Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

“The Moghul empire was one of the largest centralized states known in pre-

modern world history. By the late 1600s the Moghul emperor held supreme

political authority over a population numbering between 100 and 150 millions

and lands covering most of the Indian subcontinent.”1

Merujuk petikan di atas, dapat dikatakan bahawa empayar Moghul bukanlah sebuah empayar

yang biasa bahkan luar biasa pada ketika itu. Hal ini kerana pada akhir abad ke-15, terdapat

banyak kerajaan-kerajaan Islam di India. Namun, kerajaan Islam di bawah bangsa-bangsa

Moghul adalah antara yang terpenting dalam sejarah perkembangan Islam. Di Hindustan,

kerajaan Moghul ditegakkan di Kabul pada permulaan abad ke-16 dan akhirnya menjadi

sebuah empayar yang besar. Kewujudan dan pencapaian empayar Moghul dianggap permata

dalam tamadun Islam dan disifatkan setara dengan tamadun Islam di al-Andalus ketika era

Umawi, Baghdad ketika era ‘Abbasi dan Turki ketika era ‘Uthmani. 2 Penubuhan empayar

Moghul oleh Babur pada tahun 1526 M dilihat sebagai satu langkah yang pro-aktif bagi

mewujudkan kerajaan Islam di benua Asia untuk menyaingi kekuatan Kerajaan ‘Uthmaniyyah

pimpinan Salim I, Kerajaan Safawiyyah pimpinan Shah Ismail dan Kerajaan Uzbek ketika

itu.3 Empayar Moghul yang pada masa kemuncaknya telah memerintah Afghanistan,

Balochistan, dan kebanyakan kawasan di benua kecil India antara 1526 dan 1857. Namun,

empayar unggul ini tidak dapat bertahan lama kerana beberapa masalah dalaman dan luaran

yang membawa kepada kemerosotan dan akhirnya meruntuhkan Moghul buat selama-

lamanya. Justeru dalam penulisan ini, penulis akan membincangkan secara kritis tentang

kemunculan, kemerosotan dan keruntuhan empayar Moghul yang dahulunya begitu gah dan

terkenal.

1
John F. Richards, The Mughal Empire (United Kingdom: Cambridge University Press, 1993), hlm. 1.
2
Hamka, Sejarah Umat Islam (Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd., 2006), hlm. 500.
3
Kulke. H. & Rothermund. D., A History of India (New York: Routledge, 2004), hlm. 196.

[1]
2.0 KEMUNCULAN EMPAYAR MOGHUL

Moghul merupakan kerajaan di anak benua India, dengan Delhi sebagai ibu kotanya yang

berkuasa antara tahun 1526-1858 M. (Lampiran 1) Kerajaan Moghul didirikan oleh

Zahiruddin Muhammad Babur (1482-1530 M) (Lampiran 2) iaitu waris Timur Lenk di

sebelah bapanya dan di sebelah ibunya beliau merupakan waris kepada etnik Mongol yang

berketurunan Jengis Khan.4 Pada tahun 1504 M, Babur telah menakluki Kabul, ibu kota

Afganistan. Setelah Kabul ditakluki, beliau melanjutkan penguasaannya ke India yang

dikuasai oleh Ibrahim Lodi.5 Zahiruddin Babur walau bagaimanapun berjaya mengalahkan

Ibrahim Lodi.6 Pada 21 April 1526 M, terjadilah pertempuran yang dahsyat di Panipat.

Ibrahim Lodi beserta ribuan tenteranya telah terbunuh dalam pertempuran itu. Babur

memasuki kota Delhi sebagai pemenang dan menegakkan pemerintahannya iaitu Moghul di

sana.7 Setelah menguasai Delhi, Babur menghantar anaknya iaitu Humayun ke Agra yang

merupakan salah satu wilayah kekuasaan Ibrahim Lodi bagi meluaskan penguasaan mereka.

Tidak lama selepas itu, Babur menyertai anaknya di Agra dan lantas menjadikan Agra sebagai

ibu kotanya.

