Anda di halaman 1dari 83

SOALAN 1 : SEJAUHMANAKAH MASYARAKAT ARAB JAHILIYYAH DIANGGAP SEBAGAI

MASYARAKAT YANG TIDAK BERTAMADUN SEBELUM KEDATANGAN ISLAM


PENGENALAN

 Zaman sebelum kedatangan Islam dikenali sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
tempoh keruntuhan empangan maarib sehingga zaman kedatangan Islam
 Maksud Jahiliah berasal dari perkataan “jahil” yang bermaksud bodoh.
 Ciri-ciri masyarakat Jahiliah ini tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci
sebagai panduan.
 Selepas Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama menandakan bahawa
zaman jahiliah bakal berakhir iaitu pada 610 Masihi.
 Umumnya, menurut sejarawan Islam masyarakat jahilyah mengalami kessatan,
namun terdapat beberapa perkara yang dianggap masih mempunyai nilai positif
seperti dari sudut nilai moral berpegang teguh pada janji dan menghormati tetamu.

ISI JAWAPAN
1. AKIDAH PERCAYAAN YANG SESAT
 Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama
dan kesesatan dalam beragama yang begitu dahsyat di Semenanjung Arab
 Masyarakat Arab pada era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan
dilanda kejahilan dalam beragama.
 Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungan
masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan.
 Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang
Rom berusaha menyebarkan agama Nasrani yang diselewengkan di kalangan
masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab.
 Selain itu, terdapat juga yang menganut agama Yahudi yang juga telah
diselewengkan oleh pendeta agama mereka manakala orang Arab di bahagian
tengah Semenanjung Arab berpegang teguh dengan agama nenek moyang
mereka, iaitu agama menyembah berhala (Agama Wathani).
 Terdapat juga kepercayaan animisme dan tahyul diamalkan.
2. ZAMAN YANG TIDAK MEMPUNYAI NABI DAN KITAB SUCI SEBAGAI PETUNJUK
 Pada zaman Jahiliyah, masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama
yang boleh membimbing mereka mengenal agama yang benar dan hidup
bersyariat yang baik.
 Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama yang benar
dan menyampaikan ajaran Allah (swt).
 Berbeza dengan zaman sebelum runtuhnya empangan Maarib di mana
terdapatnya beberapa orang nabi dan rasul yang menyeru masyarakat Arab
ke arah agama Allah (swt).

1
 Masyarakat arab jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang
diturunkan kepada nabi-nabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan
daripada kesesatan.
 Malah mereka menjadi pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk
kepentingan puak-puak masing-masing.
 Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi kandungan kitab Taurat dan
mengingkari ayat-ayat Allah swt.
3. KERUNTUHAN AKHLAK
 Masyarakat arab jahiliyyah banyak mengamalkan nilai-nilai buruk dalam
kehidupan seharian.
 Masyarakat arab sebelum datangnya Nabi Muhammad telah mengamalkan
sikap serta perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT.
 Nilai-nilai buruk yang dilakukan oleh mereka ialah seperti suka berperang,
pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan
semangat asabiyah dan membunuh anak perempuan.
4. KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN
 Mereka mengamalkan semangat asabiyah.
 Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat
asabiyah yang sangat kuat.
 Semangat ini menyebabkan sering berlakunya peperangan yang berpanjangan
di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain.
 Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang
dizalimi.
 Kehidupan yang secara berpuak-puak, menyebabkan mereka ini sering
berperang sesama sendiri sama ada secara individu atau kelompok.
 Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu puak, perlindungan dan
pengaruh daripada penjajah.
5. NILAI MORAL YANG BAIK
 Walaupun dari kebanyakan aspek kehidupan masyarakat jahiliyah tidak
bertamadun, namun terdapat nilai moral atau akhlak yang dapat
memperlihatkan masyarakat jahiliah mempunyai ciri tersebut.
 Hal ini jelas dapat dilihat di mana, masyarakat jahiliyah sangat menghormati
tetamu walaupun yang datang adalah musuh sendiri.
 Selain itu, sikap berpegang teguh terhadap janji yang ditepati dan dipegang
juga memperlihatkan masyarakat jahuliah mempunyai nilai ketamadunan
dalam hidup mereka.
KESIMPULAN

 Kedatangan Islam telah merubah tamadun Masyarakat Arab. Selepas islam datang
masyarakat arab jahiliyyah telah musnah. Tamadun masyarakat arab jahiliyyah yang
buruk telah dilarang. Masyarakat arab telah menjadi sebuah masyarakat yang
bertamadun setelah kedatangan islam sehinggalah islam dikenali di seluruh pelusuk
dunia selepas pemerintahan islam yang kian meluas.

2
SOALAN 2 : JELASKAN AGAMA DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH
SEBELUM KERASULAN NABI MUHAMMAD S.A.W
PENDAHULUAN
 Zaman sebelum kedatangan Islam dikenai sebagai zaman Jahiliah, iaitu bermula dari
keruntuhan empangan maarib sehingga zaman sebelum Nabi Muhammad menjadi
Rasul.
 Masyarakat jahiliah secara umumnya merujuk kepada masyarakat yang bodoh dan
sesat dalam semua aspek kehidupan. Mereka hidup tanpa sebarang pedoman kerana
tiada kitab suci yang boleh dijadikan sebagai panduan.
 Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu kepercayaan agama dan
kepercayaan adat.
 Kepercayaan agama ialah bentuk bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab,
kepercayaan agama terbahagi kepada dua iaitu Agama Samawi (Agama Langit) yang
diturunkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan mempunyai kitab. Manakala Agama
Ardhi (agama ciptaan) yang direka oleh manusia sendiri.
 Sementara kepercayaan adat merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang
diwarisi. Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya
membentuk sebahagian daripada budaya hidup mereka.
AGAMA MASYARAKAT ARAB JAHILIYAH
1) Agama Wathani
 Agama paling dominan yang dianuti oleh majoriti masyarakat Jahiliah ketika itu ialah
agama Wathani, atau dikenali sebagai agama menyembah berhala.
 Berhala yang dibina telah diperbuat daripada batu, kayu dan emas mempunyai
pelbagai bentuk dan rupa.
 Sesetengah masyarakat Arab percaya bahawa berhala dapat memberikan manfaat,
mudarat, keberkatan dan sebagainya.
 Pada ketika itu, terdapat kira- kira 360 buah berhala disusun dengan kemas
disekeliling Kaabah
 Antara berhala yang paling terkenal ialah Al-Uzza, Al-Manat, dan Al Hubal.
2) Agama Yahudi
 Agama Yahudi juga dianuti oleh masyarakat jahiliyah khasnya Bani Israel.
 Agama ini dibawa oleh Nabi Musa bersama dengan kitab suci iaitu kitab Taurat.
 Walaubagaimanapun golongan Bani Israel telah mengubah kandungan kitab Ini demi
kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah.
3) Agama Nasrani
 Agama ini juga turut dianuti oleh masyarakat Jahiliah yang dibawa oleh Nabi Isa.
 Para penganutnya berpegang kepada ajaran kitab Injil.
 Walaubagaimanapun, isi kandungan kitab ini telah diubahsuai oleh segelintir
penganutnya untuk kepentingan peribadi.
 Mereka yang masih mengamalkan ajaran asal digelar sebagai Ahli Kitab.

3
4) Agama majusi
 Agama ini juga digelar sebagai Zoroaster dan berasal dari Parsi.
 Mereka yang menganut agama ini menyembah matahari dan api. Golongan Pendeta
agama majusi ini telah menyembah matahari sebanyak 4 kali dalam satu hari.
 Agama ini banyak mengandungi cerita khayal dan turut menghalalkan perkahwinan
ibu dengan anak serta adik-beradik.
5) Agama Hanif
 Agama ini diturunkan kepada Nabi Ibrahim penganutnya digelar sebagai Hunafa yang
beriman kepada Allah. Agama ini juga mentauhidkan Allah sebagai Tuhan yang maha
esa.
 Agama ini tidak mempunyai kitab tapi ia dipanggil sebagai suhuf.
 Antara tokoh yang menganut agama ini ialah waraqah bin Naufal dan Nabi
Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri.
KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAHILIYAH
6) Penyembahan Alam Cakerawala
 Masyarakat Jahiliyah menyembah alam cakerawala dengan memuja matahri,
binatang dan bulan.
 Misalnya pada waktu siang mereka telah memuja matahari, manakala pada waktu
malam mereka menyembah bulan. Mereka percaya matahari dapat membantu
tumbesaran tumbuh – tumbuhan agar dapat menjadi sumbar makanan binatang
ternakan.
 Selain itu, masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan ajaran sihir serta percaya
kewujudan jin dan dewa.
7) Kepercayaan Animisme dan Kepercayaan Karut
 Selain daripada agama, masyarakat Jahiliah juga mengamalkan kepercayaan
Animisme dan kepercayaan karut atau tahyul.
 Mereka menyembah objek-objek Alam sekeliling seperti batu, pokok, dan api yang
dipercayai boleh membantu mereka dalam kehidupan seharian.
 Kepercayaan yang terakir yang diamalkan masyarakat ini ialah kepercayaan tahyul
dan karut. Mereka percaya terhadap tangkal azimat, roh orang mati menjadi burung,
dan percaya kepada ahli nujum, serta menilik nasib.
KESIMPULANNYA
 Masyarakat jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas menyebabkan
mereka akan percaya dan menyembah sebarang perkara atau bentuk yang boleh
membawa keuntungan.
 Oleh itu, mereka sanggup menyembah batu pelbagai bentuk tuhan termasuklah alam
semulajadi yang dianggap boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka.

4
SOALAN 3: JELASKAN STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT ARAB JAHILIAH SEBELUM
KEDATANGAN ISLAM

PENGENALAN
 Konsep jahiliah- jahala bermaksud bodoh dan sesat
 Tempoh masa- bermula selepas runtuhnya empayar Maarib hingga Nabi Muhammad
dilantik menjadi rasul (300M-610M)
 Mengikut Quran- iaitu zaman tiada nabi, rasul dan kitab suci
 Zaman masyarakat tidak berakhlak dan tidak patuh pada syariat Allah subhanahu wa
Ta'ala
 Masyarakat jahiliah terbahagi kepada dua golongan iaitu masyarakat al Bitah (hadari)
dan masyarakat al jawahir (badwi).

ISI JAWAPAN

1)Struktur sosial-Masyarakat Badwi


 Merujuk kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar
 Kemudian tinggal di kampung dan padang pasir (Utara Tanah Arab)
 Terdiri daripada satu suku atau keturunan yang dikenali sebagai kabilah
 Mempunyai institusi sosial dan politik sendiri
 Masyarakat Badwi tidak tinggal menetap di suatu kawasan dan hidup berpindah-
randah
 Perpindahan berdasarkan aktiviti hidupan seperti pertanian, penternakan, mencari
tempat perlindungan daripada ribut pasir dan ancaman daripada kabilah lain

2) Struktur sosial-Masyarakat Hadari


 Merujuk kepada masyarakat Arab yang tinggal di bandar dan di pinggir bandar di
bahagian selatan tanah Arab
 Terdiri daripada golongan cerdik pandai dan berasal daripada keturunan bangsawan
 Mereka mempunyai hubungan yang luas dengan kabilah atau suku Arab yang lain
dalam urusan perdagangan
 Mereka memiliki kemewahan kesenangan hidup dan tinggal menetap
 Menjalankan aktiviti perdagangan, pertanian dan pertukangan
 Tinggal di kawasan utama iaitu Mekah, Taib, yathrib (Madinah), Yaman

3) Struktur sosial-Sistem Kabilah


 Sistem masyarakat Arab adalah berdasarkan sistem kabilah
 Dalam setiap kabilah, terdapat beberapa unit tertentu
 Kabilah mempunyai sistem pentadbiran masyarakat yang tersendiri
 Susunan kabilah bermula daripada a’ilah, Fasilah, Banu, Fakhidh, Batni, Imarah,
Qabilah
 Penyatuan dalam kalangan anggota kabilah berdasarkan pertalian darah dan
keturunan

4) Struktur sosial- status seseorang individu

5
 Status bergantung kepada kedudukan kabilah
 Seseorang dan dipandang tinggi jika dia daripada kabilah yang berkedudukan tinggi
 Kebolehan yang dimiliki seseorang individu menentukan status nya
 Seperti berpidato, bersyair dan bermain senjata
 Sementara kaum wanita pula dipandang rendah dan hina

KESIMPULAN
 Struktur masyarakat Arab jahiliah membawa kepada permusuhan dan peperangan
 Keadaan menyebabkan sistem politik menjadi huru-hara
 Sistem ekonomi juga menjadi tidak teratur kerana amalan mencuri dan merompak
merupakan satu amalan pekerjaan
 Struktur ini berubah selepas penyebaran agama Islam semangat asabiah diganti
dengan perpaduan ummah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW

6
SOALAN 4 : BANDINGKAN CIRI-CIRI MASYARAKAT ARAB DARI SUDUT POLITIK, EKONOMI,
AGAMA DAN KEPERCAYAAN SERTA SOSIAL SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
PENGENALAN
Sebelum kedatangan islam
 Masyarakat arab terdiri daripada dua kelompok masyarakat iaitu masyarakat Hadari
dan masyarakat badwi
 Terdiri daripada pelbagai suku seperti Bani Hasyim,Bani ‘Adi,Bani Ta’im,Bani
Umayyah
Selepas kedatangan islam
 Terdiri daripada golongan muhajirin iaitu masyarakat islam yang berhijrah dari
Makkah ke Madinah dan golongan Ansar iaitu penduduk asal Madinah yang terdiri
daripada suku Aus dan Khazraj yang telah dipersaudarakan oleh Nabi Muhammad
s.a.w.

ISI JAWAPAN
1) POLITIK
SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

 Kebanyakan kerajaan yang wujud pada zaman kedatangan islam adalah tidak bersatu
dan tidak sistematik kecuali Makkah kerana terdapat Darul Nadwah yang merupakan
jabatan pentadbiran yang dipimpin oleh syeikh.
 Hal ini kerana kebanyakan wilayah-wilayah arab selatan dijajah dan diganggu gugat
oleh kuasa asing sperti Rom dan Parsi di wilayah utara).
 Manakala wilayah disebelah selatan dijajah oleh kerajaan Habsyah,Rom dan Parsi
 Masyarakat arab jahiliyah mengamalkan sistem berkabilan dan taksub kepada
assabiyah
 Diketuai oleh syeikh kabilah
SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

 Islam menekankan konsep ummah,masyarakat tanpa merujuk kaum dan kelas


 Mengamalkan sistem pemerintahan yang teratur
 Pemerintahan berlandaskan Al-Quran dan Hadis
 Kerajaan islam Madinah mewujudkan Piagam Madinah
2)EKONOMI
SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

 Puak Quraisy Makkah cuba mengeksploitasi perdagangan satu hala dengan


mengenakan tekanan terhadap kaum Badwi
 Masyarakat arab jahiliyah juga menjalankan aktiviti perdagangan yang bertentangan
dengan islam seperti menjual berhala,amalan riba,menipu dan menjadikan aktiviti
merompak sebagai sumber ekonomi mereka

7
 Selepas keruntuhan empangan Maarib ekonomi masyarakat jahiliyah dalam kegiatan
pertanian semakin merosot kerana mereka tiada pengetahuan untuk membina
semula empangan tersebut

SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

 Selepas kedatangan islam,masyarakat arab mengikut syariat islam dan berjaya


menghapuskan riba,menggalakan perdagangan tanpa penipuan dan penindasan
 Dasar ekonomi islam mula diperkenalkan dan masyarakat arab pada ketika itu
digalakan untuk melakukan kegiatan pertanian dan perniagaan yang mampu
memajukan ekonomi serta dapat mengatasi kegiatan monopoli orang yahudi dalam
ekonomi

3) AGAMA DAN KEPERCAYAAN


SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

 Masyarakat menganuti pelbagai jenis agama dan kepercayaan,agama yang paling


dominan adalah agama wathani atau penyembahan berhala
 Antara patung-patung berhala yang disembah ialah al latt,al uzza,al manat dan
lain-lain
 Terdapat juga masyarakat yang menganuti agama hanif iaitu agama yang dibawa
oleh nabi Ibrahim dan diamalkan oleh masyarakat yang mengtauhidkan Allah
seperti nabi Muhammad s.a.w sendiri sebelum menerima wahyu
 Terdapat agama lain yang dibawa oleh nabi isa seperti agama nasrani atau
kristian dan terdapat juga agama yahudi yang dibawa oleh nabi musa tapi
malangnya ia diselewengkan
 Kepercayaan adat,animism,tahyul juga merupakan pegangan masyarakat
sebelum kedatangan islam.
SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

 Kepercayaan kepada Allah s.w.t iaitu mentauhidkan Allah dan mengakui kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi terakhir
 Melakukan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara-perkara yang
dilarang serta mengamalkan prinsip-prinsip rukun iman dan rukun islam

4) SOSIAL/HUBUNGAN MASYARAKAT
SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

 Masyarakat arab jahiliyah hidup terpisah dalam hubungan dan bani masing-masing
 Mereka mengamalkan hidup berkabilah dan asabiyah
 Masyarakat jahiliyah juga minum arak, berjudi, berzina

8
 Amalan membunuh bayi2 perempuan dan memandang rendah terhadap golongan
wanita.
 Amalan perhambaan juga berlaku, bahkan hamba dijual beli.

SELEPAS KEDATANGAN ISLAM

 Masyarakat islam madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah


islamiyah tanpa mengira kaum dan suku berdasarkan ikatan persaudaraan islam
 Islam memperkenalkan cara hidup yang berlandaskan Islam seperti menghapuskan
amalan membunuh bayi perempuan, menyamatarafkan kedudukan manusia dengan
menghapuskan amalan perhambaan.
 Kedudukan wanita turut diangkat dan dimuliakan.
 Amalan berzina, berjudi dan minum arak dihapuskan.

KESIMPULAN

 Islam telah menukarkan cara hidup masyarakat arab jahiliyah daripada menyembah
berhala kepada menyembah Allah,daripada berakhlak buruk kepada akhlak yang
mulia dan berperikemanusian. Islam telah membawa masyarakat arab jahiliyah
kepada sebuah masyarakat yang bertamadun.

9
SOALAN 5 : JELASKAN KONSEP UMMAH DAN BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG
DILAKUKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW UNTUK MENYATUPADUKAN MASYARAKAT
ISLAM DAN BUKAN ISLAM DI MADINAH.

PENGENALAN

 Pd. Zaman Nabi Muhammad, ummah merangkumi semua masyarakat tanpa mengira
Islam atau bukan Islam selagi mereka mematuhi Piagam Madinah
 Ummah di Madinah terbahagi kpd 3 golongan iaitu Ansar, Muhajirin dan Yahudi
 Umumnya, terdapat pelbagai langkah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw
untuk menyatupadukan masyarakat Islam dan bukan Islam di Madinah.

ISI JAWAPAN
1)KONSEP UMMAH

 Konsep ummah ialah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud rakyat,umat
atau masyarakat manusia. Umat juga bermmaksud pengikut sesuatu agama atau
nabi.
 Dalam konteks di Madinah, ummah merujuk kepada seluruh warga kota Madinah
iaitu masyarakat Islam daripada golongan Muhajirin dan Ansar serta masyarakat
bukan Islam yang majoritinya berbangsa Yahudi namun berada di bawah kepimpinan
Nabi Muhammad saw.
 Konsep ummah dalam konteks piagam Madinah ialah masyarakat yang mematuhi
undang-undang negara Islam. Apabila Yahudi disingkirkan dari Madinah, maka
konsep ummah terbatas kepada umat Islam sahaja.
LANGKAH2 PENYATUAN UMMAH
1. MEMPERKUKUHKAN PENYATUAN KAUM ANSAR DAN MUHAJIRIN
 Pada zaman ini, Nabi Muhammad saw telah memperkukuhkan penyatuan
golongan Muhajirin dan Ansar melalui semangat persaudaraan Islam yang
mendalam sehingga mereka tidak merasakan adanya perbezaan.
 Misalnya, nabi telah melantik kedua-dua golongan tersebut dalam pelbagai
bidang seperti bidang pentadbiran, ketenteraan, utusan diplomatik dan
sebagainya.
 Oleh itu, jelaslah bahawa dengan penyatuan ini telah menyebabkan umat
Islam telah menjadi golongan majoriti di Madinah. Keadaan ini telah
menambahkan lagi jaminan keutuhan dan kekuatan umat dan agama Islam.

2. MEMPERKASA FUNGSI MASJID SEBAGAI PUSAT PENYATUAN UMMAH


 Pada peringkat awal nabi telah mendirikan masjid yang berfungsi sebagai
pusat ibadat dan tempat pertemuan masyarakat bagi membincangkan hal-
hal semasa termasuk hal agama, politik, ekonomi dan sosial.

10
 Sebagai contoh, Masjid Quba dan Masjid Nabawi merupakan masjid yang
telah dibina oleh nabi pada peringkat awal.
 Justeru itu, masjid juga berperanan sebagai tempat asas pertemuan dalam
pembentukan ummah di Madinah yang bersatu padu.
 Jelaslah dengan ini bahawa masjid dapat meyatupadukan ummah dengan
lebih efektif.
3. MENJADIKAN AL-QURAN SEBAGAI ASAS PENYATUAN UMMAH
 Bagi memastikan kejayaan dalam pembentukan dan penyatuan masyarakat di
Madinah, Nabi Muhammad saw telah menjadikan al-Quran sebagai dasar
dan panduan dalam mentadbir negara.
 Misalnya, keadilan dijadikan asas dalam segala bentuk Tindakan melalui
rujukan al-Quran.
 Dengan ini, jelaslah bahawa dasar ini dapat melahirkan masyarakat yang
bersatupadu tanpa mengira bangsa dan agama. Keadaan ini telah
memudahkan pembentukan ummah di Madinah.

4. PENGUATKUASAAN PIAGAM MADINAH


 Nabi Muhammad saw telah menggubal dan menguatkuasakan Piagam
Madinah kepada seluruh warga Madinah. Perlembagaan ini mampu
memperkukuhkan perpaduan pelbagai kaum dan agama kerana undang-
undang yang terkandung dalam Piagam Madinah menjadi asas dan teras
kepada pembinaa masyarkat Madinah yang Bersatu.
 Antara prinsip dan dasar terpenting dalam Piagam Madinah ialah
pembentukan ummah. Misalnya, dalam fasal 25 diperuntukkan bahawa
‘Orang Yahudi Bani ‘Auf merupakan ummah bersama orang-orang mukmin.’
 Golongan bukan Islam khususnya Yahudi dan Nasrani menerima status
mereka sebagai zimmi dan patuh kepada Perlembagaan Madinah.
 Jelaslah dengan ini bahawa keadaan ini telah memberi peluang kepada
pembentukan masyarakat Madinah yang bersatu di bawah pemerintahan
Islam.

KESIMPULAN

 Pembentukan ummah telah mencerminkan kewibawaan Nabi Muhammad


saw sebagai seorang pemimpin dalam menyatukan penduduk Islam Madinah
yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
 Penyatuan ummah masih diteruskan oleh khalifah-khalifah pada zaman
Khalifah al-Rasyidin yang diperintah oleh para sahabat nabi sendiri selepas
kewafatan nabi.

