Anda di halaman 1dari 47

AIJ1005

PENGANTAR MASALAH SOSIAL

PENGENALAN
MASALAH SOSIAL
PENGENALAN
• Masalah sosial mempunyai pengertian yang luas,
ia bukan hanya mencakupi masalah
kemasyarakatan (society problems) tetapi juga
masalah yang berkaitan dengan gejala-gejala
abnormal dalam kehidupan masyarakat
(ameliorative or social problem).
• Masalah adalah sesuatu perkara atau keadaan
yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan dan
memerlukan penyelesian.
• Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan
masyarakat.
Samb..
• Masalah sosial sering dikaitkan dengan keadah tertentu
seperti kemiskinan, kebuluran, jenayah dan fenomena
sosiobudaya yang menghalang masyarakat daripada
mengecapi potensi maksima mereka (Eitzen,1984) dan
ketidakseimbangan dalam masyarakat sehingga unit
tersebut mengklasifikasikan individu sebagai devian
(Becker, 1967).

• Tingkah laku devian merujuk kepada aktiviti yang


mengambil tempat dalam masyarakat serta tindakan
atau perbuatan melanggar norma-norma yang wujud
dalam masyarakat, komuniti dan organisasi bagi tempoh
tertentu.
PENGERTIAN MASALAH SOSIAL
• Apakah yang dimaksudkan dengan masalah
sosial. Masalah sosial adalah:
“.. is a condition that undermines the well-being
of some or all members of a society and is
usually a matter of public controversy”.

• Keadaan yang tidak digemari oleh orang ramai


dan dirasai perlu dibasmi, diselesaikan atau
diperbaiki melalui tindakan bersama oleh
anggota masyarakat.
Samb..
• Condition refer to any situation that at least
some people define as troublesome.
• Seperti tidak mempunyai pekerjaan, pendapatan
tidak mencukupi, kebimbangan terhadap
jenayah, peningkatan berat badan, atau
kerisauan terhadap kesan pembuangan bahan
beracun
Samb…
Definisi lain:
•Sesuatu perkara atau kejadian dianggap sebagai
masalah sosial apabila sebahagian besar daripada
ahli masyarakat ataupun sekumpulan masyarakat
yang mempunyai pengaruh merasakan bahawa
perkara yang berlaku itu tidak baik dan bercanggah
dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat.

•Masyarakat dan kumpulan yg terlibat bersetuju untuk


merubah ataupun memperbetulkan keadaan
berkenaan.
PERSPEKTIF MASALAH SOSIAL
• Masalah sosial boleh dibincangkan daripada dua perspektif:
a) Perspektif sosiologi
b) Perspektif kriminologi.

• Mengikut perspektif sosiologi, masalah sosial melibatkan


penelitian permasalahan sosial melalui kajian dan
menganalisis pelbagai gejala dalam kehidupan masyarakat.

• Oleh itu, kerja sosial menjadi profesion utama dalam bidang


kebajikan sosial yang berusaha untuk mengatasi gejala
abnormal dalam masyarakat, atau memecahkan persoalan-
persoalan yang dihadapi oleh masyarakat.
PERSPEKTIF SOSIOLOGI
• Mengikut perspektif sosiologi, masalah sosial
melibatkan penelitian permasalahan sosial
melalui kajian dan menganalisis pelbagai
gejala dalam kehidupan masyarakat.

• Oleh itu, kerja sosial menjadi profesion utama


dalam bidang kebajikan sosial yang berusaha
untuk mengatasi gejala abnormal dalam
masyarakat, atau memecahkan persoalan-
persoalan yang dihadapi oleh masyarakat.
Samb..
• Mengikut perspektif sosiologi masalah
sosial boleh dikategorikan kepada
beberapa kategori utama, iaitu:
i. Patologi organik individual,
ii. Patologi sosial,
iii. Disorganisasi personal dan sosial,
iv. Konflik-konflik nilai,
v. Proses
Samb..
• Masalah sosial juga boleh dikategorikan
kepada dua:
i. salah laku norma (norm violations),
ii. keadaan sosial (social condition).

• Klasifikasi masalah sosial yang mereka buat


bersifat arbitari, tetapi ia boleh membantu
dalam memahami mekanisme masalah
sosial.
Salah Laku Norma
• Masalah sosial yang berbentuk salah laku
norma (norm violations) merujuk secara tidak
langsung kepada ketidakseimbangan sosial
yang mengambil tempat dalam masyarakat.

