Anda di halaman 1dari 3

8.

7 Penambahan dan Penolakan Cahaya Berwarna

Penambahan Cahaya Berwarna


■ Warna primer
► Warna yang tidak dapat diperoleh daripada pencampuran warna yang lain.
► Terdapat tiga warna primer, iaitu merah, biru dan hijau.
■ Warna sekunder
► Warna yang terhasil daripada pencampuran warna-warna primer.
► Terdapat tida warna sekunder, iaitu kuning, magenta dan sian.
■ Pencampuran warna-warna primer untuk menghasilkan warna-warna sekunder
► Pencampuran antara dua warna primer akan menghasilkan warna sekunder.
◉ Biru + Hijau → Sian
◉ Merah + Hijau → Kuning
◉ Biru + Merah → Magenta
► Penambahan warna primer dan warna sekunder dapat menghasilkan cahaya putih.

Penolakan Cahaya Berwarna


■ Merupakan proses penyerapan cahaya berwarna oleh penapis warna.
■ Penapis warna terdiri daripada:
► Penapis primer
◉ Terdiri daripada penapis merah, hijau, biru
◉ Hanya membenarkan cahaya yang sama warna dengannya melaluinya. Cahaya
berwarna yang lain akan diserap.
◉ Contoh: Penapis hijau hanya membenarkan cahaya hijau melaluinya.
► Penapis sekunder
◉ Terdiri daripada penapis kuning, magenta, sian
◉ Membenarkan cahaya yang sama warna dengannya dan warna primer yang
membentuknya melaluinya.
◉ Contoh: Penapis kuning membenarkan cahaya kuning dan warna primer yang
membentuknya, iaitu cahaya merah dan hijau melaluinya.
Prinsip Penolakan Cahaya Berwarna
■ Warna bagi objek legap bergantung pada warna cahaya yang dipantulkannya.
■ Penglihatan objek berwarna dalam cahaya putih.
► Objek yang berwarna primer, iaitu merah, biru atau hijau hanya memantulkan cahaya
yang sama warna dengannya.
► Objek yang berwarna sekunder, iaitu kuning, magenta atau sian memantulkan cahaya
yang sama warna dengannya dan juga warna primer yang membentuknya.

Objek hijau hanya


memantulkan cahaya hijau.
Cahaya berwarna yang lain
diserap.
Oleh itu, objek kelihatan
merah.

Objek kuning memantulkan


cahaya kuning, merah dan
hijau.
Pertindihan cahaya merah
dan hijau menyebabkan
objek kelihatan kuning.

Objek putih kelihatan putih dalam cahaya putih kerana objek putih memantulkan
semua warna.

Objek putih memantulkan


semua warna dalam
cahaya putih.
Semua cahaya berwarna
bertindih untuk
menghasilkan cahaya
putih semula.
Objek hitam kelihatan hitam kerana semua cahaya berwarna diserap olehnya.

Objek hitam menyerap semua


warna dalam cahaya putih.
Tiada cahaya berwarna
dipantulkan.
Oleh itu, objek kelihatan hitam.

Contoh Penambahan cahaya dan penolakan cahaya dalam kehidupan seharian


 Televisyen berwarna
 Lampu berwarna di pentas
 Lampu berwarna di KLCC
 Lampu berwarna di stadium

Anda mungkin juga menyukai