Anda di halaman 1dari 5

Huraikan Latar Belakang Masyarakat Makkah Dan Kota Madinah (Yatrib) Sebelum Kedatangan Islam.

Pendahuluan : o Kota Makkah dan Madinah terletak di daerah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Masyarakat di kedua dua kota ini menjalani kehidupan berdasarkan adat resam yang mereka warisi. Pada zaman sebelum kedatangan islam, kota Makkah merupakan pusat ibadat dan perdagangan. Kedudukkannya yang strategik dan terdapat sumber air dari telaga zam zam, menjadikannya sebagai tempat tumpuan kegiatan ekonomi dan kebudayaan di kalangan bangsa Arab. Kota Madinah yang dikenali sebagi Yathrib sebelumnya merupakan pusat perdagangan yang dikelilingi oleh kawasan pertanian yang subur. Kisah sebelum mereka menganuti agama Islam di kedua dua kota ini dirakam oleh Allah swt di dalam Al Quran.

Masyarakat di sini menjalani proses sejarah yang unik dalam sejarah tamadun manusia. W.M. Watt yang membuat kajian yang mendalam tentang masyarakt Madinah menyebut bahawa masyarakt bandar ini mengamalkan ideologi kaum Badwi. Pada tahun 610 Masihi agama Islam diturunkan kepada masyarakat Makkah dan tiga tahun kemudian berita ini tersebar luas ke kota Madinah. Bermula dari saat itu, masyarakat kota kota tersebut mengubah cara hidup kepada keadaan yang lebih sempurna.

Isi : Latar Belakang : Anggota Masyarakat : o Sebelum kedatangan Islam, penduduk kota Makkah terdiri daripada Arab Quraisy yang dikenali sebagai golongan Hadari. Qussay berjaya menguasai kota Makkah pada tahun 440 Masihi. Walaupun mereka penduduk menetap, tetapi amalan hidup bersuku suku dan berpuak puak merenggangkan hubungan sesama mereka. Pauk Abd. Al Dar yang dianggotai oleh Bani Umaiyyah dan puak Abd. Manaf yang dianggotai oleh Bani Hashim merupakan dua kumpulan anggota masyarakat yang berpengaruh dan saling bermusuhan kerana perebutan kuasa dan pengaruh di Kota Makkah. Amalan permusuhan menjadi tradisi yang berlarutan membawa kepada peperangan. Peperangan al Fijr adalah bukti permusuhan mereka.

Penduduk Yatrib yang dianggarkan seramai 4000 5000 orang terdiri separuhnya adalah berbangsa Yahudi yang datang ke Madinah ketika Baitul Muqadis ditakluki oleh tentera Kristian. Bani bani Yahudi bersatu walaupun mereka terdiri daripada beberapa bani. Kaum Arab pula adalah penduduk tempatan yang bermusuhan di kalangan suku suku hasil daripada adu dumba daripada puak yahudi. Permusuhan di antara suku ArabAus dengan Khazraj berlarutan sehingga tercetusnya peperangan Buath yang didalangi oleh orang Yahudi. Perang saudara ini berlarutan sekian lama.

Agama dan kepercayaan : o Orang Arab Quraisy mempercayaai kuasa berhala. Amalan menyembah berhala diamalkan dengan patuh. Kaabah dan 360 berhala yang diletakkan disekitarnya dijadikan pusat penyembahan dan dikunjungi setiap hari. Semasa musim haji suasana sekitar Kaabah sangat sibuk dan kota Makkah menajdi tumpuan. Kepercayaan khurafat juga diamalkan oleh orang Quraisy terutamanya yang berkaitan dengan nasib dan tuah dalam perniagaan.

Di Madinah orang Yahudi amat taksub memelihara kesucian agama Yahudi. Pada mereka agama Yahudi hanya untuk umat pilihan tuhan iiatu bangsa Yahudi. Golongan Yahudi memandang rendah bangsa bangsa lain termasuk orang Arab. Penganut kristian di Madinah memusuhi orang orang Yahudi yang mereka dakwa membunuh Nabi Isa a. s Kedatangan orang Yahudi dan Kristian di Madinah memberikan senario baru dalam hal keagamaan dikalangan orang Arab. Mereka yang menyembah berhala turut mengetahui adanya ajaran yang berasaskan ketuhanan.