• Ketidakseimbangan sosial yang sering


berlaku dalam masyarakat ialah seperti
tercicir dari sekolah, kemiskinan, ‘intellectual
instability’, kebuluran, jenayah, dan
keganasan rumahtangga.
• Salah laku norma tidak mempunyai standard yang
mutlak.
• Ini bermakna masalah sosial merupakan satu
keadaan yang abstrak dan dapat dipersoalkan,
serta berlaku ‘double standard’ dalam
pengamalannya.
• Keadaan ini berlaku kerana masalah sosial
sebenarnya bersifat subjektif dan ia boleh berubah
mengikut keadaan, tempat dan masa.
• Mungkin pada suatu ketika perkara yang berlaku
dianggap sebagai masalah sosial dan pada masa
yang lain, perkara yang sama tidak dianggap
sedemikian.
Samb…
• Keadaan ini dapat difahami melalui contoh berikut:
i. Pembunuhan dilihat sebagai satu masalah sosial yang sangat serius.
Namun pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di medan perang
diterima umum oleh segenap lapisan masyarakat, malah mereka juga
diberi pingat dan penghargaan atas tindakan yang mereka lakukan.
ii. Pendatang asing yang memasuki negara kita untuk mendapatkan
pekerjaan (tanpa sebarang dokumen yang dikira sebagai sah) akan
ditangkap, ditahan, didenda dan kemudiannya dihantar pulang ke negara
asal. Namun majikan mereka tidak akan dikenakan sebarang tindakan
undang-undang.
iii. Individu yang ‘mendengar Tuhan’ bercakap kepada mereka dianggap
sebagai pesakit ‘schizophrenic’. Namun individu yang ‘berurusan’ dengan
Tuhan (para paderi dan sami), dihormati dan nasihat mereka akan diikuti
dengan akur.
iv. Kegiatan pelacuran merupakan suatu masalah sosial yang dipandang
serius oleh masyarakat di sesetengah negara. Mereka yang terlibat akan
ditangkap dan didenda mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Namun
di negara lain, kegiatan pelacuran dianggap sebagai kegiatan ekonomi
yang menyumbang kepada pertumbuhan negara.
Keadaan Sosial
• Masalah sosial berbentuk keadaan sosial
(social condition) merujuk kepada kesukaran
yang berbentuk fizikal yang dialami oleh
seseorang individu.

• Kesukaran fizikal ini ditafsirkan sebagai


kekurangan dalam bentuk material.

• Teori Keperluan Diri yang dipelopori oleh


Abraham Maslow boleh digunakan tentang
kesukaran fizikal yang berlaku.
• Teori ini menerangkan secara mendalam
mengenai set-set keperluan yang hendak
dipenuhi untuk menjalani kehidupan yang
selesa.

• Apabila salah satu daripada keperluan ini


tidak dapat dipenuhi oleh seseorang individu,
maka mereka akan mula melanggar
peraturan dan norma-norma yang ditetapkan
oleh masyarakat.

• Ini bermakna masalah sosial akan wujud


apabila keperluan-keperluan yang dinyatakan
tidak dipenuhi.
Perspektif Kriminologi
• Dari perspektif kriminologi pula, masalah
sosial dikaitkan dengan perlakuan jenayah.

• Perlakuan jenayah sering dikaitkan dengan


kelas sosial.

• Kajian mendapati kebanyakan penjenayah


dan perbuatan jenayah dilakukan oleh
golongan kelas bawahan dalam masyarakat.

• Akibatnya ramai remaja dan kanak-kanak


lebih tertarik kepada nilai-nilai, norma sosial
dan amalan jenayah tersebut.
Samb…

• Golongan kelas bahawan dikatakan amat


mementingkan enam aspek berikut:
i. Trouble (masalah/kesulitan)
ii. Toughness (keliatan)
iii.Smartness (ketampanan)
iv.Excitement (keseronokan)
v.Fate (nasib)
vi.Autonomi (autonomi)
Samb…
• Kadang-kala sesuatu masalah itu timbul kerana
keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

• Bagi memastikan kehendak mereka dapat dipenuhi,


pelbagai cara atau teknik telah digunakan untuk tujuan
tersebut.

