Anda di halaman 1dari 6

Bab 6 :Tekanan Udara

Kewujudan Tekanan Udara


Teori kinetik gas (kinetic theory of gases) menyatakan bahawa molekul gas adalah sentiasa bergerak
bebas (moving freely) dan sentiasa berlanggar (colliding) terhadap dinding bekasnya (container).
Kekerapan perlanggaran antara molekul udara terhadap dinding bekasnya akan menghasilkan daya yang
menolak terhadap dinding bekas tersebut. Daya ini dipanggil tekanan udara (air pressure).
Menurut saintis, tekanan udara adalah daya per unit luas kawasan (force per unit area), yang dihasilkan
oleh perlanggaran molekul udara terhadap dinding bekasnya.
Tekanan udara meningkat jika kekerapan perlanggaran antara molekul gas dan dinding bekasnya
meningkat.
Eksperimen yang menunjukkan bahawa udara mempunyai tekanan
Eksperimen 1
1.
Sebiji
gelas
diisi
dengan air sehingga ia penuh.
2.
Permukaan
gelas
tersebut kemudiannya ditutup
dengan sekeping kad.
3.
Semasa
memegang
kad, gelas kaca diterbalikkan
dengan cepat.
4.
Apabila tangan yang
memegang kad ditarik, air
tidak mengalir keluar dari
gelas.
5.
Ini
adalah
kerana
tekanan udara yang dikenakan ke atas kad adalah cukup kuat untuk menyokong berat air yang terdapat di dalam
gelas tersebut.

Eksperimen 2

1.
Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air mendidih.
2.
Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya air sejuk dicurahkan ke atas tin tersebut.
3.
Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul udara keluar dari tin tersebut.
4.
Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan dengan air sejuk, stim di dalam tin akan
memeluwap / terkondensasi (condenses) menjadi air.
5.
Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih rendah daripada tekanan udara di luar tin.
6.
Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara di luar tin sehingga ia menjadi kemek
(dented).
Eksperimen 3

1.
Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan keadaan satu daripada bahagian hujungnya
adalah terjulur.
2.
Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup dengan sehelai kertas.
3.
Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu diketuk atau ditolak ke bawah dengan pantas,
kertas pada bahagian hujung yang satu lagi itu tidak terbang ke atas.
4.
Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas itu ke bawah.

Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara? Tekanan Udara bermaksud tekanan yang dihasilkan
oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek.Bagi
lebih memahami konsep Tekanan Udara, kita
perlulah memahami terlebih dahulu Teori
Kinetik Jirim. Teori ini mengatakan bahawa
zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa
bergerak dan berlanggar antara satu sama
lain. Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu

objek juga akan berlanggar dengan permukaan dalam, manakala zarah udara yang ada di luar objek
akan berlanggar dengan permukaan luar. Perlanggaran inilah yang menghasilkan Tekanan Udara.

Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara?


1) Isipadu
Jika udara dimampatkan lagi dengan mengurangkan isipadu bekas, zarah udara akan melanggar
dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah
Isipadu berkurang, Tekanan bertambah
2) Suhu udara
Jika udara dipanaskan, zarah-zarah udara dalam bekas akan memperolehi lebih banyak tenaga dan
akan melanggar dinding bekas dengan lebih kerap. Ini menyebabkan tekanan bertambah
Suhu meningkat, Tekanan meningkat

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tekanan Udara


Tekanan udara bergantung kepada dua faktor utama, iaitu
Isipadu gas.
Jika bilangan molekul per unit isipadu (volume) gas adalah lebih besar, kekerapan perlanggaran (collision)
molekul gas terhadap dinding bekas juga meningkat. Oleh itu, tekanan udara juga akan meningkat.
Suhu gas.
Pada suhu (temperature) tinggi, molekul gas bergerak pada kelajuan yang lebih tinggi. Hasilnya, kekerapan
perlanggaran molekul gas terhadap dinding bekasnya juga meningkat.
Tekanan
udara yang
disebabkan
oleh atmosfera
(lapisan
udara
yang
mengelilingi
Bumi)dipanggil tekanan atmosfera (atmospheric pressure).
Tekanan atmosfera tidak dipengaruhi oleh luas permukaan (surface area) sesuatu objek. Ia bergantung
pada ketinggian objek tersebut dari paras laut (sea level).
Semakin tinggi sesuatu objek itu dari aras laut (atmosfera semakin menipis), maka tekanan atmosfera
adalah lebih rendah.
Barometer adalah peralatan (instrument) yang digunakan untuk mengukur tekanan atmosfera.
Barometer.

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan Harian


Pelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakan prinsip tekanan udara. Tanpa
tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita tengok
bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi.
1. Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara
yang lebih tinggi di luar akan
menolak air masuk ke dalam
penyedut minuman.

2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang
lebih tinggi di luar menolakair masuk ke dalam picagari.

3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke
dalam silinder, udara dipancut
keluar dengan laju. Satu
kawasan tekanan rendah
terbentuk di sekeliling
muncung silinder. Keadaan ini
menyebabkan tekanan udara
yang lebih tinggi di dalam tin
memaksa racun serangga
Kemudian, racun serangga
oleh udara yang dipancut
silinder.

masuk ke dalam tiub logam.


dipecahkan kepada titisan kecil
keluar dengan laju dari

4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara
yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon.

5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan
rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke
atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik
ke atas.

6. Tin dengan dua lubang


Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak udara ke dalam lubang
yang bertentangan.

Anda mungkin juga menyukai