Mesir menyokong nasionalisme berbentuk sekular.
Pada 13 November 1918M, satu delegasi (wafd) terdiri daripada pemimpin nasionalis yang diketuai
oleh Sa‟d Zaghlul menemui Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir, iaitu Sir Reginald Wingate bagi
memohon kemerdekaan Mesir. Sa‟d Zaghlul juga meminta kebenaran untuk menghantar satu
perwakilan ke Persidangan Damai Paris dengan kedudukannya setaraf dengan Hijaz, Paris (Iran) dan
Ethiopia. Pihak British menolak permohonan ini dan beberapa orang pemimpin delegasi tersebut
juga telah ditangkap dan dibuang negeri ke Malta.
Era penjajahan juga mendatangkan perasaan tidak puas hati bukan sahaja dalam kalangan pentadbir
malahan juga mendapat tentangan daripada pihak tentera Mesir sendiri. Pada tahun 1914M, Perang
Dunia Pertama yang meletus menyaksikan kerajaan Uthmaniyah turut terlibat dalam kancah
peperangan tersebut. Kesempatan ini digunakan oleh pihak British dengan mengisytiharkan mereka
sebagai protectorate (naungan) ke atas Mesir dan memecat Khedif Abbas II. British kemudiannya
menabalkan Husayn Kamil sebagai Raja Mesir.
Perjanjian Versailles yang ditandatangani 1919M merupakan antara penyelesaian Perang Dunia
Pertama bagi mengekalkan Mesir di bawah kekuasaan British. Situasi ini memburukkan keadaan dan
menyemarakkan penentangan daripada rakyat yang kemudiannya mencetuskan Revolusi 1919M.

Kesimpulan
Pendudukan Perancis berlaku pada akhir abad ke-18M, berikutan kejayaan tentera Perancis yang
diketuai oleh Napoleon Bonaparte menawan Mesir pada tahun 1798M. Kekalahan penentangan
Kolonel Urabi Pasha di tangan British pada bulan September 1882M membawa kepada penjajahan
British. Era penjajahan ini mendatangkan perasaan tidak puas hati dan reaksi negatif dalam kalangan
pentadbir, tentera dan rakyat Mesir. Hal ini sudah tentu menimbulkan reaksi masyarakat tempatan
terhadap penjajahan British. Reaksi masyarakat tempatan yang dipimpin oleh Kolonel Urabi Pasha,
satu delegasi (wafd) yang dipimpin oleh tokoh nasionalis, Sa‟d Zaghlul turut mendesak British
memberi kemerdekaan kepada Mesir. Kemerdekaan Mesir dicapai pada 22 Februari 1922.

Soalan 4 : Bincangkan peranan bahasa dan kesusasteraan dengan mengemukakan sumbangan


tokoh-tokoh yang berkaitan dengan gerakan nasionalisme di Mesir pada akhir abad ke-19 Masihi
dan awal abad ke-20 Masihi.

Pendahuluan
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia kepada tanah air dan bercita-cita
membebaskan Negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Gerakan nasionalisme
bertujuan mendaulatkan bangsa dan berjuang membentuk nasib dan masa hadapan Negara
mengikut identiti sendiri. Golongan intelektual Mesir mulai sedar imperialisme barat dan
tanggungjawab untuk mempertahankan kesucian agama Islam. Golongan yang membangkitkan
semangat nasionalisme di Mesir terdiri daripadadua kumpulan utama iaitu golongan Islam sekular
dan golongan agama.

Isi 1 : Golongan modenis Islam pimpinan Rashid Rida memperjuangkan bahasa Arab Mesir sebagai
bahasa rasmi dalam urusan kerajaan bagi menggantikan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.
Beliau merupakan seorang reformis Islam melalui penulisan yang prolifik dan mencetuskan
reformasi Islam, Pan Arabisme dan nasionalisme Arab. Tindakan beliau bertujuan mengikis perasaan
hormat rakyat terhadap kuasa penjajah dengan mendaulatkan bahasa Arab. Muhammad Rashid Rida
dan Muhammad Abduh telah menerbitkan majalah al-Manar pada tahun 1878 yang diterbitkan
secara mingguan dan bulanan sehingga tahun 1935. Idea-idea Muhammad Rashid Rida
mempengaruhi pemikir Islam abad ke 20 untuk membangun dan melaksanakan falsafah politik
sesebuah negara Islam.

Isi 2. Ahmad Shawqi dan Hafez Ibrahim menggunakan puisi bertemakan anti penjajahan dalam
bahasa dialek Arab Mesir. Puisi Ahmad Shawqi telah melangkaui sempadan puisi klasik di Mesir.
Sajak mereka mengemukakan persoalan menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dalam era
moden.
Di antara hasil karya yang diterbitkan ialah al Muayyad dan al-Liwa. Sajak-sajak yang bertemakan
anti kolonialisme ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk
tempatan.
Isi 3 : Tokoh sasterawan Mesir, Taha Husain dan Najib al-Khilani menghasilkan karya yang
menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan manusia dan cabaran yang dihadapi oleh dunia Arab
dan kedudukan umat Islam yang ditindas oleh penjajah barat.
Taha Husain telah di lantik menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1950. Beliau bertindak
mempertingkatkan aspek pendidikan di Mesir dan menyarankan diberikan pendidikan percuma
kepada rakyat. Beliau juga merupakan Ketua Pengarang kepada beberapa buah akhbar yang
menghasilkan artikel dalam pengajian Arab dan kebudayaan, kesusasteraan Islam, karya fiksyen yang
menjadi refleksi social masyarakat berkaitan kemiskinan dan kejahilan dalam masyarakat di Mesir.
Najib al-Kilani merupakan sasterawan Mesir yang mengasaskan kesatuan Rabitah Adab al-Islami al-
Alamiyyah yang merupakan gerakan yang dianggap perintis kepada kesusasteraan Islam. Beliau yang
bertugas sebagai doktor perubatan bergiat cergas menulis puisi, cerita pendek, novel dan naskah
teater. Karya Taha Husain yang terkenal ialah seperti Wednesday Talk, The Sufferers : Stories and
Polemics, A man of Letters, An Egyption Childhood dan The Future Of Culture in Egypt. Kesemua
karya beliau di tulis dalam bahasa Arab. Najib al-Kilani menghasilkan 70 buah novel dan buku cerita.
Di antara karya beliau yang terkenal ialah al-Tariq al-Tawil (Jalan Panjang), Dumu‟al Amir (Air mata
pemimpin) dan sebuah antologi cerpen sejarah Islam. Selain itu, terdapat cerpen seperti Ardal-
Anbiya‟ (Bumi Para Nabi), kritikan sastera dan artikel sastera.
Taha Husain dan Najib al-Kilani menghasilkan karya yang memperjuangkan nasib rakyat yang di
tindas oleh barat dan kedudukan umat Islam yang terancam di dunia Arab.Kebangkitan semangat
kebangsaan di kalangan tokoh-tokoh bahasa dan kesusasteraan mendorong mereka menghasilkan
karya-karya yang bermotif menyedarkan masyarakat tentang kepincangan yang berlaku dalam
negara. Jelaslah bahawa bahasa dan kesusasteraan menjadi wadah golongan intelektual memainkan
peranan dalam usaha gerakan nasionalisme Mesir akhir abad ke-19 Masihi dan awal abad ke-20
Masihi. Terdapat juga faktor lain yang menyemarakkan gerakan nasionalisme di Mesir seperti
peristiwa pembunuhan hakim Boutrus Ghali al-Qibti pada tahun 1910 yang berlaku ekoran
keengganan beliau mendesak parlimen Mesir menambahkan konsesi Terusan Suez kepada British.

Soalan 5 : Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh memainkan peranan
penting dalam kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir dan Syria. Berikan ulasan anda.

Pendahuluan
Kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir dan Syria merupakan reaksi masyarakat tempaan
terhadap tekanan Barat iaitu British dan Perancis. Campur tangan kuasa barat bertujuan menjaga
kepentingan ekonomi Barat. Gerakan nasionalisme di Mesir dan Syria juga didorong peranan bahasa
dan kesusasteraan, pengaruh kewartawanan, peranan pendidikan dan intelektual. Oleh itu,
golongan intelektual yang berperanan penting adalah Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Syeikh
Muhammad Abduh.

Isi 1 : Gagasan Pan Islamisme


Antara projek al-Afghani yang paling popular ialah Pan Islamisme. Hal ini kerana pemikiran dan
gagasan Pan Islamisme berkembang hasil daripada penjajahan Barat ke atas dunia Islam. Matlamat
Pan Islamisme menyatukan umat Islam dianggap sebagai reaksi terhadap reformasi yang probarat.
Beliau bebas berpidato dan menyeru rakyat Mesir, Iran, Afghanistan dan India agar menyertai
kesatuan Pan Islamisme. Prinsip-prinsip gerakan ini dihuraikan dalam majalah yang diterbitkan oleh
pendukung idea reformasi. Contoh majalah al-Urwah al-Wuthqa yang menanam gagasan baharu
iaitu semangat kemerdekaan, kemandirian, kesatuan dan hak orang yang dijajah. Implikasinya,
beliau dilihat banyak berusaha untuk menyebarkan ideologi reformasi ini dalam kalangan umat
Islam.

Isi 2 : Membentuk kerjasama


Membentuk kerjasama antara kerajaan Uthmaniyah dengan wilayah Afghanistan dan Iran. Al-
Afghani telah menulis surat kepada Sultan Abd Hamid II untuk menawarkan khidmat membentuk
kerjasama tersebut. Sekiranya pakatan itu berjaya dibentuk, ia dapat memudahkan usaha untuk
menyebarkan pengaruh khilafah ke atas umat Islam. Umpamanya, Sultan Abd. Hamid II telah
mengundang al-Afghani ke Istanbul untuk membantu baginda melaksanakan gagasan Pan Islamisme.
Akibatnya, Sultan Abdul Hamid II telah menghantar menghantar beliau sebagai wakil dan utusan ke
Iran dan Afghanistan atas nama Sultan Uthmaniyah.

