Anda di halaman 1dari 5

Cara menjawab soalan KPS (kemahiran proses sains)

1. Pemboleh ubah
a) Dimanipulasi (PM) – yang diubah
b) Bergerak balas (PB) – yang berubah
c) Dimalarkan (PMR) – ditetapkan
Contoh :
Bekas Bilangan Ketinggian anak pokok
Bilangan Ketinggian anak pokok
hari (cm)
hari (cm)
X 2 3
2 3
Y 4 6
4 6
Jadual 3
Jadual 1
Ketinggian pokok
Bilangan 2 4 (cm)
hari 6
Ketinggian 3 6
anak pokok 3
(cm)
Jadual 2
2 4 Bilangan hari

Carta palang
Tips

 Jadual 1 - PM terletak di sebelah kiri PB di


kanan.
 Jadual 2 - PM terletak di sebelah atas PB di bawah.
 Jadual 3 - PM boleh terletak di sebelah kiri atau tengah, perhatikan data seperti X,Y,Z / A,B,C maka ia
bukan pemboleh ubah. PB terletak pada lajur paling kanan.
 Carta palang – PM terletak di bawah manakala PB di atas
 PMR – perkara yang ditetapkan dalam penyiasatan seperti jenis bekas, jenis pokok, bilangan pokok
 Pastikan kamu menulis perimeter seperti jenis, bilangan, warna, ketingian dan sebagainya sebelum
menulis pemboleh ubah. Contoh ketinggian pokok. Jika menulis pokok sahaja maka jawapan kamu
salah.

2. Tujuan
Tips
 Ingat U m h a – Untuk mengkaji hubungan antara (PM) dan (PB).
Cth. Untuk mengkaji hubungan antara bilangan hari dan ketinggian anak pokok.

3. Pemerhatian
Tips 1
 Tulis dahulu PB dan ditambah dengan ayat perbandigan berdasarkan data yang diberi.
 Cth : Ketinggian anak pokok pada hari ke 4 lebih tinggi berbanding hari ke-2
Tips 2
 Tulis dahulu PB dan ditambah pola/corak
 Cth : Ketinggian anak pokok bertambah.
 Jika data yang diberi tiada pola atau corak maka kaedah ini tidak sesuai digunakan.

4. Inferens

Tips

 Dimulakan dengan : Ini kerana............ + memberikan sebab mengapa berlaku pada pemerhatian.
 Cth : Ini kerana anak pokok mengalami pertumbuhan pada hari ke 4 berbanding hari ke-2.
 Jika pada pemerhatian telah menggunakan ayat perbandingan maka inferens juga perlu
menggunakan ayat perbandingan.
5. Hipotesis / Hubungan / Kesimpulan

Tips 1

 Buat dua baris ayat:


Semakin (pola + PM)
Semakin (pola + PB)
 Cth : semakin bertambah bilangan hari
Semakin bertambah Ketinggian anak pokok

Tips 2

 Jika data yang diberi tiada pola / corak maka boleh menggunakan kaedah jika dan maka
 Cth : Jika ada air maka tumbuhan akan hidup subur

Tips 3

 Bagi kesimpulan pula, jika kedua dua cara di atas tidak boleh digunakan maka murid perlu
menggunakan kaedah fakta sains. Murid perlu mengingat semula tentang topik yang telah
dipelajari.
 Cth: tumbuhan memerlukan air untuk hidup
6. Nyatakan / tuliskan makumat yang dikumpul/yang dicatatkan.

Tips

 Murid perlu menuliskan PM dan PB. Bergantung pada bilangan maklumat yang diperlukan.
Cth : bilangan hari dan ketinggian anak pokok.

7. Pola / corak

Tips

 Perhatikan maklumat yang diberikan pada PM dan PB sama ada menaik/bertambah/meningkat,


menurun/berkurang atau mendatar/tidak berubah.
 Cth : Pola/corak bilangan hari = menaik. Pola/corak ketinggian anak pokok = menaik
8. Meramal

Tips

 Cth soalan ramalkan ketinggian anak pokok pada hari ke 6.


 Murid perlu memerhatikan beza ketinggian pada hari 2 dan ke 4.
 Cth 6 - 3 = 3. Ketinggian pada hari ke 4 + beza ketinggian ( 6 + 3 = 9)

9. Membina carta palang dan Membina graf garis

Maklumat

Tahun Anggaran bilangan harimau


2001 400
2002 300
2003 200
2004 100
Tips Carta Palang
Anggaran
 Kenal pasti Pm dan Pb Bilangan
harimau
 Tuliskan Pm dan Pb mengikut kedudukan yang betul
400
300
200
100
Tips Graf Garis 0
2001 2002 2003 2004 Tahun
 Kenal pasti Pm dan Pb
 Tuliskan Pm dan Pb mengikut kedudukan yang betul
 Tandakan titik pertemuan pm dan pb
 Buat garisan yang menghubungkan titik pertemuan

Anggaran
Bilangan
harimau

400
x
x
300
x
200
x
100
0
2001 2002 2003 2004 Tahun

10. Xxx

Cuba jawab soalan berikut:


Jadual di bawah menunjukkan hasil penyiasatan ke atas 3 buah magnet silinder yang berlainan
panjang. Setiap bilangan paku yang ditarik oleh magnet dicatatkan dalam jadual.
Magnet Panjang magnet (cm) Bilangan paku yang ditarik
P 2 5
Q 4 10
R 6 15

a) Tuliskan pemboleh ubah :

i.dimanipulasi :______________________________________________________________________
ii. bergerak balas :____________________________________________________________________
iii: dimalarkan : ______________________________________________________________________
b) Apakah tujuan penyiasatan ini?
c) Berikan satu pemerhatian yang boleh dibuat.
d) Nyatakan inferens kamu berdasarkan pemerhatian di atas.
e) Tuliskan satu hipotesis yang ingin dbuktikan
f) Berikan dua makumat yang perlu dikumpulkan.
g) Apakah hubungan di antara kedua maklumat tersebut?
h) Ramalkan bilangan paku yang ditarik sekiranya panjang magnet 8 cm.
i) Apakah pola bagi bilangan paku yang ditarik?
j) Berikan kesimpulan penyiasatan ini.
k) Lukiskan sebuah carta palang dan graf garis bagi mewakili hasil penyiasatan.

Carta palang Graf garis

Anda mungkin juga menyukai