Anda di halaman 1dari 6

TEMA 1:

MASYARAKAT, PEMERINTAHAN,
PERTAHANAN DAN PERHUBUNGAN LUAR
1.1 MASYARAKAT JAHILIAH

PENGENALAN

Zaman jahiliah ialah zaman sebelum Islam. Zaman jahiliah wujud selepas keruntuhan
kerajaan Saba’. Pada masa itu, tiada nabi yang di utus dan tiada kitab suci daripada
Allah SWT untuk dijadikan petunjuk. Pada masa yang sama, tiada ciri-ciri
ketamadunan atau pembangunan fizikal yang melambangkan peradapan yang tinggi.

Jahiliah berasal dari kata akar Jahala dan kata terbitan Jahlun atau Jahlatun yang
bermaksud bodoh dan sesat. Berdasarkan al-Quran, ciri-ciri Jahiliah dapat
dirumuskan kepada empat, iaitu: Zaman yang tidak mempunyai Nabi dan kitab suci
sebagai petunjuk, Masyarakatnya tidak mempunyai peradapan dan tamadun,
Masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak serta masyarakatnya jahil
kerana tidak boleh membaca dan menulis.

Lebih tepat, zaman jahiliah muncul selepas kejatuhan kerajaan Saba’ peringkat ketiga
dan peringkat terakhir pemerintahan Himyar pada tahun 300 dan berakhir setelah
turunnya kitab suci al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610.
Dalam tempoh 3 abad itu, masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan
akhlak, agama, politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.
Konsep Jahiliah
a) Konsep jahiliah mengikut Pandangan Sarjana Islam

Tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai petunjuk kepada sesuatu masyarakat

Politik dan pentadbiran tidak tersusun dan hanya bergantung kepada Kabilah yang terkuat menjadi ketua

Ekonomi – amalan riba dan suka menipu

Ilmu pengetahuan dan pendidikan - Tidak mempunyai pengetahuan dalam menulis dan membaca bagi
perkembangan ilmu, pendidikan dan intelektual sesebuah masyarakat. Tidak mempunyai tamadun yang
merangkumi ciri-ciri perkembangan sesebuah tamadun.

Kedudukan sosial – berdasarkan kabilah dan semangat assabiyah yang tinggi. Hubungan Sosial – Tidak
berakhlak dan etika yang baik sebagaimana yang digariskan dalam norma-norma sosial sesebuah
masyarakat dan sistem sosial yang tersusun.

Menganggap perkara keji seperti membunuh, merompak dan berzina sebagai perkara biasa dalam
masyarakat. Mereka suka bertelingkah dan menganggap berperang sebagai pekerjaan yang disanjung tinggi
dan meningkatkan imej kabilah
b) Konsep jahiliah mengikut Pandangan Sarjana Barat

• Pendapat P.K Hitti bahawa masyarakat arab jahiliah


hanya jahil dari segi kepercayaan dan agama tetapi
maju dari segi ilmu pengetahuan dan tamadun.
• Pendapat orientalis barat P.K Hitti mengenai makna
Jahiliah dapat disangkal dan dipersoal.
• Ini kerana kerajaan Saba’ pada zaman kegemilanganya
(pada zaman pemerintahan Ratu Balqis) telah
menerima ajaran Nabi Sulaiman a.s dan Allah SWT
menganugerahkan kerajaan Saba’ sebagai “negeri
yang makmur dan mendapat pengampunan
Tuhan” (surah Saba, ayat 15).
• Setelah kerajaan ini ingkar kepada Allah SWT, maka
kerajaan ini diturunkan bala oleh Allah SWT dan
mengalami kejatuhan.
• Mempunyai struktur pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun
dengan perlantikan Ketua. Masyarakat Arab Hadari adalah
masyarakat tinggal tetap di kota-kota seperti Makkah, Madinah
dan Taif
• Mereka sudah mempunyai kepercayaan iaitu Penyembahan
Patung Berhala – al-Latta, al-Uzza, al-Manat dll
• Sistem ekonomi mencapai tahap tertinggi iaitu terlibat dalam
kegiatan perniagaan dan perdagangan dengan dunia luar seperti di
Syam dan Yaman
• Mempunyai karya-karya sastera puitis yang dipertandingkan dan
dilekat pada dinding kaabah dll
Penutup

• Terdapat percanggahan pendapat dengan


Sarjana Islam dan Barat tentang konsep
Jahiliyah.
• Al-Quran diturunkan untuk memandu manusia
kepada ketamadunan dan menamatkan Zaman
Jahiliah

Anda mungkin juga menyukai