Anda di halaman 1dari 11

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN) Sistem Lan adalah satu sistem rangkayan yang menghubungkan sebilangan komputer dalam satu batasan geografi yang kecil misalnya rangkaian yang meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus dan di dalam bilik serta kerapkali dihubungkan dengan komputer kerangka utama atau minikomputer RANGKAIAN KAWASAN METROPOLITAN (MAN) Satu sistem Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network-MAN) lazimnya meliputi suatu kawasan geografi yang agak luas berbanding dengan rangkaian yang diliputi oleh LAN. Rangkaian MAN biasanya beroperasi di bandarbandar, gabungan beberapa buah sekolah ataupun di sesebuah daerah. Dengan menjalankan suatu rangkaian perhubungan yang sederhana besarnya di dalam lingkungan susun atur geografi yang besar, informasi dan maklumat dapat disebarkan dengan meluas, cepat dan berkesan. RANGKAIAN KAWASAN LUAS (WAN) Sistem Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network WAN) adalah satu sistem yang menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia. Rangkaian WAN berupaya menghubungkan sekolah-sekolah di Florida dengan tempat-tempat lain di dunia contohnya Tokyo dalam hanya beberapa minit sahaja, tanpa perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk membayar bil telefon. Namun begitu, rangkaian WAN ini agak rumit dan kompleks. Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet. Secara lahirnya, rangkaian WAN kelihatan hampir serupa dan tidak banyak bezanya dengan LAN atau MAN.

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

Definisi Internet Secara umumnya Internet merupakan satu rangkaian bersifat global yang menghubungkan lebih dari seorang pengguna dari seluruh dunia yang membolehkan pertukaran maklumat berlaku

Definisi intranet

Intranet adalah Jaringan Komputer yang khusus untuk penggunaan pada lingkungan di dalam batasan suatu Organisasi. Dilihat dari sudut teknisinya, Intranet didefinisikan sebagai penggunaan teknologi Internet dan WWW (World Wide Web) di dalam sebuah jaringan komputer lokal (LAN). Local Area Network (LAN) adalah sekumpulan komputer-komputer yang saling dihubungkan pada suatu daerah atau lokasi tertentu. Intranet memaksimalkan penggunaan LAN tersebut dengan menambahi kemampuankemampuan Internet kedalamnya

Definisi Extranet

Extranet adalah istilah yang mengacu pada suatu intranet yang secara terperincinya mampu diakses oleh pihak luar yang memiliki otorisasi (kepentingan). Dari sisi posisinya intranet berada dibalik firewall dan hanya mampu diakses oleh user yang menjadi anggota dari organisasi. Tetapi kebalikannya dengan extranet. Extranet menyediakan berlbagai level akses kepada pihak luar. Anda mampu mengakses extranet hanya jika memiliki username dan password yang telah didaftar, dan identity Anda menentukan bahagian-bahagian mana dari extranet yang mampu diakses.

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

Kegunaan / Kelebihan Rangkayan ? Diantara kepentingan-kepentingan dan kelebihan sistem rangkatan adalah: Perkongsian data dan maklumat
Perkongsian peranti-peranti computer

Perkongsian perisian Perkongsian talian Internet Perkongsian-perkongsian ini dikenali sebagai perkongsian sumber rangkaian. Ia adalah matlamat utama kenapa rangkaian diwujudkan. Perkongsian sumber dalam rangkaian boleh dicapai melalui servis

Perkongsian talian Internet boleh dilakukan menerusi rangkaian tempatan yang dikenali sebagai LAN (local area network).
3

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

Sumber-sumber seperti pencetak, faks, storan dan juga scanner juga boleh dikongsi melalui sistem rangkaian Gambar diatas menunjukkan cara bagai mana satu sistem rangkayan di sambungkan keperkaasan peranti-peranti yang lain. Sistem HUB (jointer) digunakan untuk membuat penyambungan keperkakasan yang lain degan menggunakan Network cable

Uniform Resource Locator (URL)

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

URL (Uniform Resource Locator), adalah rangkaian karakter menurut suatu format standar tertentu, yang digunakan untuk menunjukkan alamat suatu sumber seperti dokumen dan gambar di Internet. URL merupakan suatu inovasi dasar bagi perkembangan sejarah Internet. URL pertama kali diciptakan oleh Tim Berners-Lee pada tahun 1991 agar penulispenulis dokumen-dokumen dapat merujuk pranala (Alamat Sambungan) ke Jejaring Jagat Jembar atau World Wide Web. Sejak 1994, konsep URL telah dikembangkan menjadi istilah Uniform Resource Identifier (URI) yang lebih umum sifatnya. Walaupun demikian, istilah URL masih tetap digunakan secara luas.