Isi 3 : Berani melakukan perubahan


Muhammad Abduh juga berani melakukan perubahan yang dilihat sebagai radikal Beliau
mengkehendaki system pendidikan yang mendorong kebebasan berfikir, menyerap ilmu-ilmu moden
serta membuang malan-malan kolot dan fanatik. Sebagai murid al-Afghani, pemikiran politiknya
amat hampir dengan tokoh tersebut. Kesannya, Muhammad Abduh turut dipecat daripada
jawatannya sebagai pensyarah di Dar al-Ulumn dan Universiti al-Azhar.

Isi 4 : Menyusun sebuah gerakan


Muhammad Abduh turut menyusun sebuah gerakan bersama-sama al-Afghani. Gerakan tersebut
bertujuan memberi kesedaran kepada seluruh umat Islam. Bagi merealisasikan gerakan berkenaan,
Muhammad Abduh telah menerbitkan sebuah majalah. Menerusi majalah tersebut, semangat
kebebasan yang ditiup oleh kedua-dua tokoh bergema di seluruh dunia dan mempengaruhi
kebangkitan umat Islam bersama-sama. Contoh majalah al-Urwah al-Wuthqa di al-Afghani.
Kesannya, pihak penjajah berasa bimbang dengan gerakan tersebut dan telah menyekat kemasukan
majalah tersebut ke Mesir dan India. Perancis melarang penerbitan semula majalah tersebut.

Isi 5 : Melarang penerbitan Semula


Pada tahun 1884, Perancis bimbang dengan pengaruh majalah berkenaan dan menghalang
penerbitan semula. Muhammad Abduh pula telah dibenarkan kembali ke Mesir dan diberi jawatan
penting atas dasar kepercayaan pemerintah Mesir pada waktu itu. Buktinya, beliau diberikan
jawatan sebagai mufti Mesir. Contoh majalah al-Urwah al-Wuthqa. Peluang ini dimanfaatkan oleh
Muhammad Abduh untuk kembali berjuang meniupkan semangat perubahan dan kebangkitan
kepada umat Islam. Gerakan pembaharuan kedua-dua tokoh ini menekankan reformasi dalam
bidang pendidikan yang boleh mengubah pemikiran rakyat. Gerakan ini telah menyebabkan rakyat
bangkit melakukan penentangan sehingga semua umat Islam yang berada di bawah jajahan Barat
dipengaruhi untuk menentang penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan.

Soalan 6 : Konflik di Balkan yang berlaku antara tahun 1912 hingga 1913 telah membuka ruang
kepada penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama. Nilaikan.

Pendahuluan
Konflik Balkan yang berlaku antara tahun 1912 sehingga tahun 1913 telah mencetuskan dua siri
peperangan iaitu Perang Balkan Pertama dan Perang Balkan Kedua. Konflik ini telah menggalakkan
perpecahan di wilayah Balkan daripada penguasaan Empayar Turki Uthmaniyah. Konflik di Balkan ini
telah membuka ruang kepada penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama.
Isi 1 : Konflik di Balkan tercetus apabila wilayah Balkan mula menuntut kuasa autonomi daripada
kerajaan Uthmaniyah.
Tuntutan ini dibuat kerana wilayah-wilayah ini diduduki oleh pelbagai bangsa seperti Serbia, Greek,
Slavia dan Romania dan beragama Kristian. Bulgaria Berjaya mengisytiharkan kebebasan daripada
Turki Uthmaniyah. Seterusnya, Pakatan Serbia–Bulgaria dibentuk pada 13 Mac 1912 untuk
menghalang penguasaan Austria, selepas Austria Berjaya menguasai Bosnia dengan sokongan
Russia. Pakatan Greece-Montenegro dan Bulgaria diwujudkan pada 29 Mei 1912. Oktober 1912,
Montengero menandatangani perjanjian dengan Serbia dan Bulgaria dan bersedia untuk berperang.
Liga Balkan ditubuhkan pada Mei 1912 dan membolehkan Serbia, Greece, Montengero dan Bulgaria
melancarkan Perang Balkan Pertama pada Oktober 1912, bertujuan untuk membebaskan diri
sepenuhnya daripada penguasaan Turki Uthmaniyah. Perang Balkan Pertama berakhir dengan
tertandatangannya Perjanjian London pada 30 Mei 1913. Ekoran kekalahan kerajaan Turki
Uthmaniyah, hampir kesemua wilayah taklukannya di Eropah dikuasai dan dibahagikan antara
negara Liga Bangsa. Peristiwa ini juga telah menyebabkan penubuhan negara merdeka Albania.
Kesan daripada tindakan negara-negara Balkan ini telah menyebabkan kerajaan Uthmaniyah terlibat
secara langsung dalam percaturan politik Balkan.

Isi 2 : Konflik Balkan berterusan ekoran daripada tindakan Bulgaria yang tidak berpuas hati dengan
pembahagian wilayah selepas tamatnya Perang Balkan Pertama.
Tindakan ini telah membawa kepada serangan Bulgaria terhadap Serbia dan Greece pada Jun 1913.
Konflik antara Bulgaria dengan Serbia-Greece ini telah mendorong penglibatan Romania untuk
menyerang Bulgaria sebagai tindakbalas terhadap serangan Bulgaria terhadap Romania pada Perang
Balkan Pertama. Kerajaan Turki Uthmaniyah mengambil kesempatan atas konflik ini dengan
menguasai semula wilayah yang hilang semasa Perang Balkan Pertama.
Perang Balkan Kedua tamat apabila gencatan senjata diadakan dan dipersetujui Bulgaria dan
Romania. Perjanjian Bucharest dan Perjanjian Constantinople ditandatangani pada 10 Ogos 1913
dan menamatkan sepenuhnya konflik di Balkan. Impak daripada Perang Balkan Kedua ini telah
membawa kepada perpecahan dalam Persekutuan Bulgaria-Russia dan ini memberi kelebihan
kepada Serbia untuk muncul sebagai kuasa dominan di Balkan dengan sokongan Russia. Krisis Julai
1914 yang dicetuskan Serbia telah menyebabkan pertentangan dengan Austria-Hungary yang
akhirnya membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Turki Uthmaniyah
menyertai Jerman dan Austria-Hungary dalam Perikatan Kuasa Tengah menentang Pakatan Bertiga
yang dianggotai Britain, Peranchis dan Russia yang kemudiaanya disertai oleh Amerika Syarikat dan
Itali.

Soalan 7 : Huraikan faktor-faktor pembentukan negara bangsa di Turki pada abad ke-20M.

Pendahuluan
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876-1909), gerakan Tanzimat berada pada
kemuncaknya. Baginda merupakan Empayar Turki Uthmaniyah terakhir yang mempunyai kuasa
autonomi ke atas empayar. Sepanjang tempoh 33 tahun pemerintahan, baginda berjaya melakukan
pembaharuan dan dapat mengelakan kuasa-kuasa Barat terhadap empayar Islam.
Pada tahun 1876, perlembagaan yang diluluskan oleh baginda bersungguh-sungguh untuk
menyelamatkan rakyat dan empayar Islam. Namun kuasa baginda merosot dan dilucutkan sebagai
sultan Uthmaniyah. Oleh itu pembentukan negara bangsa Turki yang bermula pada zaman
pemerintahan Sultan Abdul II didorong oleh beberapa faktor. Antara faktor yang penting adalah
tekanan kuasa Barat untuk menguasai kekayaan kawasan Turki Uthmaniyah.

Isi 1 : Tekanan kuasa-kuasa Barat


Hal ini demikian kerana kuasa imperialis iaitu Britian, Perancis dan Rusia bersaing antara satu sama
lain. Mereka bergabung untuk menghancurkan empayar Uthmaniyah. Pihak Barat juga menghasut
penduduk bukan Islam di wilayah Turki Uthmaniyah untuk memberontak. Sebagai contoh negara
Eropah ingin menghancurkan empayar Turki Utmaniyah untuk merebut wilayah dan harta
peninggalannya. Akibatnya, tindakan kuasa-kuasa Barat ini mendorong sultan empayar Uthmaniyah
untuk menguatkan pembentukan negara bangsa Turki

Isi 2 : Dasar Pan-Islamisme


Selain itu, dasar Pan Islamisme juga memainkan peranan dalam pembentukan negara bangsa Turki
pada abad ke-20 M. Hal ini disebabkan dasar ini menekankan fahaman perpaduan khalifah yang
membelahak umat Islam sejagat. Fahaman ini bukan sahaja disebarkan di Turki tetapi juga di seluruh
dunia. Melalui dasar ini umat Islam digesa untuk bersatu di bawah kepimpinan Sultan Abdul Hamid
II. Baginda berusaha membangunkan keagungan khalifah Islamiyah. Sebagai contohnya Jamaluddin
al-Afghani dan Rashid Rida merupakan tokoh-tokoh yang membantu menggerakkan program ini
untuk menahan kemaraan kuasa Barat. Kesannya penyatuan umat Islam di bawah dasar Pan-
Islamisme juga menyebabkan pembentukan negara bangsaTurki.

