Anda di halaman 1dari 12

Pengenalan

Secara umumnya, kuasa Barat menganggap negara-negara Asia Tenggara seperti Burma,

Vietnam dan Siam sebagai prasyarat untuk mereka menjadi negara yang teragung dan

disanjungi oleh negara-negara yang lain. British turut tidak terkecuali dalam menakluk negara

Asia Tenggara dengan menakluk Burma melalui tiga siri peperangan iaitu Perang Burma-

Inggeris I pada tahun 1824, Perang Burma-Inggeris II pada tahun 1852 dan Perang Burma-

Inggeris III pada tahun 1885. Dalam Perang Burma-Inggeris I, British dapat menguasai

Burma Hilir manakala British berjaya mendapatkan Arakan, Tenasserim dalam perang yang

kedua. Dalam perang yang terakhir pada tahun 1885, British berjaya mengusai Burma Hulu

sekaligus menyatukannya diletakkan di bawah pentadbiran Kerajaan India dan institusi raja

yang diamalkan semasa wangsa Konbaung ditamatkan. Hal ini bermakna Burma bebas

daripada kongkongan negara China tetapi perlu dikongkong oleh kerajaan India. Dengan itu,

Wangsa Konbaung yang diasaskan oleh Alaungphaya ditamatkan oleh British pada bulan

Januari 1886. Keluarga diraja Burma menganggap kejatuhan wangsa ini disebabkan kecuaian

U Gaung sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan.1

Sebelum penjajahan Britsh di Burma, pertumbuhan ekonomi di Burma sangat terhad.

Pemerintah Wangsa Konbaung telah menguatkuasakan undang-undang yang banyak untuk

orang asing berniaga di Burma dan mengharamkan eksport beras ke negara luar. Oleh itu,

Britsh telah melaksanakan dasar ekonomi bebas yang bercorakkan kapitalisme dan komersial

dalam ekonomi global.2

1
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm.
22.
2
Michael Adas. The Burma Delta Economic Development And Social Change On An Asian Rice Frontier, 1852-
1941. London, The University Of Wisconsin Press, 1974, hlm. 28.

1
Kesan Penjajahan British Kepada Kehidupan Penduduk Tempatan

Aspek ekonomi dan sosial membawa kepada perubahan kehidupan penduduk tempatan

semasa zaman penjajahan British di Burma. Di Burma, perkembangan ekonomi semasa

zaman penjajahan British merangkumi tiga peringkat iaitu peringkat pertama (tahun 1852-

1900), peringkat kedua (tahun 1900-1930) dan peringkat ketiga (tahun 1930-1941).3

Perkembangan ekonomi kolonial bukan sahaja menguntungkan pemerintah tetapi turut

membantu membaiki kehidupan rakyat tempatan yang dapat mewujudkan kestabilan

masyarakat tempatan.4 Penduduk Burma turut mengalami perubahan dalam aspek sosial

seperti dalam aspek pendidikan.

Kesan Dari Aspek Ekonomi

Pada peringkat pertama (tahun 1852-1900), pihak British memansuhkan pengharaman eksport

beras dan menghapuskan sekatan ke atas perdagangan bebas. Pelaksanaan eksport beras

dilakukan oleh British di Burma mempunyai risikonya iaitu jika tiada permintaan beras dari

luar negara. Tetapi, hampir 127 000 tan beras dieksport dalam pemerintahan British selama

dua tahun. Perang sivil di Amerika Syarikat dan masalah pengeluaran beras di Carolinas telah

menyebabkan Burma menjadi pengeluar beras terbesar di London, Liverpool dan tempat

perkilangan seperti Hamburg dan Bremen. Hal ini menyebabkan harga padi yang dijual di

bandar Rangoon telah mencecah Rs. 50 daripada Rs. 15 tahun sebelumnya.5 British membaiki

sistem pengangkutan untuk memudahkan pengangkutan padi ke Rangoon, Bassein dan

Moulmein untuk dieksport.6 Penglibatan rakyat tempatan secara aktif sama ada sebagai buruh,

petani atau orang tengah dalam pembekalan kredit, pemasaran dan pengangkutan padi adalah

amat ketara sekali. Para petani mula menggunakan alat pertanian yang lebih baik untuk

3
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 90.
4
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 209.
5
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 30-31.
6
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 35.

