Anda di halaman 1dari 1

Perempuan

Aku masih ingat lagi pesan mak ayah aku masa zaman aku di university. Mereka pesan
supaya aku jaga diri dan jaga nama baik keluarga. Ya, aku memang anak yang baik dan aku
juga merupakan seorang anak tunggal dalam keluarga. Mak ayah aku jaga aku dengan baik
dan terurus. Semasa aku dapat tawaran sambung belajar ke luar negara, perasan aku tiba-tiba
jadi serba salah. Sebab apa? Sebab aku tak pernah berjauhan daripada mak ayah aku. Malah,
aku dah terbiasa bergantung hidup dengan mereka berdua. Hari demi hari berlalu, menjejak
kaki ke alam universiti. Di situ bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Awal-
awal aku rasa kekok dengan suasana di tempat baru, lebih-lebih lagi di negara asing yang
penuh dengan kehidupan sosial. Aku cuba membawa diri ke tempat orang walaupun aku
tidak biasa dengan suasana disini. Aku selalu sorang-sorang, kesana kesini kesitu kemari
sebab aku langsung tiada kawan. Aku jenis yang susah nak bergaul dengan orang. Sampailah
pada suatu haritu, tengah aku duduk sorang-sorang di taman, tiba-tiba ada seorang lelaki
datang menegur aku. Pada masa yang sama aku pun terpaku dan terpegun kerana melihat
kekacakkannya. Dengan anak matanya berwarna biru laut, hidung mancung, senyuman yang
manis. Nak nak lagi kulitnya yang putih melepak. Dan dari situlah bermulanya perkenalan
kami. Tidak beberapa lama kami mula menjadi rapat, senang cerita semua benda dibuat
bersama-sama. Pergi makan sama, tengok wayang sama, keluar pun sama-sama. Sampailah
satu tahap ni aku terus percaya yang dia boleh jaga aku. Entah mengapa pada suatu hari ni,
aku termakan akan kata-kata dan pujuk rayu dia. Aku tak sangka yang kami berdua terlanjur
pada malam tu. Selepas dia dapat apa yang dia mahu lelaki tu terus berubah dan menjauhkan
diri dia dari aku. Dia dah tak macam dulu. Pendek kata tidak seperti yang aku kenal dari mula
dahulu. Selepas 3 bulan tidak bersua muka , aku dapat tahu aku… mengandung. Pada masa tu
perasaan takut mula menguasai diriku. Aku buntu dan tidak tahu nak buat apa. Siapa yang
nak bertanggungjawab? Sedangkan lelaki tu menghilangkan diri tanpa khabar berita.
Perasaan takut semakin kuat, hari demi hari perut aku semakin membesar. Aku malu, malu
nak berhadapan dengan ramai orang. Kerana benda inilah aku terus mengurung diri dalam
bilik. Aku tidak pergi ke kelas, tidak mahu berjumpa dengan siapa-siapa. Aku takut, aku
penat. Apa yang harus aku buat. Aku takut jikalau mak ayah aku dapat tahu keadaan aku
sekarang. Hari bersilang hari, aku jadi tidak terurus sampailah penghujung, aku keguguran.
Aku lalai, aku hanya pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan si kecil ini yang tidak berdosa.
Hilangnya jasad anakku dari kandungan. Aku pun menjadi seseorang yang hilang arah tujuan.
Aku seorang pendosa. Ya… aku seorang pendosa.

Anda mungkin juga menyukai