Detik-detik kemenangan ini telah memberikan Babur suatu asas dan keyakinan untuk

menyatukan penguasaannya di wilayah utara India. Humayun telah dihantar pulang ke Kabul

untuk mempertahankan bandar dan wilayah itu daripada serangan lanjut Uzbek. Namun

begitu, Babur telah membuat keputusan untuk terus tinggal dan mengukuhkan kekuasaannya

ke atas tanah-tanah yang subur dan juga bandar-bandar yang kaya di Hindustan. Pada

Disember 1530, Babur mangkat dengan meninggalkan kerajaan kekuasaannya termasuk di

wilayah Asia Tengah, Kabul, Punjab, Delhi, sebahagian Bihar hingga ke timur India, dan

4
Ishwari Prasad, A Short History of Muslim Rule in India Form The Advent of Islam To The Death of Aurangzeb
(Allahabad: The Indian Press (Private) Ltd,1964), hlm. 214.
5
Ketika itu pemerintahannya sedang mengalami krisis politik dan pertahanannya juga lemah.
6
Dr. H.A. Malik Karim Amrullah (HAMKA), Sedjarah Umat Islam Jilid III (Djakarta: Nusantara Bukit Tinggi, 1960),
hlm. 98-99.
7
John F. Richards, The Mughal Empire (United Kingdom: Cambridge University Press, 1993), hlm. 8.

[2]
bahagian selatan hingga Gwalior. Wilayah-wilayah ini merupakan satu penaklukan bertujuan

untuk menyatukan pemerintah Moghul dalam wilayah baru India.8 Selama tertubuhnya

empayar Moghul ini, ia telah dipimpin oleh beberapa pemerintah seperti Zahiruddin

Babur(1526-1530), Humayun(1530-1556), Akbar (1556-1605), Jahangir(1605-1627), Shah

Jahan(1627-1658), Aurangzeb(1658-1707), Bahadur Syah(1707-1712), Jahandar(1712-1713),

Fahrukhsiyar(1713-1719), Muhammad Syah(1719-1748), Ahmad Syah(1748-1754),

Alamghir II(1754-1760), Syah Alam(1760-1806), Akbar II(1806-1837 M), dan Bahadur

Syah(1837-1858). Jika ditinjau kembali, sebelum ini bangsa Moghul telah terkenal sebagai

pemusnah kebudayaan Islam yang ditegakkan oleh Bani Abbasiah selama 500 tahun.9 Namun

begitu, keturunan mereka kemudiannya yang menjadi penyebar Islam yang gagah perkasa

dengan menubuhkan sebuah empayar yang agung iaitu Moghul.10

Kepimpinan yang berbeza nyata membawa corak pentadbiran yang turut berbeza.

Empayar Moghul yang tertubuh oleh Babur telah diteruskan kemudiannya oleh Humayun,

anaknya. Semasa pemerintahan Akhbar (Lampiran 3) pula, kerajaan Moghul telah mencapai

satu tempoh kegemilangan yang hebat. Akbar telah menyatukan anak benua India dengan

kecerdikannya dan telah menyusun pentadbiran kerajaan dengan teratur. Salah satu bukti yang

menunjukkan kepimpinan Akbar ialah apabila beliau telah membahagikan negara kepada 15

bahagian atau Subas yang mana setiap bahagian mempunyai seorang gabenor atau Subandar

yang seterusnya bertindak sebagai pemerintah tentera di bahagian yang dikuasai.11 Setelah

Akbar, pemerintahan Moghul diserahkan pula kepada Jahangir, anaknya seorang yang baik

hati dan bertolak ansur dalam pemerintahan. Namun pemerintahan Jahangir mulai lemah

kerana beliau terlalu mudah terpengaruh dengan permaisurinya iaitu Nur Mahal. Apabila

Jahangir mangkat, Shah Jahan menggantikannya dengan menjadi pemerintah Moghul selama

8
John F. Richards, The Mughal Empire (United Kingdom: Cambridge University Press, 1993), hlm. 9.
9
Serangan mereka terhadap kebudayaan Islam yang diketuai oleh Genghiz Khan dan Hulaqu Khan.
10
Sulaiman Zakaria, Siri Warisan Islam: Islam di India (Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise, 1995), hlm. 4.
11
Ibid., hlm. 19.

