Anda di halaman 1dari 2

AKTIVITI MEWUJUDKAN KELUARGA BAHAGIA

Sejak akhir-akhir ini, terdapat lebih banyak masalah sosial yang dikaitkan dengan
kepincangan dalam hubungan kekeluargaan. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-
aktivit yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan keluarga bahagia dapat
diwujudkan?

Mayapada, hubungan kekeluargaan dilihat semakin renggang. Buktinya,


pelbagai masalah sosial wujud dan dikatakan berpunca daripada kepincangan dalam
hubungan kekeluargaan. Masalah komunikasi dan kurangnya kasih sayang menjadi
faktor dominan kepada perlakuan di luar batas oleh remaja marcapada. Oleh itu,
pelbagai aktiviti bersama perlu dijadikan amalan oleh setiap keluarga bagi
memastikan hubungan kekeluargaan menjadi lebih intim.

Antaranya adalah dengan makan bersama-sama. Semasa penyediaan makanan,


anak-anak boleh membantu ibu bapa selain mengurangkan jumlah masa makan di luar
seperti di restoran makanan segera. Misalnya, anak-anak perempuan membantu ibu di
dapur, sementara anak-anak lelaki menolong bapa mempersiapkan keperluan di meja
makan. Dengan cara ini, ibu bapa dapat memupuk perasaan saling bergantung antara
satu sama lain, sandar-menyandar ‘bagai aur dengan tebing’. Amalan ini juga
membolehkan hubungan anak-anak dan ibu bapa menjadi bagai isi dengan kuku.

Selain itu, ibu bapa boleh pergi bercuti ke lokasi menarik ketika cuti sekolah.
Selain memanfaatkan masa senggang dan mengelakkan anak-anak daripada
melakukan kebejatan moral seperti melepak, vandalisme dan gengsterisme, percutian
dalam mengurangkan kadar stres anak-anak di sekolah dan ibu bapa di pejabat.
Sepanjang percutian, buatlah aktiviti sekeluarga yang menarik seperti berkelah,
bermandi-manda di pantai, mendaki gunung, berfoto, menyelam di laut dan
sebagainya, Melalui cara ini, anak-anak akan lebih rasa dihargai kerana kehadiran
mereka disedari dan mempunyai fungsi dalam membahagiakan ibu bapa.

Malahan, ibu bapa perlu menemani anak-anak belajar dan mengulang kaji


pelajaran. Walaupun sudah penat bergelut dengan kerja dan masalah di pejabat, ibu
bapa harus meluangkan masa bagi tujuan ini. Anak-anak yang tidak faham sudah
tentu akan mahu mencari rujukan. Bagi abang dan kakak yang mempunyai ilmu,
maka boleh membantu adik-adik bagi menyiapkan tugasan. Apabila perkara ini
berlaku, sudah tentu ibu bapa berjaya menzahirkan teladan yang baik terhadap
keprihatinan dan keperluan anak-anak. Kajian menunjukkan ibu bapa yang menemani
anak-anak belajar menunjukkan tahap motivasi untuk mereka belajar dengan tekun
lebih tinggi.

Bukan itu sahaja, ibu bapa boleh meluangkan masa bagi menyelesaikan
masalah anak-anak. Tidak dapat dinafikan, zaman remaja merupakan era penuh
konflik bagi diri mereka, sama ada konflik dalam atau konflik luaran. Semua orang
menyakini bahawa sifat ibu bapa ibarat ‘sekilas ikan di air, sudah tahu jantan
betinanya’. Perubahan dalam diri anak-anak perlu usah dipandang enteng. Untuk itu,
ibu bapa perlu memiliki kemahiran komunikasi dan pendekatan psikologi dalam
memastikan anak-anak tidak takut dan malu untuk berkongsi masalah. Dengan cara
ini, hubungan anak dan ibu bapa semakin erat kerana kepercayaa anak terhadap
kemampuan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah mereka.
Sesungguhnya, kebahagiaan sebuah keluarga terletak pada kebijaksanaan
nakhodanya, iaitu ayah. Seandainya nakhoda ini sering bertelagah dengan anak-anak
kapal, maka sukar untuk sampai ke destinasi utama, iaitu pantai keluarga sakinah.
Dengan wujudnya hubungan yang erat antara ahli keluarga, maka anak-anak akan
lebih kurang untuk keluar rumah dan bercampur dengan kawan-kawan yang nakal.
Kesannya, masalah sosial pasti tidak akan menjadi ‘duri dalam daging’ bagi keluarga
yang bahagia.

Anda mungkin juga menyukai