2
mengusahakan tanamannya. Para petani turut mengubah sikap mereka dalam aspek

penggunaan barangan pengguna. Misalnya, rumah petani mempunyai perabot Eropah, cermin

jam dinding dan berbumbungkan atap zink.7 Perkembangan penanaman padi yang pesat turut

dikaitkan dengan pembukaan Terusan Suez pada tahun 1867. Pada mulanya, aktiviti pertanian

hanya disumbangkan oleh penduduk tempatan sahaja.8 Walaupun British mengetahui bahawa

kawasan Delta sesuai untuk penanaman padi, mereka ingin memperkenalkan tanaman baru

untuk dijual dan dieksport tetapi tanaman kapas dan tembakau tidak sesuai untuk ditanam di

Delta.9

Untuk mencegah daripada banjir yang akan memusnahkan tanaman padi, British telah

membina banyak tembok sepanjang Sungai Irrawaddy dari Henzada ke Pulau Thongwa dan

sepanjang Sungai Sittang pada tahun 1880.10 Lebih-lebih lagi, walaupun British telah

membina tembok untuk menghalang banjir daripada berlaku di kawasan sawah padi, sekatan

tersebut tidak dapat menghalang banjir di Sungai Irrawaddy. Air pasang monsun turut

membanjiri kawasan sawah padi dengan air masin di mana padi akan musnah sepenuhnya jika

ia tidak cepat dikeringkan.11 Kawasan sawah padi turut menerima ancaman haiwan seperti

monyet, gajah dan tikus serta serangan serangga seperti ulat bulu dan cacing yang

memusnahkan padi untuk matang. Penyakit malaria turut dijangkiti di kawasan sawah padi

yang menghalang golongan petani untuk menuai padi. Oleh itu, bukan sahaja para petani

bahkan penyewa tanah dan tuan tanah terpaksa meminjam wang dengan golongan Cetti,

saudara-mara dan rakan-rakan untuk membeli makanan, memberikan upah kepada buruh dan
12
membeli benih padi untuk kegunaan pada musim padi akan datang. Aktiviti peminjaman

wang di Burma menjadi satu keperluan untuk meningkatkan produktiviti tanaman. Terdapat

7
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 92-93.
8
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 66.
9
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 34.
10
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 36.
11
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 60.
12
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 62.

3
lima jenis bentuk peminjaman wang iaitu Ngwedo, Sabado, Sabade, Sabanyun dan Sabape.

Contohnya, jenis Ngwedo ialah pinjaman dan pemulangan wang dalam bentuk tunai dan jenis

Sabado ialah pinjaman dan pemulangan wang dalam bentuk hasil tanaman. Manakala, jenis

Sabade ialah pinjaman dalam bentuk hasil tanaman dan pemulangan wang dalam bentuk tunai

dan sebaliknya bagi jenis Sabanyun.13

Malahan, pihak British telah melaksanakan galakan kerajaan dan tarikan istimewa

Burma menyebabkan penghijrahan berlaku secara besar-besaran dari Burma Hulu,

Tenasserim dan Arakan ke Burma Hilir menyebabkan kebudayaan Mon di delta Irrawadi

telah digantikan oleh kebudayaan Burman.14 Majoriti orang India dari wilayah Madras dan

Bengal di India mulai memasuki Burma dalam memperkembangkan ekonomi kolonial.

Umumnya, mereka bekerja sebagai buruh industri, birokrat, pembantu rumah, tentera, polis

dan peminjam wang.15 Ramai buruh India datang ke Burma disebabkan oleh masalah

kebuluran dan kemarau yang berlaku di kawasan mereka.16 Kebanyakan daripada mereka

memasuki Burma antara bulan Oktober sehingga Disember kerana ia merupakan waktu rezeki

mereka iaitu musim penuaian padi.17 Dari segi keistimewaannya, buruh India bersifat bebas,

bergaji dan perkhidmatan mereka menjadi pilihan majikan di sektor awam dan swasta di Delta

Irrawadi. Donnison mengatakan bahawa buruh India dipilih kerana orang Burma bodoh,

malas dan tidak mempunyai daya intelek. Dengan itu, orang India berpeluang untuk bekerja di

Jabatan Akaun, Kerja Raya, Kesihatan, Pos dan Telegraf.18 Pada tahun 1871, British telah

menandatangani perjanjian dengan Irrawaddy Flotilla Company dan Burmese Steam

13
Cheng Siok Hwa. The Rice Industry …, hlm. 173.
14
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 101.
15
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 92.
16
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 46.
17
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 98.
18
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 67.

4
Navigation Company untuk memberikan kos pengangkutan percuma kepada imigrans untuk

ke bandar Rangoon.19

Pemilik tanah kecil turut dapat memantau sendiri aktiviti pertanian yang dijalankan di

tanah mereka yang membawa kepada hasil tanaman yang maksimum. Oleh itu, pemilik tanah

kecil akan mendapat keuntungan daripada buruh mereka dan sewa tanah akan diberikan

kepada British.20 Untuk menggalakkan para petani meluaskan pemegangan tanah di kawasan

kosong, British memansuhkan cukai ke atas mereka selama 12 tahun.21 Pihak British

membenarkan orang Eropah untuk mengimport barangan mereka supaya dipasarkan kepada

penduduk Burma supaya memperkembang lagi pertumbuhan ekonomi di Burma. Lampu

minyak tanah, perabot murah dan barangan berasaskan kapas menjadi permintaan tinggi

penduduk Burma.22

Manakala, dalam peringkat kedua (tahun 1900-1930), ia merupakan satu zaman

peralihan dalam segi keupayaan para petani untuk mendapat faedah daripada perkembangan

ekonomi kolonial. Keluasan tanah sawah telah meningkat dari 700 000 ekar kepada 6 juta

ekar antara tahun 1855 sehingga tahun 1906 ekoran daripada perubahan teknik menuai padi.

Manakala, eksport padi telah meningkat daripada 162 000 tan kepada 2 juta tan dan harga

padi juga dinaikkan dari Rs. 20 kepada Rs. 195 pada tahun 1920. Penduduk di kawasan delta

juga meningkat sebanyak 4 juta.23 Kemajuan dalam sektor pertanian telah menyebabkan

masalah-masalah pertanian berlaku. Antaranya ialah masalah kekurangan tanah pertanian

yang boleh diterokai. Oleh itu, perlindungan yang diberikan kepada para petani sebelum ini

telah berakhir. Pada tahun 1920, majoriti tanah yang sesuai untuk kegunaan penanaman padi

telah digunakan di Burma Hilir. Dengan itu, peningkatan harga padi tidak dapat

19
Cheng Siok Hwa. The Rice Industry …, hlm. 115.
20
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 32.
21
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 34.
22
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 36.
23
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 91.

5
meningkatkan hasil pendapatan petani disebabkan harga tanah yang meningkat. 24 Dalam pada

itu, golongan petani tidak berupaya untuk menggunakan teknologi pertanian baru seperti

menggunakan baja untuk meningkatkan produktiviti. Misalnya, Jabatan Pertanian

memperkenalkan pelbagai jenis benih termasuk kacukan benih yang berkualiti tinggi. Tetapi,

kurang 2% jumlah kawasan sawah padi yang ditanam dengan jenis benih padi yang

diubahsuai.25

Dalam sagi kewangan, kebanyakan petani meminjam wang dengan golongan Chetti

pada tahun 1907. Tetapi, mereka tidak dapat membayar balik pinjaman wang tersebut kerana

tanah yang dibeli oleh mereka dengan harga mahal telah jatuh harganya akibat inflasi.

Manakala, golongan Chetti tidak mahu menangguhkan waktu melunaskan hutang sekali gus

menyebabkan banyak pemilik tanah kehilangan tanah akibat dirampas oleh golongan Chetti

dan mereka menjadi penyewa tanah.26 British mengetahui sebab golongan petani lebih suka

menjadi petani daripada menjadi tuan tanah walaupun ekonomi baik pada tahun 1920 kerana

para petani dapat meminjam wang daripada tuan tanah.27 Syarikat Chetti telah memberikan

lebih separuh pinjaman tanaman kepada petani di Burma dalam bentuk pinjaman jangka

pendek.28 Pada akhir tahun 1920, golongan petani telah berhutang dengan syarikat Chetti

sebanyak 600 juta rupee dengan menggadaikan tanah mereka.29 Kadar bunga yang dikenakan

oleh Syarikat Chetti adalah berbeza di Burma berbanding di India. Hal ini sekali gus

menimbulkan ketidakpuasan penduduk Burma terutama golongan petani. Amalan rasuah turut

berlaku antara pemilik tanah dengan pegawai British supaya pemilik tanah itu dapat memiliki

tanah yang lebih untuk menampung perbelanjaan modal dan aktiviti peminjaman wang.