[3]
kira-kira 30 tahun. Ketika pemerintahan beliau, banyak kemajuan telah dilakukan antaranya

mengatur kewangan negara dan membaiki pentadbiran agar lebih baik. Bidang pertanian dan

perusahaan juga ditingkatkan sehingga menjadikan zaman pemerintahan beliau sebagai

Zaman Keemasan buat empayar Moghul.12

Kepimpinan Shah Jahan seterusnya diwarisi oleh Aurangzeb (Lampiran 4) yang

dikatakan setanding dengan Akbar. Ketika Moghul di bawah Aurangzeb, wilayah

kekuasaannya begitu luas kerana beliau ingin mengawal kerajaan dari keadaan perpecahan

dan kehancuran. Aurangzeb dikatakan seorang yang kuat beribadat dan sangat tegas. Di

sekitar Delhi, Agra atau mana-mana bandar besar penindasan dan rasuah jarang dapat

disembunyikan daripada pengetahuan Aurangzeb.13 Pemerintahan beliau adalah pemerintahan

Moghul yang terakhir di tampuk kegemilangan kerana setelah kemangkatan Aurangzeb,

pengganti beliau seterusnya adalah lemah dalam pentadbiran dan pemerintahan sehinggakan

menjadi punca kemerosotan dan keruntuhan empayar agung Moghul. Perbincangan

seterusnya akan melihat kepada faktor-faktor yang membawa empayar Moghul ke era

kemerosotan dan seterusnya mengalami keruntuhan.

12
Sulaiman Zakaria, Siri Warisan Islam: Islam di India (Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise, 1995), hlm. 28-29.
13
Stanley Lane, Auranzib And The Decay of The Mughal Empire (Delhi: Low Price Publication, 1890), hlm. 113.

[4]
3.0 KEMEROSOTAN EMPAYAR MOGHUL

Ibarat satu kitaran hidup, empayar Moghul telah menghadapi era kemunculan, perkembangan,

dan kini akan dibincangkan era kemerosotan yang akhirnya membawa kepada keruntuhan

Moghul. Moghul mulai mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Aurangzeb pada 3

Mac 1707.14 Detik ini menandakan bahawa Moghul sedang menuju kepada kemerosotan

selepas ketiadaan Aurangzeb yang merupakan pemerintah Moghul terakhir yang terkuat15 dan

perbincangan dilakukan dengan mengambil kira faktor politik, ekonomi, dan sosial untuk

menjelaskan proses kemerosotan Moghul berlaku.

3.1 Faktor Politik

Semasa Moghul di bawah pemerintahan Aurangzeb, beliau telah terlibat dengan

peperangan di Deccan (Lampiran 5). Beliau tinggal di Deccan tahun demi tahun dan

terus berjuang dalam satu siri peperangan yang tiada penghujungnya namun beliau

mempunyai harapan yang besar untuk berkuasa di rantau itu. Pegawai-pegawai

Maratha walau bagaimanapun telah meninggalkan wilayah utara dan memperhebatkan

kempen untuk menyerang dan menentang empayar Moghul ketika itu. Impaknya,

pegawai-pegawai Moghul telah menghadapi kesukaran untuk mempertahankan

daerah-daerah mereka dan mengumpul hasil. Justeru bagi mengatasi hal ini,

Aurangzeb membina kubu perkhemahan di ibu kota bertujuan untuk menghalang

penguasaan Maratha. Selama 6 tahun kem itu bertapak, ia telah meliputi kawasan di

antara Puna dan Bandar Bijapur.16 Peperangan di Deccan yang memakan masa

bertahun-tahun (hampir 20 tahun) telah menjadi punca Aurangzeb mengetepikan

perkara-perkara lain yang lebih penting dalam pentadbiran negara.

14
John F. Richards, The Mughal Empire (United Kingdom: Cambridge University Press, 1993), hlm. 253.
15
Stanley Lane, History of India (London: The Grolier Society, 1906), hlm. 173.
16
John F. Richards, The Mughal Empire (United Kingdom: Cambridge University Press, 1993), hlm. 225.

