Anda di halaman 1dari 7

sains tingkatan 2

nota sains tingkatan 2 KBSM

bab 6
tekanan udara

Kewujudan Tekanan Udara


Teori kinetik gas (kinetic theory of gases) menyatakan bahawa molekul gas adalah sentiasa
bergerak bebas (moving freely) dan sentiasa berlanggar (colliding) terhadap dinding
bekasnya (container).
Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya akan menghasilkan
daya yang menolak terhadap dinding bekas tersebut.
Daya ini dipanggil tekanan udara (air pressure).
Menurut saintis, tekanan udara adalah daya per unit luas kawasan (force per unit area),
yang dihasilkan oleh perlanggaran molekul udara terhadap dinding bekasnya.
Tekanan udara meningkat jika kekerapan perlanggaran antara molekul gas dan dinding
bekasnya meningkat.

Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan


Eksperimen 1

1.
2.
3.
4.
5.

Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh.


Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan sekeping kad.
Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat.
Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak mengalir keluar dari gelas.
Ini adalah kerana tekanan udara yang dikenakan ke atas kad adalah cukup kuat untuk
menyokong berat air yang terdapat di dalam gelas tersebut.

Eksperimen 2

1. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih.
2. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk dicurahkan ke atas
tin tersebut.
3. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara keluar dari tin
tersebut.
4. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air sejuk, stim di
dalam tin akan memeluwap / terkondensasi (condenses) menjadi air.
5. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah daripada tekanan
udara di luar tin.
6. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin sehingga ia
menjadi kemek (dented).

Eksperimen 3

1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu daripada
bahagian hujungnya adalah terjulur.
2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas.
3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak ke
bawah dengan pantas, kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu tidak terbang
ke atas.
4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah.
Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara? Tekanan Udara
bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara
ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek.Bagi lebih
memahami konsep Tekanan Udara, kita perlulah memahami terlebih
dahulu Teori Kinetik Jirim. Teori ini mengatakan bahawa zarah-zarah
dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama
lain. Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu objek juga akan
berlanggar dengan permukaan dalam, manakala zarah udara yang ada di
luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar. Perlanggaran inilah
yang menghasilkan Tekanan Udara.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara?


1) Isipadu
Jika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas,
zarah udara akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini
menyebabkan tekanan bertambah
Isipadu berkurang, Tekanan bertambah
2) Suhu udara
Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara dalam bekas akan
memperolehi lebih banyak tenaga dan akan melanggar dinding bekas
dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah
Suhu meningkat, Tekanan meningkat

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Udara


Tekanan udara bergantung kepada dua faktor utama, iaitu

1. Isipadu gas.
Jika bilangan molekul per unit isipadu (volume) gas adalah lebih besar, kekerapan
perlanggaran (collision) molekul gas terhadap dinding bekas juga meningkat. Oleh
itu, tekanan udara juga akan meningkat.
2. Suhu gas.
Pada suhu (temperature) tinggi, molekul gas bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi.
Hasilnya, kekerapan perlanggaran molekul gas terhadap dinding bekasnya juga
meningkat.

Tekanan udara yang disebabkan oleh atmosfera (lapisan udara yang mengelilingi Bumi)
dipanggil tekanan atmosfera (atmospheric pressure).
Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan (surface area) sesuatu objek. Ia
bergantung pada ketinggian objek tersebut dari paras laut (sea level).
Semakin tinggi sesuatu objek itu dari aras laut (atmosfera semakin menipis), maka tekanan
atmosfera adalah lebih rendah.
Barometer adalah peralatan (instrument) yang digunakan untuk mengukur tekanan
atmosfera.

Barometer.

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian


Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan
prinsip tekanan udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi
dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita tengok bagaimana tekanan udara
memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi.
1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan
tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke
dalam penyedut minuman.

2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam
picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam
picagari.

3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu
kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini
menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga
masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan
kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder.

4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di
dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon.

5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian
membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan
singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang
lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan
ditarik ke atas.

6. Tin dengan dua lubang


Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak
udara ke dalam lubang yang bertentangan.

Anda mungkin juga menyukai