Anda di halaman 1dari 32

SIRAH NABAWIYYAH

IBRAH DAN PENGHAYATAN DALAM WEHDATUL FIKR DAN


WEHDATUL AMAL

LTPDMPM 1
SUASANA MADINAH KETIKA HIJRAH

PERLU MATLAMAT
FAHAM …. HIJRAH

BERTUJUAN MEMBINA MASYARAKAT DAN


NEGARA BUKAN MELEPASKAN DIRI DARI
MENGHADAPI TEKANAN, PENINDASAN DAN
EJEKAN SEMATA-MATA. HIJRAH SATU
TUNTUTAN FARDHU ‘AIN.
LTPDMPM 2
3 GOLONGAN YANG DIHADAPI OLEH RASULULLAH
S.A.W

Para sahabat Orang musyrikin dari


radiyallahu kalangan penduduk
‘anhum dari Madinah yang masih
belum beriman tetapi
Orang-orang
kalangan tetap berada di Madinah Yahudi
Muhajirin dan sebagai anggota
Ansar masyarakat

LTPDMPM 3
(A) PARA SAHABAT

#MUHAJIRIN
#ANSAR
Muhajirin menghadapi keadaan
persekitaran yang berbeza di Kota
Madinah berbanding di Kota Mekah.

Di Mekah, mereka terdiri daripada


berbagai keluarga dan tidak dapat
menguasai keluarga masing-masing.
 Kepimpinan di Mekah berada di
tangan penentang Islam.
Muhajirin tidak ada kemampuan untuk
menegakkan masyarakat dan negara
Islam di Mekah.
Ayat-ayat yang diturunkan lebih
banyak menerangkan dasar-dasar
aqidah dan hukum syariat yang boleh
dilakukan secara individu serta
perintah-perintah supaya berakhlaq
baik dan meninggalkan segala sifat
jahat. Surah-surah yang diturunkan
dinamakan surah Makkiyyah
Qabilah terbesar yang menguasai Madinah
dikenali sebagai suku Aus dan Khazraj

mereka telah dipersaudarakan dengan


golongan Muhajirin.

Suku Aus dan Khazraj bukan sekadar


mengucap dua kalimah syahadah secara
lisan sahaja, malah bersedia berkorban apa
sahaja demi menegakkan kalimah itu.
Oleh kerana orang Islam telah menguasai
Madinah, perlu difikirkan :

hadharah (peradaban),
masalah politik dalam negeri dan antarabangsa,
masalah ekonomi dalam segala aspek yang
berhubung dengannya
membina kekuatan aqidah dan akhlaq, ibadat
serta mengetahui perkara halal dan haram.
Allah SWT menurunkan agama Islam kepada
manusia menurut proses fitrah manusia itu sendiri,
jadi menegakkan masyarakat dan negara Islam tidak
akan berlaku dalam masa sehari kerana
dalam proses yang tersebut ada perkara yang mesti
dilakukan serta merta dan ada juga yang diwahyukan
secara berperingkat-peringkat berdasarkan tuntutan
syara’, waqi’ (suasana persekitaran) yang dihadapi
dan kematangan mereka dari masa ke semasa
sehinggalah agama ini disempurnakan turunnya oleh
Allah SWT.
Allah SWT telah memberi jaminan akan
kelangsungan syariatNya. Rasulullah
SAW terus melaksanakan tugas ini
dan para sahabat r.a menerima Setiap
perintah dengan penuh keimanan. Allah
SWT telah menceritakan hal ini menerusi
firmanNya Surah Al-Jumu’ah ayat 2.
 Golongan Muhajirin telah meninggalkan kampung
halaman, harta benda dan sebagainya mampu
menghadapi segala masalah dengan mudah
dengan pertolongan saudara-saudara seagama
yang telah diberi gelaran oleh Allah sebagai
golongan Ansar.

 Bagi golongan Ansar pula, mereka tidak


menganggap kedatangan saudara-saudara mereka
itu sebagai masalah, malah merasakan kedatangan
tersebut sebagai satu kurniaan yang besar dari
Firman Allah :
(B) ORANG-ORANG
MUSYRIKIN DARI
KALANGAN PENDUDUK
MADINAH
1. Di kalangan penduduk Madinah ada yang masih
menganut fahaman syirik pusaka nenek moyang
mereka dengan pegangan yang lemah dan ragu
terhadap fahaman tersebut

Kalangan ini tidak mempunyai sebarang rasa permusuhan


terhadap Rasulullah dan ajarannya serta tidak mengancam
kepentingan mereka dan akhirnya memeluk Islam serta
menjadi golongan yang benar-benar ikhlas dan menyerah
diri sebulatnya kepada Allah dan RasulNya.
2) Kalangan yang tebal rasa permusuhannya terhadap
Rasulullah dan sahabat dan benci terhadap Islam. Digelar
munafiq dan dipimpin oleh Abdullah bin Ubai.