[5]
Selepas Aurangzeb mangkat pada tahun 1707, empayar Moghul mula mengalami

pergolakan politik pula. Perebutan kuasa berlaku sesama pewaris Aurangzeb untuk

menggantikan beliau. Namun begitu, raja-raja pengganti selepas Aurangzeb

merupakan penguasa yang lemah sehingga gagal untuk mengatasi kemerosotan politik

dalam negeri akibat pemberontakan yang kembali tercetus. Pemerintahan Aurangzeb

diteruskan oleh anaknya yang tertua iaitu Bahadur Syah yang merupakan pengamal

ajaran syiah. Pada masa pemerintahannya yang berjalan selama lima tahun, beliau

telah berhadapan dengan penentangan orang Sikh dan juga penduduk Lahore kerana

sikapnya yang terlampau memaksa kepada ajaran Syiah. 17 Pada Februari 1712,

Bahadur Syah telah meninggal dunia dan mencetuskan satu lagi masalah perebutan

takhta empayar Moghul yang seterusnya.18 Bahadur Shah telah meninggalkan empat

orang putera iaitu Jahandar Shah, Azim-Ush-Syah, Rafi-Ush-Syah dan Jahan Shah.19

Akibat perebutan takhta yang berlaku di antara mereka, mayat Bahadur Shah telah

dibiarkan begitu lama. Perebutan untuk mendapatkan takhta sebenarnya telah pun

berlaku sebelum Bahadur Shah meninggal dunia. Boleh dikatakan hampir semua

keturunan Babur mempunyai cita-cita yang tinggi dan berperibadi keras dan tegas

sebagai keturunan Timur Lenk. Pada 29 Mac 1712, Jahandar Shah telah melantik

dirinya sebagai penguasa di kawasan pertempuran luar daerah Lahore dan menjadi

pemerintah empayar Moghul yang seterusnya.20 Namun begitu, disebabkan

pemerintahan Jahandar Shah yang lemah dalam tempoh kurang daripada setahun

berkuasa, beliau telah dibunuh oleh anak saudaranya sendiri, Farrukhsiyar yang

kemudian mengambil alih tampuk pemerintahan.21 Farrukhsiyar berkuasa sehingga

17
S.M. Ikram, Muslim Civilization in India (New York: Columbia University Press, 1964), hlm. 254.
18
John F. Richards, The Mughal Empire (United Kingdom: Cambridge University Press, 1993), hlm. 258.
19
Zahiruddin Malik, A Mughal Statesman of The Eighteenth Century (India: Aligarh Muslim University, 1973),
hlm. 5.
20
John F. Richards, The Mughal Empire (United Kingdom: Cambridge University Press, 1993), hlm. 261.
21
Stanley Lane, History of India (London: The Grolier Society, 1906), hlm. 178.

[6]
tahun 1719 dengan sokongan golongan sayyid dan jatuh juga kerana penyokongnya

sendiri. Selepas itu, beliau digantikan oleh Muhammad Syah namun tidak juga

bertahan lama selepas diusir oleh suku Asyfar di bawah pimpinan Nadir Syah yang

sebelumnya telah melenyapkan kekuasaan Syafawi di Persia. Nadir Syah berkeinginan

untuk menundukkan empayar Moghul kerana merasakan Moghul telah banyak

memberikan bantuan kepada pemberontak Afghan di Persia. Disebabkan itu, pada

tahun 1739 dua tahun selepas menguasai Persia, Nadir Syah menyerang Moghul dan

akibat tidak dapat bertahan dengan serangan itu, maka Muhammad Syah telah tunduk

kepada Nadir Syah.

Selain itu, faktor politik lain yang menyumbang kepada kemerosotan Moghul

ialah penarikan diri (keluar) negeri-negeri naungan seperti Hyderabad, Bengal dan

Awadh yang merupakan fragmen-fragmen empayar Moghul. Jika dahulu, Akhbar dan

juga Aurangzeb begitu bersungguh-sungguh menguasai wilayah-wilayah di sekitarnya

untuk meluaskan empayar Moghul, namun kini negeri-negeri ini meminta untuk

keluar dari Moghul dan membentuk pemerintahan sendiri sebaik melihat kerajaan

pusat semakin lemah dan kurang berkuasa dari aspek pentadbiran dan sebagainya. Hal

ini terjadi kerana pengawasan yang lemah dilakukan terhadap negeri-negeri naungan

yang berpunca daripada konflik-konflik penentangan yang berterusan. Tambahan pula,

negeri-negeri ini telah mewarisi sedikit sebanyak jentera pentadbiran Moghul.22 Maka

dengan keluarnya negeri-negeri yang menjadi naungan empayar Moghul, hal ini telah

menandakan kekuasaan Moghul semakin lemah dan perlu bersedia untuk menghadapi

proses keruntuhan yang seterusnya.