• Dalam usaha memenuhi sesuatu keinginan,


seseorang akan terdedah dengan kesempatan-
kesempatan yang tidak sah dan boleh menyebabkan
mereka melanggar undang-undang.

• Apabila sebahagian keinginan itu tidak dapat dicapai,


maka banyaklah masalah yang akan timbul di dalam
masyarakat.
Masalah Sosial vs Isu Sosial
• Apakah yang dimaksudkan dengan masalah
sosial
“is a condition that undermines the well-being
of some or all members of a society and is
usually a matter of public controversy”.
• Keadaan yang tidak digemari oleh orang
ramai dan dirasai perlu dibasmi, diselesaikan
atau diperbaiki melalui tindakan bersama
oleh anggota masyarakat.
Samb…
• “Is a social condition that has been found to be
harmful to individual and/ or societal well-being”.
• Bermaksud, masalah sosial adalah satu keadaan
sosial yang didapati mencacatkan/ mencederakan
kesejahteraan individu dan/ atau masyarakat.
• Dengan ini juga masalah sosial tidak semestinya
merupakan satu keadaan yang ketara.
• Ia boleh merupakan sesuatu yang kurang jelas,
tetapi mencabuli satu keadaan yang ideal.
• Ciri terakhir ini berguna kalau kita hendak
membezakan masalah sosial dari isu sosial.
Isu Sosial
• “a condition that captures public attention,
generates public concern and controversy,
and in some cases, leads to collective
action”.

• Isu sosial adalah satu keadaan yang ketara,


yang mendapat perhatian sosial,
membangkitkan kontroversi/ pendebatan
sosial dan menyebabkan tindakan bersama/
kolektif (untuk memperbaiki/ mengatasi
keadaan itu)
Samb…
• Dari pengertian di atas, adalah jelas
bahawa terdapat perkaitan yang sangat
rapat di antara isu sosial dan masalah
sosial.

• Isu sosial adalah keadaan yang ketara.


Selalunya keadaan ini adalah sesuatu yang
tidak diingini, walaupun bukan semua isu
sosial merupakan keadaan demikian.
Contohnya, kekurangan guru lelaki, adalah
satu isu, tetapi adakah ia tidak diingini?
Isu sosial tidak semestinya mendatangkan
kerosakan sosial.
Samb…
• Masalah sosial boleh terdiri daripada keadaan yang
ketara dan juga yang tidak ketara.
 Masalah sosial mendatangkan kerosakan kepada individu
dan/ atau masyarakat.

• Oleh kerana isu sosial adalah keadaan yang ketara,


maka kewujudannya lebih disedari lebih awal dari
masalah sosial.

• Ini bukan bererti bahawa isu sosial wujud lebih awal


dari masalah sosial.
 
Samb…
• Kesedaran tentang sesuatu masalah sosial
boleh dibahagikan kepada beberapa
peringkat:
 Peringkat masalah tidak ketara

 Kesedaran tentang sesuatu isu sosial

 Kesedaran tentang masalah sosial. Di peringkat


ini masalah yang tidak ketara tadi menjelma
menjadi satu masalah yang ketara.
Contoh: AIDS
AIDS muncul sebagai satu isu sosial di negara ini,
dalam tahun 1985. Dalam tahun itu satu
jawatankuasa Petugas AIDS telah ditubuhkan di
Kementerian Kesihatan untuk mencari jalan untuk
mencegah merebaknya penyakit ini.
•Tetapi kalau diteliti, AIDS adalah manifestasi
keadaan-keadaan yang lebih serius, tetapi tidak
ketara.
•Untuk mengetahui sebahagian daripada keadaan-
keadaan ini, kita boleh menyingkap bagaimana
HIV boleh tersebar dalam masyarakat.
Samb..
• Secara amnya, HIV hanya dipindahkan
dari satu badan ke satu badan yang lain
dengan perantaraan cecair badan (body
fluids).

• Jadi virus ini boleh berjangkit; a) dari ibu


kepada anak dalam kandungan; b) melalui
perkongsian jarum suntikan di antara
pembawa HIV dengan orang lain; dan c)
melalui perhubungan jenis.
Samb..
• Cara jangkitan (b) dan (c) yang dinyatakan
sebelum ini sebenarnya mencerminkan satu
cara hidup atau pola perlakuan yang tidak
baik, dan mungkin juga tidak diingini oleh
sebilangan besar masyarakat.