24
Cheng Siok Hwa. The Rice Industry …, hlm. 179.
25
Cheng Siok Hwa. The Rice Industry …, hlm. 37.
26
James C. Scott. The Moral Economy Of The Peasant Rebellion And Subsistence In Southeast Asia. New Haven,
Yale University Press, 1976, hlm. 130.
27
James C. Scott. The Moral Economy …, hlm. 24.
28
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 139.
29
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 140.

6
Buktinya, golongan bukan petani dapat memilik tanah sebanyak 31% pada tahun 1929

daripada 18% sebelumnya.30

Oleh itu, para petani mula menghadapi masalah dan mereka bernasib baik jika tidak

berhutang dalam musim padi tertentu. Golongan petani turut dikenakan sewa dalam bentuk

hasil tanaman mereka. Contohnya, 350 bakul tanaman daripada 1000 bakul tanaman

dikenakan kepada tuan tanah.31 British turut meningkatkan sewa tanah kepada Rs. 10.2 pada

tahun 1905 daripada Rs. 4.1 tahun sebelumnya. Akibatnya, gaji buruh dikurangkan dari 145

rupees kepada 120 rupees di wilayah Pyapon pada tahun 1922. Kebanyakkan buruh terpaksa

berpindah ke luar bandar untuk mencari pekerjaan atau terlibat dalam aktiviti jenayah untuk

hidup.32 Masalah berhutang dan kehilangan tanah sawah kepada golongan Cetti semakin

berleluasa berlaku dalam kalangan para petani berpunca daripada nilai dan sikap petani

Burma dan ketidakupayaan untuk memahami perjalanan ekonomi pasaran.33

Tambahan pula, penutupan pengeluaran beras dan krisis masalah pertanian di Burma

Hilir menyebabkan penduduk berhijrah beramai-ramai ke Burma Hulu. Buktinya, penduduk

yang berasal dari Burma Hilir berkurang dari 411 000 kepada 179 000 pada tahun 1930.

Faktor lain yang menyebabkan mereka berhijrah kerana terdapatnya sistem saliran yang dapat

menjamin pengeluaran padi dan peluang pekerjaan disediakan semasa di luar musim padi di

Burma Hulu.34 Pada waktu yang sama, penghijrahan masuk orang India di Burma Hilir.

Misalnya, peningkatan orang India dari 37 500 orang kepada 297 000 orang dari tahun 1872

sehingga tahun 1901 di Burma Hilir.35 Kemasukan orang India yang berterusan telah

30
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 142.
31
James C. Scott. The Moral Economy …, hlm. 106.
32
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 152.
33
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 93.
34
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 156.
35
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 92.

7
menimbulkan persaingan sengit dalam pekerjaan di mana mereka telah menawarkan

organisasi yang tersusun dan kos yang rendah dalam mengusahakan tanaman padi.36

Dalam peringkat ketiga (tahun 1930-1941), masalah para petani yang dihadapi

mengalami kemuncaknya. Walaupun keluasan kawasan padi telah bertambah daripada 6 juta

ekar kepada lebih 8 juta ekar pada tahun 1930, eksport padi turut meningkat kepada 3 juta tan

serta pembukaan banyak kilang padi, tetapi ia tidak dapat menghalang daripada para petani

untuk menghadapi masalah.37 Misalnya, kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan kejatuhan

harga beras dunia yang memberikan kesan kepada Burma yang menjadi pengeluar utama

beras ke Eropah pada tahun 1930. Hakikatnya, harga pasaran tempatan lebih menguntungkan

golongan petani daripada ketidakstabilan harga beras di pasaran dunia kerana harga di pasaran

dunia perlu dilihat daripada penawaran beras di seluruh dunia.38 Dengan itu, pemilik tanah

kecil menghadapi kesukaran untuk memberikan upah kepada buruh dan pinjaman wang tidak

dapat dibayar. Terdapat segelintir syarikat Chetti terpaksa diisytiharkan muflis kerana para

penghutang tidak membayar balik pinjaman wang dan mereka tidak dapat membayar balik

wang yang dipinjamkan daripada bank Eropah.

Mereka juga dibelenggu dengan perbelanjaan untuk memperbaiki rumah dan alat-alat

pertanian, upacara agama dan membeli barangan seperti minyak api, ngapi dan mancis api. 39

Oleh itu, para petani tidak mampu untuk menjelaskan hutang mereka sekali gus menyebabkan

golongan bukan petani menguasai tanah mereka.

Contohnya, golongan Cetti dan golongan bukan petani menguasai tanah pertanian di

Delta sebanyak 6% dan 19% masing-masing.40 Pada tahun 1925, ratusan ribu ekar tanah

36
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 170.
37
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 92.
38
James C. Scott. The Moral Economy …, hlm. 90.
39
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 94.
40
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 93.

8
sawah padi mengalami banjir setelah pembinaan tembok tersebut hampir 75 tahun.41 Keadaan

ini paling merugikan golongan petani yang kehilangan pekerjaan. Kingsley Davis

menganggarkan hampir 2 600 000 orang India yang berhijrah ke Burma dari tahun 1852

sehingga tahun 1937.42 Oleh itu, ia menjadikan kewujudan masyarakat majmuk di Burma

tetapi hak penduduk tempatan dipinggirkan dalam persaingan peluang pekerjaan.

Ekoran daripada pelbagai masalah yang dihadapi oleh para petani, pemberontakan

Saya San yang dipimpin oleh Saya San telah berlaku di daerah Tharawaddy, Burma Hilir pada

22 Disember 1930 iaitu sembilan hari sebelum pemungutan cukai kepala. Punca utama

pemberontakan ini adalah kerana pengenalan cukai kepala terhadap golongan petani oleh

British dan berlakunya krisis ekonomi. Pemberontakan ini turut berlaku kerana kesengsaraan

yang dihadapi oleh petani di Burma Hilir di mana ribuan pemilik tanah kecil kehilangan tanah

mereka akibat tidak dapat melunaskan hutang mereka dan pelbagai cukai yang perlu dibayar

oleh mereka. Dalam pemberontakan ini, mereka membunuh ketua-ketua kampung yang

menjadi simbol kerajaan British yang membantah tindakan mereka. Pemberontakan ini adalah

untuk menggulingkan Kerajaan British kerana mereka mendakwa bahawa perubahan ekonomi

dan sosial yang diperkenalkan oleh British telah menjejaskan kehidupan mereka. Awal tahun

1930 merupakan ekonomi yang paling teruk di Burma berbanding tahun 1920. Contohnya,

para penduduk hanya mempunyai sedikit wang dan nasi untuk makan pada masa itu.

Kumpulan pemberontak ini berjaya menguasai Thrrawaddy, Henzada dan Pegu di Burma

Hilir.43 Mereka turut membakar rekod tanah dan pejabat hutan, serangan ke atas orang Karen

yang beragama Kristian dan orang India yang menjadi simbol kemasukan ekonomi kolonial.44

Mereka hanya menentang orang India berbanding orang Cina. Contohnya, kumpulan

pemberontak membunuh orang India untuk mengusir mereka keluar dari Burma. Walau

41
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 61.
42
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 101.
43
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 200.
44
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 95.

9
bagaimanapun, pada tahun 2 Januari 1931, pertumpahan darah selama dua hari berlaku antara

penduduk Burma dengan orang Cina di mana 12 orang terbunuh dan 88 orang cedera.45

Dengan itu, sebanyak 314 000 orang India terpaksa balik ke India kerana mereka takut kepada

kumpulan pemberontak pada tahun 1930. Pemberontakan ini berlanjutan sehingga Jun 1931

yang mengorbankan hampir 1700 orang dan memusnahkan harta benda bernilai jutaan rupee.

Pemberontakan yang diketuai oleh Saya San telah tewas. Sebanyak 9000 pemberontak

ditangkap dan 350 orang dihukum mati termasuk Saya San.46

Kesan Dari Aspek Sosial

Dalam aspek pendidikan, pendidikan Inggeris mula diperkenalkan pada tahun 1852 selepas

British menguasai Burma. Tujuan pendidikan Inggeris diperkenalkan adalah untuk

meningkatkan pengetahuan, membantu mewujudkan kerajaan yang baik serta meningkatkan

tamadun Burma. Oleh itu, ilmu-ilmu berkaitan ilmu kira-kira, geografi, sejarah Eropah,

astronomi dan geometri awalan diperkenalkan. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak sekolah

Inggeris yang didirikan di Burma Hulu pada awal abad ke-20. Selepas tahun 1886, kerajaan

british tidak mengiktiraf sekolah tradisional ini yang dapat melahirkan manusia yang

berguna.47 Peluang pendidikan yang disediakan oleh Britsh merupakan peluang yang terbaik

untuk penduduk Burma mendapatkan pendidikan yang lebih baik sekaligus dapat memperoleh

pekerjaan yang mempunyai gaji lumayan.

Tambahan pula, kes-kes jenayah meningkat secara mendadak selepas tahun 1900

seperti kes membunuh dan merompak. Pihak British berasa binggung terhadap masalah ini

kerana terdapat undang-undang jenayah yang baru dan keanggotaan polis yang bertambah.

Walau bagaimanapun, Donninson berpendapat bahawa pengenalan undang-undang Inggeris

45
Michael Adas. The Burma Delta ..., hlm. 204-205.
46
James C. Scott. The Moral Economy …, hlm. 226.
47
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 67-68.

10
telah membawa kesan negatif kepada Burma seperti peningkatan kes pendakwaan di

mahkamah. Ia hanya menguntungkan penduduk bukan Burma sahaja kerana keadilan di

mahkamah berasaskan warna kulit pada masa itu.48 Hal ini bermakna berlakunya

ketidakadilan di mahkamah di mana ia akan menyelebelahi orang British dan mengetepikan

penduduk tempatan. Penduduk kampung turut menghormati golongan perompak kerana ia

dikaitkan dengan soal keadilan sosial yang kecewa dengan sistem perundangan yang

diperkenalkan oleh British.49

Perkembangan pesat bandar Rangoon semasa era penjajahan British menyebabkan

bandar ini dapat berkembang maju. Bandar Rangoon merupakan bandar utama Burma klasik

yang dahulunya ialah sebuah perkampungan nelayan pada tahun 1755.50 Aspek-aspek seperti

petempatan, kesihatan, pelabuhan dan jalan dititikberatkan. Pada tahun 1860, penduduk di

bandar ini telah bertambah melebihi 60 000 orang darpada 36 000 orang sebelumnya.

Perkembangan pesat perdagangan telah mengubah cara hidup penduduk Rangoon dengan

kemasukan orang India.

Sehingga pada tahun 1930-an, bandar ini dikenali sebgai bandar di India kerana orang India

melebihi penduduk Burma di bandar tersebut. Buktinya, pada tahun 1901, sebanyak 51%

penduduk Rangoon ialah orang India. Tetapi, masalah perumahan dan kesihatan berlaku

setelah perkembangan pesat bandar Rangoon. Contohnya, kadar kematian bayi yang tinggi

iaitu antara 40-50 bagi setiap 100 orang bayi. 51

48
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 65.
49
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 68.
50
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 30.
51
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 69.

11
Kesimpulan

Terdapat banyak perubahan dalam kehidupan penduduk semasa zaman pemerintahan British.

Ia memberikan kesan positif dan kesan negatif kepada penduduk tempatan. Kedatangan

Burma telah mengubah bentuk ekonomi sara diri kepada ekonomi Kapitalis dalam kalangan

golongan petani. Golongan petani turut terdedah dengan jalinan hubungan luar dalam

memperkembang ekonomi Burma. Tidak dinafikan bahawa perkembangan ekonomi pesat di

Burma dapat memajukan kawasan di Burma tetapi pihak kolonial telah menindas golongan

petani. Di sini, penulis berpendirian bahawa terdapat banyak kesan negatif berbanding kesan

postif yang diperolehi oleh penduduk tempatan. Pelbagai cukai yang mencengkam golongan

petani, bebanan hutang yang banyak serta kemasukan orang India ke Burma telah

memberikan perubahan secara langsung kepada penduduk tempatan. Penghijrahan besar-

besaran orang India telah menggugat peluang pekerjaan penduduk tempatan terutama dalam

sektor pertanian. Perubahan aspek sosial turut memperlihatkan dalam sektor pendidikan,

peningkatan kes jenayah dan perkembangan pesat bandar. Undang-undang British yang

mementingkan warna kulit turut melahirkan ketidakpuasan hati penduduk tempatan kerana ia

menyebabkan berlakunya ketidakadilan di mahkamah. Selepas itu, munculnya gerakan

nasionalisme di Burma seperti Grand Council of Burmese Association(GCBA) yang ingin

memerdekakan Burma. Pada tahun 1937, Burma dipisahkan dengan Kerajaan India dan Dr.

Ba Maw menjadi Perdana Menteri pada April 1937.52

52
Abu Talib Ahmad. Sejarah Tanah Besar ..., hlm. 127.

12

Anda mungkin juga menyukai