22
M. Athar Ali, “The Passing of Empire: The Mughal Case” Modern Asian Studies, 9, no 3 (1975), hlm. 391.

[7]
3.2 Faktor Ekonomi

Pemerintahan Akhbar telah meletakkan ekonomi empayar Moghul pada keadaan yang

sangat kukuh. Begitu juga ketika pemerintahan Jahangir dan Shah Jahan yang

dianggap sebagai zaman keemasan namun hanya tertumpu kepada perkara-perkara

tertentu sahaja. Pemerintahan Aurangzeb walaupun dikatakan antara pemerintahan

yang terakhir yang terkuat dan setanding Akhbar namun tidak dapat dinafikan bahawa

ketika zaman beliau, kemerosotan dalam empayar Moghul telah berlaku. Hal ini

demikian kerana pengurusan ekonomi negara tidak dikelola secara baik dan tersusun

lantas menyebabkan krisis ekonomi berlaku.23 Ketika zaman Akhbar, beliau telah

menghapuskan cukai-cukai yang dikenakan ke atas golongan petani dan orang miskin,

antaranya cukai penjualan tanah dan ternakan, cukai garam, cukai pasar, cukai pakaian

dan cukai pembelian rumah. Beliau turut menghapuskan pelbagai jenis bayaran yang

lazimnya dikenakan oleh pegawai-pegawai tertentu ke atas rakyat.24 Bukan itu sahaja,

Akhbar juga telah menghapuskan cukai jizyah25 dengan alasan ingin memberikan

layanan sama rata kepada rakyatnya tanpa mengira agama. Selain jizyah, cukai kepada

orang Hindu yang ingin melakukan ziarah ke tempat suci mereka di Mathura turut

dihapuskan.26 Penghapusan cukai tersebut amat menggembirakan penganut Hindu dan

beranggapan Akbar telah menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi ke atas mereka.

Bagaimanapun, bagi umat Islam penghapusan cukai tersebut menyebabkan

23
Syamsul Bakri, Peta Sejarah Peradaban Islam (Yogyakarta: Fajar Media Press, 2011), hlm. 158-159.
24
Abdullah Ishak, Islam di India, Nusantara dan China (Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1992), hlm. 57.
25
Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang bukan Islam yang
tinggal di negara Islam untuk menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
Tujuan jizyah adalah sebagai gantian bagi usaha dan penat lelah yang dicurahkan oleh orang Islam bagi
melindungi mereka. Orang bukan Islam diwajibkan membayar jizyah mestilah mempunyai syarat-syarat seperti
sihat dari segi fizikal dan mental, lelaki, baligh, berkemampuan, sihat, dan merdeka.
26
Gascoigne, The Great Moghuls (London: Constable, 1971), hlm. 81-82.

[8]
perbendaharaan negara semakin berkurangan sedangkan cukai jizyah dibenarkan oleh

syarak27.

Penghapusan cukai ke atas orang bukan Islam ini bagaimanapun telah dirombak

semula semasa pemerintahan Aurangzeb yang penuh kontroversi. Beliau mengenakan

kembali cukai jizyah ke atas orang bukan Islam dan kesan dari perkara ini adalah

pemberontakan awal terhadap empayar Moghul oleh orang beragama Hindu kerana

merasakan Aurangzeb adalah pemerintah yang anti-Hindu. Bagi mereka yang tidak

mahu membayar cukai jizyah, menurut satu sumber sejarah di mana gajah akan

digunakan untuk menumpaskan rintangan yang wujud di sekeliling ”Red Fort” bagi

penganut agama Hindu.28 Menurut John F. Richards, niat Aurangzeb semasa

pemerintahannya adalah untuk mengislamkan penduduk bukan Islam disebabkan itu

dasar-dasar yang dibuat banyak bersifat pro-Islam. Banyak polisi-polisi Aurangzeb

tidak disenangi oleh golongan Hindu dan Rajput.29 Jika sebelum ini sokongan

diberikan kepada Moghul namun selepas golongan ini merasa tertindas mereka mulai

menentang dengan pemberontakan dan berusaha menjatuhkan empayar ini.30

Keghairahan Aurangzeb untuk meluaskan empayar telah menyebabkan beliau

melupakan bidang-bidang lain seperti pendidikan dan teknologi yang lebih bermanfaat

untuk membangunkan empayarnya. Peperangan dan pemberontakan yang berterusan

berlaku di Selatan India telah meningkatkan perbelanjaan negara secara tidak langsung

untuk menampung kos peperangan.