Isi 3 : Sistem Pendidikan


Di samping itu sistem pendidikan juga merupakan salah satu faktor penting pembentukan negara
bangsa Turki. Hal ini demikian kerana pada zaman Sultan Abdul Hamid II, sistem pendidikan telah
diberi keutamaan. Tujuan sistem ini adalah untuk memajukan empayar Turki supaya setaraf dengan
negara-negara Barat. Banyak sekolah rendah dan menengah serta institusi pendidikan tinggi dibina
untuk mencapai matlamat perpaduan dan kemajuan. Oleh itu, muncul ramai cerdik pandai yang
mempunyai pemikiran nasionalisme. Sebagai contoh idea nasionalisme dan sekularisme dapat
menyerap secara beransur-ansur dalam kehidupan masyarakat Turki. Konsep negara bangsa lahir
kesan daripada fahaman kebangsaan moden dalam kalangan cerdik pandai. Implikasinya, ideologi
yang berada dalam pemikiran golongan terpelajar Islam Turki membawa kepada keruntuhan
empayar Turki Uthmaniyah dan penubuhan negara bangsa Turki.

Isi 4 : RejimTurki Muda


Seterusnya salah satu faktor yang mendorong pembentukan negara bangsa Turki adalah peranan
RejimTurki Muda. Jelas menunjukkan golongan radikal ini menentang pemerintahan Sultan Abdul
Hamid II. Golongan ini terdiri daripada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan banyak
dipengaruhi oleh idea-idea Revolusi Perancis 1789. Misalnya pada tahun 1908, Rejim Turki Muda
yang berjaya menguasai politik Turki telah menekankan dasar Turkifikasi sebagai reaksi kepada
penentangan golongan bukan Islam dari kawasan Balkan. Tegasnya, Rejim Turki Muda banyak
memberi sumbangan terutamanya dalam pembentukan negara bangsa Turki terutamanya
menyelamatkan kerajaan Turki daripada gerakan Kristianisasi.

Isi 5 : Peranan golongan minoriti


Akhirnya, pembinaan negara bangsa Turki juga bergantung kepada peranan golongan minoriti dalam
empayar Turki. Jelaslah bahawa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, golongan Ahl al-
Dhimmah telah diberi pelbagai keistimewaan. Mereka dilindungi dan diberi hak selaras dengan
tuntutan Islam. Namun mereka tidak setia kepada sultan apabila mereka dihasut oleh orang-orang
Barat untuk memberontak. Misalnya orang Kristian dan Yahudi di kawasan Balkan iaitu orang
Armenia, Moronite dan Rom. Pemberontakan oleh orang Armenia dan campur tangan puak Yahudi
dan Yahudi Dunama telah menyemarakkan lagi semangat puak nasionalis Turki dan Arab yang
membawa kepada kemerosotan sistem khalifah Islamiah.

Kesimpulan
Empayar Turki Uthmaniyah berakhir apabila RejimTurki Muda melibatkan diri dalam Perang Dunia
Pertama dengan memihak kepada Jerman. Kekalahan kepada pihak Bersekutu telah menghancurkan
empayar Turki Uthmaniyah. Banyak wilayah di bawah penguasaan Turki Uthmaniyah telah
mendapat kemerdekaan. Akhirnya Mustafa Kamal Ataturk berjaya mengisytiharkan Republik Turki
yang mendapat sokongan padu rakyat Turki. Penglibatan Rejim Turki Muda dalam Perang Dunia
Pertama.

Soalan 8 : Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perluasan kuasa Barat semasa pemerintahan
Khalifah Uthmaniyah di Turki pada abad ke-20. Sejak abad ke-16, nagara-negara Eropah giat
melaksanakan

Pendahuluan
Perluasan kuasa mereka. Penjelajahan dan penerokaan kuasa Eropah seperti Portugal, Sepanyol,
Belanda, Perancis dan Britian mengakibatkan kawasan-kawasan di Benua Afrika, Asia dan Amerika
menjadi jajahan takluk negara-negara Barat. Menjelang abad ke-19, orang-orang Eropah
mengalihkan perhatian mereka kepada empayar Turki Uthmaniyah. Mereka ingin menguasai
wilayah-wilayah Eropah yang ada di bawah penguasaan kerajaan Turki Uthmaniyah. Empayar ini
diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1281. Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh
37 orang khalifah selama lebih 600 tahun mula merosot pada abad ke-20. Kemerosotan empayar ini
adalah kerana dasar perluasan kuasa negara-negara Barat yang didorong oleh beberapa faktor.

Isi 1 : Antara faktor perluasan kuasa Barat ialah persaingan antara Negara-negara Eropah.
Negara-negara seperti Bitain, Perancis, Jerman, Austria-Hungary dan Rusia berlumba-lumba untuk
merebut wilayah-wilayah empayar Turki Uthmaniyah. Keluasan tanah jajahan membangunkan
kekuatan negara-negara Barat. Semakin luas tanah jajahan. semakin tinggi sanjungan yang diberikan.
Perancis telah menceroboh dan menakluki Algeria dan Tunisia. Pemimpin kerajaan Turki Uthmaiyah
tidak dapat mempertahankan kawasan ini kerana masalah dalaman. Rusia juga berperang dengan
kerajaan Turki Uthmaniyah untuk mendapatkan wilayah-wilayah di kawasan Balkan. Britain pula
menguasai Mesir dan Teluk Arab. Braitian juga mengadakan perjanjian dengan penguasa wilayah
Kuwait dan Amerika untuk menentang pemimpin kerajaan Turki Uthmaniyah. Ternyatalah bahawa
persaingan antara Negara-negara Eropah telah menjadi faktor pendorong perluasan kuasa barat.

Isi 2 : Revolusi Perindusttrian telah mendorong perluasan kuasa Barat di Turki Uthmaniyah
Sektor perindustrian berkembang luas pada abad ke-18. Penciptaan enjin berkuasa wap,
perlombongan arang batu dan kemajuan dalam sistem pengangkutan merancakkan lagi Revolusi
Perindustrian. Kekayaan sumber dari tanah jajahan memenuhi keperluan kilang-kilang. Perdagangan
antarabangsa juga berkembang pesat akibat sistem kewangan yang dinamik. Pinjaman kredit kepada
gololngan usahawan dan pemodal mendorong perluasan kuasa. Pemodal-pemodal Eropah banyak
melabur di Afrika Utara dengan terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan dan penyediaan
jalanraya dan jalan keretapi. Perluasan kuasa Barat di wilayah-wilayah boleh membawa keuntungan
yang besar untuk penjajah barat.

Isi 3 : Pembinaan Terusan Suez juga mendorong perluasan kuasa barat.


Kuasa-kuasa Barat telah menguasai terusan ini kerana terusan ini merupakan jalan perdagangan laut
yang paling penting pada masa itu. Tidak dapat dinafikan bahawa perdagangan antarabangsa
berkembang pesat kerana laluan perdangangan dapat dipendekkan dan dapat menjimatkan kos.
British berjaya menguasai terusan ini dengan membeli 45 peratus jumlah saham syarikat awam yang
membina terusan ini. British membeli saham ini daripada Khedif Ismail, iaitu Gabenor Mesir yang
hampir muflis. Dengan memiliki Terusan Suez, British dapat memperluaskan kuasanya di Mesir.

Isi 4 : Keperluan terhadap sumber bahan mentah, iaitu petroleum juga menyebabkan perluasan
kuasa.
Kawasan Turki Uthmaniyah kaya dengan petroleum. Sumber ekonomi ini mondorong kuasa-kuasa
Barat menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan konsesi melombong petroleum. Britain,
Perancis dan Jerman menggunakan muslihat dan tipu helah untuk mencapai impian mereka. Sultan
Abdul Hamid II kehilangan takhta baginda kerana isu cari gali minyak petroleum. Pada awal abad ke-
20, petroleum ditemui di Iran, Iraq, Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain. Penemuan ini menimbulkan
persaingan dan konflik antara kuasa-kuasa Barat. Jerman dan Amerika Syarikat juga mula melibatkan
diri dalam perluasan kuasa di Turki Uthmaniyah. Kekayaan petroleum di Turki Uthmaniyah telah
mendorongan perluasan kuasa barat.

Isi 5 : Konsep modenisme yang dikagumi oleh kuasa-kuasa Barat merupakan salah satu faktor
perluasan kuasa.
Kuasa barat mengagumi para tokoh yang menerima baik konsep hidup moden dan menganggap
kerajaan Turki Uthmaniyah yang menolak konsep modenisme sebagai manusia yang kolot dan
mundur. Kuassa-kuassa Barat ini menguatkan lagi konsep modenisme melalui sistem pendidikan dan
komunikasi. Negara-negara Barat ini juga memburukkan nama Islam sebagai agama yang ketinggalan
zaman. Mereka juga ingin meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyah yang dipimpin oleh orang Islam
kerana menolak konsep modenisme.

Penutup isi
Empayar Turki Uthmaniyah runtuh selepas Perang Dunia Pertama. Empayar ini berpecah-belah
kerana negara-negara Eropah yang meraih kemenangan membahagi-bahagikan empayar ini. Sistem
pemerintahan khalifah dihapuskan dan kerajaan Turki menjadi sebuah republik

Soalan 6 : Nilaikan Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir Pada
Abad Ke 19 Masihi.

Pendahuluan
Muhammad Ali atau lebih dikenal dengan Muhammad Ali Pasya dilahirkan pada bulan Januari
1765M, di Kawalla, sebuah kota yang terletak di utara Yunani dan meninggal di Mesir pada tahun
1849. Ayah Muhammad Ali Pasya bernama Ibrahim Agha, seorang imigran Turki, kelahiran Yunani.
Walaupun tidak bersekolah semasa kecilnya namun Muhammad Ali Pasya merupakan seorang yang
cerdas dan telah muncul sebagai panglima tentera yang membebaskan Mesir daripada cengkaman
kuasa Napoleon.
Akhirnya dengan kebijaksanaannya Muhammad Ali Pasha (MAP) telah dilantik sebagai penguasa
Mesir. Kearifannya mewujudkan keamanan di bumi Mesir telah membolehkan banyak program
pembangunan dan pembaharuan dilakukan sepanjang pemerintahannya. Kejayaannya
menghapuskan saingan daripada Dinasti Mamluk, ancaman golongan Wahabi serta meningkatkan
kekuatan ketenteraan mengwujudkan suasana aman di Mesir. Oleh itu, pembaharuan dapat
dilakukan dalam aspek ketenteraan, pentadbiran, pendidikan dan ekonomi.

Isi 1 : Sumbangan Muhammad Ali Pasha Dalam Gerakan Pembaharuan Mesir ialah pembaharuan
dalam bidang ketenteraan
Menyusun semula angkatan tentera Mesir agar lebih berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan
teratur. Contohnya, tentera yang sukar dibentuk dan tidak mematuhi arahan seperti tentera
berbangsa Sudan diganti dengan golongan fellahin (tentera petani berbangsa Mesir) dan Albania.
Mencontohi disiplin tentera Perancis (pimpinan Napoleon Bonaparte) Teknologi peperangan
Perancis membolehkan mereka dengan menguasai Mesir (1798-1802M) berjaya diusir pada tahun
1802. MAP mengagumi tentera Perancis ini.
Oleh itu, MAP telah mendapat bantuan Eropah khususnya kuasa Perancis. Mengasaskan Kolej
Militari atau Ketenteraan pada tahun 1815 di Aswan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada
pegawai tentera. Ramai pakar tentera asing terutama daripada Perancis diambil berkhidmat di Mesir
seperti Kolonel Seve (nama Islamnya Sulayman Pasha). Beliau memberi nasihat kepakarannya untuk
menaiktaraf bidang ketenteraan Mesir.
Kesannya 1826 – terdapat 90,000 anggota tentera yang lengkap dengan pasukan meriam yang
setanding dengan Negara Eropah. Kesan daripada pembaharuan :
i. Utara Sudan serta Levant (pesisir pantai Syria) dan Lubnan berjaya dikuasai.
ii. Mematahkan pemberontakan al Muwahhidun Wahhabidi Hijaz (Arabia) 1818.
iii. Memberi keyakinan kepada Sultan Mahmud II meneruskan program reformasi ketenteraan dalam
kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Jelas kepada kita dengan pembaharuan ketenteraan yang dilakukan telah menyebabkan Mesir
muncul sebagai satu kuasa tentera yang terkuat di Asia Barat.

Isi 2 : Selain itu, sumbangan Muhammad Ali Pasha dalam Gerakan Pembaharuan Mesir ialah
pembaharuan dalam bidang pentadbiran
Era pemerintahan MAP 1805-1848 : permulaan kepada pemerintahan Dinasti. Sebelum itu Mesir di
bawah taklukan / pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintahan diteruskan oleh anak-
anaknya Khedif Abbas Hilmi 1 (1848-1854), Muhamad Sa’id Pasha (1854–1863) dan Ismail (1863-
1879). Pada 1806, MAP telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir yang terdiri daripada
bangsa Turki dan Mesir serta pegawai elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran negara
serta mengutip cukai di seluruh negara
Hubungan dengan negara Barat dibaiki contoh dengan Negara Perancis, Itali, Britain, Austria. Dengan
ada hubungan baik ini, pelajar-pelajar dihantar untuk belajar di negara-negara ini. Tenaga-tenaga
pakar dibawa dari negara-negara ini. Mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran.
Menganggap ulama menghalang kepada usaha pembaharuannya yang berkiblatkan barat.
Bertentangan dengan tradisi kerajaan Uthmaniyyah, ulama amat berpengaruh dalam perlaksanaan
dasar kerajaan. MAP mempunyai hala tuju yang jelas. Dengan adanya hubungan yang baik dengan
Negara-negara barat, berlaku pemindahan teknologi dan ilmu. Ini mempercepatkan proses
pemodenan Negara Mesir ini.
Isi 3 : Muhammad Ali Pasha turut menyumbang dalam pembaharuan bidang pendidikan.
Menubuhkan institut-institut yang berkaitan dengan pendidikan. Kementerian Pendidikan, sekolah
rendah, maktab tentera, sekolah teknik, sekolah perubatan dan banyak lagi. Banyak sekolah
didirikan. Contoh : Sekolah Military (1815), Sekolah Teknik (1816), Sekolah Perubatan / Kedoktoran
(1827), Sekolah Farmasi (1829), Sekolah Perlombongan (1831) Sekolah Penterjemahan (1836) dan
banyak lagi sekolah seperti kesenian, industri, pengairan (irrigation), dan bahasa-bahasa asing
ditubuhkan.
Guru-guru yang bertugas di institusi pendidikan didatangkan khas dari Eropah. Contohnya pakar
kedoktoran dari Perancis Clot Bey dilantik sebagai Pengarah Sekolah Tinggi Kedoktoran 1827–1849
(22 tahun berkhidmat). Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk menuntut pelbagai ilmu.
Contoh pada tahun 1809–1819 – 28 orang pelajar dihantar ke Itali (Milan, Florence, Rom) untuk
mempelajari ilmu teknikal, ketenteraan, industri kapal dan ilmu pencetakan. Pada 1826-1844 – 319
orang pelajar dihantar ke Paris dan tokoh intelektual dan pengarang terkenal al Thahtawi dihantar
dan bertugas sebagai imam mahasiswa Mesir. Pada tahun 1844-1863, 89 orang pelajar dihantar ke
Perancis termasuk ahli keluarga MAP.
Di Paris disediakan ‘rumah Mesir’ – kemudahan untuk pelajar-pelajar yang belajar di sana. Individu
yang lulus dalam peperiksaan akan diserap dalam pentadbiran negara dan ketenteraan. Aktiviti
penterjemahan telah digalakkan dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.
Pelajar-pelajar dihantar ke luar Negara untuk belajar bahasa asing dan apabila balik diberi tugasan
untuk menterjemahkan buku-buku tulisan bahasa asing ke dalam bahasa Arab. Contoh buku-buku
dari barat tentang Sejarah Raja-raja Perancis, buku tulisan Voltaire, Rosseau, Montesquies, idea
demokrasi, Parlimen, Idea Republik dan sebagainya
Antara tokoh penterjemah yang terkenal ialah al-Tahtawi. Sekolah Bahasa-bahasa Asing (Sekolah
Penterjemahan) turut didirikan dan hamper 1000 buah buku Berjaya diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab. Sekolah-sekolah yang didirikan pada awalnya diletakkan di bawah penyeliaan Jabatan
Tentera (Jabatan Diwan al-Jihadiyya) Kemudian dipisahkan. Untuk mewujudkan koordinasi yang
berkesan – Majlis Syura al Maktab ditubuhkan pada 1830. Matlamat – meningkatkan pendidikan
dalam kalangan rakyat Mesir, menambah pembangunan sekolah-sekolah di Cairo dan Alexandaria
dan dilantik Inspektor Jeneral sekolah iaitu Kolonel Seve.
Setelah itu, Jabatan Diwan al-Jihadiyya berubah nama menjadi Jabatan Diwan al-Madaris atau
disebut Ministere del’instruction Publique, yang setelah itu berubah lagi menjadi Kementerian
Pendidikan, kementerian ini selain bertugas mengawasi dan melakukan pembangunan sekolah-
sekolah baru juga kementerian ini bertugas menghasilkan kembali penerbitan majalah al-waqa’i al-
Mishriyya. Diwan al-Madaris ini tugasnya dibagi menjadi tiga bahagian iaitu bahagian bahasa Arab,
bahagian bahasa Turki, bahagian Teknik. Pembaharuan dalam bidang kurikulum yang disesuaikan
dengan keadaan dan tuntutan zaman supaya tidak tertinggal dengan ilmu pengetahuan dan
teknologi di Eropah. Contohnya,
i. aspek Bahasa – Bahasa yang penting dipelajari – Itali, Perancis, Turki dan Rusia.
ii. Pengetahuan Sosial – mata pelajaran Sejarah, Geografi, Ekonomi, Antropologi, Pentadbiran
negara, Pendidikan Kemasyarakatan, Falsafah, Ketenteraan dan Hukum.
iii. Ilmu pengetahuan Alam – Farmasi, Ilmu Alam, Kedoktoran, Teknikal, Arkitek.
iv. Matematik – Aritmetic, Kimia, Matematik
v. Pengetahuan Ketrampilan
Perubahan dan pembaharuan pendidikan ini telah membawa kepada kemajuan dan permodenan
masyarakat Mesir. Landasan pemikiran masyarakat juga telah berubah selaras dengan idea-idea
pemikiran barat yang cuba diserapkan kepada masyarakat. Kesannya lahir tokoh-tokoh seperti
Jalaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh, Mohammad Rasyid Redha, al Tahtawi dan ramai lagi.

Isi 4 : Pembaharuan dalam bidang ekonomi


MAP – memperbaiki sistem pengairan. Dengan adanya sistem pengairan ini, tanah menjadi subur.
Beberapa tanaman baru diperkenalkan. Contohnya benih kapas didatangkan dari India dan Sudan.
Melaksanakan dasar memilik negara tanah-tanah dan kerahan tenaga. Melaksanakan sistem
monopoli khususnya yang berkaitan dengan hasil-hasil pertanian. Mengenakan cukai kepada petani
yang mengusahakan tanah serta membeli hasil usaha petani dengan harga yang murah dan menjual
semula kepada masyarakat tempatan dan para pedagang dengan harga yang lebih tinggi.
Pentadbiran ekonomi semakin teruk dan sikap tamak pemerintah khasnya British yang menaikkan
cukai sesuka hati menambah kesengsaraan penduduk Mesir. Para ulama bangkit menentang
kezaliman tersebut. Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan Suez menjadi penyebab
dijajah semula oleh British.
Jelas bahawa MAP berjaya memakmurkan ekonomi Mesir walaupun tidak mencapai matlamatnya
100 peratus. Bandar-bandar atau kota-kota di Mesir telah berubah menjadi kota-kota yang moden.
Namun, ketidakpuasan hati rakyat dengan dasar kerajaan memiliknegara tanah dan kadar cukai yang
tinggi sedikit sebanyak membantutkan proses pertumbuhan ekonomi Negara.
Era pemodenan Mesir bermula apabila Muhammad Ali Pasha melabuhkan kuasanya di sini.
Ketaksubannya terhadap kuasa-kuasa Barat terutamanya kuasa Perancis telah mengubah lanskap
Mesir dengan pembaharuan-pembaharuan ala Barat. Namun, ketaksuban ini telah memakan diri
MAP apabila beliau terperangkap dengan muslihat kuasa barat terutama British yang memaksa
beliau menandatangani Perjanjian London 1840.

Kesimpulan
Perjanjian ini menyebabkan kuasa MAP serta berlaku pengunduran tentera Mesir di Levant. Di
samping itu telah wujud penentangan daripada golongan ulama dan rakyat dan ini merupakan
antara faktor yang membawa kepada kegagalannya. Walau bagaimanapun pembaharuan-
pembaharuan yang dilakukan harus juga dikagumi kerana bukan semua pemimpin dapat
melakukannya.

Soalan 8 : Bincangkan faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir


pada abad ke 20 M.

Pendahuluan
Awal abad ke 20, Mesir adalah di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah tetapi pengaruh British
di Mesir amat kuat. Ini kerana British telah mengukuhkan kuasa selepas mengatasi pemberontakan
Urabi pada 1881. Semangat nasionalisme bermaksud semangat cintakan dan taat setia kepada tanah
air dan bercita-cita membebaskan negara dan bangsa daripada penguasaan kuasa asing. Penguasaan
British di Mesir berlaku semasa pentadbiran Lord Cromer yang dilantik sebagai konsul general antara
athun 1883 hingga 1907. Pengaruh British di Mesir amat kuat walaupun pentadbiran asas di bawah
pimpinan pemerintahan Mesir iaitu Khedif dikekalkan. Semangat anti-British memuncak selepas
Perang Dunia Pertama. Terdapat banyak faktor yang mendorong gerakan nasionalisme dalam
kalangan penduduk Mesir menjelang abad
Isi 1 : Antara faktor-faktor yang mendorong kemunculan semangat nasionalisme di Mesir pada
abad ke 20 M ialah faktor sistem pendidikan
Sistem pendidikan dikatakan adalah salah satu faktor membangkitkan semangat nasionalisme di
Mesir pada abad ke 20. Gerakan nasionalisme Mesir dimulakan dengan membangkitkan penekanan
terhadap ilmu pengetahuan dan pendidikan. Golongan cerdik pandai telah menjadi pencestus
kepada perjuangan gerakan nasionalisme. Penjajah British mengamalkan diskriminasi dalam
memberi peluang pendidikan kepada penduduk Mesir kerana bimbang graduan-graduan tempatan
yang diberi pendidikan Inggeris mampu mempelopori kebangkitan nasionalisme tempatan.
Seterusnya pihak British mengabaikan pendidikan sekolah kerajaan Mesir walaupun mereka mampu
membangun dan membiayai sekolah tersebut. Dasar pendidikan British adalah bertujuan melatih
anak tempatan dari golongan kaya untuk berkhidmat dengan kerajaan kolonial. Hampir semua
jawatan kerajaan disandang oleh golongan berpendidikan daripada keluarga bangsawan. Rasa tidak
puas hati penduduk kian memuncak apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai British yang
kurang berkelayakan dengan gaji yang tinggi jika dibandingkan dengan rakyat tempatan. Tegasnya,
gerakan nasionalisme di Mesir telah dibangkitkan oleh golongan graduan sekolah undang-undang
yang juga terdedah kepada sistem dan ideologi politik barat. Antara tokoh nasionalis Mesir seperti
Mustafa Kamil yang merupakan aktivis pro Islam yang menentang dasar pemerintahan British

Isi 2 : Faktor golongan intelektual


Golongan intelektual yang menyemai dan membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir
terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan berpendidikan barat, golongan agama dan golongan
elit tentera. Tokoh intelektual berpendidikan barat seperti Mustafa Kamil Pasha yang pakar undang-
undang menyokong gerakan nasionalisme sekular seperti yang berlaku di dunia Barat dan cuba
meraih sokongan intelektual daripada keturunan Qibti. Tokoh agama pula seperti Sheikh Hasan al-
Banna telah mempelopori kebangkitan golongan intelektual Islam menentang British melalui
penubuhan Ikhwanul Muslimin. Beliau berusaha melakukan gerakan Islah. Hassan al-Banna
memperjuangkan idea islah yang berinspirasi dari Sayid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan islah
Hassan al-Banna bersifat sederhana meliputi aspek akidah, integrasi ilmu dan kecekapan
pentadbiran.
Muhammad Rasyid Rida juga seorang reformis Islam memperjuangkan kepentingan menyesuaikan
pendidikan moden dan agama menerusi penubuhan madrasah al-Dakwah al-Irshad pada tahun 1912
di Kaherah. Kumpulan intelektual dari kalangan tentera Mesir berketurunan Fellahin turut terlibat
gerakan nasionalisme menentang British dan pemerintahan Khedif yang bersekongkol dengan
penjajah. Kesannya, Rasyid Rida menyeru umat Islam agar mengambil ikhtibar dari peradaban Barat
dengan aspek-aspek positif seperti ilmu sains dan teknologi. Idea-idea beliau banyak mempengaruhi
tokoh pemikir Islam pada abd ke 20 M.

Isi 3 : Faktor pengaruh kewartawanan.


Bidang keartawanan turut memainkan peranan dalam menimbulkan kesedaran rakyat Mesir. Ini
disebabkan pengaruh kewartawanan melalui penerbitan akhbar telah digunakan sesetengah pihak
untuk memperjuangkan hak mereka. Pada awal abad ke 20M, penerbitan akhbar semakin rancak
berikutan kemunculan parti-parti politik dan perkembangan nasionalisme. Rasyid Rida adalah orang
kanan Muhammad Abduh telah menimbulkan kesedaran melalui ahkbar Salafiya. Beliau sentiasa
mengkritik dan menyalahkan pihak penjajah atas nasib malang masyarakat Arab. Rasyid Rida
bersama penyokongnya telah mempopularkan konsep modenisasi Islam dan cuba menegakkan
warisan dan keperibadian Arab terutamanya dalam memperkukuhkan bahasa Arab Mesir.
Seterusnya, penulis wanita seperti Malak Hifni Nasif turut tidak ketinggalan dalam memperjuangkan
hak terutama dalam isu pendidikan. Beliau telah membincangkan peranan wanita secara terbuka
sehingga menarik minat golongan intelektual. Tegasnya, kerancakan penerbitan akhbar telah
mempercepatkan penerimaan masyarakat terhadap gerakan nasionalisme Mesir

Isi 4 : Faktor Agama.


Usaha pembaratan British ke atas masyarakat Mesir menyebabkan muncul gerakan reformis yang
dikenali sebagai Ikhwanul Muslimin pimpinan Sheikh Hassan al-Banna. Pertubuhan Ikhwanul
Muslimin cuba mengembalikan keutuhan agama Islam di Mesir berpandukan ajran al-Quran dan al-
Sunnah di samping menolak fahaman modenisme yang membentuk pemikiran sekular dalam
masyarakat Mesir. Ikhwanul Muslimin menekankan kepentingan pengaruh agama dengan
menyedarkan umat Islam Mesir agar bangun berjihad dengan membersihkan jiwa daripada amalan
syirik, khurafat dan sebagainya dan kembali kepada ajaran Islam. Ikhwanul Muslimin juga bimbang
apabila terdapat golongan cerdik pandai Islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran Barat.
Antaranya ialah Sheikh Ali Abdul Raziq yang telah menghasilkan karya berjudul Dasar-dasar
Pemerintahanya yang telah mengiktirafkan tindakan Mustafa Kamal Atartuk yang memisahkan
antara agama dan politik. Beliau menegaskan bahawa Islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan
negara dan dengan adanya khalifah Islam itu hanya akan membawa kemudaratan kepada umatnya.
Tegasnya, faktor agama adalah pencetus kepada gerakan nasionalisme Mesir

Isi 5 : Faktor pengaruh luar.


Pengaruh luar juga penting dalam mencetuskan semangat nasionalisme iaitu tercetusnya Perang
Dunia Pertama 1914-1918. Rakyat Mesir terutamanya golongan petani telah dikerah oleh British
meninggalkan pekerjaan mereka dan menjadi sukarelawan, pertubuhan Palang Merah dan menjadi
hamba kepada tentera British di Palestin, Gallipoli dan Perancis. Dalam peperangan ini, banyak
nyawa telah terkorban. Pada masa yang sama, kehadiran tentera pihak Bersekutu yang ramai di
Mesir telah menjadikan penduduk berasa lemah dan amat mengharapkan kuasa asing untuk
melindungi dan mempertahankan mereka di negara mereka sendiri. Tentera Amerika Syarikat turut
bertapak di bumi Mesir. Fenomena ini telah menimbulkan kesedaran kepada rakyat Mesir untuk
mempertahankan imej dan maruah negara daripada cengkaman penjajahan Barat. Keadaan ini telah
menyuntik semangat kebangsaan hingga akhirnya melahirkan gerakan nasionalisme untuk menuntut
kemerdekan.

Kesimpulan
Kebangkitan semangat nasionalisme Mesir berlaku akibat kesedaran masyarakat tentang pelbagai
kepincangan yang berlaku dalam Negara. Pelbagai faktor mendorong kebangkitan nasionalisme di
Mesir sama ada dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Kesan penentangan yang berterusan oleh
nasionalisme Mesir menyebabkan British mengistiharkan kemerdekaan Mesir pada tahun 1922.

Soalan 9 : Bincangkan reaksi masyarakat Mesir terhadap penjajahan Barat pada abad ke-19 hingga
abad ke-20M.

