Anda di halaman 1dari 6

MAAHAD YAAKUBIAH, NIPAH

KAMPUNG NIPAH, 16300 BACHOK KELANTAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN


2021
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3
04 JULAI 2021

8.15 PAGI-9.45 PAGI

(1 JAM 30 MINIT)

NAMA :_____________________________________________________

TINGKATAN :________________________________________________

GURU MATA PELAJARAN :_____________________________________


Jawab semua soalan

BAHAGIAN A (20 markah)

1. Beliau mendapat ____________ daripada sultan kerana jasanya kepada

masyarakat.

A hadiah

B sumbangan

C cenderamata

D anugerah

2. Gambar-gambar itu disiarkan dengan _____________ Jabatan Penerangan.

A ehsan

B ihsan

C insan

D perkenan

Soalan 3 hingga 4

Ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan pilih A,B atau
C. Jika tiada kesalahan pilih D.

3. Rakyat Negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara

satu sama lain pada peringkat sekolah, sekali gus memupuk perpaduan

nasional.

A bersama-sama

B di antara

C sekali gus

D tiada kesalahan
4. Hanny dan rakan-rakanya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung
Stong walaupun menghadapi berbagai rintangan.

A pendakian

B walaupun

C berbagai

D tiada kesalahan

Soalan 5 hingga 6

Pilih ayat yang menggunakan perkataan huruf condong yang betul.

5. I Pengganas yang ditembak itu lari susup-sasap dalam hutan senduduk.

II Ketika hendak tidur dia susup-sasap jam tangannya ke bawah bantal.

III Tikus itu lari susup-sasap apabila dikejar oleh seekor kucing.

IV Dalam kesibukan itu mereka susup-sasap kami ke tempat yang selamat.

A I dan II sahaja

B I dan III sahaja

C II dan IV sahaja

D III dan IV sahaja

6. I Pakar-pakar perubatan telah menemukan cara mengubati penyakit itu.

II Polis telah menemukan kereta yang kereta yang digunakan oleh perompak itu

disebuah ladang getah.

III Pekebun sayur memberitahu polis mengenai menemukan senjata api itu.

IV Saya akhirnya menemukan lukisan itu di sebuah kedai barangan antik di

bandar raya.

A I, II dan III sahaja


B I, II dan IV sahaja

C I, III dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A,B atau C jika
salah dan D jika tiada kesalahan.

7. Kutipan derma itu kami akan serahkan kepada wakil setiap kampung yang
dilanda banjir.

A akan kami serahkan kepada

B akan kami serahkan pada

C kami akan serahkan pada

D kami akan serahkan kepada

8. Ibu tua itu menunggu kepulangan anaknya yang hilang di laut dari masa ke
semasa.

A dari masa kepada masa

B daripada masa ke semasa

C dari semasa ke semasa

D dari masa ke semasa

Soalan 9 hingga 10

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

9. “Zarul, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-
hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung,” kata Encik Haris
kepada anaknya.

A Menangguk di air keruh.

B Sebelum ajal berpantang mati.


C Sudah terhantuk baru terngadah.

D Menarik rambut di dalam tepung.

10. Peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai bermaksud

A Bersatu padu dalam segala hal.

B Bergotong-royong melakukan kerja

C Ikatan yang kukuh adik-beradik

D Persahabatan antara rakan sebaya.

BAHAGIAN B (15 markah)

SOALAN 1

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif

i. Manusia mula mencipta mesin-mesin untuk meningkatkan produktiviti.

______________________________________________________________________

ii. Saya telah menulis jawapan pada ruang yang disediakan berdasarkan maklumat
yang didengar.

___________________________________________________________________

iii. Pakar motivasi terkenal menyampaikan ceramah tentang ilmu keibubapaan itu.

____________________________________________________________________
iv. Anda dapat membayangkan situasi mesin akan berinteraksi dengan mesin dalam
era industri 4.0.

v. Mereka melaksanakan projek perumahan itu dengan jayanya.

____________________________________________________________________

BAHAGIAN C(15 Markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

Anda mungkin juga menyukai