27
Hukum yang bersandarkan kepada agama Islam.
28
Lebih lanjut sila rujuk laman web, History Politics: Aurangzeb Religious Policies.
29
Orang-orang Jat, Mahratta dan Sikh.
30
Othman Sharif, Sejarah Islam di India STP (Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn Bhd, 1982), hlm.141.

[9]
3.3 Faktor Sosial

Semasa pemerintahan Aurangzeb lagi, pemberontakan telah berlaku oleh orang-orang

Hindu yang merupakan penduduk majoriti India. Pemberontakan tercetus kerana

Aurangzeb tidak membenarkan berhala-berhala baru untuk dibina di Patshalas

(anjung) kerana kanak-kanak Islam sendiri telah dipengaruhi untuk belajar di situ dan

diberikan ajaran yang bertentangan. Maka dengan itu, Aurangzeb memerintahkan

supaya hal ini dihentikan dan lantas mendatangkan rasa tidak puas hati dalam

kalangan rakyat Hindu. Ibarat mencurah minyak ke dalam api, Aurangzeb juga tidak

membenarkan langsung orang bukan Islam memegang jawatan penting dalam

pentadbiran negara terutama yang berkaitan dengan perkhidmatan awam dan

ketenteraan. Beliau hanya melantik orang Hindu untuk memegang jawatan di

peringkat rendah sahaja. Kesannya, perkara ini telah menimbulkan rasa amarah dalam

kalangan orang bukan Islam pada waktu tersebut dan perbezaan agama dalam

masyarakat telah menjadi dingin. Semasa Aurangzeb berkuasa, Islam telah diangkat

menjadi agama rasmi negara dan beliau juga telah mengamalkan dasar yang keras

kepada orang Hindu dan Sikh serta agama-agama yang lain. Seterusnya, untuk

menegakkan kehidupan agama Islam di dalam masyarakat, Aurangzeb berusaha

menerapkan pola baru dengan mewujudkan muhtasib (petugas pengawas akhlak),

yang mempunyai kuasa untuk mengawal perjudian, pelacuran, penggunaan dadah dan

minuman keras.31 Gundik yang sekian lama bertapak dalam empayar Moghul juga

diharamkan walaupun menjadi amalan golongan atasan untuk berhibur.32 Dasar yang

dibawa oleh Aurangzeb ini telah berjaya membawa peradaban Islam sampai di

puncaknya namun mewujudkan hubungan yang renggang di antara orang Islam dan

orang bukan Islam.

31
Stanley Wolpert, A New History of India (New York: Oxford University Press, 1993), hlm. 152.
32
Sebagai contoh, Jahangir yang sangat gemar akan arak, wanita dan tarian yang menjadi tradisi maharaja
sejak zaman berzaman.

[10]
4.0 KERUNTUHAN EMPAYAR MOGHUL

Setelah mengalami kemerosotan yang berpunca dari faktor politik, ekonomi, dan sosial maka

empayar Moghul semakin lemah dan rapuh. Serangan tentera Maratha serta kemasukan kuasa

asing seperti Inggeris telah mempercepatkan lagi peristiwa keruntuhan empayar ini yang

sememangnya boleh diibaratkan seperti retak menanti belah iaitu hanya menunggu masa

untuk dijatuhkan sahaja.

4.1 Serangan Maratha

Empayar Maratha telah diasaskan oleh Shivaji pada 1663. Beliau merupakan seorang

putera kepada Jijabai dan Shaji Bonsle yang berasal daripada bangsa Maratha.