-Berpengaruh di kalangan Aus dan Khazraj selepas peperangan Bu’ath


dan hampir dilantik sebagai raja tetapi terbantut setelah Aus dan Khazraj
memeluk Islam.
-Menganggap Rasulullah sebagai orang yang merampas takhta.
-Mendendami dan membenci Rasulullah.
-Tidak berani mempamerkan kesyirikannya kerana boleh menggugat
kepentingan duniawinya dan masyarakat Madinah pula tidak berpihak
kepadanya.
- Oleh sebab itu selepas peperangan Badar, beliau
terus berpura-pura berlagak sebagai seorang
Islam sedangkan hatinya menyimpan rasa
dendam dan sentiasa mengintai peluang,
menyusun perancangan dan tipu daya bagi
menentang Islam dan Rasulullah.
- Penyokong-penyokongnya terdiri daripada orang-
orang yang mengharapkan pangkat dan
kedudukan serta mengimpikan Abdullah bin Ubai
sebagai raja. Mereka yang lemah pendirian
adalah di antara golongan yang termasuk dalam
perangkap Abdullah bin Ubai.
ltpdmpm 18
ltpdmpm 19
(C) ORANG-ORANG
YAHUDI
Selepas peperangan di antara Yahudi dan Rom
pada tahun 70 Masihi dengan Rom menakluk
Palestin dan menghancurkan serta meruntuhkan
hikal Baitul Maqdis, sebahagian besar bangsa
Yahudi telah berhijrah ke Semenanjung Tanah
Arab.
Mereka bercampur dengan masyarakat Arab dan
terpengaruh dengan bangsa Arab dari segi
penggunaan Bahasa dan pakaian serta
berkahwin dengan orang-orang Arab.
Namun demikian, mereka merupakan
golongan yang tebal sifat ‘asabiyyah bangsa
Yahudi dan merasakan bahawa bangsa
mereka lebih mulia dari bangsa Arab.

Mereka menghina bangsa Arab dengan


panggilan ummiyyin (bangsa buta huruf, liar,
mundur dan hina) dan merasakan bahawa
mereka berhak melakukan apa sahaja
terhadap harta orang-orang Arab.
Orang-orang Yahudi menganggap ramalan, sial dan tuah, sihir, jampi
mentera dan sebagainya itu sebagai ajaran agama mereka, tetapi tidak
menyebarkannya. Oleh itu, mereka merasakan bahawa dengan
mengetahui perkara-perkara tersebut, diri mereka lebih mulia dan lebih
berilmu dari bangsa lain.

Mereka juga menguasai bidang ekonomi, memegang pasaran tamar, arak


dan pakaian. Mereka bermu’amalah dengan sistem riba dan menggunakan
harta benda bagi mempengaruhi ketua-ketua qabalah. Mereka sentiasa
mencetuskan peperangan bagi mengekalkan keperibadian bangsa mereka
dan berusaha untuk menggiatkan mu’amalah riba.

Mereka merupakan bangsa yang pintar dalam meniupkan fitnah dan


melaga-lagakan qabilah serta seringkali menggagalkan usaha ke arah
perdamaian dalam setiap peperangan yang dicetuskan.
bersatu dengan
BANI Qabilah Khazraj dan
QAINUQA’ tinggal di Madinah
BANI
AL-
NADHIR DAN bersatu dengan
Qabilah Aus dan
BANI
QURAIZAH tinggal di pinggir
Madinah
1 • Rasulullah bukan dari kalangan
bangsa Yahudi
Timbul
kemarahan, rasa
permusuhan dan • Konsep persaudaraan yang
dendam di hati
mereka. 2 dibawa oleh Islam
menghentikan peperangan.
akan
Perasaan ini
wujud disebabkan • Hukum-hukum halal dan haram akan
oleh :
menghapuskan peluang bagi mereka
3 meneruskan mu’amalah berdasarkan
sistem riba serta menutup ruang-
ruang penipuan
Sikap permusuhan orang-orang Yahudi terhadap
Islam dan RasulNya telah didedahkan sendiri oleh
pemimpin-pemimpin Yahudi yang memeluk Islam
kerana berpegang teguh dengan ajaran Taurat
yang sebenar dan tidak terpengaruh dengan
penyelewengan dalam agama dan bangsa mereka
IBRAH
DAN IKTIBAR
Di Malaysia dalam suasana masyarakat majmuk
pasti ada ketiga-tiga kumpulan ini
1) Umat Islam yang betul-betul ingin membangun
negara dengan Islam.
2) Umat Islam yang ada agenda peribadi dan
sentiasa mencari peluang
3) Warga yang menjadi musuh dalam selimut
Pemimpin negara mesti memahami
peranan dan tanggungjawab:
1) Memartabatkan Islam sebagai Ad
Deen wa Ad Daulah
2) Melaksanakan mua’malah Islam
3) Menegakkan keadilan
Kita sebagai pejuang Islam mestilah:
1) Terus berdakwah agar semua umat Islam dapat
memahami Islam sebenar.
2) Melengkapkan diri dengan ilmu dan amal agar
iman sentiasa terpelihara.
3) Menguasi pentadbiran negara agar dapat
mendaulatkan Islam dan mengekang musuh.
‫‪SEKIAN .‬‬
‫سيروا على بركة هللا‬

Anda mungkin juga menyukai