Akhlak : o Orang Arab Quraisy terkenal dengan sifat memuliakan tetamu, walaupun yang datang itu musuh mereka. Mereka sentiasa menjaga maruah keluarga. Kelahiran anak lelaki disanjung manakala anak perempuan dibunuh kerana dikatakan membawa sial dan mala petaka. Sifat dengki dan dendam terhadap suku kaum lain yang lebih kuat sering mencetuskan pergaduhan. Sesiapa yang menang dalam apa apa pertaruhan termasuk perjudian dipuja secar lisan dan tulisan pada kain dan digantung di dinding Kaabah. Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan, diisytiharkan dengan cara

mengadakan majlis keramaian yang melampaui batas kesopanan dengan melibatkan wanita dan sajian minuman keras.

Di Madinah, moral orang Arab juga rendah apabila mereka dengan mudah termakan hasutan orang Yahudi tanpa usul periksa. Orang Yahudi pula amat tamak dan mementingkan diri sendiri. Hal ini dapat dilihat dalam cara mereka melayani pesakit atau pelanggan yang bukan sebangsa dengan mereka. Terdapat juga orang Yahudi yang berakhlak sebagai mana yang dituntut oleh agama. Begitu juga dengan penganut Kristian. Mereka lebih mementingkan amalan kerohanian dan kehidupan.

Ekonomi : o Masyarakat Arab Quraisy adalah masyarakat peniaga dan pedagang. Mereka mengimport batu batu permata dan rempah dari luar melalui pelabuhan Aden yang terletak di Laut Merah. Perniagaan dan perdagangan menjadi penggerak kepada kehidupan masyarakatnya. Sistem perdagangan bebas diamalkan secar riba di pasar yang dibina khas menjadikan Kota Makkah sebagi pusat tumpuan para pedagang dari utara dan selatan Semenanjung Tanah Arab. Perjanjian dagang dan damai diwujudkan dengan pedagang Rom dan sesama Arab tempatan diadakan bagi memastikan perdagangan dikedua pihak mendapat keuntungan. Pengishtiharan bulan bulan haram pada musim haji juga menggalakkan kegiatan perdagangan kerana pengisytiharan tersebut melarang segala bentuk pergaduhan atau peperangan. Orang Arab Makkah juga mengamalkan cara berdagang bermusim yang mana musim sejuk mereka berdagang ke Yaman dan pada musim panas mereka berdagang ke utara ( Syam ). Kegiatan ekonomi tanpa sekatan memberi peluang kepada ahli keluarga yang kaya untuk menjalani kehidupan yang mewah.

Keadaan yang sama berlaku di Madinah, Yahudi memonopoli kegiatan ekonomi. Mereka sama ada tinggal di pusat bandar atau pinggir bandar, bekerja sebagai peniaga, pedagang, tukang, tabib dan petani. Ajaran agama yang melarang riba tidak dipatuhi. Mereka mewujudkan lapisan masyarakat yang hidup mewah dan menjadikan orang Arab yang kebanyakannya petani hidup dalam kemiskinan.

Politik : o Masyarakat Makkah ditadbir secara langsung oleh peraturan adat dan suku kaum masing-masing. Setiap suku kaum mempunyai ketua yang dikenali sebagai Sheikh yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kabilah masing-masing selamat daripada sebarang ancaman. Sheikh dilantik berdasarkan kepada kekayaan, anak dan harta, kebenaranian dan kebijaksanaan. Ramai di kalangan masyarakat Quraisy yang berkebolehan dalam bidang kepimpinan menyebabkan mereka merebutkan jawatan dan gila kuasa. Sesiapa yang telah menjawat sesuatu jawatan tidak akan melepaskan jawatan dengan mudah. Mereka akan menolak pemimpin baru yang cuba mencabar kepimpinan mereka. Golongan kaya Makkah menubuhkan Mala iaitu majlis tertinggi yang dianggotai oleh ketua-ketua suku. Keputusan majlis ini dipengaruhi oleh golongan kaya. Golongan ini menggunakan Mala untuk menghukum pihak yang disyaki akan mencabar kekuasaan mereka. Qussay telah menubuhkan Darul Naduah untuk tujuan kebajikan dan pertahan Kota Makakh. Selepas kematian jabatan ini dikuasai oleh golongan kaya menyebabkan suku-suku yang lemaah mengadakan Hilf al-Fudul untuk memperjuangkan nasib mereka. Situasi ini menggambarkan adanya pergolakkan di antara golongan kaya dan miskin.

Di Madinah urusan pentadbiran dikuasai oleh Orang Yahudi. Mereka sentiasa berusaha supaya orang Arab tidak bersatu. Mereka menyedari bahawa perpaduan Arab bermakna ancaman kepada mereka. Walau bagaimanapun, setelah berlakunya perang Buath orang Arab semakin lemah dan mereka mula menyedari betapa perlunya mempunyai pemimpin yang boleh membela masib mereka. Perebutan kuasa antara Auz dan Khazraj.