Profilnya yang tinggi telah berjaya mempengaruhi masyarakat Hindu dengan cogan

kata Hindu, pad-padshashi yang membawa maksud empayar Hindu. Sepanjang

usahanya beliau telah berjaya meluaskan empayar Hindu ini kira-kira 50000 batu

persegi di sekitar wilayah Deccan. Kebangkitan yang berlaku ini adalah berpunca dari

dasar anti-Hindu Aurangzeb sendiri. Tempoh 19 tahun di antara pemerintahan

Muhammad Syah (1719) dan kemasukkan Nadir Syah (1738) merupakan tempoh

peperangan yang berterusan dengan Maratha. Empayar Moghul telah memberikan

sepenuh perhatian kepada penentangan dengan kerajaan Maratha di Malwa.33

Pada tahun 1738, klimaks telah dicapai apabila Baji Rao yang merupakan salah

seorang menteri atau peshwa empayar Maratha telah berjaya mengalahkan Nizam-u’l

Mulk dan memaksa beliau menyerahkan wilayah kekuasaannya kepada pihak

berkuasa Poona.34 Segala undang-undang diletakkan di dua tempat iaitu Gujerat dan

Malwa oleh Maratha. Hal ini menyebabkan prestij empayar Moghul semakin

33
Zahiruddin Malik, A Mughal Statesman of The Eighteenth Century (India: Aligarh Muslim University, 1973),
hlm. 73.
34
Vishvanath Govind Dighe, Peshwa Bajirao & Maratha Expansion (India: Karnatak Publishing House, 1944),
hlm. 149.

[11]
dikurangkan dan tanggungjawab untuk mendapatkan hasil pemerolehan bagi pegawai

kerajaan dan jagindar35 menjadi semakin rumit. Perbendaharaan Moghul semakin

tandus manakala gabenor-gabenor dari wilayah sekitar (daerah naungan) bebas dari

serangan mendadak penyerang Maratha, dan menganggapnya sebagai satu

kemerdekaan.36 Mereka ini hanya memberikan sedikit malahan ada yang langsung

tidak memberikan penghormatan kepada kerajaan Moghul. Hanya gabenor Bengal

sahaja yang sudi membiayai perbendaharaan kerajaan Moghul namun jumlah yang

sekelumit itu ternyata tidak mampu untuk mengatasi tuntutan dari ketenteraan dan

perkhidmatan awam.37 Perkara ini telah meletakkan empayar Moghul dalam keadaan

yang sangat nazak.

4.2 Kemasukan Kuasa Asing (Inggeris)

Satu peristiwa besar dan penting ialah antara tahun 1500 hingga 1700 M iaitu ketika

kemunculan Eropah sebagai pusat komersial dunia.38 Kedatangan British ke tanah

besar India adalah untuk memonopoli kegiatan ekonomi yang berkembang pesat.

Disebabkan ini, sebahagian besar kekayaan hasil pengeluaran Timur (India) termasuk

barangan berkualiti telah dialihkan dari pasaran tradisional ke Eropah. Buktinya, Iran

tidak lagi menjadi pasaran utama bagi komoditi India. 1/3 daripada sutera Bengal

dieksport ke Belanda dan Inggeris sebelum 1667, 1/3 lagi dibawa keluar oleh

pedagang Parsi dan hanya tinggal 1/3 sahaja untuk pasaran dalam India.

Perkembangan komersial ini telah memberikan satu gangguan yang serius kepada

ekonomi India khususnya masalah kewangan. Hal ini demikian kerana kemewahan

golongan pemerintah India datangnya dari barangan yang dibawa keluar oleh Inggeris

35
Satu bentuk penyewaan tanah untuk membangunkan India ketika zaman pemerintahan pemerintah Islam.
36
Zahiruddin Malik, A Mughal Statesman of The Eighteenth Century (India: Aligarh Muslim University, 1973),
hlm. 73.
37
Ibid.
38
M. Athar Ali, “The Passing of Empire: The Mughal Case” Modern Asian Studies, 9, no 3 (1975), hlm. 387.

[12]
dan ini seterusnya menyebabkan ekploitasi terhadap ekonomi agraria berlaku.

