Anda di halaman 1dari 19

KUIZ SEJARAH ISLAM

1 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Soalan 1
Pengenalan

Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala yang
bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah
digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam
corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat
yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan
Maarib di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari
tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa dibawah.Masyarakat
Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut ajaran
para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi Ibrahim ,Nabi Ismail,Nabi
Musa,Nabi Isa dan lain-lain.

Tarikh 300 Masehi 500 Masehi 610 Masehi

Turun wahyu kepada


Pecahnya Empangan Kelahiran Nabi Nabi Muhammad s.a.w
Peristiwa
Maarib. Muhammad s.a.w. dan bermulalah zaman
Islam.

Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak
menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan
mempercayai animisme.kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada
masa itu,tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam
kehidupan.Ahklak mereka adalah rendah,misalnya mereka bersifat kejam,angkuh dan
degil.Dengan kedatangan Islam,kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses
perubahan.
KUIZ SEJARAH ISLAM
2 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

A) Ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah

Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu


masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan
pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula
menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan
penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian
masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi
agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti


berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum
arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita
dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka
tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan
sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka
beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan
pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang
lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang
disukainya.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan
penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan
merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca
mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus
dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya
terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.
KUIZ SEJARAH ISLAM
3 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

b. Jelaskan bentuk-bentuk agama dan kepercayaan zaman jahiliah

Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama
wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan
yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati
menjadi burung.)

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah


menganut agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan
ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan
ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup
berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu
dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan
peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah
masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang
perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan
syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan
dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan
pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat
Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan
yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat
assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam
KUIZ SEJARAH ISLAM
4 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada
peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan
kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi
mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan
suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan
kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi
secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat
Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan
di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun
atas sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang
suka berperang sesama sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal
dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai sebuah negara
berbilang kaum,kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di negara kita
demi perpaduan masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan persefahaman ini,maka usaha-
usaha kearah pembangunan negara akan berhasil
KUIZ SEJARAH ISLAM
5 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Soalan 2.
a) nyatakan cara-cara perlantikan khalifah dilakukan di zaman Khulafah Al- Rashidin

Sejarah Pelantikan Khalifah Ar-Rasyidin

Sesungguhnya, demi Allah! Kami tidak memberi jawatan pemimpin kepada seseorang yang
memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya. (Hadis Rasulullah S.A.W)

Walaupun menegakkan negara Islam dan melantik ketua negara adalah kewajipan yang
sangat besar, tetapi tidak ada ayat yang jelas yang menghuraikan cara pelantikannya. Hanya
terdapat peristiwa-peristiwa sejarah Islam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang menjadi
panduan cara melantik ketua negara.

Pelantikan Abu Bakar As-Siddiq

Apabila wafatnya Rasullullah SAW, sahabat-sahabat di kalangan kaum Ansar berkumpul di


Saqifah Bani Syaidah untuk memilih khalifah bagi mengganti Rasulullah SAW. Mereka
berpendapat bahawa sesiapa sahaja dari kalangan sahabat boleh dilantik menjadi khalifah lalu
mereka mencadangkan Saad bin Ubadah dari kalangan Ansar memegang jawatan itu.Golongan
Ansar juga memainkan peranan yang besar dan banyak berkorban dalam perjuangan
menegakkan Islam dan mendirikan negaranya. Di samping itu,bterdapat banyak ayat yang
umum dalam perkara khalifah yang merujuk kepada golongan Ansar.

Keluarga Rasulullah SAW yang pula berpendapat bahawa khalifah itu mestilah dari
kalangan mereka kerana mengambil kira hubungan keluarga. Adapun golongan Quraisy dari
KUIZ SEJARAH ISLAM
6 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

kaum Muhajirin, berpendapat bahawa jawatan khalifah itu hendaklah di kalangan Quraisy
Muhajirin kerana ada hadis sahih yang menyatakan imam itu mestilah dari kalangan Quraisy.

Para sahabat berbahas secara syura dengan hangatnya. Mereka tidak melulu seperti
difahamkan oleh golongan Khawarij dan tidak berdakyah seperti yang difahamkan oleh
golongan syiah. Mereka ditarbiah secara langsung oleh al-Quran dan oleh Rasulullah SAW
sendiri. Mereka ialah generasi Islam yang paling ulung berpegang dan beriman kepada firman
Allah SWT.

