Anda di halaman 1dari 2

DILEMA TANGGUNGJAWAB KELUARGA DAN KERJA

Pada umumnya, kita mengetahui bahawa tanggungjawab yang perlu disandang oleh
seorang wanita yang bergelar ibu adalah satu tanggungjawab yang besar. Seseorang yang
bergelar ibu memegang tanggungjawab dalam menjaga keluarga dan anak – anak dalam
menyediakan keperluan asas kepada anak- anak seperti pakaian, makan, minum dan
sebagainya. Seorang wanita atau ibu yang bekerja juga mempunyai tanggungjawab dalam
melaksanakan kerja yang diberikan oleh majikan dalam tempoh masa yang diberikan tanpa
mencampurkan urusan peribadi dengan urusan kerja. Namun, disebabkan tanggungjawab
berat yang disandang oleh seorang ibu menyebabkan terdapat kes – kes anak – anak yang
terabai oleh ibu mereka yang sibuk bekerja. Hal ini dikatakan demikian kerana, ibu
menghadapi kesukaran untuk membahagikan waktu yang terhad terhadap anak – anak serta
kerja yang diberikan oleh majikan bagi menambah sumber pendapatan keluarga selain suami.

Seorang ibu yang bekerjaya kebiasaannya terpaksa mengorbankan masanya bersama


anak – anaknya untuk mengejar impiannya dalam hidup. Hal ini dapat dilihat dengan lebih
jelas apabila statistik kanak – kanak terabai dan terbiar di Terengganu menunjukkan
peningkatan disebabkan pelbagai masalah yang berlaku dalam sesebuah organisasi keluarga.
Perkara ini dipandang serius disebabkan kebanyakan kanak – kanak menghadapi tekanan
jiwa kerana kekurangan kasih sayang daripada seorang ibu yang sibuk bekerja. Ibu berada
dalam keadaan dilema di antara tanggungjawab terhadap keluarga dan anak – anak serta
tanggungjawab terhadap kerja. Pekerjaan ialah impian yang dipikul untuk membawa
kehidupan keluarga yang terus terjamin manakala tanggungjawab terhadap anak – anak
adalag tanggungjawab yang diamanahkan oleh Yang Maha Esa sebagai satu utusan yang
perlu dijaga seperti nyawa sendiri.

Apabila seorang ibu sibuk menghabiskan waktu lebih banyak dengan kerjanya, anak –
anak akan berasa terpinggir serta berasa bahawa kerja ibunya lebih penting daripada dirinya.
Anak – anak turut akan merasa stres dengan keadaan sekelilingnya yang suram tanpa belaian
daripada seorang ibu yang sibuk melaksanakan tugas kerjanya sehingga mengabaikan
tanggungjawab terhadap keluarga dan anak – anak. Kadang kala, seorang ibu yang sibuk
bekerja untuk memenuhi kehendak anak – anak mereka serta untuk memberikan kehidupan
yang selesa kepada mereka. Namun dari sudut pandangan anak – anak mereka, mereka hanya
ingin waktu untuk bersama ibu mereka bagi melakukan aktiviti – aktiviti seperti bersembang ,
pergi berjalan ke taman, belajar bersama dan sebagainya. Kemewahan yang dimiliki boleh
mengaburi mata kita daripada lebih menghargai apa yang kita miliki sebaliknya kita lebih
mengejar kehidupan yang mewah. Terdapat juga ibu yang menghabiskan waktu hujung
minggu mereka dengan menyelesaikan segala kerja yang diamanahkan kepada mereka tanpa
mengambil kira perasaan yang dialami oleh anak – anaknya.

Tindakan atau kelakuan ibu yang lebih mementingkan kerjaya mereka ini
menyebabkan institusi keluarga mereka runtuh sehingga apabila mereka telah kehilangan
keluarga mereka barulah mereka sedar bahawa kebahagiaan adalah lebih penting daripada
segala kemewahan yang dimiliki. Sebagai manusia, kita akan lebih menghargai seseorang
jika kita merasa kehilangannya. Walaupun kerja adalah salah satu keutamaan dalam sesebuah
keluarga, namun sebagai ibu kita perlu lebih mengutamakan keluarga daripada kerja
terutamanya ketika hujung minggu. Oleh itu, seorang ibu yang bekerjaya perlu lebih bijak
dalam menguruskan waktu bersama keluarga dan kerja agar dapat menjamin kesejahteraan
bersama serta membina keluarga yang harmoni.

Anda mungkin juga menyukai