Penindasan berleluasa sehingga membebankan rakyat yang miskin. Akhirnya,

pemberontakan pun terjadi oleh golongan yang tertindas.39

Ketika empayar ini makin lemah, British mula mengorak langkah untuk

mengukuhkan lagi kedudukannya. Inggeris juga melebarkan pengaruhnya dalam

politik dengan membentuk The East India Company (EIC). Sehingga tahun 1830, EIC

mengaut keuntungan dari kelemahan empayar Moghul dengan mengambil alih

kekuatan politik dan ketenteraan. EIC telah berkembang menjadi sebuah kilang yang

berkubu di atas sebidang tanah yang dipajak.40 British juga banyak melakukan

kekejaman dengan merampas harta rakyat sehingga menyebabkan huru-hara,

kemiskinan dan kelaparan. Akibat daripada ketidakpuasan hati penduduk, pada tahun

1857 berlaku Pemberontakan Dahagi (Lampiran 7) yang diketuai oleh Bahadur Shah

iaitu pemerintah Moghul ke-14. Pemberontakan ini dilakukan bersama orang Islam

dan Hindu untuk menentang British. Walau bagaimanapun, kemenangan tidak

berpihak kepada penduduk India dan ini memberi ruang kepada kekuasaan British

mengumumkan seluruh tanah India jatuh ke dalam jajahan mereka.41 Empayar Moghul

sesungguhnya telah bertahan sehingga tahun 1857 namun pemerintahnya (penguasa)

hanya bertahan sekitar 1803 sahaja yang mana pada tahun-tahun selanjutnya Moghul

dikuasai oleh kuasa asing.

39
M. Athar Ali, “The Passing of Empire: The Mughal Case” Modern Asian Studies, 9, no 3 (1975), hlm. 388.
40
Percival Spear, India: A Modern History (Ann Arbor: University of Michigan Press, 1972), hlm. 187.
41
Abu Ali Al Banjari, Sejarah Perkembangan Islam Di India (Kedah: Khazanah Banjariyah, 1992), hlm. 133-135.

[13]
5.0 RUMUSAN

Tonybee menyatakan setiap kebudayaan yang dewasa memiliki empat tahap hidup: lahir,

tumbuh, runtuh, dan silam. Empayar Moghul telah melewati konsep-konsep itu.

Kemunculannya telah membawa satu sinar pembaharuan kepada kerajaan Islam di India

dengan kemajuan dalam beberapa bidang seperti ekonomi, kebudayaan, agama, seni dan

sebagainya. Kelebihan dari aspek seni bina yang agung dan hebat seperti pembinaan Taj

Mahal telah menjadi satu lambang kejayaan buat empayar Moghul (Lampiran 6). Sehingga

kini, walaupun tidak ramai yang tahu sejarah di sebalik kerajaan Moghul, namun pasti ramai

yang tahu siapakah individu di sebalik Taj Mahal itu. Kekuasaan Moghul mencapai zaman

kemuncak semasa pemerintahan Aurangzeb. Sehingga ke zaman Aurangzeb, kekuasaan

Moghul diperteguhkan oleh emperor-emperor yang kuat ditambah pula dengan kehadiran

pembesar-pembesar yang tidak berbelah bahagi kesetiaannya. Tidak dinafikan juga empayar

Moghul merupakan sebuah empayar yang luas kawasan jajahan takluknya. Disebabkan itulah,

sukar untuk Moghul untuk melakukan pengawasan yang rapi memandangkan kemudahan-

kemudahan perhubungan tidak wujud lagi ketika itu.42 Kemerosotan yang berlaku berpunca

daripada masalah dalaman sendiri seperti perebutan takhta yang menyebabkan pergaduhan

sesama saudara, peperangan yang berpanjangan sehingga merugikan kerajaan, pentadbiran

yang lemah dan sebagainya seperti yang telah dibincangkan. Faktor-faktor ini telah

meletakkan empayar Moghul pada tahap yang lemah dan apabila Moghul mendapat tentangan

yang hebat dari kerajaan Maratha dan ditambah pula dengan kemasukkan serta campur tangan

Inggeris maka secara tidak sedar empayar ini mulai runtuh. Sesungguhnya, empayar Moghul

tidak mungkin lepas dari sejarah Islam sekaligus sejarah India kerana kerajaan ini merupakan

warisan daripada dua peradaban besar tersebut.

42
Othman Sharif, Sejarah Islam di India STP (Kuala Lumpur: Adabi Publishing Sdn Bhd, 1982), hlm.140.

[14]

Anda mungkin juga menyukai