Anda di halaman 1dari 5

Latihan Pengukuhan (PKP - 4 Mei 2020)

Arahan :Jawab semua soalan.

BAHAGIAN A
[20 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 Minit]
Soalan 1- 5
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. “ Saya berharap agar _____ belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan


yang cemerlang dalam pelajaran,” kata cikgu Munir kepada murid-muridnya.
A. kita
B. kamu
C. kalian
D. mereka

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Pemancing itu ______ kailnya apabila umpan kailnya diragut oleh ikan
A. menarik
B. menegang
C. memintal
D. menyentak

3. Penceramah jemputan itu terpaksa meringkaskan ceramahnya kerana masa semakin


___
A. suntuk
B. longgar
C. panjang
D. lebar

4. Kanak-kanak kecil ____ disayangi dan diberikan kasih sayang bukan didera tanpa rasa
perikemanusiaan.
A. seterusnya
B. sewajarnya
C. bahawasanya
D. Sesungguhnya

1
5. Murid baharu itu _____ ramah dengan kami di dalam kelas.
A. paling
B. sekali
C. benar
D. agak

Soalan 6 dan soalan 7


Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

6. Alesya terus menyahut bila namanya dipanggil oleh datuk dari arah dapur.
A B C
Tiada kesalahan.
D

7. Kedua beradik yang telah lama terpisah itu berpelukan semasa mereka dipertemukan
A B C
dalam satu majlis.Tiada kesalahan.
D

Soalan 8 dan soalan 9

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

8. I. Lorong yang sempit itu menyukarkan kenderaan untuk berselisih.


II. Pendapatnya tentang perkara itu menggambarkan pemikiran yang sempit.
III. Dia menjadi semakin sempit apabila diberikan wang yang banyak.
IV. Pandanganya menjadi sempit akibat terlibat dalam kemalangan .

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

9. I. Ayah membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.


II. Kenny duduk di pangkin sambil membanting kakinya.
III.Petani itu sedang sibuk membanting padi di tengah sawah
IV.Ahmad sibuk membanting bunga yang layu itu di hadapan rumahnya.

A. I dan II sahaja
B. I dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. III dan IV sahaja

2
Soalan 10 dan soalan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak .
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

10. Jangan sekali meninggikan suara bila bercakap dengan ibu bapa.
A. Jangan sekali meninggikan suara apabila
B. Jangan sekali-kali meninggikan suara apabila
C. Jangan sekali-sekali meninggikan suara bila
D. Jangan sekali meninggikan suara bila

11. Kehidupan Pak Ali kini sudah senang-lenang setelah anak-anaknya sudah bekerja.
A. sangat senang-lenang
B. sudah senang-senang
C. sangat senang-senang
D. sudah senang-lenang

Soalan 12 dan soalan 13


Pilih ayat-ayat yang betul.

12. I. Banyak pusat-pusat kesihatan kecil masih mengalami kekurangan doktor.


II. Pusat sumber sekolah ialah tempat pembacaan yang terbaik sekali.
III. Peniaga cempedak goreng di hadapan sekolah saya ialah bapa saudara saya
IV. Kerajaan akan melipatgandakan usaha untuk mencapai negara maju pada abad ke-
21

A. I dan II sahaja
B. II, dan III sahaja
C. III dan IV sahaja
D. I dan IV sahaja

13. I. Pak Ngah suka mendengar koleksi lagu-lagu yang diputarkan oleh stesen radio itu.
II. Ibu menasihat abang supaya mengubah tabiat pemakanannya.
III. Pak cik Sudin menggunakan motosikal buruknya untuk pergi menorah setiap pagi.
IV Mak cik Leha amat merindui kedua-dua anaknya yang bekerja di Kuala Lumpur.

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. III, dan IV sahaja
D. I dan IV sahaja

3
Soalan 14 hingga soalan 15
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
14. Penyertaan pelbagai bangsa dalam aktiviti kemasyarakatan akan dapat
mewujudkan perpaduan kaum yang lebih utuh.
A. Perpaduan kaum yang utuh dalam aktiviti kemasyarakatan akan dapat diwujudkan
melalui penyertaan pelbagai bangsa.
B. Pelibatan semua bangsa yang lebih kukuh dalam aktiviti masyarakat akan dapat
mewujudkan perpaduan kaum.
C. Aktiviti kemasyarakatan yang disertai oleh pelbagai bangsa telah dapat mewujudkan
perpaduan kaum yang lebih utuh.
D. Pepaduan kaum yang lebih kukuh akan dapat diwujudkan dengan pelibatan
berbagai-bagai bangsa dalam kegiatan kemasyarakatan.

15. Faizal mencadangkan agar kelasnya membuka gerai jualan makanan bersempena
dengan Hari Kantin Sekolah untuk menambahkan tabungan kelas.
A. Semasa Hari Kantin Sekolah, kelas Faizal disarankan membuka gerai jualan
makanan untuk mengisi tabungan kelas.
B. Kelas Faizal bercadang untuk membuka gerai jualan makanan bersempena dengan
Hari Kantin Sekolah agar tabungan kelas bertambah.
C. Gerai jualan makanan yang dicadangkan oleh Kelas Faizal dibuka sempena dengan
Hari Kantin Sekolah bertujuan untuk menambah tabungan kelas.
D. Bagi menambahkan tabungan kelas, Faizal mengesyorkan supaya kelasnya
membuka gerai jualan makanan semasa Hari Kantin Sekolah.

Pilih peribahasa yang paling sesuai.


16. Peribahasa-peribahasa yang berikut jelas menggambarkan bahawa seseorang yang
hendak berjaya perlulah berusaha kecuali
A. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih
C. ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
D. baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang

17. Prestasi kerja Amran dianggap buruk kerana dia hanya akan melakukan tugasnya
apabila disuruh.
Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan sikap Amran ialah
A. Seperti tikus membaiki labu
B. Seperti melepaskan batuk di tangga
C. Seperti hangat-hangat tahi ayam
D. Seperti pahat dengan penukul

4
Soalan 18-20 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

“Cepat! Cepat !”

Sidek menahan pintu untuk mereka. Namun, mendadak pula dia ditolak ke tepi oleh
majikannya. Pintu itu ditutup pantas.

Dodo yang baru tiba segera mengetuk dengan keras dan menjerit minta dibenarkan
masuk. Talia memegang erat bapanya. Jini di dalam bakul tidak bergerak. Qadqad yang
paling dekat dengan mereka melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Nyaris Talia terjerit
jika tidak mereka isyarat mata dan gelengan ibunya. Peluh merenik di dahi Dodo yang
menanggung berat anaknya berserta makhluk selebar bahunya itu.

“ Qadqad…qraakkk…graakkk…”
Anehnya haiwan itu sekadar berkelip-kelip membelek Talia sambil bersuara lembut.
Bunyinya disambut oleh beberapa ekor Qadqad yang lain, seolah-olah mereka berbicara.
Dalam jarak yang amat dekat, Talia mendapati kepala makhluk itu berparut. Kesannya
persis bekas luka dilibas mata gergaji.

Qadqad di bahu Dodo meloncat turun. Ratusan kaumnya mengengsot


membelakangkan keluarga Talia, mengikuti jejaknya berundur. Tidak sampai beberapa
minit, lingkaran reben hijau kuning itu kembali ditelan hutan belantara.

Dodo dan Misa terduduk. Misa teresak-esak lega sambil memeluk Talia. Sidek pula
membuka pintu dan bergegas mendapatkan mereka.

Dipetik daripada cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad”

18. Apakah maksud rangkai kata memegang erat?


A. Melepaskan dengan kuat
B. Menahan dengan kukuh
C. Memaut dengan kuat
D. Melemparkan dengan kuat

19. Pernyataan berikut merupakan perwatakan `Talia` kecuali


A. Seorang yang berani
B. Seorang yang bersifat belas kasihan
C. Seorang yang mudah berputus asa
D. Seorang yang menghormati ibu bapanya

20. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membalas budi seseorang?

A. Melupakan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang


B. Mengucapkan terima kasih dan mendoakan kebaikan orang tersebut
C. Memberi hadiah yang lumayan kepada orang tersebut sebagai membalas budi
D. Memberitahu kepada semua orang akan kebaikannya akan dirinya disukai oleh
orang lain.

- Tamat -

Anda mungkin juga menyukai