• Contoh, penggunaan dadah secara suntikan


dan kelakuan/ amalan seks rambang dan
tidak bersih. Kedua-dua perkara inilah yang
merupakan masalah sosial yang lebih serius
dan lebih asas dari AIDS.
Samb…
• Masalah AIDS juga menunjukkan
pertindihan di antara isu sosial dan
masalah sosial di negara ini.

• Apabila AIDS muncul sebagai satu isu


sosial, pada masa yang sama ia diiktiraf
sebagai satu masalah sosial kerana ia
mengancam kesejahteraan individu dan
masyarakat.
Pendapat Awam (Public Opinion)
• Salah satu faktor penting yang membangkitkan
sesuatu isu sosial dan selepas itu menjadikannya
sebagai satu masalah sosial ialah pendapat awam
(public opinion).

• Pendapat awam boleh:


i. mendorong masyarakat supaya mencari penyelesaian
bagi sesuatu masalah
ii. menyebabkan pembiakan/ merebaknya sesuatu
masalah
iii.menukar masalah kecil kepada masalah besar dan
iv.melahirkan sesuatu masalah baru.
Samb…
• Sesuatu masalah akan diberi perhatian setelah
ia diketahui.

• Hanya selepas itu, tindakan diambil untuk


mengatasi/ mengawalnya.

• Selagi kedua-dua perkara ini tidak berlaku,


masalah sosial tidak dapat diatasi/ awasi/
dikawal.
 
Samb…
• Sekiranya kewujudan masalah sosial tidak disedari dan
langkah-langkah kawalan tidak diambil, masalah sosial
berkenaan boleh merebak menjadi bertambah buruk.

• Jika berterusan boleh juga membesarkan masalah kecil.

• Pendapat awam boleh juga melahirkan satu masalah


sosial baru. Ini berlaku melalui proses “a self- fulfilling
prophecy”.

• Ini adalah satu keadaan yang dilahirkan akibat dari


tindakan orang ramai, atau satu masalah yang diwujudkan
oleh tindakan orang ramai.
Samb…
• Misalnya, kalau ramai orang mengatakan bahawa
bekas banduan/ penagih dadah/ pelacur tidak dapat
dipercayai dan oleh itu tidak harus diambil sebagai
pekerja dan seterusnya benar-benar tidak
mengambil orang ini sebagai pekerja, maka orang ini
akan menganggur.

• Jika menganggur mereka tidak dapat mencari


nafkah.

• Akibatnya, besar kemungkinan mereka melakukan


kegiatan-kegiatan asal mereka dan sekali gus
menepati tohmahan awal orang ramai.
Samb…
• Walau bagaimanapun, untuk mengetahui
kemungkinan-kemungkinan yang boleh dihasilkan oleh
pendapat awam, kita perlu mengetahui berbagai aspek
berkenaan dengan sesuatu masalah sosial.

• Untuk ini kita perlu menyelidik.

• Sebelum menyelidik kita perlu tahu beberapa konsep


asas:
i. Budaya
ii. Institusi sosial/sistem sosial
iii.Jangkaan sosial
Budaya
• Secara yang paling ringkas, budaya
adalah cara hidup sesuatu masyarakat. Ia
merangkumi setiap aspek cara hidup baik
yang nyata mahupun yang jelas. Aspek/
elemen budaya yang nyata dipanggil
material culture. Ini adalah barang-barang/
benda-benda yang dihasilkan oleh
manusia. Contoh: rumah, baju dll
Samb..
• Budaya banyak bergantung kepada teknologi,
iaitu cara bagaimana sesuatu masyarakat
menggunakan ilmu pengetahuan mereka untuk
memperoleh manfaat dari benda-benda/ sumber-
sumber yang terdapat dalam persekitaran alam
mereka.

• Elemen budaya yang tidak ketara/ nyata


dipanggil non-material culture.

• Ini adalah elemen-elemen yang tidak dapat dilihat


secara fizikal seperti idea, nilai , kepercayaan.
Samb…

• Inti kepada non-material culture ini adalah


nilai. Ia adalah idea tentang yang baik dan
yang buruk, yang diingini dan yang tidak
diingini oleh sesebuah masyarakat.