Ilmu Pengetahuan : o Masyarakat Makkah kebanyakkannya tidak menguasai ilmu ilmu yang boeh mensejahterakan hidup mereka. Pedagang pedagang asing yang berilmu pun tidak menyumbangkan ilmu mereka. Mereka lebih cenderung untuk berurusan niaga dan berhibur. Tidak ada penemuan bukti bertulis atau monumen yang boleh mengukur kadar buta ilmu di kalangan mereka. Namun sejarah ada merekodkan bahawa terdapat kira kira 17 orang yang boleh membaca dan menulis.

Berbeza dengan di Madinah. Golongan Yahudi terdiri daripada golongan profesional. Mereka mempunyai kitab yang perlu dibaca. Ilmu pertanian dan perubatan yang tidak tersebar kepada orang lain. Walaubagaimanapun, Arab Madinah dilihat ada kecenderungan untuk mempelajari ilmu keagamaan apabila mereka didapati cepat memahami konsep tauhid yang terkandung dalam agama Islam yang

mereka anuti. Kehadiran agama Yahudi dan Kristian serta pergaulan mereka dengan penganut agama tersebut mendedahkan mereka kepada konsep tersebut. Kesimpulan : Masyarakat kota Makkah dan Madinah menjalani kehidupan secara sempurna. Mereka dalah solongan yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan. Keadaan persekitaran yang lebih jauh daripada tamadun lain dan muka bumi yang panas dan berbatu menjadikan penduduk di kota kota ini bersifat tegas dan sayang dengan apa jua bentuk bantuan yang boleh mendatangkan kesejahteraan kepada mereka. Kedatangan agama Islam didapati melengkapi ketidaksempurnaan kehidupan mereka.

MASYARAKAT MAKKAH SEBELUM ISLAM


y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y y MASYARAKAT MAKKAH SEBELUM ISLAM LATARBELAKANG KOTA MAKKAH Asal makkah makarobah. Diubah ke makkah. Dalam al quraan bakkah. Permulaan rumah ibadat baitul kaabah. Penduduk yang terawal : y Puak amaliqah. y Puak jurhum. y Nabi ibrahim & yusof bina kaabah. y Bani khuzaah memerintah selama 3 abad di makkah. y Kaum quraisy mula memerintah pada abad ke 5m. Qusai bin kilab. y Makkah menjadi pusat : Ibadat. Perdagangan. Kebudayaan. Bebas daripada pengaruh kuasa asing. Kerajaan byzantine cuba kuasai tapi gagal. KAUM QURAISY Kelompok besar dari keturunan fihr bin malik. Bani al nadir. Puak puak quraisy yang terkenal: Bani hashim. Bani umaiyyah. Bani yaqzah. Bani adi Bani taym. Tokoh tokoh quraisy yang terkenal: Nabi muhammad. Saidina ali bin abi talib. Saidina abu bakar. Saidina uthman affan. Saidina umar al khatab. Muawiyyah bin abi sufian. Quraisy :-

y y y y y y y y y y y

Al zawahir. Qurasy al bitah. Terkenal dalam bidang pentabdbiran, politik & perdagangan. Perubahan berlaku dengan kedatangan islam. SISTEM SOSIAL DI MAKKAH. Terdiri drpd golongan peniaga. Dimonopoli orang arab quraisy. Pertelingakahan sesama sendiri berlaku. Bersikap individulistik : abu lahab & abu jahal. Tidak terima kemunculan tokoh baru. Sukar nabi muhammad sebarkan islam.

Huraikan sejarah kota Makkah dan pentadbiran kaum Quraisy sebelum kedatangan Islam. Pendahuluan : o Konsep Makkah dari segi bahasa.

o o

Demografi kota Makkah. Latar belakang kota Makkah dari pembukaan lembah Makkah sehinggalah kegemilangan Makkah semasa diketuai oleh Qusay bin Kilab apabila Makkah menjadi pusat perdagangan dan kebudayaan.

