Anda di halaman 1dari 12

LATIHAN KERTAS 1 (BAHAGIAN A)

Soalan 1 - 4
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1.

Amin _____________ di atas lantai apabila terpijak kulit pisang.

A. terjerumus
B. tersungkur
C. terduduk
D. terhumban

2. Oleh sebab ayahnya bertugas sebagai anggota tentera, mereka sekeluarga sering
_____________

A. ulang-alik
B. pindah-randah
C. bolak-balik
D. bongkar-bangkir

3. Ramli terpaksa menjual tanah pusakanya di kampung kerana __________

wang untuk membiayai pembedahan jantung anaknya .

A. kesempitan
B. kesuntukan
C. kemuflisan
D. kesusahan

Soalan 4 – 5
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

4. Majikan itu menugasi kerja-kerja yang berat kepada beberapa orang pekerjanya.
A B C
Tiada kesalahan.
D

5. Para peminat Misha Omar yang ingin menyaksikan konsertnya telah membanjir
stadium
A B
itu sejak awal pagi lagi. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 6 –7
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

6. I Keazaman mereka untuk bersatu tenaga tidak luntur walaupun mereka terpaksa
menghadapi beberapa halangan.
II Sikap kawannya yang suka mengambil tahu hal orang lain menyebabkan dia
berasa luntur untuk menegur kawannya itu.
III Adik merajuk kerana warna baju kesayangannya luntur terkena bahan kimia.
IV Kasih sayang pasangan itu tidak luntur walaupun umur mereka meningkat tua .

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

7. I Baju kurung yang baru dibeli oleh ibu untuk adik agak besar dan melabuhkan.
II Dia terus melabuhkan punggungnya di atas rumput yang menghijau itu.
III Kelasi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia melabuhkan sauh kapal berhampiran
dengan pelabuhan Lumut.
IV Para petugas melabuhkan tirai tanda tamatnya persembahan teater Gamat.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 8 – 9
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan bahasa
dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan
dan tandakan D jika tiada kesalahan.

8. Perpaduan kaum mestilah dipupuk demi untuk menjamin kemakmuran negara.

A. demi menjamin
B. bagi untuk menjamin
C. supaya menjamin
D. demi untuk menjamin

9. Setelah berpuluh tahun dia berdagang ke luar negara, akhirnya dia pulang menetap di
kampung semula.

A. berpuluh-puluhan tahun beliau

B. berpuluh-puluh tahun dia
C. berpuluhan tahun beliau
D. berpuluh tahun dia

Soalan 10 – 11
Pilih ayat-ayat yang betul.

10 I Saya menunggunya selama satu jam suku.

.
II Bersenam seminggu tiga kali memang baik diamalkan .
III Alif tidak berpuas hati kerana hanya diberi setengah markah untuk jawapan
tersebut.
IV Sesetengah ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran anak mereka.
A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

11 I Kedua-dua orang petinju itu mendapat bayaran yang tinggi dalam setiap
. perlawanan tinju yang mereka sertai.
II Petuduh itu tidak dapat memberikan bukti tentang tuduhannya itu.
III Kerajaan Malaysia kekal untuk menyara pegawai-pegawai kerajaan yang telah
bersara.
IV Beberapa orang pengilang di kilang makanan itu sedang membungkus makanan.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I dan IV sahaja
D. III dan IV sahaja

Soalan 12 – 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

12 Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan pihak sekolah demi memastikan

. keadaan disiplin pelajar terkawal.

A. Disiplin pelajar akan menjadi baik jika pihak sekolah bekerjasama dengan ibu
bapa.
B. Untuk memastikan disiplin para pelajar terkawal, ibu bapa seharusnya memberi
kerjasama sepenuhnya kepada pihak sekolah.
C. Disiplin para pelajar akan menjadi terkawal jika ibu bapa mengawal anak mereka
D. Pihak sekolah seharusnya memberi peluang kepada ibu bapa untuk mengawal
disiplin anak mereka.