Allah menceritakan, Dan urusan mereka dijalankan secara musyawarah sesama


mereka. (Surah as-Syura, ayat 38) Para sahabat dijamin mendapat redha Allah. Semoga Allah
mengampuni dosa mereka kerana jasa yang besar sehingga islam itu sampai kepada kita pada
hari ini.

Melalui cara mesyuarat inilah mereka mengambil keputusan memilih Abu Bakar as-
Siddiq menjadi khalifah selepas wafat Rasulullah SAW. Mereka bersetuju dengan pendapat
golongan Muhajirin dengan memilih khalifah itu daripada kalangan Quraisy yang paling besar
pengaruhya. Abu Bakar as-Siddiq memainkan peranan penting ketika berhijrah ke Madinah dan
beliau juga dilantik olehRasulullah SAW menjadi imam sembahyang ketika Rasulullah SAW
uzur.

Seterusnya semua para sahabat bersetuju melantik Abu Bakar as-Siddiq menjadi
Khalifah. Kesimpulannya, pemilihan khalifah itu mestilah diambil dari kalangan mereka yang
memenuhi syarat-syarat, dengan keputusan syura serta di kalangan orang-orang yang
berpengaruh.

Perlantikan Umar Al-Khattab

Apabila Abu Bakar dalam keuzuran dan merasai tanda-tanda kematian, beliau mengadakan
mesyuarat bersama para sahabatnya. Beliau mencadangkan kepada mereka supaya melantik
KUIZ SEJARAH ISLAM
7 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Umar bin Al-Khattab menjadi khalifah selepasnya dan cadangan itu ditulis dalam surat
perutusan yang dibaca kepada orang ramai. Antara ucapan beliau ialah,

Adakah kamu meredhai orang yang aku cadangkan menggantikan aku? Aku tidak memilihnya
kerana hubungan keluarga denganku, aku memilih Umar untuk menjadi khalifah untuk
menggantikan aku. Maka dengar dan taatilah.

Abu Bakar tidak memaksa Umar dan orang ramai apabila melantik khalifah
selepasnya, beliau hanya mengemukakan cadangan. Difahamkan daripada yang berlaku ialah
khalifah boleh mencadangkan penggantinya dengan syarat mestilah mendapat persetujuan
daripada orang ramai dan mendapat persetujuan daripada orang yang dilantik.

Pelantikan Uthman bin Affan

Apabila Umar didalam keadaan tenat setelah cedera parah ditikam, para sahabat memintanya
supaya mencadangkan khalifah selepasnya. Umar menjawab, Fikirlah dahulu, sekiranya aku
mencadangkan pengganti, maka sesungguhya aku mengikut jejak langkah orang yang lebih
baik daripadaku kerana Abu Bakar sudah lakukan. Sekiranya aku tidak mencadangkan
pengganti, sesungguhnya aku mengikut jejak langkah Rasulullah SAW yang lebih baik daripada
aku kerana beliau tidak mencadangkan pengganti selepasnya.

Seterusnya Umar mencadangkan supaya khalifah dipilih di kalangan enam orang


sahabat ulung iaitu Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Abdul Rahman bin Auf, Al-Zubir bin
Awwam, Talhah bin Abdullah dan Saad bin Abi Waqas. Beliau mencadangkan supaya memilih
salah seorang di kalangan mereka dengan memberikan beberapa syarat. Antaranya, tempoh
pemilihan tidak melebihi tiga hari, jangan memilih anaknya sendiri iaitu Abdullah bin Umar
walaupun Abdullah dibenarkan menghadiri mesyuarah dan sekiranya terdapat dua calon yang
sama banyak undiannya maka pilihlah orang yang disokong oleh Abdul Rahman bin Auf.
KUIZ SEJARAH ISLAM
8 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Apabila diadakan mesyuarat, Abdul Rahman bin Auf menarik diri dan meminta
jawatan khalifah diberikan kepada sesiapa sahaja di kalangan lima sahabat. Lalu Abdul
Rahman bin Auf bertindak menemui orang ramai di kalangan seluruh para sahabat, pemimpin-
pemimpin masyarakat dan panglima-panglima tentera. Orang ramai memilih dua nama iaitu
Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Apabila undian dibuat, lebih ramai yang bersetuju dengan
Uthman bin Affan sebagai khalifah. Pelantikan ini dipersetujui oleh semua para sahabat
termasuk juga Ali bin Abi Talib. Uthman bin Affan rasmi menjadi khalifah yang ketiga

Pelantikan Ali bin Abi Talib

Apabila Uthman bin Affan dibunuh dengan zalim dan kejam sehingga menjadi bencana dan
fitnah yang besar kepada umat Islam, orang ramai dating ke rumah Ali memintanya menjadi
khalifah. Ali enggan menerimanya dan meminta supaya perkara ini dirujuk kepada pembesar di
kalangan sahabat. Suasana menjadi bercelaru kerana mencari pengganti khalifah.

Apabila para sahabat dating menemuinya, Ali menolak lagi, tetapi apabila mereka
mendesaknya juga Ali meminta supaya pelantikannya dimaklumkan kepada orang ramai dan
dilakukan di masjid. Akhirnya pelantikan itu berlangsung di masjid disaksikan orang ramai
termasuk para sahabat. Ali bin Abi Talib diisytiharkan sebagai khalifah yang keempat selepas
Rasulullah SAW wafat.

b. Pembaharuan yang di buat oleh saidina Umar Al-Khattab

Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan
pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin
dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan
melantik wali gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima
tentera.

Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan
Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap
jabatan ini diketuai olah katib atau setiausaha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan
KUIZ SEJARAH ISLAM
9 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

daripada jabatan dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji
bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.

Dalam bidang sosial terutama pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan


pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau
juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.
Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman.
Khalifah Umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan
tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga
telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahan telah dibina di sempadan yang
menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah.

Dalam bidang ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air untuk
menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul
Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru
untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.

Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang
dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan
berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan
negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka baitumal telah didirikan oleh Khalifah Umar.
Beliau telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin.

Dalam bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Umat sebagai
khalifah adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Abu Bakar dalam perluasan
wilayah Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada masanya terjadi perluasan kekuasaan Islam
secara besar-besaran sehingga zaman ini dengan nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan
wilayah Islam). Berturut-turut pasukan Islam berjaya menduduki Syiria, Iraq, Mesir, Palestin dan
Parsi.
KUIZ SEJARAH ISLAM
10 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Di bidang pentadbiran pemerintahan, Umar berjasa membentuk Majlis


Permusyawaratan, Anggota Dewan, dan memisahkan lembaga pengadilan. Dia juga
membahagi wilayah Islam ke dalam 8 wilayah yang terdiri daripada beberapa daerah dan
subdaerah. Lapan wilayah itu adalah Makah, Madinah, Syiria, Jazirah, Kufah, Basra, Mesir, dan
Pelestin. Untuk masing-masing daerah itu, diangkat pegawai khusus selaku gabenor. Gaji
mereka mengikut aturan. Selain itu, pentadbiran percukaian juga diperkemaskan.

Untuk kepentingan pertahanan, keamanan, dan aturan dalam masyarakat, didirikan lembaga
kepolisian, angkatan tentera dengan tentera berdaftar. Gaji yang diberi adalah berbeza-beza
mengikut tugas-tugas yang di laksanakan. Khalifah Umar juga mendirikan pos-pos tentera di
tempat-tempat yang strategik.

Umar melakukan peraturan keadilan Islam. Beliaulah yang mula-mula meletakkan prnsip-
prinsip keadilan dengan menyusun sebuah risalah yang disebut Dustur Umar atau Risalah al-
Qada
KUIZ SEJARAH ISLAM
11 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Soalan 3

a. Senaraikan usaha-usahapembangunan yang dilakukan oleh Khalifah Al Walid Bin Abdul


Malik

Al-Walid ibn Abd al-Malik atau Al-Walid I (668-715) ialah anak kepada Khalifah Abdul Malik b.
Marwan. Beliau menggantikan bapanya untuk menjadi Khalifah Bani Umayyah yang keenam.
Beliau terus mengembangkan empayar Islam dan meneruskan polisi ayahnya untuk
menyebarkan ajaran Islam. Di samping itu, beliau ialah seorang pemerintah yang cekap dan
berkesan.