Isi-isi Penting : Sejarah kota Makkah : o Ia dimulai dengan pendudukan puak Amaliqah, diikuti Jurhum dari Yaman. Keluarga Nabi Ibrahim iaitu anaknya Nabi Ismail telah berkahwin dengan suku Jurhum dan telah melahirkan golongan Mustaribah. Selepas itu muncul Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun. Penguasaan Qusay bin Kilab ke atas kota Makkah : o Selepas Bani Khuzaah menguasai Makkah selama tiga kurun muncul pula kaum Quraisy pimpinan Qusay bin Kilab dan muncul juga Bani Harith yang diketuai oleh Amru bin Luhai dan memperkenalkan agama penyembahan berhala di Makkah setelah terpengaruh dengan corak penyembahan kaum Balqa. Nabi Ibrahim : o Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bertanggungjawab memajukan kota Makkah dan semakin bertambah maju apabila adanya telaga air zam-zam dan telah didirikan kaabah. Baginda telah menyeru agar masyarakat Arab ketika itu menganut agama Allah dan mengerjakan haji. Dalam masa yang sama kedatangan Bani Khuzaah telah menjadikan Makkah sebagai pusat penyembahan berhala dan mempunyai 360 buah berhala sekitar kaabah. Amalan ini berterusan sehingga pentadbiran Qusay bin Kilab dan Nabi Muhammad s.a.w. setelah baginda menerima wahyu pada 610 M. Pentadbiran Kaum Quraisy : Corak Pentadbiran : o Corak pentadbiran yang diamalkan adalah kabilah semenjak penguasaan Bani Khuzaah untuk menarik ramai orang mengunjungi Makkah ketika itu seperti menyediakan makanan bagi orang yang mengerjakan haji, menguruskan kaabah dan menyediakan kemudahan para pedagang. Pemerintahan ini dikuasai oleh golongan bangsawan. Sebuah majlis telah ditubuhkan iaitu Majlis Syuyukh yang berperanan membuat peraturan dan menyelesaikan masalah politik, ekonomi dan sosial. Ia dianggotai oleh penyair, pemidato, panglima dan aristocrat. Pemimpin kaum Quraisy : o Pemimpin kaum Quraisy diketuai oleh Qusay bin Kilab. Permulaan lokasi penempatan mereka adalah di Lembah al Bitah dan mahir dalam bidang ketententeraan serta bertindak mengawal kota Makkah dari sebarang ancaman musuh.

Penubuhan Darul Nadwah : o Qusay telah membina Darul Nadwah sebagai tempat perbincangan pemimpin-pemimpin kota Makkah, tempat sambutan majlis peristiwa-peristiwa bersejarah. Contohnya Abu Jahal pernah berbincang di Darul Nadwah bagi menentang Nabi Muhammad s.a.w. dari terus menyebarkan agama Islam. Penubuhan Jabatan : o Qusay telah menubuhkan beberapa jabatan baru seperti Sadanah al-Bait untuk menguruskan kaabah, Majlis al-Siqayah untuk menguruskan air, al-Rifadah untuk menguruskan makanan, al-Liwa, Unnah, Khazanah, Asynaq dan Hijabah. Jabatan ini masih diteruskan oleh anak cucu Qusay setelah Qusay meninggal dunia iaitu dari keluarga Abdul Manaf, Hashim dan Abdul Mutalib Majlis Suku : o Majlis Suku atau Asyirah ditubuhkan untuk melicinkan urusan pentadbiran suku-suku dan struktur politiknya secara berkumpulan. Selain itu , ditubuhkan juga majlis eksekutif yang dianggotai orang-orang tua yang berumur 40 tahun ke atas. Hubungan Diplomatik : o Hubungan diplomatic dijalankan bagi mengelakkan ancaman musuh. Contohnya pada masa pimpinan Abdul Manaf dan Hashim, Makkah telah menjalinkan hubungan dengan Negara jiran. Pengisytiharan Tanah Haram : o Kawasan Tanah Haram telah diisytiharkan untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan kota Makkah. Diisytiharkan juga bulan-bulan yang diharamkan berperang seperti Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam untuk mengerjakan haji manakala Rejab pula untuk mengerjakan umrah. Ia dikenali sebagai al- Asyhurul Hurum. Peraturan Adat dan Nenek Moyang : o Peraturan adat dan sunnah nenek moyang diamalkan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Setiap individu, suku dan kabilah terpelihara keselamatan mereka selagi menghormati kabilah masing-masing. Sebarang pencerobohan akan ditentang dan terdorong dengan semangat assabiyah. Kesimpulan : Dasar pemerintahan sedemikian oleh kaum Quraisy menjadikan kabilah Quraisy sebagai kabilah yang disegani kerana berupaya mentadbir Makkah . Kota Makkah telah menjadi pusat ibadat, kebudayaan, perdagangan dan keamanan, maka ia telah digelar sebagai jantung hati Semenanjung Tanah Arab

Anda mungkin juga menyukai