13 "Saya harap saya berjaya dalam ujian memandu itu," kata Adli.
.

A. Adli mengatakan bahawa dia berharap dia akan berjaya dalam ujian memandu
itu.
B. Adli berharap dalam ujian memandu itu dia berjaya.
C. Adli berharap dia berjaya dalam ujian memandu itu kerana dia yakin.
D. Adli bangga memberitahu dia berharap dia boleh berjaya dalam ujian memandu
itu.

Soalan 14 – 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

14
Nila setitik rosak susu sebelanga
.

Peribahasa yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan peribahasa di atas
ialah
A. Seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit
B. Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru
C. Lembu punya susu sapi dapat nama
D. Gagak lalu pungguk rebah

15 Zanariah sangat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia
. hanya mengidam-idamkan sebentuk cincin sahaja. Keadaan ini diibaratkan

A. pucuk dicita ulam mendatang

B. pungguk merindukan bulan
C. kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
D. orang mengantuk disorongkan bantal

Soalan 16 hingga 18
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Maka dijawab orang kayangan itu, "Jikalau demikian kehendakmu, baiklah. Akan tetapi
jangan lagi kamu selalu ingin mencuba untuk mencuri dan membawa lari padiku."
Kemudian anak yatim piatu itu mengikut di belakang orang kayangan itu pulang ke
kampungnya. Setelah berada kembali dan menjejakkan kakinya di kayangan, terasalah oleh
anak yatim piatu itu betapa pedihnya luka yang dideritainya pada tumitnya.

Sejak berada kembali di kampung halaman orang kayangan itu, anak yatim piatu itu
tidak diperkenankan lagi melakukan pekerjaan lain selain menjaga dan mengawasi padi
yang sedang dijemur.

Tidak berapa lama kemudian, luka pada tumit anak yatim piatu itu pun sembuhlah. Ia
pun berfikir, "Jikalau saya kembali ke bumi dengan diam-diam tanpa diketahui oleh yang
empunya padi ini, nescaya orang kayangan itu akan mengejar dan menangkap saya lagi."
Kemudian anak yatim piatu itu berkata lagi kepada dirinya sendiri. "Biarlah kucari akal
yang sebaik-baiknya untuk membawa padi itu ke bumi. Saya akan menyembunyikan
beberapa butir padi di dalam lubang yang ada pada lukanya. Kemudian saya akan minta
diri dengan baik-baik. Cara ini lebih baik dan tidak akan menimbulkan curiga kepada
orang kayangan itu."

(Dipetik daripada prosa tradisional Asal Padi,

antologi Kuingin Berterima Kasih,Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

16
"Biarlah kucari akal yang sebaik-baiknya untuk membawa
.
padi itu ke bumi.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

A. Biar lambat asal selamat

B. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit
C. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
D. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
17 Bagaimanakah cara yang dilakukan oleh anak yatim piatu itu membawa padi ke bumi?
.
A. Kembali ke bumi secara diam-diam
B. Meletakkan padi pada lukanya
C. Mohon kebenaran daripada orang kayangan
D. Meminta maaf kepada orang kayangan

18 Yang berikut ialah perkara-perkara yang dilakukan oleh orang kayangan terhadap
. anak yatim itu, kecuali

A. Sentiasa memerhati tindakan anak yatim itu

B. Memaafkan kesalahan anak yatim itu
C. Memberi pekerjaan lain kepada anak yatim itu
D. Memberi amaran keras kepada anak yatim itu

Soalan 19 hingga 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Aku melihat ayah terpinga-pinga keluar dari biliknya lantas ke ruang tamu. Ayah
bertanya tentang Oren. Aku mengatakan bahawa aku tidak melihat kelibat Oren pada pagi
itu. Ayah seakan-akan baru tersedar sambil menggeleng kepalanya beberapa kali.

Di meja makan pada pagi itu ayah bercerita kepada kami bahawa dia bermimpi
Oren pulang ke rumah semalam, dan hampir semalaman Oren bersama-sama dengan ayah
di ruang tamu.

Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur. Kami semua terperanjat kerana di tangannya
ialah Oren yang kami tunggu kepulangannya tetapi pada saat itu Oren sudah tidak
bernyawa lagi. ”Anis jumpa Oren di celah pokok tua yang tumbang semalam di taman
permainan.” Sebaik-baik sahaja habis kenyataan itu, mata kami sekeluarga terus tertumpu
kepada ayah. Ketika itu mata ayah mulai berkaca.

(Dipetik daripada Cerpen Oren,

antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

19 Rangkai kata ketika itu mata ayah mulai berkaca membawa maksud
.
A. Mata ayah dimasuki habuk
B. Air mata bergenangan di kelopak mata
C. Kaca mata ayah patah
D. kaca mata ayah berkilauan

20 Yang berikut merupakan latar tempat yang terdapat dalam petikan cerpen, kecuali
.
A. Taman permaianan
B. Laman rumah
C. Ruang tamu
D. Dapur
LATIHAN KERTAS 1 (BAHAGIAN B)

SET 1

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.

i. Jasa ibu bapa yang telah mendidik kita terlalu besar sungguh dan tidak dapat dinilai dengan
harta.
__________________________________________________

ii. Sultan Azlan Shah telah bersetuju untuk menganugerahkan pingat kebesaran kepada rakyat
yang layak sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-60.
__________________________________________________

iii. Puan Haiza tidak turut serta dalam majlis hari jadi di rumah Puan Jamilah kerana dia telah
membuat temu janji dengan doktor.
__________________________________________________

iv. Buah mangga yang masak ranum itu kami telah petik.
__________________________________________________

SET 2

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa dan digariskan. Tulis
jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disedikan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

i. Anwar mengambil masa dua setengah jam untuk menyiapkan lukisan pemandangan di tepi
pantai itu.
__________________________________________________

ii. Bahan-bahan lain yang mereka bawa untuk menyertai perkhemahan perdana badan
beruniform itu ialah makanan, minuman, dan pakaian mandi.
__________________________________________________

iii. “Saya berharap agar kamu dapat meminta maaf daripada Aiman kerana dia tidak bersalah
dalam hal ini,” kata Farah kepada Raju dan Jun Yin.
__________________________________________________

iv. Walaupun harga makanan yang dijual di Ahmad Maju Restoran agak mahal, tetapi
makanan di restoran itu sedap.
__________________________________________________
SET 3

Dalam petikan dialog di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin petikan dialog itu semula.

Suzana : Siapakah yang menyambut kehadiran deligasi dari Jepun pagi ini?
Kerani : Dua orang ekskutif daripada Syarikat T&T cawangan Shah Alam telah
menyambut kehadiran mereka dari lapangan terbang KLIA.

Suzana : Bagus. Sekarang pastikan mereka mendapat kemudahan kelas pertama di

hotel negara kita yang bertaraf antara bangsa.
i. ______________________________________________
ii. ______________________________________________
iii. ______________________________________________

SET 4

Dalam poster di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat dalam poster itu semula.

i. ______________________________________________
ii. ______________________________________________
iii. ______________________________________________
SET 5

Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Saya banyak menemukan kesalahan ejaan dalam karangan ini.

_________________________________________________________________

ii. Kami telah dapat menikmati pelbagai kemudahan berkat usaha gigih ketua kampung ini.
_________________________________________________________________

iii. Encik Sulaiman menyusun barang-barang terpakai itu di belakang rumahnya.

_________________________________________________________________

iv. Saya akan membuang bekas-bekas plastik itu ke dalam tong kitar semula.
_________________________________________________________________

v. Beliau akan merasmikan pameran robotik itu pada hari Sabtu ini.
_________________________________________________________________

Latihan Set 6

Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi setiap ayat di bawah ini.

i. Ketiga-tiga orang murid itu pengawas sekolah ini.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

ii. Daripada Kak Julia hadiah perkahwinan ini.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

iii. Pada setiap pagi Selasa rancangan ini disiarkan.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

iv. Wanita yang tinggi lampai itulah kakak saya.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________

v. Kerana keletihan, dia tertidur di atas sofa.