Sebelum Al-Walid b. Abdul Malik dilantik menjadi Khalifah terjadi perebutan tampok
pemerintahan antara bapa saudaranya Abdul Aziz. Perebutan ini berakhir apabila Abdul Aziz
meninggal lima bulan sebelum kematian bapanya, Abdul Malik b. Marwan. Selepas kematian
Abdul Malik b. Marwan, anaknya Al-Walid b. Abdul Malik dilantik menjadi penggantinya
memandangkan Al-Walid ialah anak sulung Khalifah Abdul Malik.

Seperti ayahnya, Khalifah Al-Walid terus membiarkan Hajjaj ibn Yusuf menjadi
Gabenor Iraq dan berkuasa di sana. Al-Walid meneruskan sistem pemerintahan ayahnya
dengan membina satu sistem kebajikan di samping membina hospital-hospital dan institusi
pendidikan. Beliau juga amat meminati bidang kesenian dan mengambil langkah untuk
memajukan bidang ini. Al-Walid juga meminati bidang seni bina dan beliau juga terlibat dalam
usaha membaiki dan mempercantikkan Masjid an-Nabawi di Madinah. Tambahan pula, beliau
membeli Gereja "Christian Basilica of St. John the Baptist" dan mengubahnya menjadi sebuah
masjid iaitu Masjid Ummayyah (St. John the Baptist ialah Nabi Yahya a.s.). Al-Walid juga
KUIZ SEJARAH ISLAM
12 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

membina sebuah angkatan laut yang kuat dan memperkuatkan lagi angkatan tentera. Beliau
juga telah membina dan menyiapkan pembinaan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. Al-Walid
digantikan oleh adiknya, Sulaiman bin Abdul Malik.

Antara sumbangan baginda adalah seperti berikut:

1. Meluaskan dan membina jalanraya.


2. Meneruskan rancangan mengorek perigi-perigi di seluruh daerah untuk kemudahan
orang-orang Islam.
3. Mendirikan dan membesarkan masjd-masjid indah di merata wilayah Islam, antaranya
masjid Madinah (masjid Nabawi) dan Jamial Amawi di Damsyik.
4. Membina kilang-kilang perusahaan di Damsyik.
5. Mengadakaan satu jabatan khas untuk mengatasi kemelaratan hidup orang-orang
miskin (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
6. Orang-orang susah diberi bantuan mengikut kadar masing-masing.
7. Orang-orang buta ditentukan pemandu baginya.
8. Digalakkan orang-orang Islam menghafaz kitab suci Al-Quran dan diberi sara hidup.
9. Rumah-rumah tumpangan didirikan di merata-rata kota besar dalam negara Islam untuk
kemudahan musafir dan pelancong.
10. Rumah sakit didirikan untuk merawat orang-orang sakit dan cedera.
11. Tabib dan doktor diberi sara hidup yang lumayan supaya dapat memberi kerjasama
yang baik
12. Mendirikan sekolah-sekolah di merata tempat wilayah Islam untuk memberi pengajaran
yang lengkap untuk kanak-kanak Islam dengan tujuan menghapuskan buta huruf.
13. Menjadikan masjid sebagai pusat pelajaran agama Islam segenap lapisan
14. Memperbaharui bangunan masjid Quba, masjid Mesir dan masjid Baitul Maqdis.
15. Memperluaskan dan mencantikkan Masjidilharram di Mekkah dan Masjidi Nabawi di
Madinah.
16. Bangunan masjid Umawi diperbaharui dan ditukar menjadi Universiti di Damsyik. (Jamik
Umawi).
17. Rumah sakit dan perubatan percuma juga diiringi.
18. Rumah-rumah tumpangan dan jamuan khas kepada musafir dan anak-anak yatim
disediakan.
KUIZ SEJARAH ISLAM
13 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

b. Huraikan bagaimanakah perkembangan wilayah islam berlaku di zaman Khalifah Al-Walid

Penaklukan Sepanyol

Pada tahun 91 hijrah, Musa bin Nusair dengan keizinan khalifah Al-Walid telah memerintahkan
Tariq bin Ziyad mengetuai tentera menyerang Sepanyol. Tenteranya seramai 7000 orang,
mereka menyeberangi lautan menuju ke Jabal Tariq. Di sana mereka terus membakar kapal-
kapal tentera Sepanyol.

Pertempuran hebat berlaku dan disebabkan oleh tentera musuh yang ramai, Tariq
memohon bantuan dari Musa bin Nusair. Dengan bantuan tentera dari Musa bin Nusair, Tariq
telah berjaya menawan Qadis, Cordova, Nalaga, Granada dan terus Ke Toledo. Musa bin
Nusair dari arah lain berjaya menawan Seville, Merida dan Madinah Sidona

Akhirnya Musa bin Nusair bercantum dengan tentera Tariq bin Ziyad, dan berjaya
menawan Amaya dan Astorga hingga ke sempadan Perancis.

Kejayaan dalam pelbagai bidang itu telah menunjukkan kebijaksanaan pihak


pemerintahan Bani Umaiyah dalam merancang, melaksanakan pembaharuan dan
menyelaraskan pentadbiran kerajaannya. Akan tetapi pada peringkat akhir pemerintahan Bani
Umaiyah, penentangan berlaku dari dalam dan luar negara. Pada masa yang sama, khalifah
telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat di samping mengabaikan ajaran
Islam. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan itu juga ditentang oleh
sebilangan orang Islam khasnya golongan Syiah dan Khawarij. Faktor-faktor di atas telah
menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.

Kawasan Barat
KUIZ SEJARAH ISLAM
14 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Panglima pasukan Islam Maslamah bin Abdul Malik sampai di daerah Amuriyah (Ankara) dan
Hiraqlah salah satu wilayah Rom, dan berhasil menakluknya pada tahun 89 H / 707 M. Kaum
muslimin berhasil menguasai Teluk Konstantinopel. Mereka juga menyerang Azarbaijan yang
penduduknya selalu melanggar kesepakatan yang mereka lakukan. Di kawasan ini terjadi
banyak peperangan pada tahun 93H/711M. Laut Tengah. Pasukan Islam berhasil menaklukan
kepulauan Sisilia dan Merovits pada tahun 89 H/707M.

Afrika.

Musa bin Nushair diangkat menjadi Gabenor di pantai Laut Tengah hingga ke selatan Mesir.
Beliau melakukan beberapa penaklukan besar di Barat. Beliau mengalahkan Bangsa Barbar
dan menyebarkan agama islam yang banyak menimbulkan kesulitan kepada para
pendahulunya dan mendirikan kembali kekuasaan khalifah hingga ke tepi Lautan Atlantik.
Beliau mengirim beberapa ekspedisi untuk melawan Bangsa Rom yang menimbulkan
kerusuhan terhadap umat islam di Laut Tengah, dengan bantuan armada laut , merebut pulau
Ivika , Minorca, dan Majorca, dekat Pantai Spanyol

.
Penaklukan Andalusia.

Panglima kaum muslimin Musa bin Nushair bertekad untuk menyeberangi selat yang
memisahkan Benua Afrika dan Eropa. Tujuannya untuk menyebarkan islam di Eropa dan
memasukannya menjadi bagian dari pemerintahan islam. Maka, Beliau memberangkatkan
panglima islam asal Barbar yang bernama Thariq bin Ziyad ke Andalusia melalui Laut Merah
dengan 7000 tentara merebut benteng yang kemudian dinamai Jabal Al-Thariq. Beliau peluasan
kuasa dan mengalahkan Roderic di tepi Sungai Guadalete dekat Medinia- Sidonia pada bulan
September 93 H / 711 M. Dalam pelariannya Roderic tenggelam di Sungai Guadalete. Setelah
itu Thariq bin Ziyad merebut Sidonia, Carmona dan Granada. Setelah Kordoba di taklukan
Beliau menuju Toledo, ibukota Spanyol dalam waktu singkat sebagian besar wilayah Spanyol
tunduk akan kekuasaan islam.

Di antara perang yang paling terkenal adalah Perang Lembah Langkah dimana
KUIZ SEJARAH ISLAM
15 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Beliau berhasil mengalahkan Goth dan membunuh Raja mereka, Ludzrig. Andalusia berhasil di
taklukan pada tahun 92 H / 710 M. Kemudian Thariq bin Ziyad dan Musa bin Nushair sampai di
Pegunungan Baranes dan berhasil menaklukan semua wilayah itu kecuali Jaliqiyah.

2. Kawasan Timur

Kawasan Asia tengah, Qutaibah bin Muslim al- Bahili berhasil menaklukan kota Tashkent pada
tahun 87 H / 705 M. Masyarakat di daerah ini selalu menimbulkan kesulitan bagi orang Islam
dengan melakukan pemberontakan. Untuk mengakhiri kerusuhan ini, Hajjaj bin Yusuf memecat
Yazid bin Muhallab yang gagal menundukkan mereka, dan diganti oleh Qutaibah bin Muslim.
Ternyata Beliau orang yang tepat dalam memangku tugas yang dipercayakan kepadanya.
Beliau membawa seluruh Asia Tengah ke dalam kekuasaan Islam. Kali pertama sampai Balkh
dan Turkaristan pada tahun 88 H / 706 M. Raja dari tempat ini tunduk kepadanya dan setuju
membayar upeti kepada khalifah. Beliau menyerang negeri Saghd, Nasef, dan Kush pada tahun
89 H / 707 M. Qutaiba bin Muslim berhasil menaklukan Bukhara pada tahun 91 H / 709 M,
kemudian menyeberangi Sungai Oksus dan peluasan kuasa Kawarisma. Mendengar kabar
bahwa Samarkand telah melepaskan diri dari kekuasaan islam maka Qutaibah bin Muslim
beserta pasukannya memerangi dan merebut kota ini pada tahun 93 H / 711 M. Dan ini
berlanjut hingga dua atau tiga tahun berikutnya, yaitu menyerang wilayah Syasy dan Farghanag
hingga mencapai Khauqand pada tahun 94 H / 712 M. Beliau juga berhasil membuka Kota
Kabul pada tahun 94 H / 712 M, kemudian Kashgar (kini wilayah Turkistan Timur) pada tahun
96 H / 714 M. Kabarnya perluasan sampai perbatasan Cina di tahun 96 H / 714 M, peluasan
kuasa di Cina, Turkestan, dan kasygar.

Panglima Islam ini berhasil meluaskan penaklukannya hingga wilayah- wilayah yang berada di
antara dua sungai (wilayah yang dulu sebagian besar masuk wilayah Uni Soviet dan
Afghanistan). Beliau melanjutkan misi militernya ini hingga sampai ke perbatasan Cina dan
mewajibkan penguasa di sana untuk membayar jizyah. Hingga di sini Qutaibah bin Muslim
berhenti melakukan ekspansi ke kawasan timur.

Qutaibah bin Muslim berhasil membuka wilayah yang sangat luas. Luas wilayah taklukannya
diperkirakan sekitar 4.000.000 kilometer persegi yang memanjang dari bagian tengah negeri
Kaukaz membentang ke bagian selatan Laut Khazr. Sementara itu, ke bagian utara meliputi
KUIZ SEJARAH ISLAM
16 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Asia Tengah, ke timur bagian ke bagian Turkistan, dan ke barat ke Kabul (Afghanistan dan
Sajistan).
Wilayah Sind dan India. Yang disebut dengan Sind adalah provinsi Sind yang berada di negara
Islam Pakistan saat ini. Hajjaj bin Yusuf mengirimkan pasukan dalam jumlah yang sangat besar
ke negeri itu di bawah pimpinan seorang panglima muda islam yang bernama Muhammad bin
Qasim ats- Tsaqafi (saudara sepupu Hajjaj bin Yusuf sendiri). Panglima muda ini berhasil
menorehkan kemenangan- kemenangan dan membunuh Dahir, Raja Sind. Beliau berhasil
menduduki wilayah Sind antara tahun 93- 94 H / 711- 714 M. Kemenangan ini merupakan
kemenangan terbesar yang dicapai pada saat itu. Penyebab ekspedisi ini adalah adanya
gangguan terhadap guberbur Arab oleh bajak laut dari Sind. Raja Sind, Dahir, menolak
mengabulkan permintaan gubernur itu. Beberapa usaha dilakukan untuk menghukum raja di
samping menghukum para bajak laut, tetapi semua usaha tidak berhasil hingga Muhammad bin
Qasim dapat memulihkan prestise dan kehormatan gubernur Arab itu. Beliau menyerang
kerajaan Dahir. Dahir berusaha sekuat tenaga menyelamatkan negerinya dari kekuasaan asing,
tetapi akhirnya dia kalah dan dibunuh. Kemudian Sind, Multan dan sebagian wilayah Punyab
diduduki dan dijadiakan wilayah kerajaan Islam. Pasukan muslim juga membuat kemajuan
besar pada waktu ini di Armenia dan Asia Kecil. Akan tetapi, semua penaklukan yang lain dari
pemerintahannya menjadi pudar sebelum penaklukan Barat.
Pada masa inilah pemerintahan islam mencapai wilayah yang demikian luas dalam rentang
sejarahnya.
KUIZ SEJARAH ISLAM
17 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Soalan 4.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan budaya ilmu