Pendahuluan
Sepanjang abad ke-18 masihi, Mesir merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan empayar
Uthmaniyah. Sejarah penguasaan Barat ke atasMesir dimulai penjajahan Perancis dari tahun 1798
hingga 1801 dan diikuti oleh British. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu
sehingga tamatnya Perang Dunia Pertama. Akibat daripada cengkaman ekonomi yang dikuasai oleh
British telah menyebabkan reaksi masyarakat Mesir yang diterajui oleh pemimpin tempatan
hinggalah kepada masyarakat setempat.

Isi 1 : Penaklukan Perancis ke atas Mesir 1798-1801


Napoleon telah berjaya menduduki Mesir pada tahun 1798 dan telah bertahan selama tiga tahun
sahaja setelah dikalahkan oleh Pakatan Tentera Uthmaniyah. Perancis yakin mampu melemahkan
ekonomi Mesir yang terletak di tengah-tengah laluan perdagangan. Penaklukan Perancis telah
meninggalkan kesan mendalam politik, ekonomi dan sosial rakyat Mesir. Konsep Modenisme dan
sekularisme mula meresap dalam pemikiran rakyat Mesir. Situasi ini sesungguhnya telah menjadikan
rakyat Mesir bangkit lebih-lebih lagi Perancis telah memperkenalkan tamadun Barat melalui Institut
d’Egypt yang dianggotai 167 sarjana Barat.

Isi 2 : Pemberontakan Syeikh Muhammad Sadat


Pembaharuan ala Barat yang dibawa oleh penjajahan Perancis tidak disenangi oleh golongan agama
Mesir. Majlis Syura Al-Azhar telah membuat pengisytiharan jihad menentang pencerobohan
Perancis. Pada 21 Oktober 1798, Syeikh Muhammad Sadat telah memimpin gerakan pemberontakan
menentang Perancis. Hal ini demikian kerana perbezaan agama merupakan faktor utama
kebangkitan Syeikh Muhammad Sadat. Rakyat Mesir beranggapan bahawa kerajaan Uthmaniyah
sebagai saudara seagama yang perlu dibantu bagi menghadapi pihak Perancis yang beragama
Kristian

Isi 3 : Pemerintahan Muhammad Ali Pasha


Pengaruh Barat semakin subur apabila Muhammad Ali Pasha menubuhkan institusi baharu seperti
Kementerian Pendidikan, sekolah dan maktab tentera dan sekolah perubatan. Kebanyakan tenaga
pengajar dari Eropah. Dasar pentadbiran ala Barat ini telah melahirkan gerakan islah yang dipelopori
oleh intelektual Islam. Muhammad Ali Pasha telah membentuk sekumpulan pemerintah berbangsa
Turki dan pasukan golongan elit menguruskan pentadbiran negara dan mengutip cukai di seluruh
Mesir. Akibat keadaan ini telah menjadikan rakyat Mesir terutama golongan ulama memimpin
gerakan untuk menentang kezaliman kerajaan. Kejatuhan ekonomi dan penjualan saham Terusan
Suez menjadi sejarah hitam apabila Mesir dijajah pula oleh British

Isi 4 : Penaklukan British ke atas Mesir pada 1882-1918


Pada tahun 1840 satu perjanjian memorandum British dan Mesir melalui Konvensi Alexandria.
Dalam perjanjian ini diakui Mesir masih tetap di bawah kerajaan Uthmaniyah. Ini mengakibatkan
Mesir sedikit demi sedikit menerima kehadiran British. Konsesi pembinaan Terusan Suez yang
diberikan kepada Perancis pada 1857 telah meningkatkan kecurigaan British. Kemerosotan ekonomi
telah memaksa Mesir menjual saham Terusan Suez kepada British. Oleh itu British telah
melaksanakan misi ketenteraan di Mesir sehingga berjaya menguasai Kaherah pada 1882 dan ini
menandakan bermulanya penjajahan British di Mesir.

Isi 5 : GerakanPemulihan Islam


Gerakan ini dikenali sebagai Gerakan Islah yang dipelopori tokoh intelektual Islam iaitu Jamaluddin
Alafghani dan Muhammad Abduh. Ciri-ciri utama gerakan ini ialah Gerakan Huraian Pan Islamisme
yang menggunakan kaedah seperti pidato, proses pengajaran dan melalui media massa. Kempen-
kempen yang dijayakan oleh tokoh-tokoh ini telah berjaya membangkitkan semangat perasaan anti-
penjajah Barat Contoh dalam kalangan masyarakat Mesir. Hal demikian kerana tokoh-tokoh ini telah
menyuntik semangat ingin membebaskan Mesir dari belenggu penjajahan Barat.
Isi 6 : Gerakan Ikhwabul Muslimin
Pertubuhan Ikhwanul Muslimin dipelopori oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928 yang matlamat
awalnya ialah untuk menamatkan pendudukan British di Mesir dan menyelamatkan rakyat daripada
ideologi Barat yang bertentangan dengan ajaran Islam. Perjuangan Ikhwanul Muslimin amat
tersusun dan konsisten meskipun ramai ahlinya yang telah dipenjara termasuk Hassan al-Bannna.
Walaubagaimanapun pada tahun 1946-1948. Gerakan Ikhwanul Muslimin telah mengisytiharkan
perang terhadap British. Sesungguhnya kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin telah
mengembalikan maruah masyarakat Mesir walaupun gerakan ini akhirnya diharamkan oleh British
atas tuduhan merancang pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan.

Kesimpulan
Kezaliman pihak penjajah dan dasar pembaratan kerajaan telah membangkitkan gerakan
penentangan rakyat Mesir. Kesan penentangan yang berterusan oleh golongan nasionalis Mesir
memaksa British mengisytiharkan kemerdekaan pada 1922. Namun kemerdekaan dalam erti kata
sebenarhanya berlaku pada tahun1952 apabila Mesir menjadi sebuah negara Republik Mesir.

Bincangkan faktor perluasan kuasa barat terhadap kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-18 hingga
20M.

PENDAHULUAN
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Erthurgrul pada tahun 1289 merupakan empayar Islam
terbesar yang memerintah lebih 600 tahun. Akhir abad ke - 17M, kerajaan Uthmaniyah berhadapan
dengan pelbagai masalah dan memasuki fasa kemerosotan pada abad ke-19. Pada akhir abad ke-20
berlaku peluasan kuasa barat terhadap kerajaan Uthmaniyah bagi memenuhi kepentingan politik,
ekonomi dan sosial mereka.

Isi 1 : Faktor yang pertama ialah faktor politik


Dasar Imperialism : meluaskan empayar dan kuasa hegemoni. Persaingan kuasa-kuasa barat seperti
British, Perancis, Rusia dan lain-lain – pakatan Eropah. Dasar campur tangan ekoran pergolakan
politik dalam wilayah Uthmaniyah – sebelumnya Dasar Persahabatan (Dasar Tidak Campurtangan)
dan Dasar Perlindungan terhadap kepentingan perdagangan Barat. Permasalahan Timur (The
Eastern Question). Polisi luar terpenting – dasar pecah dan perintah. Bangsa Islam Turki, Arab,
Armenia, Kurd dan bangsa-bangsa Islam lain mula membina jenama kebangsaan mereka sendiri.
Dasar pembaharuan (Tanzimat) – Gerakan Reformasi Ala Barat. Peluasan kuasa Rusia terhadap
kerajaan Uthmaniyah pada tahu 1877-1878 yang menyebabkan kerajaan Uthmaniyah kehilangan
wilayah Serbia, Montenegro dan Caucasus. Dasar Imperialisme Barat, pergolakan politik dan
kelemahan kesatuan ummah kerajaan Uthmaniyah telah membuka ruang kepada barat menguasai
wilayah-wilayah di dalam empayar Uthmaniyah.

Isi 2 : Faktor ekonomi.


Perkembangan revolusi di Eropah. Kepentingan Terusan Suez. Krisis kewangan dan ekonomi Mesir
yang berpunca daripada usaha pembangunan Terusan Suez, Empangan Aswan dan industri gula yang
giat dijalankan. Monopoli bahan mentah dan pasaran. Konflik hutang kerajaan Uthmaniyah.
Penemuan minyak mentah khasnya di Iraq dan Iran menambahkan minat Barat untuk mendapatkan
konsesi cari gali minyak. Tegasnya kepentingan ekonomi merupakan salah satu faktor penting
gerakan peluasan kuasa-kuasa barat ke atas atas wilayah Islam Uthmaniyah.

Isi 3 : Faktor sosial


Sentimen agama – kesan Perang Salib. Gerakan kristianisasi – peranan pihak gereja di sebalik misi
penjajahan kuasa barat. Konsep modenisasi – menghalalkan campur tangan barat dalam hal ehwal
politik dan sosial antarabangsa. Dasar imperialisme – penjajahan minda – penerapan dasar-dasar
sekular dalam bidang pendidikan dan komunikasi. Bukti kenyataan Cecil Rhodes, bapa imperialisme
moden British mengatakan, “kita adalah ras yang tertinggi di dunia, maka makin luas bumi yang kita
duduki, makin baik untuk umat manusia”. Pihak barat berjaya menguasai pemikiran masyarakat
Islam secara perlahan-lahan atas nama tamadun, kemajuan, modenisasi dan seumpamanya sehingga
terpengaruh dengan cara hidup asing dan melupakan identiti sendiri.

KESIMPULAN
Kerajaan Islam Uthmaniyah runtuh selepas penglibatan mereka dalam PD Pertama. Impak kekalahan
menyebabkan kuasa-kuasa barat membahagikan wilayah Uthmaniyah sesama mereka. Kelemahan
dan kemerosotan kerajaan Uthmaniyah membawa kepada penubuhan Negara bangsa Turki dan
berakhirnya sistem pemerintahan khalifah Islamiah.

