Anda di halaman 1dari 4

‘’KEHIDUPAN SAYA’’

Saya seorang pelajar sekolah menengah, saya suka berkawan dengan semua
orang yang saya sukai. Saya mempunyai keluarga bahagia, dalam aktiviti seharian
saya, saya suka melihat info-info terkini dan mengingati kenangan yang indah.Kadang-
kadang dalam kehidupan saya yang suka berkawan dengan sesiapa sahaja, ia juga
tidak seindah yang difikirkan, saya fikir bahawa jika saya berkawan dengan seseorang
itu dari sekolah menengah saya dapat seorang sahabat yang memahami saya. Tetapi
tidak, selepas sekian lama,bila difikirkan semula semua perbuatan manusia pada hari
ini kebanyakkan mempunyai kesilapan dan ceritanya tersendiri.

Hidup saya yang mempunyai keluarga kecil ini juga mempunyai cabaran yang
tertentu seperti rasa tersakiti, rasa seperti tidak dihargai.Sebenarnya semua ialah orang
yang tersakiti, ibu perit dengan kerja dan persekitarannya manakala yang lain stres
dengan kehidupan di universiti atau di mana saja mereka berada. Jadi kadang-kadang
dalam seketika saya berfikir tentang mereka dan saya bersyukur apa yang saya ada
iaitu sebuah keluarga.

Di sekolah saya, biasanya saya akan bersama dengan seseorang iaitu dengan
kawan sekelas saya. Dahulu sebelum saya turun dari kelas atas saya berkawan
dengan dua orang yang lain dari yang lain, kadang-kadang saya tidak seberapa suka
dan terasa dengan perbuatan mereka.Saya tahu saya tidak sebijak mereka tetapi saya
juga mempunyai perasaan dan hati yang mengetahui baik dan buruk.Saya boleh belajar
secara perlahan-lahan jika ada suatu perkara yang saya tidak dapat menyesuaikannya.

Sekarang walaupun saya sudah turun dari kelas atas saya sudah tidak terasa
seperti sebelum ini yang hanya perlu buat apa sahaja yang mereka suruh, saya berasa
sangat bersyukur kerana mendapat seorang kawan yang baik hati dan lemah lembut.
Walau bagaimanapun saya tetap perlu mempunyai perasaan berhati-hati, dia juga akan
sering menasihati saya jika saya ada buat perkara yang tidak sepatutnya. Di dalam
kelas itu juga memang akan ada seorang yang pandai, cerdik,rajin dan tukang
membisingkan kelas. Perkara itu hanya perkara biasa bagi saya kerana saya suka
berada dalam kegembiraan bukan dalam paksaan.
Saya mempunyai tiga adik beradik yang lain iaitu dua orang kakak dan seorang adik
lelaki, kakak-kakak saya juga mempunyai kesilapannya sendiri dan hanya yang
terdekat sahaja yang merasai dan melihat kesilapan itu, mungkin itu ialah saya atau
mungkin itu ialah orang lain seperti ibu saya, mak cik saudara atau kawan nya yang
seuniversiti dengannya. Kami akan bergaduh atau saya akan dimarahi oleh kakak saya
jika mempunyai perkara yang tidak sepatutnya. Tetapi semua pergaduhan dalam
keluarga saya tidak berlarutan dengan berpanjangan.

Menjadi seorang pengawas pusat sumber ialah suatu perkara yang


menggembirakan, saya dan kawan saya yang lain akan pergi ke perpustakaan kerana
waktu jadual yang sama.Tidak semua orang akan bertugas pada hari yang sama,
hanya segelintir sahaja,kami akan pergi ke perpustakaan selepas habis makan ketika
waktu rehat. Dan kami akan pulang ke kelas semula jika rehat sudah habis atau pun
waktu rehat hampir habis, saya sangat gembira walaupun dapat duduk di dalamnya
sekejap sahaja.

Di kampung saya mempunyai pelbagai kehidupan semula jadi seperti tumbuh-


tumbuhan dan haiwan ternakan, setiap pagi saya akan guna jalan yang sama dengan
melalui sebuah jambatan setiap hari. Saya akan pergi ke sekolah dengan menaiki
motosikal bersama ibu saya, ibu saya akan meghantar saya pada awal pagi sebelum
pintu pagar ditutup, jika terlewat saya akan dikenakan denda iaitu dengan menulis
nama di kertas atau tunggu nama dipanggil untuk dirotan. Sangat menyeramkan bagi
saya jika sempat didenda oleh guru disiplin.

Ketika di kampung semasa saya hendak pergi berjalan-jalan membeli makanan di


kedai dengan berjalan kaki, saya akan melihat sekolah lama iaitu sekolah rendah saya
dahulu. Saya sangat rindu akan kenangan-kenangan yang sudah lama tercipta suatu
ketika dahulu,paling yang saya rindukan ialah gelak katawa semua rakan sekelas saya.
Apabila saya berada di hadapan kedai, saya akan melihat sekolah rendah saya yang
hanya berada berdekatan kedai sahaja.Sekolah rendah saya tidak berubah dan sama
seperti dahulu, saya akan tersenyum selepas melihatnya.
Dahulu walaupun masih darjah enam, ibu saya tetap membenarkan saya pergi
berjalan-jalan dengan kawan saya dengan syarat saya perlu berhati-hati.Kami semua
akan pergi berjalan ke tempat-tempat yang menarik perhatian kami, seperti kedai
kentaki fried chicken atau bergambar di tepi pantai dan mengambil gambar-gambar
yang menarik. Selalunya jika bab-bab pergi berjalan dengan kawan-kawan ini saya
akan pergi bersama sepupu saya untuk menumpang kereta keluarganya.Lalu kami
semua akan pulang sebelum atau selepas waktu asar,kami tidak pulang ketika mahgrib
kerana tidak elok untuk semua orang islam kerana mungkin akan ada yang mengikuti.

Kembali pada waktu sekarang,saya mempunyai sepupu yang tinggal sekampung


dengan saya. Kami sudah lama tidak main bersama kerana sudah tidak belajar di
sekolah yang sama,dan saya akan berhubung dengannya bila mempunyai perkara-
perkara yang penting sahaja. Dia juga seumur dengan saya,ketinggiannya juga lebih
tinggi daripada saya walaupun saya lagi tua darinya sedikit.Kami sentiasa bermain
bersama ketika masih kanak-kanak hinggalah sekolah rendah,permainan yang kami
main ketika itu adalah masak-memasak, bermain congkak dan sebagainya.

Cerita tentang sekolah saya pula,di sini mempunyai tandas yang cantik tetapi
sudah tidak digunakan lagi kerana kesilapan seorang pelajar yang tidak
bertanggungjawab.Kita sebagai manusia memang akan ada kesilapan tidak kira
sengaja ataupun tidak sengaja, tetapi jika kita sudah sedar akan kesilapan jika
mempunyai kesempatan kita perlulah segera meminta maaf.Mengikut peraturan
sekolah,kesalahan seorang pelajar akan didenda bersama pelajar-pelajar lain yang
tidak bersalah. Sekarang tandas cantik itu sudah menjadi perhiasan semata-mata,jika
ada yang menggunakannya itu lebih bagus kerana tidak elok tinggal sesuatu tempat
selama beberapa hari.
Hari ini,saat ini dan ketika ini dengan berusahanya saya mencuba menjadi seorang
yang beradab kerana orang yang beradab lebih baik daripada orang yang berilmu.
Saya harap saya dapat menjadi seorang yang rajin dan boleh diharap lalu dibuang sifat
malas yang sentiasa ada dalam diri ini. Saya pernah terbaca di sesuatu ketika melihat
info-info terkini iaitu tentang keadaban seseorang dan keilmuan seseorang.

Apa yang saya boleh ringkaskan ialah walaupun seseorang itu sangat pandai jangan
lah terlalu bongkak kerana semua itu hanyalah pinjaman semata-mata dari ALLAH
SWT.

Keluarga saya mempunyai dua buah motosikal tetapi hanya satu sahaja yang
digunakan kerana satu lagi terlalu berat untuk digunakan jadi terpaksa menunggu adik
lelaki saya pandai dan boleh menaiki motosikal tersebut.Pada waktu pagi jika saya
lewat ke sekolah,saya akan menjadi mudah resah gelisah dan mula menyalahi orang
lain. Apabila sampai di sekolah seseorang yang saya tidak mahu jumpa jika terlewat
ialah guru disiplin, beliau seorang yang lawak dan sporting jika pelajar itu tidak
mempunyai kesalahan bekaitan undang-undang sekolah.

Saya akan merasa kesulitan pada waktu-waktu dan masa-masa yang tertentu jadi
saya harap ketika saya sedang berusah,tiada sesiapa yang menghalang kejayaan
saya. Semoga saya sentiasa mempunyai perasaan syukur dan sifat sabar.

Anda mungkin juga menyukai