11
SOALAN 6 : JELASKAN GOLONGAN MASYARAKAT YANG TERDAPAT ZAMAN KHULAFA AR
RASYIDIN
PENGENALAN

 Kerajaan Khalifah ar-Rasyidin bermula pada tahun 632M apabila Abu Bakar al-Siddiq
dipilih sebagai Khalifah pertama. Kerajaan ini dipimpin oleh empat orang sahabat
nabi iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (632-634), Khalifah Umar al-Khattab (634-644),
Khalifah Uthman bin Affan (644-656) dan Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661).
 Gelaran Khalifah ar-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model
kepimpinan nabi. Pemerintahan Khalifah ar-Rasyidin berlangsung selama 29 tahun
iaitu bermula tahun 632 hingga 661 M.
 Konsep masyarakat – kumpulan manusia yang hidup bersama pada sesuatu tempat
dengan aturan dan cara hidup tertentu. Mereka menganut pelbagai kepercyaan dan
menampilkan adat resam serta budaya tersendiri.
 Demografi masyarakat Islam zaman Khalifah ar-Rasyidin terdiri daripada masyarakat
Arab dan bukan Arab. Masyarakat Arab termasuk golongan Muhajirin, Ansar dan Al
Ahyam. Manakala masyarakat bukan Arab termasuk kaum Parsi dan Qibti.
 Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, wilayah Islam semakin luas hingga ke Iraq,
Syam dan Mesir. Situasi ini mempengaruhi corak masyarakat Islam.
ISI JAWAPAN
1. Golongan Arab
 Terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab Selatan.
 Rasulullah saw telah berjaya menyatupadukan masyarakat Arab seperti kaum
Muhajirin dengan Ansar. Pembukaan Kota Mekah telah menyebabkan Arab
Quraisy menerima Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada negara
Islam.
 Di zaman Khalifah ar-Rasyidin, orang Arab Madinah dan Arab Quraisy
merupakan golongan yang penting membantu pentadbiran negara.
 Contoh: Zaman Khalifah Abu Bakar- Khalid al-Walid dan Amru al-As
merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi golongan ar-Riddah.
Zaman Khalifah Umar al-Khattab- melantik enam orang para sahabat seperti
Ali bin Abi talib, Uthman bin Affan dan Zubir bin al-Awwam sebagai ahli Majlis
Syura. Zaman Khalifah Uthman bin Affan- keluarga Bani Umaiyyah diberikan
jawatan penting seperti Marwan al-Hakkam dan Muawiyyah bin Abu Sufyan.

2. Golongan ar-Riddah
 Golongan ar-riddah merupakan golongan terlibat dalam gerakan anti kerajaan
Islam. Mereka muncul selepas kewafatan nabi dan ketika zaman
pemerintahan Khalifah Abu Bakar. Terdiri daripada tiga golongan.

12
 Pertama, golongan murtad. Mereka terdiri daripada kabilah-kabilah Arab yang
menerima Islam dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik daripada
negara Islam. Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan
jahiliah.
 Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah
supaya mereka kembali kepada ajaran Islam. Pasukan tentera Islam telah
berjaya mengalahkan golongan ini dan mereka kembali semula kepada ajaran
Islam.
 Kedua, golongan enggan membayar zakat. Mereka berpendapat zakat
merupakan cukai yang hanya dibayar kepada nabi Muhammad saw. Mereka
terdiri daripada penduduk Bahrain, Yamamah dan Hijrah. Di Yamamah
golongan ini diketuai oleh Abdul Malik bin al- Mughirah.
 Ketiga, golongan nabi palsu dan pengikutnya. Nabi-nabi palsu ini seperti Sajah
dan Musailammah al-Kazab merupakan nabi palsu yang berpengaruh. Mereka
mendakwa menerima wahyu. Tujuannya untuk mendapatkan pengaruh dan
kepentingan peribadi. Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40,000
orang yang berpusat di Yamamah.
 Khalifah Abu Bakar mengambil tindakan diplomasi dengan menghantar para
pendakwah dan disusuli tindakan tegas dengan menghantar sebelas pasukan
tentera agar mereka kembali kepada Islam. Sebahagian mereka bertaubat
dan kembali ke pangkal jalan seperti Tulaihah al-Khuwailid manakala yang
ingkar berjaya dihapuskan melalui ekspedisi ketenteraan.

3. Golongan al Ahyam
 Golongan ini wujud zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.
 Khalifah Umar telah menguasai dan membuka tanah di wilayah Iraq, Syam
dan Mesir. Peneroka –peneroka yang membantu tentera Islam menewaskan
musuh di medan perang, khususnya di Iraq diberi layanan Istimewa oleh
khalifah.
 Mereka digelar al Ahyam dan jumlah mereka seramai 12,000 orang. Antara
pemimpin mereka termasuk al-Ashtar, Malik bin Harith, Hijr bin Adi al-Khindi
dan Yazid bin Qais.
 Peneroka-peneroka yang menyertai pasukan tentera Islam membuka tanah
dan menetap di wilayah Iraq dibahagikan kepada tiga golongan iaitu al
Ahyam, Muhajirin dan Ansar serta bekas golongan murtad.
 Al Ahyam terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku Syaiban. Mereka
diberi kuasa mentadbir ladang-ladang dan tanah di wilayah Iraq termasuk
memungut sebahagian cukai kharaj sebagai mengenang jasa terhadap
kerajaan Islam.

4. Golongan al Qurra
 Golongan ini berasal dari al Ahyam yang diberi amanah dan kuasa untuk
mentadbir tanah di Iraq.

13
 Mereka menggelarkan diri sebagai al Qurra (orang-orang kampung) bagi
menjaga status dan membezakan daripada golongan al Ahyam yang lain
terutama bekas golongan murtad.
 Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, sebahagian mereka memberontak
kerana isu pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai kharaj di wilayah
Iraq oleh puak-puak Quraisy dan ketua-ketua kabilah yang menyokong polisi
Khalifah Uthman. Golongan ini dipercayai bertanggungjawab terhadap
pembunuhan Khalifah Uthman .
 Mereka memberikan sokongan kuat kepada Khalifah Ali bin Abi Talib
terutama dalam Perang Jamal dan Perang Siffin.
 Setelah tamat Perang Jamal, golongan al Qurra berpaling tadah dan
menentang Khalifah Ali. Mereka kemudian dikenali sebagai golongan
Khawarij.

5. Golongan Khawarij
 Mereka asalnya daripada bekas tentera Khalifah Ali bin Abi Talib dalam
Perang Jamal dan Perang Siffin.
 Namun mereka tidak bersetuju dengan tindakan Khalifah Ali menerima
perdamaian dan Majlis Tahkim dengan tentera Muawiyyah, gabenor Damsyik
dalam Perang Siffin.
 Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri mereka
sebagai khawarij. Mereka berpendapat perpecahan umat Islam harus
dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah bin Abu Sufyan dan
Amru al-As (wakil Muawiyyah dalam Majlis Tahkim).
 Golongan khawarij melancarkan gerakan menghapuskan ketiga-tiga
pemimpin berkenaan dan hanya berjaya membunuh Khalifah Ali. Mereka
telah melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani Umayyah pimpinan
Muawiyyah.

KESIMPULAN

 Masyarakat yang wujud pada zaman Khalifah al-Rasyidin semakin kompleks seiring
dengan dasar peluasan wilayah.
 Berlaku perkembangan pelbagai budaya, bahasa dan adat.
 Masyarakat pelbagai bangsa dan keturunan ini berjaya disatukan melalui
pembentukan ummah berdasarkan aqidah Islamiah.

14
SOALAN 7 : BINCANGKAN PERANAN GOLONGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR SELEPAS
BERLAKUNYA PENGHIJRAHAN NABI MUHAMMAD SAW KE KOTA MADINAH.

PENGENALAN

 Nabi Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat
manusia tentang ajaran Islam.
 Baginda ialah Nabi dan Rasul terakhir.Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul
selepasnya. Baginda telah berjaya mernbentuk sebuah masyarakat (ummah) dan
negara Islam di Madinah.
 Golongan Muhajirin merupakan pengikut Nabi Muhammad SAW yang berhijrah dari
Makkah ke Madinah.Istilah Muhajirin berasal daripada perkataan hijrah,
penghijrahan; orang yang berhijrah dipanggil al-Muhajir (secara jamak: al-Muhajirin).
 Di Madinah, golongan Muhajirin mendapat pertolongan dari segi fizikal dan moral
daripada golongan Ansar.
 Golongan Ansar ialah penduduk Madinah, khususnya daripada kaum Aus dan Khazraj
yang telah memeluk agama Islam.Mereka membantu Nabi Muhammad SAW
sebelum dan selepas berhijrah ke Madinah.
 Golongan Ansar bersama Muhajirin telah menegakkan negara Islam
Madinah.Golongan Ansar banyak berkorban, sama ada dari segi harta benda, tenaga
dan jiwa raga untuk mengembangkan agama Islam.

ISI JAWAPAN

PERANAN GOLONGAN MUHAJIRIN

1) MEMBANTU NABI MUHAMMAD DALAM BIDANG PENTADBIRAN

 Peranan golongan muhajirin ialah sebahagian golongan ini telah menjadi ahli majlis
syura tertinggi di Madinah.
 Golongan Muhajirin juga merupakan pembantu utama Nabi Muhammad SAW dalam
jentera pentadbiran negara Madinah.
 Contohnya,antara yang terlibat dalam jentera pentadbiran ialah Abu Bakar As-
Siddiq,Umar al-Khattab dan lain-lain lagi.
 Mereka juga terlibat dalam penggubalan Piagam Madinah yang merupakan
perlembagaan Islam Madinah.
 Oleh itu,pentadbiran di negra Islam Madinah menunjukkan pentadbiran yang lebih
teratur dan sistematik.

2) MEMBANTU NABI MUHAMMAD DALAM GERAKAN DAKWAH DAN DIPLOMATIK

 Golongan muhajirin menjadi guru-guru agama dan pendakwah serta


mengembangkan agama Islam ke luar Kota Madinah.

15
 Sebahagian mereka dilantik sebagai utusan dakwah dan utusan diplomatik untuk
memperkenalkan islam kepada para pemimpin dan raja di dalam dan di luar
Semenanjung Tanah Arab.
 Mereka juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara luar.
 Contohnya,Amru bin Umayyah telah menjadi utusan dakwah ke Habsyah,Dahiyah bin
Khalifah ke Rom dan Abdullah bin Huzaifah ke Parsi.
 Hubungan diplomatik yang dijalinkan ini telah meningkatkan imej dan pengaruh
negara Islam Madinah.

PERANAN GOLONGAN ANSAR

3) MEMBANTU GOLONGAN MUHAJIRIN

 Golongan Ansar sudi menerima dan membantu golongan Muhajirin yang datang ke
Madinah dari Mekah dalam keadaan sehelai sepinggang.
 Mereka telah menyumbangkan pelbagai bentuk bantuan sosio-ekonomi kepada
golongan Muhajirin.
 Contohnya,golongan Ansar menyediakan tempat
tinggal,makanan,keselamatan,modal untuk berniaga malahan ada yang sanggup
menceraikan salah seorang isteri bagi membolehkan golongan Muhajirin
mengambilnya sebagai isteri.
 Penerimaan golongan Muhajirin sebagai saudara seagama telah membantu
Rasulullah SAW merealisasikan ukhuwah Islamiah yang dianjurkan oleh Islam.

4) MENYUMBANGKAN HARTA BENDA DAN BUAH FIKIRAN

 Sebagai penduduk tempatan,mereka turut menyumbangkan harta benda dan buah


fikiran dalam menjayakan perjuangan dan perkembangan Islam termasuk menyertai
peperangan jihad.
 Sebagai contoh, Salman al-Farisi mencadangkan pembinaan parit dalam Perang
Khandak.
 Lain daripada itu,golongan Ansar juga menyumbangkan harta benda dalam
menghadapi serangan musuh dalam siri peperangan Uhud dan Khandak.
 Tegasnya, mereka telah memainkan peranan penting dalam merperjuangkan dan
membangunkan negara Islam Madinah.

KESIMPULAN

 Kedua-dua golongan Muhajirin dan Ansar mempunyai peranan tersendiri selepas


penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah.
 Masing-masing memainkan peranan penting yang menjadi tulang belakang dan
gandingan mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W di
Madinah.
 Walau bagaimanapun,selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,golongan Muhajirin
lebih menyerlah apabila di kalangan mereka dilantik menjadi khalifah-khalifah untuk
memimpin umat dan negara Islam.

16
SOALAN 8 : NABI MUHAMMAD SAW BUKAN SAHAJA SEORANG NABI DAN RASUL, BAHKAN
JUGA MERUPAKAN SEORANG NEGARAWAN. BINCANGKAN.

PENGENALAN
 Baginda telah dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun gajah
dan berketurunana Bani Hasyim dari puak Quraisy.
 Ayahnya telah meninggal dunia ketika baginda masih didalam kandungan ibunya
dan ketika berusia 6 tahun bondanya Siti Aminah telah meninggal dunia.
 Kemudian baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib dan pernah menjadi
pengembala kambing. Pada usia 12 tahun baginda sering mengikuti rombongan
perdagangan Makkah ke Syam.
 Nabi Muhammad telah digelar dengan Al-Amin kerana sifat yang jujur
 Baginda telah berkahwin ketika berusia 25 tahun dengan Siti Khadijah binti
Khuwalid yang berusia 40 tahun.
 Setiap tahun baginda akan mengasingkan diri di Gua Hirak selama sebulan dan
benginda menerima wahyu pertama iaitu Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada
17 Ramadhan 610 M.

ISI JAWAPAN
NABI MUHAMMAD SAW SEBGAI NABI DAN RASUL
1. NABI & RASUL
 Baginda diakui sebagai Nabi dan Rasul melalui 3 cara iaitu menerusi kitab-kitab suci
seperti al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur serta baginda turut menerima wahyu dari
Allah swt dan melalui bukti-bukti sejarah.
 Baginda memiliki sifat-sifat mulia seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
 Tanda-tanda kenabian pada Nabi Muhammad saw adalah ketika beliau masih
kanak-kanak iaitu sewaktu dada baginda dibelah oleh Malaikat Jibril dengan
menggunakan air zamzam suci dari segala titik hitam.
 Baginda berdakwah berpandukkan wahyu yang diturunkan oleh Allah swt dan
ajaran dari al-Quran.
 Terdapat beberapa golongan yang menerima dakwah dan ajaran yang disampaikan
oleh Baginda kerana sifatnya yang lemah lembut, penyabar, bertoleransi, tegas dan
berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama tentang aspek akidah.
 Contohnya, Nabi Muhammad saw menjalankan aktiviti dakwahnya dengan penuh
dedikasi dan tidak pernah cuba menunjuk pelbagai mukjizat yang dianugerahkan
Allah swt
 Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar yang pernah dikurniakan Allah swt kapada
Nabi Muhammad saw.

17
NABI MUHAMMAD SEBAGAI NEGARAWAN
2. PEMIMPIN POLITIK
 Baginda mendirikan negara Islam dan menjadi ketua negara Islam di Madinah.
 Berjaya mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin Yathrib melalui
Perjanjian Aqabah.
 Baginda turut memperkenalkan sistem Syura atau Musyawarah untuk dilaksanakan
dalam semua bidang politik dan ekonomi.
 Baginda boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya
menghantar perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan Mesir.

3. PEMIMPIN MASYARAKAT
 Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan
keturunan.
 Menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan
Ansar.
 Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah( Ansar, Muhajirin, Yahudi)
seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
 Menghapuskan batas-batas perbezaan kaum iaitu diskriminasi melalui konsep
Ummah
.
4. PEMIMPIN TENTERA
 Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan dan
telah menjadi pemimpin dalam ekspedisi ketenteraan yang disertainya.
 Dalam bidang ketenteraan, asas kepimpinan Baginda ialah akidah, syariat dan
akhlak yang mulia.
 Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah swt
 Baginda mengamalkan sikap amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam
menghadapi musuh.
 Sebagi contoh, Baginda telah membahagikan harta rampasan perang secara adil
kepada sahabat-sahabat yang menyertai peperangan dan tidak melakukan
pencerobohan terhadap musuh yang sudah lari dari medan perang atau kaum-kaum
yang lemah.
 Baginda turut merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam
ketenteraan.
 Baginda berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan
kepada pasukan tentera Islam.

KESIMPULAN
 Nabi Muhammad saw bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul yang disegani tetapi
merupakan seorang pemimpin yang berjaya dalam pelbagai bidang.
 Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi oleh khalifah-khalifah
selepasnya.
 Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad saw telah dicontohi dan diikuti oleh para
sahabat yang menjadi khalifah padaa zaman Khulafa al-Rasyidin

18
SOALAN 9 : HURAIKAN CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI KETUA
NEGARA ISLAM MADINAH
PENGENALAN
 Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW bermula selepas kebangkitan baginda sebagai
rasul dan pemimpin agama.
 Nabi Muhammad SAW mempunyai ciri kepimpinan terpuji dan sifat-sifat inilah yang
menjadi asas kepemimpinannya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai
pemimpin umat dan negara Madinah.
 Pegangan dan teras kepada kepemimpinan Nabi Muhammad SAW ialah wahyu
(al-Quran).
 Dalam sejarah ketamadunan Islam, kepemimpinan Nabi Muhammad SAW menjadi
qudwah (ikon) dan ikutan serta menepati ciri-ciri kepemimpinan ideal sepanjang
zaman.
ISI JAWAPAN
1) SIDDIQ
 Bermaksud benar tutur kata dan tingkah laku. Sifat benar wajib ada pada rasul dalam
semua perkara sama ada percakapan, perbuatan mahupun hati. Apa-apa yang
dibawa Nabi Muhammad SAW adalah benar dan dibenarkan kata-kata.
 Buktinya Nabi mengotakan janji dengan membebaskan sebahagian tawanan perang
Badar setelah mereka menepati syarat penebusan diri iaitu berjaya mengajar kanak-
kanak Islam membaca dan menulis.

2) AMANAH
 Bermaksud para nabi rasul wajib menunaikan Amanah yang dipertanggungjawabkan
kepadanya sekalipun harus mengorbankan jiwa raga.
 Nabi Muhammad SAW digelar al-Amin (seseorang yang dipercayai dan Amanah)
 Tidak diragukan bahawa sifat Amanah dan keluhuran budi nabi menjadi penyumbang
utama kepada penyebaran risalah Islam.
 Buktinya nabi sentiasa mematuhi isi kandungan Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai
bersama antara penduduk Madinah dan Musyrikin Makkah.

3) TABLIGH
 Para rasul wajib menyampaikan (tabligh) apa-apa yang yang diterima (wahyu)
daripada Allah SWT kepada seluruh manusia tanpa disembunyikan.
 Nabi Muhammad SAW tetap menyampaikan walaupun menghadapi pelbagai
rintangan dan ancaman.
 Nabi Muhammad SAW menyampaikan segala ajaran, peringatan, hukum-hukum,
berita gembira dan buruk kepada umatnya.
 Nabi menghantar utusan dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab, sekaligus
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya, Nabi
mengutuskan Muaz bin Jabal dan Abu Musa menjalinkan hubungan diplomatik dan
seruan dakwah dengan kerajaan Yaman.

19
4) FATONAH
 Bermaksud kepintaran, kecerdikan dan kebijaksanaan. Setiap rasul wajib bersifat
Fatanah terutamanya dalam memahami ajaran Allah SWT.
 Para rasul dianugerahkan kekuatan ingatan dan ketajaman akal bagi
menyempurnakan tugas menyampaikan ajaran Islam termasuk menghapuskan
kekeliruan, menegakkan iman dalam hati manusia, menyatakan hukum-hukum dan
menghadapi perbahasan dan perbincangan sengit dengan musuh-musuh.
 Nabi berjaya menghadapi golongna Yahudi dan Munafikin serta membalas hujah-
hujah mereka dengan pertolongan wahyu.

5) BERAKHLAK MULIA
 Nabi Muhammad SAW seorang yang berakhlak mulia dan mengikut ajaran dalam al-
Quran.
 Nabi menunjukkan sifat sebenar iaitu lemah lembut, sabar, cekal, merendah diri,
pemaaf, dan sebagainya.
 Buktinya, Nabi memaafkan dan bebaskan penduduk Makkah semasa peristiwa Fathul
Makkah meskipun mereka merupakan musuh, penentang tegar dan pernah
melakukan kezaliman terhadap umat Islam.
 Akhlak mulia Nabi terserlah apabila baginda tidak menjatuhkan hukuman bunuh
terhadap tawanan Perang Badar, sebaliknya dikehendaki mengajar kanak-kanak
Islam membaca dan menulis sebagai syarat menebus diri.
 Sifat ini berjaya melembutkan hati sebahagian musuh dan akhirnya mereka
menganut Islam secara sukarela.

6) BERANI
 Dalam menegakkan agama Allah, Nabi tidak pernah takut kepada pihak musuh
walaupun bilangan mereka ramai berbanding umat Islam.
 Buktinya, Nabi memimpin kebanyakan ekspedisi ketenteraan seperti Perang Badar,
Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk.
 Asas kepemimpinan ketenteraan Nabi berdasarkan kepada akidah, syariat dan
akhlak.
 Nabi menanamkam semangat jihad sebagai instrumen mempertahankan kedaulatan
Islam dan penyebaran dakwah.

7) TEGAS
 Nabi mengambil tindakan tegas terhadap kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam
Madinah.
 Bani Qainuqa’ diusir dari Madinah kerana menjatuhkan maruah seorang wanita Islam
dan memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar.
 Bani Nadhir diusir kerana merancang komplot jahat untuk membunuh Nabi.
 Bani Quraizah diusir kerana bersekongkol dengan tentera Musyrikin Makkah dalam
Perang Ahzab.

20
8) BERPANDANGAN JAUH
 Nabi Muhammad SAW menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiah termasuk
bersetuju dengan fasal menghantar semula penduduk Makkah yg berhijrah ke
Madinah tanpa kebenaran wali mereka.
 Tindakan tersebut merupakan strategi dakwah yang berakhir dengan peristiwa Fathul
Makkah yang merupakan kejayaan total umat Islam.

9) ADIL DAN SAKSAMA


 Nabi Muhammad SAW memperkenalkan sistem ekonomi Islam yang berpaksikan
kepada kebajikan dan keadilan serta menghapuskan segala bentuk penindasan.
 Melaksana dan menguatkuasakan segala peraturan dan hukuman tanap mengira
agama dan nasab.
 Buktinya, keadilan dalam hukuman potong tangan terhadap pencuri walaupun jika
pencuri itu ialah Fatimah R.H, anak kesayangan Nabi sendiri.
 Nabi membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada tentera yang terlibat.
 Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi memberi keadilan kepada semua warga
untuk menganut dan mengamalkan amalan agama masing-masing.

10) BERILMU PENGETAHUAN DAN BIJAKSANA


 Nabi Muhammad SAW berjaya menggubal Pagam Madinah bersumberkan wahyu
dan norma-norma masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak.
 Kesemua 47 fasal dalam Piagam Madinah dipersetujui penduduk Madinah yang
berbilang agama dan kaum.
 Nabi bijak mengatur strategi bagi menghadapi ancaman musuh.
 Nabi menggunakan taktik menguasai lokasi strategik dalam Perang Badar dan strategi
bertahan dalam Perang Khandak yang berakhir dengan kemenangan tentera Islam.
 Nabi merupakan perancong ekonomi apabila berjaya menggalakkan penglibatan
umat Islam dalam kegiatan ekonomi terutamanya perniagaan, pertanian,
perdagangan antarabangsa serta menghapuskan monopoli peniaga Yahudi. Nabi
mengharamkan riba secara mutlak dalam muamalat dan aktiviti perekonomian.

11) TOLERANSI DAN KETERBUKAAN


 Nabi mengamalkan sikap toleransi dan keterbukaan meskipun terhadap musuhnya.
 Nabi sedia memaafkan golongan Musyrikin Makkah yang menentang perjuangan
Islam.
 Nabi memperkenalkan etika perang yang menyerlahkan sifat toleransi kepada musuh
Islam untuk membuktikan sikap tentera Islam yang berdisiplin dan menafikan
tanggapan bahawa tentera Islam berperang kerana dendam dan mementingkan
habuan dunia.
 Sifat toleransi Nabi terserlah apabila baginda memulangkan semula harta benda yang
ditawan kepada pihak musuh dalam Perang Hunain dan Taif.
 Nabi mengamalkan sifat keterbukaan dalam pentadbiran seperti mengasaskan sistem
syura atau musyawarah dalam pentadbiran negara.

21
 Contohnya, Nabi bermesyuarat dengan para sahabat tentang hukuman yang wajar
terhadap tawanan Perang Badar.
 Dalam Perang Uhud, timbul persoalan apakah lebih baik bertahan di Madinah atau di
luar. Para sahabat memberi pendapat supaya keluar menentang musuh di luar
Madinah sedangkan berpendapat lebih baik bertahan di Madinah. Nabi menerima
pandangan sahabat tersebut.
 Dalam Perang Khandak, Nabi berpendapat lebih baik berdamai dengan musuh
dengan membayar satu pertiga hasil buah tamar Madinah. Cadangan Nabi tidak
dipersetujui oleh Sa’ad bin Mu’az bin Ubadah, ketua golongan Ansar dan dalam kes
ini Nabi menerima idea Salman al-Farisi yang mencadangkan pembinaan parit bagi
menghadapi tentera Musyrikin Makkah dalam Perang Khandak.

12) MAHIR BERPOLITIK


 Nabi Muhammad SAW mengasaskan hubungan diplomatik dengan negara luar.
 Tindakan ini telah berjaya mengukuhkan pengaruh kerajaan Islam Madinah di
samping menyebarluas dakwah Islamiah ke seluruh pelosok Semenanjung Tanah
Arab.
 Menggunakan kaedah diplomasi dengan menghantar perutusan dan warkah kepada
pemimpin luar.
 Al’a bin Hadrami dihantar Nabi Muhammad SAW sebagai wakil membawa surat
kepada Munzir bin Sawa (S’adi), Raja Bahrain. Raja Munzir berbesar hati menerima
utusan itu dan memeluk Islam.

KESIMPULAN
 Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW di Madinah telah menonjolkan baginda
sebagai negarawan berkarismatik dan pemimpin politik yang berjaya.
 Ciri-ciri kepemimpinan Nabi telah berjaya membina masyarakat pelbagai kaum yang
bersatu padu dan menjadikan Madinah sebuah kerajaan yang kukuh dan disegani.
 Kejayaan kepemimpinan Nabi Muhammad SAW menyebabkan baginda diiktiraf
sebagai tokoh negarawan paling berpengaruh dalam sejarah oleh sejarawan Barat.

22
SOALAN 10 : HURAIKAN STRUKTUR PEMERINTAHAN NEGARA ISLAM MADINAH PADA
ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW

PENGENALAN
 Tekanan yang hebat dari musrikin Makkah menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah.
Hijrah yang dilakukan ini membawa kepada penubuhan negara Islam
 Corak pemerintahan dan pentadbiran negara yang pertama dalam Islam telah
diasaskan oleh jungjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Baginda merupakan
pemerintah dan pemimpin negara di samping menjadi nabi dan rasul.
 walaupun negara pertama yang diasaskan oleh nabi Muhammad dalam bentuk paling
sederhana namun sudah cukup untuk dijadikan model kepada sebuah negara Islam
melalui pengkajian prinsip2 dan asas2 utama yang wujud di dalamnya.
 Prinsip2 dan asas2 yang wujud itu melalui nas wahyu al quran dan sunah

ISI DAN JAWAPAN


1. PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM MADINAH
 Titik permulaan kepada pembentukan negara Islam Madinah ialah selepas
termeterinya Perjanjian Aqabah pertama ( tahun ke 12 kesasulan nabi ) dan
Perjanjian Aqabah ke dua ( tahun ke-13)
 Ekoran perjanjian tersebut, nabi berhijrah ke Madinah dan penduduk Madinah
Munawwarah melantik Baginda sebagai pemimpin.
Nabi meletakkan asas sebuah negara berasaskan 4 perkara
i. Islam – dijadikan rujukan dan landasan
ii. Syura – kaedah pentadbiran
iii. Semangat aqidah – bagi menggantikan semangat assabiyyah
iv. Piagam madinah – sebagai perlembagaan negara.

2. KONSEP SYURA
 Syura berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud mesyuarat. Dari
istilah tersebut syura membawa maksud permesyuaratan dalam segala hal berkaitan
dengan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan.
 Perkara ini dijelaskan dalam al Quran seperti;
i.Surah al-Syura ayat 38 “ Dan urusan mereka diputuskan dengan mesyuarat antara
mereka”
ii.Surah al Imran ayat 59 –“ Dan bermesyuaratlah kamu dengan mereka dalam urusan
itu”
iii.Juga disebut dalam Surah al Imran ayat 159.
 Syura merupakan satu sendi keimanan dan sifat khusus seorang Muslim. Seorang
pemerintah diwajibkan bermesyuarat (musyawarah) dalam segala hal yang
menyentuh kepentingan peribadi dan umum. Sebagai satu dasar dalam syariat Islam,
pemimpin yang tidak bermesyuarat harus dipecat.
 Bagi menguruskan perjalanan pemerintahan kerajaan Islam Nabi telah menubuhkan
Majlis Syura. Ahli majlis tersebut dilantik dan bilangannya tidak terhad.

3. PIAGAM MADINAH.
 Perlembagaan Madinah dikenali juga dalam bahasa Arab sebagai Syahifah Madinah

23
 Perlembagaan Madinah ini menjadi garis dan dasar politik pemerintahan kerajaan
Madinah yang diasaskan oleh Nabi. Ibnu Ishaq dalam kitabnya “Sirah Rasullah” dan
Ibnu Hisyam dalam “Al-Sirah al Nabawiyah” menyatakan bahawa perlembagaan ini
merupakan hak dan tanggung jawab pemerintah dan orang yang diperintah.
 Piagam Madinah dibuat diantara:
i.Orang Islam (Muhajrin dan ansar ) di satu pihak dan orang Yahudi di satu pihak.
ii.Antara orang Islam sesama Islam – antara Muhajirin dan Ansar.
 Piagam Madinah mengandungi 47 fasal dan merangkumi dua bahagian iaitu;
i. Bahagian Pertama – 23 fasal berkenaan peraturan orang Islam sesama Islam
ii.Bahagian Kedua – 24 fasal mengenai peraturan membabitkan orang2 Yahudi.

4. Mewujudkan Tentera Islam di Madinah


 Memimpin tentera Islam yang menyertai beberapa ekspedisi ketenteraan untuk
mempertahankan kesucian agama Islam daripada ancaman dan serangan musuh
untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam Madinah
 Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam bidang
ketenteraan.
 Mengadakan Hubungan Luar :
Baginda adalah seorang diplomat yang mengambil inisiatif untuk menghantar
perwakilan ke luar seperti Mesir, Byzantine, dan Parsi
 Menyusun semula struktur ekonomi Madinah :
Penyatuan masyarakat yang berlaku telah mewujudkan semangat saling membantu
sehingga melipuli segenap bidang Golongan Muhajırım bergiat dalam bidang
pytaman. Nabi menggalakkan umat Islam bergiat dalam bidang perning.

KESIMPULAN
 Sistem pemerintahan Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w
merupakan sistem pemerintahan yang terbaik di dunia.
 Nabi Muhammad SAW telah berjaya mengasaskan sistem pemerintahan Islam di
Madinah selain dapat menyebarkan Islam ke seluruh dunia.

24
SOALAN 11 : SEJAUHMANAKAH PIAGAM MADINAH BERJAYA MENYATUKAN PENDUDUK
MADINAH PADA ZAMAN NABI MUHAMAD SAW

PENGENALAN

 Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama yang digubal pada


tahun pertama dan kedua Hijrah.
 Piagam yang mengandungi 47 fasal ini menyentuh hubungan dan tanggungjawab
umat Islam dan kaum Yahudi serta merangkumi pelbagai aspek seperti kewajipan,
tanggungjawab pemerintah serta menyentuh pelbagai keperluan masyarakat.
 Perlembagaan Madinah sememangnya menjadi alat untuk menyelesaikan masalah
berhubung isu perpaduan masyarakat Madinah.

ISI JAWAPAN

1. SEMUA KAUM BERTANGGUNGJAWAB MEMPERTAHANKAN KEAMANAN


MADINAH.
 Perlembagaan menetapkan bahawa masyarakat dalam satu negara
bertanggungjawab mempertahankan keamanan dan melindungi Madinah dari
serangan luar. Hal ini bermakna seluruh penduduk Madinah sama ada Islam ataupun
tidak adalah bersama-sama bertanggungjawab ke atas keselamatan Madinah.
 CTH: sekiranya Madinah diserang oleh kaum Quraisy Mekah, maka tanggungjawab
mempertahankan Madinah bukanlah terletak pada umat Islam sahaja tetapi kepada
seluruh penduduk Madinah.
 Ketetapan ini sesungguhnya membolehkan seluruh bangsa yang mendiami Madinah
terpaksa bersama-sama dan bersatupadu bagi mempertahankan kota tersebut. Hal
ini memupuk kesedaran bahawa kota Madinah adalah hak bersama yang perlu
dipertahankan.

2. MENETAPKAN NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMERINTAH TERTINGGI


MADINAH.
 Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menyelesaikan
segala masalah Negara khususnya yang melibatkan perselisihan kaum. Ini
mewujudkan institusi kehakiman dan keadilan di Madinah kerana belum ada lagi
unsur kehakiman yang telus di Madinah.
 CTH : sebelum ini segala perselisihan diselesaikan melalui dendam dan mata pedang
dan keadilan dituntut dengan cara menuntut bela. Nabi Muhammad SAW bertindak
sebagai orang tengah dan hakim sehingga banyak perselisihan dan konflik
perkauman dapat diselesaikan dan permusuhan kaum dapat dihindari.
 Sememangnya, penyelesaian yang berjaya ditangani oleh Nabi Muhammad SAW
dapat menjamin keamanan dan kesepaduan Negara Islam Madinah kerana mereka
yang benar-benar bersalah tanpa mengira pihak mana akan menerima hukuman.

25
3. KONSEP MUSYAWARAH DALAM PEMERINTAH NEGARA.

 Memberi peluang kepada semua kaum agar menyuarakan masalah masing-masing.


Mereka boleh menyuarakan pandangan terhadap pemimpin.
 CTH: semua kaum diberi hak yang sama seperti yang terkandung dalam Fasal 2
hingga Fasal 11 yang menerangkan kedudukan kaum-kaum di Madinah. Kesannya,
rakyat dan pemerintah dapat merapatkan hubungan sehingga membawa kepada
keharmonian rakyat.
 Hubungan yang harmonis melalui apa yang digariskan dalam Piagam Madinah
berjaya membawa pembentukan sebuah negara yang berlandaskan keadilan dalam
pemerintah.

4. MEMBENTUK DAN MENGUKUHKAN PERPADUAN UMAT ISLAM

 Menekankan kerjasama dan perpaduan antara umat Islam bagi mengelakkan


perpecahan dan mewujudkan kerjasama antara umat Islam. Persaudaraan Islam
mewujudkan masyarakat yang kukuh berlandaskan keimanan dan ketakwaan kepada
Allah SWT.
 CTH: menekankan persaudaraan antara Ansar dan Muhajirin kerana mereka
digalakkan tolongmenolong dan melindungi sesama umat Islam. Selain itu, ia juga
menekankan perpaduan antara umat Islam dengan kaumkaum lain yang wujud di
Madinah seperti kaum Yahudi bagi melahirkan kerjasama dan mengelakkan
perpecahan.
 Persaudaraan Islam yang diperkukuh melalui intipati dalam Piagam Madinah
sememangnya dapat menghindari permusuhan dan membentuk ikatan perpaduan
ummah yang kuat khususnya dalam kalangan umat Islam.

KESIMPULAN

 Dengan dasar yang digariskan dalam Piagam Madinah berjaya menjadi panduan
membentuk masyarakat yang bersatupadu, sejahtera, adil dan bertanggungjawab.
Penggubalan Piagam Madinah berjaya menonjolkan kemunculan sebuah negara
Islam Madinah dan menjadi asas pembentukan mana-mana piagam negara Islam
baru yang mempunyai pelbagai bangsa.

26
SOALAN 12 : BINCANGKAN KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH PADA ZAMAN PEMERINTAHAN
KHULAFA AL-RASYIDIN
PENGENALAN

 Kerajaan Khalifah Al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632m apabila Abu
Bakar al-Sddiq dipilih oleh umat islam sebagai khalifah pertama.
 Kerajaan ini diperintah oleh empat sahabat Nabi Muhammad S.A.W iaitu khalifah
Abu Bakar Al-Siddiq. (632-634),khalifah Umar bin Al-Khattab (656-661).
 Gelaran khalifah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model
kepimpinan nabi Muhammad S.A.W.
 Pemerintahan al-Rasyidin berlangsung selama 29 tahun iaitu bermula tahun 632m
hinga 661.
 Khalifah merupakan pengganti iaitu jawatan ketua negara yang dibentuk selepas
kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.Syura dan Baiah memainkan peranan penting
dalam isu pemilihan Khalifah.
 Baiah mempunyai tiga rukun iaitu rakyat,khalifah,dan isi Baiah.Tugas dan
tanggungjawab Khalifah terkandung dalam perjanjian Baiah yang dipersetujui
bersama antara khalifah dan umat islam.
ISI JAWAPAN
1) SYURA - KAEDAH PERUNDINGAN ATAU PERSETUJUAN TANPA ADA CALON
 Antara pemilihan kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan khulafa al-
Rasyidin ialah kaedah perundingan atau persetujuan tanpa ada calon terlebih dahulu.
 Kaedah ini dilakukan kerana ada nabi Muhammad S.A.W tidak meninggalkan wasiat
kepada penggantinya.
 Golongan Muhajirin dan Ansar berkumpul di Balai Saadah untuk berunding secara
terbuka dan berhemah mengenai perlantikan khalifah bagi menggantikan
kepimpinan nabi.
 Bagi mengelakkan perselisihan di kalangan umat islam ,Abu Bakar as-Siddiq
mencalonkan umar al-Khattab mewakili golongan Muhajirin dan Abu Ubadah
mewakili golongan Ansar.
 Kedua-dua golongan tersebut menarik diri dan bersetuju mencalonkan Abu Bakar al-
siddiq dan mendapat sokongan umat islam.
 Hal ini terbukti bahawa kaedah pemilihan khalifah pada zaman pemerintahan khulafa
al-Rasyidin ialah kaedah perundingan atau persetujuan tanpa ada calon terlebih
dahulu.

2) SYURA - WASIAT
 Selain itu ,kaedah peilihan khalifah pada zaman permerintahan khulafa al-Rasyidin
ialah kaedah cadangan seorang calon dari khalifah terlebih dahulu .
 Kaedah ini dilakukan sewaktu khalifah Abu Bakar berada dalam keadaan gering.Umar
Al-khattab dicalonkan oleh beliau bagi mengelakkan keadaan negara kembali huru-
hara sebagaimana situasi yang berlaku pada zamannya seperti kewujudan nabi palsu
dan golongan murtad .
27
 Umar al-Khattab dicalonkan berdasarkan dirinnya merupakan sahabat terkanal dan
banyak membantu nabi dalam dalam pentadbiran dan gerakkan dakwah.
 Hal ini jelaslah bahawa kaedah cadangan seorang calon dari seorang khalifah terlebih
dahulu merupakan kaedah pemilihan khalifah pada zaman itu.

3) MAJLIS SYURA – PEMILIHAN MELALUI JAWATAN KUASA KHAS


 Seterusnya,kaedah yang digunakan untuk memilih khalifah pada zaman khulafa al-
Rasyidin adalah dengan kaedah pemilihan khalifah melalui jawatan kuasa khas.
 Sebelum khalifah umar al-khattab meninggal dunia akibat ditikam oleh hamba
keturunan parsi,beliau telah mengusul nama-nama yang layak menjadi khalifah
selepasnya,senarai tersebut adalah dalam kalangan enam sahabat besar iaitu
Uthman bin al-Affan bin Abi Talib,Saad bin Abi Waqas,Zubair bin Awwan,Abdul
Rahman bin Auf dan Talhah bin Ubaidah telah menarik diri dan bertidak sebagai
jawatankuasa atau wakil umat islam dalam pemilihan khalifah baharu.
 Abdul Auf sebagai ketua bersama sahabat besar telah bertemu dan menemuramah
kedua-dua calon khalifah berkenaan dan turut medapat pandangan daripada
penduduk Madinah.
 Dalam perlantikan tersebut ,uthman telah mendapat sokongan majoriti berbanding
Ali bin Abi Talib lalu dibaiah oleh umat islam sebagai khalifah ketiga menggantikan
Umar Al-Khattab. Ali bin Abi Talib turut membaiah Uthman bin al-Affan sebagai
Khalifah.
 Hal ini cukup jelas bahawa kaedah pemilihan khalifah zaman khalifah al-Rasyidin
adalah kaedah melalui jawatankuasa khas.

4) MAJLIS SYURA – DESAKAN OLEH SEKUMPULAN MASYARAKAT


 Kaedah seterusnya adalah kaedah pemilihan khalifah secara paksaan sekumpulan
umat islam.Era pemerintahan Khalifah Uthman bin Al-Affan merupakan zaman fitnah
dan perpecahan umat islam angkara hasutan golongan Yahudi.
 Setelah Uthman bin Al-Affan meninggal dunia ,umat islam telah berpecah dan
berselisih dalam menentukan bakal khalifah.
 Kumpulan pemberontak dari Mesir telah mendesak dan mengusulkan Ali bin Abi
Talib ,sekumpuan umat islam dari Basrah mencadangkan Tahlal bin Ubaidah
manakala sekumpulan umat islam dari Kufah mencalonkan Zubair bin al-Awwan
sebagai khalifah.
 Tahlal bin Ubaidah dan Zubair bin al-Awwan telah menarik diri dari pencalonan
manakala Ali bin Abi talib terpaksa terpaksa jawatan khalifah setelah diugut dan
dipaksa oleh sekumpulan pemberontak yang mengancam untuk membunuh ahli
keluarganya jika beliau menolak pencalonan berkenaan.
 Perlantikan Ali bin Abi Talib secara paksaan tanpa pemilihan sebagai khalifah
keempat menggugat nilai demokrasi.
 Namun jika dilihat secara positif pelantikan secara paksaan adalah wajar kerana
keadaan negara yang hura-hara dan amat memerlukan pemimpin yang berwibawa
dan tegas untuk mengembalikan kestabilan ,keamanan dan perpaduan ummah.

28
 Hal terbukti bahawa kaedah perlantikan khalifah melalui pemilihan khalifah paksaan
sekumpulan umat islam.

KESIMPULAN

 Kesimpulannya,terdapat beberapa kaedah atau cara pemilihan khalifah pada zaman


khalifah al-Rasyidin yang mana kesemuanya berteraskan amalan musyawwarah dan
baiah.Setelah kaedah pemilihan diterima dan dipersetujui serta dibawa ke dalam
Majlis Syura ,maka calon khalifah yang dipilih akan dibaiah bagi menunjukkan
persetujuan dan sokongan umat islam terhadapnya sebagai pemimpin negara Islam.

SOALAN 13 : INSTITUSI KHALIFAH MERUPAKAN INSTITUSI KHALIFAH YANG DISYORKAN


DALAM ISLAM

29
PENGENALAN

 Institusi khalifah sangat penting dalam sejarah pemerintahan Islam kerana ia


merupakan lambang pembinaan sebuah negara Islam sebenar yang berpandukan al-
Quran dan sunnah.
 Merupakan contoh pemerintahan terbaik untuk seorang pemimpin atau pemerintah
bagi membentuk sebuah negara yang bertamadun.
 Sejarah khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, iaitu apabila Abu
Bakar al-Siddiq dilantik menjadi khalifah pertama, diikuti oleh tiga orang sahabat,
iaitu Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.
 Era khalifah diteruskan oleh kerajaan Umayyah dan Abbasiyah. Namun, institusi
khalifah mulai merosot selepas kerajaan Abbasiyah kerana kebanyakkan pemerintah
telah menyeleweng daripda konsep pemerintahan Islam sebenar.

ISI JAWAPAN
1) SYARAT PEMILIHAN KHALIFAH
 Lelaki – Islam dan merdeka
 Mempunyai ilmu agama yang lengkap
 Berkemampuan melaksanakan undang-undang
 Adil
 Berakhlak
 Mempunyai ilmu peperangan
 Sihat Fizikal dan mental
 Berani dan berwibawa

2) KAEDAH PEMILIHAN KHALIFAH


i) KAEDAH PERUNDINGAN
 Pemilihan kaedah pertama secara baiah atau sumpah setia.
 Merupakan pelantikan yang mendapat persetujuan dan perundingan orang ramai.
 Perundingan dan persetujuan diadakan tanpa ditetapkan calon terlebih dahulu.
 Nabi Muhammad SAW tidak meinggalkan wasiat kepada seisapa untuk dijadikan
khalifah.
 Nabi Muhammad memberikan kebebasan kepada umat Islam untuk memilih
pemimpin mereka.
 Umat Islam berkumpul di Bani Saadah untuk berbincang dan melantik khalifah
pertama.
 Perbincangan yang berhemah dan penerimaan masyarakat Madinah yang terdiri
daripada golongan Ansar, Muhajirin, dan Yahudi menunjukkan nilai-nilai demokrasi
subur dalam pemilihan khalifah yang pertama.

30
 Saidina Abu Bakar telah dicalonkan oleh saidina Umar al Khattab untuk menjadi
khalifah yang pertama.
 Cadangan ini disokong oleh majoriti umat Islam dan Saidina Abu Bakar al-Siddiq terus
dibaiahkan dalam syura.
ii) KAEDAH WASIAT KHALIFAH TERDAHULU (PENGUSULAN SEORANG CALON)
 Pemilihan secara wasiat atau pengusulan nama seorang calon memang dianjurkan
dalam Islam.
 Nama khalifah yang diusulkan kemudian akan diputuskan dalam Majlis Syura.
 Pelantikan khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua adalah dengan cara ini.
 Semasa khalifah Abu Bakar sedang sakit, beliau telah mencadangkan saidina Umar al-
Khattab sebagai penggantinya bagi mengelakkan pepecahan umat Islam.
 Selepas kewafatan khalifah Abu Bakar, saidina Umar al-Khattab dilantik melalui
musyawarah dan menerima baiah daripada umat Islam.
iii) KAEDAH MUSYAWARAH (PENGUSULAN SEKUMPULAN CALON)
 Khalifah sebelumnya akan mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan para
sahabat.
 Kaedah ini digunakan dalam pemilihan saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah
yang ketiga.
 Saidina Umar mengemukakan nama enam orang calon iaitu, Saidina Uthaman bin
Affan, Saidina Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Saad bin
Waqas dan Zubir al-Awwam.
 Pemilihan calon diadakan selepas kewafatan khalifah Umar al-Khattab.
 Saidina Uthman dipilih kerana kelebihan undi dan terus dibaiahkan serta dilantik
sebagai khalifah yang ketiga.
iv) KAEDAH PENGUSULAN OLEH SEKUMPULAN MASYARAKAT
 Masyarakat Islam mencadangkan keturunannya menjadi khalifah yang seterusnya.
 Digunakan dalam pemilihan khalifah Ali bin Abi Talib.
 Selepas kewafatan khalifah ketiga, berlaku pergolakan dalam menentukan bakal
khalifah yang seterusnya.
 Penduduk Mesir mencadangkan saidina Ali, penduduk Basrah mencadangkan Talhah
bin Ubaidillah dan penduduk Kufah pula mencadangkan Zubir al-Awwam sebagai
khalifah.
 Saidina Ali bin Abi Talib akhirnya dipilih dalam musyawarah dan khalifah Ali
menerima jawatan ini atas desakan para sahabat.

3) TANGGUNGJAWAB KHALIFAH
 Menurut Ibn Khaldun, tugas khalifah ialah “ menegakkan agama dan mentadbir dunia
mengikut hokum syariah untuk kebaikkan dunia dan akhirat”.
 Seorang khalifah bertanggungjawab dalam megendalikan urusan pentadbiran negara
dan juga melaksanak hukum-hukum agama dengan adil. Pelaksanaan hukuman
tersebut pula mestilah mengikut hukum seperti yang telah terkandung di dalam al-
Quran. Di samping itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan perundangan seperti
pelantikan hakim, saksi dan pelaksanaan hukuman mesti dikawal dengan betul.
 Khalifah juga bertanggungjawab menyebarkan ilmu kepada rakyat di samping
menyediakan kemudahan awam untuk kebajikan rakyat seperti sekolah, masjid dan
hospital. Selain itu, beliau juga perlu memastikan perpaduan dalam kalangan
masyarakat adalah utuh.

31
 Khalifah juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat serta
negara daripada ancaman musuh sama ada dari dalam mahu pun luar negara.
Contohnya, ketika pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, beliau telah
memperkemaskan pasukan tentera islam bagi melindungi keselamatan negara daripada
ancaman kuasa asing, iaitu Byzantine dan Parsi.

KESIMPULAN
 Khalifah mempunyai tanggungjawab yang besar yang diamanahkan oleh rakyat
terhadapnya. Oleh itu, seseorang khalifah yang hendak dipilih sepatutnya memiliki
keupayaan dan kemampuan dalam pelbagai aspek terutamanya keagamaan dan
kemahiran dalam mentadbir.
 Pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa Ar Rasyidin berlaku secara demokrasi.
Pemilihan dilakukan oleh umat Islam dalam majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura
yang ahlinya terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ketua-ketua
kaum.
 Pelantikan khalifah tanpa berdasarkan kelayakan akan memusnahkan dan
menghancurkan sesebuah kerajaan dan akan menyebabkan timbul rasa tidak puas
hati dalam kalangan rakyat jelata.

SOALAN 14 : HURAIKAN BENTUK PEMERINTAHAN KERAJAAN ISLAM PADA ZAMAN


KHULAFA AR RASYIDIN

32
PENGENALAN

 Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin terbentuk selepas kewafatan nabi Muhammad saw.


 Kerajaan ini bertahan selama lebih kurang 30 tahun. Khalifah ar Rasyidin terdiri drp
Khalifah abu Bakar as Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al Affan dan Ali b. Abi Talib.
 Pada amnya, kerajaan ini masih mengekalkan bentuk pemerintahan sebagimana
pada zaman Nabi Muhammad saw yg menggunakan al Quran dan Sunnah sebagai
dasar pemerintahan.
 Namun bermula, pada zaman Khalifah Umar al Khattab, beberapa pembaharuan
telah dilakukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan kepentingan trakyat
diperintah.

ISI JAWAPAN
1. KHALIFAH SEBAGAI PEMERINTAH TERTINGGI

 Dalam pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin,khalifah merupakan individu yg


memegang kuasa tertinggi.
 Namun kekuasaan khalifah tidak bersifat mutlak.
 Khalifah perlu melaksanakan prinsip dan amalan syura dlm pemerintahan yang
menjamin pengagihan kuasa.
 Walau bagaimanapun, khalifah mempunyai hak berijtihad utk sesuatu perkara yg
difikirkan perlu.
 Selain itu, khalifah juga diamanahkan utk mempertahankan kesucian agama serta
maruah umat Islam.
 Cth: zaman Umar al-Khattab, beliau merupakan pemerintahan tertinggi namun
dibantu oleh Majlis Syura.

2. PELANTIKAN GABENOR DAN PEGAWAI KERAJAAN

 Bg. Memastikan kelancaran urusan pentadbiran, khalifah melantik gabenor yg


bertanggungjawab terhadap pentadbiran di peringkat wilayah.
 Gabenor yg dilantik ini bertanggungjawab kpd khalifah
 Namun bermula pd zaman Umar al Khattab, jumlah wilayah telah bertambah kpd 7
wilayah.oleh itu, gabenor wilayah akan dibantu oleh pegawai kerajaan yg lain spt
pemungut cukai, hakim, ketua polis dan pangflima tentera.
 Hal ini menggambarkan telah wujud suatu sistem birokrasi yg sistematik pd ketika
itu.
 Pembentukan sistem birokrasi diperlukan memandangkan wilayah kekuasaan Islam
semakin luas meliputi wilayah spt Mesir, Palestin, Iraq, Iran dan lain-lain.

3. AMALAN SYURA @ MAJLIS SYURA

33
 Amalan Syura merupakan teras pemerintahan zaman Khulafa Ar Rasyidin. Bermula
pd zaman pemerintahan Umar al-Khattab, amalan syura telah dibentuk secara rasmi
melalui penubuhan Majlis Syura.
 Majlis ini dibentuk secara formal yg berperanan sbg badan penasihat kpd khalifah
terutamanya dlm melaksanakan dasar-dasar Negara.
 Ahli-ahli yg dilantik dlm Majlis Syura merupakan individu yg berpengalaman dan
berkelayakan spt Ali b. Abi Talib, Uthman Al-Affan, saad b. Abi Waqqas, Abd Rahman
al Auf dan lain-lain.
 Segala keputusan atau tindakan adalah berdasarkan suara majority dan khalifah perlu
akur dgn segala keputusan mesyuarat.
 Oleh itu, kuasa eksekutif dipegang oleh ahli-ahli dlm Majlis Syura.

4. PUSAT PEMERINTAHAN

 Semasa zaman Khulafa Ar Rasyidin, pusat pemerintahan masih terletak di Madinah.


 Masjid Nabawi menjadi markas kepada gerakan kerajaan Islam seperti zaman Nabi
Muhammad saw.
 Segala perbincangan berkaitan dasar Negara akan dibincangkan di dalam Masjid
Nabawi.
 Walau bagaimanapun, semasa zaman Ali b. Abi Talib, pusat pemerintahan telah
berpindah ke Kufah di Iraq.

KESIMPULAN

 Walaupun kerajaan Khulafa Ar Rasyidin merupakan kerajaan baharu yg terbentuk


selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, namun cara dan bentuk pemerintahan
yang digunakan masih lagi menggunakan corak atau sistem pemerintahan seperti
zaman Nabi. Namun begitu, khalifah ar Rasyidin telah melakukan pelbagai
pembaharuan bagi melancarkan urusan pentadbiran Negara.

SOALAN 15 : HURAIKAN SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ SEPANJANG


PEMERINTAHANNYA PADA 632-634 MASIHI

PENGENALAN

34
 Nama sebenar Khalifah Abu Bakar (KAB) ialah Abdullah bin Uthman bin Umar bin
Ka’ab bin Sa’ad bin Taym bin Murrah al Taymi dari Bani Taim.
 Pada zaman Jahiliah namanya Abdul Kaabah kemudian ditukar nama oleh nabi
kepada Abdullah.
 Dilahirkan di Kota Makkah 2tahun selepas Tahun Gajah (517M) dan mempunyai
hubungan yang akrab dengan Nabi Muhammad S.A.W.
 Sejak kecil lagi, Abu Bakar terkenal dengan akhlak yang mulia, seorang yang
pemurah, jujur, baik hati dan tidak meminum arak.
 Abu Bakar merupakan orang yang kedua memeluk Islam selepas isteri nabi.
 Saidina Abu Bakar memainkan peranan penting dalam penyebaran dan
perkembangan Islam, menjadi pelindung kepada Nabi Muhammad S.A.W serta
sentiasa berada di mana sahaja nabi berada
 Abu Bakar mendapat gelaran al-Siddiq kerana beliau telah menunjukkan kepercayaan
terhadap nabi terutama terhadap peristiwa Israk dan Mikra
 Dlam khutbah terakhir nabi mengatakan, “tiada sahabat yang lebih baik terhadap
diriku kecuali Abu Bakar”.

ISI JAWAPAN
1. MENERUSKAN GERAKAN TENTERA
 Sebelum nabi wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai
oleh Usamah bin Zaid ke sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang
ketika itu berada di bawah jajahan Byzantine.
 Tindakan ini dilakukan kerana beberapa orang utusan nabi telah dibunuh.
 Selepas kewafatan nabi, KAB berhasrat untuk menyambung semula usaha
baginda walau bagaimanapun cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh
sesetengah para sahabat.
 Para sahabat mencadangkan ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam
ditangguhkan terlebih dahulu dan KAB perlu memberikan tumpuan kepada
ancaman golongan al-Riddah.
 Kab tetap tegas dengan keputusannya dan setelah berperang selama 40 hari,
pasukan tentera Usamah bin Zaid beroleh kemenangan.Ini telah
mengerunkan musuh-musuh Islam yang ingin menyerang Kota Madinah.
 Pasukan ini telah diberikan tugas untuk menjaga keselamatan Kota Madinah
daripada ancaman kaum Zubyan dan lain-lain.

2. MENENTANG GERAKAN AL-RIDDAH


 Setelah Nabi berjaya menawan Kota Makkah pada 630M, ramai penduduk si
STA yang memeluk Islam dan mereka masih belum dapat memahami dan
menghayati Islam yang sebenar.
 Semasa KAB dilantik menjadi Khalifah keadaan telah berubah, ramai dalam
kalangan mereka yang murtab iaitu enggan membayar zakat dan mengakui
nabi-nabi palsu.
 Antara yang mengakui menjadi nabi palsu ialah Musailamah al-Kazzab di
Yamamah, Sajah al-Harith (perempuan), Tulaihah al-Asadi di Yaman dan Al-
Aswad al-Ansi di Yaman.

35
 Manakala golongan yang enggan membayar zakat pula diketuai oleh Malik al-
Nuwairah dan ramai lagi di Bahrain, Tihamah, Umman, perbatasan Syam dll.
 Kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir yang dapat menghancurkan
kerajaan Islam, oleh itu KAB telah mengambil tindakan yang tegas dan
bersungguh-sungguh untuk menghapuskan golongan al-Riddah secara
ketenteraan.
 Sebelum menghapuskan golongan ini, KAB terlebih dahulu menghantar surat
utusan untuk mengajak mereka Kembali kepada Islam,namun sebilangan kecil
sahaja yang menerima seruan itu seperti kumpulan Bani Abd Qais di daerah
Bahrain.
 KAB terpaksa mengambil tindakan ketenteraan bagi menghapuskan golongan
ini.Sebanyak 11 pasukan tentera yang diketuai oleh panglima Khalid al-Walid,
Ikramah Abu Jahal, Amru al-‘As, Syurahbil bin Hasanah, Khalid al-Said,
Khuzaifah Muhsin, Urafat Hurthumah, Suwaid Mekrain, al-Ala bin Huzrami
dan Tarifah Hajiz.
 Tentera Islam akhirnya telah berjaya menundukkan dan mengembalikan
golongan al-Riddah ke pangkuan Islam.
 Kejayaan ini telah menunjukkan KAB telah berjaya menghapuskan semua
anasir luar yang membahayakan kedudukan Islam.Pasukan tentera yang
dibentuk oleh KAB ini juga telah menjadi tulang belakang dalam menjaga
keselamatan negara dan umat Islam daripada ancaman musuh.

3. PENULISAN AL-QURAN
 Peperangan menghadapi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai para
sahabat yang juga penghafal al-Quran terkorban.
 Ini telah menimbulkan kebimbangan dikalangan sahabat kemungkinan akan
terhapusnya al-Quran dan berlakunya penyelewengan al-Quran.
 Timbulnya cadangan daripada para sahabat supaya menubuhkan satu
kumpulan khas bagi menulis al-Quran dan cadangan ini diterima dengan baik
oleh KAB.
 Zaid bin Thabit telah dipertanggungjawabkan oleh KAB untuk mengetuai
usaha mengumpul dan menulis semula naskhah dari simpanan para sahabat
dan juga dari para haffaz.Al-Quran yang dikumpul dan ditulis semula di kulit
binatang, kayu dan pelepah tamar
 Al-Quran yang dituliskan semula itu telah di simpan di rumah KAB, dan dibuku
secara teratur di zaman KUA yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.

4. MENENTUKAN BAKAL KHALIFAH


 KAB telah menamakan bakal pengganti beliau iaitu Saidina Umar al-Khattab
melalui perundingan dengan para sahabat ketika sedang sakit.
 Cadangan KAB ini tidak dapat mendapat tentangan daripada sahabat.KAB
telah mengarahkan Saidina Uthman menulis keputusan tersebut.
 Tindakan KAB ini berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam.

KESIMPULAN

36
 Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Abu Bakar al-Siddiq telah dilantik
menjadi khalifah pertama kerajaan Islam Madinah.
 Ahli sejarah mengatakan bahawa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq seorang pemerintah
yang mementingkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan umat Islam.
 Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq,
beliau telah digelar Penyelamat Umat Islam.

SOALAN 16 : BINCANGKAN PEMBAHARUAN YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH KHALIFAH


UMAR BIN AL-KHATTAB DALAM BIDANG PENTADBIRAN

PENGENALAN
 Saidina Umar al-Khattab dipilih menjadi khalifah ke-2 setelah dicalonkan oleh Abu
Bakar al-Siddiq dengan persetujuan para sahabat yang lain. Antara ucapan dasar

37
Umar semasa dilantik menjadi khalifah ialah beliau berjanji umtuk memimpin &
menurut perintah Allah serta Rasulnya seperti yang dilakukan oleh Khalifah Abu
Bakar.
 Khalifah Umar al-Khattab telah memerintah selama 10 tahun iaitu antara 12-23 H/
(634-644 M). Sepanjang pemerintahannya, beliau telah mengotakan janjinya dengan
mengadakan pelbagai pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan
agama.
 Beliau bnyak melakukan pembaharuan dalam bidang pentadbiran Islam, perluasan
wilayah & mengembangkan dakwah Islamiah.

ISI JAWAPAN
1) MENUBUHKAN MAJLIS SYURA
 Majlis syura merupakan majlis perunding negara yang tertinggi yang terbahagi
kepada dua iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am
 Majlis Syura ini dianggotai oleh enam tokoh Islam dan sahabat Nabi iaitu Uthman
b. Affan, Ali b. Abi Talib, Sa’ad b. Waqqas, Abd Rahman b. Auf, Talhah dan al-
Zubair.
 Fungsi utamanya ialah bagi menentukan jawatan khalifah. Beliau membuka
peluang dan kebebasan untuk bersuara dan mengemukakan pendapat di majlis
ini
 Majlis syura juga berperanan sebagai tempat perbincangan & perundingan
masalah yang berkaitan dengan politik, ekonomi, social dan kebajikan serta
masalah dalaman/ luar Negara.
 Keputusan diambil atas persetujuan sebulat suara ahli majlis syura yang terdiri
daripada tokoh islam & para sahabat Nabi tersebut.

2) PEMBAHAGIAN WILAYAH ISLAM


 Khalifah Umar telah menghadapi masalah kesan daripada kejayaan tentera Islam
menakluki kawasan yang luas, meliputi dari sempadan negeri China di sebelah
timur hingga ke Eropah di sebelah barat.
 Untuk mengatasi masalah ini, Khalifah Umar telah membahagikan wilayah-
wilayah Islam kepada 7 bahagain bagi memudahkan pentadbirannya. Antara
wilayah-wilayah Islam tersebut ialah Kufah(Iraq), Basrah (Iran), Syam (Syria),
Jazirah (Palestin), Mawsil (Mesir), Yaman dan Bahrain.
 Bagi memudahkan pengawasan & pentadbiran, wilayah tersebut telah
diperkenalkan dan dilengkapi dengan pusat pemerintahan seperti Mekah,
Damsyik, dan Kufah.
 Manakala Kota Madinah pula dijadikan pusat pemerintahan keseluruhan wilayah
Islam.

3) PELANTIKAN PEGAWAI
 Setiap wilayah akan ditadbir oleh seorang Gabenor atau wali, setiausaha dan
pegawai jabatan yg cekap mengikut jabatan masing-masing.
 Antara jabatan-jabatan yg terlibat Jabatan Setiausaha Tentera (Kitab al-Diwan),
Jabatan Percukaian (Sahib al-Kharaj), Pegawai Polis (Sahib al-Syurtah), Pegawai
Perbendaharaan Negara (Sahib Bait al-Mal) dan seorang kadi.

38
 Khalifah Umar telah menentukan kriteria pemilihan pegawai yang layak
memegang jawatan di wilayah tersebut.
 Surat pelantikan pegawai yang mengandungi garis panduan/ tanggungjawab juga
wajib dipatuhi.
 Setiap Gabenor atau wali wilayah wajib memberikan laporan perkembangan di
wilayah setiap tahun selepas musim haji.
 Namun begitu, Khalifah Umar al-Khattab berhak untuk melantik atau memecat
pegawai-pegawai yang tidak amanah dan tidak cekap melaksanakan tugas.

4) MEMANTAPKAN PENTADBIRAN TANAH


 Pentadbiran tanah yang teratur dan sistematik juga telah diperkenalkan oleh
Khalifah Umar al-Khattab.
 Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam telah dibahagikan kepada dua jenis
iaitu tanah dhimmah dan tanah sawafi
 Tanah dhimmah merupakan tanah yang bertuan dan ditadbir oleh pemilik-
pemilik asal tanah tersebut.
 Manakala tanah sawafi pula merupakan tanah yang ditadbir oleh pemegang-
pemegang amanah yang dilantik daripada golongan Ahl al-Ayyam iaitu golongan
peneroka (Ahl al-Fay).
 Namun begitu, tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau tidak boleh dimiliki oleh
sesiapa bagi mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan umat Islam kecuali
jika dibeli untuk melindungi kebajikan penduduk asal wilayah Islam yang baru
ditakluki.

KESIMPULAN
 Pelaksaan dan kejayaan dalam bidang pentadbiran yang telah diperkenalkan
oleh Khalifah Umar al-Khattab adalah berkaitan dengan asas yang telah
dilakukan juga oleh Rasulullah dan Khalifah Abu Bakar. Khalifah Umar al-
Khattab juga telah memperkenalkan system pemerintahan Islam secara
meluas disamping membentuk empayar Islam.

SOALAN 17 : HURAIKAN DASAR PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ


SEPANJANG PEMERINTAHANNYA PADA TAHUN 717 – 720 MASIHI.

PENGENALAN
 Umar bin Abdul Aziz dilahirkan di Bandar Hulwan ,Mesir pada tahun 63 Hijrah (683
Masihi).

39
 Bapanya Abdul Aziz bin Marwan merupakan gabenor di Mesir, manakala ibunya,
Ummu ‘Asim binti Umar bin Al-Khattab ialah anak kepada khalifah Islam yang kedua,
iaitu sayyidina Umar al-Khattab.
 Beliau berketurunan Bani Umayyah dan menjadi pemerintah Bani Umayyah yang
kelapan sesudah pemerintahan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Umar bin Abdul
Aziz telah menghafal al-Quran sejak kecil lagi.
 Beliau telah dihantar ke Madinah oleh bapanya dengan tujuan dapat dibesarkan
dengan persekitaran yang baik dan dapat mendalami ilmu semasa di sana.
 Di Madinah, beliau mendalami ilmu fiqah,periwatan hadis, mempelajari ilmu
tafsir,dan ilmu islam yang lain termasuk Bahasa, kesusasteraan dan kesenian.

ISI JAWAPAN

SUMBANGAN POLITIK
1)Melaksanakan pentadbiran berdasarkan al-Quran dan hadis.
 Khalifah Umar Abdul Aziz melaksanakan dasar al-Quran dan hadis dalam pentadbiran
bagi memastikan keadilan dan kebenaran yang ditegakkan sebaiknya.
 Dasar ini menjadikan corak pemerintahan beliau mirip dengan gaya pemerintahan
Khalifah al-Rasyidin dalam aspek eksekutif, legaslatif dan kehakiman.
 Khalifah Umar sentiasa mengingatkan para gabenor melantik pegawai-pagawai yang
pakar tentang al-Quran dan Hadis.
 Mengendalikan kes kes jenayah, hukuman hanya dijatuhkan setelah dikaji dengan
teliti dan disahkan oleh Khalifah.

2) Dasar toleransi terhadap musuh politik


 Khalifah umar abdul aziz mengambil langkah memulihkan semula hubungan
persaudaraan sesama umat islam.
 Khalifah umar telah menghentikan tindakan keras terhadap golongan penentang
kerajaan seperti golongan khawarij pimpinan syawdhab dari suku yasykur. Beliau
memanggil mereka berdamai demi perpaduan umat islam. Tindakan ini
menyebabkan golongan khawarij menghentikan penentangan terhadap kerajaan
umayyah.
 Khalifah umar menghentikan cacian terhadap saidina ali bin abi talib dalam khutbah
jumaat dan menukarkan kepada bacaan al-Quran dan surah an nahl ayat9 untuk
tujuan politik itu dihapuskan khalifah umar. Tindakan ini juga supaya tidak menyakiti
golongan syiah yang merupakan musuh khalifah pertama ummayyah.
 Sebelum ini, Khalifah umayyah bertindak keras terhadap musuh-musuh politik
terutama golongan khawarij dan syiah termasuk tentera.

SUMBANGAN EKONOMI
1) Memulihkan perbendaharaan baitulmal
 Pengurusan perbendaharaan negara dipulihkan. Harta baitulmal adalah amanah
rakyat dan bukan milik peribadi khalifah atau pegawai baitulmal.
 Khalifah umar abdul aziz menhapuskan tradisi politik feudal dalam sistem politik
khalifah umayyah yang membenarkan pemerintah memiliki kekayaan yang tidak sah.

40
Segala harta milik ahli keluarga khalifah-khalifah sebelumnya yang diperoleh dengan
cara tidak sah akan dimasukkan ke dalam baitulmal atau diserahkan kepada pemilik
asal yang dizalimi.
 Harta yang tidak diketahuai pemiliknya dijadikan hak milik negara dan dimasukkan ke
dalam baitulmal untuk dimanfaatkan semula kepada rakyat.
 Perbendaharaan baitulmal dipertingkatkan melalui cukai tanah(kharaj).

2) Dasar jimat cermat


 Khalifah umar abdul aziz sangat mengambil berat tentang perkembangan ekonomi
negara. Beliau mengamalkan dasar jimat cermat dalam perbelanjaan negara dengan
memastikan harta negara digunakan dengan sebaiknya dan tidak membazir.
 Hak milik dan harta negara digunakan untuk perkara-perkara yang memberi manfaat
kepada rakyat jelata.
 Majlis keramaian, upacara rasmi negara dan hadiah-hadiah kepada tetamu kerajaan
yang dianggap mewah dan membazir dihapuskan dan peruntukkannya dimasukkan
ke baitulmal bagi kegunaan awam.
 Beliau sendiri tidak mahu menggunakan barangan mewah termasuk menolak
penggunaan kenderaan rasmi kerajaan dan lebih gemar menunggang keldai.gunaan
kenderaan rasmi kerajaan dan lebih gemar menunggang keldai.

SUMBANGAN SOSIAL
1) Dasar keterbukaan, kebebasan bersuara dan beragama
 Khalifah Umar Abdul Aziz mengamalkan dasar keterbukaan dengan meloggarkan
peraturan rasmi di pejabat khalifah untuk membolehkan semua rakyat dari segenap
lapisan menyampaikan menyampaikan pandangan, rayuan dan aduan.
 Beliau bertindak mengembalikan semula gereja-gereja Nasrani yang dirampas oleh
khalifah-khalifah umayyah terdahulu untuk diubahsuai menjadi masjid. Khalifah
Umar merasakan tindakan berkenaan tidak menepati kehendak islam yang memberi
kebebasan beragama kepada semua penduduk selagi mereka tidak mengancam
keutuhan agama islam.
 Tindakan Khalifah Umar membawa kesan positif terhadap golongan nasrani untuk
mereka berfikir dan mengkaji keindahan syariat islam.

2) Perkembangan Pendidikan dan keilmuaan


 Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz berlaku perkembangan pseat dalam ilmu naqli
dan aqli.
 Pusat perubatan telah dipindahkan dari iskandariah ke antioch dan harron untuk
mengurangkan pengaruh perubatan asing dalam perubatan islam.
 Khalifah Umar telah menyediakan biasiswa dan sara hidup yang diberikan kepada
para pelajar.
 Pelbagai kemudahan pendidikan termasuk institusi pengajian diwujudkan demi
kepentingan rakyat.
 Khalifah mengambil inisiatif mengumpul, menyusun dan membukukan hadis hadis
nabi bagi rujukan umat islam.
 Ulama digalakkan membuat kajian dalam pengajian al-Quran, hadis dan figh. Gerakan
intelektual ini akhirnya melahirkan tokoh tokoh sarjana islam terkemuka.

41
Kesimpulan
Zaman pemerintahan khalifah umar abdul aziz pada keseluruhannya adalah penuh dengan
kebaikan dan keadilan. Hal ini dikatakan demikian kerana dasar dan polisi pentadbiran yang
berpaksikan al-Quran dan hadis menjadikan Khalifah Umayyah pada zamannya makmur dan
aman. Keperibadian Khalifah Umar Abdul Aziz banyak mempengaruhi dasar
pemerintahannya sehingga sebahagian sejarawan menyifatkan beliau sebagai tokoh mujadid
dan Khalifatul Khamis yang bermaksud Khalifah al-Rasyidin Kelima.

SOALAN 18 : HURAIKAN KEJAYAAN -KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH KHALIFAH HARUN AL-
RASYID SEBAGAI PEMERINTAH KERAJAAN BANI ABABSYIAH YANG BERJAYA

PENGENALAN
 Kerajaan Abbasiyah telah ditubuhkan melalui revolusi yang telah dilancarkan
terhadap pemerintahan Kerajaan Umayyah pada tahun 750 M dan bertahan sehingga

42
tahun 1258 M . Sepanjang pemerintahan kerajaan ini , terdapat beberapa orang
pemerintahan yang terkenal seperti Khalifah Harun al-Rasyid.
 Baginda merupakan khalifah yang keempat selepas Khalifah al-Mahdi. Sebelum
menaiki takhta, baginda memegang jawatan Gabenor sehinggalah dilantik sebagai
Putera Mahkota pada tahun 783M.
 Baginda juga seorang yang bijaksana , berilmu, dan juga cekap dalam sasiah telah
membolehkan Kerajaan Abbasiyah semasa pemerintahan baginda yang menuju ke
era kegemilangannya.

ISI JAWAPAN
1. Menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain .

 Khalifah Harun al-Rasyid telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara


seperti Byzantine,Perancis dan Andalusia bagi meluaskan syiar islam dan
mengukuhkan Kerajaan Abbasyiah.
 Dalam menjalinkan hubungan dengan Byzantine Khalifah Harun al-Rasyid
telah Berjaya memaksa Byzantibe membuat pendamaian dengan Kerajaan
Abbasyiah berikutan tentera Byzantine yang menyerang wilayah islam di Asia
Minor.
 Melalui perjanjian itu juga Byzantine bersedia membayar 90 ribu dirham
kepada Khalifah Harun al-Rasyid dan membenarkan islam dikembangkan di
Byzantine.
 Bagaimanapun, keengganan Nicephorus I menepati perjanjian awal yang
dimenterai menyebabkan Khalifah Harun ar Rasyid memimpin Angkatan
tentera menuju ke Asia Minor.
 Baginda Berjaya menawan beberapa wilayah Heracelan,Tyans,Iconium dan
Emphesus sehingga memaksa Nicephorus I tunduk semula serta sanggup
membayar ufti kepada kerajaan islam.

2. Menghadkan serta menghapuskan pengaruh keluarga Barmaki yang semakin


kukuh.
 Antara tindakan yang dilakukan baginda ialah dengan mengahwini Puteri
Jaafar bin Yahya al-Barmaki, diikuti membunuh tokoh-tokoh yang berbahaya
seperti Yahya al- Baraki.
 Tindakan tersebut telah menghilangkan pengaruh keluaga Barmaki dalam
kerjaan baginda. Baginda juga telah menghantar Ibrahim bin Aghlabiah untuk
menghapuskan pemberontakan di Nosol, Armenia dan Afrika Selatan.

3. Kejayaan yang telah dicapai oleh Khalifah Harun al-Rasyid ialah dalam bidang
ekonomi.
 Khalifah harun al-Rasyid amatlah menekankan soal kemajuan dalam bidang
pertanian dan perdagangan. Bahkan baginda menggalakkan pembukaan
tanah-tanah baru serta memberikan bekalan bijih benih secara percuma
kepada petani-petani.
 Baginda juga telah membahagikan tanah-tanah kerajaan dan rampasan
perang kepada tentera dan golongan miskin untuk diusahakan.

43
 Khalifah Harun al-Rasyid juga memajukan Baghdad sebagai pusat
perdagangan dengan meluaskan hubungannya dengan ke Eropah, China dan
India serta membina jalan-jalan dari Iraq ke Laut Merah, laut Meditersanean,
Tunisia dan maghribi.

4. Mencintai ilmu pengetahuan


 Sebagai bukti, baginda menggalakkan kedatangan para sarjana ke Baghdad
bagi mengadakan seminar, pidato dan majlis-majlis ilmu yang berkaitan.
 Antara pusat-pusat pengajian telah didirikan adalah seperti sekolah, masjid
dan maktab. Malahan buku-buku asing juga turut diterjemah ke dalam bahasa
Arab.
 Sehubungan dengan itu baginda telah membina Baitul hikmah untuk
menempatkan buku-buku berkaitan ilmu astronomi, perubatan, falsafah,
sejarah dan geografi. Bandar-bandar Islam seoperti Madinah, Kufah dan
Kaherah telah dijadikan pusat keilmuan.
 Pada zaman ini muncul beberapa cendekiawan terkenal seperti Imam
Muhammad ,Al-hajaj bin Matar, Yuhanna bin Musawaih dan Suffian al-
Thauri . Perkembangan intelektual pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid
amnya dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu kegiatan pembukuan
penyusunan ilmu pengetahuan agar tidak menyimpang daripada syariat Islam
dan kegiatan penterjemahan.

KESIMPULAN
 Pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dianggap sebagai zaman
kegemilangan Kerajaan Abbasiyah kerana baginda bukan sahaja berjaya
menghapuskan atau memadamkan apa jua bentuk penentangan tetapi yang paling
penting mampu mewujudkan sebuah negara yang makmur dengan ekonomi yang
teguh.

SOALAN 19 : BINCANGAKAN PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH ZAMAN KHULAFA AR


RASYIDIN PADA ABAD KE 7 MASIHI.

PENGENALAN
• Latar belakang pemerintahan zaman Khulafa Ar Rasyidin.
- Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin terbebtuk secara rasmi pd thn 632 m sehingga 661m.
- Diperintah oleh 4 org pemimpin yg dikenali sbg khalifah. Terdiri drp 4 org khalifah
iaitu Abu Bakar As- Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan & Ali b. Abi Talib.

44
- Kebanyakan khalifah menggunakan Al-Quran dan Hadis sbg panduan dlm
pemerintahan.

ISI JAWAPAN
PENTADBIRAN PUSAT
1. INSTITUSI KHALIFAH DAN KHILAFAH
 Pelantikan khalifah bermula setelah kewafatan Nabi Muhammad saw.Khalifah dipilih
bersadarkan syarat2 tertentu spt lelaki, adil, berilmu dan lain2.
 Khalifah dilantik berdasarkan syura cth spt pelantikan Abu Bakar menerusi pemilihan
tanpa calon.Khalifah merupakan ketua negara namun kekuasaan tidak bersifat
mutlak dan autokrasi keranan al Quran dan Sunnah merupakan panduan uatama
dalam pemerintahan dan boleh mengeluarkan ijtihad.
 Khalifah berperanan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Menjadi ketua
panglima tertinggi angkatan perang

2. MAJLIS SYURA
 Merupakan badan penasihat tertinggi yg dianggotai oleh ahli al-hallu wal aqdu.
 Anggota dilantik tidak ditetapkan bilangannya dan bergantung kpd keperluan
semasa.
 Menjadi tempat rujukan khalifah dalam bidang pentadbiran dan sblm membuat
sesuatiukeputusan spt pemilihan Gabenor, peperangan.Dasar kerajaan
diputuskan melalui kaedah syura.
 Cth. Zaman Umar, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara
formal.

3. PUSAT PENTADBIRAN
 Tidak wujud sebarang pejabat khusus dalam melaksanakan pemerintahan dan
pentadbiran.
 Khalifah melakukan penyeliaan secara langsung dlm urusan negara.Kota Madinah
dijadikan sbg pusat pentadbiran kecuali semasa zaman Ali pusat pemerintahan
berpusat di Kufah, Iraq.
 Masjid Nabawi menjadi pusat pentadbiran negara spt zaman Nabi.

4. JABATAN KERAJAAN & PELANTIKAN PEGAWAI


 Pelantikan adalah secara umum dan terdiri daripada sesiapa yang layak serta
berwibawa.Jabatan yang ditubuhkan spt. Diwan al Jund (ketenteraan), Diwan al
Kharaj (Jabatan Hasil), Jabatan kehakiman dan sebagainya.
 Jawatan pegawai peringkat pusat ialah ketua setiausaha, pegawai pemungut
cukai, agensi polis, pengurus perbendaharaan negara, Ketua Hakim dan lain-lain.

45
5. PENTADBIRAN KETENTERAAN
 Khalifah sebagai ketua tertinggi angkatan tentera Islam.Zaman Umar,
ketenteraan diperkemaskan dengan wujud pasukan tetap dan bergaji.
 Umar menubuhkan Jabatan Ketenteraan bagi urusan peperangan spt. mengatur
dan mengendalikan latihan ketenteraan, pembayaran gaji dan lain-lain.

6. BAITUL MAL
 Ditubuhkan secara rasmi semasa zaman Umar al Khattab yang bertujuan utk
menyimpan harta milik kerajaan.
 Pengurusan dilakukan dengan cekap, dan sistematik, mempunyai Buku Kira-kira.
 Pegawai pungutan cukai atau amil turut dilantik

PENTADBIRAN WILAYAH
1. STRUKTUR PEMERINTAHAN WILAYAH
 Semasa zaman Abu Bakar, negara Islam terbahagi kpd 10 buah daerah iaitu :
Makkah, Ta’if, Yaman, Hadramaut, Khakwan, Al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan
Jarsh.
 Semasa zaman Umar Al-Khattab, pentadbiran diperingkat wilayah diperluaskan
kesan drp penaklukan & perluasan wilayah.
 Terdpt 7 wilayah utama iaitu :
Madinah & Makkah (Hijaz) , Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq, Mesir, Palestin.

2. PUSAT PENTADBIRAN
• Setiap wilayah mempunyai ibu negeri/pusat pentadbiran
• Ibu negeri tersebut akan diketuai oleh seorang Gabenor.
• Gabenor yg dilantik dikehendaki mengisytiharkan harta masing2 sebelum dan
sesudah memegang jawatan.
• Gabenor dikehendaki melaporkan perkembangan wilayah masing2 setiap kali pada
musim haji.
• Gabenor turut dibantu oleh setiausaha dan pegawai2 jabatan seperti setiausaha
tentera, pegawai cukai, pegawai polis, pegawai perbendaharaan negara dan seorang
kadi.

KESIMPULAN
Apa sahaja yang berkaitan
SOALAN 20 : BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN PUSAT DAN WILAYAH ZAMAN
PEMERINTAHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH PADA ABAD KE 16 -17 MASIHI

PENGENALAN
 Kerajaan Uthmaniyah melaksanakan pemerintahan bermula dr thn 1281 – 1924 m.
 Pd thn 1453 m, pentadbiran kerajaan ini berpusat di Istanbul.

46
 Kerajaan Uthmaniyah ditubuhkan selepas org.2 Monghol berjaya menakluki kerajaan
Abbasiyah di Baghdad.
 Kerajaan ini diasaskan oleh Uthman b. Ertughrul dan mempunyai seramai 38 org
pemerintah.

ISI JAWAPAN
PENTADBIRAN PUSAT
1. KHALIFAH/SULTAN
 Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan sistem pemerintahan monarki.
 Pentadbiran pusat berbentuk autokrasi di mana sultan mempunyai kuasa mutlak dan
kuasa tertinggi sama ada dlm bidang politik, pentadbiran dan kewangan.
 Sultan adalah pemimpin tertinggi dalam pentadbiran negara.
 Pelantikan sultan adalah mengikut sistem warisan.

2. PEGAWAI PENTADBIRAN PUSAT (WAZIR AGUNG)


 Sultan dibantu oleh Wazir Agung yg berperanan sbg ketua pentadbir dan penasihat
sultan.Bidang kuasa yg luas dan merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran.
 Cth semasa Zaman Muhammad II, kuasa wazir dinyatakan secara jelas dalam buku
Perlembagaan aiitu Kanunname.
 Memilki cop mohor sbg simbol wakil sultan, maka wazir dianggap sangat
berpengaruh.
 Wazir Agung dibantu oleh :
3 org hakim tentera
2 org Beylerbey @ ketua Turus tentera Sultan
2 org. defterdar @ pegawai hal ehwal kewangan
1 org Agha @ wakil tentera darat
1 org laksamana
1 org Nishanji bg menjaga monogram Sultan
Jawatan mufti diwujudkan zaman Sultan salim 1 bg mengeluarkan fatwa dlm aspek
agama & melantik pegawai2 istana.
 Khalifah Uthmaniyah mengamalkan dasar liberal di mana bangsa Turki turut diberi
peluang terlibat dalam bidang pentadbiran seperti Joseph Nasi, Nathan Solomon
yang berbangsa yahudi.
 Cthnya sekitar tahun 1453 hingga 1623m, hanya 5 daripada 48 orang Wazir Besar
berbangsa Turki, manakala selebihnya adalah berbangsa asing.

3. PENTADBIRAN KEHAKIMAN DAN KEADILAN


 Sultan mengetuai bidang kehakiman.
 Zaman Sultan al Qainuni baginda pernah memodenkan sistem perundangan negara
 2 institusi utama iaitu; Institusi Muslim dan Institusi Pemerintahan Keduniaan
 Institusi Muslim berkait dengan keagamaan yang diketuai Syeikhul Islam (Mufti).

47
 Dibawah institusi Mulim terdapat badan seperti Mahkamah Syariah, sistem
Pendidikan Madrasah dan institusi wakaf
 Manakala institusi keduniaan terdiri drp Sultan dan kerabat, wazir agung, kakitangan
istana, pegawai kerajaan dan tentera.
 Syariah berkuasa sebagai undang-undang dasar negara dan diketuai oleh sultan.
 Kuasa memelihara keharmonian di antara Qanun diraja dan syariah terletak di bawah
Majlis Ulama.
 Tugas ulama mengawasi mana2 perundangan diraja, pentadbiran dan polisi keadilan
agar tidak bercanggah dgn syariah.

4. PENTADBIRAN KETENTERAAN
 Sultan merupakan ketua tentera kerajaan dan memimpin sendiri angkatan tentera.
 Cth Sultan Sulaiman I memimpin tentera menakluki wilayah Kristian di Belgrade,
Rhodes dan Hungary.
 Beylerbey merupakan pegawai tentera berpangkat tertinggi mempunyai kuasa luas
dan dipanggil gelaran Pasha.
 Bey pula merupakan ketua batalion dan dianggotai oleh tentera yang digelar tentera
fief krn dikurniakan tanah kerana jasa.

PENTADBIRAN WILAYAH
1. GABENOR WILAYAH
 Setiap wilayah ditadbir oleh Gabenor Wilayah
 Gabenor terdiri daripada panglima perang atau Beylerbey.
 Tanggungjawab utama adalah mengurus aspek kehakiman, perundangan,
kewangan, percukaian dan keselamatan wilayah.
 Berperanan mentadbir tanah kurniaan yg luas yg diusahakan oleh petani.

2. KADI
 Kadi merupakan ketua agama bg setiap daerah.
 Tugas utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil
berdasarkan syariah Islam yg berpandukan Al-Quran dan hadis.
 Kadi merupakan ketua agama bg setiap daerah.
 Tugas utama pegawai berkenaan ialah mengendalikan hukum jenayah dan sivil
berdasarkan syariah Islam yg berpandukan Al-Quran dan hadis.
3. PEGAWAI2 LAIN
MULTEZIM
 Merupakan pegawai yg bertanggungjawab mengutip semua cukai dr kawasan2
tertentu.
 Sebahagian drp hasil kutipan cukai akan diserahkan kpd perbendaharaan negara.
BAKSHISH

48
 Merupakan pegawai kerajaan yg diberikan kuasa utk mengutip bayaran utk
perkhidmatan yg diberikan kpd org awam.
SANJAK
 Merupakan ketua pentadbir peringkat subwilayah.
 Terdiri daripada ketua tentera yang bertanggungjawab merekrut, menyelia dan
menyediakan tentera untuk peperangan.
GOLONGAN INTELEKTUAL ISLAM
 bertanggungjawab dlm pentadbiran keadilan, menguruskan wakaf utk
menyokong perkembangan sekolah & hospital serta pendidikan belia muslim.
 Turut berperanan sbg org tengah antara rakyat dgn cabang2 lain dlm kelas
pemerintahan.
NAHIYE
 Merupakan ketua kampung
 merupakan struktur pentadbiran yang paling rendah.

KESIMPULAN
Apa sahaja yang berkaitan

SOALAN 21 : HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN MOGHUL DI INDIA PADA


ABAD KE-16 HINGGA 17 MASIHI

PENDAHULUAN

49
§  Kerajaan Mughal diasaskan oleh Babur/Baber berikutan kejayaannya mengalahkan sultan
Ibrahim Lodi. Dalam perang panipat sekali gus Berjaya membentuk kerajaan Mughal.
§  Kerajaan ini mempunyai beberapa orang pemerintah yang berwibawa. Antaranya ialah Akbar
dan Aurangzeb. Kerajaan ini berakhir apabila pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke
Myanmar  oleh Britishpadapertengahan abad ke 17 M

ISI-ISI PENTING:

1. MENGAMALKAN DASAR PEMUSATAN KUASA.


 Akhbar pemerintah pertama yg merintis jalan mengasingkan urusan politik dan
pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan
berasaskan agama dan bangsa.
 Melalui polisi ini Akbar dapat mengekalkan kestabilan empayarnya.  
 Akbar telah membentuk sistem ‘Mansabdar’(pegawai yg t’diri drpd golongan
bangsawan) merupakan pegawai yang ditugaskan memerintah dan melengkapkan
satu pasukan tentera diraja serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan
berhubung pentadbiran awam. ‘Mansabdar’ ini dibahagi kepada 33 peringkat yang
setiap satunya memerintah satu batalion tentera berkuda. Tentera berjumlah antara
10 hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai atau ‘jagir’.

2.   MEMBENTUK KABINET
 Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet.
 Beliau juga melantik Perdana Menteri yang dipanggil wakil serta menteri-menteri
yang digelar ‘wazir’.
 Menteri paling kanan selepas Perdana Menteri ialah Menteri Kewangan. ‘Khan
Qanan’ iaitu jawatan Ketua Turus Tentera bertanggungjawab ke atas semua
‘mansabdar’. Jawatan ini dikhaskan kepada keluarga diraja sahaja.

3.    PENTADBIRAN DIBAHAGIKAN KEPADA 18 BUAH WILAYAH @ SUBAS


 Pada zaman pemerintahannya india dibhagikn kpd 18 buah wilayah@ subas  dan
d’tmpatkan seorang gabenor (subadar) yg merangkap ketua tentera.
 Jabatan lain yang turut ditubuhkan ialah ‘Diwan’ yang menguruskan hal kewangan,
‘Mir Bakhsi’ yang mengurus gaji tentera dan akaun dan  ‘Sadr-us-Sudur’ yang
bertanggungjawab dalam aspek agama dan kebajikan.
 ‘Muhtasib’ pula menjaga moral awam manakala ‘Qadi al-Qudah’ mengurus hal
kehakiman dan perundangan.  
 Pada peringkat bandar, ‘Kotwal’ akan menjaga keamanan, meronda, mengesan
pencuri dan orang asing serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan
lembu, kerbau dan unta.
 Kadi dan mufti pula dilantik untuk menjalankan pengadilan bagi orang Islam dan
Hindu dengan diawasi seorang Hakim Besar. 

4.    MENGAMALKAN PEMERINTAHAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH


 Manakala  pemerintahan Aurangzeb yg memerintah selama 50 thun dri tahun 1658-
1707 sebagai maharaja berjaya menghadapi segala permasalahan yg berlaku di
empayarnya dgan berkesan krana beliau berpgang kuat pada agama.

50
 Beliau bercita-cita menjadikan seluruh india mnjadi sebuah negara yg mengamalkan
mazhab AHLI SUNNAH WAL JAMAAH .
 Mereka menyakat pengaruh HINDU dan melarang org islam masuk  ke sekolah hindu.
Semasa pemerintahan Aurangzeb, peranan golongan ulama amat penting dalam
pentadbiran pusat sekaligus menyingkirkan golongan bukan Islam di sisi pemerintah.
 Al Quran dan hadis dijadikan asas perundangan negara. A
 urangzeb juga menghidupkan semula amalan syura dalam pemerintahan. dri
pemerintahan Aurangzeb ini membawa sedikit perubahan apabila ulama memainkan
peranan mereka dalam menasihati pemerintah dalam urusan pentadbiran dan
pemerintahan.

5.    PEMBERONTAKAN MASYRAKAT
 Namun begitu, Golongan hindu terkilan dgn polisi Aurangzeb dan ingin
menumpaskan kerajaan mughal
 Manakala golongan syiah pula memberontak kerana Aurangzeb menganggap syiah
adalah golongan sesat yg hampir sama dgan hindu.

KESIMPULAN

 Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa


kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain. Namun, sedikit perubahan
berlaku ketika pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama memainkan
peranan penting menasihati pemerintah.

SOALAN 22 : HURAIKAN ORGANISASI PENTADBIRAN DALAM PENTADBIRAN PUSAT DAN


WILAYAH YANG DIJALANKAN OLEH MAHARAJA AKHBAR.

PENDAHULUAN

51
§   Jalaluddin Muhammad Akhbar (Akhbar Agung)ialah anak kepada Humayun, iaitu pemerintah
empayar Moghul yang kedua (1556 – 1605M). Pada 14 Februari 1556, Akhbar menggantikan
ayahnya yang meninggal dunia. Akhbar menjadi pemerintah Moghul yang ketiga. Semamsa
menaiki takhta beliau berusia 13 tahun. Ketika pemerintahannya, Akhbar Berjaya
menghapuskan ancaman daripada Sher Shah

§ Berkahwin dengan seorang puteri Rajput. Dirundung malang pada tahun-tahun akhir
pemerintahannya akibat salah laku anak-anaknya. Akhbar meninggal dunia pada 15 Oktober
1605 dan disemadikan di Sikandra, berhampiran Agra.

ISI-ISI PENTING:

1) PENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH

 Akhbar menjalankan system pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah.


 Telah mengasingkan politik dengan agama dan menghapuskan perbezaan dari segi
agama dan bangsa.
 Contohnya orang bukan Islam mendapat kelonggaran persamaan hak dengan orang
Islam bagi mengisi jawatan dan pentadbiran
 Pada tahun 1581M, baginda memperkenalkan agama baharu, iaitu Din Ilahi
(gabungan agama Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster)
 Telah meghapuskan amalan perhambaan dan disokong oleh rakyat. Turut
menghapuskan bayaran jizyah dengan alas an mewujudkan keadilan dan
membekalkan kestabilan empayarnya
 Kerajaan Akhbar berasaskan pewarisan dan baginda menjadi ketua Negara yang
bergelar sultan (maharaja).
 Sultan memerintah dan mempunyai kuasa mutlak serta dibantu oleh pegawai yang
dilantik seperti Bairam Khan (perdana Menteri) Navratnas (Sembilan Permata)

2. ORGANISASIPENTADBIRAN

i) PERINGKAT PUSAT:

 Mewujudkan Mansabdar yang dijalankan oleh pegawai yang  dilantik untuk melakukan
tugas-tugas pentadbiran awam. Serta ditugaskan memerintah dan melengkapkan
pasukan tentera diraja
 Mansabdar dibahagikan kepada 33 peringkat. Di setiap peringkat, Mansabdar
memerintah satu batalion tenetra (antara 10 hingga 1000 orang)
 Jawatan-jawatan utama yang lain, iaitu:
a)    Wakil (perdana menteri)
b)    Wazir (menteri) – Menteri kewangan ialah menteri paling kanan selepas perdana
menteri
c)     Ketua Turus Angkatan Tentera – dipanggil sebagai 'Khan Qanan'. Ia
bertanggunjawab terhadap semua Mansabdar dan dikhaskan untul keluarga diraja
sahaja
d)    Kadi besar – bertanggungjawab terhadap kehakiman
e)    Muhtasib – menjaga moral awam

52
f)     Diwan – mengurus hal-hal kewangan
g)    Mir Bakshi – menjaga soal akaun dan gaji tentera
h)    Sard-us-Sudur – bertanggungjawab tentang hal agama dan kebajikan
i)      Kotwal – menjaga keamanan, mengadakan rondaan, menjadi pengintip dan
mengesan pencuri

ii) Peringkat Wilayah:


 India dibahagikan kepada 18 wilayah(subas) ketika akhbar memerintah
 Di setiap wilayah (subas) dibahagikan kepada beberapa daerah (sarkar)
 Faudjar bertanggungjawab menguruskan pentadbiran diperingkat daerah
 Di setiap sarkar dibahagikan kepada parganah (mukim) dan mahal (kampung)

KESIMPULAN
 Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan telah memastikan bahawa
kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain.
 Pemerintahan  kerajaan Moghul  mengamalkan dasar pemusatan kuasa. Akhbar
pemerintah pertama yg merintis jalan mengasingkan urusan politik dan
pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan perbezaan-perbezaan
berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini Akbar dapat mengekalkan kestabilan
empayarnya. 

SOALAN 23 : HURAIKAN JENIS-JENIS DAN TUJUAN JIHAD DALAM ISLAM

PENGENALAN
- Peperangan bermula slps hijrah nabi Muhammad S.A.W ke Madinah.

53
- Dlm perang Badar, orang-orang Islam mula berjihad demi menegakkan perjuangan
Islam.
- Amalan ini sering dikaitkan dgn perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

1) Jihad Nyawa dan Tenaga


•Jihad nyawa dan tenaga merupakan jihad yg paling utama iaitu melalui
pengorbanan jiwa dan raga utk agama Islam.
 Jihad sebegini lazim dilihat dlm medan peperangan menentang glngn yg kufur kpd
Allah S.W.T dan mereka yg menentang Islam. Umat Islam yg terkorban adalah syahid.
 Antara cth para sahabat yg telah berkorban jiwa dan raga dlm memperjuangkan
agama Allah ialah Saidina Hamzah yg telah syahid di medan Perang Uhud.

2) Jihad Harta Benda


 Pengorbanan wang dan harta juga termasuk dlm jihad iaitu jihad fi sabilillah.
 Bg mereka yg mempunyai kekayaan , harta yg dimiliki boleh disumbangkan utk
menyokong usaha jihad di medan peperangan spt membantu dari segi kewangan.
 Sbg cthnya, Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar al-khattab dan Saidina Uthman
bin Affan tlh menyerahkan sbhgn besar drpd harta mereka utk menegakkan syiar
Islam.

3) Jihad Melawan Hawa Nafsu


 Melalui jihad ini, seluruh tenaga akn disalurkan agrmenuruti jalan (manhaj) yg
digariskan oleh Allah S.W.T.
 Perjuangan melawan hawa nafsu dlm setiap diri individu muslim merupakan fardu
ain dan jihad ini menuntut kpd jihad yg berpanjangan.
 Mencari petunjuk agama yg benar atau mencari ilmu juga tergolong dlm jihad
melawan nafsu iaitu berusaha tunduk dan patuh utk beramal dgn ajaran Islam,
menyebarkan dakwah Islamiah serta sabra dgn segala ujian dan cabaran yg diterima.

4.  Jihad menentang syaitan.


 Syaitan ialah musuh manusia yang sebenar-benarnya.Buktinya banyak ayat al-Quran yang
menjelaskan permusuhan di antara syaitan dengan manusia. Misalnya,dendam Iblis
kepada Nabi Adam a.s.  Terdapat dalil dalam suah al-Fatir ayat 6 yang membuktikan
syaitan ialah musuh manusia”Sesungguhnya syaitan itu seteru bagi mu maka jadikanlah
dia atau layanilah sebagai seteru”.                                           
 Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain kerana
setiap manusia Islam mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini
kerana, kedua-duanya menjadi musuh di dalam diri mereka sendiri.

TUJUAN JIHAD
1) Menjaga Kesucian Agama Islam
 Dapat dilihat dengan ketara pada zaman Khulafa Ar Rasyidin
 Khalifa Abu Bakar As Siddiq membentuk 11 pasukan tentera bagi menggempur
golongan al riddah

54
 Mereka perlu diperangi kerana merosakkan kesucian agama Islam dengan mengaku
sebagai nabi, enggan membayar zakat dan mengisytiharkan diri keluar dar Islam
(murtad)

2) Menjaga Keselamatan Negara Islam


 Tentera Islam digerakkan apabila mereka mengalami ancaman atau berperang
 Nabi saw sendiri terpaksa membentuk tentera Islam tatkala menghadapi ancaman
daripada kaum Quraisy yang mencetuskan perang Badar, Perang Uhud, dan Perang
Ahzab
 Perkara yang sama berlaku apabila Rom menerima ancaman di sempadan Ghassan,
tentera Islam digerakkan hingga tercetusnya Perang Mut `ah dan Perang Tabuk

3.  Menjaga maruah umat Islam.                 


 Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,apabila maruah seorang wanita Islam dihina oleh
Yahudi  Bani Qainuqa’,tentera Islam dihantar dan bertindak mengepung
perkampungan mereka seterusnya menyebabkan Yahudi berkenaan diusir dari bumi
Madinah.

4.  Menghapuskan kezaliman.                    
 Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, penduduk Mesir (kaum
Qibti) memohon bantuan agar tentera Islam membebaskan Mesir daripada kezaliman
Rom, lalu Khalifah Umar menghantar  tentera  yang dipimpin oleh Amru bin al-As
yang membawa kepada pertapakan Islam sepenuhnya di bumi Mesir.

KESIMPULAN
- Jihad merupakan sesuatu yg amat luas dan perlu ditafsirkan secara tepat.
- Jihad dlm bentuk zahir dan batin perlu dilakukan secara ikhlas dan bersungguh-
sungguh semata-mata kerana Allah S.W.T.
- Jihad memerlukan tujuan yang kukuh demi agama
- Jihad merupakan prinsip Islam yg agung kerana jihad dpt memelihara kebesaran,
kemuliaan dan kedaulatan Islam, negara dan umatnya.

SOALAN 24 : HURAIKAN ETIKA PEPERANGAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS


PEPERANGAN YANG DIANJURKAN DI DALAM ISLAM.
PENGENALAN

 Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya

55
agama, negara dan maruah diri diancamoleh musuh. Hal ini bersesuaian dengan sifat agama
islam yang mementingkan kesejahteraan dan keamanan.
 Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam
dikehendaki mematuhi etika peperangan yang ditetapkan sama ada situasi sebelum, semasa
atau selepas peperangan.

ISI JAWAPAN

1. ETIKA SEBELUM PEPERANGAN


 Harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya.
Hal ini telah dilaksanakan ketika zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sewaktu menggempur
wilayah Hirah. Beliau telah memberi tiga pilihan kepada musuh Islam, iaitu menganut Islam,
berdamai ataupun berperang.
 Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu
Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi
terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera
Islam hanya memrnggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara
besar-besaran dilaksanakan.

2. ETIKA SEMASA PEPERANGAN


 Mentaati arahan pemimpin atau ketua
Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan
memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas
ialah kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera
Islam tidak akur dengan arahan pemimpin (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan
posisi yang ditetapkan).
 Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya
Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang
cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah
golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa' al-Rasyidin kerana
dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.
 Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali
darurat
Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada
masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta'if,
harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.

3. ETIKA SELEPAS PEPERANGAN


 Tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah
Sesuai dengan pilihan-pilihan yang diberikan kepada seteruseteru Islam, maka Islam
menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi
atau

56
mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah
Islam.
 Melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh
Antara larangan tersebut ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang
terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad
Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w di medan Perang Uhud.
 Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati
Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 H, meskipun fasal-
fasal dalam perjanjian itu seolah-olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun
Rasulullah s.a.w mempunyai misi yang tersendiri.Sikap musuh Islam yang melanggar
gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w mengetuai tentera Islam
membuka kota Makkah pada tahun 8 H.
 Tawanan perang akan dilayan dengan baik
Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada
cadangan daripada para sahabat agar musuh-musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar
dibunuh, Rasulullah s.a.w tidak menerima cadangan itu sebaliknya baginda menggunakan
kaedah diplomasi, iaitu tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan serta
sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam
menerima agama Islam.

KESIMPULAN
 Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam
mempunyai disiplin yang tinggi malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang
dijalankan oleh para tentera di medan perang.

SOALAN 25 : JELASKAN STRATEGI PEPERANGAN YANG DIPRATIKKAN OLEH TENTERA ISLAM


PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN KHULAFA AR RASYIDIN

PENGENALAN

57
 Islam tidak menggalakan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang
membenarkan umat Islam berperangan maka ia menjadi pilihan terakhir dan terpaksa
diharungi demi mempertahankan kesucian agama, maruah diri dan negara ,
menegakkan hukum Allah, menjamin kesejahteraan umat manusia sejagat dan
memberikan pengajaran kepada seteru Islam.
 Strategi peperangan bukanlah perkara yang objektif, malah merupakan satu perkara
subjektif dan dan relatif kerana ia ditentunkan keadaan persekitaran, latar belakang
musuh yang berkaitan dengan kekuatan, persenjataan dan taktik musuh itu sendiri.
Dalam erti lain, strategi peperangan banyak bergantung kepada keadaan muka bumi
dan musuh yangg dihadapi.
 Pada zaman Nabi Muhammad SAW, peperangan dibahagikan kepada dua iaitu
sariyah( tindakan menyekat rombongan dagang kafir atau musuh-musuh Islam) dan
ghazwah ( peperangan secara besar-besaran)
 Nabi Muhammad SAW telah menyumbangkan banyak strategi peperangan yang mana ia
merupakan sebahagian dari ketamadunan Islam
 Antara peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW adalah Perang
Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq.
 Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan pemerintahan
Khulafa’ al-Rasyidin ialah menguasai tempat strategik, kaedah bertahan, menempatkan
pasukan pemanah di atas bukit, kaedah penyamaran, mementerai perjanjian
persahabatan dgn musuh, strategik mengepung

ISI JAWAPAN
1. MENGUASAI TEMPAT STRATEGIK
 Sebelum berlakunya peperangan, Nabi Muhammad SAW akan mengkaji kawasan
atau keadaan peperangan akan berlaku.
 Peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW akan mengambil masa berhari-hari,
oleh itu Baginda akan memilih wadi berair sebagai tempat perkhemahan sebelum
peperangan kerana memetingkan sumber air.
 Hal ini telah menyebabkan tentera Islam menang dalam peperangan. Contohnya ,
dalam Perang Badar, tentera Islam berjaya mengalahkan Quraisy Mekah kerana mereka
telah mencerobohi benteng Islam demi mendapatkan sumber air.
 Dalam Perang Uhud , Nabi telah menempatkan tentera pemanah di atas Bukit Uhud
untuk menghujani panah bagi mengucar- ngacirkan musuh.

2. TAKTIK BERTAHAN
 Tentera Islam menggunakan taktik bertahan dengan membina benteng pertahanan
seperti menggali parit untuk mematahkan serangan musuh.
 Contohnya, tentera Islam telah menggali parit besar di sepanjang kawasan Kota
Madinah dan pihak musuh berfikir bahawa ia mudah untuk ditembusi.
 Taktik ini adalah cadangan dari Salman Al-Farisi bagi menangani tentera musuh yang
berusaha menyerang Kota Madinah.
 Parit tersebut digali menghalang ke arah tentera musuh bagi menggelakkan mereka
memasuki Kota Madinah manakala tentera Islam bertahan di dalam kota.
 Strategi ini telah berjaya mengelirukan pihak musuh dan mereka telah berundur

58
3. STRATEGI PENYAMARAN DAN TIPU HELAH
 Penyamaran adalah merupakan suatu taktik yang penting di dalam setiap
pertempuran. Ia merupakan satu kaedah dibenarkan Islam untuk memperoleh kemenangan.
 Contohnya Nabi telah menyamar dengan berpakaian seragam yang sama dengan
para sahabat bagi mengelirukan pihak musuh yang ingin membunuh nabi.
 Penyamaran tersebut berjaya di dalam Perang Uhud di mana seorang tentera kafir
mendakwa bahawa dia telah membunuh nabi akan tetapi dia telah membunuh Mas’ab bin
Umair.
 Dalam Perang Khandaq. Nabi Muhammad SAW telah mengutuskan Na’im bin
Mas’ab untuk bertindak menyamar sebagai musuh Islam dan memecah belahkan pakatan
Musyrikin Makkah dan Yahudi Madinah.

4. MERAHSIAKAN JUMLAH TENTERA MUSUH


 Nabi Muhammad SAW telah menggunakan strategi ini dengan merahsiakan jumlah
anggota tentera musuh yang akan dihadapi di dalam pertempuran nanti.
 Strategi ini digunakan adalah untuk menguji keimanan umat Islam. Contohnya,
dalam Perang Badar bahawa nabi tidak langsung memberitahu tentera Islam dan
membayangkan jumlah orang kafir Makkah yang melebihi 1000 orang
 Tentera Islam akan mengetahuinya apabila meraka berada di medan pertempuran.
 Setelah seruan Perang Badar diisytiharkan oleh Nabi Muhammad SAW, keseluruhan
tentera Islam berjumlah 313 orang telah melafazkan taat setia dan kesanggupan berjihad.

KESIMPULANNYA
 Kepimpinan dan kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam menetapkan etika
perang dan mengatur strategi tempur merupakan kunci utama kejayaan tentera Islam dalam
medan peperangan.
 Kekuatan dan keunggulan tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat
berkembangan luas di Sem. Tanah Arab. Strategi dan taktik yg digunakan oleh tentera Islam
adalah berkonsepkan wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW.
 Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin
terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab. Ini telah membawa perkembangan Islam keluar
Sem. Tanah Arab spt Palestin, Parsi, Afrika Utara dan Syria

SOALAN 26 : HURAIKAN CIRI-CIRI KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW DALAM BIDANG


KETENTERAAN DENGAN MEMBERIKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI.

PENGENALAN

59
 Keluarga Nabi Muhammad SAW dikenalimsebagai Bani Hasyim. Kewibawaan
kepimpinan Bani Hasyim dapat di lihat pada zaman Abdul Mutalib. Nabi Muhammad
SAW Berjaya menyelesaikan masalah peletakan semula Hajar Aswad yang menjadi
rebutan ketua-ketua kabilah di Mekah.
 Di Madinah, Baginda dilantik sebagai pemimpin tertinggi kerajaan Islam dan sekaligus
dapat membawa masyarakat Islam Madinah meraih pelbagai kejayaan.
 Sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat dalam diri Baginda ialah seperti bercakap
benar (siddiq), amanah, menyampaikan wahyu (tabliq), bijaksana (fatonah),
berakhlak, lemah lembut, berbudi pekerti, penyabar, berdikari dan lain-lain.
 Antara mukjizat teragung yang dianugerahkan kepada Nabi Muhammad SAW ialah
mukjizat Al-Quran yang kekal sehingga hari kiamat.

ISI JAWAPAN
1. Kepimpinan Ketenteraan
 Rasulullah s.a.w merupakan ketua angkatan tentera yang sangat hebat dan
disegani oleh kawan dan lawan.
 Peperangan pada zaman Rasulullah s.a.w di bahagi kepada dua iaitu peperangan
yang disertai oleh Rasulullah s.a.w (ghazwah) dan tidak disertai oleh Rasulullah
(Sariyah).
 Setiap ekspedisi tentera yang disertainya, bagindalah yang mengetuainya.
Contohnya ialah perang Badar al-Kubra(2H), Uhud(3H), al-Ahzab (5 H), Perang
Hunain (8 H), Perang Taif (8 H) dan lain lain lagi.
 Rasulullulah telah menunjukkan ciri kepimpinan yang cemerlang, adil dan tidak
secara autokratik. Perbincangan (syura) diutamakan dalam membuat keputusan.

2) Contoh kepimpinan yang terbaik


 Nabi Muhammad sering memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada
umatnya. Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan
disegani oleh musuh-musuh. Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para
sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab,
Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.
 Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting
seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh.

3) Menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji


 Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta seluruh
harta mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek
bin Auf menyerah diri. Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan
hati musuh-musuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam.
 Nabi Muhammad mematuhi disiplin peperangan seperti mematuhi undang-undang
tradisional yang tidak berperang dalam musim haji.

4)  Sering berbincang dengan para sahabat


 Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat
sahabat-sahabat. Bukti ketinggian peribadi seorang jeneral perang. Nabi Muhammad
tidak menggunakan kuasa secara mutlak.
 Dalam Perang Khandak – Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi untuk
menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling Madinah.

60
5) Menyarankan tidak mengejar musuh yang lari
 Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang
lari meninggalkan medan peperangan – menunjukkan bahawa tentera Islam tidak
ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan.
Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di
bahagian belakang.
 Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana
ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam. Contoh, Nabi tidak mengejar
musuh yang lari dalam Perang Taif.

6)  Akal dan Ilmu Pengetahuan yang Sejajar sebagai seorang ketua perang
 Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik dan
strategi ketenteraan. Baginda menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-saf
– contoh dalam Perang Badar – Rasulullah menyusun tentera dalam dua barisan –
barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang – bersenjatakan
panah dan perisai dan setiap barisan didahului dengan pembawa bendera.
 Baginda menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota
Madinah.

7) Bijak mengatur taktik dan strategik yang berkesan


 Menguasai takungan air dalam peperangan Badar– tentera musyrikin tidak mempunyai
kekuatan kerana dahaga. Menggunakan taktik menunggu – dalam perang Badar.
Penyusunan barisan tentera Islam – dalam perang Uhud
 Taktik bertahan – perang Uhud dan Khandak dan Taktik menggali parit – perang
Khandak

8) Memberi kefahaman tentang konsep jihad


 Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk
meninggikan syiar Islam hanya kerana Allah. Menghormati peraturan-peraturan
peperangan dan etika perang dalam Islam. Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak
kawan dan lawan
 Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang gagah berani. Mempraktikkan
taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh kejayaan. Contoh, perang Ahzab,
dll.

KESIMPULAN
  Kepimpinan Nabi Muhammmad sebagai seorang panglima yang agung sememangnya
terserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda.

SOALAN 27 : HURAIKAN CIRI KEPIMPINAN DAN SUMBANGAN KHALIFAH SALEHUDDIN AL-


AYYUBI DALAM ISLAM PADA ABAD KE 12 MASIHI

PENGENALAN
 Nama penuh beliau ialah Salehudddin Yusof Bin Najmudddin Ayub. Beliau digelar
sebagai Saladin, berketurunan Kurdi dari kaum Quraisy suku Ruwaidhah. Beliau
dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1138 M dan meninggal dunia
pada tahun 1193 M di Damsyik.

61
 Merupakan seorang panglima tentera, pemimpin & pentadbir negara yang berbakat
tinggi dan masyhur pada zaman perang Salib.
 Beliau merupakan pahlawan Islam yang gagah berani dalam Perang Salib dan Berjaya
merebut kembali Baitul Maqdis dari pasukan tentera Salib Kristian.

ISI JAWAPAN
CIRI KEPIMPINAN
1. PANGLIMA PERANG
 Salehuddin mula menyertai peperangan pada tahun 1164 M apabila menyertai
ekspedisi ketenteraan Syria bersama bapa saudaranya, iaitu Shirkuh yg dihantar oleh
Khalifah Nur al-Din.
 Dalam peperangan ini, tentera islam pimpinan Shirkuh telah berjaya menewaskan
tentera salib yg berada di bawah pimpinan Amaury I. Pada tahun 1169 M, tentera
islam jg berjaya menumpaskan tentera salib di Mesir. Peperangan ini berlaku
disebabkan tentera Salib melanggar perjanjian damai yg dimeterai.
 Setelah Shirkhuh meninggal dunia, Salehuddin Al Ayyubi telah dilantik sebagai
panglima tentera Syria.
 Pelantikan ini menjadi titik tolak Kepada bakat beliau sebagai panglima tentera Islam
yang termasyhur dalam siri-siri Perang Salib yang akhirnya membawa kepada
pembebasan kota suci Baitul Maqdis dan bumi Palestin daripada cengkaman tentera
Kristian pada abad ke-12 Masihi.
 Salehuddin biasanya memulakan peperangan pada hari Jumaat sempena mengambil
berkat doa umat Islam dan para khatib solat Jumaat.

2. BERTOLERANSI DAN MEMENTINGKAN KEBAJIKAN


 Meskipun tentera Islam telah berjaya menguasai Baitulmuqaddis, orang-orang
kristian tetap diberi peluang mengunjungi kota suci ini.
 Melalui perjanjian damai yg dimeterai oleh Salehuddin dengan Richard The Lion
Heart di Ramalah pada 2 November 1192 M, pihak Islam bersedia memberi
kelonggaran kepada penganut Kristian mengunjungi dan beribadat di
Baitulmuqaddis.
 Salehuddin tidak brtindak zalim dengan tawanan perang musuh. Hal ini jauh berbeza
dengan tentera Salib yang bersifat kejam dan suka membalas dendam.
 Beliau turut menyediakan kemudahan prasarana seperti hospital, rumah kebajikan,
masjid dan institusi pendidikan.

3. PEMIMPIN YANG WARAK DAN TAAT KEPADA AGAMA


 Selepas dilantik sebagai penguasa Mesir, Salehuddin mengubah cara hidupnya
Kepada kehidupan yang lebih warak dan berdisiplin.
 Salehuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh serta sering mendalami
ilmu pengetahuan yang lain.
 Selain Al-Quran, Salehuddin banyak menghafal syair-syair Arab. Beliau turut
mendalami ilmu akidah, ilmu hadis, Syariah dan usul fiqh.
 Beliau seorang yang pemurah dan sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.

5. MENCINTAI BIDANG ILMU PENGETAHUAN

62
 Salehuddin banyak membina sekolah & menjemput golongan ulama & cerdik pandai
ke negaranya.
 Beliau memperkenalkan sistem pendidikan prasekolah yg dikenali sebagai sistem al-
Katib.
 Kanak-kanak diajar mempelajari al-Quran, menghafal hadis, kemahiran seni khat,
ilmu matematik, syair, kata-kata hikmat & ibadat seperti solat berjemaah.
 Masjid pula berperanan sebagai pusat pembelajaran yg penting khususnya ilmu
keagamaan seperti ilmu tafsir. Masjid yg terkenal pada zamannya ialah Masjid Amru
al-As, Masjid al-Azhar, Masjid al-Alttarin.
 Beliau sanggup mewakafkan 32 buah kedai untuk dijadikan sekolah, malah turut
membiayai gaji guru-guru yg mengajar di sekolah yg didirikan.