Soalan 11 : Bincangkan kebangkitan masyarakat Algeria terhadap penjajahan Perancis pada abad
ke-19 hingga abad ke-20.

PENDAHULUAN
1 Pada abad ke 16 hingga abad ke 19, Algeria merupakan sebahagian wilayah Turki Uthmaniyah yang
berpusat di Istanbul.
2 Kekayaan sumber alam di Algeria terutama minyak dan gas telah menyebabkan kuasa-kuasa
imperialis berusaha menguasai kawasan tersebut.
3 Penjajahan Perancis terhadap Algeria pada tahu 1830 telah membangkitan penentangan rakyat
atas faktor Perancis tidak membenarkan masyarakat muslim Algeria mengundi, aspek pendidikan
diabaikan dan kadar buta huruf meningkat.
4 Perancis juga telah campur tangan dalam ekonomi, politik dan sosial yang telah menyebabkan
penentangan masyarakat Algeria

Isi 1 : Penjajahan Perancis ke atas Algeria atas faktor politik, ekonomi dan sosial
Perancis melaksanakan proses asimilasi budaya dan menjadikan bahasa Perancis sebagai bahasa
rasmi dan Bahasa Arab di diharamkan penggunaannya. Polisi ini menghapuskan identitinasional dan
warisan budaya. Dasar pendidikan menyebabkan kadar pandai membaca, menulis dan mengira
rakyat Algeria jatuh ke tahap paling rendah. Hal ini menyebabkan rakyat Algeria berasa tidak puas
hati dan telah melahirkan pejuang nasionalis bagi menghidupkan semula bahasa sendiri,
memperkasa identiti kebangsaan berdasarkan syariat Islam dan mendaulatkan Bahasa Arab.

Isi 2 : Gerakan penentangan oleh Ahmed Bey, kawasan pemimpin kawasan Constantine
Ahmed Bey telah berjaya menguasai Constantine dan Perancis telah kehilangan seribu angkatan
tenteranya. Walau bagaimanapun Perancis berjaya menyekat angkatan Uthmaniyah yang cuba
membantu Ahmed Bey. Ahmed Bey telah melancarkan gerakan penentangan di timur Constantine.
Sehubungan dengan itu, Ahmed Bey enggan mengiktiraf kekuasaan Perancis di Constantine.

Isi 3 : Begitu juga, gerakan Penentangan Syeikh Abdul Qader Al-Jazair, Gabenor Mascara 1830-an
hingga 1840-an
Syeikh Abdul Qader telah dilantik sebagai ketua mujahidin yang telah mengeluarkan fatwa
kewajipan berjihad bagi mempertahankan Negara dan mengisytiharkan Algeria sebagai Negara
Islam. Masyarakat Islam berhimpun di masjid Maskar (Mascara) bagi melancarkan jihad terhadap
Perancis. Kesan dari penentangan tersebut Syeikh Abdul Qader telah tewas, walau bangimanapun
ketokohan beliau sukar ditandingi kerana tiada pemimpin lain yang muncul selepas itu.

Isi 4 : Berlaku pemberontakan penduduk Kabylia


Pemberontakan besar-besaran telah dilancarkan yang disertai oleh satu per tiga penduduk Algeria
akibat daripada tindakan Perancis yang merampas tanah penduduk yang subur. Umat Islam di
Kabylia telah ditindas dari segi ekonomi dan diancam oleh peneroka Eropah. Pemberontakan ini
mengakibtatkan penduduk tempatan jatuh miskin tetapi masyarakat Kabylia tidak berputus asa

Isi 5 : Kebangkitan angkatan Persatuan Ulama Algeria


Pada tahun 1935, Persatuan Ulama Algeria telah ditubuhkan di bawah pimpinan Syeikh Abdul Hamid
Ben Badis yang bertujuan menyatukan umat Islam bagi menentang cengkaman Perancis. Gerakan ini
menyelar pegawai-pegawai pentadbiran agama Algeria yang menjadi agen penjajah Perancis.
Kesannya, banyak sekolah agama di seluruh Algeria dan sekolah-sekolah ini telah dijadikan markas
bagi gerakan kesedaran rakyat.

KESIMPULAN
Jihad yang berterusan menentang penjajahan Perancis telah berlaku seluruh Algeria sehingga
mengorbankan lebih sejuta syuhada yang digelar sebagai “Negara Sejuta Syuhada”. Gerakan demi
gerakan yang dilakukan oleh rakyat Algeria telah mengakibatkan Perancis terpaksa akur dan
memberikan kemerdekaan kepada Algeria pada 5 Julai 1962

Soalan 12 : Huraikan ciri-ciri seni bina Islam pada zaman kerajaan Moghul di India pada abad 16-
17M.

PENDAHULUAN
Seni bina bermaksud bidang seni untuk mendirikan bangunan, rekabantuk dan reka letak yang dibina
oleh manusia. Pemerintahan kerajaan Moghul di India berakhir pada tahun 1857M apabila British
bertindak membuang negeri pemerintahnya yang terakhir iaitu Bahadur Shah II. Kerajaan Moghul
terkenal dalam aspek kemajuan seni bina khususnya semasa pemerintahan Syah Jehan (1627 –
1658).

Isi 1 : Ciri-ciri seni bina Islam dalam pemerintahan Kerajaan Moghol yang pertama ialah
mempunyai menara.
Kebanyakan seni bina di India mempunyai menara. Menara-menara ini dihiasi indah terutamanaya
dengan seni khat Arab. Selain itu, menara juga dapat dikesan pada kubur / makam Diraja.
Kebiasaannya Makam Diraja dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta berdiri
secara sendirian, iaitu terpisah daripada bangunan yang menjadi induknya. Menara dapat dilihat
pada binaan masjid iaitu Masjid Lapan Mutiara di Agra. Jelaslah, keunikan senibina menara dapat
memperlihatkan kehalusan seni bina Islam.

Isi 2 : Ciri berikutnya pada seni bina zaman Moghul ialah binaan yang mempunyai kubah.
Binaan ini menggambarkan gabungan bentuk kubah gaya parsi dengan gaya tempatan. Binaan
Makam Diraja dan Kubu (Kota Merah) juga turut mempunyai Kubah. Ini jelas membuktikan bahawa
kubah merupakan satu ciri binaan di India. Kubah dan Mihrab pada Makam Diraja menghadap kiblat
serta dilengkapi dengan ukiran ayat-ayat al-Quran. Contohnya, kubah bentuk baharu berupa bunga
teratai yang mempunyai puncak yang meruncing dapat dikesan pada binaan Taj Mahal. Tegasnya,
pembinaan kubah Mengkukuhkan lagi struktur binaan disamping menampakkan keunikan dan
kehalusan senibina Islam

Isi 3 : Di samping itu, ukiran kaligrafi ayat-ayat al-Quran merupakan satu motif Islam yang
diketengahkan dalam seni bina India
Ukiran-ukiran kaligrafi ini dapat dilihat pada binaan Istana Taj Mahal. Juru khat bernama Amanat
Khan telah dibawa dari Parsi dan dipertanggungjawabkan untuk mengukirnya. Sekiranya tiada ukiran
ayat-ayat suci al-Quran, biasanya ukiran-ukiran lain yang digunakan adalah berasaskan alam
semulajadi seperti unsur tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan serta geometri. Makam Humayun
juga mempunyai kaligrafi ayat-ayat al-Quran seperti yang terdapat pada Mihrabnya. Keunikan ukiran
kaligrafi ayat-ayat al-Quran memberi kelaian dalam motif seni bina Islam.

Isi 4 : Unsur air juga turut memainkan peranan penting dalam mencirikan sesuatu binaan di India
Unsur air dapat dilihat pada binaan Taj Mahal. Taj Mahal dibina di tebing kiri sungai Jumna kerana
keadaan geografinya yang mempesona dan penuh keindahan. Terdapat banyak aliran air terjun yang
dibina merentasi setiap struktur bangunan. Tempat tinggal peribadi maharaja (Nahr-i- Behish) terdiri
daripada beberapa pavilion yang dihubungi oleh air yang sentiasa mengalir atau dikenali sebagai
“Syurga Anak Sungai”. Air ini dialiri dari sungai Jumna (Yamuna) dari menara Shahi Burj. Contohnya
terdapat dalam Kota Merah. Setiap binaan dibina dengan begitu teliti dan indah. Jelaslah unsur air
dapat mewujudkan keindahan dalam seni bina Islam.

Isi 5 : Selain itu, setiap bangunan atau binaan di India mempunyai tembok.
Pembinaan tembok ini jelas dilihat pada binaan istana. Istana Taj Mahal mempunyai tembok yang
dihiasi dengan takukan-takukan dan istana yang terletak di Fathipur Sikri juga mempunyai tembok
batu yang mempunyai ruang tempat bersemayam pemerintah yang juga merupakan ruang rasmi
pemerintah. Selain itu, Makam Humayun juga dikelilingi tembok-tembok yang tersergam kukuh.
Kubu (Kota Merah) yang merupakan pusat pentadbiran Delhi. Kubu ini mempunyai ciri-ciri
keselamatan kerana ia berfungsi sebagai tembok pertahanan terpenting penduduk kota Delhi
daripada serangan musuh sejak zaman berzaman. Pembinaan tembok pada istana menonjolkan lagi
kemewahan dan kedudukan seseorang pemerintah

Isi 6 : Bahan binaan yang digunakan jelas memperlihatkan gabungan ciri gabungan Parsi dan India
Bahan binaannya adalah sangat berkualiti. Struktur Makan Humayun dibina daripada struktur
batuan merah, bata putih dan marmar hitam dan putih. Penggunaan bahan-bahan ini bertujuan
untuk mengurangkan bahang. Taj Mahal juga dibina daripada marmar biru dan putih, manakala kubu
yang terkenal dengan nama Kota Merah pula dibina menggunakan batu bata merah pada struktur
binaan khususnya pada bahagian dinding. Selain itu, kubu ini juga menggunakan batu marmar
dengan dihiasi corak-corak flora. Bahan binaan yang berkualiti ini dapat mengkukuhkan lagi struktur
binaan disamping menampak keindahan dan kehalusan senibina Islam.

