Anda di halaman 1dari 1

HARI PERTAMA DI SEKOLAH MENENGAH

Selepas mendapat keputusan UPSR, aku ditawarkan belajar di SM Sains


Bagan Datoh. Pertama kalinya aku akan tinggal di asrama. Aku yang
tidak pernah berpisah dengan keluarga cuba untuk belajar di situ. Aku
mendapat ramai kawan baru. Ada yang boleh terima ada yang
menyombong.

Dorm kami selalu dikunjungi oleh ramai senior. Ada yang mahu
menyuruh kami berbuat sesuatu, ada juga yang mahu berjumpa adik
angkat. Aku pada masa itu diajak menjadi adik angkat seorang senior.
Aku yang masih kurang mengenali dunia angkat-mengangkat terus
sahaja bersetuju. Aku selalu lepak di dorm budak-budak form 2 dan
form 4. Aku bernasib baik tidak sangat dibuli.

Cuma ada satu pengalaman pahit yang membuatkan aku dirotan di


depan semua pelajar di dalam surau. Sejak malam itu, aku telah
menjadi seperti orang yang bersalah pada pandangan mereka. Aku
tidak mengerti tetapi mungkin kerana muka aku yang kelihatan baik
menyebabkan mereka tidak sangka aku boleh kena rotan. Bagi aku itu
bukanlah kesalahan yang besar sangat, aku tidak merokok,tidak kacau
perempuan. Aku seperti dipinggirkan oleh budak dorm dan budak kelas.
Aku mula menyepikan diri dan selalu lepak dengan budak-budak form
4. Aku berasa gembira bersama mereka (kerana tidak membuli aku) .

Anda mungkin juga menyukai