SUMBANGAN
1. Menentang Tentera Salib
 Semasa hayat Salahuddin Al-Ayyubi, beliau telah memberikan sumbangan yang sangat
besar kepada umat Islam pada ketika itu. Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi
mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik.
 Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan
sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan
salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
 Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi
bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di
Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah
(Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, Salahuddin al-Ayyubi telah
menggantikan tempatnya. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima
angkatan tentera Syria.

2. Membebaskan Kota Baitul Maqdis


 Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah
mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya
sebagai Sultan Al-Islam Wa Al-Muslimin.
 Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah. Pada tahun 583 Hijrah
(1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayyubi hingga membuka jalan
mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
 Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan
kekecewaan golongan pembesar Kristian.
 Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun
perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka
tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayyubi.
 Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan.
Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh
Salahuddin al-Ayyubi.
 Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza
daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal
itu.

4. Memulih dan membangunkan negara

63
 Memberikan tumpuan kepada pemulihan benteng kota Kaherah yang diawasi oleh arkitek
yang bertujuan untuk mengawal negara daripada pencerobohan musuh. Membangunkan
Pulau al-Raudah dan al-Gizah yang menyediakan kemudahan petempatan dan pasaraya.
 Menubuhkan Diwaqn Armada yang bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan
kapal-kapal perang dan armada perang yang besar.
 Membina hospital Bimaristan al-Atiq dan bangunan gedung ubat-ubatan bagi
membolehkan ubat diagihkan kepada pesakit mengikut gred. Ruangan khas untuk wanita
disediakan dan pesakit mental.

5.Memajukan aspek pendidikan


 Membina sekolah-sekolah dan menjemput golongan cerdik pandai dan ulama ke
negaranya. Memperkenalkan pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama
sistem al-Katib yang menjadi pusat pendidikan kanak-kanak mempelajarai al-Quran,
menghadal hadis dll
 Masjdi seperti Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar berperanan sebagai pusat
pembelajaran ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir.

6. Kemajuan dalam bidang ekonomi


 Sumber ekonomi negara daripada jizyah, fidyah (tawanan perang) dan kharaj.
Menumpukan kepaeda sektor ekonomi pertanian dengan memberikan tumpuan kepada
penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-teknik pertanian bagi tujuan
meningkatkan produktiviti pengeluaran negara.
 Menggalakkan aktiviti perdagangan dan menjadi pusat pertemuan dai timur dan barat.
Membina banyak pasar-pasar di Mesir dan Syria selain membaik pulih serta meluaskan
pasar yang sedia ada.

KESIMPULAN
 Sumbangan Salehuddin Al Ayyubi terhadap umat Islam amat besar terutamanya
kejayaan mengembalikan kota suci Baitul Maqdis dari penguasaan tentera Salib dan
seterusnya berjaya mengembalikan keagungan empayar Islam.
 Dalam bidang ketenteraan pula, beliau sememangnya merupakan seorang pemimpin
tentera yang ulung yang berjaya menyelamatkan wilayah Islam daripada dirampas
oleh pihak Kristian.
 Salehuddin turut melaksanakan pelbagai program pembangunan dalam pelbagai
bidang termasuk bidang politik, ekonomi dan sosial.

SOALAN 28 : HURAIKAN CIRI KEPIMPINAN DAN SUMBANGAN KHALIFAH SULTAN


MUHAMMAD AL FATEH PADA ZAMAN KERAJAAN TURKI UYHMANIYAH

PENGENALAN
 Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid.
Dilahirkan pada 29 Mac 1432 bersamaan 835 Hijrah di Adrianapolis iaitu sebuah
bandar yang bersempadankan Turki Bulgaria.
 Beliau juga turut digelar dengan gelaran Muhammad Al Fateh kerana kejayaannya
dalam membebaskan Kota Constantinople.

64
 Sultan Muhammad Al Fateh menaiki takhtanya pada usia 19 tahun apabila
menggantikan posisi auahnya iaitu Sultan Murad II.
 Beliau telah memerintah empayar yang luas selama lebih kurang 30 tahun iaitu dari
tahun 1451 sehingga 1481.
 Sultan Muhammad Al Fateh juga merupakan seorang negarawan yang ulung dan juga
seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25 siri
peperangan.
 Tanggal 3 Mei 1481, Sultan Muhammad Al Fateh telah wafat ketika usianya 49 tahun.
 Umumnya, kepimpinan melalui teladan dan kebolehan sebagai panglima perang
merupakan ciri kepimpinan Sultah Muhammad Al Fateh manakala

ISI JAWAPAN
CIRI KEPIMPINAN

1) KEPIMPINAN MELALUI TELADAN


 Antara ciri kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh pada Zaman Kerajaan Turki
Uthmaniyah ialah kepimpinan melaluin teladan.
 Sultan Muhammad Al Fateh merupakan seorang yang memiliki sifat kepimpinan yang
mulia dan menjadi role model serta ikutan para tenteranya.
 Hal ini demikian kerana, beliau adalah seorang yang cekap, warak, berilmu, berani
serta bertanggungjawab terhadap setiap pemerintahannya.
 Perkara ini dapat diperkukuhkan lagi apabila, pada waktu siang beliau menunggang
kuda untik memerhatikan latihan tentera manakala menjelang waktu malam pula,
beliau sanggup berjalan kaki ke khemah-khemah tenteranya bagi menggalakkan para
tenteranya bertahjud dan bertilawah pada setiap malam.
 Ciri kepimpinannya juga boleh dilihat apabila Sultan Muhammad Al Fateh telah
memimpin sendiri 25 ekspidisi peperangan dan turut menjadi penglima tentera yang
agung.
 Oleh itu, jelaslah bahawa, kepimpinan melalui teladan merupakan ciri kepimpinan
khalifah Sultah Muhammad Al Fateh pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah.

2) MEMILIKI KEBOLEHAN SEBAGAI PANGLIMA PERANG


 Selain itu, ciri kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh yang seterusnya ialah memiliki
kebolehan sebagai panglima perang.
 Sultan Muhammad Al Fateh memiliki kekuatan fizikal dan mental yang baik sebagai
seorang pemipin tentera.
 Hal ini dapat digambarkan apabila, beliau telah berjaya menyerlahkan kekuatan
angkatan tentera darat dan laut melalui pimpinannya bagi Kerajaan Uthmaniyah
sehingga digeruni oleh pihak musuh yang lain.
 Beliau juga merupakan seorang panglima tentera yang berstrategik dan memiliki
sistem pentadbiran yang cekap. Susunan angkatan tentera kerajaan uthmaniyah ini
disusun secara sistematik di mana ia terdiri daripada Berleybey.
 Barisan tentera Uthmaniyah yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Al Fateh terdiri
daripada tentera laut, tentera darat dan tentera pejalan kaki.
 Bahkan, terdapat juga tentera berkuda yang digelar sipahi dan pembawa senjata iaitu
silahdar.

65
 Kedudukan para tentera yang tersusun ini telah berjaya membuktikan bahawa Sultan
Muhammad Al Fateh merupakan seorang yang panglima tentera yang memiliki
kebijaksanaan dalam pelbagai bidang.
 Dengan ini, jelas bahawa memiliki kebolehan sebagai penglima perang merupakan
ciri kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah.

SUMBANGAN
1) MENGEPUNG DAN MEMBUKA KOTA KONSTANTINOPLE
 Antara sumbangan Khalifah Sultan Muhammad Al Fateh pada zaman kerajaan Turki
Uthmaniyah ialah mengepung dan membuka Kota Konstantinople.
 Selepas 2 tahun Sultan Muhammad Al Fateh menaiki takhtanya, beliau telah
mengkaji pelan bagi Kota Konstantinople secara mendalam dan terperinci.
 Selain daripada itu, beliau juga turut mengkaji tentang sebab-sebab kegagalan
kempen yang terdahulu dan membuat beberapa perbincangan dengan tentera-
tenteranya berkaitan strategi yang sesuai untuk dilaksanakan.
 Sebagaimana yang kita sedia maklum, Sultan Muhammad Al Fateh juga turut
membuat beberapa persiapan tawaran bagi kota ini dengan cara menyediakan
angkatan tenteranya yang besar dan hebat. Sebanyak 265 000 orang dan 400 buah
kapal telah siap disediakan olehnya.
 Manakala, beliau juga turut mengarahkan pembinaan meriamk gergasi yang boleh
menembak sejauh 1.5 km. Sebelum tentera islam pimpinan Sultan Muhammad Al
Fateh menyerang, beliau telah membuat beberapa persetujuan dengan wilayah
Wallachia, Serbia dan Hungry.
 Selain daripada itu, beliau juga telah mewujudkan satu idea baru denagan cara
membawa para ulama dan pakar motivasi ke medan perang dengan tujuan untuk
membakar semangat jihad para tenteranya.
 Perkara yang menunjukkan Sultan Muhammad Al Fateh amat menitiberatkan ajaran
islam apabila setiap kali tiba waktu solat, beliau mengarahkan azan dilaungkan dan
solat secara berjemaah dibuat. Justeru itu, Sultan Muhammad Al Fateh telah
menyebabkan tentera pihak musuh iaitu Byzantine menjadi gentar dan menghantar
utusan supaya maharaja Byzantine menyerahkan Kota Konstantinople kepadanya
kerana enggan kota itu dikepung dan diserang.
 Malah, dalam masa 48 hari, para tentera islam pimpinan Sultan Muhammad Al Fateh
telah berjaya merosakkan dinding kota itu dan mengarahkan supaya menggunakan
menara bergerak yang tinggi dari kota itu. Tetapi cubaan untuk menggunakannya
gagal.
 Oleh itu, jelaslah bahawa mengepung dan membuka Kota Konstantinople merupakan
sumbangan Sultan Muhammad Al Fateh pada zaman kerajaan Turki Uthmaniyah.

2) MENDIRIKAN MASJID
 Mendirikan masjid juga merupakan sumbangan yang dibuat oleh Khalifah Sultan
Muhammad Al Fateh. Gereja besar seperti gereja St. Sophia telah ditukar dan
dijadikan sebagai pusat ibadat untuk orang-orang islam.
 Pada zama ini, gereja ini dikenali sebagai Masjid Aya Sofia dan bangunan masjid ini
telah diubah suai mengikut ciri seni bina islam. Perkara ini dapat dibuktikan melalui
dinding dan tiang masjid yang dihiasi dengan ayat-ayat al quran.

66
 Selain daripada itu, Sultan Muhammad Al Fateh juga turut membina 11 buah masjid
lain termasuklah sebuah masjid yang dibina berhampiran dengan makam Abu Ayyrb
Al Ansari yang akhirnya menjadi tempat atau lokasi tumpuan bagi ahli-ahli tasawuf.
 Dengan ini, jelaslah bahawa, mendirikan masjid merupakan sumbangan yang
dilakukan oleh Khalifah Sultan Muammad Al Fateh pada zaman kerajaan Turki
Uthmaniyah.

3) KEBEBASAN BERAGAMA
 Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke
Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk
diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka.
 Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di
kalangan mereka.
 Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia
lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak
Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya
gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

4) PENGEMBANGAN KERAJAAN DAN PEMBANGUNAN


 Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan
negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan
yang tunduk di bawah penguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan
pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan
Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi.
 Matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan
menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.

KESIMPULAN
 Kesimpulannya, ciri kepimpinan dan sumbangan Sultan Muhammad Al Fateh ini
sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada umat islam dan ia hendaklah
dicontohi. Sifat kepimpinan dan teladan yag dimiliki beliau perlulah dijadikan sebagai
panduan dalam semua aspek untuk memimpin serta menjadikan islam pada masa
kini semegah peradaban islam pada masa lampau.

SOALAN 29 : BINCANGKAN PERKEMBANGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK PADA ZAMAN NABI


MUHAMMAD SAW
PENGENALAN
 Penggubalan dan penguatkuasaan Piagam Madinah menandakan pembentukan
secara rasmi negara Islam Madinah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad saw.
 Nabi mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan dan kabilah-
kabilah luar Madinah bertujuan menyebarluas dakwah Islamiah dan memelihara
kestabilan kerajaan Madinah.
 Hubungan luar terawal dilakukan Nabi Muhammad saw termasuk dengan Raja
Najasyi, pemerintah Habsyah dan Perjanjian Hudaibiah dengan pemimpin kota
Makkah.

67
 Perjanjian Damai Hudaibiah membuka ruang dan peluang kepada Nabi Muhammad
saw mengadakan hubungan diplomatik dan seterusnya menyebarluaskan dakwah
Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
 Tahun 9H dikenali sebagai Tahun Perutusan (Am al-Wufud) kerana ramai suku Arab
menghantar utusan kepada nabi untuk memeluk Islam atau menyatakan taat setia
mereka kepada kerajaan Islam Madinah. Antaranya Bani Tamim, Bani Amir dan Bani
Kindah.
ISI JAWAPAN
UTUSAN DIPLOMATIK
 Nabi Muhammad saw menghantar beberapa utusan kepada raja-raja dan
pemerintah di beberapa wilayah.
 Kandungan surat menyeru pemimpin, wakil kepada raja, ketua negara serta kaum
dan rakyat lain memeluk Islam.
 Surat-surat ini ditandatangani dengan cop mohor perak yang berukiran kalimah
“Muhammad Rasulullah”.
 Sebahagian daripada mereka menerima seruan Rasulullah SAW dan memeluk Islam,
namun terdapat beberapa pemimpin lain bersikap biadap dan angkuh.
 Antara utusan diplomatik dihantar Nabi Muhammad saw:

1. UTUSAN MUAZ BIN JABAL DAN ABU MUSA KE YAMAN


    Nabi menghantar Muaz bin Jabal dan Abu Musa menjalinkan hubungan diplomatik
dengan kerajaan Yaman bagi tujuan berdakwah kepada Ahli Kitab yakni orang-orang
Nasrani di Yaman.
 Pada tahun ke-10 hijrah Nabi s.a.w telah menghantar Muaz bin Jabal untuk
menyeru mereka kepada penyaksian (syahadah) bahawa sesungguhnya tiada tuhan
selain Allah dan sesungguhnya aku adalah Rasulullah (utusan Allah).
 Muaz bin Jabal telah berjaya dan empayar Islam mula tersebar di Yaman serta Islam
diterima dengan baik oleh pembesar dan penduduk di Yaman.
 Yaman telah menjadi sebagai pusat penyebaran Islam, ini terbukti dengan
terbinanya sebuah masjid yang pertama di Yaman yang menyerupai fungsi Masjid
Nabawi di Madinah.
 Dengan terbinanya masjid ini, Islam makin berkembang ke seluruh pelusuk Yaman.
Bermula dari dakwah Muaz ke Yaman, Islam menjadi agama rasmi penduduk Yaman
hingga ke hari ini, yang mana majoriti penduduk Yaman beragama Islam.

2. UTUSAN KHALID AL-WALID KE NAJRAN


 Nabi menghantar utusan diplomatik iaitu panglima perang Khalid al-Walid ke Najran
pada tahun ke-10 hijrah.
 Dengan kebijaksanaan Khalid al-Walid dan bantuan Amru bin Hazm, terjalin
hubungan diplomatik antara Madinah dengan Najran apabila Bani al-Harith bin
Ka’ab telah masuk Islam. Rasulullah telah mengangkat Qais bin Al-Hushain sebagai
pemimpin mereka.
 Rasulullah telah mengutuskan Amru bin Hazm untuk menyertai mereka dan
mengajar mereka tentang agama Islam.

3. UTUSAN AMRU BIN UMAIYAH KEPADA RAJA HABSYAH

68
 Nabi mengutuskan Amru bin Umaiyah al-Damri sebagai wakil menemui Raja
Habsyah iaitu seorang raja beragama Kristian yang bernama Asyam bin al-Jabr (Raja
Najasyi).
 Raja Najasyi memeluk Islam selepas menerima surat Nabi Muhammad saw dan
kemudiannya membalas surat bcrkenaan. Kemudian mati pada bulan Rejab tahun
ke-9 H dan nabi telah melakukan solat ghaib.

4. UTUSAN BIHIYAH AL-KALBI KEPADA MAHARAJA ROM


 Dihiyah bin Khalifah al-Kalbi dihantar sebagai utusan Nabi Muhammad saw
menemui Maharaja Rom, Heracleus dan dilayan dengan baik. Surat baginda
menyeru Heracleus memeluk Islam diterima ketika mereka meraikan kemenangan
ke atas Parsi. Heracleus menerima surat berkenaan dan ingin mengetahui
kebenaran kenabian Muhammad saw.
 Ketika Heracleus dalam perjalanan ke Baitulmuqadis, baginda menjemput Abu
Sufyan yang sedang mengetuai kafilah perdagangan Quraisy diminta memberi
pendapat mengenai keperibadian, kedudukan sosial dan kejujuran Nabi Muhammad
saw. Pada masa ini Abu Sufyan belum memeluk Islam lagi dan dipaksa bercakap
benar tentang nabi.
 Heracleus mengakui kenabian Muhammad saw dan melayan wakil baginda dengan
penuh hormat, tetapi beliau tidak memeluk Islam kerana terlalu cintakan harta dan
takhtanya.

PENGUTUSAN SURAT KEPADA AMIR, PEMIMPIN DAN PEMERINTAH LAIN


 Antara pemerintah yang menerima surat Nabi Muhammad SAW:
 Ferda bin Umro al-Khizai memeluk Islam pada tahun ke-5H. Namun beliau dibunuh
atas arahan daripada pemerintah Rom. Thumamah dari Najd yang memeluk Islam
pada tahun ke-6H. Jabla, pemerintah Ghassan memeluk Islam pada tahun ke-7H.
Kedar, pcmerintah Daumatul Jandal memeluk Islam pada tahun ke-9H. Dzul Kala bin
Himyar, Raja Himyar memeluk Islam pada tahun ke-9H.
KESIMPULAN
 Hubungan diplomatik zaman pemerintahan Nabi Muhammad saw memperlihatkan
usaha penyebaran Islam secara aman, diplomasi dan perdamaian. Rasulullah adalah
seorang ahli diplomatik yang berjaya kerana melalui surat baginda menyebabkan
seseorang itu menerima Islam. Hubungan diplomatik terjalin melalui perutusan
wakil kerajaan. Siasah hubungan luar negara Islam Madinah diteruskan.

SOALAN 30 : BINCANGAKAN PERKEMBANGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK ZAMAN KHULAFA


AR RASYIDIN DARI TAHUN 632 – 661 MASIHI.

PENGENALAN

 Kerajaan Khulafa Ar Rasyidin terbebtuk secara rasmi pd thn 632 m sehingga 661m.
 Diperintah oleh 4 org pemimpin yg dikenali sbg khalifah. Terdiri drp 4 org khalifah
iaitu Abu Bakar As- Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Al-Affan & Ali b. Abi Talib.

69
 Kebanyakan khalifah menggunakan Al-Quran dan Hadis sbg panduan dlm
pemerintahan.

ISI JAWAPAN
1) HUBUNGAN DIPLOMATIK ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS SIDDIQ
 Hubungan diplomatik agak terbatas kerana Abu Bakar menumpukan kepada masalah
dalam negara khusunya masalah ar Riddah.
 Dasar hubungan luar diteruskan oleh Abu Bakar melalui hubungan diplomatic
 Melalui hubungan ini ada yang memeluk Islam, ada yang membayar cukai jizyah (ufti)
melalui naungan dan ada yang menunjukkan anti Islam seperti Kerajaan Rom dan
Parsi.
 Khalifah Abu Bakar berjaya mempertahankan Kerajaan Islam Madinah dari ancaman
kuasa Parsi di Timur dan kerajaan Rom (Byzantine) di barat Madinah.
 Contohnya, Abu bakar menghantar ekspedisi ketenteraan Usamah bin Zaid ke Syam
bagi melindungi umat Islam dari ancaman Rom.
 Khalifah Abu Bakar juga menghantar pasukan tentera pimpinan Khalid al Walid dalam
peperanagn Ajnadin pada athun 634 masihi dan berjaya menewaskan tentera Rom
serta menguasai kawasan timur dan utara Palestin.
 Hubungan antara kerajaan Islam agak tegang dengan kerajaan Rom dan Parsi apabila
ekspedisi ketenteraan turut dihantar ke Hirah, ambar, daumat al Jandal dan Ajnadin.

2) HUBUNGAN DIPLOMATIK ZAMAN UMAR AL KHATTAB


 Ketika Zaman Umar, negara Islam Madinah meluaskan hubungan dengan negara2
luar melalui hubungan diplomatik dan penguasaan bagi kerajaan yang enggan
menjalinkan kerjasama.
 Khalifah Umar berjaya menamatkan penguasaan Empayar Parsi dengan menawan
Mesopotamia dan mengakhiri pemerintahan Empayar Rom di selatan Asia Kecil
dalam Perang Yarmuk.
 Hubungan dengan Palestin dilakukan untuk tujuan menguasai BaitulMaqdis daripada
orang Kristian. Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Artibun iaitu pemerintah
Baitulmaqdis menandatangani perjanjian damai Islam.
 Di Mesir, pemerintah Babylon yang diwakili Muqauqis juga bersetuju untuk
mengadakan perjanjian damai dengan Khalifah Umar al Khattab pada tahun 641
masihi.
 Jalinan hubungan diplomatik bukan sahaja membawa impak yang besar terjhadap
perkembanagn Islam, bahkan banyak kabilah Arab dan bukan Arab menaytakan
kesanggupan untuk bernaung di bawah kerajaan Islam seperti Palestin, Jordan, Iraq,
Iran, Mesir dan Syria.

3) HUBUNGAN DIPLOMATIK ZAMAN UTHMAN AL AFFAN

70
 Khalifah Uthman berjaya meningkatkan pengaruh dan penguasaan negara Islam
Madinah melalui hubungan diplomatik dan ketenteraan termasuk menubuhkan
tentera laut.
 Empayar Islam merangkuni wilayah Afghanistan, Samarkhand, Cyprus dan
Tripoli.Hubungan dengan Dinasti Tang di China telah terjalin di mana Khalifah
Uthman telah mengutus Saad bin Abi Waqqa.
 Pemerintah Dinasti Tang China iaitu Maharaja Yung Wei menerima baik hubungan
diplomatik dan mengarahkan Masjid Huaisheng di Bandar Guangzhou dibina sebagai
tanda persahabatan

4) HUBUNGAN DIPLOMATIK ZAMAN ALI BIN ABI TALIB


 Hubungan diplomatik zaman Ali kurang dilaksanakan akibat pergolakan politik.
 Ketika ini, berlaku Perang Jamal (657 Masihi) dan Perang Siffin (658 masihi) yang
menyebabakan Khalifah Ali tidak meluaskan pengaruh Islam ke atas kerajaan luar.
KESIMPULAN

 Apa2 sahaja yang berkaitan

SOALAN 31 : BINCANGKAN NAUNGAN MELALUI PEMBAYARAN JIZYAH YANG


DILAKSANAKAN SEMASA ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA AR RASYIDIN PADA ABAD KE
7 MASIHI.

PENGENALAN
• Perhubungan luar melalui cara naungan juga dikenali sebagai naungan melalui cukai
jizyah.

71
• Pelaksanaan naungan ini dilakukan di mana sesebuah kerajaan atau orang bukan
Islam tersebut dikehendaki membayar cukai Jizyah sebagai tanda ufti atau simbol
bernaung di bawah pemerintahan kerajaan Islam.
• Semasa zaman Khulafa ar Rasyidin, jizyah dikenakan bukan sebagai satu denda tetapi
sebagai ganjaran ke atas komitmen kerajaan Islam yang akan melindungi orang
bukan Islam.
• Zaman khulafa ar Rasyidin telah diperintah oleh 4 orang tokoh iaitu Abu Bakar, Umar,
Uthman dan Ali.

