Anda di halaman 1dari 12

LATIHAN ULANGKAJI BERFORMAT PT3 BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

Arahan :Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B .

BAHAGIAN A

[20 Markah]
[Masa dicadangkan : 30 Minit]
Soalan 1- 4

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh kerajaan India ke arah kehidupan

rakyatnya yang sebelum ini sentiasa terlibat dalam peperangan saudara.
A. Tenteram
B. ditenteramkan
C. Penenteraman
D. Ketenteraman

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

2. Fuad motosikalnya yang rosak ke Bengkel Ah Seng untuk dibaiki.

A. Menarik
B. Memapah
C. Menuntun
D. Menunggang

3. Perabot yang dihasilkan kayu jati itu lebih cantik dan tahan lebih lama.
A. dari
B. bagi
C. untuk
D. daripada

4. Pegawai yang disyaki itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya

1
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
A. makan hati
B. makan gaji
C. makan suap
D. makan angin

Soalan 5 dan soalan 6

Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

5. Ahli sains-ahli sains negara telah menjalankan uji kaji terhadap struktur tanah yang
A B
terdapat di Kutub Utara pada penghujung tahun ini. Tiada kesalahan
C D

6. Tuk Wan menceritakan tentang pengalamannya semasa menjadi buruh paksa Jepun di
A B C
Siam. Tiada kesalahan.
B

Soalan 7 dan soalan 8

Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

7. I. Mendalam soal ini, dia tidak harus dipersalahkan.

II. Masalah itu dibincangkan secara mendalam antara empat mata.
III. Fikirlah secara mendalam sebelum membuat sebarang tindakan.
IV.Air perigi semakin mendalam setelah hujan turun tanpa henti.

A. I dan II sahaja B.
I dan III sahaja C. II
dan III sahaja D. III
dan IV sahaja

8. I. Jasa Cikgu Zainab tetap segar dalam ingatan anak-anak muridnya.

II.Tulisan Fahmi segar dan memudahkan guru kelas untuk membacanya.
III. Udara di Tanah Tinggi Cameron itu sungguh dingin dan segar.
IV. Pokok-pokok yang yang ditanam oleh ayah di kebun sungguh segar.

A. I dan II sahaja B.
I dan III sahaja C. II
dan III sahaja D. III
dan IV sahaja

2
Soalan 9 dan soalan 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan Bahasa dan mungkin juga tidak .
Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat ini mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.

9. Rahimi bertanyakan kepada saya tentang arah ke rumah Azim.

A. bertanya saya
B. ditanyakan saya
C. bertanya kepada saya
D. bertanyakan kepada saya

10. Ujian lisan berlangsung selama satu jam setengah.

A. jam satu setengah
B. satu setengah jam
C. setengah satu jam
D. satu jam setengah

Soalan 11 dan soalan 12

Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I. Hariz adalah murid tertinggi di sekolahnya.

II. Kami keluar dari Raju klinik pada pukul 9.00 malam.
III. Kanak-kanak itu tersenyum gembira apabila ternampak kelibat ayahnya.
IV. Semua peserta diminta berkumpul di hadapan pagar sekolah pada pukul 7.00 pagi.

A. I dan II sahaja B.
II dan III sahaja C.
III, dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

12. I. Latihan bola jaring pada petang ini akan dibatalkan jika sekiranya hujan.
II. Internet membolehkan pengguna di dunia berhubung antara satu sama dengan lain.
III.Guru-guru perlu menyebarkan maklumat tentang bahaya pencemaran alam kepada
murid-murid.
IV. Kita hendaklah bijaksana apabila berkomunikasi dengan orang lain untuk
mengelakkan
konflik.

A. I dan II sahaja B.
II dan III sahaja C.
III, dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja

3
Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13. Tidak ada seorang pun daripada lima orang anak Encik Majid yang mengikuti jejaknya
menjadi peguam. Sebaliknya mereka mempunyai minat dan kecenderungan yang
berbeza.
Keadaan ini sesuai dengan peribahasa yang berikut kecuali
A. lain padang lain belalang.
B. rambut sama hitam, hati lain-lain.
C. bagaimana acuan begitulah kuihnya.
D. banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Soalan 14-17 berdasarkan petikan prosa tradisional di bawah.

Maka diambil padi yang dijemur itu segenggam, lalu disembunyikan butir-butir padi itu di
dalam lubang-lubang luka pada tumitnya. Setelah itu ia pun meminta izin dengan baik-
baik untuk pulang ke kampungnya, ke bumi tempat saudaranya yang tetap menantinya.

Maka berkatalah induk semangnya, orang kayangan yang masih juga mencurigainya
itu, “Baiklah jikalau kamu ingin pulang ke kampung kamu, akan tetapi, sebelum itu saya
akan memeriksa dan menggeledah kamu lebih dahulu. Barangkali ada padi yang
disembunyikan untuk kamu bawa sebagai oleh-oleh ke bumi.”

Anak yatim piatu itu pun menjawab dengan tenangnya, “Silakan ! Periksalah dengan
teliti kalau-kalau ada apa-apa yang saya bawa. Sekarang saya sudah betul-betul jera
mengambil apa-apa. Saya sungguh-sungguh sudah bertaubat dan tidak mahu lagi
melakukannya.”

Kemudian induk semang berkata, “Jikalau benar demikian katamu, maka jelaslah bagi
kami dan percayalah kami bahawa kamu betul-betul tidak akan mencuri padi kami lagi.”

Setelah induk semang berkata demikian, maka anak yatim piatu itu pun berangkatlah
meninggalkan kayangan. Orang kayangan itu tidak mengetahui sama sekali bahawa anak
yatim paitu yang kecil itu ada menyembunyikan padi di dalam lubang-lubang luka pada
tumitnya. Akhirnya sampai jugalah anak yatim piatu itu dengan selamat di kampungnya.
Maka ia pun dengan segera membuat ladang. Setelah selesai, ditanamnya padi yang
dicurinya itu di ladangnya.

14. Bagaimana anak yatim piatu itu membawa butir-butir padi bersamanya?
A. Mencuri sebutir padi dan melarikan diri
B. Meminta izin daripada Induk Semang sebagai oleh-oleh ke bumi
C. Menyembunyikan butir-butir padi di dalam lubang luka pada tumitnya
D. Menanam padi yang dicuri di lading tanpa pengetahuan orang kayangan.

4
15. Maksud perkataan jera dalam petikan ialah
A. Serik
B. Ikhlas
C. Jujur
D. Berani

16. Apakah nilai murni yang terdapat dalam petikan prosa tradisional di atas?
A. Nilai keikhlasan
B. Nilai keberanian
C. Nilai kejujuran
D. Nilai ketabahan

17. Berikut merupakan perwatakan Anak Yatim Piatu selepas Induk Semang mencurigai
dirinya kecuali
A. Seorang yang sangat ketakutan
B. seorang yang berfikiran terbuka
C. seorang yang tidak berputus asa
D. seorang yang berusaha untuk menyembunyikan perkara sebenar

Soalan 18-20 berdasarkan petikan sajak di bawah

5
18. Apakah maksud sajak dalam rangkap pertama?

A. Penyajak berterima kasih k e p a d a h u j a n k e r a n a m e m b a s a h i b u m i .

B. mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.
C. Dunia akan menjadi aman damai dan indah jika semua orang menghargainya.
D. Tanah yang subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

19. Hujan,tanah, dan ikan merupakan gaya bahasa

A. Simile
B. Paradoks
C. Unsur alam
D. Metafora

20. Berdasarkan sajak di atas, mengapakah kita perlu menghargai jasa pejuang negara?
A. Kerana mereka telah berkorban demi negara tercinta.
B. Untuk menyemai sikap patriotisme dalam diri masyarakat.
C. Supaya generasi masa kini menyedari pahit getir yang dialami oleh pejuang negara.
D. Semua jawapan di atas.

6
BAHAGIAN B

[25 Markah]
1. Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu
menyalin iklan ini semula.

Restoran Santapan Bonda

 Restoran Santapan Bonda dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 6.00
petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

Aneka pilihan masakan untuk sarapan, makan tengahari, dan

minum petang.

Pelbagai jenis bubur dan kuih muih disediakan.

Tiga jenis masakan yang berkhasiat juga disediakan khusus

untuk kanak-kanak pra sekolah dan warga emas secara percuma
setiap hari Isnin.

Kami juga menerima tempahan untuk majlis jamuan dan kenduri-kendara

(i)

( ii )
( iii )
[ 3 Markah]
2. Dalam satu ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan
bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Angkasawan negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di

angkasa lepas dengan semangatnya.

ii. Ke bawah Duli Tuanku sedang menyematkan bintang kebesaran ke dada Datuk
Siti sempena hari kelahiran baginda.

7
[ 2 Markah]

3. Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan

berikutnya.

BAHAN 1
Alias berharapdan hendak bersuara agar namanya disebut oleh Cikgu Sunan.
Pendapatan hariannya, selepas sekolah atau pada hari minggu tidak mencukupi
walaupun beruknya yang memetic buah kelapa itu tidak pernah sakit.

“ Tolong beri nama dan hantar ke pejabat. Ada orang nak beri bantuan pakaian
sikit,” kata Guru Besar dan terus beredar.

“ Baiklah cikgu,” jawab Cikgu Sunan dan kemudian kembali duduk di mejanya.
Alias tunduk semahu-mahunya walaupun tergerak juga hendak memanggung kepala
untuk memberitahu yang dia Cuma ada dua helai seluar dan sehelai baju. Sehelai
untuk dipakai ke sekolah dan sehelai lagi untuk dipakai ketika bersama-sama Chot
memanjat kelapa.

BAHAN 2

Zali datang ke sekolah berkaki ayam. Cikgu Ayub tidak begitu senang dengan
keadaan Zali. Walaupun dimarah dan didenda, Zali tetap tidak berkasut. Pada Suatu
hari, Cikgu Ayub mendenda Zali dengan mengikat kotak tisu di kedua-dua belah kakinya.
Zali berasa sangat malu. Sejak hari itu Zali tidak datang ke sekolah.
Cikgu Ayub berasa bersalah. Niatnya untuk menjadikan muridnya kelihatan kemas tidak
menyebabkan Zali tidak datang ke sekolah. Selepas seminggu Zali tidak hadir ke sekolah,
Cikgu Ayub telah ke pecan membeli kasut sekolah baharu untuk Zali. Cikgu Ayub telah
pergi ke rumah Zali untuk memberikan kasut tersebut. Cikgu Ayub berasa sungguh hiba
melihat keadaan rumah Zali.

i. Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan bantuan yang diperlukan oleh watak
Alias dan watak Zali.

[3 markah

ii. Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara Alias dan Zali.

8
[3 markah]

iii. Masih banyak murid sekolah yang berasal daripada keluarga yang berpendapatan
rendah.
Pada pendapat anda, bagaimanakah pihak sekolah dapat membantu murid-murid
seperti Alias dan Zali selain memberikan bantuan pakaian.

[4 Markah]

NOVEL
[10 Markah]
4. Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji.

i. Destinasi Impian karya Ismail Sarbini

ii. Meniti Impian karya Osman Ayub
iii. Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

Latar tempat ialah keterangan tentang keadaan dan peristiwa di sesuatu tempat dalam
cerita.
Berdasarkan novel di atas, nyatakan tiga latar masyarakat berserta dengan contoh
peristiwa yang berlaku dalam novel tersebut.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

9

10
11
12

Anda mungkin juga menyukai