Anda di halaman 1dari 4

OBJEKTIF P&P

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, para pelajar


dapat;

Memahami organisma unisel dan organisma multisel

ORGANISMA UNISEL DAN MULTISEL


ORGANISMA UNISEL

Organisma unisel adalah organisma ringkas yang terdiri daripada hanya satu sel (uni:satu).
Organisma unisel adalah sangat kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskop. Dikenali juga sebagai
mikroorganisma.
Biasanya hidup di dalam air atau tempat yang lembap seperti kolam, longkang dan laut.
Organisma unisel boleh menjalankan semua aktiviti hidup seperti pergerakan, memakan, pembiakan,
pernafasan, dan perkumuhan.
Organisma unisel terbahagi kepada dua iaitu tumbuhan unisel dan haiwan unisel

Contoh-contoh tumbuhan unisel dan haiwan unisel ialah :


TUMBUHAN UNISEL

Euglena

Chlamydomonas

Pluerococcus

Yis

Euglena

Chlamydomonas

Pluerococcus

HAIWAN UNISEL

Protozoa

Paramecium

Amoeba

Amoeba

Paramecium

ORGANISMA MULTISEL

Organisma multisel adalah benda hidup yang terdiri daripada banyak sel. Organisma multisel
terbentuk daripada pelbagai jenis sel.

Organisma multisel juga menjalankan semua proses hidup.


Setiap jenis sel mempunyai struktur yang berbeza dan menjalankan fungsi badan yang tertentu.
Organisma multisel turut terbahagi kepada dua iaitu tumbuhan multisel dan haiwan multisel.

Contoh-contoh tumbuhan multisel dan haiwan multisel ialah ;


Organisma multisel dalam alam haiwan adalah mamalia, amfibia, reptilia, burung, ikan
dan beberapa haiwan kecil lain.

TUMBUHAN MULTISEL

Paku pakis
Spirogyra
Mukor

Paku pakis

Spirogyra

HAIWAN MULTISEL

Ikan

Arnab

Burung

Hydra

Ikan

Arnab

PROSES KEHIDUPAN ORGANISMA UNISEL DAN MULTISEL

Semua hidupan menjalankan proses kehidupan seperti makan, bernafas, bergerak,


mengeluarkan sisa buangan, membiak, membesar dan bertindak balas terhadap rangsangan.

Proses hidup yang dijalani oleh organisma multisel adalah lebih kompleks daripada
yang dijalankan oleh organisma unisel.

Organisma unisel (amoeba)

Organisma multisel (ikan)

Makananutamanya adalah bakteria.


Bernafas melalui membran sel.
Bergerak dengan melanjutkan
pseudopodium.
Organ perkumuhannya adalah vakuol.
Membiak dengan cara belahan dedua.
Boleh membesar.
Bertindak balas terhadap bahan-bahan
kimia yang ringan.

Makanan utamanya adalah


zooplanktons.
Bernafas melalui insang.
Bergerak dengan menggunakan ekor dan
sirip.
Mengeluarkan buangan melalui liang
perkumuhan.
Membiak dengan cara bertelur.
Boleh membesar.
Bertindak balas terhadap cahaya dan
getaran didalam air.

Anda mungkin juga menyukai