URL

Perkhidmatan Internet FTP


5

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

Pemindahan fail dalam Internet disokong oleh suatu spesifikasi yang dinamakan Protokol Pemindahan Fail (File Transfer Protocol : FTP). Protokol ini menyediakan aplikasi salinan fail daripada sebarang hos Internet ke sebarang hos Internet lain. FTP menggunakan sistem pelanggan-pelayan iaitu anda menggunakan aturcara pelanggan dinamakan ftp bagi membuat sambungan kepada aturcara pelayan pada komputer jauh. Konsep ftp mudah, misalnya anda menghantar satu arahan meminta pelayan menghantar satu salinan fail tertentu. Pelayan bertindak balas dengan menghantar fail yang diminta. Aturcara pelanggan akan menerima fail itu dan disimpan ke folder anda. Terminologi ftp adalah komputer anda dinamakan hos tempatan dan komputer yang satu lagi dinamakan hos jauh. Ftp menjadi penting terutama apabila sesuatu fail itu besar dan lebih kompleks di mana e-mel tidak boleh berfungsi dengan baik apabila kita ingin membawa antara 10 ke 12 muka surat.

Download Dirujukkan sebagai memindah-terima fail atau kadang kala disebut sebagai memuat turun fail. Ini kerana Internet menjadi sumber kepada pelbagai fail-fail lain termasuk
6

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

permainan , grafik, font , bunyian, muzik, video dan lain-lain. Proses memindah terima adalah amat mudah dan ia dibahagikan kepada 4 langkah : 1) Ciptakan satu folder khas dalam cakera keras. 2) Nama folder biarlah ada makna contoh download. 3) Cari dan pindah terima fail yang dikehendaki. 4) Cari fail yang dikehendaki dan menyimpannya ke dalam folder yang telah disediakan. Terdapat beberapa alamat Internet (lokasi) yang boleh membantu anda memperolehi fail yang dicari untuk dipindah terima contoh http://www.download.com atau http://www.hotfiles.com. Setelah anda berpuas hati dengan fail yang dikehendaki klikan pada ikon yang biasanya dilabelkan Download Now. Satu tetingkap (File Download) akan muncul yang bertanyakan sama ada anda hendak melaksanakan (open this file from its current location) atau hendak menyimpannya (save this file to disk).

Perkhidmatan Komunikasi Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan yang boleh dikategorikan kepada perkhidmatan komunikasi iaitu : E-mel
7

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

Telnet Usenet IRC E-mel Surat atau mel elektronik atau ringkasnya e-mel merupakan kemudahan Internet yang paling giat digunakan. Dengan e-me,l anda boleh menghantar pesanan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai capaian Internet. Berjuta-juta manusia menghantar dan menerima e-mel setiap hari. E-mel menggunakan protokol TCP (Transmission Control Protocol) yang memecahkan pesanan anda kepada paket-paket kecil. Manakala protokol IP (Internet Protocol) pula menghantar paket tersebut ke lokasi yang betul dan kemudian TCP mencantumkannya semula ketika menerimanya supaya anda dapat membaca pesanan tersebut. E-mel membenarkan anda melampirkan fail perduaan (attach files) seperti gambar, bunyi, video dan fail boleh laksana (execute file) bersamasama pesanan e-mel anda.

Telnet Salah satu keistimewaan Internet adalah anda berupaya menggunakan sumber komputer yang jauh. Anda boleh log masuk komputer yang lain dan memasukkan perintah dari rumah atau pejabat anda seolah-olah anda berada di hadapan papan
8

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

kekunci komputer yang jauh dan juga sumber komputer itu. Anda dapat membuatnya dengan sumber Internet yang dinamai Telnet. Telnet mengikut model pelayan / pelanggan. Komputer yang jauh dinamakan hos. Untuk menggunakan sumber Telnet dan hos , anda perlu tahu alamat hos Internet yang mengandungi sumber yang anda kehendaki. Biasanya anda perlu log masuk hos dan sesetengah sistem memerlukan maklumat tentang diri anda seperti nama dan alamat sebagai katalaluan.Apabila anda ingin membuat sambungan ke Telnet, anda perlu pastikan emulasi terminal. (papan kekunci dan monitor anda berfungsi serasi dengan hos) Kebanyakan pelanggan Telnet menggunakan perisian UNIX.

Usenet Usenet merupakan forum perbincangan elektronik terbesar didunia menyediakan cara penghantaran pesanan antara komputer merentas seluruh Internet. Pengguna Internet di seluruh dunia menyertai perbuncangan tersebut yang membicarakan ribuan tajuk dalam pelbagai bidang yang khusus yang dipanggil kumpulan berita atau forum
9

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

IRC Merupakan cara komunikasi yang cepat dan menarik menggunakan papan kekunci. Ia juga dipanggil Bual Geganti Internet (Internet Relay Chat). Anda boleh berbual dengan orang lain diseluruh dunia di mana anda menaip perkataan dalam komputer dan orang lain pula dapat terus membaca dalam komputer dan begitulah sebaliknya. Beribu-ribu orang berbincang tentang berbagai tajuk setiap hari menggunakan IRC.

Pengimbas Web (Browser) dan Enjin Pencarian Disebut enjin pencari atau search engine. Ia digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu dengan lebih pantas. Terdapat beberapa enjin pencari iaitu : Yahoo
10

PPISMP F1D-SJ (2012)

MUHAMMAD ADIB

Goggle

ICON FINDER

Search Icon

Terdapat juga enjin pencari tempatan iaitu CARI.com tetapi ia kurang berkesan. Prestasi setiap enjin pencari adalah berbeza . Anda sebagai pengguna yang ingin mencari sesuatu maklumat perlu memasukkan kata kunci (keywords) pada ruang cari yang disediakan.

11

Anda mungkin juga menyukai