KESIMPULAN
Sememangnya kerajaan Moghul memberikan sumbangan besar dalam bidang kebudayaan dan
kesenian khususnya seni bina. Seni bina yang terdapat pada zaman Kesultanan Moghul di India
adalah gabungan nilai-nilai kesenian tempatan, Arab, Turki dan Parsi. Kewujudan seni bina yang
indah pada zaman Kesultanan Moghul membuktikan bahawa agama Islam tidak menolak bidang
kesenian selagi tidak disalahgunakan.

Soalan 13 : Huraikan perlaksanaan Tanzimat oleh Kerajaan Uthmaniyyah untuk mengembalikan


zaman kegemilangannya.

PENDAHULUAN
KonsepTanzimat :
1. Berasal daripada perkataan Arab - Tanzim
2. Bermaksud – mengatur, menyusun dan membaiki
3. Dari segi sejarah : bermaksud gerakan pembaharuan atau reformasi dalam kerajaan Turki
Uthmaniyyah antara tahun 1839-1876.
4. Tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan daripada kelemahan sistem pemerintahan dan
pentadbiran, serta memberi fokus kepada rakyat beragama Kristian (supaya golongan ini tidak
mendapat naungan daripada kuasa luar – kuasa Barat tidak puas hati dengan hukuman mati yang
dikenakan kepada warganegara Uthmaniyyah yang murtad setelah memeluk Islam)
5. Gerakan pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Uthmaniyyah tahun 1893 – 1856 M
6. Gerakan dimulakan oleh Sultan Abdul al Majid selepas tamat Perang Crimea (anak kepada Sultan
Mahmud II yang mempelopori gerakan pembaharuan).
7. Tanzimat dijalankan pada masa ini disebabkan tekanan luar berlaku secara berterusan khususnya
British
8. Gerakan pembaharuan diteruskan sehingga awal abad ke 20 oleh Sultan Abdul Hamid II

Isi 1 : Tujuan Perlaksanaan Tanzimat


Membaiki sistem pemerintahan dan pentadbiran. Kerajaan membaiki sistem pemerintahan dan
pentadbiran dengan mematuhi syariat dan undang-undang negara : pemerintahan tidak memerintah
dengan sewenang-wenangnya. Sistem yang teratur juga diwujudkan. Membaiki fokus kepada
masyarakat Kristian – diberi keistimewaan aspek beragama, memegang jawatan di sektor kerajaan.
Masyarakat Kristian diberi kebebasan dalam aspek beragama / tiada paksaan dalam beragama dan
mengamalkan kebudayaan masing-masing.
Orang Kristian juga boleh memohon jawatan di sektor awam. Ini untuk mengelakkan warga
beragama Kristian ini mencari naungan, sokongan dan perlindungan daripada kuasa-kuasa Eropah
seperti Rusia, Britain dan Perancis. Mengelakkan campurtangan Negara-negaraEropah. Kuasa-kuasa
Barat ini sentiasa mengintai peluang dan cuba menghasut masyarakat Kristian yang merupakan
masyarakat minoriti dalam Kerajaan Uthmaniyyah untuk memberontak. Oleh itu, pihak pemerintah
Kerajaan Uthmaniyyah cuba untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang akan menutup ruang
kepada kuasa-kuasa luar untuk campurtangan dalam kerajaan dan seterusnya mengugat keamanan
dan kestabilan negara.

Isi 2 : Tindakan Sultan Mahmud II


Memodenkan bidang ketenteraan / mempertingkatkan sekolah ketenteraan. Memodenkan
ketenteraan dan menghapuskan tentera janisari. Pasukan nizam-i cadid ditubuhkan. Sekolah tentera
memberi latihan ketenteraan kepada pegawai-pegawai mengikut sistem ketenteraan Eropah.
Pembaharuan bidang pentadbiran dan perundangan. Shaykh al Islam diwujudkan sebagai pemegang
kuasa yang terdiri daripada undang-undang syariah dan sekular.
Pembaharuan bidang pendidikan : melakukan reformasi pendidikan - Pembinaan madrasah, sekolah
ketenteraan, teknik dan perubatan. Jika diteliti, Sultan Mahmud II menyedari akan kelemahan
bidang ketenteraan, pentadbiran dan pendidikan negara. Oleh itu tindakan-tindakan di atas telah
diambil oleh baginda.

Isi 3 : Melancarkan Piagam Hatt-i Sharif Gulhane pada tahun 1839M.


Piagam ini menjelaskan perlunya kepada sebuah peraturan yang lengkap. Pada permulaan kerajaan
Uthmaniyyah, syariat dan undang-undang negara dipatuhi – kesannya kerajaan Uthmaniyyah
mencapai zaman kegemilangannya. Bila kerajaan / pemimpin tidak mematuhi syariat dan undang-
undang negara hancur.
Kandungan Pertama : Jaminan keselamatan nyawa, kehormatan dan harta benda.
Seseorang yang dituduhakan diadili mengikut syariat Islam dan hukuman tidak akan dijatuhkan
kecuali selepas perbicaraan dan pemeriksaan. Perlanggaran terhadap kehormatan seseorang juga
tidak dibolehkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan
terhadap harta yang dimilikinya. Hak memiliki harta oleh keluarga penjenayah tidak terhapus. Harta
penjenayah tidak dihapus Jaminan untuk semua rakyat Uthmaniyyah tanpa mengira agama dan
mazhab.
Kandungan Kedua : Menubuhkan sistem pungutan dan agihan cukai yang tetap dan adil.
Cukai pertanian dan kerahan tenaga serta percukaian yang sewenang-wenangnya akan
diberhentikan. Hasil cukai digunakan untuk melengkapkan keperluan ketenteraan dan keperluan
belanjawan lain untuk kepentingan rakyat dan negara. Sebelum ini, pungutan sebelum ini secara
monopoli dihapuskan. Kutipan berdasarkan harta yang dimiliki dan kemampuan seseorang
Kandungan Ketiga : Mewujudkan satu sistem yang teratur dalam pemilihan tentera bagi menjamin
keadilan khasnya dalam sistem kerahan, latihan dan sebagainya.
Sistem pemilihan secara paksa masih tidak mampu memenuhi keperluan. Oleh itu, perlindungan
tidak dapat diberikan secara maksimum apabila berlaku rusuhan menyebabkan kerosakan dalam
tanaman, perdagangan dan sebagainya. Oleh itu, pemilihan tentera mengikut pusingan iaitu
mengikut pusingan penggal antara 4-5 tahun. Kerajaan menyedari kepentingan melancarkan Piagam
Hatt-I Sharif Gulhane. Contohnya, sejak 150 tahun pelbagai penyelewengan dan musibah melanda
Kerajaan Uthmaniyyah. Bila negara ditadbir dengan adil, mementingkan kebajikan rakyat, negara
akan mencapai satu tahap kegemilangan, aman dan damai seperti zaman kegemilangan Kerajaan
Turki Uthmaniyyah.

Isi 4 : MelancarkanPiagam Hatt-i Humayyun pada 1 Februari 1856


Kandungan Pertama :
Bahawa semua jaminan yang ditentukan oleh Hatt-I Sherif Gulhane yang bersesuaian dengan dasar
Tanzimat adalah disahkan dalam Hatt-i Humayyun. Keistimewaan yang diberikan kepada masyarakat
Kristian dan lain-lain disahkan. Sekiranya terdapat diskriminasi disebabkan faktor agama, bangsa dan
bahasa, ia akan dihapuskan.
Kandungan Kedua :
Masyarakat Kristian dan bukan Islam lainnya dibenarkan untuk menganut mana-mana agama
dengan bebas dan tidak ada paksaan dalam beragama. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan
agama layak memohon dan menyandang jawatan awam, memasuki sekolah awam atau tentera
Mereka boleh mendirikan sekolah-sekolah persendirian. Konflik jika ada – antara rakyat yang
berlainan agama akan diselesaikan oleh mahkamah campuran. Prosedur mahkamah dibuka kepada
masyarakat umum
Kandungan Ketiga :
Pembaharuan aspek polisi kewangan. Pembukaan bank-bank, menubuhkan dana dan mengadakan
kemudahan infrastruktur Untuk mencapai tujuan ini – mendapatkan bantuan modal daripada
Negara Eropah. Reformasi Perundangan : Lahir Undang-undang baru seperti Kanun Keseksaan,
Kanun Perniagaan dan Perdagangan Laut. Mahkamah baru juga diwujudkan : Mahkamah
Perdagangan, Mahkamah Campuran, Mahkamah Sivil dan Jenayah Pembaharuan cara Barat
dilaksanakan cara meluas dalam semua aspek pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.
Jika dilihat pendekatan aspek kebebasan agama ini mempunyai persamaan dalam perlaksanaan.
Piagam Madinah semasa pentadbiran Nabi Muhammad SAW semasa di Madinah.

KESIMPULAN
Tanzimat dilaksanakan untuk memastikan kelangsungan kerajaan Uthmaniyyah. Namun,
perlaksanaan Tanzimat tidak berjaya menghalang ancaman kuasa-kuasa Barat. Ini disebabkan
pembaharuan yang berlaku tidak berjaya memupuk nilai-nilai Islam malah sebaliknya nilai-nilai
sekularisme didukung. Situasi ini akhirnya menyaksikan penguasaan pihak pro Barat dan pendukung
nilai-nilai sekularisme dalam kerajaan Uthmaniyyah.

Anda mungkin juga menyukai