ISI JAWAPAN
1) KADAR DAN JENIS JIZYAH
 Cukai politik ke atas kafir dzimmi. Sebagai balasan terhadap perlindungan nyawa
dan harta oleh kerajaan Islam.
 Islam tidak menetapkan kadar jizyah sebaliknya menyerahkan kpd pemimpin
negara tersebut samada berasaskan kadar zakat fitrah atau lebih sedikit atau
kurang sedikit dgn mengambil kira kedudukan ekonomi masyarakat bukan Islam.
 Kadar minima ikut Mazhab Shafi’I ialah 1 dinar, mazhab Hanafi dan Hambali
berbeza mengikut keadaan individu. Kategori Jizyah terbahagi 2 , secara paksa
oleh kerajaan dan baik melalui kerelaan sendiri

2) NAUNGAN YANG BERHAK DITERIMA DARI CUKAI JIZYAH


 Hak mendapat perlindungan drp ancaman, kezaliman, harta dan kehormatan
darah.
 Hak mendapat kehormatan diri iaitu maruah terjaga sebagaimana org Islam.
 Hak kebebasan beragama ialah akidah berasaskan agaman mrk. Tiada paksaan
dlm memeluk Islam.
 Hak kebajikan hari tua atau miskin, terlepas drp jizyah dan ditanggung kerajaan.
 Kebebasan bekerja dan berjawatan dlm kerajaan, mesti berasaskan peraturan
Islam

3) PELAKSANAAN ZAMAN ABU BAKAR


 Pada zaman Abu Bakar, beliau memberi 3 pilihan kepada penduduk Iraq dan Syria
iaitu memeluk Islam, membayar jizyah atau berperang.
 Khalifah Abu Bakar berjaya menguasai beberapa wilayah seperti Iraq dan Syria
dengan tujuan menyaingi kekuatan kerajaan Parsi dan Byzantine, di mana
pemimpin kawasan tersebut dikehendaki membayar cukai jizyah iaitu bernaung
di bawah kerajaan Islam dengan kadar cukai sebanyak 19 ribu dirham setahun.

72
 Kerajaan Hirah, al Anbar dan Ain al Tamar sanggup bernaung di bawah kerajaan
Islam apabila ditawan dalam ekspedisi ketenteraan Dumat al Jandal yang
diketuai oleh Khalid al Walid. Penduduk tersebut bersetuju membayar sebanyak 1
Dinar bagi setiap individu.
 Pelaksanaan Jizyah ini telah berjaya membantu membiayai pembangunan negara
dan meningkatkan sumber ekonomi.

4) PELAKSANAAN UMAR AL KHATTAB


 Pada zaman Umar menyaksikan semakin banyak negara menyatakan
kesanggupan berada di bawah naungan kerajaan Islam.
 Pungutan jizyah semakinh bertambah ekoran kejayaan ekspedisi ketenteraan
seperti di Mesir, Iraq dan Syam (Syria).
 Bagi melicinkan pungutan, khalifah Umar mengarahkan para gabenor melaksana
dan menentukan kadar cukai jizyah.
 Namun bagi wilayah penting seperti Palestin, Umar memberikan persetujuan
melalui perjanjian ke atas pemerintah Byzantine setelah berjaya menawan
Palestin.
 Contohnya di Mesir, masyarakat Mesir (Penduduk Qibti) sanggup bernaung di
bawah kerajaan Islam setelah panglima perang Amru Al as berjaya
menghapuskan penjajahan dan kezaliman kerajaan Byzantine dengan kadar cukai
jizyah 2 dinar setahun.
 Di Syam, Palestin dan Jordan, penduduk bersetuju untuk membayar cukai jizyah
selepas Kerajaan Islam pimpinan Khalid al walid dan abu Ubadah al jarrah
mengalahkan tentera Byzantine.
 Di Syria, kadar cukai adalah 1 hingga 4 dinar bergantung kpd kemampuan
seseorang.

5) PELAKSANAAN ZAMAN UTHMAN AL AFFAN


 Khalifah Uthman meneruskan pelaksanaan jizyah berikutan kawasan wilayah
Islam semakin meluas.
 Kejayaan ekspedisi menyebabkan wilayah-wilayah seperti Tarablus, Tripoli,
Nubah dan Qairawan (Utara Afrika) menyatakan kesanggupan bernaung di bawah
Kerajaan Islam dengan menbayar cukai jizyah.
 Wilayah berkenaan juga bersetuju untuk berdamai dan sebahagian penduduknya
memeluk Islam

6) PELAKSANAAN ALI BIN ABI TALIB


 Pelaksanaan jizyah zaman Ali agak kabur.
 Hal ini disebabkan berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin.

73
 Meskipun berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya surat
Khalifah Ali kepada al Asytar al Nakha’i agar beliau tidak menolak perjanjian
damai yang di minta dari kafir zimmi melalui bayaran jizyah.
 Wilayah lain turut masih membayar cukai jizyah spt wilayah Azerbaijan, Palestin
dan Jordan.
 Namun terdapat wilayah yang sudah tidak mahu bernaung di bawah
pemerintahan Islam seperti Mesir.

KESIMPULAN
Apa sahaja yang berkaitan

SOALAN 32 : BINCANGKAN PERKEMBANGAN NAUNGAN YANG DILAKSANAKAN SEMASA


ZAMAN BANI UMAYYAH PADA ABAD 7- 8 MASIHI.

PENGENALAN
 Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan ke atas golongn Kafir Zimmin
yang perlu dibayar secara tahunan bersesuaian dengan kemampuan individu.

74
 Mereka akan diberi hak sama seperti orang Islam yang mendapat
perlindungan nyawa dan harta dari Kerajaan Islam.
 Cukai ini telah dipraktikan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan turut
diamalkan pada zaman Khalifah Bani Umaiyah.
 Negeri yang membayar jizyah akan menjadi negeri naungan Kerajaan Islam
Bani Umaiyah.
 Pentadbiran jizyah akan diuruskan oleh Diwan al-Kharaj bagi melancarkan
urusan Kerajaan Bani Umaiyah.

ISI JAWAPAN
1) SYARAT CUKAI JIZYAH
 Antara syarat membayar cukai:
 Kafir Zimmi
 Lelaki
 Sihat fizikal dan mental
 Akil baligh
 Berkemampuan
 Merdeka
 Bukan ahli agamawan spt pendeta dan paderi

2) JENIS JIZYAH
 Jizyah secara rela :Pembayaran atas kerelaan atau persetujuan bersama
antara org bukan Islam.
 Jizyah secara paksaan : Pembayaran secara paksaan dengan kadar yang telah
ditetapkan oleh pemerintah Kerajaan Islam.

3) PELAKSANAAN JIZYAH ZAMAN KHALIFAH ABDUL MALIK BIN MARWAN


 Mengenakan pembayaran Jizyah kepada orang bukan Islam (Zimmin) dan
orang Islam yang bukan berketurunan Arab (Mawali)
 Perubahan ini dilakukan di atas nasihat gabenornya, Al-Hajjaj Yusof Al-Thaqafi
yang beranggapan orang bukan Arab memeluk Islam adalah untuk mengelak
dari membayar Jizyah
 Sumber pendapatan negara berkurangan kerana terpaksa membayar ufti
kepada kerajaan Byzantine untuk menjamin keamanan
 Diskriminasi terhadap golongan Mawali telah menimbulkan kemarahan
golongan Syiah di Kufah dan Khawarij di Iraq dan berlaku pemberontakkan
terhadap Kerajaan Umaiyah
 Kerajaan Umaiyah telah menyokong golongan Mawali bagi membendung
kebangkitan pada peringkat awal
 Berlaku tekanan dan penindasan oleh kerajaan yang telah mengenakan
pembayaran cukai tanah (kharaj) sebanyak 4 dirham bagi seorang serta
bayaran jizyah
 Khalifah Abdul Malik telah menghentikan kaedah pembayaran jizyah dalam
bentuk hasil pertanian sebaliknya perlu membayar secara tunai dan telah
meningkatkan jumlahnya sebanyak 4 kali

75
 Golong Rahib (agamawan) adalah golongan yg terkecuali utk membayar
jizyah, tela dikenakan bayaran sebanyak 1 dinar oleh Khalifah Abdul Malik
 Perlaksanaan jizyah telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat
terutamanya golongan Mawali dan Rahib

4) PELAKSANAAN ZAMAN KHALIFAH AL WALID BIN ABDUL MALIK


 Dasar dan pelaksanaan jizyah adalah hampir sama dengan dasar yang
dikuatkuasakan oleh bapanya
 Dasar peluasan kuasa terus dikuatkuasakan dan pelaksanaan jizyah masih
dikenakan terhadap wilayah yang ditawan seperti Takharistan, Samarqand,
Kashghar, Sind. Baluchistan, Multan dan lain-lain

5) PELAKSANAAN ZAMAN KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ


 Berlakunya beberapa perubahan terhadap pelaksanaan jizyah dan cuba
kembali kepada kaedah Islam yang sebenar
 Rasa tidak puas hati golongan Mawali berkurangan terhadap kerajaan kerana
Khallifah menggalakkan asimilasi dan perkahwinan campur dengan golongan
Arab
 Jizyah terhadap golongan Mawali dimansuhkan asalkan beragama Islam
 Mendapat tentangan daripada beberapa gabenor kerana dikhuatiri akan
memberi kesan buruk kpd kewangan negara
 Khalifah Umar Abdul Aziz telah membezakan jizyah dan kharaj
 Jizyah hanya dikenakn kpd glg bukan Islam dan dikurangkan kpd kadar
mampu dibayar setelah kewangan negara kukuh
 Kharaj dikenakan ke atas pemilik tanah tanpa mengira samada ianya Islam
atau bukan Islam
 Pelaksanaan Jizyah yg adil telah menarik semula sokongan glg Zimmi dan
Mawali trhadp Kerajaan Umaiyah

6) PELAKSANAAN ZAMAN KHALIFAH YAZID BIN ABDUL MALIK


 Khalifah Yazid Abdul Malik telah mengidupkan kembali dasar diskriminasi
terhadap Golongan Mawali
 Menggenakan Jizyah kepada Golongan Mawali dan telah menaikkan bayaran
sebanyak 20 peratus
 Akibatnya berlaku pemberontakkan rakyat yang tidak berpuas hati dan
banyak wilayah di bawah naungannya cuba membebaskan diri dripada
pemerintahan di Damsyik
 Golongan Khawarij dan Syiah menggunakan kesempatan ini utk memberontak
kpd Kerajaan Umaiyah
KESIMPULAN
Apa sahaja yang berkaitan

76
SOALAN 33 : HURAIKAN HUBUNGAN LUAR YANG MELIBATKAN KERAJAAN ABBASIYAH
DENGAN KERAJAAN-KERAJAAN LAIN.

PENDAHULUAN
 Pada zaman Abbasiyah berlaku perluasan kuasa dan hubungan diplomatic dengan
Negara luar. Namun hubungan ini lebih kepada menjaga pengaruh kekuasaan dan
kedudukan kerajaan Abbasiyah ke atas Negara wilayahnya.

77
ISI-ISI PENTING

1. Hubungan Kerajaan Umaiyah di Andalusia


 Hubungan kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Umawiyah sentiasa tegang 
disebabkan permusuhan.
 Hal ini menyebabkan Abdul Rahman Bin Mu’awiah cuba melarikan diri daripada
kerajaan Abbasiyah.
 Beliau Berjaya menubuhkan kerajaan Umawiyah di Andalusia dan menjadikan
Qurtubah dan Cordova sebagai ibu negeri.
 Kerajaan abbasiyah berjaya mengepung sebahagian kawasan Andalusia dan berjaya
menewaskan kerajaan Umawiyah.
  Khalifah Abu Ja’afar Al-Mansur membuat revolusi untuk menjatuhkan Al-Ala Bin
Mughias Al-Jazami di kota Bajah pada tahun 763(m).
 Abdul Rahman berusaha untuk memisahkan syam daripada jajahan Abbasiyah.
 Oleh itu, Abdul Rahman telah menulis kepada pengikutnya di syam untuk melantik
anaknya Sulaiman sebagai pemerintah Andalusia selepas kematiannya.

2. Hubungan Kerajaan Karolonji


 Kerajaan yang kuat terletak di laut anriatik iaitu di selatan Perancis pada zaman
sekarang.
 Pemimpin kerajaan ini ialah Raja Perancis yang bernama Raja Charlemagne dan telah
menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Abbasiyah.
 Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar duta masing-masing khususnya pada zaman
khlaifah Harun Al-Rashid.
 Pemerintahan kerajaan Raja Charlemagne.
 Beliau menjalin hubungan baik dengan negara islam seperti sering bertukar-tukar
hadiah.
 Kerjasama antara Sharlaman dengan khalifah Harun Al-Rashid dibuat dengan 2
tujuan.   Iaitu memudahkan jalan untuk memerangi kerajaan Umawiyah bagi berdiri
di Andalusia sesuatu pun disebabkan kerajaan Umawiyah memiliki kekuatan yang
cukup besar dan secara politik.
 Sharlaman memperoleh beberapa faedah dari Baghdad terutmanya dalam keilmuan.
Hal ini kerana Eropah dan orang kristian pada ketika itu dalam zaman kegelapan ilmu.

3. Hubungan Kerajaan Byzantine


 Merupakan musuh tradisi karajaan islam sejak zaman berzaman. Permusuhan
terhadap islam bertambah hebat sejak islam tersebar di Negara-negara dibawa
jajahan Byzentine seperti Syam, Mesir dan Maghribi.
 Sejak era pertama kerajaan Abbasiyah lagi, telah berlaku pertempuran antara
kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan Byzentine di sempadan utara Syam.
 Kerajaan Byzentine juga berusaha untuk menggagalkan pembentukan kerajaan
Abbasiyah pada awal penubuhannya dengan mengutuskan bala tentera berkuda
untuk memerangi islam.
 Keadaan yang berlaku memaksa khalifah Abu al-Abbas mengutuskan gabenornya di
syam bagi mematahkan serangan tersebut.
 Namun,hasratnya menemui kegagalan kerana beliau meninggalkan dunia terlebih
awal.

78
 Apadila al-Mansur dilantik menjadi khalifah, beliautelah berusaha untuk menguasai
kembali kawasan yang dirampas leh kerajaan Byzentine. Usaha ini telah
menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban.
 Beliau juga telah membina kekuatan di beberapa kawasanutama. Kawasan ini telah
dibahagikan kepada 2 kawasan, iaitu: Kubu al-Jazariah, iaitu kawasan yang dikhaskan
untuk mempertahankan kepulauan Furat dan utara Iraq.
 Antara kawasan yang terpenting di dalam kawasan ini ialah Maltiah,Masisah dan
Kubu syam yang terletak di barat kubu al-Jazariah. Kubu ini berfungsi untuk
mempertahankan syam. Kekuatan terpentingnya ialah Tarsus dan Adnah.

KESIMPULAN
 Pemerintah Abbasiyah sibuk dengan kekacauan dalam negari dan ketidakstabilan
politik menyebabkan Byzentine mengambil peluang dan menduduki kembali wilayah-
wilayah meraka yang pernah diduduki oleh kekeuasaan Abbasiyah mulai dari masa
pemerintahan khalifah al-Mansur hingga khalifah al-Mutawakkil.

SOALAN 34 : HURAIKAN KESAN PERJANJIAN KE ATAS HUBUNGAN LUAR PEMERINTAHAN


KERAJAAN ABBASIYAH DENGAN KERAJAAN-KERAJAAN LAIN

PENDAHULUAN:
 Selepas pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz iaitu khalifah yang  kelapan
Kerajaan Umayyah muncullah pula kerajaan baru iaitu Kerajaan Abbasiyah yang
diperintah oleh Khalifah Harun al-Rasyid bin Muhammad al-Mahdi.
 selama hampir 23 tahun, iaitu dari tahun 786 hingga 809 masihi. Beliau juga
merupakan seorang yang berani, warak , bijak, gagah dan meminati ilmu

79
pengetahuan. oleh itu, terdapat beberapa kesan perjanjian ke atas hubungan
kerajaan Abbasiyah dengan kerajaan-kerajaan yang lain.

ISI-ISI PENTING:

1) Mengeratkan hubungan dan hentikan konflik yang berlarutan.


 Semasa pemerintahan zaman kerajaan Abbasiyah,khususnya sewaktu pemerintahan
khalifah Harun al-Rasyid,terdapat beberapa perjanjian telah ditandatangani dengan
beberapa buah kerajaan lain atas matlamat tersebut.
 Hal yang sama juga berlaku berlaku semasa peemerintahan kerajaan Uthmaniyah,
terutamanya pada zaman kegemilanganya

2) Usaha menguasai Asia kecil


 sebagaimana yang diketahui, hubungan antara kerajaan islam dengan kerajaan
Byzantine sentiasa berada dalam keadaan tegang sewaktu zaman pemerintahan
khalifah Harun al-Rasyid.
 Oleh disebabkan itu, untuk mengelakkan peperangan dengan kerajaan islam
berlaku,wakil Raja Byzantine, iaitu Maharani Irene IV telah memeterai perjanjian
damai dengan Khalifah Harun al-Rasyid dengan menyatakan kesanggupan membayar
ufti sebanyak 90 000 dinar setiap tahun dan membenarkan perkembangan agama
islam serta aktiviti perdagangan orang islam di Byzantine di lakukan. Perjanjian ini
juga memutuskan gencatan senjata selama tiga tahun.

3) Maharani Irene IV melanggar perjanjian


 Dengan tindakan maharani tersebut Khalifah Harun al-Rasyid bertindak menyerang
dan menawan beberapa buah Bandar seperti Heraclea, Tyans, Iconium, Emphesus
dan seterusnya mara ke pulau Cyprus. Kemaraan ini menyebabkan Nicephorus
membuat perjanjian damai sekali lagi dan sanggup membayar ufti tahunan kepada
kerajaan islam.

4) Jalinan hubungan yang baik


 Kerajaan Abbasiyah pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid menjalinkan hubungan baik
dengan Perancis.
 Kedua-dua kerajaan ini mewujudkan perjanjian kerjasama disebabkan mereka
menghadapi musuh yang sama iaitu Kerajaan Umayyah di Andalus.
 Keakraban kedua-dua buah Negara ini dapat dilihat dengan adanya pertukaran
hadiah.
 Umpamanya, Khalifah Harun al-Rasyid pernah mengirimkan sebuah jam yang
menggunakan kuasa air bagi menandakan waktu kepada Raja Charlemagne, Perancis.

KESIMPULAN
 Dengan kebijaksanaan dan kewarakan khalifah Harun al-Rasyid iaitu khalifah yang
memerintah kerajaan Abbasiyah kebaikan telah dapat diwujudkan melalui perjanjian
dan kerajaan-kerajaan yang lain juga dapat memupuk semangat persaudaraan dan
menjalinkan hubungan tanpa menyebabkan peperangan di antara satu sama lain.
seperti  hubungan baik di antara perancis dapat di wujudkan kerana kerajaan

80
Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik dengan kerajaan Umayyah,
Sepanyol (Andalus).
 Namun, kerajaan Abbasiyah dan Byzantine pula adalah genting dan sering
bermusuhan. Selepas pemerintahan kerajaan Abbasiyah, kerajaan Fatimiyyah akan
muncul dan berakhir dengan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.

SOALAN 35 : HURAIKAN HUBUNGAN LUAR DAN PERJANJIAN-PERJANJIAN YANG


MELIBATKAN KERAJAAN UTHMANIYYAH DENGAN KERAJAAN LAIN ANTARA ABAD KE-17 -
19.

PENDAHULUAN;
 Kerajaan Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 M. Pada tahun1453
M, pemerintahannya berpusat di Istanbul.  Kerajaan ini ditubuhkan selepas tentera
Mongol berjaya menakluk kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Kerajaan Uthmaniyah
diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul.

81
 Selepas pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih, kerajaan ke-17 M hingga abad ke-
19 M. Kerajaan Uthmaniyah mula menghadapi beberapa tekanan kuasa-kuasa Barat
termasuk menandatangani beberapa perjanjian bagi manamatkan konflik yang
timbul.

ISI-ISI PENTING;

1.       Perjanjian Radsin
 Telah ditandatangani oleh Sultan Muhammad IV pada tahun 1681 M dengan Rusia
setelah kalah dengan teruk dalam peperangan. Melalui perjanjian ini, kerajaan
Uthmaniyah terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Rusia dan membuka perniagaan
Cossack di Laut Hitam.
  Ini bermakna orang Turki telah kehilangan kuasa mereka di Laut Hitam setelah
berjaya menguasai laluan tersebut untuk beberapa abad.

2.       Perjanjian Karlowitz
 Sewaktu pemerintahan Sultan Ahmad III (1703 M), baginda terpaksa menghadapi 
masalah dari luar dan juga dalam negeri. 
 Di luar Negara, baginda terdedah kepada serangan tentera kristian di bawah
pimpinan Tsar Peter yang sebelum ini berperang dengan Kerajaan Uthmaniyah pada
zaman SultanMustafa II.
 Peperangan ini berakhir dengan termeterainya Perjanjian Karlowitz. Kesan daripada
perjanjian tersebut, sebahagian besar daripada wilayah Kerajaan Uthmaniyah di
Hungary dan kawasan Laut Hitam, temasuk Azou diserahkan semula kepada
Habsburg dan Poland.

3.       Perjanjian Passarowit
 Turki telah kehilangan Timsuar, Belgrade, sebahagian besar Serbia dan Romania.
Manakala, Venice pula menduduki kawasan pantai Dalmatia.
 Pada abad ke-18 M merupakan tempoh yang paling buruk yang pernah berlaku
dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyah.
 Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Venice dan Austria akhirnya telah
berjaya mengalahkan tentera kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1716 M.

4.       Perjanjian Jassy
 Termeterai antara Kerajaan Uthmaniyah dengan Rusia sewaktu pemerintahan Sultan
Salim III.
 Ini kerana keadaan Kerajaan Uthmaniyah semakin parah apabila wujud jalinan
kerjasama antara Rusia dan Austria yang berusaha mewujudkan semula Kerajaan
Greek-Byzantine.
 Ini terbukti apabila perikatan ini berjaya merampas Moldovia dan Wallachia daripada
kerajaan Uthmaniyah.
 Kemudian termeterailah perjanjian tersebut yang menyerahkan kembali Wilayah
seperti Moldovia dan Wallachia diserahkan semula kepada Kerajaan Uthmaniyah
manakala Sungai Dnister diisytiharkan sebagai kawasan sempadan.

5.       Perjanjian San Stefeno

82
 Pada tahun 1876 M, kerajaan Uthmaniyah diperintah oleh Sultan’Abd al-Hamid II.
 Setahun selepas itu, Rusia telah mengistiharkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah.
Konflik ini diselesaikan melalui pada tahun 1878 M.
 Namun, perjanjian ini hanya menguntungkan Rusia sedangkan kerajaan Uthmaniyah
semakin mengecil ekoran pembebasan wilayah kekuasaanya yang kini berpindah
milik kepada Rusia.
  Kehilangan kuasa dan kerugian besar yang dialami oleh kerajaan Uthmaniyah ini
telah membawa kepada kebangkitan golongan Turki Muda yang menuntut agar
kuasa sultan dihadkan sebaliknya mengamalkan prinsip demokrasi.

KESIMPULAN;
 Hubungan boleh diwujudkan melalui perjanjian persahabatan. Kaedah sebeginilah
yang digunakan oleh kerajaan-kerajaan Islam tatkala menjalinkan hubungan luar
dengan negara-negara lain. Melalui perjanjian-perjanjianyang termeterai, kerajaan
Uthmaniyah bukan sahaja telah kehilangan wilayah, bahkan yang paling teruk ia telah
menyumbang kepada kejatuhan kerajaan ini ekoran kemunculan gerakan Turki
Muda. 
 Keengganan Sultan Abd al-Hamid II melayan permintaan perjuangan Gerakan Turki
Muda yang mendapat sokongan tentera telah menyebabkan baginda digulingkan.
Bermulanya era pemerintahan sekular di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Attatartuk
di Turki Uthmaniyyah.

83

Anda mungkin juga menyukai