Kamus Dewan (2000) mendefinisikan budaya sebagai tamadun , peradaban , kemajuan fikiran
, akal budi , cara berfikir atau cara berkelakuan .

kamus Indonesia pula menyatakan bahawa perkataan budaya sebenarnya berasal dari
bahasa Sanskrit yang bermakna hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia , atau
sebuah sistem pengetahuan yang meliputi sistem idea manusia yang mana idea tersebut
diamalkannya sehari-hari .

Perkataan ilmu pula memiliki definisi yang sangat luas dan susah untuk didefinisikan .
Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat bahawa ilmu itu sendiri sebenarnya tidak
bersifat neutral , budaya yang berbeza memiliki konsep yang juga berbeza mengenai ilmu
walaupun ada persamaan mengenainya . Terdapat perbezaan yang ketara dan tidak seiring
mengenai konsep ilmu di antara budaya Islam dan juga Barat . (Wan Mohd. Nor, 1998)

Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din mendefinisikankan ilmu itu kepada daya
membuat generalisasi , konsepsi terhadap idea-idea yang abstrak dan keupayaan memperoleh
kebenaran intelektual . (Hamid Fahmy Zarkasyi , 1990)

Maka budaya ilmu yakni apabila kedua-dua konsep budaya dan ilmu digabungkan
boleh diertikan sebagai segala aktiviti keilmuan yang dilaksanakan oleh setiap anggota
masyarakat dan diterima sebagai nilaitara utama dalam amalan mereka . (Mok Soon Sang ,
2000)
KUIZ SEJARAH ISLAM
18 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

b) Bagaimanakah pendekatan islam hadhari dapat meningkatkan kehidupan dalam pembinaan


tamadun islam

Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan
Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan,
kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam bukanlah
suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal iaitu diturunkan
untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu, suatu pendekatan yang
dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk membangkitkan kesedaran baru
kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran Islam, dengan harapan akan dapat
memacu pembangunan ummah dan negara.

Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan
usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al- Quran dan as-Sunnah
sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan anjakan
paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam, sebagaimana yang telah
diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Islam Hadhari tidak sedikitpun mengurangkan prinsip-
prinsip akidah dan syariat dalam ajaran Islam, malah menekankan penghayatan Islam yang
syumul, menyeluruh dan realistik bagi menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan
Islam Hadhari akan membuktikan bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi
umat yang maju bagi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan


pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic world view) dengan
memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,
pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun Islam yang memperlihatkan
kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan dijadikan dorongan bagi memajukan
ummah secara menyeluruh.
KUIZ SEJARAH ISLAM
19 MUHAMMAD ADIB BIN AHAMAD

Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda
umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan, yang
sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam. Selaras dengan
itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah,
manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan
akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip maqasid al-syariah yang sentiasa
berkembang seperti;

Menjaga, memartabat dan memperkasa;

AGAMA
AKAL
NYAWA
HARTA
KETURUNAN
MARUAH
INSTITUSI KELUARGA
ALAM SEKITAR

Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai sebuah
negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah], sesuai
dengan tuntutan agama Islam. la selaras dengan dasar-dasar negara yang dilaksanakan masa
kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan 2020, Dasar Pembangunan
Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari menekankan nilai-nilai pembangunan
sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan konteks masyarakat majmuk.

Anda mungkin juga menyukai