• Malah nilai mencerminkan/ menjadi garis


panduan kepada ahli-ahli masyarakat
tentang matlamat-matlamat sosial yang
perlu dikejar.
Institusi/Sistem Sosial
• Elemen-elemen budaya ini pula diamalkan
sedemikian cara sehingga terdapat satu
atur cara yang tersusun untuk melakukan
sesuatu tugas dalam masyarakat.

• Dalam masyarakat terdapat organisasi-


organisasi tertentu yang memastikan /
menentukan supaya susunan atur cara ini
dipatuhi.
Samb….
• Organisasi ini dipanggil institusi sosial.

• Institusi-institusi yang utama dalam


masyarakat adalah:
i. sistem politik dan kepimpinan
ii. sistem ekonomi- termasuk sistem pengeluaran,
pasaran, kewangan, tukaran barangan.
iii.Sistem pendidikan termasuk sistem sosialisasi
iv.Sistem agama dan kepercayaan
v.Sistem keluarga dan kekeluargaan
Samb…
• Setiap individu dalam masyarakat menjadi
ahli dalam banyak sistem.

• Ahli-ahli juga berinteraksi dengan ahli-ahli


lain dalam sistem yang sama dan juga yang
berada dalam sistem yang berlainan.

• Contoh: seorang bapa adalah ahli sistem


keluarga, politik (pemimpin keluarga),
ekonomi, pendidikan dan agama.
Samb…
• Bapa itu berinteraksi dengan ahli-ahli lain
dalam sistemnya dan juga dengan bapa-bapa
lain.

• Keseluruhan rangkaian interaksi ini dipanggil


sistem sosial.

• Untuk memastikan interaksi itu berjalan lancar,


elemen-elemen budaya dikekalkan, institusi-
institusi ini mengadakan dan memelihara
peraturan-peraturan tertentu yang sentiasa
mengawal cara-cara berinteraksi dan bertindak.
Samb…

• Peraturan-peraturan inilah yang dipanggil


norma-norma sosial.

• Norma-norma inilah yang menentukan


cara-cara bagaimana seseorang ahli
masyarakat harus bertindak untuk
mencapai cita-cita/ hasratnya.
Samb…
• Dalam hal ini terdapat sekurang-
kurangnya 2 jenis norma sosial:

i. Norma proscriptive- adalah peraturan-


peraturan yang melarang sesuatu perbuatan.

ii.Norma prescriptive- adalah menyuruh


individu-individu supaya melakukan sesuatu.
Jangkaan Sosial
• Dengan adanya peraturan-peraturan ini,
seseorang individu boleh menjangkakan apa
yang boleh diharapkan dari individu lain, dan
orang lain pula boleh menjangkai apa yang
perlu kita lakukan dalam keadaan-keadaan
tertentu.

• Seseorang yang ingkar/ tidak mematuhi


peraturan ini atau seseorang yang taat
kepada peraturan ia selalunya dikenakan
isbat (sanctions).
Samb…
•Sanction boleh merupakan yang positif bagi
keakuran dan yang negatif bagi
pelanggaran.

•Kedua-dua jenis sanction ini pula boleh


dikenakan secara formal atau tidak formal.
Samb…

 
ISBAT NEGATIF
ISBAT POSITIF (HADIAH)
(HUKUMAN)

- Hadiah - Hukuman penjara


FORMAL - Kenaikan pangkat - Denda

- Pujian - Pemulauan
TIDAK FORMAL - Senyuman - Ejekan
Samb…
• Penguatkuasaan norma berbeza mengikut
keadaan/ masyarakat/ individu.

• Penguatkuasaan norma apabila berlaku


kematian/ kemalangan adalah berbeza dari
penguatkuasaan pada hari-hari perayaan.

• Penguatkuasaan norma di bandar berbeza


dari di luar bandar.

• Manakala, kanak-kanak dikenakan peraturan


yang berbeza dari orang dewasa.
Penyelesaian Isu Sosial
• Isu sosial- tidak ada tindakan yang diambil
untuk atasinya.

• Tidak ada peruntukan undang-undang


sekiranya seseorang melakukan perkara
tersebut.

• Namun begitu, ia mungkin di lihat tidak baik


atau negatif dari pandangan agama dan
moral masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai