Anda di halaman 1dari 16

SULIT

Bahagian A - Objektif Aneka Pilihan


(Soalan 1 - 20)

Soalan 1 - 10
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.

1 Ibu sedang kain sebelum menyidainya di ampaian di belakang


rumah.
A memerah C memutar
B membilas D mengilas

2 Akibat terbatuk, air yang sedang diminum oleh adik ke lantai.


A bertaburan
B berserakan
C berderaian
D bersemburan

3 Setelah beberapa bulan berada di luar negara, Fatimah amat rindu


keluarganya di tanah air.
A tentang C akan
B pada D dengan

4 Pemuda tersebut ke tempat kerjanya kerana sudah lewat.


A tercungap-cungap
B terkocoh-kocoh
C terketar-ketar
D terkial-kial

1
SULIT

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Farhan tersepak batu lalu jatuh .
A tersembam C tercampak
B terpelanting D terguling

6 Barang-barang yang menjadi bahan bukti pihak pendakwa ada pihak


mahkamah.
A di C kepada
B pada D dengan

7 Dia berasa ketika berasa dalam majlis yang penuh adat istiadat yang
dihadiri oleh orang kenamaan.
A kekok
B ganjil
C gerun
D pelik

8 Murid cemerlang itu telah menghadiri untuk mendapatkan biasiswa


bagi melanjutkan pelajarannya ke luar negara.
A temu bual
B temu duga
C soal jawab
D soal balas

9 Beberapa hari sebelum keputusan peperiksaan diumumkan, hati saya mula


.
A berdegar-degar C berdebar-debar
B berkobar-kobar D berdenyut-denyut

2
SULIT

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah.

10 Afizah gemar bunga untuk dijadikan hiasan di ruang tamu


rumahnya.
A menggubah
B mencucuk
C mengubah
D menyulam

Soalan 11 dan 12
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan.

11 Pemilihan peserta ke pertandingan kuiz peringkat daerah dibuat adalah


berdasarkan kepada keputusan kuiz di peringkat sekolah.

A berdasarkan keputusan
B adalah berdasarkan keputusan
C berdasarkan kepada keputusan
D adalah berdasarkan kepada keputusan

12 Pekerja-pekerja itu sibuk mengecati semua bangunan-bangunan sekolah


sebelum tibanya hari perasmian oleh Menteri Pendidikan Malaysia.
A mengecat semua bangunan sekolah
B mengecatkan semua bangunan sekolah
C mengecat semua bangunan-bangunan sekolah
D mengecati semua bangunan-bangunan sekolah

3
SULIT

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13 I Sekarang jugakah mereka akan membasuh pakaian?


II Telah berlepaskah mereka pagi tadi?
III Ahmad tidak menghantar surat hari ini?
IV Harga seikat buah rambutan itu berapakah?

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14 I Majlis itu disudahi dengan bacaan doa.


II Saya telah belikan kasut sukan sempena hari jadi yang ke-15.
III Buku yang baru dibelinya itu dia baca beberapa halaman sehari.
IV Kegagalan saya dalam ujian itu menyebabkan saya kena marah.

A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

Soalan 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15 Peribahasa bagai bulan dengan matahari bermaksud sudah sepadan atau sejodoh.
Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di atas.
A Bagai cincin dengan permata
B Bagai dakwat dengan kertas
C Bagai pahat dengan penukul
D Bagai isi dengan kuku

4
SULIT

Soalan 16 - 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Sesekali, ketika berada di kampus aku rindu pula pada tapai ubi emak. Memang
hebat bapa dan emak dalam pembuatan tapai. Aku mula merasakan kehebatan
mereka. Dahulu aku malu apabila disinonimkan dengan tapai. Kini, aku sudah dapat
memahami perniagaan emak dan bapa memang boleh maju jika kena gayanya.
“Parjo, kita ada projek baharu semester ini,” kata Profesor Haidar, ketika kami
berada di makmal sebaik-baik sahaja semester bermula. Entah mengapa Profesor
Haidar menyebut namaku, tidak rakan-rakan sekuliahku. Barangkali kerana aku
menunjukkan minat yang mendalam terhadap kajian-kajiannya sebelum ini.
“Projek apa, Prof.?” tanyaku sebagai memberikan respons terhadap pensyarah
yang berjambang lebat itu.
“Projek tapai ubi!” spontan sahaja jawapan Profesor Haidar.
“Haahhh...?!!” aku terkejut amat. Jeritan kecil itu membangkitkan kehairanan
rakan-rakan. Ada yang tergelak kecil melihat telatahku. Mereka tidak tahu latar
belakang aku. Mereka tidak tahu hubungan aku dengan tapai.
“Ya, projek tapai ubi. Kenapa?” tanya Profesor Haidar apabila melihat aku seperti
terkejut besar akan kata-katanya tadi.
Aku tidak menjawab. Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak. Teringat aku
akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi hingga kini. Barangkali bapa
sedang mencabut ubi ketika ini. Atau barangkali emak sedang melumatkan ragi pagi
ini. Alangkah sukarnya mereka kini kerana tiada pembantu. Dalam usia setua
mereka, emak dan bapa masih gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka.
Aku kagum dengan kegigihan itu.
(Dipetik daripada Legasi Tapai Ubi,
antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

16 Berdasarkan petikan cerpen di atas, mengapakah Profesor Haidar memilih


Parjo untuk projek baharu semester tersebut?
A kerana Parjo merupakan seorang anak pengusaha tapai.
B kerana Parjo mempunyai pengalaman dalam penghasilan tapai.
C kerana Parjo memperlihatkan minat yang mendalam terhadap
kajian-kajian dalam bilik kuliah.
D kerana Parjo rajin dan gigih menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan
oleh Profesor Haidar.

17 Parjo berasa kagum dengan emak dan bapanya kerana …


A emak dan bapa gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi walaupun
sudah tua.
B emak dan bapa telah memajukan perniagaan tapai.
C emak dan bapa telah mengajar aku untuk membuat tapai.
D emak dan bapa masih membuat tapai ubi sehingga kini.

5
SULIT

18 Apakah reaksi Parjo ketika Profesor Haidar memberikan projek tapai ubi?
A Parjo berasa cuak dan terdiam seketika.
B Parjo berasa bangga.
C Parjo berasa marah terhadap Profesor Haidar.
D Parjo berasa kaget.

19 Cerpen Legasi Tapai Ubi membawa tema …


A Kesungguhan seorang remaja yang mempopularkan makanan tradisi.
B Ketaatan anak terhadap perintah ibu bapa.
C Kasih sayang dalam keluarga.
D Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang telah banyak berkorban.

20 Latar masyarakat yang tidak terdapat dalam keseluruhan cerita ini ialah
A masyarakat yang tidak menghormati orang tua.
B masyarakat yang gigih berusaha.
C masyarakat yang taat akan perintah ibu bapa.
D masyarakat yang penyabar.

6
SULIT

Bahagian A : 20 markah
(Jawapan)

Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1 A B C D 15 A B C D

2 A B C D 16 A B C D

3 A B C D 17 A B C D

4 A B C D 18 A B C D

5 A B C D 19 A B C D

6 A B C D 20 A B C D

7 A B C D

8 A B C D

9 A B C D

10 A B C D

11 A B C D

12 A B C D

13 A B C D

14 A B C D

7
SULIT

Bahagian B - Soalan 1
(Sintaksis)

Tingkatan 1
SP : 5.5.1 : memahami dan membina ayat berdasarkan pola ayat ini dengan betul
dan tepat mengikut konteks.

Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan
Frasa Nama + Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN+FK),
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) dan Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN+FSN).
Contoh :
Kuda putih itu berlari pantas.
Pola ayat : FN+FK

1 Pemuda itu pemain badminton negara.


Pola ayat :

2 Anugerah pelakon terbaik itu dimenangi oleh Amir Khan.


Pola ayat :

3 Pelakon muda itu berasal dari Indonesia.


Pola ayat :

4 Kediaman pembesar itu mewah sekali.


Pola ayat :

5 Rantai mutiara ini untuk ibu.


Pola ayat :

[5 markah]

8
SULIT

Bahagian B - Soalan 2
(Puisi Moden)

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

ROTI

Dari cerobong dapur


asap berjelaga berkepul
terkecur liur
harum berbau juadah tersohor.

Perut yang lapar


selera kian menggelepar
menanti roti dibakar
rangup dan segar
terhidang seumpama permaidani terhampar.

Kala roti di depan mata


nafsu makan pun bergelora
berkeping-keping menggegar selera
perut pun kenyang terasa
tenang bersendawa.

Bagi pemilik iman di dada


sendawa itu tidak sempurna
masih ada beban di bahu mereka
warga miskin belum terbela
masih merintih lapar dahaga.

Bila begitu selamanya


kalimah syukur pun jelas tertera
di hati sanubari warga dunia
melangit damai dirasa
percikan iman segar berwarna.

Marang
Ahmad Syahrul Wahid

(Dipetik daripada antologi


Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

9
SULIT

(i) Berdasarkan sajak, nyatakan dua keadaan bagi seorang yang lapar
apabila melihat roti di depan mata? [3 markah]

(ii) Nyatakan dua nilai murni dalam rangkap keempat sajak ini. [3 markah]

(iii) Pada masa ini, ramai yang suka menyediakan makanan dengan
berlebihan semasa musim perayaan.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan negatif tindakan tersebut?


[4 markah]

10
SULIT

Bahagian B - Soalan 3
(Novel)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 2.

JALAN KE PUNCAK
Juri Durabi

Nilai merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil
karya sastera bagi tujuan mendidik para pembaca. Penerapan nilai ini digambarkan
menerusi sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut.

Berdasarkan novel yang anda pelajari di Tingkatan 2, nyatakan dua nilai murni yang
dapat dicontohi daripada watak utama dalam novel tersebut. Anda perlu memberikan
contoh peristiwa yang sesuai untuk setiap nilai yang dinyatakan.

Jawapan :

11
SULIT

[10 markah]

12
SULIT

Bahagian C
(Pemindahan Maklumat)
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat


dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80
hingga 100 patah perkataan.

KEBAIKAN BUAH LEMON

 membantu menurunkan berat badan


 membuatkan muka sentiasa berseri dan merawat masalah
jerawat
 merawat tekanan darah tinggi
 melancarkan sistem pencernaan
 meningkatkan daya fokus

13
SULIT

Jawapan :

[15 markah]

14
SULIT

Bahagian C
(Pemindahan Maklumat)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang kebaikan makan cendawan terhadap kesihatan manusia.
Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.

Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan
atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri
yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan
sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan
ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau
zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan
tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan penggemar
cendawan.
Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk
mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat
menghentikan masalah pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai
tekanan darah tinggi digalakkan supaya mengambil ekstrak cendawan yang
diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar untuk mengurangkan
tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat dimakan oleh
manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat juga cendawan yang
beracun dan dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik
yang tinggi. Seseorang yang termakan cendawan yang beracun ini akan
terdedah kepada masalah kerosakan hati. Selain itu, pengambilan cendawan
yang beracun juga akan memusnahkan sintesis protein dalam tubuh badan
manusia.
Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya
dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di
samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh
manusia. Satu penemuan penting tentang keistimewaan cendawan ialah
kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga menunjukkan
bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida
yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar
kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai
makanan harian kerana mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh
badan. Selain memberi kebaikan kepada tubuh manusia, cendawan juga
berfungsi sebagai penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja.
Cendawan berperanan sebagai salah satu elemen utama kitar semua hutan.

(Dipetik dan diubah suai daripada


‘Cendawan Kaya dengan Antibiotik’
Oleh Wardah Abdul Rahman,
Dewan Kosmik, April 2011)

15
SULIT

Jawapan :

[15 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

16

Anda mungkin juga menyukai