Anda di halaman 1dari 12

Bahagian A

[40 markah]

Soalan 1 - 14
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. Pengurus syarikat itu telah menerima aduan ___________ kecuaian pekerjanya
semasa menajalankan tugas.
A. oleh
B. akan
C. tentang
D. terhadap

2. Vithya ____________ perabot itu dengan sehelai kain buruk untuk menghilangkan
habuk.
A. menyapu
B. mengipas
C. mengelap
D. mengibas

3. Ibu menggantikan tali ampaian yang sudah ____________ itu dengan tali yang
baharu.
A. kendur
B. lembik
C. longgar
D. renggang

4. Perahu Pak Zainal terolang-aling di ____________ laut akibat dipukul ombak.


A. bawah
B. tengah
C. penjuru
D. seberang

5. Kamarul __________ tidak percaya akan berita yang disampaikan oleh abangnya itu.
A. samar-samar
B. kabur-kabur
C. betul-betul
D. jelas-jelas

6. Kami berempat tersentak apabila terdengar suara __________ yang kuat di hutan itu.
A. seruan
B. jeritan
C. sahutan
D. kicauan
7. Polis trafik itu tidak _______________ menerima wang rasuah daripada lelaki yang
melakukan kesalahan di jalan raya itu.
A. mahu
B. mesti
C. dapat
D. hendak

8. Sawah milik Datuk Ruslan yang ____________ luas itu menarik perhatian para
pelancong asing.
A. terlantar
B. terdampar
C. terhampar
D. terpampang

9. Semasa bermain dengan rakan-rakannya, Karim terjatuh kerana kakinya


___________ ke dalam lubang.
A. terjunam
B. tersadung
C. terperosok
D. tersungkur

10. Hasil daripada ____________ itu, doktor mendapati bahawa lelaki itu mati kerana
dicekik.
A. soal siasat
B. kaji selidik
C. bedah siasat
D. maklum balas

11. Gadis yang menjadi idaman abang itu bukan sahaja cantik _________ sangat berbudi
pekerti.
A. jika
B. dan
C. malah
D. tapi

12. Biskut itu disimpan di dalam balang kaca itu sudah _________ kerana tidak ditutup
ketat-ketat.
A. lemau
B. empuk
C. lembik
D. lembut

13. Kami terpaksa meredah hutan belantara itu untuk sampai ke rumah pakcik yang
terletak di kawasan __________.
A. dalam
B. mendalam
C. pedalaman
D. pendalaman

14. Orang kampung memberikan ________ pisang kepada pegawai yang hadir untuk
merasmikan pertandingan wau di kampung itu.
A. seikat
B. segugus
C. setandan
D. selonggok

Soalan 15 – 16
Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
15. Budak lelaki yang baharu masuk ke pekarangan sekolah itu berasal dari negeri
Pahang.
A B C
Tiada kesalahan
D

16. Sekalian remaja-remaja diingatkan tentang tanggungjawab mereka kepada agama,


A B C
bangsa dan negara. Tiada kesalahan.
D
Soalan 17 – 18
Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
17. I Kita perlu mencari lebih ilmu pengetahuan agar kita tidak berfikiran sempit.
II Kehidupan Mariani sempit semenjak bapanya meninggal dunia dalam
kemalangan jalan raya.
III Laluan pintas ke Jalan Tara itu terlalu sempit sehingga berlaku kesesakan di
situ.
IV “Sempitlah kita apabila rahsia ini diketahui oleh semua orang terutamanya
musuh kita”, kata Aishah kepada rakan-rakannya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

18. I Telor ayam yang dibeli oleh ibu akan digoreng malam nanti.
II Kuning telor akan diasingkan daripada putih telor untuk dibuat adunan kek.
III Murid baharu itu menghadapi kesukaran memahami kata-kata kawannya
kerana dia menggunakan telor orang utara.
IV Mereka berasa kagum dengan kebolehan pelancong Eropah itu yang pandai
bercakap menggunakan telor Kelantan.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 19 – 20
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat
itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
19. Kebanyakan murid murid SK Taman Rumpai hadir awal ke sekolah kerana terlibat
dalam program Bacalah Sayang.
A. Kebanyakan orang murid-murid
B. Kebanyakan orang murid
C. Kebanyakan murid
D. Kebanyakan murid-murid

20. Semenjak tamat persekolahan, kami saling kunjung-mengunjungi pada hari raya
untuk merapatkan hubungan silaturahim.
A. mengunjungi
B. saling kunjung
C. saling mengunjungi
D. saling kunjung-mengunjungi

Soalan 21 dan 22
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
21. Abang yang mengadu sakit dada dikejarkan ke hospital oleh ayah untuk
mendapatkan rawatan kecemasan kerana dikhuatiri akan mengancam
nyawanya.
A. Ayah membawa abang ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan kerana
abang sakit dada.
B. Abang yang mengadu sakit dada dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
C. Rawatan cemas perlu diberikan kepada abang yang sakit dada kerana khuatir akan
membawa maut jika dibiarkan.
D. Abang yang mengadu sakit dada dikejarkan ke hospital oleh ayah untuk
mendapatkan rawatan kecemasan kerana dikhuatiri akan mengancam nyawanya.

22. Amalan menabung perlu dipupuk dalam diri setiap individu sejak dari bangku
persekolahan lagi.
A. Pihak sekolah harus memupuk amalan menabung dalam diri setiap individu.
B. Sejak dari zaman persekolahan lagi, seseorang itu haruslah digalakkan untuk
menyimpan duit.
C. Setiap individu harus bijak menabung tanpa mengira usia sejak dari bangku
persekolahan lagi.
D. Setiap individu harus mempunyai sikap menabung sejak dari bangku persekolahan
lagi.

Soalan 23 – 26
Pilih ayat-ayat yang betul.
23. I Tiap-tiap orang pekerja di kilang itu akan diberi elaun sara hidup sebanyak
RM500.00 sebulan.
II Lembu-lembu yang bertempiaran di padang itu sedang meragut rumput.
III Janganlah kita bermasam muka apabila dimarahi oleh guru kita.
IV Adik saya pucat lesi setelah melihat kemalangan jalan raya itu.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

24. I Kejayaan seseorang banyak bergantung pada usahanya sendiri.


II Hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada penjenayah itu.
III Setelah kembali ke tanah air, cara hidup Melisa lebih ke barat.
IV Johana terpaksa menulis semula karangan tersebut kerana tulisannya tidak
dapat dibaca oleh gurunya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

25. I Zamri menggunakan masa luangnya untuk mengulang kaji mata pelajaran
kegemarannya seperti Sains dan Matematik.
II Ibu menggoreng ayam sambil berbual-bual dengan ayah dan abang di dapur.
III Bapa membawa kami sekeluarga makan di sebuah restoran yang paling mahal
di Kuala Lumpur.
IV Pelaksanaan kempen anti buli di sekolah harus disokong oleh semua pihak
terutamanya ibu bapa.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

26. I Beribu orang hadir ke majlis perkahwinannya dengan pemain badminton


terkenal di Malaysia.
II Sazali mendapat hadiah daripada ayahnya kerana lulus dengan cemerlang
dalam subjek Bahasa Melayu.
III Orang tua perlu disantuni oleh golongan muda kerana mereka banyak berjasa.
IV Sungai yang tercemar itu menyebabkan pelbagai hidupan akuatik mati.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja

Soalan 27 – 30
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
27. Penagih dadah yang telah menjalani rawatan pemulihan di Pusat Serenti itu akhirnya
insaf dan pulang ke kampung halamannya semula untuk menjalani kehidupan yang
bebas daripada najis dadah.
A. mendukung biawak hidup
B. sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
C. ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis
D. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

28. Abang begitu gelisah menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan
diumumkan pada hari esok.
Keadaan ini diibaratkan seperti
A. cacing hendak menjadi naga
B. embun di hujung rumput
C. abu di atas tunggul
D. cacing kepanasan

29. Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu sama cantik dan sama padan.
Peribahasa berikut menggambarkan situasi di atas , kecuali
A. bagai pinang dibelah dua
B. bagai dakwat dengan kertas
C. bagai bulan dipagari bintang
D. bagai cincin dengan permata

30. Ibu Aminah menasihati anak perempuannya agar tidak terpedaya dengan janji-janji
manis pemuda yang baru dikenalinya itu kerana banyak wanita yang pernah menjadi
mangsa sebelum ini.
Keadaan ini diibaratkan seperti
A. menanam tebu di tepi bibir
B. sudah terhantuk baru terngadah
C. makan hati berulamkan jantung
D. orang mengantuk disorongkan bantal
Soalan 31 – 35 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

Memerang laki bini pun mendatangkan sembah dengan suara nyaringnya. “Daulat tuanku,
ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun; yang sedia terjunjung di
atas otak kepala patik yang hina, yang kedua permaklumkan sembah ke bawah tapak
cerpu Duli yang Maha Mulia darihal diri patik yang kedua ini sangatlah dianiaya oleh
Perdana Menteri tuanku, Syah Alam di Rimba. Sepeninggalan hamba mencari ayapan itu
patik tinggalkan ketujuh ekornya menunggu pondok. Hatta patik pun pulang daripada
mencari ayapan itu, patik lihat anak didik itu, tuanku, berkaparan di halaman pondok patik
habis mati semuanya sekali, setengah pecah kepala, setengah patah kaki patah tangannya.
Diperiksa dilihat baik nyatalah bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba, tuanku. Berkeciak
sahaja merata-rata halaman patik itu dan merata-rata kepala buaian-buaian anak didik itu.
Pada fikiran patik sah dengan nyatanya Syah Alam di Rimba membunuh anak-anak didik
itu.”
Hatta setelah didengar oleh Nabi Allah Sulaiman akan sembahan memerang kedua
laki bini itu, termenung seketika hairan akan kelakuan menterinya Syah Alam di Rimba
perbuat aniaya ke atas rakyat tentera, tiada berpatutan sekali-kali itu. Baginda pun bertitah
kepada unggas belatuk menyuruh memanggil Syah Alam di Rimba. Belatuk pun
menyembah lalu segera terbang ke tempat Syah Alam di Rimba, katanya, “ Hai Syah
Alam di Rimba, Nabi Allah Sulaiman memanggil segera ke balai penghadapan.”
Syah Alam di Rimba pun berjalan segera menghadap Nabi Allah Sulaiman; selang
antara tiada berapa lamanya sampailah lalu duduk menyembah baginda dengan hormat
takzimnya.
Titah Nabi Allah Sulaiman, “Hai menteriku, sebab pun aku panggil ini, ada aduan
memerang di atas engkau fasal anaknya mati engkau bunuh konon. Yakah engkau
membunuhnya? Dan apa fasal engkau bunuh itu? Tiada kasihan akan rakyat tenteraku?’

(dipetik daripada Pelanduk Mengajar Memerang,


dalam antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2, KPM)

31. Apakah reaksi Nabi Allah Sulaiman apabila mendengar rintihan memerang laki bini?
A. Nabi Allah Sulaiman mengeluh tanpa berhenti-henti
B. Nabi Allah Sulaiman terkejut akan sikap Syah Alam di Rimba
C. Nabi Allah Sulaiman memberi amaran kepada Syah Alam di Rimba
D. Nabi Allah Sulaiman memarahi memerang laki bini kerana menuduh Syah Alam
di Rimba

32. Mengapakah Sang Memerang mengesyaki Syah Alam di Rimba yang membunuh
anak-anaknya?
A. Anak memerang ialah makanan kegemaran Syah Alam di Rimba
B. Syah Alam di Rimba sudah lama berdendam dengan Sang Memerang
C. Sang Memerang sering menimbulkan kemarahan Syah Alam di Rimba
D. Sang Memerang menjumpai bekas tapak kaki Syah Alam di Rimba di
halaman pondoknya
33. Apakah peleraian jalan cerita Pelanduk Mengajar Memerang?
A. Memerang laki bini berasa amat sedih
B. Syah Alam di Rimba telah terpijak anak-anak memerang sehingga mati
C. Syah Alam di Rimba terlepas daripada hukuman membunuh anak-anak
memerang
D. Nabi Allah Sulaiman telah memanggil semua haiwan terlibat untuk menyiasat
punca kematian anak-anak memerang

34. Susun urutan peristiwa di bawah ini supaya menepati jalan cerita Pelanduk Mengajar
Memerang.
I Memerang laki bini berasa amat sedih
II Syah Alam di Rimba telah terpijak anak-anak memerang sehingga mati
III Syah Alam di Rimba terlepas daripada hukuman membunuh anak-anak
memerang
IV Nabi Allah Sulaiman telah memanggil semua haiwan terlibat untuk menyiasat
punca kematian anak-anak memerang
A. I, II, III, IV
B. II, I, IV, III
C. I, II, IV, III
D. II, I, III, IV

35. Berikut adalah persoalan yang terkandung dalam prosa tradisonal Pelanduk Mengajar
Memerang, kecuali
A. Persoalan pemimpin menjatuhkan hukuman
B. Persoalan kebijaksanaan pemimpin menyelesaikan masalah
C. Persoalan kepentingan pendidikan dalam kehidupan
D. Persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak

Soalan 36 – 40 berdasarkan petikan puisi di bawah.

Pantun Alam Remaja


Elok rupanya kumbang jati, Hanyut batang berlilit kumpai,
Dibawa itik pulang petang, Terdampar di ujung Tanjung Jati,
Tidak terkatakan besar hati, Bonda pulang bapa pun sampai,
Melihat ibu sudah pulang. Kita semua berbesar hati.

Dibawa itik pulang petang, Ramai orang bersorak-sorak,


Dapat di rumput bilang-bilang, Menepuk gendang dengan rebana,
Melihat ibu sudah pulang, Alang besarnya hati awak,
Hati cemas menjadi hilang. Mendapat baju dengan celana.

Ayam kinantan terbang mengekas, Mahulah kami hendak melapun,


Hinggap di ranting bilang-bilang, Lapun dibawa orang menjaja,
Melihat bonda pulang lekas, Jangan marah kami berpantun,
Hatiku besar bukan kepalang. Budak kecil biasa manja.

Kita menari keluar bilik,


Sebarang tari kita tarikan, (Dipetik daripada antologi Baik Budi,
36. Berdasarkan rangkap pertama pantun di atas, berikut merupakan kesan memberi
pujian kepada seseorang kecuali
A. akan meningkatkan ego seseorang
B. seseorang itu akan berasa dirinya dihargai
C. meningkatkan keyakinan seseorang itu
D. akan menyebabkan seseorang itu berasa gembira

37. Apakah tema Pantun Alam Remaja?


A. Keghairahan mengejar cita-cita semasa alam remaja
B. Kekecewaan remaja kerana tidak dapat menikmati alam remaja
C. Kegembiraan dan keseronokan menikmati alam remaja
D. Menghargai jasa ibu bapa semasa alam remaja

38. Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam pantun di atas kecuali
A. Baik hati
B. Keberaniaan
C. Bertanggungjawab
D. Hormat-menghormati

Dibawa itik pulang petang

39. Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam baris pantun di atas?
A. Metafora
B. Hiperbola
C. Peribahasa
D. Personafikasi

40. Apakah pengajaran yang terdapat dalam rangkap keenam pantun ini?
A. Ibu bapa haruslah sentiasa berjimat cermat semasa berbelanja untuk anak-anak
B. Ibu bapa haruslah sentiasa pulang ke rumah untuk menjaga anak-anak
C. Ibu bapa haruslah sentiasa membelikan pakaian baharu untuk anak-anak
D. Ibu bapa haruslah bertanggungjawab menjaga kebajikan anak-anak
Bahagian B
[ 15 markah ]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang ciri-ciri sekolah idaman ibu bapa. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Ciri-ciri sekolah idaman ibu bapa ialah


Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa pada hari ini amat memberikan
penekanan kepada kualiti sesebuah sekolah sebelum dijadikan pilihan untuk menghantar
anak mereka belajar di situ. Tiada ibu bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke
sekolah yang dianggap ‘bermasalah’kerana ibu bapa mempunyai harapan tertentu yang
terjana di kotak minda mereka. Persoalannya, apakah ciri-ciri yang ingin dilihat oleh ibu
bapa sebelum menjadikan sesebuah sekolah itu sebagai sekolah idaman mereka?
Sekolah yang mampu menghasilkan keputusan pencapaian pendidikan yang
tinggi dalam peperiksaan jelas menjadi satu ukuran penting kepada ibu bapa.
Sekolah sebegini, dilihat sebagai teraju status yang tinggi berbanding sekolah yang gagal
mencapai keputusan yang baik. Satu lagi kriteria yang mempengaruhi pilihan ibu
bapa adalah iklim sekolah yang kondusif bagi keperluan pembelajaran dan
sosialisasi murid. Sekolah sebegini dipercayai dapat merangsang murid untuk mencintai
ilmu dan meletakkan sasaran kecemerlangan dalam diri murid. Begitu juga dengan
sekolah yang mempunyai kemudahan yang cukup baik untuk keperluan
pembelajaran murid. Ibu bapa memilih sekolah seperti ini kerana mampu menyediakan
murid dengan pelbagai kemudahan yang dapat memantapkan pembelajaran mereka.
Kreadibiliti guru yang tinggi juga menjadi satu ukuran penting yang dinilai
oleh ibu bapa untuk memilih sekolah idaman mereka. Kreadibiliti ini sering dikaitkan
dengan pencapaian sekolah dalam peperiksaan utama serta cerita-cerita enak yang dibawa
oleh anak dari sekolah berkaitan perkara-perkara yang berlaku di sana. Seterusnya,
persekitaran sekolah yang selamat turut mempengaruhi pandangan ibu bapa
terhadap sekolah idaman. Persekitaran dalam sekolah yang tiada unsur bunyi,
pergeseran kaum, prejudis mahupun diskriminasi memberi ruang yang cukup baik dan
selesa untuk interaksi dan sosialisasi dalam kalangan murid. Sesungguhnya, setiap ibu
bapa inginkan anak mereka mendapat pendidikan di sekolah terbaik pada pandangan
mereka. Sehubungan dengan itu, usaha berterusan pihak sekolah dalam mewujudkan
sekolah cemerlang dengan mengambil kira pelbagai dimensi mampu memberi implikasi
yang positif terhadap kecemerlangan pendidikan murid dan juga status sekolah.

Bahagian C
[ 10 markah ]

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Mengisi masa lapang – belajar kemahiran hidup – membentuk disiplin diri – menjadikan
murid bertanggungjawab – apabila diberi tugasan – melatih murid menjadi pemimpin –
membantu perkembangan sahsiah – mengukuhkan perpaduan
Kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah murid dapat mengisi masa lapang mereka
dengan perkara yang berfaedah. Murid-murid berpeluang belajar kemahiran hidup yang
sukar diperoleh di dalam bilik darjah. Dengan menyertai Pengakap, murid-murid dapat
belajar membuat gajet. Selain itu, aktiviti kokurikulum dapat membentuk disiplin diri
dalam diri murid-murid. Murid-murid menjadi lebih bertanggungjawab apabila diberikan
tugasan dan tempoh masa untuk menyiapkannya. Seterusnya, aktiviti kokurikulum melatih
murid menjadi pemimpin apabila mereka diberi jawatan sebagai pengerusi, setiausaha dan
bendahari. Hal ini juga dapat membantu perkembangan sahsiah mereka. Aktiviti
kokurikulum yang disertai oleh pelbagai kaum mampu mengukuhkan perpaduan yang
diutamakan untuk kemakmuran negara.

Anda mungkin juga menyukai