Subjek : _________________________________________________________

Predikat : _________________________________________________________
SET 7

Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Penjenayah itu berjaya ditangkap oleh pihak polis.

_________________________________________________________________

ii. Pelbagai perkara dibincangkan oleh mereka dalam mesyuarat itu.

_________________________________________________________________

iii. Pertandingan kuiz Matematik itu disertai oleh beberapa orang murid dari kelas ini.
________________________________________________________________

iv. Kerja rumah yang diberikan oleh Cikgu Aniza akan saya siapkan sebelum cuti raya.
_________________________________________________________________

v. Kerja kursus Sejarah ini perlu anda siapkan sebelum hari Khamis.
_________________________________________________________________

SET 8

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut, tulis dua
peribahasa yang sesuai.

i. ______________________________________________
ii. ______________________________________________
LATIHAN PENGUKUHAN
Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

BAHAN 1 BAHAN 2

ENCIK MUSA : Begini, pak Mail. Saya Ketika mereka masuk ke kedai
datang ini untuk menyampaikan koperasi Ramlah sedang membantu Razali
penghargaan negara kepada keluarga Pak membuat minit mesyuarat. Cikgu Robeah
Mail kerana kematian Sarjan Akhbar pula sedang menghitung jumlah wang hasil
semasa bertempur di sempadan dahulu. jualan kedai koperasi pada hari itu, dengan
Kami bersimpati benar dengan keluarga dibantu oleh Swee Lan.
Pak Mail, terutamanya kepada Puan
Fauziah dan dua orang anaknya. Munir berasa amat jengkel melihat
Razali dan Ramlah berdua-duaan begitu.
PAK MAIL : Terima kasihlah, Encik Musa. Lantas dia menghampiri mereka. ”Hm,
Kami memanglah sedang menghadapi seronoknya buat minit mesyuarat. Ada
masalah sekarang ini, terutamanya dalam pembantu. Cantik pula tu!” sindir Munir.
hal persekolahan Hayati. Hari ini dia
pulang dari asrama. Razali selamba sahaja apabila ditegur
oleh Munir. Dia cuba memaniskan muka.
ENCIK MUSA : Mengapa begitu, Pak Mail? ”Eh, Munir janganlah cakap macam tu!
Kami cuma menjalankan tugas untuk
PAK MAIL : Masalah belanja, Encik Musa. faedah koperasi kita juga.”
Nampaknya saya terpaksa mencari satu
punca tetap untuk membantu ”Yalah, aku membantu Razali secara
persekolahannya. Saya sudah pun ikhlas, Munir! Jelas Ramlah.
memberitahu Tuk Penghulu akan hal ini.

BAHAN 3
LATIHAN PENGUKUHAN
i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, apakah cabaran yang dihadapi oleh Pak Mail dan Razali?

[3 markah]

____________________________________________________________________________________

ii) Nyatakan 2 nilai yang dipaparkan dalam petikan di atas.

[3 markah]

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________

iii) Pada pendapat anda, selain bantuan kewangan, apakah bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada
golongan miskin?
[4 markah]

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
LATIHAN PENGUKUHAN

Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

i) Destinasi Impian karya Mohd Ismail Sarbini

ii) Sejambak Bakti karya Rejab F.I
iii) Pelari Muda karya Ghazali Ngah Azia
iv) Formula Termodinamik karya Obasiah Haji Usman

Setiap novel mengandungi pengajaran yang amat berguna kepada pembaca. Pengarang menerapkan
pengajaran tersebut sama ada secara tersurat atau tersirat untuk dijadikan panduan oleh pembaca.

Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan tiga pengajaran beserta contoh
peristiwa yang bersesuaian dengan pengajaran tersebut.

___________________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai