Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Tajuk

Sejarah penubuhan dan perkembangan SK Seri Geliga Kemaman,Terengganu dari tahun


1929-2001

2.0 Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kemaman pada mulanya dikenali dengan nama Sekolah
Kebangsaan Kuala Kemaman, telah diasaskan pada tahun 1929 dengan nama Sekolah
Melayu Kuala Kemaman. Pada permulaan sekolah ini dibuka, jumlah keseluruhan pelajarnya
yang seramai 162 orang adalah kebanyakannya terdiri daripada anak-anak nelayan. Pada
tahun 1970-an, bangunan baru sekolah ini telah didirikan di atas tanah seluas 4.97 hektar
iaitu kira-kira 3 km yang dialihkan tapaknya ke Kampung Geliga. Pada tahun 1980, sekolah
ini dibuka dengan rasminya oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Dengan
berlakunya kepesatan pembangunan dan perumahan di Kampung Geliga dan kawasan
sekitarnya, pada tahun 1993 murid-murid sekolah ini telah meningkat seramai 1411 orang,
mempunyai seramai 65 tenaga pengajar dan 3 orang kakitangan sokongan. Selaras dengan
matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin menjadikan semua sekolah di negara
ini beroperasi satu sesi persekolahan, pada tahun 2004 kerajaan telah membina dua blok
bangunan tambahan baru bagi sekolah ini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Dengan pertambahan bangunan ini, Sekolah Kebangsaan Seri Geliga telah dapat beroperasi
persekolahan satu sesi.

3.0 Objektif Kajian

 Mengenalpasti latar belakang Sekolah Kebangsaan Seri Geliga,Kemaman


 Mengenalpasti pengoperasian organisasi sekolah di SK Seri Geliga
 Mengenal pasti pencapaian akademik dan kokurikulum murid di SK Seri Geliga
4.0 Permasalahan Kajian

 Kajian dilakukan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat


tentang sejarah latar belakang SK Seri Geliga.
 Kajian ini menjelaskan tentang struktur organisasi dan pentadbiran SK Seri Geliga.
 Kajian dibuat untuk menghurai pencapaian akaemik,kokurikulum dan hal ehwal
murid di SK Seri Geliga.

5.0 Skop Kajian

 Skop kawasan: Kajian ini dilakukan di SK Seri Geliga yag terletak di Kampung
Geliga , Kemaman , Terengganu kerana pengkaji mudah untuk mendapatkan
maklumat di sekolah itu.
 Skop tempoh : Kajian ini membataskan masa kajian dari tahun 2000 – 2012 kerana
banyak perkembangan yang berlaku ketika itu.
 Skop aspek : Pendidikan. Kajian ini merangkumi tentang sejarah pembangunan
dan perkembangan pencapaian akademik,kokurikulum dan hal ehwal murid di SK
Seri Geliga.
6.0 Sorotan Kajian Lepas
 Norlela A.Kahar dan Aziz bin Nordin, 2008,Faktor-faktor yang Mungkin
Mempengaruhi Perlaksanaan Program Bimbingan Taulan dalam Membantu Guru
Sains Menguasai Bahasa Inggeris di sekolah. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan
bahawa kesediaan guru merupakan faktor yang paling dominan jika dibandingkan
dengan keyakinan guru.
 Berita harian,2019 Sememangnya pendidikan menjadi isu utama di negara ini kerana
pendidikan menjadi teras penting dalam pembangunan negara yang membabitkan
setiap individu. Tanpa pendidikan sempurna, sudah pasti sesuatu kaum akan
ketinggalan berbanding kaum lain.Setiap isu pendidikan - sama ada ia dikaitkan
dengan politik, perkauman, darjat, miskin atau kaya dan sebagainya - akan terus
mendapat perhatian besar dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat di negara
ini.Setiap kaum berasakan adalah hak mereka untuk mempersoal, mengemuka
pandangan dan menyuarakan apa yang sepatutnya mereka dapat berbanding kaum
lain dalam dunia pendidikan pada semua peringkat bagi memastikan tidak
ketinggalan.Apa pun, setiap isu pendidikan yang dibangkitkan perlu dilihat secara
matang dan bukan berdasarkan kepentingan kaum semata-mata. Kita percaya setiap
kaum ada tempat di negara ini untuk mereka belajar, membina kerjaya masing-
masing dan kembali menyumbang kepada negara.
 Menurut Christopher Browing dalam majalahnya yang berjudul Belajar Secara
Berkesan Di Sekolah yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan Malaysia Berhad di
Kuala Lumpur (2007) pada halaman 61 beliau menegaskan bahawa bab ini
memaparkan peta dunia di mana kanak-kanak di sekolah pada zaman akan datang
hidup, bekerja dan menjalani kehidupan. Dunia itu berbezadengan apa yang biasa
kita kenali; perubahan berlaku dengan pesatnya dan berterusan serta begitu kerap.
Kepastian yang ada pada anak-anak kita adalah tidak pasti. Mungkin kekerapan
perubahan yang berlaku menyebabkan sukar bagi manusia menanganinya. Selama
beribu tahun manusia mengembara. Walau bagaimanapun mereka menyampaikan
informasi, bilangan yang dapat mereka hapuskan dalam sesuatu pertempuran,
berubah dengan sedikit sahaja.
 Berdasarkan penulisan Ahmad Ammar dalam blognya,
(http;www.AhmadAmmar_TeknikPengajaran.com.my) yang bertajuk Teknik
Pengajaran, beliau menjelaskan di peringkat sekolah, peranan guru dalam
pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti menganalisis
objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan
seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengjar dan penyediaan bahan-bahan
pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum
serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan
meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat
pengubahsuaian dalam rancangan mengajar
7.0 Kaedah Kajian

 Kaedah lapangan - Pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah kerja lapangan dan
pemerhatian dengan melawat ke bangunan di SK Seri Geliga.

 Kaedah temubual – Pengkaji juga mendapatkan maklumat melaui kaedah temubual.


Soalan - soalan telah dirangka bagi mendapatkan maklumat berkenaan kajian ini.

 Kaedah kepustakaan- Pengkaji menjalankan penyelidikan perpustakaan bagi


memperolehi sumber primer dan sumber sekunder. Penyelidikan perpustakaan
dijalankan di perpustakaan SK Seri Geliga,Kemaman. Ini dilakukan untuk
mendapatkan rekod – rekod berkenaan sistem pendidikan di SK Seri Geliga.

8.0 PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Pengenalan: Bahagian ini akan menjelaskan sejarah awal penubuhan SK Seri Geliga
secara umum dan sedikit sebanyak perkembangan murid dari aspek
akademik,kokurikulum dan hal ehwal.

Isi-isi :
i) Menjelaskan asal usul atau latar belakang Pendidikan di SK Seri Geliga.
ii) Mengenalpasti struktur organisasi pentadbiran SK Seri Geliga
iii) Pengkaji akan menjelaskan perkembangan dan pencapaian serta kejayaan yang
berjaya dicipta oleh unit dan murid SK Seri Geliga serta kemenjadian pelajarnya.

Kesimpulan : Bahagian kesimpulan akan merumus hasil kajian dan memberikan


pandangan dan harapan terhadap sistem pendidikan di SK Seri Geliga,Kemaman.

9.0 PENUTUP
Kajian ini menceritakan sejarah SK Seri Geliga yang banyak memberi kesan yang
memberangsangkan terutamanya dari segi prestasi akademik,kokurikulum dan hal ehwak
murid. Pihak sekolah perlulah memberi komitmen yang maksimum bagi memastikan
pendidikan SK Seri Geliga,Kemaman akan bertambah maju serta mampu melahirkan pelajar-
pelajar yang mempunyai ciri-ciri pelajar abad ke-21 selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran
berfikiran aras tinggi dan ia akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari.
10.0 BIBLIOGRAFI

 http://maimai130896.blogspot.com (10 Februari 2020)

 Keratan Akhbar Berita Harian,Selasa, 28 Mei 2019 (10 Februari 2020)

 Christopher Bowring: Belajar Secara Berkesan Di Sekolah

 Blog Ahmad Ammar, “Teknik Pengajaran”.


http;//www.AhmadAmmarTeknikPengajaran.com.my

ORANG SUMBER
NAMA: Roziah binti Omar
UMUR : 51
PEKERJAAN : Guru besar
ALAMAT : Sekolah Kebangsaan Seri Geliga, Kampung Geliga, 24000,Kemaman, Terengganu

Anda mungkin juga menyukai